Rahsia Dua Kalimah Syahadah

7
RAHSIA DUA KALIMAH SYAHADAH Paderi & Kunci Syurga - Membongkar Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar (siri 3) Dalam artikel yang lalu, kita telah gazetkan mengenai s atu kisah benar yang terjadi di antara seorang pemuda Muslim dan seorang paderi katolik, yang akan membawa a nda menyingkap rahsia disebalik 2 kunci bersilang. Rahsia yang menyingkap apakah silibus yang diajar kepada setiap paderi Katolik di Vatikan. Tuan-tuan, kami bawakan kepada anda kisah Paderi dan Kunci Syurga, selamat membaca. Kisah Paderi dan Kunci Syurga Seorang pemuda yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya. Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat  berucap. Dia tahu ada orang lain, orang I slam di dalam gereja itu. Katanya, " ada orang yang  percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini." Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Sebaliknya pemuda itu pun bangun, tanpa rasa takut. Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat." Si pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!" Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya,

Transcript of Rahsia Dua Kalimah Syahadah

8/12/2019 Rahsia Dua Kalimah Syahadah

http://slidepdf.com/reader/full/rahsia-dua-kalimah-syahadah 1/7

RAHSIA DUA KALIMAH SYAHADAH

Paderi & Kunci Syurga - Membongkar Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar (siri 3)

Dalam artikel yang lalu, kita telah gazetkan mengenai satu kisah benar yang terjadi di antaraseorang pemuda Muslim dan seorang paderi katolik, yang akan membawa anda menyingkaprahsia disebalik 2 kunci bersilang. Rahsia yang menyingkap apakah silibus yang diajarkepada setiap paderi Katolik di Vatikan. Tuan-tuan, kami bawakan kepada anda kisah Paderidan Kunci Syurga, selamat membaca.

Kisah Paderi dan Kunci Syurga

Seorang pemuda yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kalimimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalammimpinya.

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-samamenanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat

berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini."

Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderimenghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapatmengenalinya. Sebaliknya pemuda itu pun bangun, tanpa rasa takut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harusmenjawabnya dengan tepat."

Si pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya,

"Sebutkan satu yang tiada duanya,

dua yang tiada tiganya,

tiga yang tiada empatnya,

8/12/2019 Rahsia Dua Kalimah Syahadah

http://slidepdf.com/reader/full/rahsia-dua-kalimah-syahadah 2/7

empat yang tiada limanya,

lima yang tiada enamnya,

enam yang tiada tujuhnya,

tujuh yang tiada delapannya,

delapan yang tiada sembilannya,

sembilan yang tiada sepuluhnya,

sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,

sebelas yang tiada dua belasnya,

dua belas yang tiada tiga belasnya,

tiga belas yang tiada empat belasnya.

Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai roh!

Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?

Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!

Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yangterpelihara dari api?

Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yangterpelihara dari batu?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah Dan dianggap besar!

Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daunmempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.Setelah membaca Bismillah dia berkata,

Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan Kami jadikanmalam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa a.s ketika Nabi Khidir

8/12/2019 Rahsia Dua Kalimah Syahadah

http://slidepdf.com/reader/full/rahsia-dua-kalimah-syahadah 3/7

a.s menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembalidinding yang hampir roboh.

Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yangtelah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaanRabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t.Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itudelapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu:tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan

belalang.*

Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapayang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf a.s.

Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firmanAllah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman,'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air."(Al-Baqarah: 60).

Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah denganayah dan ibunya.

Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai roh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus a.s.

Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf,yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi

berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakanserigala. " Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaanterhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun

bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi MahaPenyayang ." (Yusuf:98)

Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t.

berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

8/12/2019 Rahsia Dua Kalimah Syahadah

http://slidepdf.com/reader/full/rahsia-dua-kalimah-syahadah 4/7

Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta NabiSholeh dan kambing Nabi Ibrahim.

Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal danyang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah

dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Sholeh, yang diazab dengan batu adalahtentara bergajah Abrahah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghunigua).

Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita,sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar."(Yusuf: 28).

Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daunmempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohonadalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang limawaktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut.Kemudian pemuda itu pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya danmeminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh

paderi.

Pemuda ini bertanya,

"Apakah kunci syurga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupawajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak

berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaantersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab,sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampumenjawabnya! "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata,

"Jawapannya ialah Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna MuhammadarRasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh

Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tanganseorang pemuda Muslim yang bertakwa.

8/12/2019 Rahsia Dua Kalimah Syahadah

http://slidepdf.com/reader/full/rahsia-dua-kalimah-syahadah 5/7

(Kisah tersebut dipetik dan disusun dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah)cerita sebenar diyakini dari pengalaman seorang tokoh Sufi Islam Abu Yazid Al-Busthami,terdapat versi lain yang mengandungi 50 soalan paderi Kristian tersebut

Saudara dan saudari sekalian!

Kami telah berikan anda apakah KUNCI-KUNCI SYURGA ITU 'THE KEYS OFKINGDOM OF HEAVEN'...

Rahsia yang diabadikan pada lencana Paus Vatikan dan dibawa ke mana-mana oleh beliau.

Inilah rahsia yang tersembunyi pada The Crossed Key.

Orang-orang yang sesat di kalangan Kristian langsung tidak tahu rahsia ini,kerana rahsia asaltelah dimusnahkan semasa era Paulus dan selepas persidangan Nicea yang menyaksikan kitabInjil diseleweng secara besar-besaran dan sejumlah besar manuskrip-manuskrip asli para

pengikut Hawariyyun dibakar atau ditanam.

DUA KUNCI SYURGA YANG SELALU UMAT ISLAM UCAPKAN DI DALAM SOLATMEREKA.

Miftahul Jannah... Inilah dia rahsia yang diucapkan oleh Jesus Christ kepada Peter TheFisherman pada hari yang bertuah itu. Dua baris ayat yang dipadam dengan penuh dengki dankhianat para Yahudi Mason dan Illuminist-Christian yang tidak dapat menerima kehadiranseorang Rasul penutup para Nabi dari kalangan orang-orang Arab.

PEGANG DUA KUNCI INI BAIK-BAIK. MEREKA MELETAKKAN LAMBANGKUNCI SYURGA PADA PAKAIAN PAUS TETAPI MEREKA TIDAKMEMPUNYAINYA.

KITA MENGETAHUI KUNCI SYURGA DAN MEMPUNYAINYA. JANGANHILANGKAN IA SEMASA MENGADAP TUHAN DI AKHIRAT NANTI.

MARI KITA BERJANJI PADA TUHAN DAN DIRI SENDIRI...

Kita tidak akan hilangkan kunci...

kita tidak akan hilangkan kunci...

--------------------------------------------------------------------------------

Sedikit rujukan 'Miftahul Jannah' dari sumber Islam

Muaz bin Jabal Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu AlaihiWasallam bersabda yang bermaksud:

“Anak -anak kunci syurga ialah mengakui kalimah La Ilaha Illallah (Riwayat Imam Ahmad)

Rasulullah bersabda : "Barangsiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan "La ilaaha

8/12/2019 Rahsia Dua Kalimah Syahadah

http://slidepdf.com/reader/full/rahsia-dua-kalimah-syahadah 6/7

illallah" maka ia dimasukkan kedalam surga" (HR. Hakim)

Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan dalam Shahihnya, bahawa seorang pernah bertanya kepada Imam Wahab Ibn Munabbih: “ Bukankah Laa ilaaha illallah itu kuncisyurga?”

Wahab menjawab: “ Benar, akan tetapi tidaklah bagi setiap kunci itu melainkan iamempunyai gigi.Jika engkau membawa kunci yang bergigi, maka pintu syurga akan di

bukakan untukmu, jika tidak maka pintu tak akan di bukakan untukmu”

'Gigi' yang dimaksudkan ialah bukan sekadar menyebut kalimah syahadah tetapimemahaminya serta melaksanakan apa yang dimaksudkan darinya.

Dari Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Zikir yang paling mulia ialah La Ilaha Illallah dan doa yang paling baik ialahAlhamdulillah. (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu, ia berkata: Bersabda Rasulullah Sallallahu AlaihiWasallam: “Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orangyang mengucapkan kalimah La Ilaha Illallah dengan hati yang ikhlas”. (Riwayat Al -ImamAl-Bukhari)

Dari Zaid bin Arqam Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu AlaihiWasallam bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa yang mengucapkan La Ilaha Illallahdengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanyakan kepada baginda:“Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu? Rasul ullah Sallallahu Alaihi Wasallam

bersabda: “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan - perbuatan yang haram”.(Riwayat Al-Imam At-Thabrani)

Dari Umar Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SallallahuAlaihi Wasallam b ersabda yang bermaksud: “Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklahseorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian iamati dengannya melainkan haramlah ke atasnya neraka jahanam. Kalimah itu ialah “La IlahaIllallah”. (Riwayat Al-Imam Al-Hakim)

Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Demi yang diriku ditangannya, jika sekiranya segala langit dan

bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan disebelah dacing dan kalimah La Ilaha Illallah disebelah yang lain,maka dacing kalimah (La Ilaha Illallah) itulah yang lebih berat”. (Riwayat Al -Imam At-Thabrani)

*Juga diingatkan ketika Nabi Isa a.s berkata kepada Peter, tidaklah baginda bertutur dalam bahasa Arab atau dalam bentuk 100% kalimah syahadah dalam bahasa Arab, tetapi di dalam bahasa Aramaik Kuno yang konsepnya tetap satu iaitu Tiada Tuhan Selain Allah dan NabiMuhammad itu pesuruh Allah

Dan Nabi Isa sudah tentu maklum tentang kedatangan Nabi Muhammad s.a.w sesudahnya,

8/12/2019 Rahsia Dua Kalimah Syahadah

http://slidepdf.com/reader/full/rahsia-dua-kalimah-syahadah 7/7

Dan (ingatlah) ketika Isa Putera Maryam berkata: "Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalahutusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, yaitu Taurat danmemberi kabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku,yang namanya Ahmad (Muhammad)." Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka denganmembawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata". (Al-Saff61:6)

Sabda Rasullah s.a.w: Ertinya: Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya. (RiwayatBukhari)

Firman Allah: Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepadamereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadapayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya. (Ali Imran ayat 19)

Kredit: Artikel ini adalah hasil tulisan dan kajian saudara Mistisfiles @ MO