Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...Asyraf. A. ialah lebih pandai dari . B....

28
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Modul PT3 SM 30 8 Nama : _____________________________

Transcript of Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...Asyraf. A. ialah lebih pandai dari . B....

Page 1: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...Asyraf. A. ialah lebih pandai dari . B. adalah pandai dari C. adalah lebih pandai daripada D. ialah lebih pandai daripada 6.

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Modul PT3

SM 308

Nama : _____________________________

Page 2: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...Asyraf. A. ialah lebih pandai dari . B. adalah pandai dari C. adalah lebih pandai daripada D. ialah lebih pandai daripada 6.

Format Bahasa Melayu PT3

Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)

Bahagian A: (20%)

20 Soalan aneka pilihan

a. Sistem bahasa

b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)

Bahagian B: (25%)

Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)

Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%)

Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)

Bahagian C: (15%)

Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada

2)

Kertas 2 : 40% (1 jam)

Bahagian A: (10%)

Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)

Bahagian B: (30%)

Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema)

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 3: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...Asyraf. A. ialah lebih pandai dari . B. adalah pandai dari C. adalah lebih pandai daripada D. ialah lebih pandai daripada 6.

Sistem Bahasa

Bahagian A

A. Golongan Kata

1. Kata Nafi dan Kata Pemeri

Kata Nafi

1. Terbahagi kepada dua, iaitu tidak dan bukan.

2. Kata nafi tidak digunakan sebelum frasa kerja dan frasa adjektif. Contoh:

i. Suzana tidak hadir ke sekolah. (FK)

ii. Bangunan itu tidak tinggi. (FA)

3. Kata nafi bukan digunakan sebelum frasa nama dan frasa sendi nama. Contoh:

i. Pemuda itu bukan abang saya. (FN)

ii. Hadiah itu bukan untuk Ahmad. (FSN)

Kata Pemeri

1. Terbahagi kepada dua, iaitu ialah dan adalah.

2. Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama.

Contoh:

i. A.Samad Said ialah seniman negara. (FN)

ii. Lelaki itu ialah ayah saya. (FN)

3. Kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Contoh:

i. Markah saya adalah paling tinggi. (FA)

ii. Bas ekspres itu adalah dari Perak. (FSN)

Latihan:

Soalan 1-4

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B,

atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

1. Aspek yang penting diamalkan dalam hidup kita ialah dengan menjaga

A B C

kebersihan diri dan persekitaran. Tiada kesalahan.

D

Program Bahasa Melayu Edubest SM308_PT3_2020 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...Asyraf. A. ialah lebih pandai dari . B. adalah pandai dari C. adalah lebih pandai daripada D. ialah lebih pandai daripada 6.

2. Wanita yang berbaju kurung dan bertudung itu adalah kakaknya yang belajar

A B C

di luar negara. Tiada kesalahan.

D

3. Saya bukan suka berkawan dengan budak yang nakal itu kerana takut

A B

terikut-ikut akan perangainya yang gemar membuang masa. Tiada kesalahan.

C D

4. Air sungai itu bukan dapat mengalir dengan deras kerana sudah cetek di

A B C

camping banyak terdapat sampah di dalamnya. Tiada kesalahan.

D

Soalan 5-6

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai

kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan

D jika tiada kesalahan.

5. Keputusan ujian bulanan itu menunjukkan Adib ialah lebih pandai daripada

Asyraf.

A. ialah lebih pandai dari

B. adalah pandai dari

C. adalah lebih pandai daripada

D. ialah lebih pandai daripada

6. Rizal tidak suka bergantung pada orang lain untuk mendapatkan pekerjaan.

A. tidak bukan suka bergantung

B. bukan suka bergantung

C. bukan tidak suka bergantung

D. tidak suka bergantung

Soalan 7-8

Pilih ayat-ayat yang betul.

7. I Pemain bola keranjang itu bukan tinggi sangat.

II Orang yang dicari oleh pemuda itu tidak tinggal di sini lagi.

Program Bahasa Melayu Edubest SM308_PT3_2020 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...Asyraf. A. ialah lebih pandai dari . B. adalah pandai dari C. adalah lebih pandai daripada D. ialah lebih pandai daripada 6.

III Congkak ialah permainan tradisional yang masih kekal hingga kini.

IV Minuman yang digemari oleh ayah saya adalah jus oren.

A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. I dan III

8. I Kamil bukan datang ke rumah saya semalam.

II Hadiah itu tidak untuk Siti Syahirah.

III Papan ini adalah untuk membuat reban ayam.

IV Warna bendera negeri Pahang adalah hitam dan putih.

A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. I dan IV

2. Kata Arah

1. Kata arah berfungsi untuk menunjukkan arah atau jurusan.

2. Kata ini tergolong dalam kata tugas.

3. Kata arah hadir sebelum frasa nama dan lazimnya selepas kata sendi nama.

4. Senarai kata arah ialah:

atas X bawah

tepi X tengah

= pinggir

= sisi

= samping

belakang X depan

dalam X luar

penjuru = sudut

pangkal X hujung

puncak X kaki

hulu X hilir

segi

seberang

antara

Program Bahasa Melayu Edubest SM308_PT3_2020 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...Asyraf. A. ialah lebih pandai dari . B. adalah pandai dari C. adalah lebih pandai daripada D. ialah lebih pandai daripada 6.

Latihan:

Soalan 1-4

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Dari __________ pandangan Islam, syurga terletak di telapak kaki ibu.

A. sebelah

B. dalam

C. sudut

D. samping

2. Ayah melarang kami lalu-lalang di ___________ orang tua yang sedang

berbual kerana perbuatan itu tidak sopan.

A. belakang

B. hadapan

C. tepi

D. sebelah

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Kebanyakan rumah di ___________ bukit mengalami risiko tanah runtuh

terutama ketika hujan lebat.

A. atas

B. pinggir

C. tengah

D. antara

4. Lif di hotel itu rosak di ___________ tingkat sepuluh dengan sebelas.

A. antara

B. bawah

C. tengah

D. dasar

Program Bahasa Melayu Edubest SM308_PT3_2020 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...Asyraf. A. ialah lebih pandai dari . B. adalah pandai dari C. adalah lebih pandai daripada D. ialah lebih pandai daripada 6.

Soalan 5-6

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B,

atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

5. Para pelajar tidak dibenarkan masuk dalam dewan sebelum dibenarkan berbuat

A B C

demikian. Tiada kesalahan.

D

6. Pihak juri memilih Safuan sebagai pemidato terbaik apabila melihat dari segi

A B

kepetahannya berhujah. Tiada kesalahan.

C D

Soalan 7-8

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai

kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan

D jika tiada kesalahan.

7. Lelaki tua itu berehat di sudut sungai itu untuk menghilangkan keletihan setelah

penat berjalan.

A. berehat di dasar sungai

B. berehat di tepi sungai

C. berehat di penjuru sungai

D. berehat di sudut sungai

8. Hakimi sentiasa berada di samping ayahnya sebelum ayahnya menghembuskan

nafasnya yang terakhir.

A. sentiasa berada di hujung

B. sentiasa berada di atas

C. sentiasa berada di hadapan

D. sentiasa berada di samping

Program Bahasa Melayu Edubest SM308_PT3_2020 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...Asyraf. A. ialah lebih pandai dari . B. adalah pandai dari C. adalah lebih pandai daripada D. ialah lebih pandai daripada 6.

3. Kata Bilangan

1. Kata bilangan menjadi penerang jumlah kepada frasa nama.

2. Kata bilangan terbahagi kepada enam jenis:

i. Kata bilangan tentu- dua, sejuta

ii. Kata bilangan tak tentu

a. segala g. sebahagian

b. semua h. sesetengah

c. para i. segelintir

d. beberapa

e. sekalian

f. seluruh

iii. Kata bilangan himpunan- ketiga-tiga, berguni-guni.

iv. Kata bilangan pisahan- setiap, tiap-tiap, masing-masing.

v. Kata bilangan pecahan- setengah, sepertiga, separuh.

vi. Kata bilangan tingkat – pertama, kedua, kesejuta

Latihan:

Soalan 1-4

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Lazimnya, pekerja swasta bekerja __________ hari pada hari Sabtu.

A. segala

B. setengah

C. setiap

D. seluruh

2. Setiap wanita memang mengimpikan untuk memiliki __________ permata.

A. seketul

B. sepotong

C. sebiji

D. sebutir

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

Program Bahasa Melayu Edubest SM308_PT3_2020 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...Asyraf. A. ialah lebih pandai dari . B. adalah pandai dari C. adalah lebih pandai daripada D. ialah lebih pandai daripada 6.

3. Abang membawa beberapa __________ mata kail yang diletakkan di dalam kotak

khas ketika memancing ikan.

A. biji

B. butir

C. bilah

D. bentuk

4. Pak Cik Hamzah membeli dua __________ dawai di kedai yang menjual

peralatan logam.

A. relung

B. gelung

C. batang

D. bidang

Soalan 5-6

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B,

atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

5. Puan Wanda berasa gembira kerana kedua anaknya dinobatkan sebagai pelajar

A B

cemerlang di sekolah. Tiada kesalahan.

C D

6. Para pelajar Tingkatan 3 Bersih membuat tugasan masing-masing seperti

A B

yang diarahkan oleh guru mereka. Tiada kesalahan.

C D

Soalan 7-8

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai

kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Program Bahasa Melayu Edubest SM308_PT3_2020 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...Asyraf. A. ialah lebih pandai dari . B. adalah pandai dari C. adalah lebih pandai daripada D. ialah lebih pandai daripada 6.

Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan

D jika tiada kesalahan.

7. Sebahagian daripada harta-harta pusaka itu disumbangkan kepada rumah

kebajikan.

A. Sebahagian harta

B. Sebahagian dari harta

C. Sebahagian daripada harta

D. Sebahagian daripada harta-harta

8. Banyak pepohon kelapa yang sudah tua itu ditebang untuk mengelakkannya

tumbang apabila ditiup angin kencang.

A. Banyak pohon-pohon kelapa

B. Pepohon-pepohon kelapa

C. Pohon-pohon kelapa

D. Banyak pepohon kelapa

B. Penggunaan Kata Dalam Ayat

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

1.

I Selama-lamanya ibu akan menetap di rumah saya di bandar ialah seminggu.

II Jika malas berusaha, kita akan ketinggalan dalam semua aspek selama-lamanya.

III Oleh sebab orang terlalu banyak, tidak wajarlah dia selama-lamanya di kaunter bayaran

itu.

IV Selama-lamanya hutang yang dibayarnya secara beransur-ansur itu langsai juga.

A. I dan II

B. II dan IV

C. I, II, dan III

D. I, III, dan IV

2.

I Lori pengangkut pasir yang lalu-lalang di kampung itu rupa-rupanya beroperasi secara

haram.

II Cikgu Munna mengarahkan Neela dan Laili mengemaskan buku yang lalu-lalang di

Program Bahasa Melayu Edubest SM308_PT3_2020 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...Asyraf. A. ialah lebih pandai dari . B. adalah pandai dari C. adalah lebih pandai daripada D. ialah lebih pandai daripada 6.

atas rak itu.

III Keadaan lalu-lalang di Jalan Cheras dan jalan-jalan sekitarnya amat sibuk menjelang

pukul tujuh pagi.

IV Kata-kata yang berunsur negatif lalu-lalang dari mulut orang yang kurang siuman

itu.

A. I dan IV

B. II dan III

C. I, II, dan IV

D. I, III, dan IV

3.

I Ishak berjanji untuk mengunjungi bapa saudaranya jika ada tempoh untuk berbuat

demikian.

II Pegawai yang menyelewengkan harta syarikat itu diberi tempoh seminggu untuk

meletakkan jawatan.

III "Encik Patrick tidak ada di rumahnya tempoh saya sampai sebentar tadi," kata Puspa.

IV Tempoh lagu yang dicipta oleh penggubah terkenal itu sangat perlahan.

A. I dan IV

B. II dan III

C. I, II, dan III

D. II, III, dan IV

C. Memilih Frasa Yang Betul

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai

kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

1. Bapa berjanji kepada Encik Thong untuk membincangkan tentang tawaran beliau

dengan ahli keluarganya lebih dahulu.

A. membincang tawaran

B. membincangkan tawaran

C. berbincang tawaran

D. membincangkan tentang tawaran

2. Tempat meletak kereta di hadapan bangunan itu sentiasa dipenuhi kenderaan,

khususnya pada waktu kerja.

A. Tempat kenderaan

Program Bahasa Melayu Edubest SM308_PT3_2020 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...Asyraf. A. ialah lebih pandai dari . B. adalah pandai dari C. adalah lebih pandai daripada D. ialah lebih pandai daripada 6.

B. Tempat letak kenderaan

C. Tempat meletakkan kenderaan

D. Tempat meletak kenderaan

3. Kakak akan dinikahi dengan seorang hartawan yang baru kematian isteri.

A. akan dinikahkan dengan

B. akan dinikahkan oleh

C. akan dinikah dengan

D. akan dinikahi dengan

D. Memilih Ayat Yang Betul

Pilih ayat-ayat yang betul.

1. I Pondok yang didirikan oleh kami bertiga roboh dalam hujan ribut itu.

II Kasutnya yang longgar menyebabkan dia tidak dapat berjalan dengan pantas.

III Keadaan laut yang menggelora menyukarkan pelayaran mereka.

IV Keinginannya untuk memiliki basikal baharu itu disampaikannya kepada ayahnya.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan IV

D. I, II, dan IV

2. I Dia berjaya setelah mencuba selama tiga kali.

II Konsep pengiklanan berubah mengikut perubahan zaman.

III Papan iklan elektronik digunakan di kebanyakan pusat beli-belah di Kuala Lumpur.

IV Majlis Perbandaran Ampang Jaya bercadang untuk melebarkan jalan-jalan yang

sempit itu.

A. I dan IV

B. II dan III

C. I, II, III, dan IV

D. II, III, dan IV

3. I Ayah saya kurang bersetuju untuk melancong ke luar negara pada masa kegawatan

ekonomi.

II Beberapa orang pemuda angkat kereta yang terbenam di dalam lumpur itu.

III Pendidikan merupakan asas yang kukuh untuk memajukan sesebuah negara.

Program Bahasa Melayu Edubest SM308_PT3_2020 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...Asyraf. A. ialah lebih pandai dari . B. adalah pandai dari C. adalah lebih pandai daripada D. ialah lebih pandai daripada 6.

IV Pengetua sedang menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang PMR.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan III

D. III dan IV

E. Memilih Ayat Yang Sama Maksud

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang mempunyai maksud

yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

1. Jika kenaikan gaji tidak diikuti dengan langkah kawalan harga barang oleh

kerajaan, inflasi mungkin berlaku.

A. Kerajaan mungkin mengalami inflasi jika langkah kawalan harga barang tidak

diikuti oleh kenaikan gaji.

B. Inflasi yang berkemungkinan menyebabkan kenaikan gaji akan memaksa kerajaan

mengawal harga barang.

C. Kerajaan yang mengawal harga barang berkemungkinan akan menyebabkan inflasi

kerana gaji mulai naik.

D. Inflasi berkemungkinan terjadi apabila kenaikan gaji tidak disusuli oleh usaha

kerajaan untuk mengawal harga barang.

2. Walaupun pelbagai usaha pembaharuan diperkenalkan oleh kerajaan,

setengahsetengah masyarakat desa masih enggan menerima perubahan.

A. Keengganan sesetengah masyarakat desa untuk menerima perubahan berpunca

daripada usaha pembaharuan kerajaan yang terlalu banyak.

B. Dalam kalangan masyarakat desa, terdapat sebilangan penduduk yang masih

tidak mahu menerima perubahan meskipun pelbagai usaha pembaharuan

dilakukan oleh kerajaan.

C. Usaha pembaharuan yang lain perlu dijalankan agar sesetengah masyarakat desa

dapat menerima perubahan yang dikehendaki oleh kerajaan.

D. Usaha pembaharuan yang berbagai-bagai oleh kerajaan masih tidak mencukupi

untuk membolehkan sesetengah masyarakat kampung menerima perubahan.

3. Semua sahabat Encik Ong tidak begitu setuju dengan cadangannya untuk

membuka perniagaan tersebut kerana mereka tahu bahawa dia kekurangan

modal.

A. Kawan-kawan Encik Ong enggan menyokong cadangannya untuk membuka

perniagaan itu kerana dia kekurangan modal.

B. Rakan-rakan Encik Ong kurang senang dengan keinginannya untuk membuka

Program Bahasa Melayu Edubest SM308_PT3_2020 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...Asyraf. A. ialah lebih pandai dari . B. adalah pandai dari C. adalah lebih pandai daripada D. ialah lebih pandai daripada 6.

perniagaan tersebut memandangkan dia tidak mempunyai modal yang cukup.

C. Memandangkan Encik Ong tidak mempunyai modal yang secukupnya, semua

temannya menentang usahanya untuk membuka perniagaan baharu itu.

D. Semua sahabat Encik Ong akan hanya menyokong cadangannya untuk

membuka perniagaannya baharu itu jika dia mempunyai modal yang cukup.

F. Peribahasa

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.

1. Usahawan itu berjaya berkat kesabaran dan ketabahannya dalam perniagaan setelah

melalui keperitan hidaup sebelum itu.

Usaha usahawan itu ibarat _________.

A. sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain

B. anjing menyalak bukit

C. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

D. harapkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan

2. Soo Thien hanya kerani di syarikat tersebut, tetapi lagaknya seperti tuan punya

syarikat itu.

Tingkah laku Soo Thien itu seperti ___________.

A. kera mendapat bunga

B. bakar air hendakkan abu

C. cacing hendak menjadi naga

D. kaduk naik junjung

3. Setelah berjaya menjawat jawatan tinggi, Tenggang tidak menghiraukan

kesengsaraan ibunya lagi.

Perbuatan Tenggang itu ibarat ____________.

A. alah bisa tegal biasa

B. kacang lupakan kulit

C. enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

D. diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat

( / )

Program Bahasa Melayu Edubest SM308_PT3_2020 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...Asyraf. A. ialah lebih pandai dari . B. adalah pandai dari C. adalah lebih pandai daripada D. ialah lebih pandai daripada 6.

Bahagian B

1 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan

kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda

tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan tatabahasa:

Kata tugas

Ayat

Istilah

Imbuhan

Hukum DM

Ayat Jenis Kesalahan

Tatabahasa

(i) Sebahagian dari penduduk kampung tidak bersetuju

dengan pelantikan Tuan Haji Ismail sebagai ketua

kampung.

(ii) Stesen minyak-stesen minyak di negara kita diminta

mengehadkan penjualan minyak diesel kepada warga asing.

(iii) Aina dan Aleesa akan menyambung pengajian di luar

negara dalam bidang kejuruteraan di tahun hadapan.

(iv) Kita hendaklah menghormati kedua ibu bapa kita

kerana mereka sangat berjasa kepada kita.

( /8)

Program Bahasa Melayu Edubest SM308_PT3_2020 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...Asyraf. A. ialah lebih pandai dari . B. adalah pandai dari C. adalah lebih pandai daripada D. ialah lebih pandai daripada 6.

2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan

betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan ejaan:

Kata majmuk

BA BM

Vokal (a e i o u)

Tanda baca (Aa / “ ” / - )

Imbuhan (gg & kk)

Ayat Jenis Kesalahan

Ejaan

(i) Semua pusat melupuskan samah hendalah dikawal oleh

pengawal keselamatan untuk mengelakkan pencerobohan

oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

(ii) Syarikat kereta nasional telah mensasarkan

pertambahan jualan sebanyak 10% pada tahun ini.

(iii) Pengerusi mesyuarat telah mengsyorkan agar sambutan

hari keluarga diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di

utara tanah air.

( /3)

Program Bahasa Melayu Edubest SM308_PT3_2020 14

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 17: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...Asyraf. A. ialah lebih pandai dari . B. adalah pandai dari C. adalah lebih pandai daripada D. ialah lebih pandai daripada 6.

3. Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.

Teknik : Kenal pasti :

Subjek : Ali / Saya / Mereka

Kata kerja : membaca

Objek : buku itu

Frasa sendi / hubung : di bilik

2. Tukar kedudukan subjek dan objek. Frasa sendi / hubung kekal di belakang

Nota : Subjek (orang) pihak pertama (saya & kami) dan kedua (kamu dan kalian)

tidak boleh guna “di…oleh”

Contoh : Saya membaca buku itu di bilik

Buku itu saya baca.

Hanya subjek pihak ketiga (dia & nama orang) guna “di…oleh”

Mereka membaca buku itu di bilik

Buku itu dibaca oleh mereka di bilik.

(i) Saya akan menghasilkan beberapa buah buku novel sebelum penghujung tahun ini.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(ii) Pada setiap petang, Abu dan Yana menyiram pokok-pokok bunga di halaman

rumah.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest SM308_PT3_2020 15

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 18: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...Asyraf. A. ialah lebih pandai dari . B. adalah pandai dari C. adalah lebih pandai daripada D. ialah lebih pandai daripada 6.

(iii) Sejak kebelakangan ini, ayah sering menghantar ibu ke hospital untuk menjalani

rawatan.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(iv) Semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan mengikuti program

kecemerlangan akademik di sekolah.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(v) Kami menziarahi bapa saudaraSimpson yang sedang terlantar di hospital.

(i) ______________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

( /10)

Program Bahasa Melayu Edubest SM308_PT3_2020 16

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 19: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...Asyraf. A. ialah lebih pandai dari . B. adalah pandai dari C. adalah lebih pandai daripada D. ialah lebih pandai daripada 6.

4. Lihat gambar di bawah. Kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai dengan

gambar tersebut.

( /4)

Program Bahasa Melayu Edubest SM308_PT3_2020 17

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 20: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...Asyraf. A. ialah lebih pandai dari . B. adalah pandai dari C. adalah lebih pandai daripada D. ialah lebih pandai daripada 6.

Penulisan :

A. Ulasan (15%)

Baca dialog di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam

gambar tersebut. Tulis ulasan tentang sumbangan sektor pelancongan kepada

negara yang panjangnya antara 80 sehingga 100 patah perkataan.

Program Bahasa Melayu Edubest SM308_PT3_2020 18

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 21: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...Asyraf. A. ialah lebih pandai dari . B. adalah pandai dari C. adalah lebih pandai daripada D. ialah lebih pandai daripada 6.

B. Karangan Pendek (10%) – 15 minit

Berdasarkan notisyang diberikan, tulis sebuah karangan pendek.

Isi :

Program Bahasa Melayu Edubest SM308_PT3_2020 19

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 22: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...Asyraf. A. ialah lebih pandai dari . B. adalah pandai dari C. adalah lebih pandai daripada D. ialah lebih pandai daripada 6.

C. Karangan Umum (30%)

Karangan Jenis Surat Tidak Rasmi

Panduan Menulis Karangan Jenis Surat Tidak Rasmi

Karangan ini jenis berformat

Ada beberapa jenis surat tidak rasmi, iaitu surat bertanya khabar, surat untuk

mendapatkan maklumat, surat tahniah, dan surat takziah.

Walaupun surat ini tidak berbentuk rasmi, tetapi penggunaan bahasa perlu

dengan mematuhi hukum tatabahasa.

Gunakan bahasa yang mudah, tepat dan padat yang sesuai kepada sasaran

penerima.

Gunakan panggilan yang sesuai seperti kakanda/kanda, ibunda/bonda, ayahanda,

nenda, dan cucunda.

Format surat kiriman tidak rasmi adalah:

i) Alamat pengirim ditulis sepenuhnya di sudut atas sebelah kanan surat

ii) Tarikh ditulis di bawah alamat pengirim dan bubuh tanda titik ( . )

dihujungnya.

iii) Pembuka kata dimulakan dari tepi mengikut format penulisan baharu

iv) Kata ganti diri penerima ditulis disebelah kiri tepi surat ( tidak perlu ke

dalam sedikit )

v) Perenggan isi dimulakan ke dalam sedikit.

vi) Penutup dimulakan ke dalam sedikit

vii) Pengakuan pengirim ditulis di sebelah kanan surat selepas dua atau tiga

baris kosong dari penutup dan diakhiri tanda koma ( , ) .Huruf pertama pada

kata pertama mestilah huruf besar.

viii) Tandatangan ditulis di bawah pengakuan pengirim.

ix) Nama pengirim boleh ditulis atau tidak

Kelemahan calon ialah menulis menyalahi format yang ditetapkan.

Sesetengahnya mencampuradukkan dengan format surat kiriman rasmi.

Terdapat calon menggunakan bahasa basahan dan tidak menggunakan kata

penghadap ( panggilan hormat yang betul ). Contohnya, menggunakan

panggilan ayah sedangkan sepatutnya ayahanda.

Program Bahasa Melayu Edubest SM308_PT3_2020 20

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 23: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...Asyraf. A. ialah lebih pandai dari . B. adalah pandai dari C. adalah lebih pandai daripada D. ialah lebih pandai daripada 6.

Contoh: Rakan baik anda selalu ponteng sekolah. Akibatnya dia selalu dimarahi oleh guru kerana tidak menghantar kerja rumah. Tulis sepucuk surat kepadanya untuk menyuntik semangat dan nasihat kepadanya.

No. 13, Jalan Anggerik,

Taman Flora,

83000 Batu Pahat,

J ohor Darul Takzim.

20 Ogos 2019.

Menemui sahabat karibku Atilia yang kini berada di Taman Nusa, Batu Pahat,

dengan selamatnya.

Sahabatku,

Apa khabar saudari sekarang? Tentunya saudari sedang membaca buku

pelajaran di rumah. Saya berharap agar saudari sentiasa gembira di sam ping keluarga

tercinta.

Minggu lepas saya berjumpa dengan kawan-kawan lama kita semasa di sekolah

rendah, iaitu Nana, Tini, Azura, dan Fifi. Mereka ada memberitahu saya tentang

masalah saudari sekarang. Khabarnya saudari kerap ponteng sekolah. Dalam seminggu

dua atau tiga hari saudari ponteng. Mereka juga ada mengatakan bahawa saudari telah

diberi amaran yang ketiga oleh pihak sekolah. Apakah masalah yang saudari hadapi

sebenarnya?

Pada pendapat saya, saudari perlulah meluahkan masalah yang dihadapi kepada

seseorang yang boleh dipercayai. Saya yakin saudari adalah anak yang baik sebelum

ini. Setiap masalah yang dihadapi ada jalan penyelesaiannya. Janganlah saudari

meneruskan tabiat buruk ini kerana yang rugi ialah saudari sendiri.

Selain itu, saudari perlulah memikirkan masa depan saudari dan keluarga.

Sekiranya saudari tidak meneruskan persekolahan, dapatkah saudari menyara

kehidupan diri sendiri apabila dewasa nanti? Apakah pekerjaan yang dapat saudari

lakukan sekiranya tidak mempunyai kelulusan apatah lagi setakat bersekolah hingga

Tingkatan Dua?

Sebagai seorang rakan, saya amat bersedih sekiranya saudari terus ponteng

sekolah tanpa alasan yang munasabah. Fikirkanlah nasihat ikhlas saya ini demi masa

Program Bahasa Melayu Edubest SM308_PT3_2020 21

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 24: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...Asyraf. A. ialah lebih pandai dari . B. adalah pandai dari C. adalah lebih pandai daripada D. ialah lebih pandai daripada 6.

depan saudari. Saya mahu saudari cepat sedar dan membaiki kelemahan diri agar kita

akan sarna-sarna dapat menjejakkan kaki ke menara gading suatu hari kelak.

Baiklah saudari, saya merasakan surat ini sudah terlalu panjang. Saya berharap

agar saudari berubah sikap ke arah yang lebih positif. Salam persahabatan daripada

saya. Semoga berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih. Yang benar,

Aimi Nadia

Latihan :

1. Akan datang, anda tidak dapat pulang ke kampung. Tulis sepucuk surat kepada

ibu bapa anda untuk memberitahu mereka tentang rancangan anda sepanjang

musim cuti tersebut.

2. Anda telah berpindah ke tempat baharu. Tulis sepucuk surat kepada rakan

sedarjah anda di sekolah lama untuk menceritakan tempat baharu anda.

Program Bahasa Melayu Edubest SM308_PT3_2020 22

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 25: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...Asyraf. A. ialah lebih pandai dari . B. adalah pandai dari C. adalah lebih pandai daripada D. ialah lebih pandai daripada 6.
Page 26: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...Asyraf. A. ialah lebih pandai dari . B. adalah pandai dari C. adalah lebih pandai daripada D. ialah lebih pandai daripada 6.
Page 27: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...Asyraf. A. ialah lebih pandai dari . B. adalah pandai dari C. adalah lebih pandai daripada D. ialah lebih pandai daripada 6.
Page 28: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...Asyraf. A. ialah lebih pandai dari . B. adalah pandai dari C. adalah lebih pandai daripada D. ialah lebih pandai daripada 6.

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my