Quiz 1 5_

5
1 BKAL1013 PERAKAUNAN PERNIAGAAN SEMESTER OKTOBER SESI 2013/2014 DR ZAIMAH ZAINOL ARIFFIN KUIZ 1: 5% Anda diperuntukkan selama 15 minit untuk menjawab 25 soalan di bawah. Sila pilih satu jawapan yang TERBAIK, dan jawab di dalam kertas OMR yang disediakan. 1. Prinsip yang menyatakan bahawa aset yang diperolehi oleh perniagaan perlu direkodkan pada harga pertukaran ialah: A. prinsip objektiviti B. prinsip harga tukaran C. prinsip pengiktirafan hasil D. prinsip kos 2. Contoh pengguna luar maklumat perakaunan ialah: A. pengurus B. pelabur C. penyelia D. pekerja 3. Yang manakah BUKAN merupakan andaian perakaunan: A. entiti berasingan B. objektiviti C. tempoh masa D. unit kewangan 4. Belian peralatan pejabat secara tunai mengakibatkan: A. peningkatan jumlah aset dan liabiliti B. peningkatan jumlah aset dan penurunan ekuiti pemilik C. tiada kesan ke atas jumlah aset dan liabiliti D. peningkatan liabiliti dan penurunan ekuiti pemilik

description

quiz 15 analisis

Transcript of Quiz 1 5_

Page 1: Quiz 1 5_

1

BKAL1013 PERAKAUNAN PERNIAGAAN

SEMESTER OKTOBER SESI 2013/2014

DR ZAIMAH ZAINOL ARIFFIN

KUIZ 1: 5%

Anda diperuntukkan selama 15 minit untuk menjawab 25 soalan di bawah. Sila pilih satu

jawapan yang TERBAIK, dan jawab di dalam kertas OMR yang disediakan.

1. Prinsip yang menyatakan bahawa aset yang diperolehi oleh perniagaan perlu direkodkan

pada harga pertukaran ialah:

A. prinsip objektiviti

B. prinsip harga tukaran

C. prinsip pengiktirafan hasil

D. prinsip kos

2. Contoh pengguna luar maklumat perakaunan ialah:

A. pengurus

B. pelabur

C. penyelia

D. pekerja

3. Yang manakah BUKAN merupakan andaian perakaunan:

A. entiti berasingan

B. objektiviti

C. tempoh masa

D. unit kewangan

4. Belian peralatan pejabat secara tunai mengakibatkan:

A. peningkatan jumlah aset dan liabiliti

B. peningkatan jumlah aset dan penurunan ekuiti pemilik

C. tiada kesan ke atas jumlah aset dan liabiliti

D. peningkatan liabiliti dan penurunan ekuiti pemilik

Page 2: Quiz 1 5_

2

5. Urusniaga manakah yang memberi kesan debit dan kredit akaun aset?

A. Menerima bayaran daripada pelanggan yang berhutang

B. Membeli kenderaan secara kredit

C. Pemilik mengambil tunai untuk kegunaan pribadi

D. Membayar bil utiliti

6. Maklumat manakah yang BENAR mengenai ekuiti pemilik?

A. Meningkat dengan hasil dan ambilan

B. Meningkat dengan hasil dan pelaburan oleh pemilik

C. Menurun dengan hasil dan belanja

D. Menurun dengan ambilan dan pelaburan oleh pemilik

7. Tujuan penyediaan imbangan duga ialah:

A. menyemak keseimbangan baki debit dan kredit lejer

B. menyemak pindah catat daripada jurnal ke lejar

C. menyemak kedudukan kewangan perniagaan

D. semua di atas

8. Yang manakah daripada berikut adalah contoh belanja terakru?

A. Belian bekalan pejabat pada awal tahun direkodkan sebagai belanja bekalan

B. Cukai tanah yang berlaku dalam tempoh semasa, akan dibayar pada awal tahun

hadapan.

C. Belanja susutnilai

D. Hasil sewa telah terperoleh dalam tempoh semasa, tunai akan diterima pada awal tahun

hadapan.

9. Yang manakah daripada berikut adalah contoh hasil terdahulu (tertunda)?

A. Tunai diterima setelah hasil terperoleh

B. Tunai diterima sebelum hasil terperoleh

C. Tunai dibayar setelah belanja berlaku

D. Tunai dibayar dalam tempoh sama belanja berlaku

Page 3: Quiz 1 5_

3

10. Kegagalan membuat catatan pelarasan bagi hasil terakru akan menyebabkan:

A. hasil terkurang catat; liabiliti terkurang catat

B. hasil terlebih catat; liabiliti terlebih catat

C. hasil terlebih catat; aset terlebih catat

D. hasil terkurang catat; aset terkurang catat

11. Pada 1 Oktober 2013, Nasrul Enterprise membayar sewa pejabat secara tunai untuk tempoh

dua (2) bulan iaitu bagi bulan Oktober dan November 2013 berjumlah RM8,000. Catatan

jurnal yang dibuat pada 1 Oktober 2013 ialah akaun Sewa Prabayar telah didebit dan akaun

Tunai telah dikredit. Catatan pelarasan pada 31 Oktober 2013 ialah:

A. debit Belanja Sewa; credit Sewa Prabayar RM8,000

B. debit Sewa Prabayar; credit Belanja Sewa RM8,000

C. debit Belanja Sewa; credit Sewa Prabayar RM4,000

D. debit Sewa Prabayar; credit Belanja Sewa RM4,000

12. Catatan penutup akan memberi kesan kepada akaun:

A. liabiliti

B. tunai

C. ekuiti pemilik

D. aset

13. Cabang perakaunan yang mempunyai tujuan utama membantu pengguna dalaman

membuat keputusan ialah:

A. perakaunan kewangan B. perakaunan pengurusan C. audit dalaman D. sistem maklumat perakaunan

14. Pernyataan manakah yang BENAR bagi sesebuah syarikat:

A. entiti berasingan daripada pemiliknya B. dikawal oleh MASB C. pemegang saham mempunyai liabiliti yang tidak terhad D. pemegang saham mempunyai liabiliti yang terhad sama seperti perkongsian

Page 4: Quiz 1 5_

4

15. Prinsip perakaunan yang memerlukan catatan pelarasan di akhir tempoh perakaunan adalah:

A. prinsip pemadanan dan prinsip kos sejarah B. prinsip pemadanan dan prinsip pengiktirafan hasil C. prinsip pengiktirafan hasil dan prinsip pendedahan penuh D. prinsip pemadanan dan prinsip pendedahan penuh 16. Tuntutan kreditor terhadap aset dikenali sebagai: A. belanja B. hasil C. ekuiti D. liabiliti 17. Jika sesebuah perniagaan mengalami peningkatan dalam liabiliti sebanyak RM75,000

dan penurunan di dalam ekuiti pemilik sebanyak RM30,000 dalam satu tempoh yang sama, maka aset pula perlu:

A. menurun RM105,000. B. menurun RM45,000. C. meningkat RM105,000. D. meningkat RM45,000. 18. Penyata ekuiti pemilik melaporkan: A. perubahan ekuiti pemilik pada tarikh tertentu B. perubahan ekuiti pemilik pada tempoh tertentu C. aliran tunai daripada operasi, pembiayaan dan pelaburan pada tarikh tertentu D. aliran tunai daripada operasi, pembiayaan dan pelaburan pada tempoh tertentu 19. Catatan kredit pada jurnal am mungkin menunjukkan: A. penurunan dalam kedua-dua aset dan liabiliti B. penurunan dalam aset dan peningkatan dalam liabiliti C. peningkatan dalam kedua-dua aset dan liabiliti D. peningkatan dalam aset dan penurunan dalam liabiliti 20. Azuan Enterprise membeli peralatan bernilai RM5,000. Azuan membayar tunai

RM1,000 dan menandatangani nota bagi jumlah selebihnya. Azuan telah mendebit akaun Peralatan, mengkredit akaun Tunai dan

A. mengkredit akaun Hasil, RM4,000 B. mendebit akaun Modal, RM4,000 C. mendebit akaun Belanja Peralatan, RM4,000 D. mengkredit akaun liabiliti, RM4,000

Page 5: Quiz 1 5_

5

21. Pada 1 Oktober 2013, Zamree Enterprise melaporkan baki tunai sebanyak RM12,000. Sepanjang Oktober Zamree telah membuat tambahan modal dalam perniagaan sebanyak RM3,000, perbelanjaan berjumlah RM14,000 dan hasil terakru sebanyak RM5,000. Baki tunai pada penghujung Oktober 2013 ialah:

A. RM1,000 baki debit B. RM6,000 baki debit C. RM1,000 baki kredit D. RM6,000 baki kredit 22. Langkah pertama dalam proses perekodan ialah: A. menyediakan penyata kewangan B. menganalisa urusniaga dan kesannya terhadap akaun C. pindah catat ke dalam lejar D. menyediakan imbangan duga 23. Yuslina Bhd menyediakan perkhidmatan mengandam pengantin telah membilkan

pelanggan sebanyak RM2,500 di atas perkhidmatan yang telah diberikan. Urusniaga ini menyebabkan:

A. liabiliti meningkat sebanyak RM2,500 B. aset meningkat sebanyak RM2,500.

C. ekuiti pemilik meningkat sebanyak RM2,500. D. kedua-dua B dan C 24. Peraturan yang manakah yang TIDAK BENAR? A. kredit mengurangkan akaun ambilan B. debit meningkatkan akaun modal C. kredit meningkatkan akaun hasil D. debit mengurangkan akaun liabiliti 25. Catatan penutup dibuat: A. apabila perniagaan akan ditutup dan operasi perniagaan dihentikan B. untuk mendapatkan baki kosong pada akaun aset, liabiliti dan modal pada awal

tempoh perakaunan berikutnya C. untuk memindahkan untung (rugi) bersih dan ambilan ke dalam akaun modal D. untuk membolehkan penyediaan penyata kewangan

Soalan Tamat