Rahsia Kecermelangan

2
Sunday, February 14, 2010 CONTOH KARANGAN - TEMU RAMAH Anda merupakan sidang redaksi majalah sekolah.Anda telah menemu ramah seorang pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR pada tahun lepas.Tuliskan temu ramah anda selengkapnya. Atiah : Selamat pagi saudari.Saya, Atiah sidang redaksi majalah sekolah ingin menemu ramah saudari tentang kejayaan cemerlang saudari dalam peperiksaan UPSR. Sebelum itu, saya ucapkan syabas. Atirah : Terima kasih dan selamat pagi. Sila teruskan temu ramah saudari. Saya akan cuba menjawab semua pertanyaan saudari. Atiah : Apakah perasaan saudari apabila muncul sebagai murid terbaik dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini? Atirah : Saya berasa amat gembira kerana segala pengorbanan saya selama ini membuahkan hasil. Atiah : Apakah rahsia di sebalik kejayaan cemerlang saudari ini? Atirah : Saya tidak mempunyai sebarang rahsia.Setiap hari, saya belajar mengikut jadual waktu yang telah saya tetapkan sendiri. Jika ada masalah, saya akan bertanya kepada guru. Selain daripada itu, ibu dan bapa serta keluarga saya sentiasa memberi dorongan,

Transcript of Rahsia Kecermelangan

Sunday, February 14, 2010

CONTOH KARANGAN - TEMU RAMAH

Anda merupakan sidang redaksi majalah sekolah.Anda telah menemuramah seorang pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR pada tahunlepas.Tuliskan temu ramah anda selengkapnya.

Atiah     : Selamat pagi saudari.Saya, Atiah sidang redaksi majalah              sekolah ingin menemu ramah saudari tentang kejayaan              cemerlang saudari dalam peperiksaan UPSR. Sebelum itu,              saya ucapkan syabas.

Atirah    : Terima kasih dan selamat pagi. Sila teruskan temu ramah              saudari. Saya akan cuba menjawab semua pertanyaan saudari.

Atiah     : Apakah perasaan saudari apabila muncul sebagai murid terbaik              dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini?

Atirah    : Saya berasa amat gembira kerana segala pengorbanan saya              selama ini membuahkan hasil.

Atiah     : Apakah rahsia di sebalik kejayaan cemerlang saudari ini?

Atirah    : Saya tidak mempunyai sebarang rahsia.Setiap hari, saya belajar              mengikut jadual waktu yang telah saya tetapkan sendiri. Jika ada              masalah, saya akan bertanya kepada guru. Selain daripada itu,              ibu dan bapa serta keluarga saya sentiasa memberi dorongan,              semangat, perangsang dan tunjuk ajar kepada saya.

Atiah     : Bagaimanakah dengan penglibatan saudari dalam aktiviti              kokurikulum?

Atirah    : Saya ialah Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu dan             Setiausaha Kelab Membaca. Dalam permainan, saya             mewakili sekolah dalam pasukan badminton dan bolaJaring. Atiah     : Apakah cita-cita saudari pada masa hadapan?

Atirah    : Saya akan terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan agar              dapat menjejakkan kaki ke menara gading. Harapan saya agar              dapat menjadi seorang doktor pada suatu hari nanti.

Atiah     : Apakah pesanan saudari kepada rakan-rakan yang akan              mengambil peperiksaan UPSR pada tahun ini?

Atirah    : Nasihat saya kepada mereka agar belajar bersungguh-sungguh.              Jangan cepat berputus asa Allah akan menyebelahi mereka yang              sentiasa berusaha gigih. Selain itu, mereka harus yakin pada              kebolehan diri sendiri.

Atiah     : Baiklah saudari, harapan saya semoga saudari terus berjaya              dan terima kasih kerana sudi ditemu ramah.

Atirah    : Sama-sama.