Punca Masalah Bahasa Dalam Didik Hibur.pptx

9
SOALAN : HURAIKAN PUNCA-PUNCA GANGGUAN BAHASA BERLAKU DALAM BENTUK DIDIK HIBUR KUMPULAN 4 MUHIZULAHFAZ BIN ARIFFIN ARIEF WIRAJAYA MOHD SHARIPUDIN MOHD KHAIRI BIN JAILANI SITI ASIAH BINTI ABDUL RASEH HAFIZAH BINTI HASHIM

Transcript of Punca Masalah Bahasa Dalam Didik Hibur.pptx

Soalan: Huraikan punca-puna gangguan bahasa berlaku dalam bentuk didik hibur.

Soalan : Huraikan punca-punCa gangguan bahasa berlaku dalam bentuk didik hiburKUMPULAN 4

MUHIZULAHFAZ BIN ARIFFINARIEF WIRAJAYA MOHD SHARIPUDINMOHD KHAIRI BIN JAILANISITI ASIAH BINTI ABDUL RASEHHAFIZAH BINTI HASHIM

DEFINISI BAHASA

Bahasa merupakan alat untuk manusia berkomunikasi.

Bahasa adalah lambang-lambang yang kita jadikan sebagai simbol-simbol khusus untuk mewakili sesuatu

(Reed, C.A., 1994)DIDIK HIBURDidik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati.

Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen sastera iaitu nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi.

Oleh itu, keseronokan murid secara total dalam mempelajari bahasa akan dapat direalisasikan secara terancang dan bersistematik.

MASALAH BAHASA DAN DAN LINGUISTIKAntaranya:

Kesukaran memahami arahan

masalah dalam komunikasi yang melibatkan kemahiran penguasaan bahasa reseptif dan bahasa penglahiran

masalah dalam amalan bersosial

masalah dalam bacaan, ejaan dan tulisanGangguan FonologiFonologi boleh didefinisi sebagai sistem bunyi sesuatu bahasa dan peraturan-peraturan linguistik yang mempengaruhi kombinasi-kombinasi bunyi itu. Dalam sistem Bahasa Inggeris terdapat lebih kurang 45 unit bunyi yang berbeza manakala dalam Bahasa Melayu, terdapat kurang daripada 45 unit disebabkan oleh sistem Bahasa Melayu baku hanya mempunyai 6 enam bunyi vokal. Setiap unit bunyi tersebut dikenali sebagai fonem. Fonem boleh didefinisi sebagai unit bunyi linguistik terkecil yang membawa perbezaan terhadap makna. Contoh, /s/ dan /b/ merupakan dua fonem dalam Bahasa Melayu kerana perkataan satu membawa makna tertentu dan jika sebutan /s/ ditukar kepada sebutan /b/, ia menjadi batu yang membawa makna berlainan. Setiap bahasa mempunyai satu set peraturan masing-masing yang menentukan bagaimana fonem-fonem boleh dikombinasikan. Sebagai rumusan, fonologi ialah kajian mengenai sistem bunyi sesuatu bahasa.MASALAH BAHASA DAN LINGUISTIK

Gangguan MorfologiMorfologi boleh didefinisi sebagai sistem peraturan linguistik yang mempengaruhi struktur perkataan dan pembinaan bentuk perkataan. Cuba fikirkan perkataan base. Seorang yang mengetahui Bahasa Inggeris akan mengakui bahawa ia adalah satu perkataan dalam Bahasa Inggeris. Bagaimana dengan baseball? Memang ia adalah satu perkataan lain yang mempunyai makna yang berbeza. Perkataan baseball terdiri daripada gabungan dua perkataan base dan ball, dan setiap perkataan tersebut mempunyai makna yang berkaitan dengan perkataan majmuk baseball. Kedua perkataan bases dan balls diguna dalam permainan baseball. Bagaimana pula dengan basement? Bolehkah basement dipisah menjadi dua perkataan, iaitu base dan ment? Base memanglah satu perkataan yang bermakna, tetapi bagaimana dengan ment? Perkataan basement tidak boleh dipisahkan kepada unit-unit yang lebih kecil. Justeru ahli linguistik membuat kesimpulan bahawa terdapat blok-blok binaan asas bagi setiap bahasa yang dipanggil morfem (morphemes). Maka morfem boleh ditakrifkan sebagai unit terkecil yang mempunyai makna dalam sesuatu bahasa. Terdapat dua jenis morfem morfem bebas dan morfem terikat. Perkataan seperti baseball terdiri daripada dua morfem bebas, iaitu base dan ball yang boleh diguna secara berasingan. Sebagai rumusan, morfologi ialah kajian mengenai perkataan. Peraturan-peratuan morfologi akan menentukan bagaimana perkataan-perkataan dalam sesuatu sistem bahasa boleh dibina.

Gangguan SintaksisSintaksis boleh didefinisi sebagai sistem peraturan linguistik yang mempengaruhi urutan dan kombinasi perkataan untuk membina ayat. Cuba perhatikan struktur ayat-ayat berikut :The dog is running.The girl is reading a book.Dalam ayat (a), terdapat satu article (the) dan satu kata nama atau noun(dog), satu auxiliary verb(is), dan satu main verb (running). Ini dikenali sebagai elemen-elemen peraturan sintaktik yang ahli-ahli linguistik menyebut peraturan-peraturan struktur frasa. Peraturan-peraturan tersebut menentukan struktur ayat-ayat. Ahli linguistik telah mereka cipta satu kod ringkas untuk menunjukkan struktur ayat seperti berikut :

S (sentence) = NP (noun phrase)+ VP(verb phrase) NP(noun phrase) = Art(article) + N(noun) VP(verb phrase) = Aux(auxiliary) + V(verb)Yang di atas menggambarkan peraturan-peraturan sintaksis Bahasa Inggeris. Sebagai rumusan, sintaksis ialah kajian mengenai struktur ayat yang boleh dibina berdasarkan peraturan-peraturan yang ditetapkan pada sesuatu sistem bahasa. Dengan ringkasnya, ia menentukan susunan perkataan-perkataan dalam ayat. Gangguan SemantikSemantik boleh didefinisi sebagai peraturan-peraturan yang menentukan makna perkataan dan kombinasi perkataan. Cuba perhatikan ayat berikut : (a) Suami dia adalah seorang bujang. (b) Air sungai di situ nampaknya kotor dan jernih.Adakah ayat-ayat di atas boleh diterima ? Jika tidak, mengapa ? Tentu anda rasa keliru atau sesuatu yang tidak kena dalam (a) seorang suami tidak boleh menjadi bujang, dan dalam (b), air yang kotor tidak mungkin jernih. Justeru terdapat peraturan-peraturan semantik yang menentukan jenis perkataan yang boleh dikombinasikan secara bermakna dalam sesuatu ayat. Pengetahuan peraturan-peraturan semantik tersebut memerlukan pengetahuan mengenai objek/orang, hubungan antaranya dan hubungan antara peristiwa. Sebagai rumusan, peraturan-peraturan semantik akan menentukan perkataan-perkataan yang boleh dipilih dalam sesuatu ayat supaya ia menggambarkan maksud yang sebenarnya berdasarkan pengetahuan dan pengalaman.

Gangguan PragmatikPragmatik boleh didefinisi sebagai peraturan-peraturan yang menentukan bagaimana bahasa diguna dalam konteks sosial, iaitu semasa interaksi atau perbualan. Ia melibatkan pengetahuan mengenai fungsi komunikasi dan konteks. Peraturan-peraturan pragmatik merangkumi memberi respons yang relevan terhadap sesuatu topik, memberi maklumat yang wajar dari segi kuantiti dan kualiti, serta cara menyampai maklumat dengan berkesan. Unsur-unsur penting dalam kemahiran pragmatik juga melibatkan kebolehan dalam aspek-aspek seperti mengambil giliran, mengurus topik perbualan, meminta dan memberi penjelasan semasa terdapat gangguan komunikasi, penggunaan mimik muka, body language,gestur tangan dan lain-lain aspek non-verbal. Kekurangan dalam penguasaan pragmatik akan menjejaskan keberkesanan dalam komunikasi. Setelah mengkaji elemen-elemen bahasa secara terperinci dan bagaimana peraturan-peraturan linguistik mempengaruhi struktur dan penggunaan bahasa, diharap anda telah menghayati kompleksiti sistem bahasa yang diamalkan dalam kehidupan anda.