Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

51
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Pelbagai perubahan ekonomi dan sosial yang menyertai proses pembangunan global umumnya telah secara serentak mewujudkan dan meluaskan beberapa perubahan pada pola-pola jenayah dan delinkuensi. Menurut Kamus Dewan edisi ke-3, jenayah boleh ditakrifkan sebagai perbuatan kejahatan yang salah disisi undang-undang. Masalah jenayah merupakan salah satu isu yang semakin menarik perhatian awam dan ia sering menjadi bahan perbahasan politik semasa. Di Malaysia, media massa memaparkan berita dan cerita mengenai keadaan jenayah yang jumlahnya dikatakan semakin meningkat. Seringkali pula orang awam dikatakan berasa khuatir dan gelisah terhadap bahaya dan kesan jenayah yang sukar diramalkan keluasannya terutama dalam masyarakat serba moden kini yang banyak menonjolkan peningkatan keadaan individualisme, materialisme dan hedonisme dalam kalangan anggotanya. 1

description

Why do you think crime rates in Malaysia are higher today than 50 years ago? Do you support or oppose the “community policing”?

Transcript of Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

Page 1: Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pelbagai perubahan ekonomi dan sosial yang menyertai proses pembangunan

global umumnya telah secara serentak mewujudkan dan meluaskan beberapa perubahan

pada pola-pola jenayah dan delinkuensi. Menurut Kamus Dewan edisi ke-3, jenayah

boleh ditakrifkan sebagai perbuatan kejahatan yang salah disisi undang-undang. Masalah

jenayah merupakan salah satu isu yang semakin menarik perhatian awam dan ia sering

menjadi bahan perbahasan politik semasa. Di Malaysia, media massa memaparkan berita

dan cerita mengenai keadaan jenayah yang jumlahnya dikatakan semakin meningkat.

Seringkali pula orang awam dikatakan berasa khuatir dan gelisah terhadap bahaya dan

kesan jenayah yang sukar diramalkan keluasannya terutama dalam masyarakat serba

moden kini yang banyak menonjolkan peningkatan keadaan individualisme, materialisme

dan hedonisme dalam kalangan anggotanya.

1

Page 2: Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

BAB 2

MASALAH JENAYAH DI MALAYSIA

Kadar jenayah di Malaysia kian meningkat tahun demi tahun. Hal ini dapat dibuktikan

dengan peningkatan indeks statistik jenayah dan melalui penurunan Indeks Keselamatan

Awam yakni hasil laporan Indeks Kualiti Hidup Rakyat Malaysia (Malaysian Quality of

Life Index (MQLI) pada tahun 2004. Didapati kadar indeks keselamatan awam adalah

yang terendah berbanding 10 indeks yang lain.

Rajah 1: Perbandingan Indeks Kualiti Hidup Rakyat Malaysia

Hasil lapran ini telah menybabkan Democratic Actions Party National Chairman dan

Consumer Association of Penang menyatakan dalam laporan media bahawa kesan

penurunan ini telah mengakibatkan peningkatan kadar jenayah di Malaysia.

2

Page 3: Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

Pada masa kini dipercayai bahawa, trend jenayah telah berkembang melalui tiga

proses yakni sejak peringkat awal kemerdeakaan hingga ke hari ini. Ianya berkembang

dengan permulaan yang sederhana seperti kecurian, kecederaan fizikal dan rompakan

ringan. Permulaan yang sederhana ini dikenali sebagai jenayah tradisional kemudian

diikuti dengan jenayah sindiket dan kini yakni jenayah yang lebih kompleks iaitu jenayah

global.

Rajah 2 : Perkembangan trend jenayah di Malaysia

Jenayah di Malaysia kini menjadi semakin kompleks dan kadangkala semakin sukar

untuk dikesan. Pada akhir abad ke-20 dan memasuki abad ke-21, dapat dilihat bahawa

jenayah komersil dan jenayah yang melibatkan penipuan telah menjadi lebih sofistikated

disebabakan teknologi computer dan telekomunikasi yang cepat berkembang. Penjenayah

telah mengambil langkah progresif untuk memberikan mereka kelebihan melalui

pengetahuan penyiasatan dan hasilnya menyebabkan kesukaran dalam penyiasatan

forensik pihak berkuasa.

3

Page 4: Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

Seperti yang kita tahu, terdapat pelbagai jenis jenayah yang berlaku di Malaysia.

Jabatan Polis diraja Malaysia telah mengklasifikasikan jenis jenayah ini kepada dua iaitu

jenayah indeks dan jenayah bukan indeks. Pengkelasan kepada jenayah indeks ini

bertujuan untuk memudahkan pihak berkuasa untuk membuat perbandingan kadar

jenayah negara kita dengan negara luar. Jenayah indeks bermaksud jenayah yang

dilaporkan dengan ketetapan yang memadai dan kepentingan yang memadai yang

bermakna sebagai indeks kepada situasi jenayah. Jenayah bukan indeks adalah seperti

penyalahgunaan dadah, jenayah kolar putih, sindiket haram dan perjudian. Jabatan Polis

Diraja Malaysia telah membahagikan jenayah indeks kepada dua kategori iaitu jenayah

harta benda dan jenayah kekerasan.

Jenayah harta benda termasuklah kesalahan yang melibatkan kehilangan harta

benda dimana tidak menggunakan kekerasan oleh si pelaku. Terdapat tujuh jenis jenayah

dalam kategori ini iaitu, pecah rumah dan kes mencuri di waktu siang, pecah rumah dan

kes mencuri di waktu malam, kes mencuri lori dan van, kes mencuri motokar, kes

mencuri motosikal, kes mencuri basikal, dan kes-kes mencuri yang lain. Manakala bagi

jenayah kekerasan ialah melibatkan kekerasan yang nyata sekali lazimnya memadai

kejadian yang melibatkan lapan jenis. Antaranya ialah, pembunuhan, cubaan membunuh,

rompakan berkumpulan bersenjata api, rompakan berkumpulan tanpa senjata api,

rompakan bersenjata api, rompakan tanpa senjata api, rogol dan akhir sekali kes yang

melibatkan kecederaan dengan sengaja.

Secara umumnya trend jenayah di Malaysia didapati lebih kurang sama dengan

keadaan di negara maju, walaupun terdapat perbezaan tertentu, misalnya dari segi jumlah

4

Page 5: Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

dan kadar. Garf dibawah menunjukkan situasi jenayah di Malaysia untuk 20 tahun

terakhir iaitu dari tahun 1980 hingga 2004.

Rajah 3: Statistik jenayah di Malaysia 1980-2004

Berdasarkan graf diatas, didapati 90% jenayah harta benda yang dilaporkan setiap tahun

berbanding dengan laporan jenayah kekerasan yang hanya melibatkan 10%. Ini

menunjukkan tidak ada sebarang peningkatan yang serius bagi kadar jenayah kekerasan

dan laporan ini membuktikan ianya tidak dipengaruhi oleh sebarang situasi ekonomi

negara. Namun, perkara sebaliknya yang berlaku untuk jenayah harta benda dimana ia

menunjukkan peningkatan yang ketara. Begitu juga untuk jenayah indeks dimana ianya

menunujukan peningkatan dalam masa 20 tahun. Dengan itu, dapat kita katakan bahawa

jenayah kekerasan seperti rompkan dan pembunuhan lebih mendapat publisiti dari pihak

media walhal penyumbang utama dalam keseluruhan jenayah indeks di Malaysia ialah

jenayah harta benda.

5

Page 6: Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

BAB 3

DEFINISI ISTILAH

3.1 Jenayah

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 jenayah adalah perbuatan kejahatan seperti mencuri,

merompak, membunuh dan lain-lain di mana salah di sisi undang-undang. Manakala

Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (1998) pula mengkelaskan jenayah sebagai paksa, peras,

hasut, tawan, ugut, kejahatan, langgar undang-undang, runtun, rampok, menyalahi

undang-undang, kesalahan, cabul, ceroboh, maksiat, curi, rompak, rampas, samun,

bunuh, perkosa, culik dan jabal.

3.2 Devian

Menurut Azizi et al. (2005) tingkah laku devian membawa maksud tingkah laku yang

melanggar norma-norma masyarakat tertentu. Selain itu, menurut James W. Vander

Zanden (1979), devian adalah tingkah laku yang dianggap oleh sejumlah besar orang

sebagai sesuatu yang tercela dan diluar batas-batas toleransi. Rogol, rompakan, serangan

dan kejadian rompak rumah dikira dalam kategori ini.

6

Page 7: Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

BAB 4

KONSEP DAN TEORI

4.1 Perspektif Fungsionalisme

Sebagai salah sebuah negara perindustrian, Malaysia tidak akan dapat lari dari

peningkatan kadar jenayah dimana salah satu faktornya adalah akibat kes pengangguran

yang semakin meningkat. Golongan yang kurang bernasib baik seperti yang tidak

mempunyai pekerjaan akan cuba untuk mengambil jalan mudah dengan menggunakan

cara yang salah di sisi undang-undang seperti merompak untuk memenuhi keperluan

hidup. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian Mohd. Sabri (2002) yang menunujukkan

kesan pengangguran terhadap peningkatan jenayah harta benda ketika ekonomi merosot

pada tahun1997. Namun, bagi golongan yang bernasib baik, mereka boleh terus

mendapatkan apa yang dikehendaki dengan kelulusan yang ada untuk mendapatkan

pekerjaan. Apabila berlakunya sekatan terhadap seseorang individu seperti kemiskinan,

diskriminasi dan kondisi sosial yang lain individu itu mungkin mengambil jalan yang

salah untuk memenuhi sesuatu keperluan. Situasi ini dikenali sebagai anomie. Menurut

Emile Durkheim, anomie adalah keadaan dimana lemahnya ikatan sosial seseorang

dimana mampu mendorong seseorang melakukan devian. Robert K. Merton mengupas

soal ini dengan mengklasifikasikan tingkah laku manusia kepada 5 golongan atas dasar

tujuanya serta cara-cara untuk mencapai tujuan tersebut.

7

Page 8: Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

Diagram Merton Tujuan Cara-cara Mencapai Tujuan

Conformity + +

Innovation + -

Ritualism - +

Retreatism - -

Rebellion +/- +/-

Rajah 4 : Teori Merton

Merton mengenalpasti lima jenis penyesuaian dalam berhadapan dengan situasi ini. Ia

adalah (i) Conformity (Akur); (ii) Innovation (inovasi); (iii) ritualism, (iv) retreatism;

dan, (v) rebellion. Antara kelima-lima bentuk penyesuaian ini, hanya dua yang pertama

perlu dibincangkan. Penyesuaian pertama (akur) merujuk kepada golongan yang

menerima matlamat-matlamat masyarakat dan menggunakan cara-cara yang sah untuk

mencapainya. Misalnya, pelajar universiti yang tekun dan menyiapkan diri untuk

ganjaran masa depan. Sebaliknya, golongan inovasi merujuk kepada mereka yang

menerima matlamat tersebut tetapi menolak (atau tidak mempunyai) cara-cara yang sah

untuk mencapainya. Kesimpulannya, ikatan sosial amat penting demi menstabilkan

sistem sosial dalam kalangan masyarakat.

4.2Perspektif Konflik

Kriminologi konflik amatlah bertentangan dengan fungsionalisme. Teori anomie

menyatakan masalah berlaku apabila terdapat golongan yang ingin mencapai sasuatu

tetapi kurang bernasib baik kerana tidak mempunyai kelebihan seperti pekerjaan lalu

8

Page 9: Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

mengambil jalan yang salah di sisi undang-undang seperti mencuri untuk memenuhi

keperluan hidup. Tetapi, teori konflik menyatakan masalah muncul akibat konflik yang

berterusan antara kelompok masyarakat seperti golongan kaya dan golongan miskin.

Orang pertama yang menyatakan hal ini ialah ahli falsafah Jerman iaitu Karl Max.

Menurut kriminologi konflik, sistem pengadilan jenayah lebih mengutamakan dan

memberi kelebihan kepada kumpulan yang dominant seperti pihak atasan

(Kennedy,1990). Yakni, ini menunjukkan orang yang mempunyai kuasa memliki

kelebihan keatas golongan yang kurang berkuasa seperti orang miskin dan pekerja biasa.

Secara umumnya, mereka yang memiliki tingkat kekuasaan yang lebih besar mempunyai

kedudukan yang lebih baik dalam mendefinisikan perbuatan-perbuatan yang dikatakan

sebagai jenayah dan mereka juga yang menentukan apakah hukuman yang bakal diterima

oleh pesalah. Dengan itu, seperti yang berlaku di Malaysia, kita dapat lihat akan

peningkatan kadar jenayah yang berterusan ekoran penguasaan kelompok yang berstatus

tinggi terhadap kelompok yang berstatus rendah. Contohnya seperti kes-kes buli atau

kecurian di sekolah-sekolah tempatan di mana sekiranya anak-anak golongan atasan

terlibat dalam kes salah laku pelajar, ibu bapa mereka akan mengambil inisiatif unutk

menutup perkara ini dengan pengaruh yang mereka ada seperti mendermakan sejumlah

wang kepada sekolah sebagai dana untuk menaikkan taraf sekolah tersebut dengan

memberikan kemudahan seperti mendirikan pondok ilmu di kawasan sekolah dan lain-

lain. Tindakan sedemikian boleh menyebabkan anak-anak tersebut tidak takut untuk

mengulang semula perbuatan mereka dan sekiranya perkara ini dibiarkan anak-anak

tersebut akan mula bersikap devian apabila meningkat dewasa. Berdasarkan pendekatan

ini, dapat dilihat bahawa masalah wujud apabila berlakunya ketidakadilan terhadap

9

Page 10: Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

sesuatu kumpulan dalam sistem perundangan jenayah. Kumpulan yang mempunyai kuasa

berkemampuan untuk mengelak dari dilabel sebagai pelaku jenayah. Menurut David

Downes (1995), ketidakadilan atau ketidakseimbangan ini telah dijadikan sebagai faktor

peningkatan jenayah dimana keduanya saling berkaitan.

4.3Perspektif Interaksionis

Pendekatan interaksionis menyatakan pendekatan fungsionalisme dan konflik sebagai

tidak lengkap kerana kedua-duanya tidak menyatakan bagaimana seseorang bersikap

devian atau mengapa terdapat segelintir golongan yang bertindak balas terhadap anomie

dengan melakukan jenayah atau mengambil dadah sedangkan segelintir yang lain tidak

melakukannya. Untuk mendapatkan jawapan ini, kita harus melihat dari segi proses

sosialisme dan interaksi yang mempengaruhi kehidupan manusia. Teori Pancaran Budaya

mengatakan devian adalah sikap yang boleh dipelajari dimana dipancarkan melalui

sosialisme. Teori yang paling mempengaruhi teori ini ialah Teori Perbezaan Persatuan

yang diplopori oleh ahli kriminologi iaitu Edwin Sutherland (1920 dan 1930) yang

mengatakan seseorang akan bersikap devian apabila berlakunya interaksi dengan

kalangan orang yang bersikap devian. Terdapat dua element bagaimana proses ini terjadi.

Yang pertama, seseorang itu akan belajar bagaimana untuk melibatkan diri dalam devian.

Contohnya untuk penggunaan dadah, seseorang itu perlu terlebih dahulu tahu bagaimana

untuk mendapatkannya dan cara untuk menggunakannya. Yang kedua, individu itu perlu

menganggap sikap devian itu sebagai sebahagian dari diri berbanding dengan sikap yang

lain. Melalui interaksi dengan pelaku devian yang lain, seseorang itu akan belajar akan

rasionalnya sikap devian untuk mendapatkan kehidupan yang diidamkan. Teori

10

Page 11: Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

Sutherland ini tidak menerangkan bagaimana pesalah yang pertama boleh menjadi

penjenayah tetapi beliau menjelaskan bagaimana sikap devian boleh wujud dari interaksi,

persatuan, dan sosialisme. Di Malaysia, isu salah laku akibat pengaruh rakan sebaya

dalam kalangan pelajar sekolah usah dipertikaikan lagi. Berita mengenai kematian pelajar

sekolah bukanlah isu yang asing lagi di negara kita. Paling menyedihkan apabila

pembunuh juga adalah dalam kalangan pelajar. Bermula dengan ugutan kecil kemudian

diikuti dengan adegan pukul-memukul. Akibat tidak dapat mengawal perasaan maka

terjadinya kes pembunuhan tidak sengaja. Namun nasi telah menjadi bubur apa yang

berlaku tidak dapat diputar semula. Semua hal ini tidak akan terjadi sekiranya pelajar

bijak memilih rakan. Hasil kajian Cole dan Hall (1970) mendapati anak-anak yang berumur

7 hingga 17 tahun yang biasa berkawan dengan orang-orang yang tidak bermoral akan

terdedah kepada pelbagai masalah menunjukkan kesamsengan mereka. Justeru pencegahan

awal perlu diambil sebelum semuanya terlambat.

Pendekatan interaksionis yang lain adalah teori labelan yang diplopori oleh Edwin Lamert

(1967). Teori ini menegaskan bahawa proses pemberian lebel merupakan penyebab

seseorang untuk menjadi jahat. Edwin Lamert mengatakan semua orang terlibat dalam

perbuatan jenayah namun, hanya segelintir golongan yang dilabelkan. Beliau menerangkan

yang devian adalah proses di mana bermula dengan penyimpangan primer (primary

deviance) kemudian akibat kesalahan tersebut, ia dicap sebagai pesalah. Adanya label

mungkin akan diterima oleh individu tersebut dan menjadikannya berusaha untuk menjalani

sebagaimana label yang dilekatkan pada dirinya, dan salah satu proses tersebut akan

menjelaskan kejahatan dan mewujudkan kerjayanya sebagai penjahat. Penyimpangan kedua

ini digelar sebagai penyimpangan sekunder (secondary or career deviance) iaitu kesan

11

Page 12: Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

daripada penyimpangan primer tadi. Di Malaysia juga, seseorang berpotensi untuk

melakukan penyimpangan sekunder apabila di label. Situasi ini dapat dilihat tidak kira tempat

dan umur. Individu akan berasa tertekan setelah di label dan ini mendorong individu tersebut

untuk melakukan jenayah yang lebih serius lagi. Contohnya, sekiranya telah dilabel sebagai

seorang yang suka mencuri, dia tidak akan teragak-agak untuk mencuri sekali lagi kerana dia

yakin sudah tidak ada bezanya memandangkan masyarakat sekeliling telah memandang

serong terhadapnya.

12

Page 13: Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

BAB 5

PUNCA-PUNCA PENINGKATAN JENAYAH DI MALAYSIA

5.1 Peningkatan Populasi

Rajah 5 : Indeks Jenayah per 100,000 yang hubung kait kepada populasi dalam Negara

pada tahun2004

Peningkatan populasi seringkali dikatakan sebagai penyumbang utama dalam

peningkatan kadar jenayah di Malaysia. Berdasarkan graf, terbuktilah bahawa kawasan

yang mempunayi populasi penduduk yang tinggi mempunyai kadar jenayah yang tinggi.

Antara negeri yang mencatatkan peningkatan ialah negeri Selangor, Kuala Lumpur, Pulau

Pinang dan Johor. Peningkatan populasi penduduk telah mempengaruhi tiga aspek utama,

iaitu sistem polisi komuniti, sistem kawalan dan sistem pencegahan jenayah. Peningkatan

populasi telah mengakibatkan ikatan silaturrahim yang mundur antara masyarakat. Ini

dapat dibuktikan dengan peningkatan kadar jenayah seperti kes pecah rumah di kawasan

perumahan. Sikap tidak peduli dan tidak mengambil berat akan situasi sekeliling telah

membuka ruang yang luas bagi penjenayah untuk bersikap devian. Boleh dikatakan

13

Page 14: Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

hanya sekitar 20% jenayah yang berjaya diselesaikan dari beribu-ribu kes yang ada

bergantung terhadap jenis jenayah yang dilakukan. Tanpa kerjasama yang erat antara

penduduk dan pihak polis, penangkapan amatlah sukar untuk dilaksanakan. Selain itu,

besar kemungkinan, peningkatan populasi telah menyebabkan sistem kawalan jenayah di

negara kita tidak mampu untuk mengawal seluruh penduduk Malaysia. Pertumbuhan

penduduk yang ramai telah menyebabkan pihak polis tidak mampu untuk mengawal

jenayah yang kian meningkat hari demi hari. Saban hari kes-kes tidak kira jenayah harta

benda mahupun jenayah kekerasan kian dilaporkan. Walaupun setiap negeri mempunyai

sistem kawalan masing-masing, namun sebenarnya sistem kawalan itu tidak cukup jika

dibandingkan dengan pertumbuhan penduduk yang begitu banyak. Pencegahan jenayah

juga sukar dilakukan ekoran jumlah penduduk yang begitu besar. Peningkatan jumlah

tahanan di pusat-pusat tahanan membuktikan pencegahan jenayah kurang mendapat

sambutan dari penduduk.

Namun demikian, memang tidak dinafikan berlakunya peningkatan jenayah di negeri

Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor tetapi kita tidak boleh terlepas pandang

bahawa terdapat negeri lain yang mempunyai penduduk yang lebih tinggi dari Kuala

Lumpur dan Pulau Pinang tetapi mencatatkan kadar jenayah yang rendah seperti di

Sabah, Sarawak, Perak dan Kedah. Hal ini dapat diteguhkan lagi dengan perbandingan

yang dibuat dengan negara Singapura. Walaupun Kuala Lumpur dan Pulau Pinang

mempunyai populasi yang sedikit berbanding Singapura yakni masing-masing

menunjukkan indeks jenayah 1399 dan 854 per 100,000 manakala Singapura

mempunyai indeks jenayah 731 per 100,000. Kesimpulannya, kita perlu membuat

14

Page 15: Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

perbandingan sistem polisi komuniti, sistem kawalan jenayah dan teknik mengatasi

jenayah di negara kita untuk melihat mengapa Singapura mempunyai kadar jenayah yang

rendah walaupun mempunyai populasi densiti, etnik, dan sistem jenayah yang sama.

5.2 Pengangguran

Isu pengangguran bukanlah suatu masalah baharu di Malaysia. Tahun demi tahun,

masalah ini pasti berulang. Pada tahun 2002, 88.8% daripada pencari pekerjaan di

Malaysia adalah berusia antara 15 hingga 24 tahun dan selebihnya berumur 30 tahun ke

atas. 78% daripada pencari pekerjaan ini berkelayakan SPM dan ke bawah, dengan

kebanyakannya terdiri daripada lepasan SPM iaitu 60.1%. Kira-kira 79.2% daripada

jumlah pencari pekerjaan ini adalah penganggur sepenuh masa, manakala selebihnya

sedang bekerja secara sambilan atau menjadi buruh keluarga. Pengangguran dan jenayah

mempunyai hubung kait yang kuat. Seperti kajian yang telah dijalankan oleh Abdul Aziz

dan Hj. Ahmad Ragib (1987), mereka menyatakan bahawa terdapat hubungan yang

signifikan antara pengngguran dan jenayah harta benda dalam police districts. Selain itu,

kajian yang dijalankan oleh Mohd Sabri (2002) telah menunjukkan kesan pengangguran

terhadap jenayah harta benda dapat dilihat dalam peningkatan jenayah harta benda

semasa musim kemunduran ekonomi pada tahun1997. Dia juga telah menunujukkan 75%

yang melakukan jenayah disebabkan ketiadaan pekerjaan dan kesukaran untuk mencari

pekerjaan yang bergaji besar. Selain itu, antara panjenayah tersebut, 43% dari mereka

melakukan jenayah tersebut untuk mendapatkan bekalan dadah. Desakan terhadap

keperluan hidup telah memaksa penjenayah untuk bertindak devian seperti yang terdapat

dalam teori Robert K. Merton. Penjenayah akan melakukan apa saja asalkan dapat apa

15

Page 16: Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

yang diimpikan tanpa mengira cara yang betul mahupun salah ekoran tidak mempunyai

pekerjaan yang sempurna. Rajah dibawah menunjukkan peratusan penjenayah

berdasarkan jumlah pendapatan.

Rajah 6 : Banduan yang Didapati Bersalah Berdasarkan Pendapatan Bulanan

Maklumat dan data Jabatan Statistik Negara menunjukkan sehingga November 2001,

kira-kira 40,000 graduan dilaporkan menganggur. Lebih 60% daripada mereka datangnya

daripada kumpulan umur antara 20-24 tahun dan merupakan penganggur kali pertama.

Dari segi jantina, jumlah graduan perempuan yang menganggur mengatasi graduan lelaki

dengan masing-masing berjumlah 61.2% dan 38.8%. Siswazah Melayu merupakan

penganggur yang tertinggi bilangannya (52.2%) dalam perbandingan etnik. Bekas

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menyatakan

kelemahan-kelemahan ketara yang melanda IPTA ketika ini antaranya, kurang kemahiran

berkomunikasi, kurang kemampuan berfikir, kurang inisiatif dan kurang keyakinan diri di

kalangan graduan IPTA di negara ini, yang akhirnya menyumbang kepada peningkatan

kadar pengangguran di negara ini. Oleh yang demikian, mahasiswa yang sedang dalam

16

Page 17: Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

pengajian perlu berusaha mencari nilai tambah atau added value dalam diri supaya

menjadi tarikan pihak majikan untuk memilihnya berbanding ribuan lagi pemohon yang

ingin bekerja dengannya. Kemahiran sosial adalah nilai tambah yang mudah dimiliki

berbanding kemahiran teknikal. Antara cara memilikinya ialah dengan melibatkan diri

dengan persatuan-persatuan atau kelab-kelab di universiti. Ini dapat menambahkan

kemahiran sosial seperti kemahiran interpersonal, pengucapan awam, pengurusan

organisasi, kerja berkumpulan, kerja berstrategi, cara membuat keputusan, pengelolaan

program, perancangan kewangan, teknik berkomunikasi dan sebagainya. Justeru, pelajar-

pelajar kini yang sedang menuntut di ipta harus mengambil iktibar akan sejarah graduan-

graduan yang lepas agar kes pengangguran dapat dikurangkan sekaligus menangani

masalah jenayah di Negara kita.

5.3 Pendidikan

Hasil daipada laporan Census pada tahun 2000, statistik menunjukkan kaum India hanya

meliputi 7.7% dari jumlah kesuluruhan populasi rakyat Malaysia. Ini bermakna, kaum

India adalah kaum minoriti jika dibandingkan dengan kaum Melayu iaitu sebanyak

65.1% dan kaum Cina sebanyak 26%. Namun, golongan muda kaum India banyak

terlibat didalam aktiviti jenayah dan `geng` serta gejala sosial yang lain seperti penagihan

dadah dan arak. Analisis statistik mengenai jumlah penangkapan kaum India dan jumlah

tahanan di bawah undang-undang pencegahan membuktikan ketinggian kadar jenayah

mereka. Besar kemungkinan faktor kurangnya pendidikan dalam kalangan masyarakat

India adalah penymbang utama kepada meningkatnya jumlah jenayah mereka. Jumlah

individu yang ditahan di bawah undang-undang pencegahan untuk jenayah keganasan di

17

Page 18: Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

Pusat Pemulihan Spg.Renggam di Johor ialah 702 dimana didapati sebanyak 316 ialah

kaum India, 111 kaum Cina dan 111 kaum Melayu. Ini menunjukkan tingginya kadar

jenayah dalam kalangan komuniti India yang sedikit.

Rajah 7: Kumpulan Yang Berdaftar di Malaysia tahun 2003

Rajah di atas jelas membuktikan kaum India merupakan penyumbang utama dalam

masalah gangsterisme dan aktiviti geng yang berkaitan. Terdapat 285 kumpulan yang

berdaftar dimana 122 daripadanya adalah Ang Beng Hoay, 40 Wah Kee dan 123

kumpulan thug dimana 92 terdiri daripada kumpulan thug India. Kumpulan thug

mempunyai 3497 ahli dan majoriti adalah dari kaum India.

Kaum India telah bersekutu dengan kominiti pertanian sejak sebelum merdeka lagi.

Ekoran gaya hidup mereka yang tinggal di kawasan pendalaman, majoriti kaum India

kurang pendedahan dan kemudahan mengenai pendidikan. Apabila kaum India berhijrah

ke bandar untuk menambahbaikpulih kehidupan, perkara yang sebaliknya pula berlaku

terutama kepada buruh kelas rendah kaum India. Hal ini telah menyebabkan berlakunya

18

Page 19: Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

masalah perubahan dimana akan menyumbang kepada kenaikan jenayah. Komuniti kota

adalah lebih kompleks berbanding komuniti yang hidup melalui pertanian. Kos hidup

yang tinggi dan sistem kehidupan yang berbeza telah memaksa kaum India ini untuk

bertindak devian. Malah, ketiadaan orang tua (ketua) dan ketiadaan struktur yang teratur

dalam kawasan baru menyebabkan berlakunya runtuhan sistem sokongan sosial.

Secara ringkasnya, kurangnya pendidikan menyebabkan berlakunya masalah sosial dalam

kalangan kaum India. Hal ini boleh menyebabkan berkembangnya jenayah dan sikap

devian yang lain. Harrower J. (1998) telah menyatakan kita semua mempunyai potensi

genetik, tetapi untuk menyedarkan potensi tersebut (siakp devian) faktor persekitaran

haruslah ada. Oleh itu, kaum India perlu pembinaan semula, memperbaharui

menyesuaikan diri secara menyeluruh untuk menghadapi cabaran urban.

5.4 Narkotik dan Jenayah

Penyalahgunaan narkotik oleh individu mempunyai hubung kait dengan berlakunya

jenayah. Narkotik adalah salah satu jenis dadah yang memberbahaya. Menurut Kamus

Dewan Edisi ke-Empat, dadah adalah bahan yang merosakkan atau membinasakan orang

yang menggunakannya berlanjutan. Hasil kajian tempatan iaitu daripada Gan Kong Meng

(2003) telah membuktikan penyalahgunaan narkotik seiringan dengan jenayah harta

benda. Penglibatan mereka dalam jenayah seperti yang dibuktikan oleh kajian Haris

Wong (1998) yang dijalankan di Pusat Pemulihan telah membuktikan 74% dari mereka

meneruskan perbuatan jenayah untuk mempertahankan tabiat mereka. 26% yang

selebihnya dapat menahan masalah dadah mereka tanpa perlu melakukan jenayah.

19

Page 20: Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

Daripada 74%, 70% melakukan jenayah harta benda manakala 4% melakukan jenayah

kekerasan. Hal ini menyebabkan YPJM sebulat suara menentang keras sebarang

cadangan untuk melanjutkan masa operasi pusat hiburan hingga awal pagi seperti jam

5pagi. Ini kerana ia akan memudahkan mereka yang terbabit dalam penyalahgunaan

dadah mendapatkan bahan terlarang ini. Dadah akan mengkhayalkan pengguna dan

menyebabkan mereka tidak sedar dengan apa yang mereka lakukan sama ada baik

mahupun buruk. Malah, semakin lama penggunaan narkotik, badan manusia akan

sentiasa menginginkan narkotik dalam sistem urat saraf mereka. Tanpa narkotik, mereka

tidak akan merasa keseronokan dan badan akan mula menggigil. Justeru, para penagih

akan melakukan apa saja untuk mendapatkan narkotik dalam kadar yang segera walau

dengan apa jua cara sekalipun.

5.5 Limpahan Pendatang Tanpa Izin

Jumlah jenayah yang dilakukan oleh warga asing telah menunjukkan peningkatan tiga

kali ganda iaitu sebanyak 1333 dari tahun 1992 kepada 3112 pada tahun2002 (sila rujuk

rajah 8). Namun demikian, nisbah jenayah yang dilakukan hanyalah 2% dari jumlah

indeks keseluruhan jenayah di Malaysia. Untuk satu per kapita basis, warga asing secara

purata melakukan 3.8 jenayah per 1000 populasi warga asing tetapi, warga Malaysia

melakukan 5.3 jenayah per 1000 populasi. Ini menunjukkan per 1000 basis, warganegara

Malaysia paling banyak melakukan jenayah.

20

Page 21: Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

Rajah 8 : Statistik Jenayah yang dilakukan oleh Warga Asing dari tahun 1992-2002

Kajian di Sarawak oleh Hj. Zaidi (1996) telah menunjukkan walaupun jumlah jenayah

indeks oleh warga asing adalah rendah namun, mereka terutamanya warga Indonesia

mempunyai kemampuan untuk melakukan jenayah kekerasan. Lain pula yang terjadi di

Sabah yakni hasil kajian Mohd. Bakri Zinin (1994) mendapati 80% jenayah kekerasan

dilakukan oleh warga asing dan 15% - 25% adalah jenayah harta benda. Dia juga

menyatakan bahawa penggunaan senjata api oleh warga asing di Sabah adalah tinggi. Hal

ini menunjukkan walaupun warga asing cuma menyumbang 2% dalam jumlah jenayah

indeks namun, jenayah yang mereka lakukan adalah jenayah kekerasan dimana

menimbulkan kerisauan dan boleh mempengaruhi imej polis dan keselamatan warga

awam. Kedatangan pendatang tanpa izin ke Malaysia adalah suatu perkara yang

membebankan kerana bukan sahaja akan menambahkan masalah jenayah tetapi

kedatangan mereka secara tidak langsung menambahkan populasi penduduk dan masalah

setinggan di Negara kita.

21

Page 22: Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

5.6. Pengaruh Teknologi

Kebebasan maklumat merupakan asas perkembangan demokrasi di seluruh pelosok

dunia. IT merupakan penyumbang utama kepada kebebasan maklumat. Perkembangan

teknologi maklumat seperti telefon, komputer, internet dan e-mel telah membawa

reformasi kebebebasan maklumat di seluruh dunia. Teknologi moden merupakan suatu

yang baik dan berfaedah bagi sesebuah negara, tetapi penggunaanya dalam aktiviti-

aktiviti jenayah memungkinkan para penjenayah mengalihkan operasi jenayah mereka

secara cepat ke luar sempadan dan mengambil kesempatan atas beberapa perbezaan yang

terdapat pada undang-undang. Usaha di peringkat global untuk menentang jenayah yang

bersifat rentas sempadan memerlukan usaha gigih dan komitmen semua negara. Kelajuan

pengangkutan dan komunikasi moden, lebih memudahkan lagi kesampaian kepada

pasaran dan mengelakan dari dikesan. Contohnya, sindiket dadah peringkat antarabangsa

sering mencipta cara baru untuk mengedarkannya. Mereka menggunakan kaedah

perbankan untuk membolehkan mereka `mencuci` keuntungan haram tersebut. Pada akhir

abad ke-20 dan memasuki abad ke-21, dapat dilihat bahawa jenayah komersil dan

jenayah yang melibatkan penipuan telah menjadi sofistikated disebabkan perkembangan

teknologi computer dan telekomunikasi.

5.7 PerubahanMasyarakat

Peningkatan jenayah di Malaysia membuktikan kurangnya ikatan sosial dalam

masyarakat kita. Kebnyakan golongan yang terbabit dalam tindakan jenayah berasal dari

institusi keluarga yang lemah. Anak-anak yang tidak mendapat tumpuan dan kasih yang

sepenuhnya boleh mendorong mereka untuk bertindak devian. Menurut kajian Glueck

22

Page 23: Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

dan Glueck (dlm. Conger & Miller, 1975), remaja yang nakal adalah remaja yang tidak

mendapat layanan yang baik daripada ibu bapa mereka berbanding dengan remaja yang

baik akhlaknya dimana mereka mendapat kasih sayang yang sepenuhnya. Dalam pada

itu, kesan daripada kurangnya perhatian dan sikap mengambil tahu ibu bapa telah

menyebabkan ramai wanita kini mudah terjebak dalam sindiket pengedaran dadah

antarabangsa sehingga memaksa mereka meringkuk di penjara di luar negara. Sindiket

dadah antarabangsa menggelarkan wanita muda terbabit sebagai 'keldai' kerana mereka

ditugaskan membawa atau mengangkut bahan haram berkenaan ke destinasi dan

akibatnya wanita terbabit akan menaggung sendiri kesalahan mereka. Penganalisis

Jenayah, Dr Kamal Affendi Hashim berkata, kegilaan wanita muda pada masa ini untuk

berdamping dengan lelaki warga asing yang memiliki penampilan dan gaya tersendiri,

selain mempunyai banyak wang sebenarnya menjerat diri mereka sendiri apabila teman

lelaki mereka sebenarnya menggunakan mangsa untuk kepentingan diri.

Menurutnya, teman lelaki mereka yang baru dikenali akan menaburkan cinta palsu dan

wang ringgit bagi menambat hati teman wanita supaya mereka mampu melalukan apa

saja tanpa memikirkan kesan yang bakal menimpa diri. Sehingga tahun 2007 seramai 30

orang di tahan dan kini merempat di penjara beberapa negara asing. Akibat keadaan yang

semakin serius itu berharap ibu bapa dapat memainkan peranan dengan lebih prihatin

terhadap pergerakan anak mereka terutama anak gadis yang mula ingin berdikari.

Selain faktor institusi keluarga yang goyah, faktor individualistik dan materialistik

masyarakat turut mendorong peningkatan jenayah di negara kita. Sikap sesetengah

masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli isu-isu sosial

23

Page 24: Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

sememangnya memburukkan lagi masalah yang sedia ada wujud. Menurut statistik,

jenayah banyak berlaku di kawasan bandar. Sikap sesetengah penduduk di bandar yang

tidak mengambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka menyebabkan

para penjenayah merasakan diri mereka bebas untuk melakukan sebarang jenayah. Hal ini

dapat dilihat di kawasan kejiranan, di mana penduduk di bandar hidup tanpa mengenal

jiran masing-masing. Akibat terlalu sibuk keluar masuk rumah setiap hari telah memberi

peluang kepada penjenayah untuk memecah masuk sebuah rumah kerana jirannya

mungkin menyangka penjenayah tersebut adalah saudara jirannya. Justeru, perubahan

masyarakat kini, amatlah seiringan dengan peningkatan masalah jenayah di negara kita.

Diri sendiri harus sedar yang mana baik dan yang mana buruk. Sikap toleransi, amanah,

kasih sayang sesama insan dan lain-lain haruslah disemai dalam jiwa masing-masing.

24

Page 25: Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

BAB 6

KAWALAN SOSIAL

6.1 Kawalan Sosial

Kawalan sosial formal melibatkan sistem tatacara dan sistem autoriti seperti peraturan,

undang-undang dan peranan agen-agen seperti seperti polis, mahkamah, pusat-pusat

tahanan atau badan kebajikan masyarakat. Mekanisma kawalan sosial formal dicirikan

oleh :

i) Peraturan atau undang-undang yang digubal secara jelas dan eksplisit

ii) Penggunaan suatu rangka hukuman atau saksi yang berfungsi menyokong

peraturan-peraturan tersebut

iii) Pegawai-pegawai yang dibentuk khas menginterpretasikan dan

melaksanakan peraturan atau undang-undang itu.

6.1.1 Fungsi Kawalan Sosial

Kawalan sosial merupakan satu perkara yang penting yang berdasarkan pelbagai

pendekatan pencegahan yang diterimapakai oleh sistem keadilan jenayah dan sistem

koreksional sesebuah masyarakat moden dalam usaha menangani masalah jenayah dan

delinkuensi. Institusi penjara di Malaysia mendasarkan tiga objektif, yang pertama ialah

untuk memastikan banduan ditahan dalam tahanan sehingga mereka dibebaskan. Ini

melibatkan setiap tindakan yang diambil adalah untuk memastikan setiap banduan

menerima sepenuhnya hukuman yang telah dijatuhkan. Yang kedua, penyelenggaraan

25

Page 26: Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

untuk setiap peraturan, dan disiplin untuk memastikan kawasan yang selamat untuk

semua banduan. Yang ketiga, ialah pemulihan kepada penghuni sebagai persediaan untuk

kembali ke masyrakat luar sebagai seorang yang mengikut peraturan, bertanggungjawab

dan masyarakat yang berguna. Sebagai negara yang membangun, aliran positivis didapati

sangat berpengaruh dalam mewujudkan dan meluaskan tindakan-tindakan reformis dan

kawalan yang bersifat memulihkan, di samping mengekalkan ciri-ciri . Hasil idea tersebut

telah mendasari misalnya penubuhan institusi penjara, mempengaruhi penubuhan institusi

perkhidmatan pemulihan dan seliaan bagi para juvana seperti Jabatan Kebajikan

Masyarakat dimana bertanggungjawab dalam pemulihan dari segi mental dan fizikal.

Selain itu, terdapat juga peranan Agensi Dadah Negara yang bertanggungjawab untuk

pemulihan penagih dadah yang di tempatkan di Pusat Serenti. Masyrakat kini juga telah

menyedari akan betapa seriusnya keadaan jenayah di negara kita. Oleh itu, wujudnya

sebuah perstuan yang di gelar Community Policing yang merupakan kerjasama antara

komuniti dan pihak polis malah pendaftaran untuk keahlian RELA juga semakin

meningkat.

6.2 Community Policing

Community policing adalah satu kerjasama antara polis dan komuniti untuk

mengenalpasti dan menyelesaikan masalah komuniti. Maka, dengan itu, kesemua ahli

komuniti menjadi allies yang aktif untuk memastikan keselamatan dan kualiti hidup jiran

tetangga.

26

Page 27: Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

6.2.1 Definisi Community Policing

Community policing or neighbourhood policing is a policing strategy and philosophy

based on the notion that community interaction and support can help control crime, with

community members helping to identify suspects, detain vandals and bring problems to

the attention of police. Secara ringkasnya, community policing ialah satu usaha kerjasama

diantara komuniti setempat dengan polis dalam usaha mencegah jenayah.

6.2.2 Konsep Community Policing

Matlamat community policing adalah untuk mengurangkan kadar jenayah dan mengkaji

ciri-ciri masalah kawasan kejiranan dan mengaplikasikan cara-cara mengatasi maslah

tersebut. Komuniti yang diamanahkan kepada pegawai peronda haruslah dalam skala

yang tidak terlalu besar dan mempunyai sudut geografi yang baik. Ini untuk memastikan

supaya perkhidmatan yang diberikan adalah lebih cekap dan efisien. Dalam usaha

community policing, mereka menyediakan polisi yang banyak setiap hari yang diperlukan

oleh komuniti. Malah, mereka turut dibantu oleh penyelia secara terus, unit polis yang

lain, agensi kerajaan dan agensi sosial yang sesuai. Community policing yang berkesan

bergantung kepada hubungan yang positif antara pegawai peronda dan ahli komuniti.

Pihak polis mungkin memberikan rondaan sama ada dengan berjalan kaki, berbasikal,

menunggang skuter, rondaan unit berkuda dan membina stesen mini demi mendekatkan

jurang antara polis dan pihak komuniti. Pegawai yang telah bekerja di satu tempat dalam

tempoh yang lama akan dikenali oleh seluruh masyarakat komuniti dan menjadi pakar

27

Page 28: Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

dalam tugasan seharian di kawasan tersebut. Ini akan meningkatkan keyakinan dan

mengurangkan perassan takut terhadap jenayah dalam kalangan masyarakat komuniti dan

seterusnya mengakibatkan masyarakat komuniti turut membantu dalam usaha menjaga

keselamatan kawasan kejiranan. Kunci kejayaan community policing adalah kepercayaan

masyarakat komuniti terhadap pihak polis.

6.2.3 Faedah Community Policing

Selain Malaysia, applikasi community policing turut dijalankan di luar negara seperti di

America dimana lebih dikenali sebagai Community-Oriented Policing Services (COPS).

Sejak 1981 lagi, National Night Out Pogram telah dijalankan untuk mengeratkan

hubungan antara pihak polis dan masyarakat komuniti. Selain itu, mereka juga

memberikan latihan khas seperti teknik baru iaitu seperti sistem pengenalpastian cap jari

kepada komuniti yang terpilih. Menurut kajian Zhao, Scheider dan Thurman (2002),

kejayaan COPS telah dibuktikan dengan penurunan 5.26 jenayah kekerasan dan 21.63

jenayah harta benda dari 100,000 penduduk. Di Malaysia, kejayaan community policing

di negara kita usah dipertikaikan lagi. Penurunan kadar jenayah telah menunjukkan kesan

yang positif terhadap community policing. Kerjasama dari masyarakat komuniti telah

berjaya membanteras jenayah di kawasan mereka seperti yang berlaku di kawasan SS 20

Damansara Kim di mana telah mendapat Anugerah Kejiranan Terbaik Peringkat Daerah

Petaling Jaya pada 31 Mei 2009 yang lepas. Malah, hubungan silaturahim diantara jiran-

jiran tidak mengira bangsa, agama dan politik dapat diwujudkan. Disamping itu, sikap

bantu membantu, tanggungjawab dan kesedaran dalam diri dapat dipupuk dalam

masyarakat komuniti.

28

Page 29: Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

6.3 Ikatan Sukarelawan Rakyat ( Rela)

Bermula dengan tugas hanya membantu pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia

(PDRM) dan Jabatan Imigresen menangkap pendatang tanpa izin (Pati), sejak beberapa

tahun lalu, peranan Ikatan Sukarelawan Rakyat (Rela) kini semakin diiktiraf. Ikatan

Relawan Rakyat Malaysia (RELA) ditubuhkan pada 11 Januari 1972 dengan

berkuatkuasanya Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 iaitu Peraturan-Peraturan Perlu

(Ikatan    Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005. Penubuhan RELA membolehkan rakyat

jelata untuk secara sukarela tampil menganggotai sebuah pasukan sukarela bagi

membantu memelihara dan mengekalkan keselamatan dan keamanan negara. Di bawah

Seksyen 2, Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964, Yang Di Pertuan Agong telah

perkenan meluluskan pindaan Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat)  

(Pindaan) 2005 yang berkuatkuasa mulai 01 Februari 2005.  Peraturan ini telah

memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada Pegawai RELA di dalam menangani Pendatang

Asing Tanpa Izin (PATI). 

6.3.1. Peranan RELA

Secara umumnya peranan RELA adalah seperti melaksanakan operasi menangkap PATI,

memelihara keselamatan dan keamanan setempat (tugas rondaan mencegah jenayah),

menjalankan aktiviti-aktiviti 'Geraksaraf dan Perangsaraf', bertindak sebagai 'Mata dan

Telinga' Kerajaan dan menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sosio-ekonomi

29

Page 30: Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

setempat dan membantu agensi--agensi penguatkuasa lain seperti PDRM, JIM, KPDN &

HEP, JPJ dan PBT .

Peranan RELA sebenarnya dapat diaplikasikan ke dalam dua aspek. Yang pertama

sebagai khidmat masyarakat dan yang kedua adalah dari segi pembangunan sosial. Dari

segi khidmat masyarakat, peranan ini meliputi keselamatan dan pertahanan sasaran

penting dalam kawasan tanggungjawab, jika ada. Selain itu, RELA juga menjalankan

perpindahan serta perlindungan penduduk awam ke kawasan penempatan yang selamat

sekiranya berlaku sebarang bencana alam seprti tanah runtuh. Malah mereka juga

mempunyai tugas geraksaraf khasnya dari segi mengawasi pihak-pihak yang dianggap

sebagai musuh dalam selimut di dalam kawasan tanggungjawab. Juga, RELA mempunyai

tugas pencegahan jenayah bagi kawasan tanggungjawab sehingga diambil alih oleh pihak

polis. Walaupun pasukan RELA diwujudkan sebagai sebuah jentera keselamatan bagi

tujuan membantu negara menghadapi keadaan-keadaan darurat, namun diwaktu aman,

pasukan ini mempunyai peranan yang telah menjurus kepada pelbagai bidang lain seperti

bidang keselamatan, bidang pembangunan masyarakat (Projek BAKTI RELA) dan tugas-

tugas semasa aman dalam bidang keselamatan merangkumi konsep Mata Dan Telinga

Kerajaan yang berfungsi seperti mengumpul dan menyampaikan maklumat-maklumat

penting kepada agensi-agensi kerajaan berkaitan seperti PDRM, Kastam, UPP, Imigresen

mengenai sebarang ancaman yang boleh menggugat keselamatan setempat. Selain itu,

RELA menjalankan rondaan pencegahan jenayah sebagai langkah memelihara dan

mengekalkan keselamatan dan keamanan kawasan masing-masing.

30

Page 31: Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

Manakala, peranan RELA dalam bidang pembangunan sosial pula, seperti Pemulihan dan

Pembinaan rumah orang daif tujuan membantu Kerajaan mengurangkan masalah

kemiskinan selain itu, terdadapat juga gerakan menderma darah secara besar-besaran

bertujuan membantu program kesihatan.Membantu agensi-agensi tertentu menyediakan

kemudahan-kemudahan asas (projek kecil) di luar Bandar dan gerakan membasmi

musuh-musuh tanaman di luar bandar. RELA juga mempunyai peranan dalam membantu

menghadapi bencana alam seperti banjir, kebakaran, ribut dan lain-lain

31

Page 32: Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

BAB7

KESIMPULAN

Masalah jenayah di Malaysia sememangnya telah mencapai tahap yang serius dan tidak

harus di pandang remeh. Jika dibandingkan dengan 50 tahun dahulu, kadar jenayah

Negara kita tidaklah setinggi seperti apa yang berlaku kini. Pelbagai punca yang

mendorong kearah meningkatnya kadar jenayah indeks di negara kita. Antaranya ialah,

peningkatan populasi, pengangguran, pendidikan, narkotik dan jenayah, limpahan

pendatang tanpa izin, pengaruh teknologi dan perubahan masyarakat. Kawalan sosial

amatlah penting untuk menangani masalah jenayah di Negara kita. Peranan community

policing adalah sangat bermakna terutama untuk membantu menangani masalah jenayah

di kawasan kejiranan dan tempat tinggal penduduk. Dengan itu, saya sebulat suara

menyokong penubuhan community policing di negara kita sebagai langkah berjaga-jaga

dalam menangani masalah jenayah kini.

32

Page 33: Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

BAB 8

LAMPIRAN

SEORANG daripada penjenayah yang ditembak mati di Petaling Jaya PETALING JAYA 19 Mei - Lagi kejayaan polis. Dua penjenayah mati ditembak dalam cubaan menculik seorang lelaki warga Myanmar di SS20/10, Damansara di sini, malam ini.Dalam kejadian pukul 8 malam itu, kedua-dua suspek, Sharil Samsudin, 27, dan S. Sivanesan, 30, dari Shah Alam, mati di tempat kejadian. Sebelum itu, suspek yang menaiki sebuah kereta Honda Civic berwarna kelabu dipercayai baru menculik seorang lelaki warga Myanmar kira-kira 1.5 kilometer dari tempat kejadian.Bertindak atas maklumat orang ramai, kereta peronda polis berjaya mengesan kereta suspek.Ketika dikejar, kereta yang dinaiki suspek hilang kawalan lalu melanggar kereta peronda polis itu.Salah seorang daripada penjenayah itu hanya sempat melarikan diri sejauh 50 meter sebelum dipintas oleh sebuah lagi kereta peronda polis yang datang dari laluan bertentangan.Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Hasnan Hassan berkata, penjenayah berkenaan bertindak agresif dengan melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota polis yang terpaksa membalas tembakan."Seorang lagi penjenayah, Sivanesan pula keluar dari kereta dan cuba menyerang anggota polis dengan parang menyebabkan dia turut ditembak mati," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.Beliau yakin lelaki Myanmar itu diculik bagi mengeluarkan wang dari mesin juruwang automatik (ATM).Hasnan berkata, berdasarkan siasatan awal, kedua-dua suspek mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk rogol, samun dan dadah.Jelasnya, mereka yang ditahan mengikut Ordinan Darurat baru dibebaskan dari Penjara Simpang Renggam, Johor, beberapa bulan lalu.Salah seorang penjenayah juga dikaitkan dengan kejadian samun di Puncak Alam, Shah Alam."Kita mendapati imej salah seorang daripada penjenayah itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) ketika mengeluarkan wang suspek di sebuah bank selepas kejadian itu,'' katanya.Beliau juga tidak menolak kemungkinan masih terdapat saki-baki kumpulan itu yang masih bebas.Polis merampas sepucuk pistol dan parang daripada penjenayah terbabit. Hasil semakan mendapati kereta yang dipandu

33

Page 34: Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

suspek juga kereta curi dilaporkan hilang oleh pemiliknya pada 6 Mei lalu di Subang Jaya.- utusan malaysia -

Rajah 9: Kejayaan Community Policing

BAB 9

RUJUKAN

Abd. Rahim Abd. Rashid (2001). Perubahan paradigma nilai: Ke arah transformasi sosial dan pembentukan Malaysia baru: Utusan Publication and Distributors

Abd. Rahman Embong (2000). Negara, pasaran dan pemodenan Malaysia. PenerbitUniversiti Kebangsaan Malaysia

ACP Amar Singh Sindhu. The rise of crime in Malaysia: An academic and statistical analysis. Journal of the Kuala Lumpur Royal Malaysia Police College, No. 4, 2005.

Allen E.Liska (1987). Perspectives on deviance: Prentice-Hall, INC. Englewood Cliffs, New Jersey 07632

Anna Leon-Guerrero (2005). Social problems: Community, policy, and social action:Sage Publications

Eugene Mclaughlin, John Munice & Gordon Hughes (2003). Criminological perspectives, essential readings: Sage Publications.

Frank N. Magill (1994). Survey of social science: Sociology series: Salem Press INC.

Judson R. Landis (2001). Sosiology concepts and characteristics. Thomson Learning

Junaenah Solehan (2005). Masyarakat perubahan dan pembaharuan: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Kamus Dewan. Edisi ke-4. : Perpustakaan negara Malaysia

Rahimah Abd Aziz & Mohamed Yusoff Ismail (2000). Masyarakat budaya dan perubahan: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia

Roziah Omar & John Doling (2000). Issues and challenges of social policy east and west:University Malaya Press

34

Page 35: Punca-punca Jenayah Semakin Meningkat dan Kelebihan Community Policing

Thomas J. Sullivian (2001). Sociology: concepts and applications in a diverse world:Macmillan Publishing Company

Akhbar dan Rencana

Bernama (2007). Pembawa dadah: 30 wanita jadi mangsa tahun iniPMalaysia Jadi Mangsa Tahun InBernama (2008). Sikap tidak prihatin punca jenayah meningkat. 16 Ogos

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (2004). 11 Kegiatan jayakan inisiatif bandar selamat. Berita Harian. 22 Oktober. M.s.15

Utusan Online (2007). Anomie dalam bahasa, sastera dan filem Malaysia. 12 Julai

Wan Marzuki Wan Ramli (2008). Membendung jenayah tanggungjawab bersama.Utusan Online. 26 Ogos

Zulkifli (2007). Wanita Malaysia mudah tertipu. Harian Metro

35