Punca penagihan dadah.

download Punca penagihan dadah.

of 3

Transcript of Punca penagihan dadah.

  • 8/11/2019 Punca penagihan dadah.

    1/3

    Punca-punca penagihan dadah

    1.DIPENGARUHI OLEH ORANG LAIN.

    remaja yang masih lagi cuba untuk mengenali pelbagai aktiviti atau budaya baru tidak tahu

    membezakan antara gejala yang negatif atau positif.

    remaja mudah terikut-ikut dengan kata dan arahan rakan-rakan atau orang lain tanpa menyedari

    kesan buruknya.

    2.SIKAP INGIN MENCUBA.

    pada zaman sekarang,remaja semakin aktif dan sentiasa ingin mencuba perkara yang baru dan ini

    merupakan peringkat pertama bagi sesuatu ketagihan dadah.

    Tindakan pencegahan dadah yang berkesan memerlukan penglibatan semua golongan

    masyarakat. Pada zaman moden ini, golngan muda lebih bebas, terdedah kepada pengaruh asing

    dan mereka lebih mengutamakan pandangan rakan sebaya. Dengan ini, mereka mudah terlibat

    dengan kegiatan yang tidak sihat. Untuk disanjung oleh kawan, mereka menunjukkan keberanian

    dengan menghisap rokok dan dadah. Sekali mereka bermula, maka amat sukar bagi mereka

    memberhentikan amalan buruk ini. Masyarakat harus dididik sejak kecil lagi bahawa dadah itu

    najis, benda yang kotor dan tidak boleh disentuh. Sekiranya kita berjaya menyemai nilai ini dalam

    hati sanubari mereka, sebahagian daripada kejayaan pencegahan dadah akan tercapai. Kita harus

    sedar bahawa tindakan kita ke arah matlamat mencegah penyalahgunaan dadah ini adalah untuk

    menyelamatkan bukan sahaja keluarga kita sendiri bahkan generasi muda untuk mewujudkan satu

    bangsa yang bermaruah dan dihormati.

    Sebahagian besar penagih-penagih dadah di negara kita terdiri daripada golongan remaja antara

    15-29 tahun. Antara sebab-sebab utama mereka ini menjadi penagih ialah kerana keseronokan,

    sikap ingin tahu, pengaruh persekitaran terutamanya pengaruh rakan sebaya, tekanan emosidisebabkan oleh sama ada kegagalan, tidak mendapat kasih sayang ibu bapa atau kerana

    kemewahan. Hal ini menunjukkan, sekolah boleh memainkan peranan penting dalam membasmi

    bencana dadah. Pada tahun 2005 ini, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melancarkan

    program pencegahan penagihan dadah besar-besaran tahun ini dengan sasaran utama terhadap

    golongan belia terutama pelajar sekolah. Program pencegahan merupakan usaha terbaik bagi

    mengelak pertambahan jumlah penagih baru di negara ini. Menurut laporan agensi itu, sehingga

    Oktober tahun 2004, daripada sejumlah 30,659 penagih dadah, sebanyak 15,292 orang adalah

    penagih baru manakala sebanyak 15,667 adalah penagih berulang. Data ini jelas menunjukkan kita

    perlu bersungguh-sungguh dengan program pencegahan kerana program pemulihan dan rawatan

    sukar menghalang penagih-penagih ini mengulangi kegiatan mereka.

  • 8/11/2019 Punca penagihan dadah.

    2/3

  • 8/11/2019 Punca penagihan dadah.

    3/3

    Kita sepatutnyaberterima kasih kepada pihak kerajaan kerana telalh membantu mencegah

    penagihan dadah. Tamsilnya,Karnival 6 Jahanam yang telah dirasmikan oleh Dato Seri Abdullah bin

    Haji Ahmad Badawi. Karnival ini bertujuan membenci 6 jenis dadah utama iaitu

    ganja,syabu,heroin,morfin,opium dan kodein. Pihak kerajaan juga perlulah komited dalam usaha

    membantu mencegah penagihan dadah dengan melakukan pelbagai aktivitibergiat secara aktif

    dalam usaha merealisasikan impian negara untuk bebas daripada masalah dadah pada tahun 2015.

    Tanggal 19 Februari pada setiap tahun telah dipilih oleh pihak kerajaan sebagai Hari Anti Dadah

    Kebangsaan yang secara tidak langsung dapat mengingatkan bekas penagih dadah akan bahana

    dadah di samping memberi peringatan kepada masyarakat. Pihak kerajaan juga perlu

    memperketatkan lagi undang-undang sedia ada seperti Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta

    Racun1952. Dengan cara itu,masyarakat akan takut untuk terlibat daalm gejala dadah dan sekaligus

    mengurangkan jumlah penagih dadah yang bertaburan di negara kita.