Punca Pemarakan API Atau Kebakaran

5
PUNCA PEMARAKAN API ATAU KEBAKARAN 1) Menggunakan bahan binaan yang mudah terbakar dalam bangunan 2) Kecuaian dalam penggunaan perkakasan-perkakasan elektrik atau perkakas yang rosak 3) Pendawaian litar elektrik yang kurang sempurna atau selamat. 4) Membuang puntung rokok merata tempat 5) Kecuaian penggunaan ubat nyamuk, dapur gas, minyak tanah dan bahan apimudah terbakar. 6) Secara sengaja atau khianat ALAT PEMADAM API Terdapat 2 jenis alat pemadam api iaitu :

Transcript of Punca Pemarakan API Atau Kebakaran

Page 1: Punca Pemarakan API Atau Kebakaran

PUNCA PEMARAKAN API ATAU KEBAKARAN

1) Menggunakan bahan binaan yang mudah terbakar dalam bangunan

2) Kecuaian dalam penggunaan perkakasan-perkakasan elektrik atau perkakas yang rosak

3) Pendawaian litar elektrik yang kurang sempurna atau selamat.

4) Membuang puntung rokok merata tempat

5) Kecuaian penggunaan ubat nyamuk, dapur gas, minyak tanah dan bahan apimudah

terbakar.

6) Secara sengaja atau khianat

Page 2: Punca Pemarakan API Atau Kebakaran

ALAT PEMADAM API

Terdapat 2 jenis alat pemadam api iaitu :

a) Jenis mudah alih

b) Jenis tetap

JENIS MUDAH ALIH

a) Berperanan sebagai ‘alat bantu mula’ untuk memadamkan kebakaran peringkat awal

b) Diletakkan pada tempat yang mudah dicapai atau dilihat di dalam bangunan

c) Jenis-jenis pemadam api mengikut kesesuaian penggunaannya iaitu:

i. Jenis berasaskan air

ii. Jenis busa (foam)

iii. Jenis gas CO2

iv. Jenis debu kering (dry powder)

JENIS TETAP

a) Dipasang di dalam bangunan dan diletakkan di tempat yang telah dikhaskan.

b) Jenis-jenisnya ialah :

i. Paip atau pili bomba

ii. Sesalur penaik jenis kering (dry riser)

iii. Sesalur penaik jenis basah (wet riser)

iv. Sistem pemercik automatik

Page 3: Punca Pemarakan API Atau Kebakaran

ALAT PEMADAM API JENIS BERASASKAN AIR

a) Bahan pembakaran melibatkan bahan-bahan berkarbon seperti kayu, kertas, kain,

bahan pejal yang mudah terbakar dan lain-lain.

b) Terdiri dari tabung luar yang diisikan dengan air biasa bercampur dengan sodium

mitrat dan satu tabung dalam dipanggil katrij yang diisikan dengan gas CO2 termampat

c) Spesifikasi

i. Silinder berwarna merah

ii. Jarak pancutan bagi silinder yang beratnya 10 kg ialah 4m

iii. Tempoh masa penggunaannya ialah antara 1-2 minit bagi silinder 10 kg

d) Kebaikan

i. Tidak merbahayakan dan mudah digunakan.

ii. Dapat bertindak dengan cepat.

iii. Boleh diisi semula dengan mudah

iv. Di dalam silinder, air tidak beku dan silinder tidak berkarat kerana tindakan

sodium nitrat.

e) Kelemahan

i. Hanya boleh digunakan sekali sahaja

ii. Tidak boleh memadamkan kebakaran yang disebabkan oleh minyak, elektrik

dan enjin

SISTEM SEMBURAN AUTOMATIK

Page 4: Punca Pemarakan API Atau Kebakaran

a) Merupakan alat pemadam kebakaran yang bertindak secara automatik.

b) Diperlukan pada bangunan-bangunan yang mempunyai risiko tinggi dan tidak dihuni

sepenuh masa serta bangunan-bangunan tinggi yang melebihi 2 tingkat atau bangunan

besar.

c) Terdiri dari paip-paip air yang dipasang mengikut sistem grid dengan jarak 2m antara

satu sama lain atau sistem barisan paip dengan jarak maksima 4m antara satu sama

lain dan disambung terus dari paip bekalan air utama melalui paip penaik (riser).

d) Dalam sistem barisan paip, kepala pemercik dipasang pada jarak 4.6m antara satu

sama lain.

e) Apabila berlaku kebakaran, cecair berwarna dalam bebuli kaca akan mengembang

apabila menerima haba atau suhu yang tinggi dari api kebakaran (biasanya 68o C –

180oC)

f) Tekanan dalam bebuli kaca akan naik dengan mendadak hingga ke satu takat di mana

bebuli kaca akan mengembang dan pecah.

g) Injap dalam kepala pemrcik akan jatuh kedudukannya dan membenarkan airmengalir

ke plat pemesong (deflector) dan seterusnya menyembur ke atas api kebakaran.

h) Keperluan-keperluan untuk sistem pemercik automatik adalah seperti:

i. Ia mesti mempunyai kawalan pusatdan alat penguji. Kawalan pusat

mempunyai injap berhenti (stop valve) yang membolehkan bekalan air ditutup

sebaik sahaja api dipadamkan. Injap-injap lain yang dipasang di pusat kawalan

ialah injap alarm, injap cegah balik (non-return valve) dan injap kebezaan

(differential valve)

ii. Bekalan air hendaklah diperolehi dari dan tempat yang berasingan. Tujuan

ialah jika salah satu bekalan air tidak berfungsi, air boleh di dapati dari bekalan

satu lagi.

Page 5: Punca Pemarakan API Atau Kebakaran

iii. Plat pemesong (deflector) dalam kepalapemercik hendaklah berupaya

memancutkan air pada keluasan 2m2