Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ...€¦ · 12. Adik memetik _____ bunga...
Transcript of Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ...€¦ · 12. Adik memetik _____ bunga...
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest
Ulang Kaji I
Set C
SR3B
Nama : ____________________________
Kertas 1 (Pemahaman)
Bahagian A (20 Markah)
Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Perahu nelayan itu sedang _____ anak sungai yang semakin
cetek airnya akibat musim kemarau.
A. menyusuri C. meronda
B. melayari D. melintasi
Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.
2. Beberapa orang _____ tentera laut yang baharu sahaja
menamatkan latihan berdiri dengan tertib untuk menerima sijil
tamat latihan.
A. angkatan C. peserta
B. persatuan D. anggota
3. "Diharap _____ tidak akan mengulangi lagi kesalahan sebegini,"
pinta Cikgu Sham kepada murid-muridnya.
A. mereka C. kalian
B. saya D. hamba
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
4. Puan Fatimah sedang _____ kotoran dan lumut yang
menyelimuti permukaan longkang di belakang rumahnya
menggunakan berus dawai.
A. mengelap C. menenyeh
B. menggosok D. menyental
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.
5. Ajmal dapat tidur dengan nyenyak di atas tilam _____ yang
baharu sahaja dibeli oleh bapanya bagi menggantikan tilam lama
yang sudah koyak.
A. empuk C. kenyal
B. lemau D. lembut
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
6. Semasa lawatan ke Pusat Meteorologi, murid-murid telah
berkesempatan menggunakan _____ untuk melihat objek-objek
yang berada di ruang angkasa.
A. mikroskop C. teleskop
B. stetoskop D. telegram
7. Mahaguru silat itu telah memberikan _____ tentang cara-cara
mempertahankan diri kepada semua pelatih silat itu.
A. tunjuk ajar C. gerak kaki
B. tunjuk langkah D. gerak geri
8. Pihak keselamatan negara ini telah berjaya mengesan jejak
_____ pengganas yang dipercayai bersembunyi di dalam gua itu.
A. sekumpulan C. sekawan
B. segerombolan D. sepasukan
9. "Saya akan terus menabur bakti _____ khidmat saya masih
diperlukan di kampung ini," kata wakil rakyat itu kepada
penduduk kampung.
A. sehingga C. kerana
B. sekalipun D. selagi
10. Pihak berkuasa tempatan sedang _____ tahap kebersihan
semua restoran dan premis makanan bersempena dengan Minggu
Kesedaran Kebersihan Premis Makanan.
A. memantau C. memandang
B. merentas D. meneropong
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
11. Sebagai seorang pelakon yang hebat, jangan jadikan rupa paras
sebagai _____ untuk mendapat tawaran berlakon sehingga
menjejaskan industri perfileman negara.
A. batu api C. anak emas
B. batu loncatan D. anak tunggal
Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.
12. Adik memetik _____ bunga di taman itu sambil
mendukung patung beruang di sebelah kirinya.
A. setangkai C. seikat
B. sejambak D. sekuntum
Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.
13. Pasangan suami isteri itu tersenyum gembira kerana hajat
mereka untuk mendapat _____ telah dikabulkan Tuhcn setelah
sepuluh tahun berkahwin.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
A. cahaya permata C. cahaya mata
B. cahaya purnama D. cahaya hati
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
14. Rakan-rakan sekelas Alisya amat tidak menyenangi
sikapnya yang suka meniru itu.
A. Alisya amat tidak disenangi oleh rakan-rakan sekelasnya yang
suka meniru itu.
B. Tabiat Alisya yang suka meniru itu amat tidak disenangi oleh
rakan-rakan sekelasnya.
C. Sikap Alisya kurang disenangi oleh rakan-rakan sekelasnya
yang suka menirunya itu.
D. Alisya yang suka meniru rakan-rakan sekelasnya itu amat
tidak disenanginya.
15. "Diharap semua peserta dapat mengikuti arahan supaya
tidak berlaku sebarang kecelakaan," kata Encik Zamri.
A. Peserta-peserta mungkin tercedera sekiranya Encik Zamri
tidak menuruti arahan.
B. Peserta-peserta yang tercedera mungkin tidak mematuhi
arahan Encik Zamri
C. Encik Zamri meminta semua peserta menuruti arahan untuk
mengelakkan daripada berlakunya kecelakaan.
D. Kecelakaan mungkin berlaku sekiranya Encik Zamri gagal
memberi arahan kepada semua peserta.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pilih ayat yang betul.
16. A. Taufan telah menjadikan pokok itu tumbang di tanah.
B. Banyak orang masih berminat untuk menonton filem
tempatan.
C. Kawasan pedalaman Sarawak masih boleh dilalui
dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
D. Penduduk kampung berterima kasih atas pertolongan
yang diberikan oleh wakil rakyat itu.
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.
Hutan merupakan anugerah semula jadi yang tidak ternilai.
Namun begitu, hutan sering kali digondolkan kerana pembangunan
yang kian rancak. Keadaan ini membawa pelbagai masalah seperti
banjir kilat, tanah runtuh dan pemanasan global. Sesungguhnya, hutan
menawarkan berbagai-bagai manfaat kepada kehidupan di muka bumi.
Hutan ialah habitat flora dan fauna. Kepelbagaian spesis flora
dan fauna di dalam hutan menjadikan ekosistem lebih terkawal. Di
dalam hutan, terdapat pelbagai jenis unggas, serangga, haiwan liar
dan tumbuh-tumbuhan. Misalnya, Hutan Simpan Belum, Perak
merupakan satu-satunya hutan simpan di Semenanjung Malaysia yang
mempunyai bunga Pakma atau Rafflesia.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Di samping itu, hutan juga membekalkan sumber kayu balak. Di
dalam hutan, terdapat pelbagai jenis kayu yang berguna, misalnya
kayu jati, cengal, jelutung dan sebagainya. Kesemua jenis kayu ini
mengembangkan industri pemprosesan kayu untuk dibuat perabot dan
kertas. Hutan paya bakau pula memberikan sumbangan terhadap
penghasilan kayu arang dan cerucuk bagi tujuan pembinaan.
Selain itu, hutan juga mampu menyediakan sumber untuk
perubatan. Tahukah anda apa itu Tongkat Ali dan Kacip Fatimah? Dua
tumbuhan herba itu adalah antara beribu-ribu jenis tumbuhan yang
dapat merawat penyakit melalui perubatan tradisional. Oleh sebab
khasiatnya yang tinggi, pokok jenis ini mendapat permintaan yang
menggalakkan. Umpamanya, orang Asli di Pahang menjadikan kerja
mencari tumbuhan jenis itu sebagai sumber ekonomi mereka,
seterusnya memberikan pulangan yang lumayan kepada mereka.
Tambahan pula, pokok ini dijamin selamat digunakan kerana tiada
bahan kimia yang berbahaya.
Sesungguhnya, hutan amat bernilai kepada kehidupan di muka
bumi. Oleh itu, kerajaan perlu bertindak proaktif dengan mewartakan
lebih banyak lagi hutan sebagai hutan simpan dan mengelakkan
pencerobohan. Pendidikan kesedaran dan kempen 'Cintai Hutan' perlu
dipergiat sejak di bangku sekolah kerana 'melentur buluh biarlah dari
rebungnya'.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
17. Apakah masalah yang berlaku jika hutan digondolkan
secara berleluasa?
A. Berlakunya banjir kilat, tanah runtuh dan pemanasan global.
B. Suhu bumi semakin rendah
C. Hidupan di hutan semakin membiak
D. Pembangunan semakin rancak
18. Di manakah para pencinta alam sekitar dapat menemui
bunga Pakma atau Rafflesia?
A. Hutan Simpan Sungai Lembing
B. Hutan Simpan Belum
C. Gua Tempurung
D. Kawasan Orang Asli di Pahang
19. Mengapakah Tongkat Ali dan Kacip Fatimah selamat
digunakan?
A. Rasanya yang pahit
B. Harganya berpatutan
C. Bebas dari sebarang bahan kimia
D. Hasil usaha Orang Asli
20. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.
A. Hutan tidak begitu penting kepada hidupan
B. Penebangan hutan secara berleluasa perlu ditingkatkan
C. Sumber ubatan tradisional tidak terdapat dalam hutan
D. Kesedaran pentingnya hutan perlu dipupuk sejak di bangku
sekolah
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Bahagian B (30 Markah)
Soalan 21 (4 markah)
Isikan kata hubung yang paling sesuai pada tempat kosong dalam
petikan di bawah.
Pada minggu yang __________, penduduk Taman Seri Lancang
telah mengadakan aktiviti gotong-royong. Encik Fatah selaku
pengerusi jawatankuasa gotong-royong telah memberikan sedikit
taklimat tentang perjalanan gotong-royong tersebut. Pak Ahmad
ditugaskan __________ memotong rumput di tepi surau. Sekumpulan
kanak-kanak membantunya mencakar rumput yang dipotong itu
dengan pencakar besi. __________ itu, kaum wanita sedang sibuk
memasak untuk makan tengah hari. Tidak lama __________, sebuah
lori majlis bandaran tiba untuk mengangkut semua sampah-sarap ke
tapak pelupusan. Sekarang kawasan perumahan tampak begitu bersih
dan ceria.
sementara lalu untuk kemudian
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuoi bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya:
_________________________________________________
_________________________________________________
Jawapan: Encik Ramesh telah dinobatkan sebagai Guru Cemerlang
sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini.
(2 markah)
b. Tulis dialog yang sesuai bagi situasi yang terdapat dalam
gambar di bawah.
_________________________________________________
_________________________________________________
(2 markah)
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.
Berdasarkan gambar di atas, nyatakan peribahasa yang sesuai
untuk ditulis.
_________________________________________________
_________________________________________________
(2 markah)
Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang diberikan.
Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia
terutamanya di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia
seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar,
gasing telor, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing
buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan
gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dimainkan.
Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu secara gasing pangkah
atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya
supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk
menguji ketahanannya berpusing. Sementara itu terdapat juga gasing
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
pinang yang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda
dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan
bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya
menjadi paksi serta pemegang gasing itu.
Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan. Untuk memusingkan
gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan
pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian
gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali
yang melilit gasing direnggut. Renggutan yang kuat akan menjadikan
gasing berputar dengan ligat dan mengambil masa yang agak lama
untuk mati atau berhenti berputar.
a. Gasing dikatakan terkenal di Pantai Timur khususnya
___________________ . (1 markah)
b. Mengapa kanak-kanak gemar akan gasing Melayu dan Cina?
_______________________________________________
_______________________________________________
(2 markah)
c. Suaikan penyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu contoh
telah diberikan.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
(2 markah)
Soalan 24
Baca sajak di bawah kemudian jawab soalan-soalan yang diberikan.
Ketika aku masih kecil
Ayah dan ibu memelukku penuh kasih
Aku merengek kerana lapar dan sakit
Lantas ayah dan ibu segera meredakan
Ayah mendukung aku
Ibu memberiku susu
Ah....
Alangkah indahnya duniaku ketika itu
Namun benar kata orang
Gasing amat popular di Pantai Barat Semenanjung
Malaysia.
Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu gasing
pangkah atau gasing uri.
Gasing uri dipertandingkan untuk menguji
ketahanannya berpusing.
Renggutan yang kuat akan menjadikan putaran
gasing cepat lemah dan mati.
BETUL
SALAH
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Manusia hanya meranwng
Tuhan jua penentu segala
Kini…
Semua itu nostalgia segala
Ayah dan ibu pergi selamanya
Menyahut panggilan Yang Maha Esa
Tinggallah aku merenung alam maya
Saban hari menghitung masa
Bila agaknya aku ikut jejak mereka
a. Perkataan merengek dalam petikan boleh digantikan dengan
perkataan _______________________ . (1 markah)
b. Bagaimanakah cara ayah dan ibu meredakan rengekkan aku?
_______________________________________________
_______________________________________________
(2 markah)
c. Apakah nilai murni yang boleh didapati daripada rangkap
pertama sajak di atas?
_______________________________________________
_______________________________________________
(2 markah)
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 14
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
d. Pada pendapat kamu, mengapa 'aku' mengatakan segalanya kini
tinggal nostalgia?
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
(3 markah)
Soalan 25
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.
Bunga raya juga dikenali sebagai bunga sepatu ialah sejenis
tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam keluarga 'Hibiscus' yang
sering ditanam sebagai pokok hiasan.
Bunqa raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai
kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk
mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipillh sebagai bunga
kebangsaan. Akhirnya pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah
mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga
Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu iaitu Bunga Kenanga, Bunga
Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan
Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya
telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah
Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah
dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna
sebagai Bunga Kebangsaan.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 15
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh
kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras
tetapi tidak berbau. Pelbagai kultivar, jenis dan hibrid telah
dihasilkan dengan warna dari putih kepada kuning dan kuning bata
kepada merah jambu lembut dengan kelopak tunggal dan berganda.
a. Selain Bunga Raya, apakah jenis bunga yang dicadangkan sebagai
bunga kebangsaan Malaysia?
_______________________________________________
_______________________________________________
(2 markah)
b. Bunga Raya ialah _________________________ . (1 markah)
c. Tandakan (√) bogi penyataan yang betul dan (x) bagi penyataan
yang salah berdasarkan sajak di atas.
(1 markah)
d. Nyatakan bagaimanakah Bunga Raya dipilih sebagai Bunga
Kebangsaan negara kita?
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
(3 markah)
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 16
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Kertas 2 (Penulisan)
Bahagian A (10 Markah)
Gambar di bawah menunjukkan poster sempena kempen alam sekitar.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 17
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Bahagian B (15 Markah)
Lihat pada tulisan kata hikmat sempena Hari Guru yang disambut
pada tanggal 16 Mei setiap tahun. Berdasarkan tulisan kata hikmat
tersebut, buat satu ulasan yang lengkap dalam perenggan. Panjangnya
ulasan kumu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 18
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Bahagian C (25 Markah)
Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab hanya satu soalan
sahaja. Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 80 hingga 120
patah perkataan.
Soalan 1
Kamu telah berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan bola sepak
di sekolah kamu. Sebagoi setiausaha kelab bola sepak, kamu diminta
menulis berita tentang kejohonan tersebut. Tulis satu berita tentang
kejohanan tersebut dengan lengkap.
ATAU
Soalan 2
Perpustakaan adalah gedung ilmu. Sebagai pelajar, kita boleh
memanfaatkan perpustakaan sekiranya kita mahu cemerlang.
Berdasarkan pernyataan di atas, tuliskan sebuah karangan tentang
kepentingan perpustakaan dalam kehidupan seorang pelajar.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B_C 19
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my