QGU3013

31
1 KURSUS : PPG PJJ UPSI 2013 GROUP : UPSI06 (A131PJJ) TUGASAN : Folio Teaching Game For Understanding (TGFU) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani & Masalah Obesiti dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia. PENSYARAH : EN. KAMARUDIN BIN DAUD NOR ATIPAH BINTI AHMAD D20112055408 741101-06-5814 QGU3013 : KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PJK

description

UPSI TUGasan

Transcript of QGU3013

Page 1: QGU3013

1

KURSUS : PPG PJJ UPSI 2013 GROUP : UPSI06 (A131PJJ)

TUGASAN :

Folio Teaching Game For Understanding (TGFU) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani

& Masalah Obesiti dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia.

PENSYARAH : EN. KAMARUDIN BIN DAUD

NOR ATIPAH BINTI AHMAD D20112055408 741101-06-5814

QGU3013 : KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PJK

Page 2: QGU3013

2

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK HALAMAN

1 Pengenalan TGFU 3

2 Definasi TGFU 4

3 Kepentingan TGFU 5

4 Komponen TGFU 6

5 Kategori Permainan TGFU 8

6 Kepentingan Pengajaran PJ Menggunakan TGFU 9

7 Perbandingan Pengajatan Tradisi dan TGFU 11

8 Modifikasi Permainan Mengikut Komponen TGFU 12

9 Kesimpulan 18

10 Bibliografi 19

Page 3: QGU3013

3

1. PENGENALAN TGFU

Teaching Games for Understanding (TGFU)merupakan suatu konsep pengajaran dan

pembelajaran yang dihasilkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di Universiti

Loughboroungh. TGFU merupakan suatu pengajaran permainan untuk kefahaman yang dapat

menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau di luar bilik darjah supaya mereka tidak

berasa bosan. (rujuk kepada buku Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani yang ditulis oleh Mohd

Sofian Omar Fauzee)

TGFU ini adalah lebih berfokus terhadap pemahaman yang menyeluruh pada setiap

permainan. Murid-murid dapat memahami sesuatu prinsip atau konsep dalam permainan

tertentu.TGFU juga menekankan kepada peningkatan tahap aktiviti fizikal.Waktu Pendidikan

Jasmani dan Kesihatan di dalam sekolah rendah dan sekolah menengah hendaklah selalu

menjalankan TGFU supaya pelajar-pelajar dapat berseronok dalam aktiviti fizikal. TGFU juga

menjadikan kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat dan masa yang sesuai untuk persaingan,

motivasi serta bersuka ria. Guru hendaklah memastikan persaingan ini dijalankan dengan sihat

dan menjalankan permainan yang dapat mengeratkan hubungan persahabatan dan kerjasama di

antara pelajar.

Melalui TGFU, pelajar bukan sahaja melibatkan aktif untuk mencapai markah yang

tinggi dan menjadikan pemenang, maka juga adalah penting untuk pelajar untuk belajar

membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan pintas dan serta merta dalam proses

permainan. TGFU adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan.Ini

disebabkan TGFU lebih mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dengan seronok.

Setiap permainan kecil tersebut hendklah berasaskan TGFU iaitu Teaching Games For

Understanding. TGFU mempunyai empat asas yang mana telah diterokai oleh Rod Thorpe dan

David Bunker sekitar tahun 1970-an dan awal 1980-an. Perkembangan penggunaan asas TGFU

ini semakin berkembang hingga ke hari ini setelah beberapa kajian dan sebab relevan dalam

aplikasi TGFU.Maka, pendidikan jasmani yang sesuai untuk kanak-kanak ialah permainan kecil.

Namun, permainan tersebut hendaklah berasaskan Teaching Games For Understanding yang

mana ianya boleh membantu pertumbuhan dan perkembangan fizikal dan mental kanak.

Page 4: QGU3013

4

2. DEFINASI TGFU

Dalam melahirkan ahli sukan dan pemain yang berkualiti, pendedahan terhadap disiplin

sukan perlulah didedahkan pada peringkat awal lagi seperti pada peringkat pra sekolah atau

sekolah rendah. Namun, terdapat pelbagai kekangan dalam memperkenalkan sesuatu sukan

permainan, contohnya pelajar kita yang berumur 5 – 9 tahun tidak sesuai lagi dari segi fizikal

untuk bermain bola sepak menggunakan ukuran padang yang piawai seperti orang dewasa begitu

juga dengan acara sukan lain. Infrastruktur yang sedia ada juga merupakan kekangan utama

misalnya, gelanggang dan alatan. Undang-undang permainan yang sukar difahami dan dikuasai

turut menjadi masalah. Dalam situasi ini, pendekatan TGFU amat sesuai diaplikasikan.

Pendekatan TGFU menyarankan sesuatu permainan diadaptasi daripada permainan

sebenar tetapi diubahsuai berdasarkan keupayaan pemain dari aspek fizikal, sosial serta intelek

mereka dan infrastuktur yang bersesuaian. Dalam sesuatu permainan TGFU prosedur berpasukan

dan gelanggang permainan turut diubahsuai mengikut kesesuaian.Seterusnya, penekanan

diberikan kepada apresiasi permainan seperti aspek peraturan permainan atau undang-undang

yang diubahsuai serta diberi variasi untuk menarik minat pemain. Pelajar juga diberi peluang dan

ruang untuk mencuba di pelbagai posisi yang berlainan. Dalam erti kata lain, permainan TGFU

mempunyai undang-undang permainan yang mengandungi peraturan-peraturan yang minimum

dan senang difahami serta ditafsirkan.

Kesedaran taktikal akan dikuasai semasa proses permainan dalam usaha untuk mengatasi

pihak lawan. Bimbingan yang berterusan daripada jurulatih atau guru akan memantapkan

pemahaman pelajar terhadap kesedaran taktikal iaitu aspek prinsip pergerakan, ruang dan masa,

situasi lanjut dan cara mengesan kelemahan pihak lawan. Sesi perbincangan amat digalakkan

sebagai proses untuk membolehkan pelajar mendalami idea dan memahami penyelesaian

masalah taktikal.Selain itu, secara tidak langsung para pemain akan berhadapan dengan situasi

yang bakal membimbing mereka ke arah kemahiran membuat keputusan seperti, menilai situasi

untuk menentukan apa yang perlu dilakukan, mengenalpasti dan menjangkakan kemungkinan

serta membuat tindakan yang sesuai mengikut situasi dan keadaan.

Page 5: QGU3013

5

Permainan dalam bentuk ini melibatkan satu atau lebih kemahiran asas, malah

pendekatan ini berkonsepkan ansur maju dengan mempraktikkan kemahiran yang mudah dan

yang telah dikuasai. Penguasaan kemahiran sedia ada akan membantu untuk menghasilkan

pergerakan sebenar dalam situasi permainan.Prestasi kemahiran dan penguasaan strategi dinilai

mengikut kriteria berasaskan kebolehan individu. Kriteria ini memberi fokus kepada keupayaan

pemain bertindak balas terhadap teknik-teknik tertentu. Permainan TGFU ini sebenarnya

menjadi medan untuk para pemain mengasah bakat dan seterusnya membentuk kemahiran yang

kukuh bagi menyediakan pemain ke peringkat yang lebih tinggi.

Pendekatan TGFU ini menyarankan agar teknik diperkemaskan apabila pelajar sudah

menguasai taktik dan strategi yang secara teknikalnya diperolehi semasa permainan TGFU

dilaksanakan. Kemahiran diperkenalkan dalam bentuk permainan dan bukannya latih tubi

terhadap kemahiran itu sendiri.Dalam konteks ini, konsep TGFU dalam perspektif Pendidikan

Jasmani di Malaysia hampir menyamai perlaksanaan sukan mini. Ringkasnya, pendekatan ini

membolehkan serta memudahkan proses pemahaman pelajar serta memberi motivasi kepada

pelajar untuk mempelajari kemahiran setelah melihat kepentingan kemahiran dalam

pertandingan.

3. KEPENTINGAN TGFU

Model Bunker dan Thorpe (1982) boleh diaplikasikan kepada empat kategori permainan,

iaitu sasaran (target), jarring dan dinding (net/wall), pukulan (striking) dan serangan/kawasan

(invasion/territory). Semua permainan dalam kategori ini mempunyai konsep dan berkongsi

masalah taktikal yang perlu diselesaikan dan menggalakkan pemindahan pemahaman taktikal

merentas permainan. Tujuan TGFU ialah meningkatkan kefahaman murid dalam pendidikan

jasmani supaya dapat melahirkan murid yang aktif dan mahir dalam bidang sukan terutamanya

permainan yang melibatkan kemahiran dan taktikal tertentu. Melalui kaedah TGFU dapat

menambahkan ilmu kefahaman mengenai cara untuk menguasai sesuatu permainan. Sebagai

contoh, dalam bola keranjang. Mula-mula, guru akan menggunakan bahan lain yang hampir

serupa atau boleh dimainkan dengan cara yang sama untuk menggantikan alat permainan yang

sebenar. Setelah murid-murid menguasai kemahiran dengan sepenuhnya, mereka akan diberi alat

permainan yang sebenarnya seperti yang digunakan dalam pertandingan yang sebenar.

Page 6: QGU3013

6

Selain itu, TGFU juga dapat melatih pelajar supaya menjadi lebih berkemahiran dalam

setiap permainan sukan. Pelajar dapat dilatih dengan teknik-teknik yang betul melalui konsep

TGFU. Teknik dan peraturan sesuatu permainan sukan akan didedahkan kepada para murid

secara amali dan teori supaya mencapai tahap kefahaman yang maksimum. Model TGFU yang

boleh digunakan oleh guru bagi mencapai objektif mereka dalam proses pengajaran dan

pembelajaran ialah dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

TGfU fokus kepada pemusatan pelajar dan pemusatan bermain untuk membantu pelajar

perkembangkan dan menghasilkan kemahiran yang betul yang dikehendaki supaya dapat

mengambil bahagian dalam sukan tertentu.Selain itu TGfU menyediakan pelajar dengan peluang

memikul tanggungjawab ke atas pembelajaran melalui pergerakan pada diri sendiri dan orang

lain, kemahiran sosial, bersikap positif dan nilai. Membenarkan pelajar mengalihkan pengalaman

belajar melalui alam penerokaan dan mengaplikasikan pengalaman tersebut dalam bidang

perkembangan pergerakan kognitif.

4. KOMPONEN TGFU

Komponen yang terdapat dalam TGFU :

4.1 Berbentuk Permainan (Game Form)

Game Form-sesuai untuk semua peringkat umur.-Mengandungi kategori permainan yang

berbeza tetapi mempunyai kurikulum yang sama.-membantu pelajar untuk belajar cara membuat

keputusan dan penyelesaian masalah.-memberi tunjuk ajar yang betul-situasi permainan yang

sesuai telah di tetapkan, pola permainan mini yang dimainkan oleh anak-anak berusia 11 dan 12

tahun boleh menyerupai versi permainan orang dewasa.

4.2 Penghargaan Dalam Permainan. (Geme Appreciation)

Game Appreciation-memahami peraturan permainan walaupun permainan itu mudah.-

penting untuk mengingati peraturan yang diberi mengikut bentuk permainantersebut.-Menambah

dan mengrangkan intensiti adalah penting dalam sesuatu permainanbagi menambah keseronokan

dalam sesuatu sesuatu permainan itu ataumenambah kesukaran terhadap kesukaran permainan

tersebut.-Penambahan undang-undang tentang tempat, masa dan kawasan boleh jugamenceriakan

suasana permainan.

Page 7: QGU3013

7

4.3 Kesedaran Tektikal (Tactical Awareness)

Tactical Awareness- Menggunakan tektik dalam sesuatu permainan amat diperlukan.-

membolehkan sesuatu pasukan mengawal permainan dengan baik.-Asas tektik yang dibina tidak

semestinya akan berjaya sebaliknya perlu diubahuntuk memenuhi kehendak permainan tersebut.-

Penambahan kepada kesedaran taktikal akan mendedahkan kelemahan pihaklawan tetapi

penambahan ini adalah terhad mengikut peraturan.

4.4 Membuat Keputusan (Decision Making)

Decision Making-Cara membuat keputusan dalam masa yang singkat secara tepat dan

pantasadalah sukar.-Dalam pendekatan ini perbezaan antara keputusan yang dibuat berdasarkan

apa yang hendaK dilakukan dan bagaimana yang hendak dilakukan.) Jelas didapati bahawa

kesedaran tektikal adalah berpatutan jika keputusan dibuat. Ia sentiasa ada dalam setiap

permainan, sesuatu aspekakan sentiasa berubah. Dalam membuat keputusan, setiap situasi

perludiambil kira seperti kemampuan untuk mengenal pasti petunjuk-petunjukuntuk dimasukkan

sebagai proses untuk memilih perkara-perkara yangpenting. b) How to do it?Masih ada lagi

keputusan bahawa apakah jalan yang terbaik untukmelakukannya dan pilihan yang menepati

kehendak keadaan pada saatyang kritikal.

4.5 Kemahiran Yang Dilaksanakan (Skill Execution)

Skill Execution-Dalam mempersembahkan kemahiran yang digunakan untuk

menunjukkan hasil yang sebenar yang diperlukan dalam pergerakan seperti yang diajar oleh

guru.-Konteks mengajar dan dapat mengenali kebolehan guru tersebut.-Ianya berbeza dengan

apa yang dipraktikkan dan menguasai aspek kualiti danpersembahan keberkesanan pergerakan

mekanikal dan relevensinya mengikutkeadaan permainan.

4.6 Persembahan ( Performance )

Performance-Ini merupakan hasil daripada latihan yang telah dilakukan sebelum ini.-

Melalui pencapaian yang telah dicapai, kita boleh mengetahui pelajar tersebutmerupakan atlit

yang berpotensi atau tidak samada diperingkat sekolah atauantarabangsa.-Melalui pencapaian

yang telah dicapai ia boleh menjadi kayu ukur terhadapteknik yang berkesan.

Page 8: QGU3013

8

4.7 Kesimpulan (Conclusion)

Conclusion-Aspek berturutan bagi model itu adalah kritikal.-Berlainan dengan kaedah

pengjaran tradisional, kaedah atau cara ini bermuladengan permainan dan peraturan bagi

persamaan itu telah ditetapkan untukperkembangan kesedaran tektikal dan membuat keputusan

dimana telahmendahului faktor respon bagi perlaksanaan kemahiran dan pencapaian.-

Penyempurnaan kepuasan bagi setiap tahap yang telah diberi memerlukanpengubahsuaian bagi

permainan dan terus ke penilaian semula bagi memenuhi syarat permainan baru tersebut

5. KATEGORI PERMAINAN TGFU

Model TGFU‟ mengklafikasikan permainan kepada empat bentuk iaitu seperti di dalam

gambarajah ( Bunker & Thorpe, 1986 ).

A. Penyerangan ( invasion )

B. Jaringan / tembok ( net / wall )

C. Pukulan tepat / memadang ( striking / fielding )

D. Sasaran ( target )

5.1 Jaring / Gelanggang ( net/ wall).

Permainan melibatkan aktiviti menghantar satu objek ke kawasan pihak lawan dan

berusaha menghalang pihak lawan menghantar balik ,untuk mendapat mata. Contoh permainan

kategori ialah seperti tenis ,bola tampar, dan squash.

5.2 Penyerangan ( Invasion ).

Penyerangan ialah permainan yang bertujuan menceroboh kawasan pihak lawan untuk

mendapatkan mata dalam masa yang ditentukan. Objek atau bola dibawa bersama untuk

melontar ke targetnya atau gol pihak lawan untuk mendapat mata. Contoh permainan antaranya

hoki, bola keranjang, bola baling dan bola jaring.

5.3 Pemukulan dan Padang.

Permainan yang melibatkan pukulan dan padang. Ia bertujuan untuk mengutip mata

dengan membuat larian dalam masa yang dibenarkan atau sebelum pihak lawan berjaya

menangkap bola atau objek. Contoh permainan tersebut ialah seperti kriket, „softball‟ dan

„baseball.‟

Page 9: QGU3013

9

5.4 Permainan Target.

Bentuk permainan ini melibatkan sasaran ditentukan dan pelancar digunakan utnuk mengena

sasaran setepat mungkin untuk mendapat mata. Contoh permainan tersebut ialah golf,

memanah dan tenpin bowling.

6. KEPENTINGAN PENGAJARAN PJ MENGGUNAKAN KAEDAH TGFU

Terdapat banyak kebaikan model ini sebagai kurikulum di sekolah. Antaranya ialah ia dapat

memberi peluang kanak-kanak meneroka permainan yang telah diubahsuai berdasarkan umur

dan tahap pengetahuan mereka. Kaedah ini lebih sistematik berbanding kaedah pengajaran yang

sedia ada. Ianya mencakupi semua aspek yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak dan kanak-

kanak dapat meneroka permainan yang diubahsuai secara berperingkat.

Penyataan di atas di sokong Susan Capel dan Susan Piotrowski ( 2000 )dalam buku yang

bertajuk “Issues In Physical Education” iaitu TGFU lebih mengfokuskan kepada

kebolehupayaan murid berbanding dengan isi kandungan tetapi pendekatan „skill-base‟

mengfokuskan kepada kandungan pengajaran berbanding kebolehan murid. Justeru, murid yang

tidak mampu menguasai kemahiran maka murid tersebut akan merasakan dirinya tidak

bermotivasi untuk melakukan aktiviti tersebut.

Keduanya, teori Bunker dan Thorpe telah sependapat bahawa model kurikulum yang

telah direka dan diperkenalkan oleh mereka menitik beratkan dan memfokuskan kemahiran asas

( theoretical base ) dan peringkat jangka masa singkat ( temporal sequence ) dalam pengajaran

sesuatu permainan sebelum pemainan tersebut dikuasai dengan lebih mantap. Antara kebaikan

lain yang turut dijelaskan dalam Teori Bunker dan Thorpe ialah TGFU berfungsi untuk

mewujudkan guru atau jurulatih bukan sahaja mementingkan kemahiran pada kanak – kanak

malah memberi ruang kepada kanak– kanak untuk terus meneroka dan mengekalkan minat

mereka sendiri dengan seronak dan ianya menghasilkan faedah yang baik.

Maka dengan itu, kanak – kanak diberi peluang untuk melakukan sesuatu permainan

mengikut kehendak mereka. Dalam masa yang sama ianya lebih mudah bagi kanak-kanak

meletakkan golongan mereka dalam tahap mereka sendiri. Bunker and Thorpe berpendapat

bahawa dalam sesuatu permainan, kanak – kanak haruslah diberi kesedaran tentang „mengapa‟

dan „bila‟ sesuatu kemahiran perlu diaplikasikan bila ia patut dilakukan dalam sesuatu permainan

tertentu.

Dalam hal ini, kanak – kanak akan member respons yang lebih baik dan peka jika mereka

Page 10: QGU3013

10

tahu untuk menggunakan sesuatu teknik atau kemahiran harus dilakukan. Sungguhpun begitu,

peraturan- peraturan awal perlu dijelaskan agar mereka tidak keliru dengan permainan yang

telah diubahsuai.

Model „TGFU‟ dapat menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, bijak membuat

keputusan tentang pemilihan taktik, bekerjasama sesama pemain dan dapat menguasai kemahiran

sukan (Ho, 2003 : Light & Fawns, 2003 ) yang menggunakan pendekatan latihan taktikal adalah

lebih menyeluruh bagi mewujudkan pemain yang berkesan sesuai untuk murid dalam kumpulan

kemahiran.

Pembelajaran kendiri akan tumbuh apabila pada diri seseorang memiliki pemahaman

yang positif terhadap permasalahan pembelajaran yang dihadapi. Dalam “target games” yang

terdapat dalam model TGfU, para pelajar didorong mengembangkan kesedaran taktikal dan

kemampuan membuat keputusan manakala hal ini menjadi orientasi utama dalam pengajaran.

Target games merupakan permainan yang menuntut konsentrasi, ketenangan, fokus, dan

ketelitian yang tinggi dalam permainannya. Apabila aktiviti “target games” dilakukan maka akan

terbentuk sifat-sifat yang terdapat dalam “target games”. Setelah konsep diri pelajar terbentuk

dari aktiviti “target games memberikan kekuatan mental yang mendorong terjadinya proses

pembentukkan perwatakan pemain yang mantap dan hebat.

Di samping itu, prinsip-prinsip Pedagogi TGfU Thorpe kemudian memperkenalkan

empat dasar prinsip pendidikan yang digunakan dalam hubungannya dengan model kurikulum

TGFU untuk mengembangkan program pendidikan jasmani. Empat dasar prinsip pendidikan itu

tidak mendapatkan perhatian dalam literatur pendidikan jasmani sama keadaannya dengan model

TGfU. Empat dasar prinsip pendidikan itu adalah Sampling, Modification-Representation,

Modification-Exaggeration, Tactical Complexity. (Holt, Strean, and Garcia Bengoechea, 2002:

168-169). Sampel. Prinsip sampel didasarkan bahawa permainan harus dipilih sehingga variasi

pengalaman dapat ditawarkan, dan kemungkinan yang ada untuk menunjukkan kesamaan antara

jenis-jenis permainan yang berbeza. Semua itu membawa pada pemahaman akan permainan

yang jauh lebih baik.

Page 11: QGU3013

11

7. PERBANDINGAN PENGAJARAN SECARA TRADISIONAL DENGAN KAEDAH

TGFU

KAEDAH TRADISIONAL

KAEDAH TGFU

1. Menggunakan prinsip pengajaran

tradisional.

2. Guru memberi arahan dan murid

mengikut arahan.

3. Aplikasi pembelajaran sehala, guru

sebagai pengajar

4. Kebaikan guru mudah merancang, sesuai

untuk kegiatan bahaya dan kemahiran

khas.

5. Ciri-ciri pendekatan tradisional.

6. Kurikulum yang ditetapkan.

7. Mementingkan pengajaran.

8. Guru menentukan tugas.

9. Tugasan diberikan kepada pelajar.

10.Guru menentukan piawaian, berfokus

kepada guru.

11. Mengukur pengajaran mengikut gred.

1. Pendekatan TGFU menyarankan sesuatu

permainan diadaptasi daripada

permainan sebenar tetapi diubahsuai

berdasarkan keupayaan pemain dari

aspek fizikal, sosial serta intelek mereka

dan infrastuktur yang bersesuaian.

2. Apresiasi permainan seperti aspek

peraturan permainan atau undang-

undang yang diubahsuai serta diberi

variasi untuk menarik minat pemain.

3. Kesedaran taktikal akan dikuasai semasa

proses permainan dalam usaha untuk

mengatasi pihak lawan.

4. Membimbing mereka ke arah kemahiran

membuat keputusan seperti, menilai

situasi untuk menentukan apa yang perlu

dilakukan, mengenalpasti dan

menjangkakan kemungkinan serta

membuat tindakan yang sesuai mengikut

situasi dan keadaan.

5. Pendekatan ini berkonsepkan ansur-

maju dengan mempraktikkan kemahiran

yang mudah dan yang telah dikuasai.

6. Kemahiran diperkenalkan dalam bentuk

permainan dan bukannya latih tubi

terhadap kemahiran itu sendiri.

Page 12: QGU3013

12

8. MODIFIKASI PERMAINAN MENGIKUT KOMPONEN TGFU

8.1 Komponen Menyerang dan Bertahan.

Bentuk Permainan : target ball

Murid di dalam kumpulan kecil.Seorang sebagai pengolek bola, seorang lagi

sebagaipengutip bola dan murid lain berbaris dalam satu barisan panjang.

Pengolek akan menggolek bola kepada penendang dan berlari belakang barisan.

Penendang akan menendang bola ke arah sasaran dan berlari menggantikan

pengutip bola. Pengutip bola akan membawa bola dan kad skor ke tempat

penggolek dan bertukar peranan.Ulang aktiviti sehingga semua murid selesai

menendang

Pemenang dikira berdasarkan jumlah mata terkumpul.

14

Kad skor

Nama : ………………………………….. tarikh : ……………….

Pusingan Mata

1

2

3

4

Jumlah

Page 13: QGU3013

13

8.2 Komponen Sasaran.

Bentuk permainan

Nama permainan : Baling tin

Kawasan permainan : padang bola dengan keluasan 20x20

Bilangan pemain : 8 orang sekumpulan

Alatan : bola kertas dan tin

Lakaran gelanggang dan kedudukan permainan

Apresisi permainan

Peraturan permainan :

Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang

murid.

Pemain perlu menjatuhkan tin dan berusaha membina semula tin yang dijatuhkan

sebelum terkena balingan pihak lawan.

Pemain yang terkena balingan dikira terkeluar dari permainan.

Langkah keselamatan :

Pemain memakai pakaian dan kasut sukan yang sesuai.

Memastikan gelanggang tidak licin dan bebas daripada bend atajam dan berbahaya.

Pengubahsuaian permainan :

Permainan ini diubahsuai dari permainan tradisional.

Variasi

Menggunakan bola kertas mengantikan bola baling

Dalam satu kumpulan, pemain hanya dibenarkan membuat sekali percubaan sahaja untuk

menjatuhkan tin.

Kesedaran taktikal

Setiap kumpulan perlu memikirkan strategi untuk membina semula tin bagi mendapat

mata

Page 14: QGU3013

14

Prinsip pergerakan :

Koordinasi mata dan tangan

Fokus kepada bola dan kedudukan lawan

Kawalan bola

Ruang dan masa :

Saiz gelanggang takraw

Permainan akan ditamatkan selepas 30 minit dan pasukan yang mengumpul mata

terbanyak akan memenangi perlawanan.

Situasi semasa dan lanjut :

Menggunakan taktik menyerang untuk mendapatkan mata

Strategi menyusun ahli kumpulan untuk membentuk posisi terbaik sama ada sebagai

penyerang ataupun bertahan.

Boleh menggunakan kepantasan untuk mengelak bola kertas apabila dibaling.

Mengunakan taktik “menunggu masa sesuai” dan tidak membaling terlalu jauh bola

kertas yang digunakan untuk mengelakkan pihak lawan daripada mendapat mata.

Kesan kelemahan pihak lawan :

Hantaran bola ke tempat kosong dan sudut sukar.

Pemain yang laju dan pantas perlu dimatikan terlebih dahulu.

Hantarkan kepada kawasan lawan yg lemah.

Perlaksanaan kemahiran:

Teknik menyerang : menjatuhkan tin dan seterusnya berusha membina semula

Perhatikan situasi dan kenal pasti situasi bahaya

Anggarkan jarak lawan sebelum membina tin

Teknik menahan : antisipasi lawan

Perhatikan kedudukan pihak lawan

Perhatikan gerak-geri pihak lawan yang ingin membina semula tin

Anggar perlakuan dan pergerakan bola

Bertindak balas daripada perlakuan pihak lawan untuk membuat keputusan.

Page 15: QGU3013

15

Penilaian :

Prestasi diambil kira diambil kira dengan jumlah bilangan tin dibina semula oleh pemain

penyerang sebelum terkena bola kertas.

8.3 Komponen Jaring dan Dinding

Nama Permainan : Jaring Berhalangan (ubahsuai dari permainan Bola Jaring)

Peraturan :

Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan 5 orang ahli

Setiap kumpulan diberi nama Kumpulan A,B, C dan D

Sistem liga digunakan untuk menentukan pemenang

Kumpulan akan bergilir sebagai kumpulan menjaring dan menghalang (dinding)

Pemenang akan ditentukan dengan jumlah jaringan yang paling tinggi.

Masa 5 minit diberi pada setiap posisi.

Lakaran

Huraian

Para pemain yang berbaju merah akan cuba menjaringkan bola sebanyak mungkin dalam

masa 5 minit.

Page 16: QGU3013

16

Para pemain berbaju hijau akan menghalang supaya bola tidak dijaringkan.

Selepas 5 minit, pemain baju hijau akan menjadi penyerang pula dan sebaliknya.

Pemain yang bertindak sebagai dinding bole berpegang tangan untuk menghalang pemain

penyerang.

Borang Skor

Kump ….. VS Kump…….

Kump ……… Kump………..

1/2/3/4/5/6/7/8/9/10/11/12/13/14/15/

16/17/18/19/20

1/2/3/4/5/6/7/8/9/10/11/12/13/14/15/

16/17/18/19/20

8.4 Komponen Memadang

Nama permainan : rondas belon

Murid dibahagikan kepada dua kumpulan kecil.

Satu kumpulan adalah pemukul dan satu kumpulan pemadang.

Tandakan tapak rumah dan tapak pertama.

Pasukan pemadang berada dalam kawasan pemadang.

Permainan dimulakan dengan seorang pemukul melambung belon di tapak rumah dan

memukul ke kawasan pemadang.

Selepas belon dipukul, semua ahli pasukan pemukul berlari alam barisan ke tapak

pertama dan kembali semula ke tapak rumah.

Pasukan pemadang beratur di belakang pemadang yang mendapat belon. Belon dihantar

di atas kepala dari pemain pertama hingga ke pemain terakhir. Pemain terakhir

membawa belon ke hadapan barisan.

Pasukan yang menghabiskan tugasan dahulu adalah pemenang.

Tukar peranan selepas tiga pemukul disingkirkan atau semua pemain pasukan pemukul

telah selesai giliran memukul.

Page 17: QGU3013

17

Peraturan Permainan

Pemukul akan tersingkir jika tidak dapat memukul belon yang dilambung.

Pemukul juga akan tersingkir jika pasukannya tidak berjaya mengelilingi tapak

pertama sebelum pasukan pemadang menyelesaikan tugasan.

Kad Skor

Nama pasukan : …………………………….. tarikh :…………………..

Kad skor rondas belon

Pusingan Mata

1

2

3

4

Jumlah

Page 18: QGU3013

18

9. KESIMPULAN

TGFU merupakan suatu pendekatan pembelajaran yang mampu untuk mengembangkan

domain-domain psikomotor, kognitif, dan afektif murid-murid. Memang menjadi fitrah kanak-

kanak yang suka dengan aktiviti yang banyak melibatkan pergerakan sama ada pergerakan jenis

lokomotor atau bukan lokomotor. Mereka kelihatan lebih cergas dan ceria serta menunjukkan

sikap inkuiri yang tinggi apabila aktiviti permainan dijalankan jika dibandingkan dengan aktiviti

pembelajaran yang dilaksanakan dalam bilik darjah. Maka, pendekatan Teaching Games For

Understanding (TGFU) memang sesuai diaplikasikan ke atas murid-murid sekolah rendah.

Page 19: QGU3013

19

Bibliografi : Bunker, D.J. & Thorpe, R.D. (1982). A model for the teaching of games in secondary

schools. Bulletin of Physical Education. 18(1), 5-8.

Burrows, L. (1986). A teacher‟s reactions. In R.D. Thorpe, D.J. Bunker & L. Almond

(eds.),Rethinking Games Teaching. Loughborough, UK: Loughborough

University.45-52.

Freeman, W. (1997). Physical Education and Sport in a Changing Society (5th ed.).

London: Allyn and Bacon.Rod Thorpe, D.B.(1986).Rethinking Games

Teaching.Loughborough: Department of Physical Education and Sports Science,

University of Technology 21.

Griffin Linda L, Butler Joy L. (2005), Teaching Games For Understanding.

Printed in United State of America.

Mitchell Stephen A, Oslin Judith L, Griffin Linda L ( 2006 ), Teaching Sport Concept

and Skills, A Tactical Games Approach. Printed in United State of America.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001), Penilaian kendalian sekolah.

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 20: QGU3013

20

KURSUS : PPG PJJ UPSI 2013 GROUP : UPSI 06(A131PJJ)

TUGASAN 2 :

Masalah Obesiti dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia.

PENSYARAH : EN. KAMARUDIN BIN DAUD

NOR ATIPAH BINTI AHMAD D20112055408 741101-06-5814

QGU3013 : KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PJK

Page 21: QGU3013

21

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK HALAMAN

1 PENGENALAN

22

2 DEFINASI OBESITI DAN PENGIRAANNYA

22

3 MATLAMAT PENDIDIKAN KESIHATAN EWLES DAN

SIMNETT

24

4 MASALAH OBESITI DI KALANGAN PELAJAR

MALAYSIA 24

4.1 Faktor-faktor Penyebabnya

25

5 CARA-CARA MENGATASI MENGIKUT MATLAMAT

PENDIDIKAN KESIHATAN EWLES DAN SIMNETT

27

6 KESIMPULAN

28

7 RUJUKAN 30

Page 22: QGU3013

22

1. PENGENALAN

Di Malaysia, peningkatan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak berumur

7-10 tahun adalah sebanyak 6.6% bagi umur tujuh tahun ke 13.8 % bagi umur 10 tahun.

Sebanyak 12.8% peratus daripada kanak-kanak ini adalah lelaki. Masalah obesiti ini juga

semakin ketara di kalangan remaja berumur 13-17 tahun. Kanak-kanak yang mengalami

masalah kegemukan adalah berisiko untuk menjadi obes apabila dewasa dan keadaaan ini

akan menjurus kepada kewujudan masalah kronik yang lain pada masa hadapan. (Chee et

al, 2008)

2. DEFINASI OBESITI DAN PENGIRAANNYA

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di

dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi

apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu

dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah

kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka

hayat penghidapnya juga semakin pendek.

Siapakah yang yang tergolong dalam obesiti :

Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat

berbanding ukuran ideal;

Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya;

Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI);

Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes(kencing manis); dan

Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang

sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.

rujukan : http://nmjhealthcare.blogspot.com/2013/03/apa-itu-obesiti.html

Cara pengiraan Indeks Jisim Badan (BMI) kanak-kanak yang berumur 2 tahun

hingga 20 tahun :

1 Timbang berat anak dalam Kilogram.

2 Ukur tingginya dalam meter.

Page 23: QGU3013

23

3 Kirakan BMI dengan formula berikut :

BMI = Berat X tinggi

Tinggi

4 Kemudian plotkan bacaan ini pada graf BMI percentes mengikut jantina dan

usia anak kita.

Untuk anak Perempuan :

rujukan : http://drzubaidi.com/blog/?p=1686

Page 24: QGU3013

24

Dari graf tersebut kita boleh mengetahui adakah anak kita mengidap obesiti

Kurang berat jika BMI kurang 5 %

Normal jika BMI 5 % hingga 85%

Lebih berat jika BMI 85% hingga 95 %

Obesiti jika BMI melebihi 95%

Untuk anak lelaki terdapat graf untuk anak lelaki. Sila rujuk laman web berikut.

3. MATLAMAT PENDIDIKAN KESIHATAN EWLES DAN SIMNETT (1986)

Ewles dan Simnett (1986) pula mengemukakan tujuan yang lebih spesifik lagi tentang

mengapa pendidikan kesihatan itu diberikan. Menurut mereka, dalam melaksanakan

tugas tersebut, seseorang pendidik kesihatan mestilah berusaha untuk mencapai tujuan-

tujuan berikut :

a. Meningkat kesedaran kepada yang dididik tentang masalah kesihatan yang

sedang dihadapinya.

b. Memberikan penerangan dan juga menyumbang pengetahuan tentang segala

sesuatu yang berhubung kait dengan masalah yang sedang dihadapi oleh

individu atau masyarakat itu.

c. Menimbulkan kesedaran diri setelah mendengar penerangan dan penjelasan

yang diberikan. Dengan adanya kesedaran ini, diharap orang yang

menerimanya atau dididik akan lebih tegas untuk mengubah nasibnya.

d. Membantu mereka yang dididik untuk mengubah sikap ke arah yang lebih

positif. Perubahan sikap ini pula akan memulakan rantaian perubahan

kebiasaan dan tabiat melalui beberapa aktiviti tertentu sehingga matlamat

pendidik dan mereka yang dididik itu tercapai.

4. MASALAH OBESITI DI KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA

Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ketiga (NHMS III) pada tahun

2006 kepada 21,249 kanak-kanak menunjukkan 5.4 peratus kanak-kanak mengalami

obesiti di mana 6.8 peratus berusia 7 hingga 9 tahun manakala 6.4 peratus berusia 4

hingga 6 tahun. Malaysia berada ditangga keenam di Asia sebagai negara yang

mempunyai ramai dewasa yang obes. Kira-kira 1.7 juta rakyat Malaysia yang

Page 25: QGU3013

25

berumur 18 tahun ke atas mengalami obesiti.

4.1 Faktor-faktor Penyebabnya

a. Penyakit Genetik

Penyakit genetik seperti iaitu Prader-Willi, Bardet-Biedl syndrome, MOMO

syndrome, mutasi Leptin receptor, Congenital leptin deficiency dan mutasi

Melanocortinreceptor. Penyakit-penyakit ini jarang berlaku.

b. Pemakanan Tidak Seimbang

Pemakanan yang tidak sihat dan seimbang merupakan salah satu faktor yang

menyebabkan obesiti. Mereka mengikut cara makan yang tidak sihat daripada

ibubapa. Untuk mengelakkan, gaya pemakanan keluarga haruslah mengikut gaya

pemakanan yang sihat dan seimbang. Bagaimanakah anak-anak itu hendak memakan

sayur-sayuran jika ibubapa mereka begitu berselera makan ayam percik atau ayam

goreng.

Minuman bergas juga menyumbang kepada obesiti. Minuman ini mengandungi

kandungan gula yang tinggi. Dalam satu tin minuman ini terkandung 7 hingga 8 sudu

gula. Satu kajian di kalangan seramai 548 kanak-kanak mendapati amalan meminum

minuman bergas setiap hari akan menambah berat badan sebanyak 1.6 kali selepas 19

bulan. Kajian ini dilaporkan oleh International Journal Obesity (2005).

c. Persekitaran

Arus kemodenan dan sifat ibu bapa mengejar masa dewasa ini menyebabkan

kanak-kanak terdedah kepada pemakanan yang tidak sihat seperti makanan segera.

Sebagaimana yang kita ketahui makanan segera banyak mengandungi bahan-bahan

yang tidak sesuai kepada perkembangan fizikal kanak-kanak. Sikap ibu bapa yang

mengejar kemewahan dan tidak ada masa memasak makanan yang berkhasiat

mendedahkan kanak-kanak ini kepada obesiti apabila mereka gemar memakan

makanan segera.

Pengaruh iklan secara besar-besaran di televisyen dan internet banyak

mempengaruhi kanak-kanak untuk cenderung memilih makanan segera ini. Ibu bapa

Page 26: QGU3013

26

yang didesak oleh kanak-kanak akan membeli makanan segera ini dan sebagaimana

yang kita ketahui restoran makanan segera ujud dengan banyak seiring dengan

pembangunan negara yang menuju kemodenan dan kesibukkan warganya dalam

mengejar masa dan kerjaya.Ibu bapa hanya perlu menelefon talian segera tanpa perlu

keluar rumah dan ini amat memudahkan ibu bapa yang sentiasa sibuk dewasa ini.

Tambahan pula dengan ibu bapa yang kepenatan bekerja seharian dan tidak

mempunyai masa yang mencukupi untuk memasak makanan yang berkhasiat kepada

anak-anak mereka.

d. Kurang Bersenam

Kanak-kanak sekarang kurang gemar melakukan aktiviti bersenam. Lebih kurang

76 % kanak-kanak di Malaysia menghabiskan masa mereka menonton television dan

bermain komputer. Kanak-kanak yang kurang bersenam lebih mudah menambah

berat badan kerana lemak di dalam badan mereka tidak terbakar melalui aktiviti

fizikal. Sikap yang suka menonton television, bermain komputer dan permainan

video banyak menyumbang kepada peningkatan obesiti dikalangan mereka.

e. Psikologi

Kanak-kanak seperti juga golongan dewasa mudah terdedah kepada tekanan

dalam menghadapi kehidupan mereka seharian. Bagi kanak-kanak obesiti, perlakuan

orang yang rapat dengan mereka yang memandang rendah keupayaan mereka

disebabkan oleh fizikal mereka yang gemuk menyebabkan mereka mengalami

kemurungan dan banyak makan lebih dari sepatutnya.

Page 27: QGU3013

27

5. CARA-CARA MENGATASI MENGIKUT MATLAMAT PENDIDIKAN

KESIHATAN EWMES DAN SIMNETT (1986)

5.1 Meningkatkan Kesedaran Terhadap Masalah Obesiti

Sebagai seorang guru ataupun ibubapa, mereka perlu menyedarkan pesakit obesiti

tentang masalah yang dihadapinya. Sokongan moral haruslah diberikan kepada golongan

pesakit. Kesedaran diri tentang masalah boleh membantu mereka faham bahawa badan

mereka mempunyai masalah. Terdapat sesetengah ibubapa begitu seronok melihat anak

mereka gemuk dengan beranggapan ianya sihat. Secara tidak langsung, pesakit

menganggap diri mereka tidak menghadapi masalah. Tidak tahu akan masalah yang

dihadapi menyebabkan tindakan mengatasi sukar untuk diberi. Kesedaran diri tentang

bahaya obesiti akan memudahkan tindakan yang seterusnya. Kesedaran ini boleh diberi

dengan mendedahkan tentang bahaya-hahaya obesiti.

5.2 Memberi Penerangan dan Pengetahuan Tentang Masalah Obesiti

Kesedaran diri tentang masalah, haruslah diteruskan dengan para guru mahupun

ibubapa memberi penerangan dan menyumbang pengetahuan kepada para pesakit.

Dedahkan kepada pesakit bahawa obesiti boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik

jika dibiarkan. Bantu mereka dengan memberi pengetahuan tentang cara-cara yang boleh

dibuat untuk mengawal masalah ini.

5.3 Menimbulkan Kesedaran Diri Setelah Mendengar Penerangan dan

Penjelasan

Dengan penjelasan dan penerangan yang diberi, diharapkan pesakit akan timbul

kesedaran diri sendiri bahawa mereka sedang menghadapi masalah. Dengan sedar tentang

masalah diharapkan sesuatu tindakan dapat dilakukan tanpa paksaan daripada orang lain.

Individu yang menghadapi masalah kesihatan yang dibincangkan hendaklah mengambil

langkah sewajarnya untuk mengatasi masalah tersebut. Ibu bapa memainkan peranan

Page 28: QGU3013

28

penting dalam mengawal pemakanan anak-anak mereka yang obes demi mengelakkan

masalah kesihatan dikemudian hari.

5.4 Membantu Mereka Mengubah Sikap Ke arah yang Lebih Positif

Individu perlu berubah sikap untuk mendapat kesihatan yang baik. Kanak-kanak yang

obes harus melupakan tabiat pemakanan mereka yang tidak sihat dan berubah kearah

yang lebih sihat dengan mengikuti program kesihatan yang dicadangkan.

Masyarakat sekeliling memainkan peranan penting untuk menggalakkan kanak-kanak

obes ini untuk berubah demi kesihatan diri yang lebih baik. Ibu bapa harus memberikan

dorongan yang kuat dan berfikiran positif kerana dengan cara begini dapat

mempengaruhi kanak-kanak ini dalam membuat keputusan yang positif demi mencapai

taraf kesihatan yang terbaik. Kanak-kanak yang obes perlu mengawal berat badan mereka

dengan dibantu oleh orang dewasa dalam menentukan pemakanan yang diambil. Mereka

juga harus melakukan senaman.

Pengetahuan tentang kesihatan yang baik seharusnya mampu mengubah tingkah laku

individu atau masyarakat. Amalan gaya hidup sihat hendaklah diamalkan agar kehidupan

menjadi lebih berkualiti seiring dengan kehendak budaya, agama dan bangsa.

6. KESIMPULAN

Makanan adalah keperluan asas bagi setiap makhluk yang hidup di muka bumi ini.

Makanan yang dimakan perlulah berkualiti dan diambil dengan cara pemakanan yang

betul. Menurut Azimuth (2008) kita akan jadi tidak sihat jika kita mempunyai tabiat

makan yang tidak sihat. Jika kita mengamalkan tabiat makan yang sihat dan mengikut

saranan pakar nutrisi, kita akan menjadi lebih sihat. Fatimah Arshad (1988) menyatakan

bahawa makanan seimbang harus mempunyai semua bahan makanan yang diperlukan

oleh tubuh untuk berfungsi dengan normal. Makanan-makanan ini terdiri daripada tiga

kumpulan yang besar iaitu makanan yang memberi tenaga untuk kita bekerja dan

Page 29: QGU3013

29

bergerak, makanan yang boleh menjauhkan daripada penyakit serta makanan yang

membina sel-sel dan tisu tubuh sama ada untuk proses pertumbuhan atau lain-lain fungsi

tubuh yang normal. Disamping itu, hidangan yang seimbang adalah kandungan makanan

dari kumpulan makanan bijirin/berkanji, kumpulan makanan tenusu dan kumpulan buah-

buahan serta sayuran.

Kementerian Kesihatan prihatin terhadap masalah obesiti yang melanda kanak-kanak

di negara ini. Justeru itu, kementerian kesihatan telah melancarkan garis panduan

makanan sihat yang diedarkan kepada sekolah untuk dipatuhi oleh pengendali kantin.

Senarai makanan dalam garis panduan itu meliputi kira-kira 70 makanan utama yang

bersesuaian dengan diet seimbang kanak-kanak sekolah. Kajian menunjukkan 76 %

kanak-kanak menjalani kehidupan yang tidak aktif iaitu mereka lebih suka menghabiskan

sebahagian besar masa di depan television atau komputer. Justeru itu, mereka lebih

tertarik kepada iklan makanan segera yang diiklankan yang nyata mengandungi tinggi

lemak dan gula. Kajian yang dijalankan oleh UKM menunjukkan hanya 70 % kanak-

kanak mengambil sarapan pagi setiap pagi manakala 10 % tidak pernah mengambil

sarapan.

Oleh itu pematuhan garis panduan ini akan memastikan amalan pemakanan sihat

dikalangan murid sekolah dan menangani masalah obesiti dikalangan mereka.

Diharapkan cara ini dapat membantu kanak-kanak mengambil makanan sihat ketika di

sekolah. Keluarga memainkan peranan penting dengan menukar corak pemakanan

dengan mengamalkan makanan seimbang dan meluangkan masa dengan anak-anak

melakukan aktiviti fizikal dan sukan. Tabiat memanjakan anak-nak dengan makanan

yang tidak sihat sebenarnya mendedahkan mereka kepada risiko yang tinggi mendapat

pelbagai penyakit. Oleh itu cegahlah sebelum terlambat.

Menurut ( Alexander dan Yeong, 1990) sekurang-kurangnya 40 nutrien diperlukan

dalam badan kita. Jika tidak digunakan dalam jumlah yang cukup, ia akan

mempengaruhi kesihatan terutamanya kepada kanak kanak di mana ia akan memberi

kesan ke atas pertumbuhan mental dan fizikal kanak-kanak tersebut. Selain itu, manusia

juga memerlukan sekurang-kurangya 49 nutrien untuk keperluan metabolisme dalam

badan. Kekurangan nutrien akan mengganggu metabolism dalam badan yang boleh

Page 30: QGU3013

30

mendatangkan penyakit, masalah kesihatan, melemahkan perkembangan kanak-kanak

dan meningkatkan kos ekonomi dalam masyarakat (Branca dan Ferrari, 2002; Golden,

1991; Grantham-McGregor dan Ani, 1999; Ramakrishnan et al.,1999).

Oleh yang demikian, menurut (Abdul Halim, 1988), perkembangan intelek juga

dipengaruhi oleh tahap pemakanan yang baik. Pelajar yang kurang darah (anaemic) selalu

tidak aktif, ia akan sentiasa letih dan mengantuk dan mungkin menyebabkannya kurang

menumpukan perhatian kepada pelajarannya dan dengan itu tidak maju dalam

pelajarannya. Oleh itu, zat pemakanan yang baik diperlukan untuk menjana

perkembangan minda yang baik kepada pelajar.

RUJUKAN

Dewan Masyarakat Oktober 2010.

Dr. Bahrain Samah, MH, MD (AM), RH (AHG), Kawal Berat Badan, Alaf 21.

New Straits Times : School Time, issue twenty, Wednesday, April 4, 2012.

Reader‟s Digest, July 2007.

Reader‟s Digest, September 2007.

www.health.com

www.hmetro.com.my

www.sciencedirect.com

www.mayoclinic.com http://pama.karangkraf.com/bayi/tip-pemakanan-elak-obesit

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/488-kesihatan-anak-kanak-kanak-obes-

berisiko-gemuk-bila-dewasa.html

http://nmjhealthcare.blogspot.com/2013/03/apa-itu-obesiti.html

http://drzubaidi.com/blog/?p=1686

Page 31: QGU3013

31