Rafisah p&p
-
Upload
mohammad-lat -
Category
Documents
-
view
214 -
download
0
Transcript of Rafisah p&p
UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
1
ISI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
Pengenalan
Hasil Pembelajaran
Aktiviti Berpusatkan Pelajar
Strategi, Kaedah atau Teknik yang digunakan
Justifikasi Menggunakan Strategi, Kaedah atau Teknik tersebut
Kaitannya dengan Teori Pembelajaran
Penilaian Pencapaian Hasil Pembelajaran
Rumusan
Bibliografi
Lampiran
2
3
4
5-7
7-8
9
10
11
12
13-21
UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
2
PENGENALAN
Pengajaran dan pembelajaran di sekolah berlaku setiap hari sama ada di dalam bilik darjah,
mahu pun diluar bilik darjah. Pelbagai strategi, kaedah atau teknik yang digunakan oleh guru
dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran mereka.
Ada beberapa komponen dan aspek selalunya dinilai oleh pensyarah dari Institut Pendidikan
Guru atau dari pihak pentadbiran sekolah. Antaranya ialah ;
Komponen Perancangan iaitu hasil pembelajaran, isi pelajaran, strategi pengajaran dan
pembelajaran, sumber pengajaran dan pembelajaran, penerapan nilai dan unsur kemahiran
berfikir.
Manakala komponen Pelaksanaan meliputi permulaan, perkembangan pelajaran, pengurusan
bilik darjah, komunikasi, kualiti pembelajaran, penutup,pencapaian hasil pembelajaran dan
aplikasi nilai.
Seterusnya komponen Amalan Refleksi iaitu pemikiran reflektif, catatan reflektif dan
pembinaan portfolio.
Komponen yang terakhir ialah Sikap dan Sahsiah yang mengandungi penampilan diri,
keperihatinan.pekerti dan sifat professional.
Mengikut tugasan yang diberi, saya telah membuat pemerhatian pengajaran seorang rakan di
Sekolah Taman Ria, Padang Serai pada 21 mac 2013 yang lalu.Moga ulasan saya ini menjadi
panduan dalam penambahbaikkan untuk pengajaran dan pembelajaran kita bersama.
UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
3
A) HASIL PEMBELAJARAN
Berdasarkan permerhatian saya, hasil pembelajaran yang dicapai oleh pelajar cikgu
Norliza begitu baik sekali dan jelas tercapai objektifnya.
Pelajar-pelajar Tahun Empat kelas 4 RIA 2 ini dapat membaca teks cerita ‘ Penggembala
Yang Tamak ‘ dengan sebutan dan intonasi yang betul dengan bimbingan cikgu Norliza.
Teori pembelajaran kognitif adalah berkaitan rapat dengan aktiviti bacaan ini. Pelajar
yang dibimbing dalam bacaan secara berulang-ulang dapat memfokuskan bahawa
keupayaan mental pelajar untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan mengeluarkan
semula segala pengalaman untuk membolehkan ia memerhatikan pertalian antara
pengalaman tersimpan dengan masalah yang dihadapi. Oleh itu, pelajar dapat membaca
dengan sebutan dan intonansi yang betul setelah dibimbing oleh guru.Menurut psikologis
ini, dalam pembelajaran, pelajar membentuk struktur kognitif dalam ingatannya. Setiap
kali pelajar belajar, ia akan menyusun segala pengalaman dan menyimpannya dalam
‘ingatan’. Pelajar-pelajar kelas ini juga berjaya mencapai objektif dalam aktiviti
menyenaraikan kata kerja mengikut konteks cerita ‘ Penggembala Yang Tamak ‘.Setelah
penerangan guru tentang kata kerja berserta contoh di dalam bacaan, pelajar dapat
memahami kehendak dan arahan guru mereka.Kebolehan ini dikenali sebagai celik akal.
Dengan itu, nyatalah seseorang individu jarang menggunakan cara cuba jaya untuk
mempelajari sesuatu.
Manakala aktiviti membina ayat tunggal dan ayat majmuk pula , pelajar kelas ini berjaya
membina ayat secara lisan dan bertulis dengan bimbingan guru mereka.Teori
pembelajaran Kognitif membolehkan pelajar membina semula ayat daripada perkataan
yang diberikan oleh guru.
UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
4
B) AKTIVITI BERPUSATKAN PELAJAR
Salah satu strategi dalam pengajaran dan pembelajaran seperti yang dinyatakan oleh Mok
Song Sang (2002) ialah berpusatkan pelajar. Ianya bertujuan mewujudkan pengalaman
pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Memberi peluang kepada pelajar belajar
secara individu, kumpulan dan kelas.Contohnya semua pelajar membaca teks dengan
mengulanginya semula setelah wakil setiap kumpulan membaca dengan arahan guru.
Aktiviti berpusat ini juga memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan
sumber dan aktiviti pembelajaran.Contohnya pelajar kemudian mencari dan menyatakan
nilai-nilai murni yang terdapat dalam teks tersebut contohnya nilai kerjasama dan
kerajinan.
Aktiviti lain berkaitan juga adalah seperti langkah ke-3 iaitu pelajar mengeluarkan kata
kerja dari petikan teks yang dibaca secara berkumpulan membina ayat dari perkataan-
perkataan tersebut dengan bimbingan guru. Ini mewujudkan kolaboratif antara guru
dengan pelajar dalam mencari kata kerja seperti terkandung dalam aktiviti berpusatkan
pelajar.
Ini bermakna guru banyak memberi arahan dan pemudah cara, pelajar-pelajar lah yang
lebih banyak berusaha melakukan aktiviti tersebut.
UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
5
C) STRATEGI, KAEDAH ATAU TEKNIK YANG DIGUNAKAN
Menurut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk
mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga boleh diibaratkan sebagai suatu susunan
pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan
menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum.
Terdapat empat jenis strategi telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di
kelas ini seperti yang dinyatakan oleh Mok Song Sang (2002):
i) Pemusatan Guru. Contohnya cikgu Norliza membaca teks ‘ Penggembala Yang Tamak
‘ kepada pelajarnya sebagai permulaan. Pelajar kemudian mengikut bacaan guru mereka
secara kelas.
ii) Pemusatan Murid. Ini berlaku dalam aktiviti bacaan secara kumpulan, aktiviti
menyenaraikan kata kerja di papan tulis dan pelajar membina ayat menggunakan kata
kerja yang diberikan oleh guru di dalam kumpulan yang ditetapkan.
iii)Berasaskan Bahan. Pelajar melakukan aktiviti dari bahan bacaan dengan bimbingan
guru.Contohnya perkataan ‘menjaga ‘.Pelajar dapat membina ayat daripada perkataan
tersebut.
iv) Berasaskan Tugasan/aktiviti. Aktiviti yang jelas di sini ialah aktiviti menyenaraikan
kata kerja dari bahan bacaan dan membina ayat dari kata kerja yang diberikan oleh guru.
Strategi dan aktiviti yang dijalankan adalah sesuai tetapi hanya mengambil kira
sebahagian daripada faktor berikut iaitu hasil pembelajaran yang hendak dicapai, isi
pelajaran, keunikan individu murid, sumber pengajaran dan pembelajaran, masa dan
situasi.
UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
6
Manakalakaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kelas ini ialah ;
1. Prosedur pertama: Mengenal pasti masalah. Dalam aktiviti membaca, pelajar yang
lemah, tidak tahu membina ayat telah dikenal pasti semasa aktiviti dijalankan.
2. Prosedur kedua: Merancang penyelesaian. Guru membantu pelajar yang lemah
membaca melalui pembacaan individu dan bantuan rakan sebaya. Manakala pelajar yang
tidak dapat membina ayat diberi pemulihan dengan bantuan gambar dan kad-kad
perkataan yang dapat membentuk ayat.
3. Prosedur ketiga: Mengumpul maklumat. Kemudian guru menilai semula masalah
yang dihadapi pelajar sama ada mereka boleh atau tidak dalam aktiviti tersebut walaupun
setelah dibimbing.
4. Prosedur keempat: Membuat tafsiran. Guru mencatat nama pelajar seterusnya
membuat tindakan susulan untuk aktiviti pemulihan atau sebaliknya.
5. Prosedur kelima: Membuat kesimpulan.
Antara teknik yang digunakan oleh cikgu Norliza ialah :
1. Teknik main peranan, iaitu semasa set induksi dilaksanakan.
2. Teknik latih tubi untuk pelajar yang lemah dalam bacaan.
3. Teknik bercerita digunakan cikgu Norliza semasa langkah penutup sebagai
pengukuhan pengajarannya hari itu.
4. Teknik inkuiri, di mana ianya melibatkan pelajar dalam mencari kata kerja yang
terdapat dalam teks cerita yang telah dibaca.
5. Teknik soal jawab juga telah digunakan guru dalam mencari perkataan kata kerja.
UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
7
6. Teknik perbincangan pula dibuat setelah semua wakil kumpulan menulis kata kerja
yang dicari di papan tulis.
D) JUSTIFIKASI MENGGUNAKAN STRATEGI, KAEDAH ATAU TEKNIK
TERSEBUT
Menurut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk
mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga boleh diibaratkan sebagai suatu susunan
pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan
menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum.
Strategi yang digunakan oleh guru ini sesuai kerana ianya ke arah pembelajaran
berpusatkan murid
Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta
menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas.
Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan
berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.
Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti
pembelajaran.
Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang
mereka pelajari.
Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan pelajar.
Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.
UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
8
Manakalakaedah ialah cara atau peraturan digunakan untuk melaksanakan sesuatu.
Kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai
objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek. Dengan perkataan lain, kaedah mengajar
ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian
yang tersusun.Kaedah cikgu Norliza ialah ;
1. Prosedur pertama : Mengenal pasti masalah.
2. Prosedur kedua : Merancang penyelesaian.
3. Prosedur ketiga : Mengumpul maklumat.
4. Prosedur keempat : Membuat tafsiran.
5. Prosedur kelima : Membuat kesimpulan.
Kaedah ini sesuai digunakan kerana dapat mengatasi masalah pengajaran dan
pembelajaran dengan cepat. Manakala tindakan susulan akan dapat dibuat dengan kadar
segera supaya pelajar dapat meneruskan pembelajaran mereka.
Dari segi Teknik pula, menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah
mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Antara
teknik yang digunakan oleh cikgu Norliza ialah Teknik Main Peranan, Teknik Latih Tubi
,Teknik Bercerita, Teknik Inkuiri, Teknik Soal Jawab dan juga Teknik Perbincangan.
Semua teknik yang pelbagai ini dapat menarik minat pelajar untuk meneruskan pelajaran
pada waktu tersebut.
UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
9
E) KAITANNYA DENGAN TEORI PEMBELAJARAN
Teori yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan iaitu Teori
Pembelajaran Kognitif.
Teori pembelajaran kognitif memfokuskan bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan
mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan mengeluarkan semula segala
pengalaman untuk membolehkan ia memerhatikan pertalian antara pengalaman tersimpan
dengan masalah yang dihadapi. Ahli-ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa
pembelajaran adalah mudah dan ia tidak selalunya berlaku melalui cuba jaya sebagaimana
yang dicadangkan oleh mazhab behaviorisme. Menurut psikologis ini, dalam pembelajaran,
murid membentuk struktur kognitif dalam ingatannya. Setiap kali pelajar belajar, ia akan
menyusun segala pengalaman dan menyimpannya dalam ‘ingatan’. Kebolehan ini dikenali
sebagai celik akal. Dengan itu, nyatalah seseorang individu jarang menggunakan cara cuba
jaya untuk mempelajari sesuatu.
Teori kognitif berpegang kepada persoalan bagaimana kita mengetahui, memperolehi,
memproses dan menggunakan maklumat. Jadi, dalam mendidik pelajar , guru perlulah
menyesuaikan segala teori-teori yang ingin digunakan.
Banyak aktiviti yang dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran kelas ini berpandukan
teori ini.Contohnya bacaan berulang-ulang supaya pelajar dapat mengingati semula, guru
memberi contoh perkataan sebelum pelajar mencari di dalam teks cerita.
UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
10
F) PENILAIAN PENCAPAIAN HASIL PEMBELAJARAN
Berdasarkan permerhatian saya, hasil pembelajaran yang dicapai oleh pelajar cikgu
Norliza begitu eksplisit, tepat, jelas dan spesifik mengikut kehendak sukatan pelajaran
tetapi kurang mengikut kebolehan murid.
Pelajar-pelajar ini dapat membaca teks cerita dengan sebutan dan intonasi yang betul
dengan bimbingan guru.Jadi objektif tercapai dengan baik sekali secara bacaan inidividu
dan kumpulan.
Pelajar-pelajar kelas ini juga berjaya mencapai objektif dalam aktiviti menyenaraikan
kata kerja mengikut konteks cerita ‘ Penggembala Yang Tamak ‘.Setelah penerangan
guru tentang kata kerja berserta contoh di dalam bacaan, pelajar dapat memahami
kehendak dan arahan guru mereka.Kebolehan ini dikenali sebagai celik akal. Dengan itu,
nyatalah seseorang individu boleh menggunakan cara cuba jaya untuk mempelajari
sesuatu.
Manakala aktiviti membina ayat tunggal dan ayat majmuk pula , pelajar kelas ini berjaya
membina ayat secara lisan dan bertulis dengan bimbingan guru mereka. Teori
pembelajaran Kognitif membolehkan pelajar membina semula ayat daripada perkataan
yang diberikan oleh guru. Pelajar berjaya membina ayat mudah hasil dari perbincangan
kumpulan dan mempamerkannya di papan tulis dan membaca bersama-sama kawan lain
di dalam kelas.
UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
11
RUMUSAN
Kepentingan menggunakan strategi, teori dan variasi teknik serta kaedah mengajar dalam
situasi pengajaran ialah untuk menarik perhatian pelajar. Dengan teknik dan kaedah
pengajaran yang kreatif, pelajarakan berasa seronok dan secara tidak langsung mereka
akan memberi perhatian terhadap apa yang ingin disampaikan oleh guru.
Kaedah dan teknik juga penting untuk mengekalkan perhatian pelajar terhadap sesi
pengajaran guru. Apabila pelajar tertarik dengan strategi, kaedah dan teknik mengajar
yang digunakan oleh guru, perhatian pelajar akan dapat dikekalkan sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu juga, pemilihan kaedah dan teknik yang sesuai boleh membangkitkan rasa ingin
tahu dalam diri pelajar. Contohnya seorang guru menggunakan teknik bercerita untuk
mengajar, pelajar akan tertanya-tanya apakah pengakhiran cerita tersebut.Dengan ini
perkembangan pelajaran menjadikan lebih menarik dan pelajar bersemangat
menumpukan pelajaran pada hari tersebut.
UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
12
BIBLIOGRAFI
Abdullah Hassan.(1984). Linguistik Am untuk guru Bahasa Melayu. Petaling Jaya :
Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd.
Adenan Ayub & Khairudin Mohamad.(2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Shah
Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Kamarudin Husin.(1998). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya : Longman Sdn. Bhd.
Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir.(2005). Teori Bahasa : Implikasi terhadap
pengajaranTatabahasa. Tanjung Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Nor Hashim et al.(1996). Pedagogi Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Kuala
Lumpur : PTS Publishing Sdn. Bhd.
UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
13
LAMPIRAN
BIODATA
NAMA : NORLIZA HANIM BINTI SAAT
UMUR : 35 TAHUN
K /P : 780527-08-5212
ASAL : KUALA SEPETANG, PERAK
PENGKHUSUSAN / MAJOR : BAHASA MELAYU
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RIA
094000 PADANG SERAI, KEDAH.
UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
14
RANCANGAN MENGAJAR HARIAN BAHASA MELAYU
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tahun Empat
Tarikh : 21 Mac 2013
Masa : 11:10 – 12:10 Tengahari ( 60 minit )
Tema : SekolahKu Berjasa
Tajuk : Nasihat Guru
Tahun : 4 RIA 2 ( Lelaki = 24 orang / Perempuan = 18 orang )
Fokus Utama : 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara
yang dibaca.
Aras 1 ( i ) Membaca lancar bahan sastera dan bukan
sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Fokus Sampingan : 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam
sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras 1 ( i ) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk
berdasarkan tajuk.
UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
15
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
1. Membaca teks cerita ‘ Penggembala Yang Tamak ‘ dengan sebutan
dan intonasi yang betul.
2. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.
3. Menyenaraikan kata kerja mengikut konteks berdasarkan teks
cerita ‘ Penggembala Yang Tamak ‘.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
1. Membaca teks cerita ‘ Penggembala Yang Tamak ‘.
2. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.
3. Mencari kata kerja dalam teks cerita ‘ Penggembala Yang Tamak ‘.
Sistem Bahasa
a- Sintaksis ( Membina ayat )
b- Sebutan dan intonasi
c- Tatabahasa ( Kata Kerja )
Pengisian Kurikulum
- Kemahiran Bernilai Tambah : Kecerdasan Pelbagai ( Verbal-Linguistik,
Inter personal dan Intra personal )
: Kontekstual (Menghubungkaitkan pengajaran -
Kehidupan )
UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
16
: Kemahiran Berfikir ( Membuat kaitan dan
perhubungan )
Strategi Pengajaran : Direktif
Kemahiran Generik
- Kemahiran Berfikir
- Kemahiran Belajar
Penekanan Konsep 5P
a) Penggabungjalinan
1. Kemahiran Membaca
2. Kemahiran Menulis
b)Penyerapan
1. Ilmu : Pendidikan Moral
2. Nilai-nilai murni : Kerjasama, Kerajinan
c)Pemulihan
Meminta murid-murid membaca semula teks cerita ‘ Penggembala Yang Tamak ‘ dengan
bantuan rakan yang boleh membaca dengan lebih baik.
d) Pengayaan
Membaca buku cerita teladan lain di Pusat Sumber dan meminta murid membina ayat
mudah yang dapat menonjolkan erti kosa kata yang baru dipelajari oleh mereka.
e) Penilaian
UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
17
Murid dapat membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan kata kerja dengan betul.
Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :
a) Bahan Bercetak
- Gambar anjing dengan baying-bayang
- Petikan cerita
- Lembaran kerja
b) Bahan Maujud
- Pisang
- Buku Cerita Gergasi
- Bakul / plastik
Pengetahuan Perlu Ada :
Murid pernah mendengar, membaca dan menonton kisah-kisah teladan.
UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
18
AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
LANGKAH
/ MASA
ISI
KANDUNGAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
CATATAN
Set Induksi
( 5 minit )
Main Peranan
a)
a) a) Guru membawa beberapa biji pisang.
b) Guru meminta tiga orang murid
tampilke hadapan kelas dan
mengambil beberapa biji pisang.
c) Ketiga-tiga murid akan memainkan
peranan seperti yang diminta oleh
guru.
d) Guru mengaitkan main peranan murid
dengan isi pelajaran.
- Kecerdasan
Pelbagai Visual
- BBM : Pisang
- Kemahiran
Berfikir
Interpersonal
a) Guru meminta murid mendengar dan
KBCK
UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
19
Langkah 1
( 20 minit )
Teks cerita
Penggembala
Yang Tamak
menghayati cerita yang akan dibaca
oleh guru iaitu ‘Penggembala Yang
Tamak’
b) Guru meminta seorang murid tampil
ke hadapan kelas dan membaca
cerita ‘Penggembala Yang Tamak’.
c) Murid menyatakan mesej serta nilai
yang terdapat dalam cerita.
- Mendengar
dengan cekap
KB
- Membuat
kesimpulan
Langkah 2
( 17 minit )
Kata kerja dalam
teks :
- Menjaga
- Mengajaknya
- Menyerahkan
- Merayu
- Mengembalika
n
- Memegang
- Meminta
- Memberi
- Menunjukkan
a) Penerangan oleh guru tentang kata
kerja dan guru meminta tiga murid
tampilke hadapan kelas dan membuat
aksi menggunakan kata kerja.
b) Murid mengeluarkan kata kerja yang
terdapat dalam petikan secara
berkumpulan seperti yang telah
ditetapkan oleh guru.
c) Setiap wakil kumpulan akan tampil ke
hadapan kelas dan menulis kata kerja
yang disenaraikan oleh kumpulan
Kemahiran
Berfikir
- mengenalpasti
BCB
- mencatat
UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
20
- Menyapu
- melihat
mereka.
d) Murid tentang kata kerja yang
disenaraikan oleh murid dan guru
menampal lima kata kerja yang perlu
murid gunakan untuk membina ayat.
Langkah 3
( 13 minit )
Membina ayat
menggunakan
kata kerja yang
diberi ;
- menjaga
- merayu
- meminta
- melihat
- menyapu
a) Guru meminta murid menyalin kata
kerja yang telah disenaraikan oleh
guru di dalam buku tatabahasa.
b) Murid dikehendaki membina ayat
tunggal dan majmuk berdasarkan
kata kerja yang diberikan oleh guru.
c) Guru membimbing murid membina
ayat tunggal dan ayat majmuk
dengan betul.
Sintaksis
- membina ayat
Rumusan
(kognitif)) -
mengisahkan
seorang lelaki
telah memberikan
a) Guru merumuskan isipelajaran
dengan rumusan cerita ‘
Penggembala Yang Tamak ‘
b) Guru memberikan beberapa
Kontekstual
- menghubungkait
kan pengajaran
dengan
kehidupan.
UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
21
Penutup
( 5 minit )
harta karun
kepada pemuda
yang bernama
Awang. Awang
yang tamak tidak
berasa cukup
dengan harta
yang
diperolehinya.
- sikap tamaknya
telah memakan
diri sendiri.
Rumusan sosial
- Guru tunjuk
gambar anjing
dengan bayang –
bayang.
pengajaran berdasarkan gambar
anjing dengan bayang-bayang.
Aktiviti susulan : Lembaran Kerja.