Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan...

60
Rahsia Bisnes Online Meletup 1 1

Transcript of Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan...

Page 1: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 1

1

Page 2: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 2

2

Isi Kandungan : Pemberitahuan ................................................................... 3 Bab 1 : Bagaimana bermula .............................................. 4-19 Bab 2 : Bagaimana membuat jualan pertama ...................... 20-27 Bab 3 : Kesilapan awal peniaga online .................................. 28 Bab 4: Bagaimana untuk konsisten dengan bisnes online ...... 29-32 Bab 5 : Kajian Kes ............................................................ 32-45 Bab 6 : Tip dan Panduan Mudah Buat .................................... 46-58

Page 3: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 3

3

PEMBERITAHUAN

KANDUNGAN DALAM EBOOK INI ADALAH KHUSUS UNTUK MEREKA YANG INGIN MEMULAKAN PERNIAGAAN ONLINE DI FACEBOOK ATAU MEREKA YANG SUDAH MEMULAKANNYA TETAPI BELUM BERJAYA.TIDAK SESUAI UNTUK MEREKA YANG SUDAH PAKAR. NOR FAZILAH ABD MOHD Usahawan Internet,Penulis buku dan seorang guru Founder Empayar bisnes online dan offline : 1. Buku dan Ebook Belajar Ilmu Emas Dalam 10 Bab (BIED10B) Web : ebookemas.com / Blog informasi berkaitan emas dan kewangan : Jutawangold.com Page : Ilmu Emas 2. Ubat resdung Web :Pilresdung.com Page :Ubat Resdung Herba 3. Kerepek Nangka Web : kerepeknangka.com Page : Kerepek Nangka 4. Krim Herba Kemboja Web : Krimherbakemboja.wordpress.com Page : Krim Herba Kemboja Ori Produk lain yang dijual secara online : Pencuci muka bebas bahan kimia Elexia dan produk kurus Bisnes Offline : 1- Gerai Nangka Madu 916 Web : nangkamadu.com Page :Nangka Madu 916

2. Gerai Air Tebu Piaww 916 Page : Air Tebu Piaww 916 * Turut menjual keropok lekor asli Terengganu secara online dan offline

Page 4: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 4

4

Bab 1 : Bagaimana Bermula: Satu pengalaman

Berminat dengan bisnes online,tapi tak tahu bagaimana nak bermula,apa patut dibuat dan macam-macam soalan yang bermain di minda. Sebelum meneruskan,sila buang “mindset” dan alasan di bawah. 1-Mesti perlukan modal 2-Tak ada masa 3-Susah 4-Tak pandai 5-dan macam-macam alasan lagi Kemahuan mesti kuat,keinginan untuk berjaya mesti berkobar-kobar sentiasa. Mulakan dengan impian,apa salahnya memasang impian dan angan-angan,bukankah ianya PERCUMA? Saya sendiri sebelum melakukan sesuatu bermula dengan angan-angan.Ada masanya bertahun-tahun berangan,baru dapat. Jangan biarkan angan-angan tersebut kosong.Sambil berangan sambil berfikir macam mana nak realisasikan angan-angan tersebut. Kemudian jangan lupa berdoa.Ini adalah perkara pertama yang harus anda lakukan sebenarnya.Minta dulu,bukan buat dulu baru minta.Ini penting agar tidak tersalah langkah dan dikurniakan bisnes yang serasi dengan jiwa. Bisnes pertama yang saya lakukan juga adalah hasil angan-angan dan doa saya 3 tahun sebelum itu agar dipertemukan dengan bisnes yang sesuai dengan saya.Doakan untuk pasangan juga agar sama-sama dipertemukan dengan bisnes yang serasi untuk anda berdua.Nanti jika berdoa untuk diri sendiri,dikhuatiri masalah timbul bila tiada sokongan dari pasangan,atau dia tidak berminat dengan apa yang anda usahakan.Bisnes yang bagus ialah bisnes yang dijalankan bersama-sama dengan pasangan. Ramai yang lupa meminta kepada Allah swt dan terus berbuat pelbagai bisnes yang akhirnya entah ke mana.Jika belum jumpa bisnes apa yang benar-benar

Page 5: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 5

5

diminati,berdoalah dari sekarang.Minta dengan bersungguh-sungguh.Jika ada rezeki anda dalam bidang ini,insyaAllah ada. Dalam bab ini saya akan ceritakan bagaimana saya bermula dengan bisnes saya yang pertama iaitu emas dan secara tak langsung membina kredibiliti dan jaringan melaluinya. Ok,ingat semula ye,point di sini ialah 1. Berdoa 2. Pasang impian 3. Merangka impian Kita ke langkah seterusnya.. Anda mungkin sekarang berada dalam 3 kategori ini : 1- Sudah bermula,ada produk,tapi belum mampu membuat jualan@ jualan kurang memberangsangkan 2- Sudah bermula,ingin mencari produk yang sesuai dan laku di internet 3- Baru ingin bermula Bagaimana nak bermula? 1. Dapatkan ilmu dan info berkenaan produk yang laku di internet Modal terpenting sebelum melakukan sesuatu ialah ilmu.Dalam apa jua yang diusahakan kita perlu mempunyai ilmu.Ini zaman teknologi yang canggih,segala maklumat yang diperlukan boleh didapati di hujung jari sahaja. Taip sahaja info yang diperlukan di Google,akan keluar info yang berkaitan.Anda boleh pelbagaikan kata kunci untuk mendapatkan ilmu. Saya sendiri suka mengkaji sesuatu dengan menggunakan medium internet sebagai salah satu sumber maklumat.Tidak dinafikan hampir kesemua bisnes saya bermula dari internet.Dengan membaca dari pelbagai sumber (blog,web,forum),biasanya kita boleh buat kesimpulan kelebihan dan

Page 6: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 6

6

kelemahan sesuatu produk.Di internet,anda juga boleh dapatkan sumber dari akhbar,jadi siapa kata sumber dari internet selalunya tidak tepat? Dalam masa yang sama,saya juga berguru dengan mereka yang mahir dalam bidang berkenaan sama ada melalui perjumpaan atau sekadar melalui telefon. Ingin menjual,tapi tak tahu nak jual apa? Nak mulakan dengan produk yang dicari ramai orang? Produk yang membantu menyelesaikan masalah orang lain? Bagaimana caranya? Antara caranya ialah,cuba perhatikan apa yang banyak dijual di internet dengan : Perhatikan page @ fanpage apa yang paling banyak mendapat sambutan.Contohnya macam sekarang,iklan pakaian, produk kecantikan dan kuruskan badan antara yang banyak masuk ke fb kita. Cara lain yang boleh dilakukan ialah dengan buat tinjauan (survey) menggunakan Google,masuk ke forum-forum dan tinjau “thread” jualan.Boleh lihat produk apakah yang banyak dijual dan mendapat sambutan hangat. 2. Apa yang anda minat Contohnya anda minat memasak.Tidak dinafikan bisnes makanan di internet terutamanya fb sangat rancak dan laris.Namun kelemahannya ialah,memerlukan komitmen yang besar sedikit dan masa yang banyak,kecuali sampai satu tahap anda mengambil staf khas untuk membantu dari segi penyediaan produk,pengiklanan dan urusan penghantaran. Bisnes makanan di fb sukar berkembang sekiranya dilakukan seorang diri,kecuali produk makanan yang kering,boleh diusahakan kerana ianya tahan lama dan mudah disimpan.Contoh makanan yang sukar dilakukan seorang diri ialah kek,kuih,roti,dan banyak lagi contoh makanan yang boleh dikategorikan sebagai “makanan basah.Makanan ini memerlukan cara penyimpanan yang

Page 7: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 7

7

biasanya memerlukan peti sejuk ,perlu dimakan segera dan mudah rosak.Namun begitu tak salah mencari pengalaman dengan bisnes makanan basah di internet,mana tahu anda ingin berkembang lebih jauh nanti. Saya pernah melihat bagaimana peniaga-peniaga produk homemade ini menghasilkan jualan yang cukup banyak.Ada yang bergabung dengan keluarga mereka untuk bisnes ini.Masing-masing memainkan peranan.Ada yang bahagian promosi,ada yang bahagian penyediaan makanan.Mereka meniaga kek dan roti hanya dari rumah! Tak perlu sewa kedai,tak perlu menanggung kos “overhead” dan banyak lagi penjimatan.Kek mereka juga lebih sedap dan mempunyai kualiti yang tersendiri dari segi rasa dan adunannya. Satu lagi yang unik peniaga makanan di fb ialah,seakan-akan wujud trend tersendiri atau fenomena,contoh makanan yang pernah terkenal di fb ialah “kek keju meleleh” dan “jeruk asam boi”. Maka muncullah peniaga jeruk asam boi dan kek keju meleleh macam cendawan tumbuh selepas hujan. Contoh lain sebelum ini ialah seperti “crepe durian” dan pelbagai perasa lain,kek coklat ,pavlova,kek pelangi,biskut pelangi dan banyak lagi. Ketika produk makanan ini sedang meletup,inilah masanya anda perlu pulun menjualnya.Apa yang saya perhatikan,ketika ianya sedang di kemuncak,permintaannya sangat tinggi. Tapi lumrah,sesuatu yang naik,pasti akan turun.Permintaan mungkin akan berkurangan dari semasa ke semasa.Tapi ada jenis makanan yang permintaannya sentiasa ada.Pelbagaikan kemahiran anda dalam menyediakan pelbagai jenis makanan. Tip : Anda boleh menjual di wall fb anda dan fb group kawasan sasaran anda.Contohnya anda tinggal di Bentong,maka fb group yang ada di kawasan ini yang mengumpulkan penduduk di sekitar Bentong ialah “Kami Penduduk

Page 8: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 8

8

Bentong” dan “Suara Rakyat Bentong”.Perniagaan makanan di tempat tumpuan orang ramai umpama masuk ke lubuk yang penuh dengan rezeki.Tapi jangan lupa,setiap group ada peraturannya.Sila patuhi peraturan group jika ingin meniaga lama. 3. Apa kemahiran yang anda ada? Anda perlu mengenali diri anda,sekurang-kurangnya apa kelebihan dan kelemahan anda.Pasti dalam diri anda ada kemahiran tertentu yang boleh dikembangkan.Jika tiada,cuba cari kemahiran berdasarkan minat anda. Saya berikan dua contoh.Contoh pertama,anda minat bidang jahitan,tapi tak pandai.Anda boleh menghadiri kelas jahitan dan mulakannya.Sama ada anda spesifikkan kemahiran anda pada satu-satu jenis jahitan seperti baju kanak-kanak sahaja atau sebagainya,terpulang. Nasihat saya,mulakan mengikut yang mana yang lebih diperlukan sekarang.Contohnya,jubah kanak-kanak sangat sedikit di pasaran.Tapi perlu dikaji kelemahan bisnes ini.Jika anda mampu menyelesaikannya,sila ke langkah seterusnya iaitu pemasaran. Contoh kedua,ialah kemahiran yang anda sudah ada,cuma perlu diasah.Contohnya anda pandai dalam Bahasa Inggeris atau subjek lain.Sekarang ramai ibubapa mencari kelas tambahan dan cikgu tuisyen untuk anak mereka.Mereka sanggup membayarnya.Ada beberapa cara yang anda boleh lakukan : 1.Buat home tuition (Sama ada di rumah mereka atau rumah anda sendiri) 2.Buat kelas secara berkelompok ( khususkan masa dan umur.Contohnya hari Sabtu pagi kelas untuk mereka yang berumur 7-9 tahun.) 3. Personal coaching –limitkan beberapa orang sahaja dalam satu masa.Kelas ini biasanya lebih “advanced” dan bayarannya pun lebih 4. Daftar dengan pusat tuisyen yang mana anda boleh lihat iklan mereka di internet.Agak banyak juga.Taip sahaja kata kunci “home tuition” di Google dan

Page 9: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 9

9

anda boleh melihat senarai yang cukup banyak untuk dipilih.

4. Kenali produk Anda harus mengenali produk dan servis anda dengan cara “menjiwai” produk agar dapat menjawab soalan pelanggan dan kelihatan yakin.Seorang peniaga dianggap gagal jika dia sendiri tidak kelihatan yakin dengan produk atau servisnya. Setiap apa yang hendak dijual,kita harus tahu A-Z tentang produk tersebut.Biar jadi cerewet di awal-awal,agar anda tidak pening kemudian hari.Kadangkala ianya mengambil masa kerana tak semua benda anda boleh tahu A-Z terus.Ada yang mengambil masa untuk kita mengetahuinya contohnya selepas berminggu-minggu,berbulan-bulan ataupun makan tahun. Apabila yakin dengan produk, barulah boleh meyakinkan orang lain.Sekiranya bolehmenggunakan produk yang dijual,lagi bagus. Produk yang anda guna,anda tahu baik buruknya,kelebihan serta kelemahannya.Jika tak boleh guna atas sebab tertentu tapi produk tersebut anda tahu bagus,boleh beri pasangan,saudara atau rakan untuk menggunakannya. Jangan lupa minta mereka komen secara ikhlas agar anda tahu serba sedikit tentang penggunaan produk tersebut. Tip : Kriteria produk yang perlu anda kenali ialah : 1- Jenama Produk yang sama mungkin mempunyai pelbagai jenama.Peranan anda adalah untuk mencari produk yang mempunyai USP (Unique Selling Point) atau saya lebih suka memanggilnya “X –factor “ X – Factor ini untuk mudah faham ialah kelainan produk anda berbanding produk yang sama di pasaran dan kelebihan itu membuatkan ianya menjadi lebih menonjol dan diminati.

Page 10: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 10

10

2- Latar belakang syarikat Ada syarikat yang mempunyai latar belakang yang agak kukuh dan ada juga syarikat yang baru beberapa tahun menapak.Anda boleh menilai sejauh mana keseriusan mereka dengan meneliti maklumat syarikat yang boleh didapati terus dari pihak syarikat ataupun website.Anda juga boleh Google untuk tinjau kalau-kalau syarikat tersebut ada masalah atau kes penipuan. 3- Harga runcit dan agen Ini antara perkara penting juga sebenarnya kerana antara tujuan kita meniaga ialah untuk untung.Jadi anda perlu tahu berapa harga yang anda boleh dapat dan berapa harga pasaran. Antara perkara yang perlu dititikberatkan ialah : i- Adakah harga yang ditawarkan munasabah? ii- Jika mahal,adakah ianya mempunyai permintaan? iii-Jika murah,adakah ianya berkualiti dan mempunyai permintaan berterusan? 4- Sistem syarikat Kenali sistem syarikat sama ada jualan borong,jualan langsung,MLM atau sebagainya.Pilihlah yang patuh syariah dan tidak bertentangan dengan garis panduan yang ditetapkan. 5- Pemasaran Bagi sesetengah produk,pemasaran yang dijalankan oleh syarikat amatlah penting.Contohnya produk kesihatan dan kecantikan,tanpa pemasaran dari pihak syarikat, jualan produk mungkin berjalan dengan perlahan atau sederhana. Pihak syarikat yang membuat pemasaran dan promosi di media seperti akhbar,televisyen,radio serta laman sosial sebenarnya membantu agen-agen untuk melancarkan jualan.

Page 11: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 11

11

Ini adalah syarat yang tidak wajib,jika tiada pun,anda masih boleh membuat jualan sebenarnya.

5. Berkongsi Info Banyakkan berkongsi info dan cerita tentang kelebihan produk atau servis anda di wall anda.Jangan menjual terus,sebaliknya kongsikan info.Ramai orang tidak membeli bukan sebab mereka tidak berminat,tapi mereka kekurangan info. Sabarlah dalam menyampaikan info mengenai produk yang anda jual. Berdasarkan pengalaman sendiri : 1. Tidak semua iklan akan mendapat sambutan,tapi bila dilakukan berterusan,anda akan lihat perubahannya. 2. Apabila selalu beriklan,anda akan dapat lihat pelanggan anda semakin bertambah walaupun tiada yang respon di wall anda.Mereka terus PM anda untuk mendapatkannya. 3. Beriklan di fb secara konsisten sebenarnya mewujudkan “gangguan” pada mereka yang membaca.Contohnya lihat sahaja strategi iklan di televisyen.Anda pasti perasan ada iklan yang diiklankan berterusan sejak dari kita kecil sampai dewasa sehingga jenamanya lekat di hati kita seperti iklan Colgate,iklan Milo dan banyak lagi. Oleh itu,beriklanlah selalu dan berterusan.Ini adalah “gangguan” yang sengaja diwujudkan dan tidak disedari oleh mereka yang terpengaruh dengannya. Saya kongsikan juga sedikit tip untuk produk online yang juga boleh dijual secara offline.Cara yang ringkas ini sesuai untuk anda yang buat secara part time atau sibuk. Sebenarnya market offline lagi besar.Ini kerana bukan semua orang ada fb dan yang ada fb bukan semuanya online selalu.Bagi yang online pula,bukan

Page 12: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 12

12

semuanya nampak iklan anda.Oleh itu jangan abaikan terus pasaran pelanggan offline ini.

Bagaimana mendekati mereka? Kita belajar cara mendekati pelanggan online dahulu,baru pelanggan offline pula. Pelanggan online : Saya terangkan pula cara untuk anda mendekati pelanggan online khususnya melalui laman sosial Facebook : 1- Kongsikan info dan pengetahuan berkaitan produk yang anda jual. Contoh jika jual produk kecantikan,anda perlu kongsikan kelebihan produk dan masalah apa yang produk tersebut mampu selesaikan berbanding asyik cerita tentang produk sahaja. Anda boleh kongsikan dengan susunan ayat yang menarik mahupun salin semula (copy paste testimonial pelanggan anda). Anda juga boleh “printscreen” testimonial dari pelanggan anda dan jangan lupa letakkan “watermark” untuk elakkan dari orang lain menggunakan testimonial anda sesuka hati. Ia juga sebagai bukti ianya adalah testimonial sebenar dari pelanggan anda sendiri.Elakkan menggunakan terlalu banyak latar dan jenis tulisan untuk testimonial.Biar ada identiti yang jelas ianya adalah dari anda. 2- Selitkan promosi di bawah sekali dalam setiap status Anda boleh berkongsi info berkenaan produk dan apa sahaja yang berkenaan. i- Lakukan secara konsisten dan anda boleh lihat sendiri pelanggan akan bertambah dari semasa ke semasa.Malah nanti akan ada yang “tag” dan

Page 13: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 13

13

promosi anda kepada rakan mereka sedangkan tak pernah berurusan pun.Ini kerana status anda tentang ubat resdung sentiasa masuk ke wall orang lain. ii- Tujuan kita konsisten adalah salah satu cara nak menarik perhatian orang,nak bagi orang perasan dan tahu apa yang kita tawarkan. iii- Kongsikan hanya satu testimonial setiap kali buat status - fahami testimonial berkenaan dan buatlah sedikit komen mengenainya.Contoh : 1. “ Resdung boleh menjejaskan kehidupan tanpa disedari.Salah seorang pelanggan kami telah bebas dari simptom ini dan melalui kehidupan yang lebih ceria” 2.“Apa?lelah pun ok? Berita baik buat penghidap lelah ! “ * Pastikan ada kaitan dengan testimonial * Jika tiada kaitan pun boleh,sila tambah ayat yang memaklumkan “ ini salah satu testimonial pelanggan kami “ di bawah status. iv- Ini sekadar contoh,anda boleh ubahsuai cara post status mengikut kreativiti anda insyaAllah 3- Ada masa kita jangan promosi,kongsikan info sahaja. Ye betul.Jangan terlalu banyak promosi sehingga buat orang rasa rimas.Kongsikan info yang ringkas pun tak apa.Hanya ada satu atau dua baris sahaja.Ianya lebih mudah dibaca dan dihadam.Sesuai untuk mereka yang tak suka baca panjang-panjang atau tidak mampu berfikir bila baca status yang panjang. 4- Gambar yang menarik Tahukah anda gambar yang menarik memainkan peranan? Gambar jangan terlalu sarat.Ianya ringkas tapi menarik.Cuba anda perhatikan iklan di facebook,kebanyakan gambar yang digunakan sangat

Page 14: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 14

14

menarik,kelihatan professional dan membuatkan kita berasa teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu produk atau servis. Satu lagi ialah,anda boleh mengupah jurugambar professional untuk mengambil gambar produk.Sekiranya tidak mampu mengubah jurugambar yang upahnya mahal,anda boleh sahaja mencari jurugambar yang upahnya sangat berpatutan sebagaimana saya sendiri.Saya sendiri menggunakan khidmat jurugambar yang arif dalam bidangnya dan menawarkan servis gambar serta video dengan harga yang sangat berpatutan sekali.Saya tak kisah melabur sedikit wang untuk mendapatkan hasil yang terbaik untuk pemasaran. 5- Elakkan promosi dengan cara Interuption Marketing (IM) Dalam Facebook antara pantang larang yang perlu dijaga ialah jangan tag sebarangan dan PM orang secara tiba-tiba.Mungkin anda sendiri pernah terima PM dari seseorang yang tiba-tiba iklankan produk,servis atau minta anda “like” page fb nya.Ini sebenarnya membuatkan orang kurang selesa.Ia juga tidak membantu ada membuat jualan pun,orang makin menyampah ada la :D 6- Biar orang yang cari kita Bagaimana? Lakukan semua di atas Dalam bisnes online,asas yang penting ialah buat orang suka kita,selesa dengan kita,dan mengenali kita serta bisnes kita.Biar mereka cari kita,bukan kita yang mencari mereka sentiasa.Jika produk yang anda jual bagus,pasti pelanggan akan mencari anda kembali.Jika tidak,mungkin ada yang tak kena dengan produk yang anda jual.Elok anda buat “post mortem”.

7- Rekodkan apa sahaja berkenaan bisnes Anda digalakkan ada album sendiri di fb untuk memasukkan koleksi testimonial,keratan akhbar,info menarik dan gambar produk untuk rujukan pelanggan dan bakal agen-agen anda.Ini akan memudahkan anda kerana anda hanya perlu memberikan link kepada pelanggan anda untuk melihat testimonial dan lain-lain yang perlu.

Page 15: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 15

15

Mempunyai album di fb juga sangat membantu terutamanya bila gambar dalam simpanan anda hilang!Contohnya bila telefon rosak atau laptop bermasalah. 8- Memiliki fanpage (kedai online) fb sendiri Ini adalah asas yang penting meniaga di fb.Fanpage tidak bermaksud kedai online semata-mata.Ia adalah page untuk anda mengumpulkan peminat produk anda.Saya menamakan ianya kedai online kerana saya menganggapnya begitu dalam konteks bisnes online menggunakan fb. Anda seharusnya hanya beriklan di fanpage (kedai online) sahaja- ini adalah pendapat kebanyakan Internet Marketer (IM) di Malaysia.Tapi saya tidak setuju 100%.Saya tetap beriklan di fb saya dengan cara saya sendiri. Pada pendapat kebanyakan IM perlu asingkan fb profile( individu) dengan fanpage (kedai online).Ada pro dan kontra pendapat mereka.Jika kelihatan terlalu menjual di fb juga boleh menurunkan pengaruh anda di fb.Jadi penyelesaiannya ialah biar dilakukan dengan kadar yang sederhana dan kurangkan “hardselling”. Sekiranya anda adalah agen kepada sesuatu produk, anda boleh buat page yang lebih kurang sama,tapi mungkin boleh fokus kepada sesuatu kawasan sebagai contoh nama“Ubat Herba Alor Star”[ Apa pun terpulang kepada anda ].

Anda boleh gunakan cover photo,profile yang sama seperti fanpage rasmi produk yang anda jual dengan KEIZINAN.Kenapa saya besarkan perkataan KEIZINAN?Sebab adalah amat penting untuk meminta izin dari pengeluar produk sebelum menggunakannya.Mungkin jika diberi keizinan,adalah wajar anda mengedit serba sedikit agar ada sedikit perbezaan. * Setiap bisnes saya mempunyai web/blog dan fanpage nya sendiri. 9- Pantas dan sentiasa online Dalam bisnes online pada hari ini,pelanggan semakin lama semakin tidak sabar untuk mendapatkan barang yang mereka beli dengan segera.

Page 16: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 16

16

2 Kesilapan yang boleh membuatkan anda hilang pelanggan yang sudah berminat : 1. Lambat balas PM Pelanggan ada yang suka survey di beberapa fanpage,jadi siapa yang balas cepat,mereka akan closed deal. 2.Servis lambat dan kurang memuaskan Anda tidak konsisten menjawab soalan dari pelanggan.Boleh jadi sekali sahaja mereka berurusan dengan anda.Anda juga mungkin tidak menjawab dengan baik soalan yang mereka tanya dan kelihatan “terlalu menjual”. Jika hendak target pasaran online,servis perlu pantas dan melakukan pengeposan setiap hari kecuali hari poslaju cuti.Reaksi pelanggan agak berbeza bila kami memaklumkan kami membuat pengeposan setiap hari.Mereka lebih suka berurusan dengan peniaga yang aktif dan membuat penghantaran segera. Antara soalan yang kami dapat juga ialah “jika saya bayar sekarang,bila saya boleh dapat barang ini ?” Ini menunjukkan yang pelanggan sekarang tidak suka menunggu lama-lama barang online. * Tip selebihnya akan dikongsikan di Support Group ebook ini dari semasa ke semasa Cara lain untuk mendapatkan pelanggan online adalah dengan : 1- Membuat blog Sama ada anda buat sendiri blog free,atau upah mereka yang pakar dalam bidang ini untuk membuat blog untuk anda.Nasihat saya,jika produk anda itu mungkin bermusim,maka eloklah jika menggunakan blog free sahaja seperti blogspot atau wordpress. Wordpress atau blogspot?

Page 17: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 17

17

Jika tanya saya,wordpress adalah lebih bagus dari banyak segi.Saya sendiri cuba buat hanya dengan ikut arahan di Google sahaja dan teknik “Try and Error” (T&E).Setakat ini saya sudah mempunyai beberapa blog wordpress.com dengan membuat sendiri sahaja.Setakat ini ianya masih menghasilkan jualan contohnya kerepeknangka.wordpress.com,krimherbakemboja.wordpress.com dan satu lagi ialah blog blogspot nangka madu yang telah diupgrade ke web nangkamadu.com,tapi baru-baru ini saya telah mengambil keputusan untuk memindahkannya ke blog free semula (wordpress) atas sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. 2- Laman sosial lain Anda juga boleh cuba beriklan di laman sosial seperti twitter dan instagram.Instagram dikatakan lebih berkesan dan mempunyai pengaruhnya sendiri jika kena dengan cara.

Saya juga ada akaun instagram tapi saya tak cukup tangan untuk mengendalikannya.Hanya sesekali saya menjenguk akaun instagram saya kerana penangan fb juga sudah membuatkan saya berasa sangat sibuk.

Untuk pengetahuan anda,ada servis yang menjual akaun instagram yang telah mempunyai beribu follower.Saya ada kenal beberapa orang yang menjual akaun instagram,malah fanpage fb juga turut dijual.Dari segi harga,ianya boleh dikatakan tahap sederhana.

Anda boleh pilih fanpage yang anda suka dan servis tukar nama juga disediakan. Banyak kan sebenarnya yang ramai orang tak tahu? 3- Promosi di forum Tahukah anda sebelum kewujudan laman sosial seperti fb dan lain-lain,ramai orang suka lepak di website seperti portal yang juga menyediakan ruang untuk berforum.Di situ ada banyak bahagian perbincangan,iklan,malah pelbagai ruangan untuk anda berkumpul.Mereka akan membuka pelbagai topik dan berforum dengan ahli-ahli yang lain.

Page 18: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 18

18

Saya sendiri bermula dengan pemasaran forum tanpa saya sedari sehinggalah menghasilkan jualan 7 angka hanya dalam masa 3 bulan. Antara forum yang terkenal di Malaysia ialah carigold.com,lowyat.net,mudah.my,tranungkite.net dan majalah.com 4- Iklankan di blog/web tertentu Anda boleh tumpang iklan di blog atau website tertentu.Tapi biasanya ianya bukan percuma,tapi ada harga yang anda perlu bayar.Anda boleh survey harga untuk beriklan di web atau blog tertentu.Blog yang terkenal dan ramai pengunjung sangat berbaloi untuk diletakkan iklan.Anda boleh cuba untuk beberapa bulan.Jika jualan meningkat,maka anda boleh sambung beriklan di web atau blog tersebut. 5- Iklan di page tertentu

Ada juga fanpage di fb yang menawarkan untuk iklan.Anda harus bertanya kepada admin yang menjaga fanpage berkenaan tentang tawaran untuk beriklan jika ada. Menjual produk online di pasaran offline Baiklah,sebagaimana yang saya janjikan tadi,saya kongsikan pula serba sedikit tentang pelanggan offline.Ini kerana produk online juga menerima permintaan dari pasaran offline.Fokuskan pada kawasan setempat dan luaskan jika mampu.Saya sendiri cuba melebarkan sayap pasaran offline dengan menjual bukan sahaja di Bentong,tetapi sekitarnya seperti Raub dan Temerloh.Jika merentasi sempadan negeri,Kuala Lumpur dan Selangor. Tip mendekati pelanggan offline : 1. Banyakkan bercerita. Ini boleh dilakukan sambil-sambil bersembang sahaja dengan rakan-rakan,adik beradik mahupun saudara mara.Jangan ada rasa segan dalam bercerita tentang produk yang anda jual.Pengetahuan dan pengalaman anda tentang produk sebelum ini pasti dapat menambah keyakinan anda dalam

Page 19: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 19

19

menyampaikannya dengan baik. 2. Sampel produk

Beri sampel produk kepada rakan-rakan atau saudara mara untuk mereka mencuba produk yang anda jual.Anda keluarkan modal sekali sahaja,tapi mereka mungkin beli berkali-kali dan tolong promosi pula kepada orang lain.Promosi dari mulut ke mulut teramatlah berkesan.

3. Pameran Jika anda bekerja,letakkan satu atau beberapa produk tersebut di atas meja anda,jika ada yang bertanya bolehlah cerita terus.Ia seolah-olah “pameran” tetap di meja anda.Elakkan terus memberi flyers sahaja kerana sangat sedikit mereka yang membacanya.Jika ingin berikan flyers pastikan beri selepas anda menyampaikan penerangan tentang produk. 4. Bawa ke mana-mana Boleh juga diletakkan di dalam beg,bila berjumpa sesiapa dan anda bersembang,sambil-sambil cerita jika orang nak tengok boleh berikan.Silap haribulan mereka nak beli terus 5. Biz kad dan pamplet Buat bisnes kad dan flyers yang ada penerangan dan berikan kepada pelanggan.Saya tak galakkan anda mencetak flyers banyak-banyak dan edarkan ke mana-mana kerana pengiklanan melalui flyers kini kurang berkesan.Cukuplah satu flyers yang ada penerangan yang penting berkaitan produk.Bisnes kad buatlah yang menarik dan berikan kepada sesiapa sahaja.Orang yang ada biz kad dengan design yang menarik pula,pasti akan meyakinkan lagi orang lain untuk berurusan selain kelihatan professional.

Page 20: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 20

20

Bab 2 : Bagaimana Bermula : Membuat Jualan Pertama Dalam bab ini,saya akan menerangkan kepada anda 3 fasa yang harus anda lalui untuk menjadikan bisnes online lebih berjaya.Ini tidak semestinya tepat kerana setiap orang melalui pengalaman dan situasi yang berbeza.Saya berkongsi pengalaman saya dalam melalui fasa-fasa di bawah. Fasa 1 ( Tindakan awal ) 1. Berdoa Ingatkan diri anda tujuan berbisnes bukan untuk mendapatkan keuntungan semata-mata tapi untuk membantu menyelesaikan masalah orang lain. Betulkan niat anda dan teruskan berdoa agar dipermudahkan urusan bisnes anda.Sentiasa berdoa,sentiasa berdoa,sentiasa berdoa.Inilah kunci utama setiap kejayaan. Saya selalu berpesan dalam banyak penulisan saya.Berdoa adalah nombor satu,barulah yang lain. Mintalah apa yang anda mahu kepada-Nya. Berdoa juga menjadikan kita lebih positif dan fokus. Tak percaya?Tidak mengapa.Buat sahaja.Tak perlu percaya ;) 2. Jaringan (Network) Perhatikan jumlah rakan fb anda.Jika kurang,sila tambah rakan anda agar lebih ramai yang membaca atau terbaca status anda.Saya lebih galakkan agar anda boleh membina profile fb yang berpengaruh di mana orang yang tambah anda sebagai rakan. Contohnya saya sendiri sepanjang ada fb hanya berpuluh orang sahaja yang saya add,selebihnya ramai yang add saya di fb. Sebaiknya biar “setting” fb anda ditukar kepada umum agar ramai yang boleh membaca status dari anda.Anda juga boleh letakkan butang “follow” atau Ikuti

Page 21: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 21

21

agar boleh beri peluang kepada mereka yang ingin mendapatkan status dari anda tekan butang tersebut.Cara ini,kuota rakan fb anda tidak luak. Sebagaimana yang kita ketahui,di fb mereka hanya membenarkan 5000 orang rakan sahaja.Jadi yang menjadi rakan ini biarlah mereka yang mempunyai hubungan yang kuat dengan anda sama ada talian darah,sahabat,pelanggan atau rakan niaga. Saya sendiri dari semasa ke semasa membuang rakan fb yang sangat negatif,tidak memberi respon dengan membiarkan komunikasi sehala (hanya kita yang komen,like statusnya) dan yang dirasakan tidak memberi manfaat apa pun.Kebanyakannya sudah bertahun di dalam senarai tapi terpaksa dibuang atas sebab yang saya sebutkan tadi. 3. Bina kredibiliti Binalah identiti tersendiri di fb dengan berkongsi ilmu dan idea di fb.Anda boleh letakkan nama anda di bawah setiap status untuk lebih mudah dikenali tapi tak perlu terlalu kerap. Anda juga boleh : 1-berkongsi pelbagai maklumat dan info berguna 2-ulasan isu semasa 3-kongsi pengalaman 4-kongsi cerita 5-status berdakwah /motivasi dan yang bersesuaian Niatkan untuk memberi manfaat kepada ramai orang,menyebarkan dakwah dan kebaikan sentiasa. Fasa 2 ( Pertengahan ) Selepas anda tahu apa yang perlu dibuat di fb anda sendiri,maka kini anda perlu ke langkah seterusnya iaitu fanpage anda.Dalam bab 1 anda telah diajarkan agar memiliki [email protected] bab ini saya ingin mengingatkan anda kembali :

Page 22: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 22

22

1- Berikan nama page yang sesuai dan sering dicari atau mungkin dicari oleh pelanggan 2- Ketika membuat fanpage jangan lupa isikan maklumat dengan lengkap,jika tidak fanpage anda mungkin berada dalam senarai di bawah bila dicari. 3- Buat cover photo dan logo profile yang sesuai untuk fanpage anda.Ramai designer yang mengambil upah kerja ini dan anda hanya perlu bayar dan maklumkan bagaimana anda hendak.Pastikan masuk isi penting tentang produk dengan sedikit ayat yang menarik.Ayat “Call to Action” jangan lupa.Sertakan sekali nombor anda untuk dihubungi. Tip : Sekiranya anda ingin menjimatkan kos dan ingin membuat sendiri banner timeline fb,cover photo dan profile,anda boleh menggunakan aplikasi yang terdapat di smartphone.Anda hanya perlu memuat turun aplikasi Photo Editor,Pixlr,PhotoGrid,Instamag,FotoRus dan lain-lain.Saya sendiri banyak membuat sendiri banner menggunakan aplikasi ini,hanya dengan menggunakan smartphone sahaja! Sambil nak tidur,sambil jaga anak,saya mampu menghasilkan pelbagai design dan gambar menarik ;) Mudah kan? 4. Fanpage akan kelihatan lebih lengkap jika disokong oleh blog atau web.Sebagaimana yang telah saya terangkan di Bab 1,anda boleh bermula dengan blog free.Jika perlu,anda boleh upgrade bila –bila masa ke blog berbayar.Bagi yang tidak tahu,contoh blog berbayar ialah yang di hujungnya tiada blogspot atau wordpress sebaliknya .com,.net,.my,org dan banyak lagi. Adanya blog juga sebagai “back up” seandainya fb tiba-tiba tutup,paling tidak anda masih mempunyai kedai online dalam bentuk blog.Tiada apa yang mustahil.Cuma buat masa ini fb masih ada maka kita gunakan ianya sebaik mungkin sebagai salah satu medium untuk bisnes. Anda mempunyai beberapa pilihan : 1- Blog yang ringkas,hanya mengandungi maklumat berkenaan produk yang penting-penting sahaja seperti : i – info produk / servis

Page 23: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 23

23

ii – cara membeli / cara menjadi agen iii – testimonial / galeri produk 2 – Blog yang sentiasa di update,mempunyai semua maklumat penting seperti di blog ringkas kecuali ada tambahan artikel-artikel yang sentiasa di update.Ini sesuai untuk anda yang mempunyai banyak masa. Tip : Untuk tujuan bisnes,anda tak perlu buat blog @ web yang kelihatan terlalu cantik dan sarat dengan aksesori.Cukup ringkas,padat dan jelas kandungannya tapi menarik. Tahukah anda? Ramai blogger yang bersaing dalam update@mengemaskini blog untuk menarik trafik ke blog mereka.Setiap hari mereka sentiasa update blog dengan pelbagai cerita dan isu untuk menarik perhatian pembaca. Apakah tujuaanya? Tujuannya sudah tentu untuk menambahkan jumlah prospek untuk iklan yang ada di blog mereka.Pembaca bukan sahaja membaca artikel yang ada,tetapi mata mereka akan melihat iklan yang ada di dalam blog tersebut. Itulah sebab ada blog siap boleh sewakan tapak iklan bukan sahaja puluh,tapi ratusan / ribuan ringgit. Itu anda boleh pelajari dengan mereka yang arif bab ini.Saya hanya tahu asas tetapi untuk melaksanakannya belum lagi kerana kekangan masa.Mungkin bila saya kurang komitmen nanti saya boleh luangkan masa menjadi blogger yang aktif berkongsi ilmu dengan masyarakat,insyaAllah. 5. Pemasaran melalui forum mengikut pengalaman saya dahulu mudah dilakukan jika anda seorang yang suka berkongsi dan mendapatkan ilmu dari orang lain.Sekiranya anda memaksa diri anda dengan desakan untuk menjual semata,maka pemasaran melalui forum tidak sesuai dengan anda. Anda harus ingat,forum adalah lubuk tempat orang berkumpul.Kebanyakan mereka dahagakan info dan dan maklumat,jadi tugas anda adalah untuk

Page 24: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 24

24

menyampaikan maklumat. Saya dahulu ketika mula-mula meniaga emas,saya berkongsi maklumat di forum di carigold.com –satu tempat yang boleh dipanggil sebagai lubuk pembeli kategori web forum/portal di Malaysia.Saya berkongsi bukan sahaja maklumat,tapi pengalaman saya dengan emas dari A to Z (pada waktu itu). Ramai yang ternanti-nantikan kisah saya dan saya mula mencipta nama dan pengikut.Waktu itu nickname saya “cikgusimple” antara yang diingati oleh sebilangan peminat emas tanahair yang aktif di forum pada masa itu sehingga kini. Di forum tersebut,ada pelbagai ruangan.Saya aktifkan diri saya menyertai ruangan berkaitan emas dan beberapa ruangan lain yang menarik minat seperti info@debat,berita semasa,agama,perbincangan kewangan,bisnes online dan bisnes offline. Prinsip saya mudah,apa jua ilmu yang ada,saya cuba kongsikan walaupun mungkin ianya tidaklah terlalu besar bagi orang lain.Mungkin ada yang memerlukan ilmu kita yang kita anggap tidak seberapa itu. Untuk pemasaran melalui forum,anda perlu “masuk” dengan menjiwai suasana dan adab di sesebuah web berbentuk portal forum ini.InsyaAllah lama-lama anda akan biasa. Ruangan untuk meniaga juga ada.Oleh itu,sambil berforum,anda boleh membuka “tapak kedai” di forum. Menariknya,banyak topik forum di sini yang tersenarai dalam carian di Google.Salah satu thread saya yang agak “hot” selain topik tentang emas ialah berkenaan bisnes nangka madu.Seringkali tajuk thread itu akan naik di google bila ada carian berkenaan nangka madu. Tip mendaftar di web forum: 1-Pilih nama yang bersesuaian,gambar yang menarik dan jangan lupa signature yang padat dan ringkas yang mampu menerangkan apa bisnes yang anda buat.Kelebihan signature adalah ia akan keluar di setiap komen anda walau di mana jua. 2- Untuk permulaan,anda boleh mendaftar dahulu di mana-mana forum dan kaji rentak di situ bagi memudahkan anda “masuk” dengan suasana di forum.

Page 25: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 25

25

Tahukah anda ? Portal Majalah.com adalah antara forum @ direktori terbesar di Malaysia yang mengumpulkan banyak maklumat berkaitan pelbagai bisnes.Anda hanya perlu membuka dan lihat ruangan sebelah kanan tersenarai pelbagai kategori bisnes,dan macam-macam peluang bisnes.Sangat banyak dan saya berani cadangkan kerana banyak juga urusan saya yang pernah datang dari web tersebut. Anda juga boleh beriklan di situ,tapi baru-baru ini saya lihat syaratnya sudah semakin ketat.Namun begitu,ia tetap menjadi rujukan saya bila saya ingin mencari tentang sesuatu produk mahupun survey pasaran,survey harga dan produk yang diminati orang ramai. Jika anda tidak tahu nak meniaga apa,anda boleh masuk ke situ.Sama ada cari produk,atau cari bisnes sedia ada yang hendak dijual.Pelbagai servis juga ada di sana. Fasa 3 ( Tindakan seterusnya ) 1- Anda sudah mempunyai fb sendiri,maka kemaskini lah dengan status yang bermanfaat sebagaimana yang telah saya kongsikan sebelum ini.Anda boleh selitkan iklan di wall anda sendiri dan yang wajib ialah di fanpage anda. 2- Dalam menjual,ada istilah “hardselling” dan “softselling”.Anda boleh seimbangkan keduanya di fb. 3- Kongsikan seberapa banyak maklumat yang berkenaan dan bersangkut paut dengan produk yang dijual dan bidangnya (niche). Tip : Cara simpan ayat penulisan di fb : Copy paste (salin tampal ) @ CP info dan masukkan ke : 1- Memo,Notepad,Microsoft Word 2- Buat satu group rahsia di FB di mana anda boleh pos apa sahaja ke dalam group tersebut. 3- PM kepada diri sendiri atau pasangan jika beliau juga turut terlibat oleh itu

Page 26: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 26

26

anda boleh sentiasa boleh PM bila-bila masa dan dapatkan bila-bila masa ayat tersebut bila diperlukan. 4- Whatsapp kepada pasangan Saya banyak menggunakan cara 2,3 dan 4. Dalam group rahsia saya itu,hanya ada 2 orang.Ye,dua orang ^_^. Selain untuk urusan bisnes,anda juga boleh menulis apa sahaja dan ianya hanya dibaca oleh orang di sebelah anda...hehehe.. Saya sudah bocorkan satu rahsia saya kepada anda :D Jadi,lepas ini boleh cadangkan mereka yang suka update status tentang pasangan agar berbuat begitu di group rahsia mereka sahaja ok :D Baiklah,kembali kepada topik,bagaimana saya menggunakan group rahsia ini : i – buat pos tajuk tertentu,contoh “ iklan ubat herba”,maka di ruangan komen tersebut akan penuh dengan ayat-ayat iklan sahaja.Satu iklan satu komen sahaja untuk memudahkan proses copy paste.Kini dengan menggunakan smartphone,semakin mudah untuk membuat copy paste dari ruangan komen. ii- buat pos tajuk lain,masukkan ayat berkenaan di ruangan komen. iii- anda juga boleh jadikan group ini sebagai diari yang mudah diakses.Saya sendiri menamakan group ini dengan nama Diari xxxxxx .Saya selalu senaraikan “list to do” di group ini selain menulis di buku catatan khas.Ianya alternatif untuk saya dalam keadaan tertentu.Saya tetapkan group ini sebagai “rahsia” maka tiada sesiapa boleh jumpa group tersebut melainkan ahli. Cara 3 dan 4 pula ialah saya copy paste (CP) ayat untuk diberikan kepada pelanggan.Contohnya bila pelanggan bertanya tentang produk,saya berikan satu ayat yang lengkap mengandungi semua maklumat yang diperlukan.Mudah untuk akses jika menggunakan smartphone.Memo di sesetengah handphone tidak boleh menyimpan info yang panjang sedikit.

Tip : Jangan asyik copy paste penerangan kepada pelanggan sehingga tidak perasan soalan mereka yang memerlukan anda menjawabnya.Kegagalan anda melayani pelanggan boleh menyebabkan mereka hilang minat. 4. Anda boleh wujudkan sendiri sistem selepas menjual sesuatu produk.Sistem

Page 27: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 27

27

yang saya maksudkan ialah sistem agen @ jaringan (network)anda sendiri.Tapi ini hanya dilakukan jika anda merupakan antara agen yang mendapat harga menarik dari pembekal.Jika tidak,maka lupakan sahaja bab ini. 5. Selepas anda menjual,maka anda pasti sudah mahir dengan rentak bisnes anda bukan?Anda sudah mahir meletakkan harga,membuat pakej,dan lain-lain.Bolehlah jika anda ingin buka tawaran untuk orang lain menjadi agen sama ada sebagai sub-agen ,agen dropship mahupun consignment. Agen = Pengedar kepada sesuatu produk,atau servis.Sub-agen pula ialah wakil jualan kepada agen Agen dropship = Agen yang menjual tanpa memiliki barang sebaliknya mempromosikan produk@ servis,bila ada jualan dia akan mendapat komisen

Consignment = Pembekal/agen /stokis meletakkan produk mereka di premis atau beri pada individu untuk dijual.Habis jual baru bayar atau bayar secara berkala. 6. Berikan layanan yang baik dan mesra kepada pelanggan.Jawab pertanyaan mereka dengan sabar. Tip : Berikan info yang lengkap jika anda sibuk tapi boleh disertai dengan ayat follow up yang membuatkan pelanggan rasa selesa untuk terus berkomunikasi dengan anda.Sentiasa memperbanyakkan ikon dalam perbualan anda bersama pelanggan. 7. Sekiranya anda bersedia untuk meluaskan rangkaian agen anda,maka sesuailah jika anda mewujudkan group di fb mahupun whatsapp untuk menyebarkan info dan berkongsi pelbagai maklumat bersama.

Dalam group whatsapp yang saya wujudkan,saya cuba untuk menyatukan agen dan membuatkan mereka selesa di antara satu sama lain dan setiap orang tidak malu untuk berkongsi cerita berkenaan produk mahupun testimonial pelanggan mereka. 8. Pastikan ada “marketing tools” untuk rujukan sendiri,pelanggan mahupun agen.Sebagaimana yang telah saya tulis sebelum ini,saya ulang semula :

Page 28: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 28

28

1- Album di fb sendiri ( Testimonial,Galeri Produk) 2- Album di page 3- Galeri di blog 4-Video Youtube

Page 29: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 29

29

Bab 3 : Kesilapan Awal Peniaga Online

Dalam bab ini anda akan diterangkan mengenai kesilapan awal peniaga-peniaga online di Facebook. 1. Menggunakan nama atau gambar yang salah dengan meletakkan nama produk,atau gambar produk. Orang tak nak add,tak suka dan tak yakin 2. Terlalu nampak sangat hendak menjual -> membuatkan orang berasa tidak selesa. 3. Gagal buat orang rasa suka 4.Banyak status yang tak sesuai sama ada peribadi atau negatif 5. Kelihatan kurang yakin dengan produk 6. Asyik bertukar produk (tidak konsisten) 7.Tidak menjual ikut harga semasa 8. Produk bagus,marketing tidak berkesan 9.Malas berfikir untuk membuat ayat iklan 10.Tidak membuat RnD produk [ pakai sendiri atau orang lain -> kaji sendiri produk kerana kadang-kadang pembekal bukan tahu sangat ] 11. Tidak meminta maaf kepada pelanggan jika membuat kesilapan. 12. Gagal mengawal emosi dan memarahi pelanggan @ menggunakan ayat yang tidak sesuai

Page 30: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 30

30

Bab 4 : Bagaimana konsisten dengan bisnes online

1. Betulkan niat. Niat harus baik dan betul,insyaAllah akan dipermudahkan urusan kita.Zaman sekarang ekonomi dikuasai oleh Yahudi dan orang Islam kelihatan lemah.Maka usahakanlah untuk jihad ekonomi dan menyokong produk Islam. Jika bukan kita,siapa?Jika bukan sekarang,bila?

2. Pilih produk yang bagus dan mampu milik. Pemilihan produk amatlah penting kerana kita hendak meniaga untuk jangka masa panjang,bukan sehari dua,sebulan dua atau setahun dua. Jika nak bercakap tentang produk,secara ringkas,ada beberapa jenis produk iaitu yang mengikut trend dan sentiasa berubah,dan produk yang statik.Saya pernah cuba untuk menjual tudung dan kain pasang,hasilnya saya dapati ianya memenatkan,memerlukan banyak masa kerana perlu update sentiasa.Maklum sahaja,stok sentiasa berubah.Ianya sesuai untuk mereka yang hanya fokus pada bidang ini dan mempunyai pekerja,tidak berapa sesuai untuk mereka yang ingin part time kecuali anda memang minat dan punyai masa untuk sentiasa update stok. Produk yang saya namakan produk statik ialah produk yang sama,dan sentiasa diperlukan,contohnya seperti produk supplemen dan penawar penyakit.Kita tak perlu kemaskini stok sebaliknya hanya ulang benda yang sama!

3. Pupuk minat pada produk – sentiasa tambah ilmu Anda perlu pupuk minat pada produk yang dijual,jika tidak ianya akan jelas kelihatan nanti.Kita boleh lihat jika seseorang itu minat atau tidak dengan produk yang dijualnya. Keyakinan akan terserlah pada peniaga yang mempunyai minat pada

Page 31: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 31

31

produknya sendiri.

4. Pengalaman dengan produk Anda harus menulis pengalaman menggunakan produk agar lebih diyakini oleh pelanggan.Saya mendapati pelanggan menjadi lebih yakin bila mengetahui yang saya menggunakan produk yang dijual dan bertambah yakin bila saya berkongsi kebaikannya.

5. Pegang prinsip meniaga sehingga jadi Meniaga bersungguh-sungguh dan hati perlu kering.Buktikan pada diri sendiri yang kita mampu lakukan apa yang kita inginkan.Tiada sesiapa yang mampu menghalangnya melainkan dengan izin Allah swt. Lakukanlah sesuatu dengan nekad untuk melakukan yang terbaik dan sentiasa memperbaiki kelemahan.

6. Prinsip 6 Bulan Apa-apa produk atau servis yang dijadikan bisnes,cuba buat selama 6 bulan.Tujuannya untuk tahu menjadi atau tidak dengan syarat anda sudah mempelbagaikan strategi.Tidak guna meneruskan bisnes yang awal-awal sudah menunjukkan bermasalah walaupun selepas mencuba pelbagai taktik dan strategi.Anda cuma membuang masa,wang dan tenaga.

7. Konsisten meniaga Walaupun anda kurang beriklan,tapi produk sentiasa ada di tangan.Ini menunjukkan yang kita serius meniaga dan tetap meniaga walaupun pada musim kurang jualan. Perlu ingat,meniaga bukan hari-hari dapat jualan yang banyak.Ada masa jualan menurun,hambar dan ada masa jualan meningkat.Itu lumrah yang harus kita faham. Apa pun yang terjadi pada bisnes,selagi ada permintaan,teruskan meniaga.Ini juga salah satu jihad ekonomi dalam menyediakan

Page 32: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 32

32

keperluan produk yang halal lagi suci dan meningkatkan ekonomi ummah. Janganlah bila kurang jualan maka anda tinggalkan terus.Orang kata “pelan-pelan kayuh” Berikan masa untuk diri sendiri menambah senarai pelanggan dari semasa ke semasa dengan penuh kesabaran.Pelanggan yang beratus atau beribu bermula dari seorang pelanggan.Dari seorang pelanggan itulah bertambah menjadi 2,3,4 sehinggalah jumlahnya meningkat.

8. Cipta nama Buat orang perasan apa yang kita jual.Sentiasa selitkan tentangnya apabila ada peluang di mana-mana.

Page 33: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 33

33

Bab 5 : Kajian Kes Dalam bab ini,saya ingin kongsikan kajian kes berdasarkan pengalaman sendiri.Tujuannya agar anda dapat jadikan sebagai panduan untuk bisnes anda nanti.Ia hanyalah contoh dan tidak semestinya sesuai untuk bisnes anda 100%. Kajian Kes 1 : Bisnes emas :Satu perjalanan sebuah pengalaman Sebagaimana yang pernah saya ceritakan sebelum ini,bisnes pertama yang saya ceburi selepas berdoa ialah bisnes emas. Pada masa itu saya merasakan bisnes ini amat serasi dengan jiwa saya. Saya mula mengkaji bisnes ini dari pelbagai sudut terutama kaitannya dengan wang kertas ,sistem ekonomi serta perbankan. Saya bermula sebagai seorang penyimpan emas sebenarnya.Namun rahsia demi rahsia berkaitan dengan emas membuatkan saya teruja untuk berkongsi dengan lebih ramai orang. Pemasaran melalui forum Di sinilah saya memulakan pemasaran melalui forum tanpa saya sedar pun.Saya tak merancang pun untuk berbuat begitu.Ianya lahir secara semulajadi dengan niat untuk berkongsi.Jika orang lain berasa segan atau malas untuk berkongsi ilmu,saya pula merasakan sebaliknya. Biarpun ketika itu saya bermula dengan zero “0” dan tiada ilmu yang penuh di dada,saya tetap berkongsi secebis ilmu yang saya ada. Prinsipnya mudah,ada sedikit,kongsi sedikit.Jika hendak tunggu ilmu banyak baru hendak berkongsi maka tiadalah orang yang akan berkongsi ilmu di dunia ini kerana masing-masing menunggu untuk jadi “sempurna” baru boleh mengajar orang lain.Jauhi diri dari rasa segan atau malu. Sebenarnya ketika berforum,soal jawab di sesebuah forum akan membuatkan kita mencari jawapan untuk setiap persoalan.Malah kita juga boleh belajar dari orang lain yang berkongsi ilmu yang diketahuinya sedangkan kita pula berusaha untuk mendapatkan jawapan dari persoalan orang lain.Di sinilah kelebihan berforum yang saya nampak.

Page 34: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 34

34

Saya bermula dengan emas pada tahun 2008 dan terjebak dengan syarikat pelaburan emas Etika Emas Estet yang akhirnya diserbu oleh pihak BNM atas dakwaan mengambil deposit haram.Kami sempat mengeluarkan emas kami yang diletakkan di dalam ar rahnu,malangnya agen kami telah menyebabkan kami terjebak dengan syarikat pelaburan emas yang kedua iaitu Fajar Permata.Di sinilah bermulanya episod kerugian akibat skim pelaburan emas.Bayangkan dengan info yang terhad dan hanya ada 1 blog emas ketika itu,maka logiklah kami terjebak.Sumber info sangat terhad berbanding dengan masa kini di mana sumber info agak banyak,tapi orang sekarang malas mengkaji dan “bodoh sombong” tidak mahu mengambil tahu program yang disertai.Saya berasa pelik dengan orang zaman sekarang.Bak kata pegawai BNM,tak perlu kasihan pada orang yang tamak.Mereka yang minta ditipu. Selepas itu,saya agak serik dengan syarikat berkaitan emas,sehinggalah saya mengenali syarikat XX.Saya membuat kajian mengenai syarikat ini dan menyertainya sebagai pengedar emas sekitar tahun 2010 selepas mengenali syarikat pada tahun 2009. Mereka hanya menjalankan jual-beli biasa sahaja.Beli emas dan dapat emas.Saya pun mula berkongsi info tentang syarikat XX di forum secara tidak langsung. Tidak sangka begitu ramai yang tertarik dengan XX sehingga saya dan suami mampu menghasilkan jualan 7 angka hanya dalam masa kurang dari 3 bulan.Kami hanya berkongsi di forum ketika itu.Oh ye,bisnes emas ini sebenarnya dilakukan bersama suami.Kami saling menyokong di antara satu sama lain dan bersama-sama dalam apa jua urusan bisnes.Ketika bersama XX,banyak juga kami keluar untuk berjumpa dengan prospek,tetapi 90% adalah melalui pemasaran online sahaja. Ketika ini nama XX sedang melonjak disebabkan oleh ramai juga pengedarnya yang aktif.Kami hanyalah salah satu penyumbang sahaja.Penyumbang yang tidak didendang.Kenapa saya berkata begitu? Kami sebenarnya memberikan XX promosi secara percuma bila kami berkongsi tentangnya di forum.Ramai yang terus ke cawangan Public Gold tanpa melalui kami pun dan ramai juga yang menyertai nama-nama besar dalam XX.Ketika itu kami fikir,tidak mengapa,rezeki seseorang pasti ada.Hasilnya,ada sahaja mereka yang menyertai kami sebagai rakan niaga XX. Sampai satu tahap,ada perkara yang membuatkan kami tidak berpuas hati

Page 35: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 35

35

dengan XX dan kebetulan saya pula telah mendaftar sebagai pengedar syarikat emas XXX yang menjalankan jual beli emas dengan pelbagai kelebihan yang tiada pada XX.Masalah dengan XX dan kehadiran XXX pula tepat pada masa. Pengalaman membina nama dan rangkaian bersama XX saya gunakan untuk dikongsikan bersama orang kuat XXX. Asalnya saya mendapat layanan yang sama sahaja seperti pengedar XXX yang lain. Saya pun tiada niat untuk menonjol pun.Tetapi semangat dan perasaan untuk membantu syarikat Muslim amat menebal.Saya memberikan syarikat XXX seberapa banyak idea dan saya berusaha untuk satukan semua pengedar XXX di satu group Facebook untuk menguatkan rangkaian.Saya curahkan pengalaman dan ilmu yang saya ada bersama syarikat sebelum ini dengan tujuan untuk menaikkan syarikat XXX. Saya bimbing para pengedar XXX agar berilmu dan berdaya saing.Hasrat saya tercapai apabila sampai satu masa nama syarikat XXX pernah berada di atas sekali berbanding pesaing dan di situ saya merasa sangat puas. Saya juga diberi peluang atas usaha saya dengan tawaran menulis artikel di akhbar,mendapat liputan di akhbar dan bersiaran di radio. Ketika bersama syarikat XXX saya mula aktif di Facebook memandangkan sudah tidak boleh lagi meneruskan pemasaran melalui forum akibat perbuatan sabotaj pihak tertentu.Saya mulakan semuanya dari bawah di Facebook.Saya mulakan group untuk berkongsi ilmu di fb dengan keahlian hanya berbelas orang.Tapi kini ahli group sudah hampir mencecah 20k+. Kenapa perlu saya cerita ini semua kepada anda? Saya ingin anda tahu yang kejayaan bermula dari bawah,bukan datang secara tiba-tiba.Ianya perlu dibina dan disemai sedikit demi sedikit.Ibarat kita menanam pokok,jika nakkan hasil,mestilah bermula dari menyemai benihnya dulu.Barulah boleh merasa hasilnya kelak. Satu lagi,saya ingin anda fokus kepada bagaimana saya berusaha untuk membantu syarikat emas melalui pengalaman saya sebelum ini dengan syarikat lain.Dan usaha tersebut dibalas dengan bantuan dari segi pemasaran untuk saya membina kredibiliti di akhbar dan radio.Dalam banyak hal juga anda mungkin diberi kelebihan jika menjadi penyumbang kepada peningkatan

Page 36: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 36

36

syarikat.Jadi,kenalilah siapa orang kuat syarikat dan bolehlah bekerjasama memberi sumbangan idea dan lain-lain.

Pada tahun 2011,suami menyatakan hasrat untuk meniaga nangka madu dan saya pula mencadangkan nama gerai untuk tujuan “branding” – Nangka Madu 916.Kini kami mempunyai 4 buah gerai,dua daripadanya adalah gerai Air Tebu Piaww 916.Nama 916 itu diabadikan kerana emas adalah bisnes kami yang pertama. Selepas bertahun-tahun kami mempertahankan bisnes emas,akhirnya kami terpaksa akur dengan keadaan semasa yang bertentangan dengan prinsip kami. Asalnya kami cuba juga untuk mempertahankan bisnes pertama kami ini,tapi atas pelbagai faktor luaran kami terpaksa jua meninggalkannya.Kesimpulan yang kami boleh buat dari pengalaman meniaga emas ialah : Kelebihan : 1- Emas sebagai bukan sahaja barang kemas,tapi untuk simpanan,pelaburan dan perniagaan 2- Sentiasa laku 3- Tidak ada tarikh luput 4-Dijual atau tidak,ianya tidak merugikan peniaga 5-Logam berharga yang mempunyai pelbagai keistimewaan tersendiri Kelemahan 1- Bukan mudah untuk menukarkan “mindset” emas sebagai barang kemas kepada instrument simpanan,pelaburan dan bisnes 2- Harganya sentiasa berubah 3- Anda perlu mempunyai komitmen tinggi kerana perlu sentiasa tahu harga emas untuk dijawab kepada pelanggan 4- Barang kemas pula perlu mengikut ukuran pelanggan,sukar untuk memuaskan hati pelanggan jika stok yang ada di tangan sedikit. 5- Memerlukan cara penyimpanan yang selamat kerana risiko untuk dicuri atau hilang 6- Merupakan barang ribawi dan mengikut fatwa pelaburan emas Malaysia pembeliannya tidak boleh bertangguh.

Page 37: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 37

37

Peluang 1- Barang yang sentiasa laku sepanjang zaman 2- Semua orang merupakan prospek untuk menjadi pembeli kerana peranannya mampu menggantikan wang kertas sebagai simpanan untuk jangkamasa panjang 3-Satu masa nilainya akan naik dan menjadi rebutan. 4- Aset yang mudah dicairkan dan ditukarkan kepada tunai,aset lain dan sebagainya 5- Bisnes yang boleh bertahan lama Ancaman : 1- Kewujudan pelbagai program dan skim bertopengkan emas telah merosakkan market emas online khususnya. 2- Ramai yang ingin kaya segera dengan menyertai pelbagai program emas yang menjanjikan pulangan bulanan 3- Emas dijangka kena GST pada tahun 2015,terutamanya barang kemas.Gold bar (jongkong emas) setakat ini dikhabarkan tidak kena,tapi ada syarat tertentu contohnya mempunyai LBMA 4- Harga emas dikawal oleh “tangan ghaib” yang sesuka hati memanipulasi harga emas mengikut kepentingan mereka. 5- Wujud ramai “ustaz” yang mengeluarkan pelbagai fatwa sendiri sehingga membolehkan emas dimanipulasi. Secara ringkasnya,saya menyarankan perniagaan emas ini kepada anda yang bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran yang telah disebutkan di atas. Sekiranya anda makan gaji dan ingin menjadikan emas sebagai satu-satunya bisnes yang diceburi untuk mendatangkan pulangan lumayan,eloklah anda fikir masak-masak.Ini kerana sekiranya anda makan gaji anda tidak mempunyai masa yang banyak untuk diluangkan untuk bisnes emas yang memerlukan banyak komitmen ini. Namun begitu,pilihan yang ada ialah memiliki stok emas sendiri dan fokus kepada barang tertentu sahaja supaya tidak susah untuk proses jual-beli dan

Page 38: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 38

38

“restock”.Sebagai contoh,anda cuma menjual dinar,jongkong emas dan barang kemas dari jenis dan berat yang lebih kurang sama.Ini hanyalah pandangan peribadi saya sahaja.Sebenarnya ada banyak lagi cara yang boleh diusahakan jika anda berminat dengan bisnes emas ini.Dapatkan ilmu yang betul di group fb Gold Investor Club dan group jual beli Jom Emas

Kajian Kes 2 : Kerepek Nangka : Produk dari Ekspo ke Pasaran Online Selepas meniaga emas,kami mengusahakan perniagaan gerai Nangka Madu.Ketika bekalan nangka madu belum stabil,kami mencari bekalan ke merata tempat dan buat pertama kali kami diperkenalkan dengan produk kerepek nangka.Sedap!Itulah benda pertama yang keluar dari mulut kami.Memang rasanya sangat sedap dan lain dari yang lain. “Produk boleh jual ni”,kata saya pada suami pada waktu itu. Lalu kami menjual kerepek nangka dari satu daerah ini.Namun harga yang kami dapat kurang menarik,lalu kami cuba mencari kerepek nangka dari tempat lain.Kami sempat mencuba hampir 4 jenis kerepek nangka.Semuanya sedap,tapi kami masih belum mendapat harga yang menarik untuk dijual.Maksud harga menarik di sini ialah,harga yang boleh memberikan keuntungan yang berbaloi. Sehinggalah saya dapat tahu Ekspo terbesar Maha 2012 bakal diadakan.Saya pun mengajak suami untuk ke ekspo tersebut dan memang saya berhajat untuk mencari produk-produk berasaskan nangka madu untuk dipadankan dengan gerai nangka madu kami. Alhamdulillah,akhirnya saya jumpa jenama kerepek nangka Lea Frito yang menepati citarasa saya.Saya juga jumpa pelbagai produk berasaskan nangka seperti coklat nangka,dodol nangka,aiskrim nangka dan macam-macam lagi.Tapi kerepek nangka yang paling sesuai diketengahkan kerana tahan lama,mudah disimpan dan dijaga serta mempunyai rasa yang menggoda.Kami beli sedikit dan membawa balik untuk sesi “testing”. Ternyata kerepek nangka jenama Lea Frito sangat disukai ramai tukang rasa yang berpeluang merasainya.Saya pun mula menyusun strategi.Saya cuba dapatkan info dari paket yang ada.Ini penting.Dari bungkusan kita boleh dapat

Page 39: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 39

39

banyak maklumat yang diperlukan seperti di mana dikilangkan,siapa pengeluar,maklumat nutrisi dan banyak lagi. Saya menghubungi pihak kilang,rupanya mereka hanya menghasilkannya,bahagian pemasaran ialah syarikat lain di negeri lain.Saya pun cuba menghubungi pihak berkenaan melalui no telefon yang tertera.Akhirnya saya dapat bercakap dengan pengurus bahagian pemasaran yang menguruskan bahagian pemasaran dan penjualan kerepek nangka.

Satu pertemuan diaturkan dan kami jumpa buat pertama kali.Rupanya produk ini dihasilkan untuk pasaran luar negara,patutlah cantik sangat bungkusannya.Kata pengurus berkenaan,bila sampai pasaran luar negara,mereka bertanya “feedback” pasaran dalam negara,tapi mereka tiada jawapan untuk itu sebab belum pernah pasarkan di Malaysia.

Maka sebab itulah pengeluar buat “u turn” dan masuk semula pasaran Malaysia untuk mendapatkan gambaran sambutan dalam negara.Pengeluar mula menyertai pelbagai ekspo,dan buka booth di program yang berkaitan dengan makanan dan pertanian. Di sinilah saya bertemu dengan pengeluar,ketika produk ini masih baru hendak diperkenalkan.Pengeluar sebenarnya fokus pada pengeluaran kerepek nenas,dan kerepek nangka madu adalah sampingan. Baiklah,bukan ini yang saya hendak cerita sebenarnya.Ia hanya sebagai intro supaya anda tahu serba sedikit pengenalan awal. Ok,apa yang saya buat ?Ini senarai semaknya 1- Cari produk untuk diketengahkan 2- Hubungi pembekal 3- Dapatkan harga untuk menjadi agen 4- Mulakan dengan kuantiti percubaan 5- Pelbagaikan cara pengiklanan dan pemasaran 6- Bila sambutan bagus,ambil dengan kuantiti yang lebih besar 7- Kaji pasaran dan kehendak pelanggan 8- Jual secara konsisten dan dapatkan kepercayaan pembekal 9- Dapatkan tawaran menarik dari pembekal 10- Teruskan menjual produk secara berterusan dan buat orang tahu di mana untuk mendapatkan produk tersebut

Page 40: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 40

40

Antara langkah yang saya ambil untuk promosikan kerepek nangka ini ialah : 1. Membina fanpage Saya membuat fanpage di fb dengan nama Kerepek Nangka.Ini adalah fanpage menjual produk makanan kering yang pertama saya buat dan sambutannya agak menggalakkan.Saya sentiasa menerima tempahan sehingga kini walaupun kadangkala tidak membuat sebarang iklan .Benarlah kata orang produk makanan memang laris,terutamanya jika sedap. 2. Membuat blog Asalnya saya cuma suka-suka membuat blog di wordpress.com.Tak sangka sambutan yang saya terima sangat memberangsangkan sehingga saya merasakan perlu ada domain sendiri.Saya pun beli domain kerepek nangka dan mengupah orang untuk menjadikannya ianya sebuah website yang lebih baik.Dalam masa yang sama,saya kekalkan blog free kerana ianya sudah ada nama tersendiri dan mendapat ranking di Google. 3. Strategi pemasaran mudah dan ringkas di fb : 1- Pastikan ada gambar produk yang menarik Boleh ambil sendiri,atau guna khidmat jurufoto-bergantung kepada bajet anda.Saya dapat lihat perubahan angka jualan sebaik saya menggunakan gambar-gambar yang menarik hasil dari khidmat jurufoto profesional.Saya mendapat gambar yang cantik dan berkualiti dengan upah yang sangat berpatutan. 2- Simpan koleksi gambar-gambar yang ada dalam satu folder. Pelbagaikan cara simpanan anda,di smartphone,laptop,pendrive,album di fb sendiri,album di fanpage mahupun di internet kerana apa pun boleh jadi. Kemudian keluarkan gambar tersebut untuk promosi dengan diselitkan ayat menarik secara berkala.Contohnya sehari beberapa kali,2-3 hari sekali,atau seminggu sekali bergantung kepada kemampuan anda.Apa yang penting lakukan secara konsisten dan layanilah pelanggan dengan sebaik mungkin 3- Simpan koleksi ayat iklan

Page 41: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 41

41

Kumpul ayat-ayat iklan anda di mana-mana tempat yang saya pernah sebutkan sebelum ini dan ulang secara berkala.Sesekali anda hanya perlu tukar i- Tajuk di atas ii- Ikon iii- Ayat di bawah naikkan di atas,ayat di atas turunkan di bawah iv- Tukar sebahagian ayat dan ubahsuai sedikit agar lebih menarik Dengan cara ini anda akan memiliki lebih banyak ayat iklan. Saya selalu mendapat idea secara tiba-tiba dan ada masa-masa tertentu sahaja. Apa yang saya buat ialah : i- Catatkan isi penting di hp atau karang terus ayatnya di memo di hp ii- Tuliskan di buku catatan saya yang memang diwujudkan khas untuk menulis ayat-ayat iklan dan pelbagai idea bisnes dan penulisan 4. Kongsikan info yang berkaitan dengan produk Apabila sebut kerepek nangka,apa info yang berkaitan dengan kerepek nangka? Inilah yang perlu dikongsikan Sebagai contoh,untuk fanpage Kerepek Nangka saya kongsikan info berkaitan dengan :

i-pemakanan sihat

ii- kenapa perlu pilih snek yang mempunyai khasiat yang bagus

iii-kepentingan makanan yang berkhasiat,suci dan halal iv- dan lain-lain yang berkaitan dengan makanan

5. Sentiasa dapatkan perkembangan terkini berkaitan produk untuk dimasukkan ke dalam fanpage Kongsikan pencapaian produk atau berita berkenaannya di fanpage.Mungkin ada keratan akhbar atau jualannya sudah mencapai peringkat

Page 42: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 42

42

antarabangsa.Produk kerepek nangka yang kami jual selalu masuk akhbar,pernah masuk TV dan jualannya sudah mencapai peringkat antarabangsa apabila memasuki pasaran China,Brunei dan Timur Tengah 6. Selitkan pos menarik Sesekali anda boleh selitkan status menarik yang mungkin tiada kaitan dengan kerepek nangka.Jika ingin kongsikan gambar,pastikan gambar itu anda poskan semula,bukan kongsi dari orang/fanpage lain.Jika ada ayat yang diambil dari orang lain atau blog,berikan kredit @ tuliskan sumbernya. 7. Promosi berterusan Pelanggan akan jemu melihat promosi yang sama.Pelbagaikan promosi anda.Sebagai contoh,tawarkan diskaun harga pada tempoh tertentu,berikan hadiah percuma seperti beli 10 dapat 1,percuma kos penghantaran dan sebagainya.Lebih bagus jika ada gambar menarik untuk menjadikan promosi anda mantap

Seterusnya kita ke SWOT bisnes kerepek nangka yang saya buat ini.Mungkin ada sesuatu yang boleh anda pelajari.

Kelebihan

1- Produk mendapat sambutan yang sangat hangat dan tanpa membuat fb ads pun boleh menjual purata 1000+ paket sebulan secara online dan jualan di gerai

2- Produk memang kualiti nombor satu di Malaysia dan pihak pengeluar juga sangat serius menaikkan produk ini dan melakukan pelbagai usaha dari semasa ke semasa

3- Harga yang diberikan pembekal menarik untuk membuat jualan runcit dan sistem agen kerana menjadi orang yang terawal menyokong produk ini secara serius

4- Menarik minat ramai orang di fb saya sendiri untuk mencuba mahupun menjadi agen

Kelemahan

Page 43: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 43

43

1- “Repeat order” ( Ulangan pembelian oleh pelanggan ) ada tetapi tidak bertahan untuk tempoh yang panjang

2- Ramai juga yang merungut,sedap sangat tapi kurang mampu untuk beli selalu

3- Pasaran online sedikit menurun apabila produk ini mula dipasarkan dengan lebih meluas.Jika dulu sukar didapati,kini ianya lebih mudah didapati di mana-mana walaupun masih banyak lagi tempat yang belum ada.

4- Semakin sibuk dengan bisnes lain dan kurang masa untuk fokus pada bisnes kerepek nangka.Pernah cuba buat fb ads,ternyata boleh menghasilkan jualan jika dilakukan secara serius,tapi saya belum bersedia untuk itu.

Peluang

1- Terus konsisten menjual di facebook , dalam masa yang sama jualan tetap berjalan di gerai nangka madu yang dibuka setiap hari

2- Produk yang berpotensi terus mempunyai permintaan

Ancaman

1- Produk mungkin tenggelam di pasaran jika tiada usaha berterusan untuk memasarkannya

2- Kos hidup semakin tinggi,kemungkinan orang akan lebih berjimat cermat dalam membuat pembelian

Page 44: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 44

44

Kajian Kes 3 Ubat Resdung Herba : Dari pengguna jadi bisnes

Mungkin kisah bagaimana saya terjebak dengan ubat resdung herba ini boleh jadi contoh kepada anda.Apa kelas kan jual ubat resdung?Macam “low class” sahaja kan.. Nanti dulu.. Jangan cepat buat penilaian Saya seorang yang cerewet dan selektif. Sebelum menjual sesuatu,saya biasanya akan buat kajian dulu walaupun secara ringkas,akan cuba untuk diri sendiri dahulu,test market pada saudara mara ,rakan dan buat macam-macam lagi dari semasa ke semasa.

Apa istimewanya ubat resdung ini ?

Ok..faktanya ialah saya sendiri penghidap resdung yang kronik lebih dari 20 tahun.Tiada penawar yang serasi dengan saya.Ada ubat pula perlu konsisten makan setiap hari.

Saya menemui ubat resdung ini secara kebetulan melalui seorang rakan online yang datang jumpa atas urusan lain sebenarnya.Tak sangka ianya serasi dengan saya.Saya menggunakan penawar itu sahaja dan bermulalah cerita dari mulut ke mulut sehinggalah seorang demi seorang saudara mara dan rakan yang

Page 45: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 45

45

menggunakan penawar ini mengakui keberkesanan ubat ini.Mereka juga mengakui penawar ini sememangnya lain dari yang lain.

Maka bermulalah era di mana saya mendapatkan ubat resdung ini untuk bekalan sendiri secara PERCUMA.Ya,sebaik anda meniaga apa sahaja sebenarnya,anda boleh mendapatkan stok untuk anda secara PERCUMA

Asalnya hanya secara kecil-kecilan sahaja.Saya terus konsisten menjual ubat resdung ini meskipun tidak sempat mempromosikannya sangat.Saya pastikan stok sentiasa ada walaupun permintaan tak seberapa.

Macam biasa,saya pastikan ada fanpage di Fb untuk memudahkan carian para penghidap resdung di internet.

Sampai satu masa,saya mempunyai waktu yang lapang untuk fokus pada bisnes ubat resdung herba ini.Saya mulakan kembali promosi dan aktiviti pemasaran.Selepas puas menjual sendiri,saya merasakan untuk memanjangkan manfaat penawar ini dengan membuka tawaran agen di seluruh negara. Alhamdulillah kini agen ubat resdung herba ada lebih dari 50 orang di seluruh negara dan terus bertambah.Saya berkongsi rezeki dengan agen melalui promosi yang saya lakukan di page fb Ubat Resdung Herba dan web pilresdung.com selain di Youtube.

Antara ayat promosi saya ialah seperti di bawah. Saya perasan jumlah agen semakin bertambah selepas iklan ini

Kenapa memilih bisnes ubat resdung herba? 1. Hampir 8/10 orang menghidap resdung. 2. Diperlukan oleh ramai orang 3. Sentiasa laku 4. Tak ramai yang menjual ubat resdung herba 5. Alternatif pilihan kepada rawatan lain yang melecehkan dan kurang berkesan 6. Alternatif kepada perubatan bebas bahan kimia 7.Berasaskan herba akar kayu dan tiada steroid sebagaimana sesetengah ubat herba akar kayu yang lain 8. Murah dan mampu milik jika dibandingkan dengan penawar yang lain

Page 46: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 46

46

9. Sangat berkesan kepada hampir 99% penggunanya 10. Tidak perlu maintain makan ( bergantung kepada tahap resdung individu) 11. Jihad kita dalam membantu orang lain

Bagaimana saya membina rangkaian agen Ubat Resdung Herba ?

1- Saya cuba untuk tahu tentang produk ini 99% dari pelbagai aspek antaranya pengakuan pengguna,kelebihan,kelemahan,dan lain-lain.

2- Saya iklan berterusan tawaran menjadi agen dan sentiasa tukar strategi pemasaran.Peningkatan ketara ialah bila saya menawarkan untuk agen berpeluang dapat label sendiri di botol untuk jualan mereka secara PERCUMA

3- Saya wujudkan group whatsapp untuk menyatukan semua agen dengan menggunakan group seoptimumnya hanya untuk kongsi info berkaitan ubat resdung sahaja.Kami berkongsi pendapat,pandangan,pengakuan pengguna masing-masing,gambar dan ayat pemasaran.

4- Saya bimbing dan berikan agen panduan di group dan ebook khas untuk mereka jadikan rujukan.

Page 47: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 47

47

Bab 6 : Tip dan Panduan

Tahniah kerana anda sudah sampai ke bab ini.Bukan semua orang boleh baca sesuatu buku sehingga ke bab yang terakhir.Namun anda antara orang yang berjaya melepasi semua bab sehingga ke bab yang akhir.Pasti anda bersungguh-sungguh hendak mempraktiskan apa jua yang dipelajari bukan? Sayang sekali tidak ramai yang benar-benar tekad untuk merealisasikan impian bisnes mereka.Saya yakin anda bukan begitu. Baiklah,dalam bab ini saya akan kongsikan pelbagai tip dan panduan yang saya sendiri amalkan untuk anda dan ada yang saya sendiri masih belum konsisten sepenuhnya melakukannya tapi tak jemu berusaha untuk cuba istiqamah Sebelum itu,saya ingin tanya anda kembali : Kenapa bisnes online? 7 Sebab Bisnes Online menjadi pilihan 1- Boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja 2- Boleh dilakukan di mana-mana sahaja (asalkan ada talian internet dan servis kurier) 3- Jimat masa 4- Jimat kos kedai,kos minyak ,pekerja dan lain-lain 5- Jimat tenaga 6- Sesuai dilakukan secara sepenuh masa mahupun sambilan 7- Sesuai untuk mereka yang makan gaji mahupun kerja sendiri 9 Tip buat pelanggan online suka 1. Layanan yang terbaik

2. Mesra tapi jangan berlebihan

3. Cuba selami apa yang pelanggan nak tahu-berikan info yang diperlukan sahaja

4. Berikan info yang lengkap

Page 48: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 48

48

5.Servis pantas

6.Berikan selalu ikon

7.Berikan panduan percuma

8.Berikan tawaran menarik seperti poslaju percuma,hadiah percuma atau diskaun menarik

9. Follow up dengan ayat yang tidak kelihatan terlalu ingin menjual,tapi santai.

3 Contoh panduan bina ayat Contoh 1 Mahukah anda sembuh dari gejala resdung dalam masa kurang dari 7 hari?Cubalah penawar kami hari ini Contoh 2 Ingin kelihatan lebih kurus dan langsing tanpa perlu bersusah payah dan menghabiskan banyak wang? Nak nampak macam anak dara semula? Jom cuba makan produk XXX Dapatkan hari ini Sila PM ,atau sms/whatsapp ke XXX Contoh 3 Susu kambing kami memberikan anda lebih khasiat dari yang anda jangkakan.Produk kami mengandungi semua nutrient yang diperlukan dan menjadikan anda lebih lebih,segar,dan bertenaga. Point di sini : Fokus kepada apa yang mampu produk/servis anda berikan,bukan fokus pada kelebihan produk semata-mata.Pelanggan bukan nak tahu sangat apa kelebihan produk kita,mereka mencari sesuatu yang boleh menyelesaikan masalah mereka.Dan tugas kita untuk memberitahu mereka.

Page 49: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 49

49

Ayat iklan yang pendek atau panjang? Ada ayat iklan yang panjang,ada yang pendek Mana satukah yang menjadi pilihan hati ? Berdasarkan pengalaman saya,keduanya ada kelebihan tersendiri. Ayat iklan yang pendek : Kelebihan 1. Mudah difahami kerana jelas

2. Ringkas dan padat

3.Lebih disukai pelanggan

Kelemahan

1. Tidak mengandungi info yang lengkap

2. Ada point penting tentang produk yang menjadi tarikan tetapi tidak dimasukkan

3. Disebabkan info yang ringkas,anda perlu menerangkan beberapa perkara yang masih belum jelas kepada pelanggan

4. Tidak menarik minat sesetengah mereka yang serius untuk dapatkan produk dan suka membaca walaupun ayatnya panjang.

Ayat iklan yang panjang : Kelebihan

Page 50: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 50

50

1. Lengkap dan padat dengan segala info tentang produk

2. Mengandungi segala maklumat yang diperlukan pelanggan

3. Menjadi tarikan kepada mereka yang serius nak dapatkan produk

Kelemahan

1. Tidak disukai oleh orang yang malas nak baca ayat yang panjang

2. Walaupun sudah panjang lebar penerangan anda,ada ketika anda terpaksa ulang semula memberi penerangan yang sama kepada pelanggan anda tersebut.Elakkan memberi semula ayat yang sama sebaliknya menjawab satu demi satu (bukan salin semula @ copy paste

5 Tip Follow up (tindakan susulan ) dengan pelanggan

1. Hubungi kembali pelanggan Pelanggan mungkin pernah bertanyakan tentang produk kepada anda melalui PM atau sms/Whatsapp.Hubungi kembali mereka kerana mereka mungkin terlupa yang mereka nak membeli produk anda.Ingatkan mereka,kerana inilah tujuan follow up.Ianya merupakan tindakan susulan selepas pelanggan menunjukkan minat.

2. Rugi jika tak Follow up Anda rugi jika tak follow up pelanggan anda kerana mereka adalah salah satu penyumbang kepada jualan anda.Tugas anda untuk “mengejar” mereka kembali.Pelanggan juga biasanya rasa lebih dihargai apabila penjual follow up mereka.Penjual yang tak follow up pelanggan seolah-olah mengatakan “ kamu beli atau tidak,saya tidak kisah!” Seolah-olah penjual yang tidak follow up ini ialah orang yang sombong ;)

Page 51: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 51

51

3. Berapa kali follow up?

Berapa kali mesti follow up pelanggan ?Ada orang menetapkan jumlah bilangan berapa kali mereka perlu follow up,ada orang tidak.Pada pandangan saya,terpulanglah kepada anda sendiri.Mengikut pengalaman saya,tak perlu follow up banyak kali kerana hanya membuang masa.Cukuplah 1-2 kali (minimum) atau 2-3 kali (maksimum). Bila perlu follow up? Selang 1-3 hari selepas pelanggan bertanya dan 1-3 hari setiap kali anda selepas anda follow up Ada pelanggan yang suka kita follow up mereka kerana ia mengingatkan mereka akan sesuatu yang mereka ingin dapatkan.Tapi jangan terkejut jika ada pelanggan yang kelihatan tidak suka anda follow up.Tinggalkan pelanggan yang tidak berminat lagi dengan produk anda dan fokus pada pelanggan lain.

4. Elakkan dari kelihatan menjual Memang niat kita ingin menjual,tapi janganlah nampak sangat yang kita ini hanya ingin menjual sahaja.Pelanggan rimas berhadapan dengan peniaga seperti ini.Penjual harus memikirkan perasaan pelanggan.Bayangkan anda di tempat mereka dan datang seseorang yang hanya mendesak anda untuk membeli tanpa bertanyakan apa keperluan anda?Tak selesa bukan ?

5. Contoh ayat follow up

Page 52: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 52

52

Anda boleh gunakan secara selang seli mengikut situasi.Contohnya seperti turutan di bawah : i – follow up kali pertama ii- Follow up kali kedua apabila pelanggan tidak membalas pertanyaan anda i . Salam,masih berminat dengan produk kami? ii. Salam,anda mendapat PM ini kerana pernah bertanyakan tentang produk XXX.Ada apa-apa info tambahan yang diperlukan atau ada nak tanya apa-apa? Contoh iii dan iv ini pula untuk memberi tawaran istimewa kepada pelanggan anda tersebut . iii. Salam sis,hari ini kami ada membuat jualan murah untuk produk kami.Beli 2,dapat free poslaju. iv. Tawaran istimewa dari 1hb – 3hb sahaja.Produk xxx. Beli 1 harga RM59,2 RM110 dan 3 RM150 sahaja.Jika membuat pembayaran pada hari ini,kami beri free poslaju dan free gift.Cepat bertindak sekarang dengan membuat pembayaran ke XXX dan berikan detail Tip : Anda boleh tukar ayat anda dari semasa ke semasa dan lihat sendiri perbezaannya.Pelanggan lebih suka didekati penjual yang ingin kongsikan info dari pelanggan yang kelihatan terlalu hendak menjual.Jadikan pelanggan seperti kawan sahaja dan layanilah mereka dengan baik.

9 Cara melayan pelanggan yang membuatkan mereka ingat anda

1. Layan mereka dengan baik dan sopan 2. Gunakan bahasa yang baik dan beretika 3. Tunjukkan yang anda seorang yang mesra agar mereka suka

Page 53: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 53

53

4. Buatkan mereka rasa selesa dengan anda 5. Sentiasa memberikan lambang di hujung perbualan contohnya

“Wsalam,stok masih ada ” “Tuan berminat ke “ “Barang dah diposkan,mungkin lewat sampai sebab cuti umum semalam ”

6. Elakkan dari memarahi pelanggan atau menggunakan ayat yang boleh menyebabkan pelanggan salah faham

7. Usah kelihatan mendesak pelanggan agar membeli sebaliknya kongsi info yang diperlukan sahaja

8. Memberi peluang untuk pelanggan membuat pilihan sama ada untuk meneruskan urusan pembelian atau tidak

9. Menawarkan kelainan dengan i. Memberi hadiah percuma untuk setiap pembelian ii. memberi “sales after service “ seperti memberi panduan penggunaan produk 5 Rahsia di sebalik tanda LIKE di Facebook Tahukah anda rahsia di sebalik “like” ataupun “suka” di Facebook ? Di laman sosial,cara kita berinteraksi dengan orang lain ialah dengan komen di status mereka mahupun dengan meletakkan tanda suka pada status dan komen-komen mereka.Hanya itu cara yang ada untuk menunjukkan respon kita. Jika di alam realiti,apabila berjumpa dengan kenalan ,apa yang kita buat ialah bersalaman,senyum ,bertegur sapa dan bersembang.Bagaimana untuk melakukannya di alam maya? Ada beberapa cara,iaitu dengan letak tanda suka,komen dan

Page 54: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 54

54

bersembang dengan mereka melalui PM (private message).Tapi perlu ingat,tak semua orang suka nak sembang melalui PM.Saya sendiri lebih suka berinteraksi dengan rakan fb dengan cara letak tanda suka dan komen di status mereka.Bersembang di PM hanya untuk perkara yang penting dan jika perlu sahaja.Namun begitu,ada ketikanya tak salah sesekali meluangkan masa bersembang di PM jika rakan fb kelihatan selesa bersembang dengan anda. Dalam bisnes online,anda perlu membuatkan orang suka dengan anda Nak buat orang suka dengan kita,perlu mula dengan diri sendiri terlebih dahulu.Suka lah dengan orang lain,mudah kan? ;) Apa yang rahsia sangat dengan like @ suka di Facebook ni? Sebenarnya bukanlah rahsia sangat pun, cuma ramai yang terlepas pandang. Jom saya dedahkan ,Rahsia di sebalik LIKE

1. Like tandanya suka,sesuai dengan maksud dan tanda itu sendiri.Lambang jari dan tangan yang menunjukkan tanda bagus.Boleh jadi anda memang suka dengan status tersebut.Jika sebelum ini anda biasanya sanggup tekan like untuk status dari pasangan,saudara mara atau sahabat baik (walaupun sebenarnya sekadar tekan sahaja),apa kata anda cuba pula dengan rakan fb anda yang lain.Tujuannya untuk eratkan silaturrahim.

2. Like sebagai tanda “ok,dah baca “.Ini juga mampu mewujudkan interaksi kepada rakan fb anda.Anda meninggalkan tanda yang status tersebut telah anda baca.

3. Like sebagai tanda “no comment” ( tak ada komen),sebagai makluman yang dah baca tapi tak tahu nak komen apa

4. Like sebagai tanda “Support” (menyokong) status tersebut.Boleh jadi anda sangat setuju dengan status tersebut kerana tanda like juga boleh menunjukkan yang anda sependapat dengan rakan fb anda

Page 55: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 55

55

tersebut.

5. Like sebagai tanda persahabatan.Mungkin ada status yang membuatkan anda semakin mengenali siapa rakan fb anda,maka letakkan tanda yang membuatkan rakan fb anda semakin mengecam kewujudan anda.

Ada juga orang yang like tanpa sebab yang khusus.Ianya sesuatu yang subjektif.

Tanda Like @ suka yang paling bagus jika dapat diiringi dengan komen.Ianya akan menjadi lebih berkesan,jika anda dapat komen pada status rakan fb anda untuk komunikasi yang lebih baik.Bayangkan hari-hari terjumpa seseorang,takkan setiap kali jumpa asyik senyum sahaja.Mulakan menegur dan berinteraksi.Inilah cara untuk mengeratkan silaturrahim. Ketika memulakan bisnes online dahulu,saya terbaca satu nasihat yang mengatakan orang yang mengeratkan silaturrahim rezekinya murah.Saya cuba praktiskan,dan pada tahun tersebut saya berjaya menghasilkan jualan terkumpul lebih kurang RM2 juta.Hanya secara online.Tak percaya?Tak mengapa.Siapa yang mengenali saya sebagai peniaga emas pasti tahu pencapaian saya di masa lalu.Kini saya lebih selesa fokus pada bisnes selain emas. Jika saya boleh,anda pasti boleh.Ikhlaskan hati,usahlah berniat untuk berbaik dengan orang lain semata-mata sebab nak murah rezeki.Jika saya seorang introvert boleh,anda pasti boleh.Introvert ialah jenis manusia yang tidak suka bersosial,suka bersendiri dan tidak begitu suka bergaul sangat.Saya berjaya ubah sedikit diri saya dan Alhamdulillah berjaya.Tapi saya masih seorang introvert,Cuma saya boleh berubah mengikut situasi dan keperluan. Tip : Like dan komen adalah pakej terbaik untuk berinteraksi dan komunikasi berkesan di Facebook selain untuk mencapai tujuan utamanya bagi mendapatkan lebih ramai rakan @ network (jaringan) Tip Bagaimana mewujudkan x factor dalam bisnes online Ok,apa itu x factor?Saya terangkan dalam bahasa yang paling mudah difahami oleh anda insyaAllah.X factor adalah satu kelainan yang ada pada anda.Sesuatu yang kadangkala sukar diungkapkan apa yang menyebabkan sesuatu itu

Page 56: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 56

56

kelihatan menonjol berbanding benda lain yang sama. Contohnya begini Ada ramai penulis di luar sana yang menulis buku,tapi buku seorang penulis bernama Z ini sangat mendapat sambutan.Dia mempunyai auranya yang tersendiri.Dia berbeza dari penulis lain. Lebih kurang begitulah maksudnya.Disebabkan x factor inilah anda atau produk atau servis anda mudah diingati. Carilah apa kelainan yang boleh anda tonjolkan untuk membuatkan anda mudah dikenali

Katalah anda seorang designer,jadilah seorang designer yang kelihatan sangat profesional,suka berkongsi info yang bermanfaat,tidak kedekut ilmu,sentiasa menampilkan hasil kerja yang terkini untuk memberi keyakinan kepada prospek @ bakal prospek,testimonial dan banyak lagi yang boleh difikirkan mengikut kreativiti masing-masing.

7 Tip menambah jualan di Facebook tanpa FB ads Bagaimanakah caranya untuk menambah jualan di Facebook tanpa membuat Fb Ads? Baiklah,saya dedahkan lagi satu perkara yang jarang diperkatakan.Dalam apa jua bisnes dan lapangan sama ada bisnes offline mahupun online,perkara penting yang harus diberi perhatian ialah untuk membuatkan orang SUKA kepada anda. Jika orang sudah suka dengan kita,jual apa pun laku insyaAllah.Tak percaya? Cubalah buat dulu dan alaminya sendiri.Bab ini sebenarnya sangat penting,bagaimana untuk membuatkan orang suka kepada kita pasti anda tahu bukan? Cadangan saya antaranya :

1. Buat status positif yang mampu memberi aura atau caj positif kepada orang lain

Page 57: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 57

57

2. Tulis perkara yang boleh memberi manfaat kepada orang lain 3. Kongsikan ilmu,kisah dan pelbagai catatan yang berguna 4. Tuliskan sesuatu yang di luar kotak @ lain dari kebiasaan 5. Sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan membuat ulasan

berkenaan isu tertentu 6. Kongsikan gambar mengandungi kata-kata menarik sama ada dari diri

sendiri atau orang lain (jika dari orang lain,pastikan copy paste ayat,simpan gambar dan post semula di wall sendiri-berikan kredit kepada empunya asal yang post)

7. Cara lain untuk menjual di Facebook : Jual di group-group meniaga di Facebook dan juallah di fanpage anda.Jadikan fanpage anda tempat untuk anda berkongsi info,berinteraksi dengan peminat page anda dan lain-lain tujuan yang memberi faedah.Selebihnya insyaAllah saya akan kongsikan di Support Group ebook ini.

6 Adab yang perlu dijaga di Facebook

1. Elakkan dari melawan arus di status orang lain.Jika tidak setuju dengan status orang lain,diam sahaja.

2. Komen di status yang anda suka sahaja 3. Jika nak komen di status yang anda tak suka,pastikan komen yang baik-

baik sahaja,jangan menongkah arus 4. Elakkan dari memerli atau menyindir orang lain di Facebook 5. Kurangkan post negatif di Facebook 6. Kurangkan post peribadi dan cerita yang kurang bermanfaat

Mudah sahaja untuk tahu apa yang tidak disukai oleh orang lain,kerana kebanyakannya adalah perkara yang kita juga tidak suka.Sebagaimana kita tak suka orang buat pada kita,jangan buat pada orang lain

Panduan Penghantaran melalui Poslaju

Di bawah saya tuliskan sedikit berkenaan penghantaran melalui poslaju sebab ada juga yang masih belum tahu.Jika sudah tahu,Alhamdulillah

Page 58: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 58

58

Langkah demi langkah :

1. Sebaik menerima bayaran dari pelanggan,anda harus uruskan penghantaran secepat mungkin.Mereka biasanya suka bertanya,jika beli bila sampai.Jawablah “Biasanya sampai dalam masa 1-3 hari bekerja”

2. Isikan borang poslaju. Catatkan tracking number Poslaju dalam buku khas dan berikan kepada pelanggan dengan cara menaip semula atau ambil gambar bungkusan yang jelas kelihatan tracking number.Tracking number ini penting untuk membuktikan yang anda membuat penghantaran dan pelanggan boleh semak perkembangan barang mereka melalui laman web poslaju di ruangan Track and Trace

3. Yang perlu anda tahu mengenai Poslaju : i. Ada pilihan sampul plastik yang menggunakan kaedah timbang.Contohnya untuk produk-produk jualan saya,jika guna kaedah timbang kadar yang dikenakan ialah RM5.70.Namun kami amat jarang menggunakan kaedah ini kerana lambat,anda perlu beratur di pejabat Poslaju dan perlu timbang satu demi satu bungkusan anda. ii. Ada pilihan sampul prabayar bermula dengan harga RM6 untuk saiz paling kecil,RM9 dan RM13.Masukkanlah seberapa banyak pun,cajnya tetap sama.Kelebihan kaedah ini ialah jimat masa,dan hanya perlu tinggalkan bungkusan di pejabat Poslaju selepas mengambil helaian terakhir salinan untuk simpanan anda. iii. Anda juga boleh membeli kotak-kotak yang disediakan sama ada untuk kaedah timbang atau kotak prabayar,yang mana lebih sesuai bergantung kepada situasi anda. iv. Poslaju merupakan antara syarikat kurier yang bukan sahaja mengira berat bungkusan tetapi saiz.Sebagai contoh,untuk produk kerepek nangka yang kami poskan ke seluruh Malaysia,jika menggunakan plastik kaedah timbang lebih kurang RM15-RM17 sahaja jika ke Semenanjung,tetapi jika menggunakan kotak,mencecah sehingga RM28-RM30.Disebabkan hendak memberi lebih penjimatan kepada pelanggan,kami masukkan bungkusan kerepek nangka dari kotak ke dalam plastik dan ianya sesuai kerana ianya sejenis kerepek yang tidak mudah rapuh.

Baiklah,nampaknya kita sudah sampai ke penghujung.Sekali lagi saya ingin mengingatkan,jika anda seorang yang pakar,ebook ini tidak sesuai untuk anda.Ebook ini saya hasilkan khusus untuk mereka yang memerlukan info sebegini yang boleh dipraktiskan oleh sesiapa sahaja.

Page 59: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 59

59

Saya menggalakkan agar anda bertanyakan soalan di Support Group ebook ini jika tidak faham agar saya boleh menjawabnya bila-bila masa saya lapang di samping mendapat respon dari orang lain.Ini juga salah satu cara untuk belajar bersama.Semua orang akan mendapat manfaat dari sebarang perkongsian berguna di sesuatu post.Ia juga boleh membuatkan kita mengenali orang lain dan mana tahu ada peluang untuk bekerjasama Bersedia untuk lebih huru-hara ?

Jika bersedia,maka bolehlah anda buat fb ads.Belajarlah dengan mereka yang lebih arif.Insya Allah saya akan kongsikan nama-nama sifu saya dan mereka yang patut anda follow di fb di Support Group.Pastikan anda sentiasa update post di sana. Prinsip saya,hanya berkongsi perkara penting dan yang berfaedah sahaja.Group itu saya biarkan tidak meriah agar ada perbincangan dan perkongsian yang berguna sahaja.Sebarang persoalan dari anda amatlah dialu-alukan. Berdasarkan pengalaman membimbing ramai orang sebelum ini,saya menemui ramai yang jenis suka disuap tapi sudah disuap pun masih belum mampu mengunyah,lalu meluahkannya semula. Laparlah ia kembali tapi tidak tahu hendak buat apa. Tidak guna ada ilmu tapi tidak mempraktiskannya.Hampir 80%-90% orang yang membeli ebook tidak mengamalkan apa yang dipelajarinya atau sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja. Saya doakan anda berada dalam golongan yang mendapat manfaat dari ebook ini,amalkan dan mendapat keuntungan dalam bisnes dunia dan akhirat.Bisnes bukanlah untuk dunia sahaja,tapi untuk akhirat jika anda tahu caranya. Akhir kata,saya berharap perkongsian dalam ebook Rahsia Bisnes Online Meletup ini akan menjadi pelaburan yang berguna kepada anda. Ditulis oleh Nor Fazilah Abd Mohd Usahawan internet,penulis dan guru

Page 60: Rahsia Bisnes Online Meletup - norfazilah.comnorfazilah.com]Rahsia_Bisnes... · ingin memulakan perniagaan online di facebook atau mereka yang sudah memulakannya tetapi belum berjaya.tidak

Rahsia Bisnes Online Meletup 60

60