Qualitative to upload

40
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MAY SEMESTER / 2016 HMEF 5103 QUANTITATIVE RESEARCH METHODOLOGY ASSIGNMENT 2 NO. MATRIKULASI : NO. KAD PENGENALAN : NO. TELEFON : E-MEL : NAMA PENSYARAH : PUSAT PEMBELAJARAN

Transcript of Qualitative to upload

Page 1: Qualitative to upload

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MAY SEMESTER / 2016

HMEF 5103

QUANTITATIVE RESEARCH METHODOLOGY

ASSIGNMENT 2

NO. MATRIKULASI :

NO. KAD PENGENALAN :

NO. TELEFON :

E-MEL :

NAMA PENSYARAH :

PUSAT PEMBELAJARAN

Page 2: Qualitative to upload

BAHAGIAN 1

ANALISIS DATA

LANGKAH 1 – PENGINDEXAN DAN

CARTA MELALUI DATA YANG TELAH

DIPEROLEHI

LANGKAH 2 – INTER – RATER UJIAN

KEBOLEHPERCAYAAN

Bahagian 1

Page 3: Qualitative to upload

INDEX DAN MEMBUAT CARTA MELALUI DATA YANG DIPEROLEHI

Langkah 1 A

Transkrip Temubual Bersama Guru A

Saya : Selamat pagi cikgu.Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih

kepada cikgu kerana meluangkan masa cikgu untuk membenarkan saya menemubual cikgu

walaupun cikgu sibuk dengan pelbagai kerja. Bolehkah cikgu menerangkan sedikit sebanyak

mengenai diri sendiri cikgu sebelum kita pergi kepada soalan – soalan yang terperinci?

Guru A : Nama saya Encik Y yang berkerja di SJKT Ladang Niyor, Kluang.

Pengalaman mengajar saya ialah selama 10 tahun. Saya berkhidmat di 3 buah sekolah

sebelum ini termasuk sekolah yang berkerja sekarang. Saya berkerja di SJKT Elias, Kluang,

SJKT Ladang Southern Malay dan di sekolah terkini iaitu SJKT Ladang Niyor. Saya berkerja

sebagai guru biasa di sekolah pertama dan Guru Penolong KoKurikulum di sekolah saya

yang kedua. Ini kerana sekolah kedua saya adalah sekolah kurang murid. Maka saya dilantik

sebagai GPK KK oleh guru besar saya. Mungkin ini berlaku kerana saya merupakan satu –

satunya guru lelaki disana. Di sekolah lama saya, bilangan murid hanyalah 12 orang. Maka

saya berasa ilmu yang saya ada berkaitan ICT ini kurang memberi manfaat kepada murid.

Oleh itu, saya meminta pertukaran ke sekolah yang mempunyai lebih banyak murid. Namun,

saya lagi sekali mendapat sekolah kurang murid. Tetapi, saya berasa saya boleh

mengaplikasikan ilmu IT yang saya ada itu kepada murid-murid di

sekolah ini.

Saya : Minta maaf cikgu kerana mencelah. Hmmm… cikgu pernah tak berasa

tertekan dan kecewa apabila mendapat pertukaran ke sekolah yang kecil seperti ini? Maksud

saya ialah sekolah kurang murid.

Guru A : Hahahahaha… ya. Saya memang berasa tertekan dan kecewa kerana saya

ingin berkerja di suasana yang lebih mencabar. Tetapi kehendak tuhan adalah saya perlu

berkerja ataupun berkhidmat untuk murid-murid yang tinggal di ladang. Walaupun saya

pernah berkerja di sekolah ladang, murid –murid disana mempunyai pengetahuan yang luas

berkaitan semua perkara. Ini mungkin kerana sekolah itu berhampiran dengan bandar. Tetapi

murid – murid sekolah ini lebih berbeza daripada murid-murid di sekolah lama saya. Di sini

TEKUN DAN YAKIN PADA DIRI SENDIRI

Page 4: Qualitative to upload

murid – murid perlu diberi banyak pendedahan mengenai semua perkara. Mereka bagaikan

kain putih. Saya berasa kitalah sebagai guru yang perlu mencorakkannya.

Situasi ini terjadi kerana sekolah Ladang Niyor ini jauh daripada persekitaran bandar. Murid

– murid yang tinggal di ladang ini kurang mempunyai pengaruh luar. Lebih – lebih lagi

dengan bidang ICT. Oleh itu, saya berasa inilah tempat saya untuk mencorakkan murid –

murid yang bagaikan kain putih.

Saya : Saya berasa begitu kagum dengan pandangan cikgu. Cikgu, saya ingin

menanyakan soalan tentang kualiti seseorang guru. OK. Apakah peranan seseorang guru

berkualiti bagi menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih kreatif di dalam bilik

darjah yang kondusif?

Guru A : Pada pendapat saya, guru adalah segala – galanya kepada seseorang murid.

Guru memainkan peranan sebagai seorang ibubapa , pendidik , rakan , kaunselor , ‘ role

model’ dan sebagainya. Jika murid tidak suka kepada ……..seseorang guru,

maka murid itu tidak akan memberikan perhatian kepada apa yang di ajar oleh guru tersebut.

Lama kelamaan murid itu akan menjadi lemah dalam matepelajaran yang diajar oleh guru itu.

Hmmmm… kamu faham ke Kalai apa yang saya cuba terangkan?

Saya : Ya. Saya faham cikgu.

Guru A : Saya pernah mengalami situasi sedemikian. Di sini saya tidak

memperkecilkan guru saya. Saya hanya hendak berkongsi pengalaman saya. Semasa saya di

darjah 5, saya belajar di sebuah sekolah yang besar di bandar yang saya tinggal pada masa

itu. Terdapat ramai murid belajar di sekolah itu. Bilangan guru yang ramai serta

berpengalaman menjadikan sekolah saya sekolah yang terkenal di kawasan tersebut. Saya

boleh dikatakan sebagai salah seorang murid yang pandai pada masa itu. Hahaha…tetapi

saya mempunyai masalah dalam matapelajaran Matematik. Guru matapelajaran Matematik

merupakan seorang guru yang tegas dan cekap dalam bidang tersebut. Maka , beliau turut

mengharapkan murid-murid beliau turut menunjukkan kepakaran dalam matapelajaran

tersebut. ‘Basically I’m not good in mathematics’. Beliau sering memanggil saya di depan

kelas untuk meyelesaikan masalah matematik di hadapan kelas. Pada masa itu saya tidak tahu

bahawa ia adalah satu kaedah yang baik untuk mencunkil bakat murid dalam matapelajaran

tersebut. Pada masa itu saya berasa malu apabila saya tidak menyelesaikan masalah

BERTANGGUNGJAWAB

PERANAN GURU

Page 5: Qualitative to upload

matematik di hadapan rakan sekelas saya. Maka saya mula tidak suka kepada guru matematik

saya. Hasilnya, saya tidak mahir matematik sehingga kini. Hahahaha…Seseorang murid

mudah terpengaruh ataupun mudah terasa dengan tingkahlaku guru. Oleh itu, saya juga

berpendapat bahawa guru perlulah mempunyai tingkah laku pemikiran positif terhadap murid

– murid. Pengalaman saya itu menjadi teladan kepada saya apabila saya menjadi guru

sekolah. Saya percaya sikap positif ini akan dapat mewujudkan perhubungan

yang baik antara guru dan murid. Pada pandangan saya guru berkualiti selalunya mempunyai

keinginan untuk mencapai sesuatu demi diri sendiri dan juga kepada sekolah. Mereka sudi

berkerja lebih masa, rajin mencari teknik pengajaran yang menarik, rajin meneroka sesuatu

untuk menyampaikan kepada murid dan sebagainya. Apabila guru memberi

banyak ilmu kepada murid melalui pelbagai cara yang menarik, maka murid mula memberi

perhatian terhadap matapelajaran yang diajar oleh guru tersebut. Selain itu, jika kita melihat

dari segi kreatif, guru yang dedikasi akan mencipta sesuatu teknik atau kaedah

yang mudah disampaikan kepada murid. Inilah dikatakan sebagai guru yang berinisiatif dan

kualiti.

Saya : OK cikgu. Pada pendapat cikgu, adakah guru kualiti ini wujud melalui

pembelajaran berterusan? Contohnya, seseorang guru melanjutkan pelajaran untuk

meningkatkan profesiansinya.

Guru A : Ramai guru bertanggapan bahawa melalui pangalaman mengajar bertahun-

tahun akan mewujudkan mereka sebagai seorang guru yang berkualiti. Namun pada pendapat

saya, guru yang berusaha untuk meningkatkan tahap profensi mereka adalah guru yang

berkualiti. Saya bukan sahaja berfokuskan kepada guru – guru yang melanjutkan pelajaran ke

peringkat sarjana ataupun kedoktoran. Saya turut berfokus kepada guru yang sanggup

melibatbatkan diri dalam kursus – kursus yang dianjurka oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia. Kini institusi pengajian seperti sekolah bukan sahaja dijalankan hanya berfokuskan

pengajaran menggunakan kapur dan papan hitam. Pelbagai pembaharuan telah dilakukan.

Contohnya, sistem KBSR kepada KSSR. Pada masa KBSR kita hanya memberi penekanan

kepada penyampaian pengajaran. Tetapi KSSR lebih berfokuskan penglibatan murid semasa

pengajaran dan pembelajaran dilakukan di bilik darjah. Guru juga hanya memainkan peranan

sebagai seorang fasilitator di dalam kelas. Banyak kursus dan bengkel guru terpaksa

menghadiri untuk meningkatkan pengetahuan tentang sistem ini. Maka, kini guru – guru telah

tranformasi mengikut saranan Kementerian. Jika kita tidak menghadiri kursus – kursus

SIFAT GURU

RAJIN

DEDIKASI

Page 6: Qualitative to upload

sebegini maka guru – guru akan ketinggalan dari era pendidikan baru. Berbalik kepada guru –

guru yang melanjutkan pelajaran, saya amat menyokong guru yang melanjutkan pelajaran

mereka ke pringkat sarjana mahupun ke peringkat kedoktoran. Saya amat percaya kepada

istilah pembelajaran sepanjang hayat. Bagi pendapat saya seseorang

individu hanya dapat memperolehi ilmu daripada membaca pelbagai bahan bacaan. Jadi,

saya menyokong penuh kepada guru-guru yang menyambung pembelajaran mereka.

Saya : Cikgu saya ingin menanya solan terakhir saya. Pada pendapat cikgu, adakah

seseorang guru yang berkualiti perlu menjalinkan perhubungan yang baik dengan ibubapa

murid? (Penjelasan terperinci diberikan)

Guru A : Minta maaf cikgu. Izinkan saya minum air. ( guru A mengambil masa

selama 3 minit untuk minum air dan berehat sekejab) Boleh tak cikgu ulang sekali lagi

soalan itu?

Saya : Ya sudah tentu cikgu. Pada pendapat cikgu, adakah seseorang guru yang

berkualiti perlu menjalinkan perhubungan yang baik dengan ibubapa murid?

Guru A : OK. Saya berasa bahawa guru perlu mewujudkan perhubungan baik dengan

ibubapa murid. Ini kerana segala masalah ataupun perkara yang berkaitan dengan

matapelajaran hanya boleh berbincang dengan ibubapa murid. Selain itu, kita sebagai guru

hanya meluangkan 6 jam di sekolah dengan murid. Tetapi ibu bapa mempunyai lebih banyak

masa untuk bersama anak-anak mereka. Apabila guru menghadapi masalah dalam

perkembangan murid ataupun disiplin, guru –guru terus boleh berhubung dengan ibubapa

murid jika mereka mempunyai hubungan yang baik dengan ibubapa.Kini terdapat banyak

kemudahan seperti kemudahan whatsapp dan telegram untuk menjalinkan perhubungan baik

antara satu sama lain. Bagi saya guru kelas perlu mewujudkan kumpulan whatsapp yang

boleh mendorong ibubapa untuk mengetahui pencapaian murid serta

program – program yang didakan di sekolah. Melalui kaedah – kaedah sedemikian guru

boleh menjalinkan hubungan yang baik dengan ibubapa murid.

Saya : Ok cikgu. Sekian sahaja temubual saya bersama cikgu. Sekali lagi saya

mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa berharga cikgu bersama

saya. Terima Kasih.

RAJIN

KEAKHRAPAN HUBUNGAN

Page 7: Qualitative to upload

Transkrip Temubual Bersama Guru B

Saya : Selamat pagi cikgu.Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih

kepada cikgu kerana meluangkan masa cikgu untuk membenarkan saya menemubual cikgu

walaupun cikgu sibuk dengan pelbagai kerja. Bolehkah cikgu menerangkan sedikit sebanyak

mengenai diri sendiri cikgu sebelum kita pergi kepada soalan – soalan yang terperinci?

Guru B : Selamat pagi cikgu. Ehhh… Izinkan saya bercakap dalam Bahasa Tamil ya.

Nama saya Puan X. Saya telah berkahwin dan saya mempunyai 3 orang anak. Suami Saya

berkerja sebagai cikgu di SMK Semberong. Eh…Anak pertama saya belajar di tahun 4, anak

kedua saya kini berada di tahun 1 dan anak ketida saya 2 tahun. Saya mempunyai satu

keluarga kecil yang bahagia. Saya berkerja selama 19 tahun di sekolah yang sama. Pada

mulanya sekolah ini mempunyai ramai murid dan kini murid semakin kurang sehingga

sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah SKM iaitu sekolah kurang murid.

Saya : Pernah tak cikgu berasa tertekan dan kecewa apabila mendapat penempatan

ke sekolah yang kecil seperti ini? Maksud saya ialah sekolah kurang murid.

Guru B : Ermmm… Saya tidak tertekan dan berasa kecewa kerana semasa saya

mendapat penempatan di sekolah ini, murid si sekolah ini ramai kerana Ladang Niyor ini

dipenuhi dengan penduduk berbangsa India. Oleh kerana sekolah ini berdekatan dengan

rumah – rumah Ladang, maka ibubapa hanya menghantar anak mereka ke sekolah ini

berbanding menghantar anak – anak mereka ke sekolah bandar. Terdapat beberapa murid

beragama islam turut belajar di sekolah ini pada masa itu. Ini kerana di ladang ini ada juga

penduduk yang beragama islam. Pada masa itu, sekolah ini merupakan sekolah yang terkenal

di bandar Kluang kerana banyak pertandingan telah dimenangi oleh murid-murid sekolah ini.

Selain itu, seperti cikgu mengetahui, saya merupakan seorang cikgu yang aktif dalam bidang

sukan. Jadi saya akan melatih murid tanpa mengira

masa. Latihan olahraga sering dijalankan selepas waktu persekolahan. Pada masa itu, saya

turut diberi kemudahan tumpangan di sebuah rumah Ladang. Pada masa itu saya merupakan

guru bujang. Saya sanggup meluangkan masa saya pada waktu petang untuk melatih murid

dalam aktiviti aktiviti sukan. Selepas saya berkerja selama 4 tahun di sekolah ini, guru besar

amat kagum dengan sikap dedikasi saya dan saya medapat

TEKUN DAN YAKIN PADA DIRI SENDIRI

RAJIN DAN DEDIKASI

Page 8: Qualitative to upload

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Lama kelamahan penduduk Ladang ini mula berpindah

ke bandar. Kini terdapat beberapa keluarga sahaja di ladang tersebut. Berikutan kes ini, murid

agak kurang di sekolah ini.Tetapi saya masih ingin berkerja di sekolah ini .

Saya : Cikgu, saya ingin menanyakan soalan tentang kualiti seseorang guru. OK.

Apakah peranan seseorang guru berkualiti bagi menjalankan pengajaran dan pembelajaran

dengan lebih kreatif di dalam bilik darjah yang kondusif?

Guru B : Pada pendapat saya, jika seseorang guru itu adalah guru kreatif, maka guru

itu ialah guru kualiti. Ini kerana apabila seseorang guru ingin menyampaikan cara pengajaran

dengan kreatif, jadi kita dapat tahu bahawa guru itu berusaha unutk mencapai objektif

pengajaran. Inisiatif ini yang mendorong seseorang untuk menjadi guru kualiti.

Saya beranggapan bahawa murid adalah sumber utama kita sebagai guru. Setiap insan yang

berjaya dalam hidup mereka mesti mempunyai peranan guru mahupun sebagai kaunselor

ataupun sebagai pendidik. Oleh itu, guru menjadi akar tunjang kepada setiap

insan yang bergelar murid atau pelajar. Kini terdapat pelbagai cara pengajaran. Cara – cara

yang kreatif sebegini medorong murid untuk memberi tumpuan sepenuh dalam pelajaran.

Contohnya, saya selalu membawa murid saya keluar dari bilik darjah. Saya akan membawa

mereka ke astaka dan mengajar di sana. Kadang – kadang suasana yang berbeza sebegini

dapat menarik minat murid dalam matapelajaran yang saya mengajar itu. Selain itu, kita perlu

mengakui bahawa murid-murid zaman sekarang terikat dengan alat – alat teknologi. Mereka

beranggapan bahawa mereka boleh meneroka dunia di hujung jari. Saya tidak menafikan

istilah itu. Maka guru yang kreatif ini menggunakan alat- alat teknologi ini dalam pengajaran

mereka mengikut peredaran masa. Jadi guru ini dapat menarik minat setiap murid yang

berada di dalam kelasnya. Inilah yang dikatakan sebagai guru berkualiti.

Saya : OK cikgu. Pada pendapat cikgu, adakah guru kualiti ini wujud melalui

pembelajaran berterusan? Contohnya, seseorang guru melanjutkan pelajaran untuk

meningkatkan profesiansinya. (Penerangan terperinci diberi dalam Bahasa Tamil)

Guru B : Pada pendapat saya, pembelajaran berterusan boleh dikatogerikan dengan 2

kriteria. Yang pertama ialah belajar dari pengalaman dan yang kedua ialah melanjutkan

pelajaran seperti yang cikgu beritahu tadi. Kedua –dua aspek ini akan mendorong seseorang

guru menjadi seorang guru yang berkualiti. Minta maaf cikgu kerana saya tidak mempunyai

PERANAN GURU

PERANAN GURU

Page 9: Qualitative to upload

idea yang banyak berkaitan soalan cikgu tadi. Boleh tak cikgu teruskan dengan soalan

seterusnya?

Saya : OK Cikgu. Pada pendapat cikgu, adakah seseorang guru yang berkualiti

perlu menjalinkan perhubungan yang baik dengan ibubapa murid?

Guru B : Ibubapa memainkan peranan penting dalam hidup seseorang murid. Tetapi

ibubapa beranggapan bahawa guru yang meluangkan lebih masa dengan anak- anak mereka.

Mereka menggangap bahawa guru perlu bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka jika

berlaku masalah pembelajaran mahupun masalah disiplin. Tanggapan ibubapa ini perlu

diubah. Jalinan hubungan yang baik dengan ibubapa akan membantu kita untuk menerangkan

situasi sebenar anak mereka. Segala kelakuan murid yang positif dan negatif boleh

berbincang dengan mudah bersama ibupaba jika kita mempunyai perhubungan yang baik

dengan mereka. Sekolah kami amat prihatin dalam kes ini. Kami telah mewujudkan

kumpulan whatsapp mengikut kelas.Ini menyebabkan kami sentiasa berhubung dengan

ibubapa demi kebaikan anak murid. Segala keadaan ataupun perkara yang berkaitan dengan

sekolah akan dibincangkan dalam kumpulan ini. Secara tidak langsung, ini akan

menyebabkan ibubapa dan guru menjalin perhubungan yang baik. Guru yang kualiti akan

sentiasa peka terhadap perkembangan murid. Bagi mencapai hasrat guru berkualiti ini, saya

berpendapat perlulah kita mewujudkan pehubungan baik dengan ibubapa anak murid.

Saya : Baik cikgu, boleh cikgu kemukakan kualiti yang harus ada pada seseorang

guru selain daripada perkara tadi? Sikap yang harus wujud secara semulajadi? (Penerangan

terperinci diberikan dalam Bahasa Tamil)

Guru B : Guru perlulah mempunyai nilai bertanggungjawab.

Perlulah tekun dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi pembelajaran. Seseorang

guru tidak senantiasa bergantung pada sekolah untuk memperbanyak bahan latihan untuk

murid. Contohnya, saya mengeluarkan duit saya sendiri untuk membeli buku latihan jika

terdapat buku – buku yang saya berasa sesuai untuk murid-murid saya. Ini adalah yang

dikatakan sifat semula jadi yang ada pada setiap individu yang digelar guru. Selain itu,

seseorang guru perlu mempunyai sikap ingin tahu tentang murid-murid

yang diajarnya. Latarbelakang murid perlu diambil kira supaya guru dapat membantu murid

jika dia meghadapi sesuatu masalah. Contohnya masalah keluarga, masalah kewangan

KEAKHRAPAN HUBUNGAN

BERTANGGUNGJAWAB

SIFAT GURU

Page 10: Qualitative to upload

mahupun masalah peribadi. Guru harus memainkan perana sebagai kaunselor apabila

mendengar masalah murid. Ini yang dikatakan sebagai sikap semulajadi seseorang guru.

Saya : Pada pendapat cikgu, adakah cikgu berpendapat bahawa seseorang guru

memainkan peranan penting dalam kehidupan setiap anak murid yang diajarnya bagi

mencorakkan kehidupanya yang berjaya?

Guru B : Sudah tentu. Guru memainkan peranan penting dalam kehidupan setiap

individu. Jika cikgu menanya setiap individu yang pernah pergi ke sekolah tentang guru

darjah satu mereka, mereka pasti akan mengingati beliau. Begitu juga dengan guru

kegemaran dan guru yang dikatakan sebagai ‘role model’ mereka. Ini sudah tentu guru

menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka. Sikap guru yang baik, berketerampilan yang

lengkap dan kemas, pengetahuan yang meluas mendorong murid untuk menjadikan guru

tersebut menjadi ‘role model’ mereka. Selain itu, guru menjadi seseorang

yang menjadikan murid menarik minat terhadap sesuatu matapelajaran. Contohnya,

seseorang murid suka terhadap guru matapelajaran Bahasa, maka dia akan suka terhadap

matapelajaran yang diajarnya juga. Maka guru memainkan peranan yang penting bagi

mencorakkan kehidupan setiap murid anak didiknya.

Saya : Saya setuju dengan pendapat cikgu.Dengan soalan itu tadi berakhirlah sesi

temubual saya bersama cikgu. Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi

meluangkan masa berharga cikgu bersama saya. Terima Kasih.

SIFAT GURU

Page 11: Qualitative to upload

Transkrip Temubual Bersama Guru C

Saya : Selamat pagi cikgu.Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih

kepada cikgu kerana meluangkan masa cikgu untuk membenarkan saya menemubual cikgu

walaupun cikgu sibuk dengan pelbagai kerja. Bolehkah cikgu menerangkan sedikit sebanyak

mengenai diri sendiri cikgu sebelum kita pergi kepada soalan – soalan yang terperinci?

Guru C : Ya. Saya memperkenalkan diri saya. Saya Encik Z. Umur saya ialah 40

tahun. Saya lahir di negeri Perak. Saya memulakan alam persekolahan saya di SJKT Chemor,

Perak. Saya melanjutkan pelajaran di sekolah menengah sehingga tingkatan 6. Selepas tamat

tingkatan 6, saya mendapat tawaran belajar di UTM dalam bidang Informasi Teknologi. Saya

telah menamat pelajaran saya di Universiti tersebut. Setelah itu saya berkerja di sebuah Kolej

Swasta dalam bidang IT. Saya telah memohon KPLI dan saya mendapat tawaran untuk

menyambung pelajaran saya dalam bidang pendidikan Di Maktab Perguruan Temenggong

Ibrahim. Setelah saya menamat pengajian saya, saya mendapat penempatan di SJKT

Methodist Kapar, Selangor. Saya telah berkhidmat di sekolah itu selama 8 tahun. Setelah saya

berkahwin, saya berpindah ke sekolah sekarang mengikut isteri saya yang berkerja di Kluang.

Saya mempunyai 2 orang anak. Mereka sedang belajar di tingkatan 3. Mereka ialah anak

kembar. Nama mereka ialah Shalini dan Shubani. Saya merupakan guru cemerlang

matapelajaran Pendidikan Moral yang terlalu menitik beratkan kelakuan dan tingkah laku

anak murid saya. Selain itu, saya juga merupakan seorang guru disiplin di sekolah ini selama

10 tahun. Saya mempunyai pengalaman yang luas dalam matapelajaran Pendidikan Moral.

Itu sahaja serba sedikit tentang diri saya cikgu.

Saya : Pernah tak cikgu berasa tertekan dan kecewa apabila mendapat penempatan

ke sekolah yang kecil seperti ini? Maksud saya ialah sekolah kurang murid.

Guru C : (senyap) Mungkin saya berasa tertekan jika saya mendapat penempatan

pertama di sekolah ini. Tetapi saya berasa pengalaman saya berkerja di sekolah lama itu

memadai saya. Sekolah lama saya ialah sekolah dua sesi yang mempunyai bilangan murid

yang ramai. Beban kerja yang begitu banyak menyebabkan saya letih dari segi fizikal dan

juga mental. Namun, saya suka berkerja di sekolah

tersebut. Apabila saya berkerja di sekolah ini, pengalaman saya amat berbeza berbanding

sekolah lama. Suasana, persekitaran dan bilangan murid yang berbeza menyebabkan saya

mendapat pengalaman yang baru di sekolah ini. Oleh kerana murid di sekolah ini kurang,

TEKUN DAN YAKIN PADA DIRI SENDIRI

TEKUN DAN YAKIN PADA DIRI SENDIRI

Page 12: Qualitative to upload

saya dapat menumpukan perhatian kepada setiap murid dalam kelas saya. Maksud saya

secara individu.Murid –murid di sekolah ini tidak mempunyai pendedahan terhadaap

teknologi mahupun perkara –perkara yang terkini. Oleh itu, saya sanggup berkerja di sekolah

ini demi murid –murid ini melihat dunia luar. Pengalaman mengajar saya yang

agak lama ini membantu saya untuk membina strategi pengajaran yang berbeza supaya murid

sering mendapat ilmu pengetahuan. Kini saya berjaya menjadikan murid – murid saya ini

setaraf murid yang belajar di sekolah bandar.

Saya : Oh begitu. Saya kagum dengan sikap cikgu yang sanggup berkhidmat untuk

murid tinggal dalam kawasan pedalaman. Cikgu, saya ingin menanyakan soalan tentang

kualiti seseorang guru. OK. Apakah peranan seseorang guru berkualiti bagi menjalankan

pengajaran dan pembelajaran dengan lebih kreatif di dalam bilik darjah yang kondusif?

Guru C : Apa yang saya dapati disini (senyap) pengalaman saya sebagai cikgu selama

18 tahun saya mengetahui bahawa banyak aspek yang kena ada pada seseorang cikgu,

seorang cikgu yang terlatih sepatutnya mesti ada amalan professional yang bagus dari segi

cara guru membawa perwatakan, dari segi pakaian yang sopan, dari segi tingkah laku yang

sopan dan sebagainya. Itu adalah watak seseorang yang digelarkan sebagai pendidik iaitu

seorang guru. Dan disini kita perlu memahami bahawa guru itu bukan setakat menjadi guru

yang mengajar akademik tetapi beliau harus menjadi seorang yang boleh menyumbangkan

tenaganya untuk mewujudkan seseorang pelajar yang berwibawa iaitu cemerlang dalam

pendidikan dan juga dalam perwatakan mereka menjadi insan yang

sempurna. Mendisiplinkan murid adalah sebahagian daripada tugas utama seseorang

pendidik. kita lebih suka dikatakan seseorang guru bukan sahaja guru yang mengajar dalam

kelas tetapi dia adalah seorang pendidik. Amalan-amalan profesional yang patut ada pada

seseorang cikgu adalah selain daripada membawa perwatakan yang baik guru mesti

mempunyai ilmu yang secukupnya. Guru mesti mempunyai ilmu tentang matapelajaran yang

diajar. Contohnya jika guru itu adalah opsyen Bahasa Malaysia, maka beliau patut

mempertingkatkan dirinya sebagai pakar rujuk matapelajaran Bahasa Malaysia . Beliau mesti

sentiasa kemaskinikan dirinya dalam bahagian tatabahasa ataupun aspek-aspek lain. Selain

daripada itu, komitmen seseorang cikgu itu sangat penting. Kita perlu memahami bahawa

seorang cikgu bukannya hanya guru pada waktu mengajar sahaja tetapi guru adalah pendidik

sepanjang umur. Itu sangat penting dan seorang cikgu yang seronok

DEDIKASI

PERANAN GURU

Page 13: Qualitative to upload

semasa berada dalam kelas yang diajarnya adalah seorang cikgu yang komited sepenuhnya.

Apabila guru mengajar dengan penuh komitmen, maka ia membantu guru itu mencapai

objektif pengajaran dengan cemerlang. Semua aspek yang saya terangkan

tadi menyimpulkan kriteria – kriteria guru berkualiti yang mengendalikan kelas dengan baik.

Saya : OK cikgu. Pada pendapat cikgu, adakah guru kualiti ini wujud melalui

pembelajaran berterusan? Contohnya, seseorang guru melanjutkan pelajaran untuk

meningkatkan profesiansinya.

Guru C : Hmmm. (senyap dan menarik nafas) Ya. Pembelajaran berterusan

mendorong seseorang guru untuk menjadi lebih berkualiti dari segi cara pengendalian kelas

dan juga cara pengendalian semua kerja berkaitan sekolah. Pada pendapat saya ‘knowledge is

the key for every successful people.’ Without knowledge yang luas orang itu dianggap sebagai

orang yang incomplete dalam dunia ini. Fakta ini sesuai kepada setiap lapisan masyarakat.

Bagi guru pula ia amat sesuai. Guru perlu mencintai kerjaya. Mereka perlu akur bahawa ini

bukan kerjaya untuk menjadi orang kaya malah ia bersifat mencurah

bakti semata-mata. Dengan memahami, murid-murid merupakan barisan pelapis, guru-guru

perlu menyediakan mereka untuk mengharungi cabaran masa depan. Akan tetapi, guru perlu

akur bahawa murid-murid sekarang banyak terpengaruh dengan maklumat dari media sosial.

Keadaan ini mengundang masalah disiplin yang meruncing. Dengan ini, guru perlu bekerja

keras untuk menyemai nilai-nilai murni dalam sanubari murid. Guru-guru perlu menjadi

contoh yang baik. Tambahan pula, guru-guru perlu mendalami ilmu setiap masa. Banyak

pendedahan mengenai pedagodi terpapar dalam media sosial. Guru juga perlu mendalami

ilmu keagamaan. Selain keagamaan, guru juga boleh melanjukan pelajaran ke peringkat yang

lebih tinggi untuk mendapat ilmu yang luas. Setiap ilmu yang diperolehi oleh guru adalah,

ilmu yakan dicurahkan kepada murid kelak. Saya sering berbincang dengan guru kaunseling

mengenai masalah disiplin yang terdapat pada murid – murid zaman sekarang. Guru

kaunseling sentiasa memberi pandangan atau idea yang bernas untuk menangani masalah

disiplin.Ini menyebabkan saya tertarik dengan bidang bimbingan dan kaunseling. Bagi

menceburi bidang tersebut, saya perlu mempunyai pengalaman ataupun pendidikan berkaitan

bidang itu. Saya telah pun mempunyai pengalaman yang mencukupi tetapi saya ingin

mempelajari tentang bidang tersebut. Maka, saya mengambil langkah untuk menyambung

pelajaran saya ke peringkat sarjana dalam bidang bimbingan dan kaunseling. Inilah yang

BERTANGGUNGJAWAB

BERTANGGUNGJAWAB

SIFAT GURU

Page 14: Qualitative to upload

menyebabkan saya berpendapat bahawa guru yang meningkatkan ilmu penegetahuan adalah

guru yang berkualiti.

Saya : Baik Cikgu. Pada pendapat cikgu, adakah seseorang guru yang berkualiti

perlu menjalinkan perhubungan yang baik dengan ibubapa murid?

Guru C : Persepsi tentang beban mendidik anak terletak sepenuhnya kepada guru dan

sekolah perlu diubah. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025,

soal pendidikan anak khususnya yang berkaitan dengan aspek membaca, menulis, mengira

dan menaakul, memerlukan penggemblengan ibu bapa dan guru dalam usaha menghasilkan

pelajar yang berkualiti pada masa depan.Ini bermaksud ibu bapa juga perlu mengambil tahu

soal pembelajaran, kebolehan, disiplin serta kemajuan anak masing-masing dengan

komunikasi rapat dengan guru dan pentadbiran sekolah. Kementerian Pendidikan baru-baru

ini melancarkan inisiatif Bekerjasama dengan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta secara

meluas, di mana Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah merupakan alat bagi membolehkan

pencapaian inisiatif ini.  Pelaksanaan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah dapat mengukuh

dan meluaskan lagi penglibatan Ibu bapa Komuniti dan sektor swasta ke arah pencapaian

aspirasi murid.Sarana Ibu bapa adalah satu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan

penglibatan ibu bapa dengan anak dalam pembelajaran di rumah dan sekolah. Sarana ibu

bapa merangkumi empat elemen meliputi penyediaan suasana pembelajaran di rumah,

interaksi sosial dengan anak, komunikasi dengan anak dan sokongan terhadap kecemerlangan

anak. Melalui program-program sedemikian perhubungan antara ibubapa dan guru mudah

dipupuk. Guru dapat berhubung dengan ibubapa murid pada masa ke semasa bagi masa

depan anak muridnya. Penglibatan guru secara langsung dalam program –program seperti

sarana ibubapa ini mendorong guru mewujudkan persahabatan yang baik dengan ibubapa.

Maka, seseorang guru yang berkualiti perlulah berganding bahu dengan ibubapa demi masa

depan dan pencapaian cemerlang seseorang muridnya.

Saya : Baik cikgu, boleh cikgu kemukakan kualiti yang harus ada pada seseorang

guru selain daripada perkara tadi? Sikap yang harus wujud secara semulajadi?

Guru C : Hmmm… sikap semula jadi seseorang guru….hmmm…bagi saya

guru tidak perlu hanya bergantung kepada sekolah sahaja. Contohnya jika guru ingin

membantu seseorang murid yang menghadapi masalah kewangan dan tidak dapat makan

KEAKHRAPAN HUBUNGAN

Page 15: Qualitative to upload

pada waktu rehat, guru sendiri boleh membantu murid tersebut. Selain itu guru boleh

meminta bantuan daripada PIBG untuk membantu murid tersebut. Contoh seterusnya, saya

ingin menceritakan pengalaman saya sendiri. Anak murid saya mempunyai kepakaran dalam

acara larian 200 meter. Murid itu mampu memecahkan rekod MSSD. Tetapi murid itu sering

menghadapi keletihan setelah menjalani latihan yang singkat. Ini wujud kerana, murid ini

mempunyai masalah kekurangan mutrien dalam makanan. Murid tidak mempunyai makanan

yang cukup di rumahnya. Maka kami beberapa guru mengambil giliran unutk menyediakan

makanan unutk murid tersebut setiap hari. Kami tidak mengharapkan

bantuan sekolah dan kami dengan rela hati membantu murid tersebut. Ini yang dikatakan

sikap semula jadi yang ada pada setiap orang guru.

 

Saya : Saya setuju dengan pendapat cikgu. Dengan soalan itu tadi berakhirlah sesi

temubual saya bersama cikgu. Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi

meluangkan masa berharga cikgu bersama saya. Terima Kasih.

Langkah 1 B

SIFAT GURU

Page 16: Qualitative to upload

Tema

Menurut Robert (2007), peringkat tema ialah membuat ringkasan mengenai maklumat

berkaitan bagi satu tema atau mengumpulkan persamaan atau perbezaan dalam maklum balas

dari responden ke dalam satu kategori. Cara melakukan peringkat tema ialah mengumpulkan

semua data yang berkaian untuk tema (kategori) tertentu.Beberapa tema telah dikenalpasti

melalui temubual yang telah dijalankan kepada tiga orang guru sekolah saya. Walaupun

fokus saya hanya kepada kualiti guru, responden telah memberi pendapat selain daripada

fokus saya. Namun, saya dapat menarik balik perbualan dengan hanya berfokuskan kualiti

guru. Bererapa tema telah dikenalpasti dan berikut adalah carta berkaitan tema yang saya

perolehi melalui temubual bersama tiga orang guru di sekolah saya:

KOD TEMA SUB TEMA JUMLAH PERBICA-NGAN

1 TEKUN DAN YAKIN PADA DIRI SENDIRI

Transkip 1 Transkrip 2 Transkrip 3

-Guru berasa beliau boleh mengaplikasikan ilmu IT yang ada pada kepada anak muridnya.

- Curu yang aktif dalam bidang sukan.

-Guru Cemerlang Pedidikan Moral. Guru disiplin yang berpengalaman.

3

- -

-Suka berkerja di sekolah yang besar serta mempunyai beban kerja yang berlebihan walaupun mempunyai masalah kesihatan.

1

2 BERTANGGUNGJAWAB

-Guru mengganggapmuridnya bagaikan kain putih dan gurulah yang mencorakkannya.

-Guru perlu mempunyai nilai bertanggungjawab.

-Guru perlu mempunyai komitmen terhadap kerjanya.

3

--

-Mengajar dengan penuh teliti supaya mencapai objektif

1

Page 17: Qualitative to upload

pengajaran.

3 PERANAN GURU

-Guru memainkan peranan sebagai ibubapa, pendidik dan kaunselor.

- Cara pengajaran yang kreatif dan mencapai objektif pengajaran.

-Guru harus menyumbangkan tenaganya untuk mewujudkan murid yang cemerlang.

3

--Peranan sebagai kaunselor dan pendidik.

- 1

4 SIFAT GURU -Sifat positif akan mewujudkan hubungan baik antara murid dan guru.

-Guru perlu mempunyai sikap ingin tahu tentang murid-murid yang diajarnya.

-Guru perlu mencintai kerjayanya dan mempunyai sifat mencurah bakti.

3

-

-Sikap guru yang baik, berketerampilan berpengetahuan.

-Guru mengambil inisiatif untuk meyediakan makanan kepada murid tanpa bantuan sekolah.

2

5 RAJIN -Berkerja lebih masa da mencari teknik pengajaran yang menarik.

- Meluangkan masa pada waktu petang untuk melatih murid dalam aktiviti sukan.

- 2

-Guru ini percaya kepada istilah pembelajaran sepanjang hayat

- - 1

6 DEDIKASI -Guru yang dedikasi akan mencipta kaedah yang mudah kepada murid.

- Guru Besar kagum dengan sikap dedikasi guru.

- Sanggup berkerja di sekolah pedalaman demi murid-murid yang tiada pendedahan dunia luar.

3

Page 18: Qualitative to upload

- - -

7 KEAKHRAPAN HUBUNGAN

-Mewujudkan kumpulan whatsapp untuk mewujudkan perhubungan yang baik dengan ibubapa.

-Guru perlu mewujudkan perhubungan baik dengan ibubapa anak muridnya.

-Guru perlu berganding bahu dengan ibubapa murid demi masa depan seseorang murid.

3

- - -

Saya telah membuat carta dengan menggunakan data yang saya perolehi melalui

temubual tiga orang guru daripada sekolah saya. Masing- masing mereka telah memberikan

pendapat berkaitan dengan kualiti guru. Saya telah memilih beberapa tema untuk membuat

analisis data. Tema yang saya pilih ialah :-

a) Tekun dan yakin pada diri sendiri

b) Bertanggungjawab

c) Peranan Guru

d) Sifat Guru

e) Rajin

f) Dedikasi

g) Keakhrapan Hubungan

Responden telah memberi penjelasan yang baik mengikut tema-tema tersebut. Mereka telah

menekankan bahawa guru kualiti perlulah mempunyai kualiti – kualiti yang disebut dalam

carta. Maka secara kesimpulannya, tema –tema tersebut memainkan peranan penting bagi

mewujudkan seseorang guru kepada guru berkualiti.

Page 19: Qualitative to upload

Langkah 2

INTER-RATER RELIABILITI

Pengesahan atau keboleh percayaan data selalunya kita akan menggunakan teknik

pemerhatian ataupun lebih dikenali dengan perkataan observation, misalnya ingin

mengetahui jawapan yang diberi oleh responden adalah benar ataupun tidak.Situasi ini wujud

kerana kita perlu memastikan data yang dikumpul adalah sahi dan betul. Bagi memastikan

perkara itu benar, maka kita menggunakan cara inter rater reliability. Antara prosedurnya

adalah:

a) Pengkaji boleh menguji data yang dikumpul melalui pemerhatian ataupun penelitian

terhadap data yang diperolehi.

b) Melakukan kaji semula dengan menggunakan data yang dikumpulkan dengan bantuan

beberapa orang yang berkaitan dengan bidang kajian.

Dalam kajian ini triangulasi digunakan bagi kesahan dan kebolehpercayaan data

kualitatif. Kajian ini menggunakan jenis triangulasi pelbagai keputusan responden. Ini

bermaksud terdapat beberapa orang responden memberi maklumat atau fakta bagi menjawab

soalan kajian yang sama. Kaedah ini digunakan adalah untuk meningkatkan kesahan dan

kebolehpercayaan data kualitatif kajian ini. Kebolehpercayaan dapatan kajian ini dilakukan

oleh rakan sekelas saya. Data kajian ini telah ditukar dengan seorang rakan sekelas saya

untuk melakukan kebolehpercayaan data kajian ini. Proses ini telah mengambil masa selama

tiga jam untuk membuat kebolehpercayaan data.

Terdapat seorang guru kelas saya yang tinggal di Kluang. Maka kami berbincang satu

sama lain untuk meluangkan masa untuk menjalankan inter rater reliabiliti ini. Pengkaji

meluangkan selama 3 jam untuk 3 respoden. Kami menetapkan tarikh dan tempat untuk

berkumpul bagi melakukan proses ini. Pada hari tersebut kami telah berkumpul dan

melakukan proses inter reliabiliti ini.

Guru itu telah diedarkan tiga transkrip responden yang telah dikodkan dengan tema dan

penjelasan. Beliau telah melihat dan menganalisis sejauhmana kebolehpercayaan data yang

dikodkan tersebut. Semasa melakukan kebolehpercayaan data, telah dikenalpasti terdapat

beberapa perbezaan dalam data yang dikodkan.Pelbagai cadangan dan pendapat diajukan

oleh guru ini. Walaupun pandangan yang berbeza, tetapi guru itu masih memberi komitmen

yang baik. Dalam menyelesaikan perkara ini, pengkaji dan rakan sekelas telah berbincang

Page 20: Qualitative to upload

untuk mencapai satu keputusan untuk kesahan data tersebut. Pengkaji dan rakan sekelas

menyemak kebolehpercayaan data, akhirnya kami telah melakukan kesahan data kajian ini.

Berikut adalah tema – tema saya dan pandangan rakan sekelas saya yang sahih dan tidak

sahih yang di gunakan untuk kajian bagi mendapatkan kesahihan data:-

BIL TEMA PENGKAJI

(SAYA)

PENERANGAN TIGA

RESPONDEN

SETUJU

ATAU

TIDAK

SETUJU

1 Tekun dan yakin pada diri

sendiri

-Menyatakan kepakaran dalam bidang

masing-masing. SETUJU

2 Bertanggungjawab -Sikap guru yang memberi komitmen

terhadap kerja. SETUJU

3 Peranan Guru -Kerja yang harus dilakukan oleh

seseorang guru. SETUJU

4 Sifat Guru -Sifat positif, berketerampilan dan

mempunyai sikap cinta akan kerjaya. SETUJU

5 Rajin -Meluangkan lebih masa untuk

menjalankan kerja-kerja yang

ditugaskan.

TIDAK SETUJU

6 Dedikasi Sanggup melakukan tugasan dengan

sempurna demi kepuasan diri.SETUJU

7 Keakhrapan Hubungan -Mewujudkan hubungan baik dengan

ibubapa murid-murid supaya ia dapat

membantu murid – murid mencapai

pencapaian yang cemerlang dalam

akademik.

SETUJU

Satu tema telah disingkirkan. Ini kerana rakan saya tidak bersetuju dan mendapat tahu

bahawa tema tersebut tidak boleh dikaitkan dengan penjelasan responden. Beliau

beranggapan tema rajin tidak boleh dikaitkan dengan dengan berkerja labih masa. Beliau

Page 21: Qualitative to upload

= 86%

menganggap bahawa ia dibawa tajuk dedikasi.Maka kami mengambil keputusan untuk

menyingkirkan tema tersebut. Akhirnya, dapat kami menyiapkan kesahan data melalui

kaedah kumpulan iaitu bersama rakan sekelas saya.

Cara saya membuat pengiraan bagi memastikan kesahan data adalah seperti berikut:-

Jumlah tema = 140

120

140

Jumlah kesahihan data yang saya perolehi adalah 86%. Dengan pengiraan tersebut,

saya apat menyiapkan inter- rater reliability.

100setuju 120

Tidak setuju 20

Page 22: Qualitative to upload

BAHAGIAN 2TAFSIRAN DAN PERSEMBAHAN DATA

YANG DIPEROLEHI

Page 23: Qualitative to upload

ANALISI DATA

Analisis data kualitatif biasanya dimulakan dengan mengumpulkan data, mengetahui

data yang releven dan penting berkaitan dengan fokus kita. Perkara ini penting kerana data

yang diperolehi haruslah data yang betul dan mempunyai kaitan dengan kajian kita. Apabila

kita meneliti data yang diperolehi , kita akan berasa seronok untuk menganalisisnya. Ini

kerana respoden – responden telah memberikan pelbagai jenis pendapat berkaitan satu unsur.

Rangka kerja analisis merangkumi 5 langkah utama iaitu membiasakan

(familiarisasi), mengenalpasti tema rangka kerja, mengindeks, mencarta, memeta dan

menginterpretasi.

Familiarisasi merupakan proses semasa mengumpul data. Ini bererti, pengkaji agak

akan terlibat secara langsung semasa mengumpulkan data samada dalam bentuk temubual

dan transkripsi. Sepanjang proses ini, pengkaji perlulah sedar tentang tema dan idea utama

kajian. Idea utama dalam kajian ini adalah kualiti seseorang guru.

Kenal pasti tema rangka kerja pula merujuk kepada langkah kedua setelah

pengkaji biasa ataupun dalam bahasa inggeris familiar dengan sesuatu isu itu. Pada peringkat

ini , pengkaji perlu menentukan tema berpandukan data yang dikumpulkan pada peringkat

familiarisasi. Ritcher dan Spencer menegaskan rangka kerja tema mesti bertentatif. Dalam

kajian ini tentatif yang diatur ialah tarikh temu bual, tempat temu bual dan masa serta tempoh

temu bual. Ketiga-tiga responden ditemu bual mengikut tentatif yang berlainan. Responden

pertama ditemu bual pada pukul 11.00 hingga 11.20 pagi, 2 Jun 2016 di SJKT Ladang Niyor

iaitu sekolah saya. Responden kedua ditemubual pada pukul 2 petang, pada hari yang sama.

Walaupun responden berasa kesal kerana telah memberi temu janji kepada saya kerana beliau

mempunyai program lain namun beliau bersetuju apabila saya menyatakan bahawa temubual

hanya memakan masa selama 30 minit .Tempatnya adalah sekolah saya iaitu SJKT Ladang

Niyor kerana responden berasa tempat itu merupakan tempat yang selesa baginya. Responden

ketiga ditemu bual pada pukul 2 petang 3 Jun 2016 di kediamanya kerana rumahnya tidak

jauh daripada rumah saya.

Mengindeks pula merujuk kepada aspek mengenalpasti bahagian data yang

berkaitan dengan tema. Proses ini digunapakai pada peringkat menganalisa kandungan

transkrip temu bual. Dalam kajian ini, pengkaji telah merujuk kepada perbualan (dalam

Page 24: Qualitative to upload

Bahasa Tamil) yang dirakamkan dan biodata responden. Rintchi dan Spencer mencadangkan

agar pengkaji menggunakan kaedah numerikal.

Mencarta merujuk kepada data spesifik yang telah diindeks pada peringkat ke tiga.

Pada peringkat ini, pengkaji akan mengutarakan atau menyalin semula bahagian-bahagian

tertentu dalam transkrip atau sumber bertulis yang lain. Di sini, pengkaji dikehendaki

menyusun semua perkara yang telah diindeksikan pada peringkat mengindeks. Berikut

merupakan indeksi bagi perkara-perkara yang dipilih;

i. Nama

ii. Pengalaman Berkhidmat

iii. Jawatan Dalam Kerjaya

iv. Pengalaman Daripada Murid

v. Kepuasan Pelaksanaan Tugas

Memeta dan Menginterpretasi merupakan peringkat terakhir merangkumi analisis

mengenai ciri-ciri utama yang terkandung dalam carta. Analisa ini sepatutnya menjadi

panduan kepada pengkaji untuk menginterpretasi set data. Pada tahap ini, pengkaji sepatutnya

menyedari objektif analisis kualitatif, Ia mesti melambangkan sikap sebenar, kepercayaan dan

nilai jati diri responden. Pada peringkat ini, pelbagai masalah dihadpi oleh saya untuk

menjalankan peringkat ini tetapi saya dapat juga menyiapkannya dengan sempurna.

Selain itu, inter-rater reliabiliti juga memainkan peranan penting bagi saya

menyiapkan kajian ini dengan data yang betul dan tepat. Seperti yang saya nyatakan tadi

dalam tajuk inter-rater reliabili bahagian 1, saya dan sorang guru lagi yang tinggal di Kluang

telah menetapkan tarikh dan tempat untuk membuat proses inter –rater reliabiliti. Kami

mengunakan bilik mesyuarat di Pusat Kegiatan Guru di Kluang Timur. Kami menetapkan

masa pada waktu petang iaitu pukul 2 hingga pukul 4. Namun kami tidak dapat menyiapkan

proses ini pada masa yang kami tetapkan. Oleh tu kami mengambil lagi sejam untuk

menyiapkannya. Pada mulanya, guru tersebut telah diedarkan tiga transkrip responden yang

highlight mengikut tema. Beliau telah melihat dan menganalisis sejauhmana

Page 25: Qualitative to upload

kebolehpercayaan data yang dikodkan tersebut. Semasa melakukan kebolehpercayaan data,

telah dikenalpasti terdapat beberapa perbezaan dalam data yang dikodkan.Pelbagai cadangan

dan pendapat diajukan oleh guru-guru ini. Walaupun pandangan yang berbeza, tetapi guru –

guru masih memberi komitmen yang baik. Dalam menyelesaikan perkara ini, pengkaji dan

rakan sekelas telah berbincang untuk mencapai satu keputusan untuk kesahan data tersebut.

Pengkaji dan rakan sekelas menyemak kebolehpercayaan data, akhirnya kami telah

melakukan kesahan data kajian ini. Maka saya yakin bahawa data yang telah diproses tadi itu

merupakan data yang tepat dan sahih.

Persamaan antara tema turut memainkan peranan penting bagi pengkaji untuk

menyiapkan kajian ini, Ia berkait rapat dengan proses inter rater realibiliti. Semasa kami

berdua melakukan proses ini, kami mengenali bahawa, kami tema yang kami kodkan

mempunyai beberapa persamaan. Ini kerana tajuk adalah kualiti seorang guru. Responden

kami bertiga sering menyatakan tema yang sama. Ia menunjukkan bahawa seseorang guru

yang berkualiti harus mempunyai tema-tema yang saya nyatakan di bahagian 1. Selain itu,

terdapat juga tema yang berlainan. Tetapi tema-tema tersebut masih mempunyai kaitan

dengan kualiti seseorang guru. Namun, kebanyakan tema kami mempunyai persamaan yang

ketara.

Persembahan Data menjurus kepada cara pesembahan data yang diperolehi.Data

atau maklumat yang diperolehi hendaklah dipersembahkan dengan jelas. Persembahan data

atau maklumat boleh ditulis dalam bentuk :

a) Jadual

b) Senarai

c) Carta

d) Graf

Saya menggunakan kaedah jadual bagi mempersembahkan data yang saya perolehi melalui

temubual bersama tiga orang guru.Manakala bagi menunjukkan tema – tema dalam transkrip,

saya telah highlight perkara-perkara yang dibincangkan berkaitan transkrip mengikut tema.

Saya memberikan warna yang berlainan bagi setiap tema supaya kita dapat mengetahui

peebezaan antara satu tema ke tema yang lain. Selain itu, jika mempunyai tema yang sama

dalam transkrip responden kedua dan ketiga, saya menggunakan warna yang sama bagi

menunjukkan persamaan antara setiap tema. Ia membantu untuk mengenal pasti perbezaaan

dan persamaan tema.

Page 26: Qualitative to upload

Setelah tema telah dikenalpasti, data yang diperolehi disusun dengan teratur dalam

bentuk jadual. Bagi pendangan saya, bentuk jadual mudah difahami dan mudah untuk

menyusun data dengan baik. Ini tidak bermakna bahawa cara lain memudaratkan. Pandangan

saya, bentuk jadual mudah difahami jika dipersembahkan dengan jadual.

Tafsiran daripada analisis data merupakan apa yang kita perolehi melalui kajian

yang kita telah lakukan. Di sini pengkaji mendapat banyak pengetahuan mengenai seorang

guru yang berkualiti. Kualiti seseorang hanya dapat dilihat dengan cara pemerhatian. Guru

perlu memahami bahawa dirinya bertanggungjawab untuk membentuk sikap murid-murid ke

arah positif. Oleh itu, guru perlu memiliki nilai-nilai yang luhur seperti rajin, kasih sayang,

berdedikasi, menjiwai murid dan menepati waktu. Sememangnya, guru menjadi model yang

dicontohi oleh murid. Guru juga perlu akur bahawa beliau insane yang dapat menginsankan

murid dalam tiga kategori utama iaitu kurikulum (intelek), afektif (rohani dan emosi) dan

psikomotor (jasmani).Oleh itu, kualiti guru bergantung penuh kepada cara interaksi beliau

dengan murid dan masyarakat. Ketekunannya menjadi tunjang kejayaan guru tersebut.

PenutupKajian kualitatif ini pasti memberi impak dari segi meningkatkan mutu jati diri

seseorang guru. Harap pengumpulan data menunjukkan keberkesan guru berkualiti di bidang

pendidikan dengan lebih terperinci. Saya turut mendapat ilmu yang mendalam tentang kualiti

guru.

Page 27: Qualitative to upload

Rujukan

1.Modul Qualititave Research, Universiti Terbuka Malaysia.2016

2.Srivastava,A.& Thomson,S.B.(2009). Framework Analysis: A Qualitative Methodology for Applied policy Reseach. JOAAG,Vol.4.No.20 http://joaag.com/uploads/06 Research Note Srivastava and Thomson 4 2 .pdf

3.Abdul Aziz Abdul Talib (1993). Menguji Kemahiran Bahasa: Prinsip, Teknik dan contoh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. www.snapsurveys.com/.../what-is-the-difference-between- qualitative - rese

5. www.qualitative-research.net/

Page 28: Qualitative to upload