PUSAT SISWAZAH GRADUATE CENTRE - UKM
Transcript of PUSAT SISWAZAH GRADUATE CENTRE - UKM
MS ISO 9001:2015 Cert. No. QMS 01100
PUSAT SISWAZAH Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel.: +603-8921 3100 Faks: +603-8925 2699 E-mel: [email protected] Web: www.ukm.my/pusatsiswazah
PUSAT SISWAZAH • GRADUATE CENTRE
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan • Inspiring Futures, Nurturing Possibilities
Rujukan: UKM.SWZ.100-1/3/1 Tarikh: 13 Januari 2021
PEKELILING PUSAT SISWAZAH BIL. 3/2021 Dekan/Pengarah Fakulti/Institut Universiti Kebangsaan Malaysia Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah (Pengajian Pascasiswazah) Fakultl/Institut Universiti Kebangsaan Malaysia Ketua Penolong Pendaftar/Penolong Pendaftar Kanan/Penolong Pendaftar (Pengajian Pascasiswazah) Fakulti/lnstitut Universiti Kebangsaan Malaysia YBhg. Prof. Ulung/Prof./Dato'/Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
GARIS PANDUAN PENGECUALIAN KURSUS KAEDAH PENYELIDIKAN BAGI PELAJAR
PROGRAM KEDOKTORAN (TAHAP 8, MQF)
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Mesyuarat Senat ke-471 bertarikh 23 Disember 2020 telah meluluskan cadangan
Kertas Kerja Garis Panduan Pengecualian Kursus Kaedah Penyelidikan Bagi Pelajar Program
Kedoktoran (Tahap 8, MQF).
3. Bersama-sama ini dilampirkan petikan minit mesyuarat dan garis panduan berkenaan
sebagai rujukan dan tindakan selanjutnya. Sukacita dimaklumkan, Pekeliling ini boleh dimuat
turun melalui pautan berikut: (shorturl.at/auBT2)
4. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi:
Nama/Jawatan/Jabatan Alamat Emel/Tel.
Prof. Madya Dr. Wan Hanna Melini Wan Mohtar Ketua, Tadbir Urus Kualiti Pengajian Siswazah
[email protected] Tel: 03-8921 3100
Puan Rafidah Hassan Unit Tadbir Urus Kualiti Pengajian Siswazah
MS ISO 9001:2015 Cert. No. QMS 01100
PUSAT SISWAZAH Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel.: +603-8921 3100 Faks: +603-8925 2699 E-mel: [email protected] Web: www.ukm.my/pusatsiswazah
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan • Inspiring Futures, Nurturing Possibilities
Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof./Prof.Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.
Yang benar, PROF. DR. SARANI ZAKARIA Pengarah Pusat Siswazah, UKM s.k; - Timbalan Pengarah
Pusat Siswazah, UKM - Ketua, Tadbir Urus Kualiti Pengajian Siswazah
Pusat Siswazah, UKM
MS ISO 9001:2015 Cert. No. QMS 01100
PUSAT SISWAZAH Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel.: +603-8921 3100 Faks: +603-8925 2699 E-mel: [email protected] Web: www.ukm.my/pusatsiswazah
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan • Inspiring Futures, Nurturing Possibilities
PETIKAN MINIT SENAT KE-471 Bertarikh 23 Disember 2020
IV. Perbincangan Kertas Kerja
6. Perancangan dan Pengurusan Akademik
6.20. Kertas bil. 170/2020 - Cadangan Pengecualian Kursus Kaedah Penyelidikan Bagi Pelajar Program Kedoktoran (Tahap 8, MQF)
Senat: i. mengambil perhatian akan penerangan Pengerusi mengenai
cadangan pengecualian Kursus Kaedah Penyelidikan bagi pelajar program Kedoktoran (Tahap 8, MQF).
ii. bersetuju meluluskan cadangan pengecualian Kursus Kaedah
Penyelidikan bagi pelajar program Kedoktoran (Tahap 8, MQF) berkuat kuasa dari tarikh kelulusan Senat dan tertakluk kepada pelajar yang mendaftar mulai Sesi Akademik 2020/2021. Perincian seperti di Lampiran I.
Tindakan: Pengarah PS/ Dekan Fakulti/ Pengarah Institut/ TPAK
PUSAT SISWAZAH • GRADUATE CENTRE
LAMPIRAN I
PUSAT SISWAZAH
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
GARIS PANDUAN PENGECUALIAN KURSUS
KAEDAH PENYELIDIKAN BAGI PELAJAR PROGRAM
KEDOKTORAN
KANDUNGAN
Bil Halaman
GARIS PANDUAN PENGECUALIAN KURSUS KAEDAH
PENYELIDIKAN BAGI PELAJAR PROGRAM
KEDOKTORAN
1.0 Pengenalan
3
2.0 Syarat-Syarat Permohonan
3
3.0 Prosedur Pemberian Pengecualian Kursus Kaedah Penyelidikan
4
4.0
Tarikh Kuat Kuasa
5
Lampiran A Carta Alir Proses Permohonan
6
Lampiran B Templat Borang Permohonan Pengecualian Kursus Kaedah
Penyelidikan
7
1.0 Pengenalan
Garis Panduan ini bertujuan untuk memberikan panduan kepada Fakulti/Institut dalam
proses mempertimbangkan pengecualian kursus Kaedah Penyelidikan bagi pelajar
peringkat kedoktoran (Tahap 8, MQF) yang telah mengambil kursus yang sama pada
peringkat sarjana (Tahap 7, MQF).
2.0 Syarat-Syarat Permohonan
2.1 Berikut adalah syarat yang perlu dipenuhi bagi melayakkan pelajar memohon
pengecualian kursus Kaedah Penyelidikan Tahap 8, MQF:
i. Pelajar telah mengikuti kursus Kaedah Penyelidikan semasa pengajian
peringkat sarjana di UKM atau di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
Malaysia lain;
ii. Program sarjana yang diikuti boleh sama ada secara mod kerja kursus,
campuran atau penyelidikan;
iii. Kursus Kaedah Penyelidikan semasa pengajian program sarjana tersebut
hendaklah tidak melebihi tempoh lima (5) tahun daripada tarikh pendaftaran
masuk ke UKM;
iv. Nilai kredit kursus Kaedah Penyelidikan program sarjana adalah sama atau
lebih daripada nilai kredit kursus Kaedah Penyelidikan program kedoktoran;
v. Gred minimum kursus Kaedah Penyelidikan yang pernah diikuti di peringkat
program sarjana mestilah sekurang-kurangnya Gred B untuk mod yang
mendapat gred atau Lulus bagi mod tanpa gred;
vi. Kesetaraan kandungan kursus hendaklah tidak kurang daripada 80% antara
kursus Kaedah Penyelidikan peringkat sarjana dan peringkat kedoktoran;
vii. Pelajar program kedoktoran secara laluan pantas adalah tidak layak memohon;
viii. Pelajar yang melakukan pertukaran daripada program sarjana ke program
kedoktoran boleh diberikan pengecualian ini tertakluk kepada pencapaian
semasa penilaian oleh Panel Penilai pertukaran program.
2.2 Pengecualian kursus Kaedah Penyelidikan ini juga adalah tertakluk kepada syarat-
syarat lain yang ditetapkan oleh Fakulti/Institut seperti syarat penerbitan, syarat
keperluan program dan lain-lain yang dirasakan perlu bagi menjamin kompetensi
pelajar.
2.3 Pelajar mod kerja kursus dan campuran yang memohon perlu dimaklumkan bahawa
gred untuk kursus yang mendapat pengecualian tidak akan diambil kira dalam
menentukan purata nilai gred dan tidak akan menyebabkan pelajar mendapat kredit bagi
Halaman 3
kursus yang dikecualikan. Oleh itu, sekiranya pengecualian kursus menyebabkan
keperluan kredit pelajar tidak mencukupi, maka pelajar hendaklah mengambil kursus
lain bagi mencukupkan kredit.
2.4 Pelajar yang memenuhi semua syarat kelayakan memohon seperti yang disebut dalam
Perkara 2.1 akan diberikan kelulusan bersyarat dan perlu memenuhi prosedur
pemberian pengecualian seperti yang diperincikan dalam Perkara 3.0. Carta alir
prosedur tersebut adalah seperti di Lampiran A.
3.0 Prosedur Pemberian Pengecualian Kursus Kaedah Penyelidikan
3.1 Berikut adalah keperluan yang perlu dipenuhi bagi melayakkan pelajar diberikan
pengecualian kursus Kaedah Penyelidikan Tahap 8, MQF:
i. Permohonan hendaklah dilakukan secara bertulis kepada Dekan/Pengarah
melalui Borang Permohonan Pengecualian Kursus (Lampiran B) dalam tempoh
dua (2) semester daripada tarikh pendaftaran masuk ke UKM. Permohonan
yang lewat tidak akan dipertimbangkan;
ii. Pelajar yang memenuhi semua syarat kelayakan memohon seperti yang disebut
dalam Perkara 2.1 akan diberikan kelulusan bersyarat dan hendaklah melalui
proses penilaian iaitu perlu menyediakan dan membentang cadangan
penyelidikan selewat-lewatnya pada semester ke-4 pengajian;
iii. Untuk tujuan yang dinyatakan dalam perkara 3.1(ii), suatu Jawatankuasa Penilai
di Fakulti/Institut hendaklah ditubuhkan bagi menilai penulisan dan
pembentangan cadangan penyelidikan pelajar. Jawatankuasa ini perlu
dianggotai sekurang-kurangnya dua (2) orang pensyarah dalam bidang
pengajian pelajar dan bukan di kalangan penyelia pelajar;
iv. Pelajar hendaklah memperoleh penilaian sekurang-kurangnya Memuaskan
(Tahap Penilaian: Lemah, Memuaskan, Baik, Cemerlang) semasa penilaian
cadangan penyelidikan tersebut. Rubrik penilaian perlu dibangunkan oleh
Fakulti/Institut berdasarkan keperluan disiplin masing-masing;
v. Pelajar yang tidak melepasi tahap yang ditetapkan hendaklah memperbaiki
cadangan penyelidikan dan membentang semula di hadapan Jawatankuasa
Penilai dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh pembentangan pertama;
vi. Pelajar yang masih tidak mencapai tahap penilaian sekurang-kurangnya
Memuaskan pada pembentangan kali ke-2, hendaklah mendaftar dan mengikuti
kursus Kaedah Penyelidikan peringkat kedoktoran (Tahap 8, MQF) yang
ditawarkan oleh Fakulti/Institut.
3.2 Bagi pelajar yang memohon pertukaran program daripada sarjana ke kedoktoran,
prosedur permohonan dan pemberian pengecualian kursus Kaedah Penyelidikan ini
boleh dilakukan secara bersama dengan sesi penilaian pertukaran program oleh panel
penilai yang dilantik bagi proses pertukaran program tersebut.
Halaman 4
3.3 Bagi tempoh yang disebut dalam perkara 3.1(i) dan (ii), Fakulti/Institut boleh
menetapkan tempoh yang bersesuaian mengikut keperluan namun hendaklah tidak
melebihi tempoh maksimum yang dinyatakan tersebut.
4.0 Tarikh Kuat Kuasa
Garis Panduan Pengecualian Kursus Kaedah Penyelidikan Bagi Pelajar Peringkat
Kedoktoran ini berkuat kuasa serta-merta.
Halaman 5
LAMPIRAN A
CARTA ALIR PENGECUALIAN KURSUS KAEDAH PENYELIDIKAN BAGI
PELAJAR PROGRAM KEDOKTORAN
Halaman 6
Permohonan diterima, diberikan kelulusan
bersyarat dan majukan untuk proses penilaian
Permohonan ditolak
F/I maklumkan kepada pelajar
permohonan tidak layak dan hendaklah
mengikuti kursus Kaedah Penyelidikan
Program Kedoktoran
F/I maklumkan kepada pelajar keperluan proses
penilaian
F/I melantik Jawatankuasa Penilai
Mula
Pelajar mohon kepada Dekan/Pengarah dalam tempoh dua (2) semester pengajian
F/I semak permohonan pelajar
Memenuhi syarat Tidak memenuhi syarat
Tidak melepasi
tahap Memuaskan
Layak diberikan pengecualian
kursus Kaedah Penyelidikan
Pelajar baiki cadangan
penyelidikan dan bentang kali ke-
2 dalam tempoh 6 bulan
F/I maklumkan kepada pelajar permohonan gagal
dan hendaklah mengikuti kursus Kaedah
Penyelidikan Program Kedoktoran
Melepasi tahap
Memuaskan Tidak melepasi
tahap Memuaskan
Pelajar dinilai melalui penulisan
dan pembentangan cadangan
penyelidikan
Melepasi tahap
Memuaskan
Tamat
LAMPIRAN B
TEMPLAT BORANG PENGECUALIAN KURSUS KAEDAH PENYELIDIKAN
BORANG PERMOHONAN PENGECUALIAN KURSUS KAEDAH PENYELIDIKAN Application Form for Research Metodology Course Exemption
Bahagian A: Maklumat Diri Pelajar Part A: Student’s Detail
Nama (Name)
No. Pendaftaran (Registration Number)
No. Telefon
(Telephone Number)
Email (E-Mail)
Fakulti / Institut (Faculty / Institute)
Pusat Pengajian/Jabatan (School / Department)
Semester/Sesi (Semester/Session)
Program Pengajian (Program)
Nama Penyelia-Penyelia (Jika berkenaan) (Name of Supervisors-if applicable)
Bentuk Pendaftaran (Type of Registration)
Sepenuh Masa (Full Time)
Separuh Masa (Part Time)
Bahagian B: Maklumat Kursus Terdahulu Yang Mempunyai Kesetaraan Part B: Previous Research Methodology Course Detail
Nama Universiti (Name of University):
Kod Kursus
(Course Code) Nama Kursus (Course Name)
Jam Kredit
(Credit Hour)
Gred Diperolehi
(Score Grade)
Tarikh Kursus Diambil
KELAYAKAN PERMOHONAN (ELIGIBILITY TO APPLY) Telah mengikuti kursus Kaedah Penyelidikan di peringkat sarjana dan mendapat sekurang-kurangnya Gred B (mod kerja kursus/campuran) atau Lulus (Mod campuran/penyelidikan).
Has attended the Research Methododology course at master's level and obtained at least Grade B (course / mixed mode) or Pass (mixed / research mode).
Kursus Kaedah Penyelidikan di peringkat sarjana tersebut tidak melebihi tempoh lima (5) tahun daripada tarikh pendaftaran masuk ke UKM.
The Research Methodology Course does not exceed a period of five (5) years from the date of entry into UKM. Nilai kredit kursus Kaedah Penyelidikan program sarjana adalah sama atau lebih daripada nilai kredit kursus Kaedah Penyelidikan program kedoktoran.
The credit of the Research Methododology of the master's programme is equal to or greater than the credit of the doctoral programme.
Kesetaraan kandungan kursus hendaklah tidak kurang daripada 80%. Course content equivalence should not be less than 80%.
Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh dua (2) semester dari tarikh mendaftar di UKM. Application must be made within two (2) semesters from the date of registration at UKM.
PEMAKLUMAN UNTUK PELAJAR (NOTICE TO STUDENTS) Sertakan salinan yang disahkan bagi transkrip peperiksaan yang terakhir dan silibus kursus yang dipohon untuk pengecualian.
Enclose a verified copy of the final examination transcript and the course syllabus of the previous Research Methodology. Pelajar mod kerja kursus dan mod campuran tidak akan mendapat kredit bagi kursus yang dikecualikan dan gred yang diperoleh ketika peringkat sarjana juga tidak akan diambil kira dalam menentukan purata nilai gred. Oleh itu, Sekiranya pengecualian kursus menyebabkan keperluan kredit pelajar tidak mencukupi, maka pelajar hendaklah mengambil kursus lain bagi mencukupkan kredit bergraduat.
For course work and mixed mode students, credit will not be given for exempt course and grade obtained during the master's degree will not be taken in determining the PNGK value. Therefore, student shall sit for another course to obtain credit in order to fulfil credit requirement for graduation.
Pelajar yang memenuhi syarat yang dinyatakan di atas perlu menyediakan dan membentangkan cadangan penyelidikan seperti yang ditetapkan oleh Fakulti/Institut.
Student who meets the above conditions must prepare and present research proposals as prescribed by the Faculty / Institute.
Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Incomplete applications will not be processed.
“Saya mengesahkan semua maklumat yang diberikan adalah benar” “I hereby confirm that the information provided is true”
Tandatangan Pelajar : ____________________ Tarikh : _______________ (Student’s Signature) (Date)
Bahagian C: Perakuan Kesetaraan Oleh Pensyarah/Penyelaras Kursus Kaedah Penyelidikan
Kesetaraan Diluluskan/Tidak Diluluskan Tandatangan dan Cop Rasmi
Pensyarah Tarikh
Bahagian D: Kelulusan Dekan Fakulti / Pengarah Institut Approval by Dean of Faculty/Director of Institute: Permohonan *diluluskan/ tidak diluluskan (* Approved / disapproved application) Ulasan (Comment): ______________________________________________________________________________________
Tandatangan: _________________________ Tarikh: ___________________ Signature: Date: Cop Rasmi: Official Stamp: