Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · mendengar jawapan yang akan...

24
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest Tahap SR2 B Modul 9 Nama : ____________________________

Transcript of Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · mendengar jawapan yang akan...

Page 1: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · mendengar jawapan yang akan diberi oleh ayahnya. “Emak, bukankah saya telah memberitahu hal ini dalam surat yang

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest

Tahap SR2B

Modul 9

Nama : ____________________________

Page 2: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · mendengar jawapan yang akan diberi oleh ayahnya. “Emak, bukankah saya telah memberitahu hal ini dalam surat yang

Markah Kuiz Komputer

Minggu Tarikh Tatabahasa

(%)

Perbendaharaan Kata (%)

Peribahasa

(%)

Lain-lain

1

2

3

4

5

Page 3: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · mendengar jawapan yang akan diberi oleh ayahnya. “Emak, bukankah saya telah memberitahu hal ini dalam surat yang

Program Bahasa Melayu Edubest Modul 9

A. Perbendaharaan Kata Bacaan

a. Perbendaharaan Kata

Bil. Perkataan/Frasa Kata Akar 意 思

1 sisi

-tepi

旁边

2 jarang

-tidak selalu

很少

3

menjenguk

-melihat dengan menghulurkan kepala;

menengok/menziarahi

伸头看 / 探望

4 urusan

-perkara yang perlu diuruskan

事务

5

berkorban

-menanggung penderitaan/kerugian untuk

kebahagiaan orang lain

牺牲

6 menyara

-menanggung keperluan hidup

扶养

7 warung

-gerai

档口

8 menyara

-membelanjai

负担费用

9 sejak akhir-akhir ini

-sejak belakangan ini

近来

10 bermuram

-bermasam muka

脸色消沉/忧愁

11 mengambil berat

-memberi perhatian terhadap sesuatu

关心

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · mendengar jawapan yang akan diberi oleh ayahnya. “Emak, bukankah saya telah memberitahu hal ini dalam surat yang

12 serba-salah

-tidak tahu apa yang patut dilakukan

不知所措

13 semasak-masaknya

-sedalam-dalamnya

深(思)

14 terpaku

-tidak bergerak-gerak

呆着不动

15 kesunyian

-kesepian, berasa sepi/sunyi

寂寞

16 keresahan

-kerisauan

担心

17 meluahkan

-mengeluarkan dari mulut (perasaan)

说出

18 rindu

-ingin sungguh untuk berjumpa dengan seseorang

想念

19 belaian

-mengusap dengan tangan

抚摩

20 terkilan

-kesal/berasa tidak senang hati

遗憾/不愉

21 tersisih

-terasing, terpisah

被孤立

22 menumpang kasih

-menikmati kasih sayang bersama

寄爱于

23 menerima kenyataan

-berhadapan dengan keadaan sebenar

接收事实

24 kegiatan

-aktiviti

活动

25 terpinga-pinga

-tercengang-cengang

呆住了

26 mengalihkan pandangan

-memindahkan, menghalakan ke tempat lain

转移视线

27 mengusap

-membelai

抚摩

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · mendengar jawapan yang akan diberi oleh ayahnya. “Emak, bukankah saya telah memberitahu hal ini dalam surat yang

b. Latihan Perbendaharaan kata – Silang Kata

Menurun

1. Sejak menamatkan pengajian

di universiti, dia

___________ berkunjung ke

perpustakaan itu lagi.

2. Ayah balik lewat kerana sibuk

dengan __________

syarikat.

3. Ibu __________ rambut

adik semasa mendodoikan

adik.

4. Kerajaan akan ___________

segala perbelanjaan

penyelidikan untuk

menghasilkan ubat yang

diperlukan olek pakar

perubatan.

5. Kakak berada di ________

anak kesayangannya ketika

dia terlantar di hospital.

6. Pihak polis bekerja keras

untuk membanteras

__________ yang melanggar

undang-undang negara.

Melintang

7. Rahman _________ apabila

mendapati dirinya telah

dipecat oleh majikannya.

8. Ayah dan ibu Nadia

__________ kehidupan

keluarga mereka dengan

menjual rojak buah di kantin

sekolah.

9. Perajurit yang _________

untuk negara patut diberi

penghormatan yang tertinggi.

10. Khairul yang

___________ daripada

kawan-kawan sebayanya telah

menyesal atas sikap

angkuhnya.

11. “Cikgu akan ___________

kalian sekiranya cikgu ada

masa,” kata Cikgu Khalida

kepada murid-muridnya dalam

jamuan perpisahan.

12. Akhirnya, Encik Kamarul

___________ hasratnya

untuk memperisterikan Cik

Huda.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · mendengar jawapan yang akan diberi oleh ayahnya. “Emak, bukankah saya telah memberitahu hal ini dalam surat yang

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · mendengar jawapan yang akan diberi oleh ayahnya. “Emak, bukankah saya telah memberitahu hal ini dalam surat yang

Kasih Seorang Cucu

Azman tinggal bersama neneknya sejak dia berumur dua tahun.

Bagi Azman, neneklah ibu dan ayahnya. Azman sangat gembira berada di

sisi neneknya. Ibu dan ayahnya bekerja di bandar. Mereka jarang

menjenguk Azman di kampung kerana sibuk dengan urusan kerja.

Nenek Azman telah banyak berkorban untuk membesarkannya.

Selama ini, neneknya menyara hidup mereka berdua dengan menjual

kuih-muih. Sebelum pergi ke sekolah, Azman menghantar kuih-muih itu

ke Warung Pak Hassan. Pada setiap hari, neneknya akan memasukkan

hasil jualan kuih-muih ke dalam tabung buluh. Menurut neneknya, duit itu

akan digunakan untuk membiayai pelajaran Azman pada masa depan.

Pada suata hari, Azman menerima sepucuk surat daripada ibunya.

Azman tidak memberitahu neneknya tentang surat tersebut. Dia tidak

mahu neneknya berasa sedih apabila mengetahui isi kandungan surat itu.

“ Azman, kenapa engkau kelihatan tidak gembira sejak akhir-akhir

ini? Kalau engkau ada masalah ceritakanlah kepada aku,” kata Shahril.

“Sebenarnya, dua hari yang lepas, aku menerima sepucuk surat

daripada ibu aku,” cerita Azman.

“Kenapa engkau bermuram pula ? Baguslah kalau dia mulai

mengambil berat tentang engkau,” tambah Shahril.

“Ibu dan ayah mahu aku tinggal bersama mereka,” sambung Azman.

“Habis tu, apakah keputusan kamu ? Apa kata nenek engkau?”

Shahril menanti jawapan daripada Azman dengan penuh tanda tanya.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · mendengar jawapan yang akan diberi oleh ayahnya. “Emak, bukankah saya telah memberitahu hal ini dalam surat yang

Sekali lagi Azman mendiamkan diri. Azman benar-benar serba

salah untuk membuat keputusan. Shahril menasihati Azman supaya

berfikir dengan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan.

“Itulah yang aku risaukan. Nenek tidak ada sesiapa lagi selain aku.

Nenek akan kesunyian kalau aku tinggal dengan ibu dan ayahku di

bandar,” luah Azman.

“ Azman, aku faham bagaimana perasaan engkau,” pujuk Shahril.

Sedikit sebanyak Azman dapat menghilangkan keresahan hatinya

selepas meluahkannya kepada Shahril. Namun, berat mata yang

memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Azman masih ingat akan kata-kata neneknya semasa dia berumur

sembilan tahun. Neneknya bercerita tentang ibu dan ayahnya.

“ Azman, sebenarnya ibu dan ayah Azman tetap sayangkan Azman.

Mereka perlu uruskan restoran di bandar sebab itulah mereka

menyerahkan Azman kepada nenek. Pada setiap bulan mereka

menghantar wang untuk Azman,” cerita neneknya.

Neneknya selalu berpesan supaya dia taat kepada kedua-dua orang

ibu bapanya. Namun, Azman terkilan dengan sikap ibu dan ayahnya. Bagi

Azman kasih sayang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Selama ini

dia rindukan belainan dan kasih sayang mereka.

Azman berasa tersisih apabila kawan-kawannya bercerita tentang

keluarga masing-masing. Mereka bahagia di samping keluarga sedangkan

dia cuma menumpang kasih seorang nenek. Namun, lama-kelamaan Azman

dapat menerima kenyataan tersebut. Azman sangat gembira kerana

mempunyai seorang nenek yang baik hati dan penyayang.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · mendengar jawapan yang akan diberi oleh ayahnya. “Emak, bukankah saya telah memberitahu hal ini dalam surat yang

Azman cuba melupakan isi kandungan surat itu dengan menyertai

kegiatan kokurikulum yang diadakan di sekolahnya. Pada waktu malam

pula, Azman mengulang kaji pelajaran dengan Shahril.

Seminggu kemudian, Azman dikunjungi oleh ibu dan ayahnya.

Azman serba salah untuk menerangkan hal yang sebenar kepada

neneknya. Nenek Azman menyambut kedatangan kedua-dua orang ibu

bapa Azman dengan gembira.

“Ramli, kenapa tak beritahu emak yang kamu berdua hendak datang

ke mari?” tanya nenek Azman.

Ayah Azman terpinga-pinga dengan pertanyaan ibunya. Azman

berpura-pura mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Dia tidak sanggup

mendengar jawapan yang akan diberi oleh ayahnya.

“Emak, bukankah saya telah memberitahu hal ini dalam surat yang

lepas. Beginilah emak, saya dan Siti telah membuat keputusan untuk

mengambil semula Azman. Lagipun, perniagaan kami sudah semakin

maju,” jawab ayah Azman.

Nenek Azman terpaku dengan kata-kata anaknya. Azman terus

melarikan diri ke dalam bilik. Azman tidak sanggup berpisah dengan

neneknya. Air matanya mengalir membasahi bantal.

Tiba-tiba neneknya masuk ke biliknya. Nenek Azman mengusap

rambut Azman dengan penuh kasih sayang. Berat hatinya berjauhan

dengan Azman.

“Ibu, ayah, maafkan Azman. Azman mahu tinggal bersama nenek.

Di sinilah rumah Azman,” putus Azman.

Ibu, ayah dan nenek Azman berpandangan sesama sendiri.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · mendengar jawapan yang akan diberi oleh ayahnya. “Emak, bukankah saya telah memberitahu hal ini dalam surat yang

B. Pemahaman

1.Terangkan maksud berat mata memandang, berat lagi bahu yang

memikul. (KBAT)

_____________________________________________________

_____________________________________________________

2. Mengapakah Azman menyatakan bahawa kasih sayang tidak boleh

dibeli dengan wang ringgit?

_____________________________________________________

_____________________________________________________

3. Pada pendapat kamu, wajar atau tidak keputusan yang diambil oleh

Azman ? (KBAT)

_____________________________________________________

_____________________________________________________

4. Rasional yang kita pelajari daripada cerita ini ialah:

i. Kita tidak boleh bertindak ______________ dalam __________

sesuatu masalah.

ii. ________________ baik atau buruk sesuatu perkara sebelum

______________ keputusan.

iii. Kita mestilah sentiasa berfikiran _______________ dan

_________.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · mendengar jawapan yang akan diberi oleh ayahnya. “Emak, bukankah saya telah memberitahu hal ini dalam surat yang

5. Padakan perkataan dalam Petak A dengan perkataan dalam Petak B

untuk membentuk frasa yang bermakna :

Petak A Petak B

berfikir

mengulang kaji

sesama

membasahi

mengalihkan

menyambut

menumpang

membuat

membiayai

mendiamkan

diri

kasih

pelajaran

keputusan

semasak-masaknya

kedatangan

pelajaran

bantal

sendiri

pandangan

1. ___________________ 6. ______________________

2. ___________________ 7. ______________________

3. ___________________ 8. ______________________

4. ___________________ 9. ______________________

5. ___________________ 10. ______________________

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · mendengar jawapan yang akan diberi oleh ayahnya. “Emak, bukankah saya telah memberitahu hal ini dalam surat yang

C. Tatabahasa

Nota Ringkas:

Simpulan Bahasa

1. Simpulan bahasa ialah rangkaian perkataan yang terdiri daripada dua

patah perkataan.

2. Simpulan bahasa membawa maksud tersirat yang biasanya berlainan

dengan maksud asal perkataan (maksud tersurat) yang membentuknya.

3. Namun, maksud sesuatu simpulan bahasa boleh dihubung kait dengan

perkataan (maksud tersurat) yang membentuknya.

Contoh : Ikat perut

Maksud tersurat (Maksud asal) : mengikat perut sendiri

Maksud tersirat : mengurangkan

perbelanjaan makan

untuk berjimat

4. Simpulan bahasa dan maksudnya:

a) Simpulan bahasa Modul 1 – 8

b) Simpulan bahasa tambahan

Simpulan bahasa Maksud

anak jantan lelaki yang berani / gagah

atas pagar tidak berpihak kepada sesiapa

berat sebelah tidak adil

bertegang

leher bergaduh / tidak mahu menyerah kalah

buah fikiran pendapat / pandangan

bulat hati membuat keputusan / berazam

cangkul angin melakukan kerja yang sia-sia

darah daging kaum keluarga

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · mendengar jawapan yang akan diberi oleh ayahnya. “Emak, bukankah saya telah memberitahu hal ini dalam surat yang

hitam putih disahkan secara bertulis

kecil hati tersinggung

kuku besi peperintahan yang zalim

lidah biawak orang yang percakapannya berubah-ubah

memerah otak memikir dengan bersungguh-sungguh

minta nyawa minta agar tidak dibunuh

panjang tangan suka mencuri

pilih kasih tidak adil

putih mata kecewa / berasa malu

rendah hati tidak sombong

telinga nipis cepat marah

Latihan 1 :

Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.

1. Ciko seorang yang ber_____________ kerana cepat naik angin.

2. Setiap insan yang normal tidak sampai hati menganiayai

______________nya sendiri.

3. Percakapan orang yang ber_____________ tidak boleh

dipercayai.

4. Pengadil yang _______________ itu telah digantung

perkhidmatannya.

5. Pemerintah yang _______________ itu telah digulingkan.

6. Diharap tuan tidak ber______________ atas teguran saya.

7. _______________ yang dikemukakan oleh semua ahli akan

dipertimbangkan.

8. Budak yang _________________ itu selalu disyaki apabila

berlakunya kehilangan benda dalam kelas.

9. Hanya orang yang _______________ mudah menerima didikan.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · mendengar jawapan yang akan diberi oleh ayahnya. “Emak, bukankah saya telah memberitahu hal ini dalam surat yang

10. Pak Usu selalu ________________ dengan Mak Usu atas

perkara yang remeh-temeh.

11. Encik Eric telah ________________ untuk menghantar anaknya

ke lauar negeri bagi melanjutkan pelajarannya.

12. Calon-calon UPSR sedang __________________ untuk

menjawab soalan-soalan peperiksaan.

Latihan 2 :

Pilih simpulan bahasa yang terbaik.

1. Slogan askar ialah “Biar putih tulang, jangan ( kecil hati, putih

mata, bulat hati )

2. Saudagar emas itu ( meminta diri, meminta nyawa, meminta maaf )

daripada perompak bersenjata itu.

3. Peraturan permainan gasing telah tertulis secara ( putih mata,

hitam putih, darah daging ).

4. Encik Soon mengambil pendirian ( berat sebelah, pilih kasih, atas

pagar ) dalam kejadian pergaduhan antara dua orang kawan baiknya.

5. Sebagai ( anak yatim, anak emas, anak jantan ), hadapilah halangan

itu dengan gagah berani.

6. Berbual-bual kosong bagaikan ( memerah otak, berkecil hati,

mencangkul angin ).

Latihan 3:

Berdasarkan jadual di atas, berikan simulan bahasa mengikut maksud

yang diberikan.

i-Think

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · mendengar jawapan yang akan diberi oleh ayahnya. “Emak, bukankah saya telah memberitahu hal ini dalam surat yang

Maksud Simpulan Bahasa

bergaduh / tidak mahu menyerah

kalah

cepat marah

disahkan secara bertulis

kaum keluarga

kecewa / berasa malu

lelaki yang berani / gagah

melakukan kerja yang sia-sia

membuat keputusan / berazam

memikir dengan bersungguh-

sungguh

minta agar tidak dibunuh

orang yang percakapannya

berubah-ubah

pendapat / pandangan

peperintahan yang zalim

suka mencuri

tersinggung

tidak adil

tidak adil

tidak berpihak kepada sesiapa

tidak sombong

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · mendengar jawapan yang akan diberi oleh ayahnya. “Emak, bukankah saya telah memberitahu hal ini dalam surat yang

D. Pertuturan

Situasi 3:

Selepas mengetahui keputusan ujian kertas Bahasa Melayu, salah

seorang rakan sedarjah anda menangis teresak-esak kerana

keputusannya tidak memuaskan. Sebagai seorang kawan, cuba memujuk

dan menenangkannya.

janganlah …bersedih

gagal kali ini tidak bermakna anda gagal selama-lamanya

bumi mana yang tidak ditimpa hujan

manusia mana yang tidak pernah gagal

kegagalan sebenarnya merupakan satu dorongon kepada kita

untuk maju / berjaya

belajar daripada kegagalan

bertenanglah

marilah kita berusaha bersama-sama

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 14

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 17: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · mendengar jawapan yang akan diberi oleh ayahnya. “Emak, bukankah saya telah memberitahu hal ini dalam surat yang

E. Penulisan

Karangan Jenis Surat Rasmi

Panduan Mengarang

1. Surat rasmi biasanya ditulis untuk memesan buku, memohon

kebenaran dan jawatan, membuat rayuan, memberikan cadangan

dan membuatjemputan.

2. Surat ini ditulis kepada pihak tertentu seperti pertubuhan,

syarikat, orang yang mewakili pihak tertenu secara rasmi.

3. Alamat penulis dan penerima, panggilan, tajuk/tujuan menulis surat

dan tandatangan ditulis di sebelah kiri surat. Perenggan-perenggan

surat hendaklah dinomborkan mulai perenggan kedua. Baris

terakhir alamat penerima hendaklah digariskan atau ditulis dalam

HURUF BESAR kesemuanya. Tarikh menulis surat hendaklah

sebaris dengan baris terakhir alamat penerima surat.

4. Biasanya, panggilan secara rasmi menggunakan tuan atau puan.

5. Tajuk surat/Tujuan menulis surat hendaklah ditulis selepas

penggilan serta digariskan. Setiap huruf pertama semua perkataan

dalam tajuk hendaklah ditulis dengan huruf besar.

6. Selepas tandatangan, nama penulis yang lengkap mestilah ditulis

dalam kurungan dengan menggunakan huruf besar kesemuanya.

7. Tuliskan jawatan anda jika ada.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 15

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 18: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · mendengar jawapan yang akan diberi oleh ayahnya. “Emak, bukankah saya telah memberitahu hal ini dalam surat yang

8. Gunakan bahasa yang bersopan dan rasmi. (Tidak seperti dalam

surat tidak rasmi)

Karangan Contoh:

145A, Jalan SS22/2A,

Damansara Utama,

40700 Petaling Jaya.

Kepada,

Puan Hasnah binti Mohamad,

Guru Darjah Kelas 4 Biru,

Sekolah Kebangsaan Seri Kembangan,

43300 Seri Kembangan. 19 OKTOBER 2001

Puan, Panggilan

Memohon Kebenaran Bercuti Tajuk

Merujuk perkara di atas, saya, ibu Abdul Tashid dari Kelas 4 Biru ingin

memohon kebenaran bercuti untuk anak saya.

2. Untuk makluman puan, kami sekeluarga terpaksa pulang ke Kota Bahru,

Kelantan untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara saya yang akan

berlangsung pada 23 Oktober 2001 (Jumaat). Oleh sebab tidak ada orang yang

boleh menjaganya, saya terpaksa membawanya bersama.

3. Olek sebab perjalanan kami memakan masa selama enam jam, kami terpaksa

meninggalkan tempat kami sehari lebih awal. Kami akan pulang dari Kota Bahru

pada 24 Oktober 2001 . Oleh itu, Abdul Rashid tidak dapat hadir ke sekolah

dari 22 hingga 24 April.

3. Sehubungan dengan itu, saya meminta jasa baik puan untuk membenarkan

anak saya bercuti selama tiga hari. Saya berjanji akan memastikan Abdul Rashid

menyiapkan semua kerja sekolah yang patut dibuat sekembalinya dari cuti. Budi

baik puan saya dahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Ucapan terima kasih

______________________

(MARIAH BINTI KHAIRUL) Nama penulis surat dalam HURUF BESAR

Alamat

penulis surat

Penerima

surat dan

alamatnya

Tarikh surat

ditulis

Isi surat:

dinomborkan

mulai

perenggan

kedua

Tandatangan

penulis surat

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 16

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 19: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · mendengar jawapan yang akan diberi oleh ayahnya. “Emak, bukankah saya telah memberitahu hal ini dalam surat yang

Latihan 1:

Anda Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda. Tulis sepucuk

surat kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memohon kebenaran

lawatan rombongan ahli persatuan anda.

(Sila rujuk peta minda yang disediakan)

Latihan 2 :

Kerja rumah anda terlalu berat dan sering tidak dapat disiapkan. Ibu

anda telah menulis sepucuk surat kepada pihak sekolah untuk membuat

aduan dan memberikan cadangan. Tulis surat tersebut.

(Sila rujuk peta minda yang disediakan)

Perkataan/Frasa/Ayat Yang Digunakan

1. Merujuk perkara di atas/ Berhubung perkara di atas

2. Sehubungan dengan itu (Oleh itu)

3. Untuk makluman tuan/puan/ Untuk pengetahuan tuan/puan

4. surat yang bertarikh…

5. Oleh hal yang demikian

6. Berserta surat ini, kami lampirkan cek yang

bernombor…bernilai RM….

7. Saya meminta jasa baik pihak tuan agar…..

8. mempertimbangkan permohonan kami

9. secepat mungkin

10. Jasa baik pihak tuan kami dahului dengan ucapan

ribuan terima kasih.

11. Yang benar, /Yang menjalankan tugas,

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 17

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 20: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · mendengar jawapan yang akan diberi oleh ayahnya. “Emak, bukankah saya telah memberitahu hal ini dalam surat yang

Input Bahasa

Simpulan Bahasa

1. ambil berat : mengambil

tahu

2. batu loncatan : orang

yang suka menghasut

agar dua pihak yang lain

bermusuhan

3. cari jalan : mencari

ikhtiar atau sebab

untuk membuat sesuatu

4. golok kayu : orang yang

bodoh tetapi berlagak

seperti orang yang

cerdik

5. hentam keromo :

membuat sesuatu tanpa

berfikir panjang

6. jinak lalat : belum

berani bergaul rapat

7. kepala angin : kelakuan

yang tidak tetap

8. Lipas kudung : cepat

menyiapkan sesuatu

atau kerja

9. malu-malu kucing :

Berpura-pura malu di

hadapan orang

10. orang harapan :

orang yang dapat

dipercayai atau

diharapkan dalam

sesuatu hal

Pintar Kata

(Perkataan Banyak Makna)

1. lembap

a. basah: Cacing tanah

tinggal di dalam

tanah yang lembap

b. bodoh/lemah: Cikgu

Faridah mengajar

Bahar dengan

penuh sabar

walaupun dia tahu

Bahar memang

lembap sedikit.

2. mata

a. organ untuk

melihat: Mata

budak kecil itu

besar dan bulat.

b. bahagian yang

tajam pada

pemotong: Mata

pisau itu sangat

tajam.

c. markah yang

diperolehi: Dua

mata akan ditolak

sekiranya jawapan

yang diberi itu

salah.

d. punca, sumber :

Mata pencariannya

adalah menoreh

getah.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 18

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 21: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · mendengar jawapan yang akan diberi oleh ayahnya. “Emak, bukankah saya telah memberitahu hal ini dalam surat yang
Page 22: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · mendengar jawapan yang akan diberi oleh ayahnya. “Emak, bukankah saya telah memberitahu hal ini dalam surat yang
Page 23: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · mendengar jawapan yang akan diberi oleh ayahnya. “Emak, bukankah saya telah memberitahu hal ini dalam surat yang
Page 24: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · mendengar jawapan yang akan diberi oleh ayahnya. “Emak, bukankah saya telah memberitahu hal ini dalam surat yang

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my