Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ......

84

Transcript of Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ......

Page 1: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada
Page 2: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

- Tim Infokerjaya -

Apa Perlu Buat Sebelum, Semasa & Selepas Temuduga

www.Kerja-Kerajaan.com

Page 3: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

Ditulis Oleh

www.Kerja-Kerajaan.com

DISCLAIMERE-book ini ditulis berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kajian Tim Infokerjaya. Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar ulang mana-mana bahagian e-book ini dengan apa cara sekalipun. E-book ini ditulis sebagai panduan persediaan kepada anda yang bakal menghadapi temuduga di sektorkerajaan sepenuhnya. Panduan di dalam ebook ini tiada kena mengena dengan maklumat sulit atau pendedahan rasmi daripada pihak tertentu. Isi kandungan dikumpul, disusun dan ditulis semula bertujuan untuk memudahkancalon temuduga dalam persediaan mereka menghadapi temuduga di sektor kerajaan. Panduan lengkap “Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan” ini telah

terbukti membantu mereka yang menghadiri temuduga kerja kerajaan..

E-book ini adalah Hak Cipta Terpelihara Tim Infokerjaya Resources. Anda dilarang sama sekali sama ada Mengubah, Mengedar atau Menjual e-book ini kepada Pihak Lain.Sebarang Kegiatan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan undang-undang.Oleh itu, Anda hendaklah melaporkan kepada pihak admin Tim Infokerjaya Resources Kerjaya jika menerima e-book ini tanpa melalui laman web www.Kerja-Kerajaan.com Tindakan anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan-kegiatan sebegini. E-book ini hanya untuk mereka yang membelinya secara sah dari www.Kerja-Kerajaan.com sahaja.Jika Anda memilikinya secara tidak sah, kami tidak menghalalkan ilmu di dalam e-book ini di Dunia mahupun Akhirat.

 

AMARAN••

Page 4: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

PENGENALAN 6- Faedah Bekerja Dalam Sektor Awam 8- Statistik Permohonan 9- Proses Pemilihan SPA – MyRecruitment 11- Panduan Memohon Jawatan di Sektor Awam 13- Kenapa Tidak Dipanggil Temuduga? 14- Ada Ijazah, Nak Minta Kerja Untuk SPM Boleh? 16- Dipanggil Temuduga 17- Sebab – Sebab Calon Gagal Dalam Temuduga Kerja Kerajaan 18- Satu Cerita... 21

PERSEDIAAN SEBELUM HARI TEMUDUGA 24TINDAKAN PERTAMA 25- Baca dan fahami surat temuduga 25- Buat salinan fotokopi 27- Dapatkan Pengesahan bagi Setiap Salinan Fotokopi 27- Susun Dokumen Mengikut Turutan 27- Simpan Dokumen Di Tempat Yang Selamat 27- Menyediakan ‘Resume’ 28

TINDAKAN KEDUA 29- Kenali Dan Fahami Jawatan Yang DiPohon 29- Minat ? 30- Perancangan dan Persediaan 31

TINDAKAN KETIGA 33- Jadikan Diri Sebagai Orang Berilmu 33- Mengenali dan Memahami Diri Sendiri 35- Ketahui Soalan-Soalan Jangkaan 37- Tingkatkan Penguasaan Dalam Bahasa Inggeris (Short Technique) 40- Menguruskan Nota 42- Belajar Dengan Menulis 43

TINDAKAN KEEMPAT 45- Interview Test 45- Menjaga Keselamatan dan Kesihatan Diri 47- Ketahui Lokasi Temuduga 48- Persediaan Sehari Dua Sebelum Temuduga 49

ISI KANDUNGAN

Page 5: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

5

SEMASA HARI TEMUDUGA 55SEWAKTU BERSIAP 56- Bangun Tidur 56- Lihat Beg Anda 57- Bertolak Awal 57

APABILA TIBA DI TEMPAT TEMUDUGA 58- Tenangkan Diri 58- Daftar Awal 59- Menunggu di luar Bilik Temuduga 59

SEMASA SESI TEMUDUGA 60- Masuk Ke Dalam Bilik Temuduga 60- Apabila Duduk 60- Apabila Berkata-kata 61- Perkenalkan Diri 62- Apakah tugas / kerja anda sebelum ini? 62- Tak tahu Jawapan? 63- Pertanyaan Mengenai Politik 64- “Mengapa kami perlu memilih anda?” 64- Sanggupkah anda ditugaskan ke mana-mana yang diperlukan? 67- Mengapa memohon kerja ini sedangkan anda sudah bekerja 67- Sessi Seterusnya 67- Mengapa Nak Kerja Kerajaan? 68- Kelemahan Calon Semasa Menjawab Soalan 70

AKHIR TEMUDUGA 71

SELEPAS TEMUDUGA 72- Bedoa kepada Tuhan 73- Bila Keputusan Temuduga Keluar? 73- Keputusan Temuduga – Lulus? Gagal? Simpanan? 74- Salah Anggapan Calon-Calon Penemuduga.. 77- Tips – tips motivasi 80- Menghilangkan rasa nervous /gugup/gemuruh 80

PENUTUP 82

Page 6: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

6

Kebanyakan kita mahukan kerjaya tetap yang dapat menjamin masa hadapan tidak kiralah samada sektor awam mahupun swasta. Bekerja dalamsektor awam amatlah diimpi-impikan oleh kebanyakan orang di Malaysia terutamanya bagi mereka yang baru sahaja yang menamatkan persekolahan ataupun pengajian di universiti.

Bekerja di sektor awam mempunyai pelbagai kebaikannya yang tersendiri. Ada orang kata kerja di sektor awam ini ‘rileks’ sedikit berbanding swasta. Ada betulnya apa yang difikirkan oleh orang ramai mengenai bekerja di sektor awam. Tetapi tidak semestinya begitu! Kerja di sektor awam ini begitu tinggi cabarannya demi memastikan perjalanan pentadbiran dan pengurusan negara berjalan dengan lancar.

Kebanyakan ibu bapa amat berbangga jika anak mereka menjawat jawatan di sektor awam. Tidak kiralah di jabatan mana pun, ataupun di kementerianmana pun anak mereka bertugas. Anak mereka telah memberikan kebanggaan kepada mereka. Ada yang menjadi pegawai, staf sokongan dan ada juga yang menjadi pegawai-pegawai tinggi kerajaan.

Tidak dinafikan bekerja di sektor awam tidak memberikan pulangan lumayan kepada sesiapa pun. Hendak jadi kaya, sektor awam bukanlah tempatnya. Jadilah ahli perniagaan jika mahu kaya! Sebenarnya walaupun tidak memperolehi pendapatan yang lumayan, sebenarnya bekerja di sektor awam memberi 1001 kepuasan kepada penjawat awam ini.

Penjawat awam ini sebenarnya memberikan dan meyumbangkan khidmat mereka demi membantu kerajaan mentadbir bumi Malaysia yang bertuah ini. Mereka ini lebih dihormati di kalangan masyarakat di atas jasa yang diberikan ini. Penjawat-penjawat awam diterapkan nilai – nilai integriti yang tinggi dalam melaksanakan kerja mereka seharian.

PENGENALAN

Page 7: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

7

Tidak dapat dinafikan ada juga penjawat awam yang menyeleweng dari tugasnya masing-masing. Ada yang rasuah, tidak amanah, dan meyeleweng tetapi itu hanyalah segelintir sahaja. Dan bagi mereka yang sebegini, tidak lama mereka berada dalam sektor awam. Biasanya dibuang kerja ataupun merengkok dalam penjara.

Pada masa kini, penjawat-penjawat awam diberikan pelbagai kemudahan dan kelebihan berbanding pekerja di sektor swasta. Ini semua adalah demi menjaga kebajikan kakitangan sektor awam juga. Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan demi hal ini.

Selain itu juga, pekerja sektor awam juga mempunyai kesatuannya sendiriyang lantang memperjuangkan hak-hak penjawat awam di Malaysia. Contohnya CUEPACs, kesatuan ini amat lantang memperjuangkan hal-hal kebajikan penjawat awam terutamanya dari segi kenaikan gaji, elaun, kenaikan pangkat dan macam-macam lagi.

Kerajaan amat peka dengan tuntutan-tuntutan yang di buat oleh CUEPAC ini. Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, biasanya tuntutan – tuntutan mereka dipenuhi. Oleh kerana merekalah pelbagai kebajikan untuk penjawat awam disediakan.

Page 8: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

8

Faedah Bekerja Dalam Sektor Awam

Tedapat banyak kelebihan dan faedah yang diperolehi setelah menyertai sektor awam. Di antaranya adalah:

1. Elaun Perumahan, 2. Cost Of Living Allowance (Cola), 3. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA), 4. Kenaikkan Gaji Setiap Tahun, 5. Kemudahan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan, 6. Cuti Tahunan Mengikut Kelayakan, 7. Cuti Bersalin, 8. Pinjaman Perumahan, 9. Caruman KWSP ataupun Pencen, 10. Bersara pada umur 58 tahun, 11. Peluang Kenaikan Pangkat, 12. Peluang Melanjutkan Pelajaran, 13. Peluang Untuk Berkursus dari masa ke semasa, 14. Bekerja dalam jangkasamasa yang sesuai bagi manusia 8 jam sehari (kadang-kadang lebih masa juga), 15. Lebih mepunyai masa bersama keluarga dan dapat mewujudkan keluarga yang lebih bahagia.

ANDA TIDAK TERUJA KE? Dan bermacam-macam lagi kebaikan yang boleh anda fikirkan sendiri. Dan disebab itulah juga dilaporkan permohonan untuk jawatan awam yang dianjurkan oleh sektor awam semakin meningkat pada setiap tahun.

Page 9: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

9

 

Statistik Permohonan

Menurut statistik yang dikeluarkan di dalam laporan tahunan SPA 2011, didapati permohonan bagi apa-apa jawatan yang diiklankan oleh sektor awam pada tahun 2011 mengalami penurunan namun bilangan yang memohon adalah LEBIH 1.1 juta permohonan! Yang dipanggil temuduga pula adalahsekitar 150,000 orang.

Ramai bukan? Anda mungkin telah beberapa kali dipanggil temuduga oleh sektor awam bukan? Dan tahukah anda hanya berapa ramai sahaja yang akan terpilih dan lulus dalam temuduga tersebut. Pada tahun 2011, hanya 36,810 orang sahaja yang terpilih dan dilantik untuk berkhidmat di sektor awam. Tahukah anda bahawa bilangan kekosongan di sektor awam (persekutuan)adalah lebih kurang 38,000 sahaja!!. Ini adalah termasuk bagi semua kumpulan jawatan. (rujukan 2010). Cuba pula anda lihat permohonan pada 2011 dibawah :

Jadual Menunjukkan statistik permohonan untuk jawatan di sektor awam adalah seramai 1,123,692 orang!

Page 10: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

10

Dari peringkat permohonan, sehinggalah temuduga, hanya seramai 36,810 orang calon sahaja yang terpilih untuk dilantik berkhidmat di sektor awam.Berikut merupakan statistik yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia di salam Laporan Tahunan SPA 2011.

 

 

Page 11: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

11

Proses Pemilihan SPA – MyRecruitment

Mungkin ada yang tidak pernah mendengar bahkan mungkin juga tidak mengetahui dengan terma yang dipanggil “MyRecruitment”. Apakah yang dimaksudkan dengan terma ini sebenarnya? MyRecruitment sebenarnya merujuk kepada Kaedah Pengambilan Secara Profiling iaitu merupakan kaedah pengambilan kakitangan awam yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk mengisi kekosongan ataupun keperluansumber manusia di dalam sektor kerajaan ataupun juga dikenali sebagai sektor awam di Malaysia.

Apa pula tujuannya? MyRecruitment ini diwujudkan dengan tujuan untuk mengesan calon yang mempunyai profil yang sesuai dari aspek personaliti, minat, sikap, kecerdasan dan juga kemahiran yang berpadanan dengan sesuatu bidang tugas. Padanan antara keperibadian dan tugas serta jenis pekerjaan adalah penting bagi menjamin kepuasandalam menjalankan tugas dan meningkatkan motivasi kerja serta pencapaian produktiviti yang tinggi.

Pelaksanaan MyRecruitment ini membolehkan proses pemprofilan calon dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil SepanjangMasa (e-SMSM) dan disenarai pendek mengikut syarat asas dalam sesuatu skim perkhidmatan. Setelah melepasi penyenaraian pendek tersebut, calon dikehendaki melalui proses-proses saringan yang berikutnya.

Untuk pengetahuan anda, perlaksanaan ataupun implementasi MyRecruitment ini melibatkan empat (4) proses saringan sebelum calon yang berjaya melepasinya ditawarkan lantikan. Apakah proses tesebut?Ianya melibatkan proses Tapisan Awal, Peperiksaan, Penilaian Kompetensi, dan Temuduga.

Tapisan Awal merupakan proses saringan yang pertama dalam MyRecruitment. Proses ini mengkehendaki para calon untuk mendaftar secara atas talian (Online) dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Permohonan yang telah dilakukan oleh para calon akan di tapis terlebih dahulu dengan meneliti samada calon yang memohon memenuhi syarat skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipoho oleh mereka.

Page 12: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

12

Peperiksaan proses yang berikutnya buat calon-calon yang melepasitapisan awal. Mereka dikehendaki untuk menduduki peperiksaan untuk tujuan menilai pengetahuan am, pengetahuan bidang yang dipohon secara khusus, dan daya menyelesaikan masalah, serta kemahiran bahasa yang di miliki oleh mereka. Selain itu, ujian sahsiah juga minat akan dijalankan juga pada tahap ini. Tidak ketinggalan juga jian psikologi juga aptitud yang akan diuji di peringkat ini. Untuk proses ini, ia akan dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Seterusnya ia proses Penilaian kompetensi (Competency Assessment) dimana calon yang berjaya melepasi tapisan peperiksaan akan melalui sesi ini. Sesi ini bertujuan mengukur kompetensi calon dari aspek Attitude-Skill-Knowledge (ASK) dengan tugas dan jawatan yang dipohon. Calon-calon akan dinilai dari segi kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris atau pun bahasa bahasa lain yang diperlukan, serta penilaian kompetensi yang diperlukan seperti komitmen, disiplin, teamwork dan lain-lain.

Melalui kaedah peperiksaan dan penilaian kompetensi ini, hanya calon-calon yang ideal dari segi psikologi, aptitud, sahsiah dan kompetensi sahaja akan layak untuk dipanggil temu duga. Kaedah ini juga membolehkan bilangan calon dipanggil temu duga lebih rendah dan proses temu duga dapat diselesaikan dalam tempoh yang lebih singkat. Untuk peringkat ini. Ia mungkin akan dijalankan samada oleh pihak kementerian atau jabatan itu sendiri ataupun dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Temuduga merupakan proses yang terakhir dimana Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sendiri yang memainkan peranan untuk menjalankannya. Ianya diadakan dengan tujuan untuk menilai kesesuaian dan perwatakan calon dengan keperluan sesuatu jawatan di agensi tertentu. Sesi ini akan menentu sahkan penilaian yang dibuat di peringkat sesi penilaian kompetensi.

Diantara kriteria-kriteria yang dilihat ialah sahsiah dan minat yang berkaitan, kelayakan akademik yang sesuai, keterampilan, dan kesesuaian dengan bidang tugas yang dikehendaki. Setelah selesai urusan temu duga, calon terbaik di kalangan calon-calon berkualiti ini akan diperakukan untuk lantikan sebagai salah seorang pegawai ideal.

Page 13: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

13

Panduan Memohon Jawatan di Sektor Awam

Kami percaya anda yang sedang membaca ebook ini pasti tahu untuk mengisiborang permohonan online bagi sektor awam bukan, betul tak? Semua orang tahu mengisi borang tersebut. Sekarang ni kita berada dalam zaman IT. Sebagai rakyat Malaysia, anda semua pasti sering menggunakan komputer dan internet.

Lagipun mereka yang memohon jawatan kerajaan pasti tahu menggunakan komputer, bukan! Akan tetapi jika anda tidak tahu ataupun tidak biasa menggunakan borang online ini, dapatkanlah bantuan daripada mereka yang arif. Sebelum anda mengisi borang tersebut, bacalah terlebih dahulu panduan mengisi borang secara online pada bahagian Panduan.

Baca, fahamkan dan kemudian isikan borang online tersebut berhati-hati. Baca apa-apa informasi yang ada dalam laman web tersebut untuk menambahkan pengetahuan anda mengenai permohonan bagi jawatan kerajaan. Elakkan daripada membuat kesalahan. Sebelum mengesahkan pendaftaran tersebut, semak 2 ke 3 kali kemudian sahkannya setelah anda benar-benar berpuas hati. Jadi, anda telah berjaya mengisi borang dan memohon jawatan yang anda inginkan dalam laman web tersebut!

Jika memohon di laman web SPA, anda akan menerima pengesahan pendaftaran serta-merta. Mulai 4 Ogos 2010, SPA tidak akan menghantar Surat Akuan Pendaftaran Permohonan kepada pemohon. Pemohon adalah digalakkan untuk mencetak Makluman Pendaftaran sebagai rujukan. Makluman Pendaftaran tersebut akan dipaparkan sejurus selepas pemohon menghantar Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i).

Pemohon perlu bersedia dengan sijil-sijil yang berkaitan sebelum mengisi Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i), kesilapan mengisi borang boleh menyebabkan pendaftaran anda ditolak. Ikut panduan semasa ingin memohon kerja di sektor awam. Contohnya di laman web SPA, panduannya telah diberikan.

 

Page 14: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

14

Kenapa Tidak Dipanggil Temuduga?

Borang permohonan dah diisi banyak kali, tapi masih tidak dipanggil – pangil temuduga. Apa sebabnya ye? Sebab – sebabnya adalah:

1. Kesilapan Dalam Mengisi Permohonan

Ramai calon yang mengisikan borang permohonan dengan tidak melihat syarat dan kelayakan diperlukan untuk jawatan tersebut. Adakahsijil/diploma/ijazah mereka berkaitan atau tidak. Adakah had umur mereka layak untuk memohonnya? Kebanyakan mengisi borang permohonan tanpa membaca syarat dan kelayakan dengan teliti. Sebolehnya, mereka mohon seberapa banyak jawatan dalam sektor awam. Memang tiada masalah, tapi pastikan ianya mengikut keutamaan dengan kelayakan yang anda miliki dan pastikan borang diisi dengan betul dan tepat.

2. Jawatan Yang Dipohon Tiada Kekosongan

Ya, jika jawatan tersebut kurang kekosongan ataupun langsung tiada, memang susah untuk dipanggil temuduga., Dan sudah pasti yang dipanggil temuduga tidak ramai. Walaupun begitu, ada juga jawatan – jawatan khas dalam badan kerajaan tertentu ada yang memerlukan staf yang ramai. Contohnya, jawatan Pegawai / pembantu/ pen.pegawai tadbir adalah satu jawatan yang amat popular yang diperlukan oleh semua kementerian/jabatan kerajaan. Jadi, kekosongan bagi jawatan ini memang tinggi berbanding yang lain. Contoh lain adalah jawatan jururawat.

3. Pendaftaran Pemohon Telah Luput Tempoh Sahnya

Dah daftar lama dah, tapi bila tak dipanggil temuduga dalam setahun anda tak ‘update’nnya. Dan masih menunggu panggilan temuduga. Ianya adalah mustahil. Apabila habis tempoh setahun, terus saja update pendaftaran/permohonan anda. Lebih baik ianya diupdate setiap 6 bulan jika masih tidak dipanggil temuduga (ni berdasarkan pemerhatian kami). Dan satu lagi, jika anda baru saja habis menghadiri temuduga atau mendapat keputusan sebagai calon simpanan, seeloknya anda terus saja update pendaftaran/permohonananda.

Page 15: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

15

4. Jawatan Terhad, Tapi Permohonan Ramai

Permohonan begitu ramai, anda terpaksa bersaing. Pada masa ini, kelayakan anda menjadi taruhan. Maksudnya, jika anda ada ijazah, CGPA akan dijadikan tapisan. Pemohon yang memiliki CGPA yang teratas akan dipanggil temuduga terlebih dahulu. Maksudnya, jika jawatan itu memerlukan 600 orang untuk ditemuduga, maka senarai calon yang 600 calon/pemohon yang teratas CGPA akan dipanggil temuduga terlebih dahulu. Tapi itu sekiranya kekosongan yang ada adalah terhad. Sekiranya kekosongan adalah banyak, tiada syarat CGPA dikenakan. Mereka yang layak akan dipanggil temuduga.

5. Kelayakan Sijil/Diploma/Ijazah Dari IPTS/IPTA/Oversea Tidak Diiktiraf

Jika sijil anda tidak diiktiraf oleh JPA, memang anda tidak akan dipanggil temuduga. Jadi, pastikan kelayakan anda diiktiraf untuk memasuki sektor awam. Tak tahu samada ianya diiktiraf atau tidak? Semak di link ini

http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp

6. Tidak Lepas Peperiksaan Khas

Ada jawatan tertentu yang memerlukan peperiksaan khas atau ujian khas sebelum dipanggil temuduga. Jadi ramai juga yang tidak lepas peperiksaan ini. Ada ujian menguji pengetahuan, ada ujian fizikal dan ujian bakat. Jika berjaya lulus peperiksaan, baru dipertimbangkan untuk dipanggil temuduga pula. Tapi ianya tidak bererti sekiranya anda berjaya peperiksaan, anda kompem dapat temuduga. Ianya dipilih berdasarkan senarai markah tertinggi. Jawatan PTD, penguatkuasa, dan lain – lain boleh dijadikan contoh.

Itulah antara sebab – sebab utama yang kami kaji kenapa ramai tidak dipanggil temuduga kerja kerajaan. Mungkin ada beberapa sebab lagi, tapi ini sudah cukup untuk menerangkannya.

Page 16: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

16

Ada Ijazah, Nak Minta Kerja Untuk SPM Boleh?

Dari dulu sejak ebook RLTKK dikeluarkan, kami sering terima email yang bertanya sebegini:

“Saya ni ada ijazah, boleh ke apply jawatan yang memerlukan kelayakan diploma? “Saya ni diploma, nak apply yang SPM boleh tak?

“Saya ni ada ijazah, boleh tak jika saya mohon jawatan yang memerlukan SPM?

Ya..Inilah soalan – soalan yang sering bermain – main di dalam fikiran mereka.. Nasib baik tiada yang tanya “Saya ni ada SPM, boleh tak saya apply jawatan yang memerlukan Ijazah?...

Untuk jawatan tetap biasanya memang boleh, tapi ada syaratnya. Anda boleh memohon jawatan yang lebih rendah dari kelayakan anda dengan syarat : -

• Tidak melebihi satu level dari kelayakan anda miliki.

Maknanya, jika anda ada degree, anda boleh apply untuk jawatan diploma. Tapi tidak boleh apply untuk jawatan berkelayakan SPM. Hanyasatu level di bawah saja dibenarkan! Begitu juga halnya jika anda ada diploma/STPM, anda boleh apply jawatan yang berkelayakan SPM. Tiada masalah…

• Perlu memiliki kelulusan/sijil yang diperlukan bagi jawatan tersebut.

Anda ada degree, tapi tiada diploma (ada sijil matrikulasi saja), maka anda tidak layak apply jawatan bagi diploma. Maknanya, jika anda apply bagi jawatan berkelayakan Diploma, anda perlu miliki sijil diploma. Jika apply jawatan yang berkelayakan STPM, perlu ada sijil STPM. AMARAN : kelayakan di peringkat matrikulasi tidak dinilai setaraf dengan kelayakan Diploma/STPM.

Jadi, sebelum anda apply mana – mana kekosongan jawatan, sila kaji dulu kelayakan yang diperlukan untuk jawatan tersebut. Jangan terus mohon saja, nanti tak dipanggil temuduga, marah pula. Hehehehe..

Page 17: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

17

Ada kes seorang calon yang memiliki ijazah, tapi apply jawatan yang perlukan SPM. (dia isi borang online dengan gunakan SPM saja, tak bagitau ada ijazah). Bila dia dipanggil temuduga, apabila panel semak dokumen – dokumennya, didapati dia memiliki ijazah. Apa kata panel tersebut?

“Awak ni tak tahu ke yang jawatan ni untuk SPM, tapi awak ni ada ijazah..Kenapa awak datang juga ye…Lebih baik awak balik saja..”

Belum apa – apa dah disuruh balik. Mengapa? Sebabnya dia telah gagal patuhi syarat yang telah diberikan. Ada ijazah tapi apply jawatan SPM. Sebenarnya nak sorokkan ijazah tu boleh, tapi jangan sampai terkantoi. Apapun, bersikap jujur adalah lebih baik dalam menghadapi situasi sebegini. Sikap jujur akan lebih memberikan seribu ketenangan kepada anda semasa temuduga nanti.

Untuk makluman anda, semasa temuduga, maklumat peribadi yang diisikan anda semasa memohon temuduga ada dalam laptop panel penemuduga. Mereka akan menyemaknya semasa menemuduga anda. Jika anda tipu, HABISLAH..dalam kerja kerajaan ini, kejujuran amat dititik beratkan!!

Dipanggil Temuduga

Anda telah dipanggil untuk menghadiri temuduga oleh sektor awam melalui surat? Jika ya, anda adalah seorang yang amat bertuah! Bukannya senang untuk seseorang dipanggil temuduga. Tahniah diucapkan kepada anda! Kenapa kami berkata sedemikian ? Sebenarnya, meskipun anda hanya baru saja dipanggil untuk ditemuduga, sebenarnya anda sudah melangkah sebelah kaki ke alam kerjaya sebagai penjawat awam. Anda sudah memiliki peluang terbaik!

Kemudian, apakah yang harus anda lakukan?

“Set”kan dalam minda bahawa anda telah pun berjaya dalam peringkat pertama mengejar karier. Jangan sesekali memandang rendah akan kuasa minda. Minda yang dapat disetkan dengan baik mampu memberi kekuatan kepada keseluruhan perjalanan temuduga yang bakal anda lalui nanti dan seterusnya akan mencapai kejayaan. Nak berjaya, fikirkan kejayaan.

Tetapkan bahawa:

“Jika tiada kejayaan anda di peringkat pertama ini, tidak mungkin akan wujud peringkat kedua. Oleh itu, perjalanan mesti diteruskan. Anggap ianya adalah yang pertama dan yang terkhir dalam hidup anda.”

Page 18: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

18

Waktu – waktu sebelum hari temuduga tersebut amatlah penting sebenarnya. Persediaan yang bijak diperlukan sebelum menghadapi temuduga tersebut. Tanpa membuat sebarang persediaan ataupun persiapanyang dilakukan sambil lewa sahaja akan menyebabkan lebih 90% kebarangkalian untuk anda gagal dalam temuduga tersebut. Itulah hasil yang diperolehi daripada kajian yang kami buat melalui temuramah kepada mereka yang gagal dalam temuduga Sektor Awam dan juga kajian atas beribu-ribu orang melalui web/blog kami (peratusan ini hanyalah berdasarkan dari pemerhatian dan kajian kami).

Sebab – Sebab Calon Gagal Dalam Temuduga Kerja Kerajaan

Sebelum anda mula membuat persiapan untuk menghadiri temuduga, anda perlu tahu dulu apakah sebab – sebab calon gagal dalam temuduga. Terdapat banyak punca yang menyebabkan calon gagal dalam temuduga tersebut.Di sini kami hanya senaraikan punca-punca yang utama sahaja yang tidak sepatutnya anda lakukan nanti:

Langsung tidak membuat persediaan rapi atau persediaan yang dibuat acuh tak acuh saja

Ramai menganggap apabila menerima panggilan temuduga, mereka hanya perlu dapatkan info berkenaan soalan-soalan yang bakal ditanya, dan mencari info-info di internet tanpa membuat membuat persediaan dalaman dan juga luaran. Lebih 2 tahun pemerhatian yang kami lakukan, kami dapati % mereka yang berjaya dalam temuduga adalah mereka membuat persediaan rapi untuk menghadapi temuduga. Mereka tidak bergantung sepenuhnya pada nasib. Mereka berusaha keras untuk menghadapi temuduga ini. Full komitmen! Anda bagaimana?

Tidak berpakaian mengikut syarat yang dinyatakan

Ini walalupun asas, masih ramai tak menyedari kepetingannya. Bukan saja cara berpakaian yang betul, tapi kaitan pemakaian calon dengan impressi daripada panel penemuduga dan juga berhubung keyakinan diri juga perlu diketahui. Tahukah anda, dengan pemakaian yang hebat, anda bukan saja mampu memberi pengaruh pada panel penemuduga tapi mampu memberi pengaruh besar pada keyakinan anda, ketenangan anda, dan juga kehebatan anda.

1.

2.

Page 19: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

19

Bersikap pasif ketika proses temuduga dijalankan

Ada calon yang bersikap pasif semasa proses temuduga dijalankan. Mereka banyak melihat lantai berbanding melihat muka penemuduga, mereka jawab sepatah apa yang ditanya oleh penemuduga, dan tiadanya body language dalam percakapan.

Datang lewat ketika hari temuduga

Haiyooo! Datang lewat di hari temuduga? Tidur lewat? Bahaya tu! Walaupun anda dapat menjawab semua soalan yang ditanya, tapi penemuduga ada pandangan negatif buat anda. Pertama, anda kurang komitmen dengan kerja yang dipohon. Kedua, mungkin akan bersikap sedemikian sekiranya diterima berkhidmat kelak. Ingat tu!

Dokumen – dokumen yang diperlukan tidak lengkap

Ada juga tidak membawa dokumen yang diperlukan semasa temuduga. Jadi, bagaimana pendaftar/penemuduga mengesahkan akan maklumat kelayakan anda mengikut apa yang anda isikan pada borang permohonan. Jika sijil anda hilang, cuba cari dokumen sementara yang boleh bagi sokongan pada dokumen yang hilang. Jangan hadir kosong sahaja.

Tidur lewat di malam sebelum hari temuduga

Tidur lewat, sudah pasti tak cukup tidur. Di hari temuduga mulalahpening-pening kepala dan juga ’mata panda’ akan terserlah. Dan apabila tidak cukup tidur, ianya akan membawa kesan pada prestasi semasa temuduga. Gagal memahami soalan, gagal memberikan jawapan, nampak tak bermaya – itulah biasanya yang terjadi. Nak minta kerja tapi tak cergas, bagaimana tu?

Tidak benar-benar mengetahui tentang jawatan yang dipohon

Hadir temuduga tanpa mengkaji berkenaan jawatan yang dipohon adalah satu kesilapan terbesar! Anda nak sesuatu pekerjaan, tapi anda tak tahu langsung berkenaan kerja tersebut. Ini sering terjadi apabila calon disoal berkenaan tugasan-tugasan bagi jawatan yang dipohon. Dari sini, panel boleh tahu anda serius inginkan/minat

3.

4.

5.

6.

7.

Page 20: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

20

dengan kerja yang dipohon atau tidak. Awal-awal lagi jika anda dah kantoi, anda mungkin akan ditolak oleh panel.

Buta tentang perkembangan isu semasa

Ini macam katak di bawah tempurung. Apa-apa perkembangan semasa langsung tidak tahu. Apa yang terjadi pada orang sekelilingtak tahu. Apa peristiwa besar berlaku di Malaysia tak tahu. Ibarat anda duduk dalam dunia sendiri sahaja. Jadi bagaimana anda akan diambil bekerja yang mana jawatan dalan sektor kerajaan memerlukan anda sentiasa peka terhadap isu semasa terutamanya berkenaan kerjaaan.

Tidak jujur ketika menjawab soalan yang dikemukakan

Antara aspek yang terpenting dinilai dalam temuduga kerja kerajaan adalah kejujuran. Ramai calon yang sangka dapat jawab semua soalan, mereka boleh berjaya. Tidak sama sekali! Kejujuran adalah antara nilai yang diambil kira juga. Adakah anda menipu? Adakah anda bermain akal? Kejujuran ini lebih kepada perkara yang baik, bukan jujur mendedahkan perkara yang buruk. Kejujuran anda untuk berkhdimat dalam kerajaan dinilai, kejujuran anda membuat persiapan temuduga dinilai dan sebagainya. Tahukah anda, ada ramai kawan anda yang tidak dapat menjawab semua soalan temuduga yang ditanya tapi mereka berjaya dipilih. Apa sebabnya? Di sinilah ’cara’ kejujuran dinilai. Bukan dinilai dari jawapan yang diberikan sahaja, tapi dari impressi wajah, nada suara, bahasa badan dan pelbagai lagi.

8.

9.

Itulah di antara punca-punca utama yang menyumbangkan kegagalan semasa temuduga kerja kerajaan. Tetapi anda jangan risau, dalam bab berikutnya anda akan ditunjukkan penyelesaian bagi setiap kegagalan yang telah dilakukan oleh mereka yang lalu. Yang anda perlu tahu, persediaan sebelum hari temuduga amatlah penting dan anda juga perlu tahu ilmu dalam memikat hati ahli panel temuduga. Kesemuanya akan ditunjukkan dalam bab berikutnya. Jika ada sesiapa katakan bahawa temuduga ini tidak perlu buat persediaan, dan hanya perlu serah pada nasib saja, mereka silap. Abaikan kata-kata orang yang seolah-olah cepat mengalah itu....

Page 21: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

21

Satu Cerita...

Setahun yang lalu, kami telah ’bersembang’ dengan seorang pakcik yang berjawatan Ketua Penolong Pengarah di satu jabatan kerajaan. Beliau ni pernah jadi panel penemuduga. Apa lagi, kami terus mencungkil rahsianya.

Soalan cepu emas kami kepadanya:

Apakah kriteria yang paling diambil berat oleh penemuduga sepanjang proses temuduga selain ’performance’ calon?

Jawapannya : Sebenarnya selain daripada ’performance’ calon semasa temuduga, terdapat beberapa kriteria khas yang dinilai oleh panel penemuduga. Penilaian ini sangat jarang diketahui oleh orang ramai. Penilaian seperti ini juga tidak ada dalam temuduga sektor swasta. Apakah kriteria-kriteria tersebut? Kami rumuskan apa yang diceritakan kepada kami.

Latar belakang calon

Biasanya, jika anda pernah ditemuduga, pasti pernah ditanya mengenai latar belakang anda seperti ibu bapa anda, pekerjaan mereka, bilangan adik beradik, tempat tinggal anda dan lain-lain. Nampak mudah je soalan seperti itu bukan? Akan tetapi, jawapan anda sebenarnya juga mampu membawa impak yang besar dalam kejayaan temuduga anda.

Tahukah anda bahawa pihak panel pemilihan akan lebih bertoleransidengan mereka yang datang dari keluarga susah, dari kampung atau pedalaman, bilangan adik-beradik yang ramai dan lain-lain. Sebenarnya pihak kerajaan amat mengambil berat akan kesusahan hidup rakyatnya. Ini turut dinilai. Katakan anda dari keluarga yang susah, dan prestasi temuduga anda adalah sangat bagus, anda berpeluang cerah untuk berkhidmat di sektor awam.

1.

Page 22: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

22

Status Calon

Kita sering mendengar bahwa calon wanita yang telah berkahwin memang sukar mendapat tempat di sektor awam. Ini tidak benarsama sekali! Tapi, memang sering juga anggapan-anggapan seperti ini wujud dalam diri calon hasil daripada cerita-cerita khabar angin oleh rakan-rakan mereka.

Pada pemerhatian kami, tiada masalah dengan status perkahwinan. Ianya tidak menghalang dari seseorang calon untuk mendapatkan kerja di sektor awam. Sudah terbukti ramai kakitangan awam dari golongan wanita yang telah berkahwin berjaya memasuki sektor awam. So, don’t worry, be happy. Tiada diskriminasi dalam pemilihan calon.

p/s: Semasa menaip ayat ini, ada dapat satu email dari seorangakak yang mengandung 7 bulan bagitau dia dapat kerja tetap di sektor awam. Rezeki anak dalam kandungan..

Umur Calon

Kebanyakan umur calon yang dipanggil temuduga adalah merekayang berumur bawah 30 tahun. Kenapa? Padahal syarat umur untuk memasuki sektor awam adalah berbeza mengikut jawatan. Ada yang sampai umur 50 tahun kelayakan had umurnya (bukan semua jawatan. Tapi ramai yang terpilih dalam kerja kerajaan terdiri dari mereka yang berumur 20-an.

Jawapannya adalah kerana mereka yang berada di bawah umur ini lebih ramai yang memerlukan kerja dan tercari-cari kerja yang sesuaidengan mereka. Mereka yang berumur atas 30 tahun biasanya telah memiliki kerjaya yang stabil dan tetap. Jadi, keutamaan lebih diberikan kepada golongan ini.

Dan percentage mereka yang berumur atas 30 tahun yang apply di sektor kerajaan adalah kecil peratusannya. Untuk makluman, ada juga kami dapat testimonial dari pembaca – pembaca ebook yang lepasyang menyatakan mereka berjaya mendapatkan kerja walaupun berumur 35 tahun ke atas. Yang berumur 30 – 35 tahun ramai juga

2.

3.

Page 23: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

23

berjaya mendapat kerja di sektor awam.

p/s: Ada akak tu bagitahu yang umur dia dah 40 tahun bila dapat masuk kerajaan.

Apapun, rahsia-rahsia di atas kami katakan tadi adalah tidak 100% tepat. Ini telah dibuktikan oleh pemberi – pemberi testimonial pembeli ebook ini yang terdahulu. Yang kami sampaikan Itu adalah berdasarkan keterangan dari pakcik yang pernah jadi panel penemuduga tersebut. Apa yang kami perhatikan ramai juga yang tidak menepati ciri-ciri di atas yang terpilih dalam temuduga kerja kerajaan ini. Apapun kami berpegang teguh kepada prestasi seorang calon itu juga yang menentukan kejayaan temuduga tersebut. Kami syorkan kepada mereka yang bakal ditemuduga ini ”buatlah persediaan yang terbaik semasa temuduga” dan tips-tips di atas boleh dipergunakan dan diperalatkan untuk menguatkan kejayaan semasa temuduga kelak.

Page 24: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

PERSEDIAAN SEBELUM HARI TEMUDUGA

Page 25: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

25

Baik, tanpa berlengah lagi, kita terus ke bab yang ditunggu-tunggu oleh semua pembaca ebook ini iaitu apakah persediaan yang patut anda buat setelah menerima surat panggilan temuduga daripada jabatan/kementerian kerajaan.

TINDAKAN PERTAMA

Ini adalah bahagian yang terpenting yang sering dipandang ringan oleh kebanyakan calon yang bakal menghadiri temuduga. Tahukah anda apakah tindakan pertama yang patut anda ambil setelah menerima surat panggilan temuduga?

Baca dan fahami surat temuduga

Ya! Baca dan fahami surat panggilan temuduga sehingga selesai ke helaian terakhirnya….Ini sememangnya kerja mudah bukan? Tetapi inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan kita.

Tahukah anda mengapa kami katakan ini merupakan tindakan pertama yang patut anda ambil? Sebabnya adalah supaya anda mengetahui dan memahami apa dokumen-dokumen yang diperlukan semasa hari temuduga tersebut. Adakah dokumen-dokumen tersebut ada dalam ‘fail holder’ anda… atau anda tertinggalkannya di kampung… ataupun hilang… terutamanya sijil SPM, Diploma ataupun Ijazah anda.

Jika tertinggal di kampung, dapatkannya dengan segera. Jika anda bertangguh masa untuk mendapatkannya, kami risau anda akan kesuntukan masa pada masa akan datang. Jika ianya hilang pula, sila berhubung dengan pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil tersebut dengan segera. Minta mereka mengeluarkan sijil terbabit dengan kadar yang segera. Jika tidak sempat juga menjelang hari temuduga tersebut, dapatkan pengesahan bertulis dari mereka supaya memaklumkan pengeluaran sijil anda sedang dalam proses.

Sering terjadi kes di mana sijil-sijil penting ini tidak dibawa oleh calon-calon semasa hari temuduga. Kesudahannya proses pertama pada hari temuduga tersebut berlaku kecacatan kerana setiap dokumen yang anda bawa akan disemak dan ditandakan terlebih dahulu semasa pendaftaran pada senarai yang ada pada tangan pendaftar. Lagi banyak anda tertinggal dokumen yang diperlukan, lagi banyak tanda (X) yang akan ditulis pada ‘list’ tersebut.

Page 26: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

26

Anda dikehendaki membawa bersama semasa temu duga dokumen ASAL dan SALINAN PHOTOSTAT seperti berikut :-

Kad Pengenalan;

Sijil Kelahiran;

Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa (jika berkenaan);

Sijil Kelulusan Persekolahan SPM/SPM(V);

Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);

Ijazah/Diploma dan transkrip/Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir daripada pusat-pusat pengajian;

Surat Pelepasan Biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan (jika berkenaan);

Sijil-sijil lain yang ada kaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;

Sijil kegiatan luar (Asal Sahaja);

Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerimaan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat/Program Kesejahteraan Rakyat (jika berkenaan); dan

Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi, Laporan Pengisytiharan Harta, Surat Pengesahan Ketua Jabatan (bagi calon memohon melalui Internet) dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam sahaja.

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

Page 27: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

27

Buat salinan fotokopi

Sebaiknya buatlah sekurang-kurangnya 3 salinan bagi kesemua dokumen yang diminta. Asingkan bagi ketiga-tiga salinan tersebut. Pastikan salinan fotokopi tersebut adalah tidak kotor dan rosak. Anda perlu membuat salinan dokumen yang diperlukan saja seperti yang dinyatakan dalam surat panggilan temuduga tersebut.

Dapatkan Pengesahan bagi Setiap Salinan Fotokopi

Setiap salinan dokumen yang telah anda fotokopi tadi perlu disahkan oleh pihak yang berkenaan seperti ketua kampung, Pegawai Kerajaan, atau mana-mana yang dinyatakan dalam surat panggilan temuduga. Jangan menipu sudah! Dengan mengesahkannya sendiri!!!

Susun Dokumen Mengikut Turutan

Anda perlu menyusun setiap dokumen asal dan juga salinannya mengikut turutan yang dinyatakan dalam surat panggilan temuduga. Salinan fotokopidokumen asal kemudiannya dikepilkan dengan kemas dan kemudian dimasukkan dalam sampul surat yang bersesuaian saiznya. Manakala salinanasal (original) dokumen hendaklah dimasukkan dalam ‘fail holder’.

Anda perlu gunakan ‘fail holder’ yang baru..lagi bersih, kemas dan sedap mata memandang. Fail holder juga amat penting peranannya. Jika fail holder anda kotor dan buruk, apakah persepsi daripada panel penemuduga nanti? Takut anda dianggap sebagai seorang yang pengotor pula...

Simpan Dokumen Di Tempat Yang Selamat

Adalah perlu menyimpan segala dokumen yang diperlukan semasa hari temuduga nanti di tempat yang selamat. Ini adalah mengelakkan ianya daripada hilang, rosak, dicuri, kebakaran atau apapun. Jika perlu, anda boleh menyimpan dokumen tersebut dalam laci yang berkunci. Ini adalah bertujuanbagi menjamin keselamatan dokumen-dokumen penting yang amat mustahak ini.

Page 28: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

28

Menyediakan ‘Resume’

Resume perlu disediakan dengan teliti untuk diserahkan pada panel penemuduga semasa hari temuduga nanti. Jangan sesekali mengab-aikan kepentingannya! Resume anda akan menerangkan secara ringkas tentang diri anda dari mula anda lahir sehinggalah anda datang pada hari temuduga tersebut. Jadi, anda perlu menyediakan satu resume yang begitu menarik dan ringkas untuk dilihat dan dibaca oleh para panel temuduga nanti. Apa ciri-ciri yang perlu ada dalam resume:

1. Ringkas tapi padat. 2. Kemas dan bersih. 3. Bergambar warna - bersaiz passport. 4. Dicetak di atas kertas yang berkualiti (gloss paper).

Ini ciri-ciri yang disyorkan oleh kami. Anda mungkin boleh membuat lebih baik dari apa yang dinyatakan ini. Seperkara lagi, kami cadangkan gambar untuk resume hendaklah berbentuk pasport dengan gambar anda memakai kot dan tali leher bagi lelaki dan bertudung/rambut diikat dan juga memakai kot bagi wanita. Ini menunjukkan betapa professionalnya anda.

Contoh resume ada dilampirkan bersama dalam pakej ebook ini. Sila rujuk fail yang bertulis Template Resume. Anda boleh mengambilnya sebagai panduan untuk meyediakan resume anda sendiri. Apa yang kami sediakan hanyalah contoh. Anda mampu untuk menyediakan resume yang lebih baik dari apa yang kami berikan.

Ok, sekarang anda perlu “rileks”Ambil masa dalam 5 –10 minit untuk minum kopi/teh dulu.

Bukannya apa, ianya adalah untuk memberi kesegaran pada anda.

Page 29: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

29

TINDAKAN KEDUA

Langkah menyediakan dokumen dah selesai. Kini tibalah saat yang paling penting untuk anda. Apakah saat itu? Nak tahu? Teruskan pembacaan anda…

Kenali Dan Fahami Jawatan Yang DiPohon

Ya, itulah yang perlu anda ketahui terlebih dahulu. Jika anda tidak mengenal dan memahami jawatan yang anda pohon dengan sebenar-benarnya, kami meramalkan masalah besar akan melanda anda semasa hari temuduga nanti.

Anda bukan saja perlu mengetahui tentang maklumat mengenai jawatan yang dipohon saja, malah anda juga perlu mengetahui segala informasi berkenaan organisasi ataupun jabatan berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Sebagai contoh, anda akan disoal mengenai apakah peranan yang bakal anda laksanakan sekiranya anda berjaya memegang jawatan tersebut, apakah fungsi dan peranan jabatan/organisasi, carta organisasi bagi jabatan/kementerian dan bermacam-macam lagi. Sejarah mengenai jabatan/organisasi juga pernah ditanya tau!! Kami ulangi lagi, apa yang anda patut tahu berkenaan jawatan yang anda pohon:

• Tugas-tugas jawatan • Gred jawatan • Jabatan jawatan yang dipohon • Tangga Gaji/Elaun • Sejarah jabatan/jawatan

Nota : maklumat ini anda boleh rujuk semasa anda melihat iklan permohonan.Contohnya, laman web SPA, anda boleh rujuk kelayakan/info jawatan. Atau anda juga boleh tahu dengan melawat laman web jabatan/kementerian berkenaan.

Jika boleh, cuba anda lihat berapa banyak kekosongan yang ditawarkan bagi jawatan tersebut serta berapa ramai calon yang bakal dipanggil untuk temuduga bagi jawatan tersebut. Maklumat ini anda boleh memperolehinya di laman web kementerian/jabatan tersebut ataupun anda boleh menghubungi kementerian/jabatan tersebut secara langsung untuk bertanya.

Contohnya, anda boleh rujuk laman web SPA seperti di bawah:http://domino.spa.gov.my/online/index.php

Page 30: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

30

Anda juga perlu mengkaji juga sejauh mana kesesuaian kelayakan anda dengan jawatan yang dipohon. Adakah sijil anda sesuai dengan jawatan yang dipohon? Adakah jawatan yang dipohon memerlukan sijil kelayakan anda? Apakah syarat – syaratnya? Jadi, anda kaji dahulu.

Sumber-sumber yang boleh membantu:

• Mereka yang bekerja di dalam pekerjaan yang dipohon.

• Bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh didapati dari pelbagai jabatan, firma dan perpustakaan.

• Ibu-bapa, saudara-mara dan rakan-rakan.

• Internet - web jabatan/kementerian yang berkenaan, blog, forum, ebook

Minat ?

Adakah anda betul-betul berminat dengan jawatan yang dipohon? Pastikan anda berminat dengan jawatan yang dipohon. Ini berkenaan masa depananda! Jika anda langsung (100%) tidak berminat dengan jawatan yang dipohon, eloklah jangan pergi temuduga tersebut. Sekiranya anda berjaya dengan temuduga tersebut sekalipun, masalah akan timbul ketika anda bekerja kelak. Mungkin anda tidak komitmen dan tidak bertanggungjawab dengan tugas yang diamanahkan kelak!

Oleh sebab itulah kami pernah katakan sebelum ini bahawa anda perlu mengisi borang permohonan online dengan berhati-hati. Sebagai contoh, sekiranya anda memohon 5 jawatan yang berbeza dalam borang tersebut, pastikan anda memilih jawatan yang paling anda minati sebagai pilihan pertama dan diikuti dengan pilihan yang seterusnya.

“Seseorang yang berjaya adalah mereka yang melakukan apa yang diminatinya”

Jika anda 100% mempunyai minat dengan jawatan yang dipohon, maka semakin tinggilah kebarangkalian anda untuk berjaya dalam temuduga itu nanti. Jadi, kenali dan fahami minat anda. Kalau ada minat, semua kerja pun akan menjadi...

Page 31: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

31

Perancangan dan Persediaan

Perancangan sangat diperlukan dalam apapun kerja yang hendak dibuat. Orang selalu berkata ”Gagal Merancang Adalah Merancang Untuk Gagal”. Ini bermakna, sebarang kerja yang dibuat tanpa perancangan terlebih dahulu kesudahannya akan mencapai kegagalan. Sebagai contoh, kontraktor yang ingin membina sebuah bangunan.

Adakah bangunan tersebut boleh dibina tanpa apa-apa perancangan yang teliti? Sudah tentu mustahil bukan? Apa yang diperlukan kontraktor adalahadalah perancangan yang teliti melibatkan sumber kewangan, pekerja, jentera, sumber elektrik, air dan lain-lain.

Begitu juga dengan persiapan sebelum menghadiri temuduga. Anda juga perlu merancang dengan teliti bagi mendapatkan hasil yang memberangsangkan kelak. Perancangan yang dibuat tidak perlu terlalu “detail” sangat. Apa yang anda perlu lakukan adalah lakarkan perancangan anda dalam bentuk carta aliran (yang ada anak panah tu). Susun mengikut turutan dan masa.

Cuba anda fikir, untuk temuduga nanti, apa yang perlu dan akan anda lakukan sebagai persediaan. “List” kan kesemuanya terlebih dahu-lu di atas kertas. Kemudian, susun kesemuanya mengikut turutan dan kepentingannya.

Perancangan yang disyorkan adalah berdasarkan 3 perkara utama iaitu:

1. Masa yang tinggal menjelang hari temuduga. 2. Tindakan-tindakan penting yang perlu anda DAHULUKAN. 3. Sumber-sumber informasi yang perlu anda perolehi.

Kami syorkan, satu jadual senarai tindakan yang patut anda lakukan disediakan seperti di bawah. Dan anda perlu berdisiplin dalam mematuhi jadual yang telah disediakan. Tanpa disiplin, apa yang dirancang tidak akan menjadi kenyataan.

Page 32: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

32

Sebagai gambaran, cuba anda lihat jadual di bawah:

Dengan membuat jadual perancangan seperti ini, anda menjadi lebih berdisiplin dan persediaan yang rapi dapat dilaksanakan. Pastikan tindakanterakhir yang telah disenaraikan dalam jadual perancangan ini diselesaikan selewat-lewatnya 2 – 3 hari sebelum hari temuduga. Ini adalah keranajika anda ada terfikir idea-idea ataupun tindakan yang baru, anda boleh lakukannya dalam tempoh tersebut (waktu kecederaan).

“Setelah perancangan dibuat, kini bermulalah proses persediaan anda. Apa yang patut anda lakukan? Senang saja, lihat jadual yang telah anda

bina tadi. Patuhi dan laksanakan tindakan yang telah dirancang mengikut turutannya!”

Page 33: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

33

TINDAKAN KETIGA

Di sini, bermulalah langkah-langkah yang amat penting yang perlu anda lakukan sebagai persediaan bagi menghadiri temuduga kerja kerajaan. Mari baca seterusnya…

Jadikan Diri Sebagai Orang Berilmu

“Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda – Tuntutlah Ilmu Sehingga Ke Negeri Cina...”

Dari sabda tersebut kita dapat menyedari betapa perlunya kita menuntut ilmu pengetahuan tidak kira di mana-mana jua kita berada pun. Jadi, dalam menghadapi temuduga nanti, anda perlu melengkapkan diri anda dengan ilmu temuduga terlebih dahulu. Tanpa ilmu temuduga yang secukupnya, tempanglah langkah anda sewaktu sessi temuduga nanti.

Tahukah anda bahawa penemuduga biasanya berminat dengan calon yang mempunyai kepekaan dan keperihatinan terhadap persekitaran hidup masyarakat keseluruhan, terutama dari segi fizikal, sosial, ekonomi, pentadbiran serta politik?

Jadi, apa yang patut anda lakukan bagi persediaan mencari ilmu temuduga ini? Mari kita ikuti langkah-langkah yang kami syorkan pada anda semua...

Langkah 1 – Baca akhbar (berbentuk fizikal atau online)

Surat khabar sangat penting sebagai media penghantaran maklumat sejak dulu lagi hinggalah kini. Anda malas baca ‘paper’ ? Inilah masa untuk anda perlu berubah!! Orang-orang muda terutamanya remaja biasanya kurang berminat untuk mengetahui isu - isu semasa yang sedang berlaku, terutamanya yang menyentuh bab politik dan ekonomi kerana ianya membosankan dan tidak seseronok majalah-majalah hiburan atau sukan. Namun, untuk hari temuduga anda, cuba korbankan sedikit ketidakselesaan itu. Selepas bersarapan di pagi hari, ambil masa baca suratkhabar. Tidak rugi. Di samping membuat persediaan temuduga, anda juga dapat menambah ilmu pengetahuan.

Page 34: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

34

Anda boleh membaca Berita Harian, Utusan, NSTP, dll. Akhbar seperti ini mengandungi bermacam-macam maklumat yang mungkin berguna kepada anda kelak. Biasanya soalan-soalan penemuduga bagi kerja kerajaan banyak ditanya berdasarkan isu-isu semasa yang dibangkitkan dalam akhbar.

Satu tips mudah : Anda perlu baca tajuk yang penting saja. Jangan baca kesemuanya. Kami risau tidak mempunyai masa yang cukup saja! Yang perlu anda baca adalah:

1. Berita utama di muka hadapan. 2. Isu semasa. 3. Berita dunia. 4. Dan rencana-rencana yang berguna terutamanya mengenai Negara Malaysia. 5. Politik, ekonomi, dan isu-isu kerajaan serta berita yang mempunyai kaitan dengan jawatan anda jika ada.

Berita sukan, kes bunuh ke, dan yang lain-lain tu tidak perlu anda baca. Ini akan menjimatkan masa anda. Tapi jika anda ada masa yang lebih tiada masalah untuk anda membacanya..

Langkah 2 – Duduk Depan TV jam 8.00 malam

Kenapa kami suruh anda duduk di depan TV pada jam 8.00 malam? Hahaha... Tahukah anda pada masa tersebut hampir semua siaran TV menyiarkan berita. Berita-berita tersebut adalah berita terkini. Tonton TV3 ke, TV1 ke, TV9 ke, Astro Awani ke...mana-mana yang anda minat.

Anda akan mendapat banyak informasi terkini dan penting hanya dengan duduk di depan TV saja. Tapi jangan tengok aje, dengar dan faham betul-betul! Dari jam 8.00 malam sehinggalah jam 8.45 malam..Berita sukan tu tak perlu tengok pun takpe…(kecuali ada sukan besar seperti bola, badminton). Pernah calon ditanya soalan sebegini semasa temuduga ” Siapakah penjaring terbanyak dalam kejohanan bolas sepak piala AFF 2010?)

Page 35: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

35

Langkah 3 – Bertanya

Langkah ini senang…Apa-apa yang anda tidak tahu atau musykil, anda boleh menanyakannya kepada orang yang lebih mengetahuinya. Cuba bertanya kepada rakan-rakan, ayah dan ibu ke, sesiapa sahaja yang anda boleh tanya..Mungkin mereka dapat membantu anda.

Sebagai contoh, katakan anda kurang faham mengenai sistem pilihanraya di Malaysia ni. Apa yang perlu anda buat adalah cuba anda tanyakan hal tersebutkepada ayah anda. Ayah anda lebih makan garam dari anda, pasti dia mengetahuinya. Tak rugi mendapatkan ilmu dengan bertanya.

Teringat satu lirik lagu ”Malu bertanya kawan, nanti sesat jalan pulang”. XPDC...

Langkah 4 – Layari Internet

Internet adalah lombong segala sumber informasi! Segala informasi yang ada anda boleh perolehi melaluinya. Jadi, apabila anda ingin mengetahui apa-apa maklumat yang anda inginkan, dapatkan bantuan internet. Kalau di rumah tiada sambungan internet, anda boleh pergi cyber cafe yang menyediakan perkhidmatan internet. Ataupun pergi mana-mana tempat yang ada WIFI!

Mengenali dan Memahami Diri Sendiri

Proses ini tidak kurang pentingnya. Cuba kenali dan fahami kelebihan dan kelemahan diri kita sendiri terlebih dulu sebelum hari temuduga. Kenali samada anda jenis orang yang banyak cakap ke, pendiam ke, penipu ke, jujur ke, bercita-cita tinggi atau lain-lain lagi. Jika anda seorang:

Pendiam – Pendiam sedikit tu tak mengapa, tapi jangan terlalu pendiam. Semasa temuduga anda perlu banyak cakap bukannya mendiamkan diri. Jika anda memang pendiam, inilah masa untuk anda berubah! Tahukah anda bahawa dengan banyak bercakap, anda akan menyelamatkan diri anda sendiri semasa temuduga nanti. Bagaimana?Berdasarkan pengalaman calon – calon yang lalu, panel temuduga biasanya sering menanyakan pelbagai soalan kepada mereka yang kurang bercakap ini. Ini adalah kerana mereka memperolehi pelbagai idea untuk menanyakan bermacam-macam soalan apabila melihat calon yang ditemuduga oleh mereka banyak mendiamkan diri saja.

1.

Page 36: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

36

Jadi, untuk menghabiskan masa yang diperuntukkan, mereka akan menanyakan soalan bertubi-tubi.

Kemahiran Bertutur/komunikasi – Banyak cakap je tapi ‘omong kosong’ tidak berguna juga. Pastikan anda mampu untuk bertutur dengan baik, teratur dan lancar. Untuk membolehkan anda mempunyaikemahiran ini, pastikan anda cukup ilmu di dada terlebih dahulu. Lengkapkan diri anda dengan informasi. Apabila anda telah memilikibanyak informasi, ianya akan memudahkan anda untuk menjadi ‘orang yang banyak bercakap’. Yela kan, dah tahu, senang je nak ‘goreng’…jika anda rasa anda kurang dari segi kemahiran ini, tidak mengapa..Berlatihlah, lama-lama anda akan memiliki juga kemahi-ran ini. Jika boleh, dapatkan buku yang menerangkan secara khusus mengenai kemahiran ‘public speaking’.

Bercita-cita tinggi dan bersemangat – Inilah yang dicari-cari oleh panel temuduga! Mereka sukakan orang yang bercita-cita tinggi, bersemangat dan sentiasa berfikiran jauh ke hadapan. Ini kerana orang sebegini mampu membuat perubahan dan kemajuan dalam bidang yang akan disertai oleh mereka. Jika anda bersikap seperti ini, para panel temuduga akan tercengang melihat anda..Mudah-mudahan..

Pandai Berlakon – Ini tidak bermakna anda perlu menjadi seorang pelakon hebat seperti Tom Cruise. Pandai berlakon ini bermaksud anda perlu berlakon hanya di depan para penemuduga anda saja. Ini adalah bertujuan untuk menutup sebarang kelemahan dan kekurangan anda di hari temuduga tersebut. Sekiranya anda seorang yang pendiam, inilah masa bagi anda untuk berlakon menjadi seorang yang ‘kepoh’ (suka bercakap). Berlakon hanya untuk 30 – 45 minit saja bukan lama pun. Untuk menjadikan diri anda pandai berlakon, anda perlu praktis di rumah terlebih dahulu. Tujuannya untuk menyorokkan apa yang negatif pada diri anda!

Kejujuran – Kejujuran juga amat penting dan dinilai semasa temuduga. Anda perlu menjawab soalan dengan jujur. Jangan menipu,nanti anda juga yang susah nanti. Sebagai contoh, jika anda tidak tahu akan jawapan bagi soalan yang ditanya (soalan berbentuk fakta), katakan saja anda kurang pasti akan jawapannya. Atau anda memang langsung tak tahu? Jawablah dengan jujur! ”Maaf tuan, kami tidak tahu jawapan bagi soalan yang tuan tanyakan.” Tahukah anda, bahawa

2.

3.

4.

5.

Page 37: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

37

ramai juga calon yang tak berjaya menjawab soalan yang ditanyakan, tapi berjaya dalam temuduga? Ya ramai! Sebabnya mudah sahaja! Mereka jujur. Tapi ini bukan bermakna anda tidak tahu jawab semua soalan. Soalan yang killer-killer sahaja. Usah pusing sana sini dalam memberikan jawapan jika anda sendiri tak tahu jawapannya.

“Think positive” – Berfikiran positif dan terbuka akan membuatkan diri anda sentiasa tenang dalam menghadapi apapun situasi. Jadi sentiasalah berfikiran positif. Anda juga akan memperolehi kebaikannya. Buangkan sangkaan-sangkaan buruk seperti kerisauan, ketakutan, kecuakan, gugup dan lain-lain mulai sekarang. Bayang-kan diri anda sedang mencapai kejayaan, ataupun saat-saat gembirabagi anda. Bayangkan kekasih anda pun boleh juga. Saat yang menggembirakan juga tu!

6.

Ketahui Soalan-Soalan Jangkaan

Terdapat bermacam-macam soalan yang bakal ditanya oleh panel penemuduga nanti. Adakah anda boleh menjangkakan soalan-soalan tersebut? Adalah penting untuk anda menjangkakan soalan-soalan tersebut kerana dengan berbuat begini, anda akan lebih bersedia. Apa yang perlu anda lakukan adalah:

Fikirkan soalan apa yang sering ditanya oleh panel temuduga.. Setelah anda dapat menjangkakan soalan-soalan tersebut, anda senaraikan kesemuanya.

Kemudian, tuliskan jawapannya! Mana tahu jikalau soalan yang ditanya semasa temuduga nanti anda sudah ada jawapannya!

Seterusnya, berlatihlah untuk menjawab soalan tersebut dan sentiasa memperbaiki jawapan anda jika anda masih kurang yakin.

1.

2.

3.

Adakah anda boleh meramalkan apakah soalan yang bakal ditanya oleh panel penemuduga kelak? Tidak boleh! Salah tu, anda sebenarnya boleh meramalkan soalan yang bakal ditanya semasa temuduga nanti. Di sini kami berikan beberapa tips khusus bagaimana untuk meramalkan soalan yang bakal ditanya oleh penemuduga.

Page 38: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

38

Tips 1 – Ketahui dan fahami apakah bidang kerja anda sekarang dengan sebenar-benarnya. Tahukah anda bahawa kebanyakan penemuduga seringbertanya mengenai pengalaman kerja anda. Jika boleh, mereka akan menyoal anda habis-habisan mengenai hal kerjaya semasa anda. Kadang-kala soalan-soalan yang ditanyakan tersebut memakan masa lebih dari 15 minit untuk selesai. Jadi inilah peluang yang perlu anda ambil untuk menambah markah penilaian temuduga dengan mudahnya. Contoh soalan yang mungkin ditanya:

• Sejak bila anda bekerja, dan adakah anda gembira dengan kerja semasa anda?

• Sebutkan peranan anda dalam syarikat tempat anda bekerja.

• Kenapa anda minta kerja kerajaan, padahal gaji anda sudah besar?

Tips 2 – Peka terhadap isu semasa dan pengetahuan am. Ini adalah merupakan antara yang paling digemari oleh panel semasa sesi temuduga. Biasanya, isu-isu hangat yang diperkatakan dalam media massa sering menjadi topik soalan utama dari penemuduga. Jadi, anda dapat mengetahuibahawa penemuduga ini sebenarnya ingin mengetahui bahawa anda sentiasa peka terhadap isu semasa atau tidak. Siapa yang rajin membaca akhbar atau menonton berita, tentu tiada masalah apabila untuk menjangka dan seterusnya dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh penemuduga. Contoh soalan yang ditanya:

• Malaysia lawan Indonesia semalam berapa kosong?

• Mengapakah harga minyak masak dan gula naik mendadak?

• Mengapakah Hosni Mubarak mampu ditumbangkan oleh rakyat dengan hanya tunjuk perasaan?

Tips 3 - Bertanya pada mereka yang ada pengalaman temuduga kerja kerajaan. Ya, hal ni juga tidak kurang pentingnya dalam menjangka soalan temuduga yang bakal anda hadapi. Cuba anda bertanya pada rakan-rakan anda apakah soalan yang ditanya kepada mereka semasa mereka menghadiri temuduga tersebut. Ini sedikit sebanyak dapat membantu anda. Manatahu jikalau soalan tersebut adalah sama dengan soalan yang bakal ditanya kepada anda. Sudah pasti anda dapat menjawabnya.

Page 39: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

39

Jika anda rujuk laman web www.kerja-kerajaan.com/blog, anda akan dapat ketahui pengalaman ramai kawan-kawan yang telah menghadiri temuduga kerja kerajaan samada lulus ataupun gagal. (memang kami sediakan blog itu untuk tujuan ini..hehehehe)

Tips 4 – Menganggap diri sendiri sebagai penemuduga. Haha, tips ni agak istimewa di mana anda perlu membayangkan diri anda sendiri sebagai seorang panel penemuduga. Cuba anda bayangkan, sebagai seorang panel,apakah soalan yang akan ditanya oleh anda jika ingin mengambil seseorang calon untuk mengisi jawatan di tempat kerja anda. Adakah anda akan bertanyakan latar belakangnya, pendidikannya, kerjayanya, kebolehannya, dan lain-lain. Ini boleh anda bayangkan…

Disini kami tuliskan beberapa soalan utama yang sering ditanya oleh penemuduga:

• Please introduce yourself in English...

• Apakah pekerjaan anda sebelum ini dan sila terangkan secara ringkas..

• Kenapa anda berminat dengan jawatan yang dipohon ini?

• Apa yang anda akan sumbangkan sekiranya anda dipilih untuk jawatan ini?

• Apakah peranan dan fungsi jabatan ini (organisasi ataupun jabatan)

• Apakah tugas-tugas yang bakal anda pikul kelak (berkenaan jawatan yang dipohon)

Page 40: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

40

Tingkatkan Penguasaan Dalam Bahasa Inggeris (Short Technique)

Dewasa ini, tidak dapat kita nafikan bahawa penguasaan Bahasa Inggeris amat penting. Anda memang lemah dalam bahasa Inggeris? Jangan risau… Biasanya panel penemuduga tidak akan menanyakan 100% dalam bahasa Inggeris . Apa yang perlu anda buat adalah:

Fahami ‘basic grammar’ – anda perlu dapatkan buku–buku grammar yang asas…Seperti grammar untuk pelajar sekolah rendah..Tak perluanda mendapatkan buku yang advance Grammar, nanti anda juga yang pening. Mungkin disebabkan anda telah lama meninggalkan zaman persekolahan, jadi ianya menyebabkan penguasaan English anda menjadi kurang baik. Lebih-lebih lagi jika anda memang tidak pernah menggunakannya dalam kehidupan seharian. Jadi, apa yang perlu dilakukan adalah anda perlu “review” kembali basic grammar yang pernah anda belajar dahulu. Buku panduan yang ada dwi bahasaiaitu English dan bahasa Melayu adalah lebih baik untuk anda. Grammar ni penting kerana jika grammar anda teruk, lintang pukang la perbualan anda kelak..Baca dan pelajari dari Present Tense hinggalah ke apa-apa tense lagi yang ada dalam buku Grammar tersebut.

Baca English Newspaper – Anda dapatkan senaskhah akhbar berbahasa Inggeris setiap pagi. Jika anda selalu menaiki LRT, di stesen LRT tersebut ada menyediakan akhbar Inggeris secara percuma. Ianya tidak mengandungi banyak sangat helaian. Jadi, anda boleh habis membacanya dengan cepat. Jika anda tidak faham akan makna ayat tertentu dalam akhbar tersebut, anda boleh cari maknanya dalamkamus. Kalau hari-hari anda amalkan, lama-kelamaan anda akan biasa juga dengan bahasa Inggeris walaupun tidak banyak. Akhbar berbahasa Inggeris ini digunakan sebagai ‘tool’ dalam panduan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pemahaman anda dalam bahasa tersebut. 30 minit sehari dah ok!

Tonton English Movie – Tonton movie pun boleh tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris tau! Bermacam-macam movie anda boleh tonton melalui Pc anda mahupun VCD/DVD player. Tapi pastikan English Movie yang anda tonton tu memiliki subtitle English juga. Sambil mendengar dialog dalam movie tersebut, anda juga boleh melihat subtitle di bahagian bawah skrin. Secara tidak langsung, ini akan membantu anda lebih memahami pemahaman dan sebutan bahasa Inggeris anda. Cubalah, belum try belum tahu, sudah try hari-hari mau :-)

1.

2.

3.

Page 41: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

41

Dengar lagu Inggeris - Ya, dengan mendengar lagu Inggeris juga dapat membantu kita untuk menguasai bahasa ini. Biasanya ayat-ayat yang digunakan dalam lagu adalah mudah dan santai. Ini akan membantu anda mengikuti sebutannya. Tapi jangan dengar lagu metal rock atau lagu yang laju – laju sebutannya. Sudah pasti tak boleh nak diikuti. Cadangan – dengar lagu jiwang, lagu hip hop ke yang mana sebutannya adalah jelas.

P/s: Kami syor dengar lagu Maher Zain ke, Celine Dion ke :)

Bercakap BI dengan kawan – kawan - ramai antara kita segan untuk berbual – bual dalam bahasa inggeris bersama rakan – rakan. Jika kita cakap BI, takut rakan – rakan gelakkan kita pula. Usah segan! Anda boleh berbual – bual dalam bahasa Inggeris secara berjenaka denganmereka. Tak kisah la ayatnya tunggang-langgang…Ini banyak membantu.

Bercakap dalam BI depan cermin…ni pun cara belajar juga ni. Akan tetapi, pastikan anda bercakap dalam bilik anda sendiri yang bertutup. Bukan apa, takut jika dilihat orang. Takut dikatakan anda ‘tidak sihat’ pula. Dengan cara ini, anda boleh melihat gaya, mimik muka, dan juga mendengar sebutan Inggeris anda dengan teliti, kemas dan efektif. Jika anda rasa kurang berpuas hati dengan penyampaian anda, anda boleh memperbaikinya lagi. Sehari dilakukan 15 – 30 minit pun sudah cukup.

Itu hanyalah serba sedikit yang dapat kami syorkan untuk anda. Jika anda memiliki banyak lagi cara yang lebih praktikal, silakan...

4.

5.

6.

Page 42: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

42

Menguruskan Nota

Adalah penting bagi anda yang bakal menghadiri temuduga menguruskan nota-nota ataupun apa yang anda tulis sebelum ini dengan kemas dan teratur. Jika anda memandang ringan tugas ini, apa yang ditakuti nanti adalah:

1. Anda kelam – kabut untuk mencari nota yang diperlukan apabila memerlukannya.

2. Nota anda bercampur aduk, dimana nota mengenai satu – satu perkara tercampur dengan yang lain dan anda blur memikirkan “betul ke apa yang aku baca dalam bab ni”.

3. Anda kekurangan masa untuk menyemak ataupun membaca kembali apa yang anda tulis sebelum ini kerana masih tercari-cari nota yang anda tulis.

Apa yang perlu anda buat adalah:

1. Highlight tajuk utama bagi setiap nota yang anda tulis.

2. Tulis nota yang berlainan bab/bahagian pada mukasurat yang berlainan.

3. Jika boleh, buat cover muka depan bagi setiap bab/bahagian yang anda tulis. Supaya senang anda mencarinya nanti lebih-lebih lagi jika nota yang anda tulis memang banyak!

4. Sub tajuk bagi setiap bab juga perlu dihighlight dengan warna yang berbeza bagi memudahkan kerja anda nanti.

5. Untuk menyedapkan mata anda membaca, kami syorkan anda gunakan pen yang berlainan warna. Banyak warna lagi seronok untuk membacanya dan tidaklah berat je mata nak membacanya kelak. (tapi jangan terlalu banyak warna – 3 warna sudah memadai)

Tidak rugi anda menguruskan nota persediaan temuduga anda dengan cara ini. Ianya boleh digunakan berulang kali sekiranya anda dipanggil temuduga yang lain pada masa - masa akan datang. Dan anda boleh

pinjamkannya kepada rakan anda termasuk awek/pakwe anda..:)

Page 43: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

43

Belajar Dengan Menulis

Kebanyakan orang suka membaca, tetapi belum tentu suka menulis. Tahukahanda bahawa orang berjaya adalah orang yang banyak membaca dan menulis? Mengapa kita perlu menulis? Apa yang patut anda tulis bagi

membuat persediaan untuk pergi temuduga nanti :Tulis Matlamat Anda - Berapa ramaikah daripada kita menulis matlamat kita di atas kertas? Tidak ramai bukan? Ramai yang bercakap je untuk mencapai matlamat masing-masing. Untuk berjaya dalam temuduga kerja kerajaan, apa yang perlu anda lakukan adalah tuliskan matlamat anda di atas kertas ataupun di mana-mana bahagian yang selalu anda lihat. Tuliskan ayat ini “aku pasti lulus temuduga itu dan akan bekerja dengan kerajaan” di mana-mana anda suka. Anda boleh menulisnya di dalam diari, di atas meja, dalam handset, di dinding ataupun mana-mana la yang sering anda lihat. Kat cermin muka paling bagus kot… Kan hari-hari kita gunakannya. \o/ Dengan berbuat begini, anda akan sentiasa mengingati matlamat anda iaitu untuk lulus temuduga nanti. Setiap masa anda akan ingat akan matlamat anda dan anda akan sentiasa mempersiapkan diri anda untuk menghadapinya.

Tulis Short Note – apa-apa yang anda belajar atau anda baca, buat satu nota pendek. Catatkan apa-apa yang penting saja. Ini perlu dilakukan bagi menjimatkan masa anda di waktu yang lain kelak. Short note ini sudah memadai sekiranya anda menulisnya dalam buku 555 je… supaya senang anda membawanya ke mana-manapun. Apabila ada nota pendek ni, anda boleh membacanya di manapun anda berada. Ketika tunggu bas ke,dalam bas ke, kat kedai kopi ke, semuanya tidak menjadi masalah bagi anda.

Lukis Peta Minda – Anda pernah belajar melukis peta minda semasa bersekolah dulu? Pasti guru anda pernah mengajarnya. Peta Minda merupakan teknik belajar yang telah diasaskan oleh pakar pelajaran sejak tahun 1960 an lagi. Ianya telah dimajukan dan dipopularkan penggunaannya oleh Tony Buzan seorang ahli fikir dan juga pakarmotivasi sekitar tahun 80 an lagi. (lama dah tu..). Pakar motivasi terkenal di Malaysia, DATO’ Dr Haji Fadzilah Kamsah sendiri pun amat mementingkan penggunaan peta minda ini.

1.

2.

3.

Page 44: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

44

Gambar di atas: Contoh peta minda

Kepentingan Peta Minda tidak perlu dinafikan lagi. 15-20% tahap ingatan dapat ditingkatkan melalui penggunaan Peta Minda. Peta Minda yang menarik menggabungkan warna-warna dan juga cabang-cabang yang sesuai, hasil dari percambahan fikiran.

Peta Minda membantu anda menyalurkan idea secara lebih terancang dan ter-susun. Bermula dari idea utama, idea-idea sampingan dikembangkan melalui percambahan cabang-cabang dan juga perwakilan melalui warna.

Petua membuat peta minda:

1. Pada bahagian tengah lukis tajuk dengan huruf besar. 2. Bahagikan kepada cabang-cabang yang merupakan fakta utama (maksimum tujuh cabang). 3. Bahagikan cabang kepada cabang kecil - fakta terperinci. 4. Setiap cabang utama menggunakan satu ayat contoh KAEDAH, JENIS. 5. Semua fakta di dalam huruf BESAR. 6. Jangan fikir dimana hendak letakkan cabang / fakta, buat saja ketika idea datang.

Ok, sekarang rileks…Ambil masa dalam 30 minit untuk menonton TV sebentar. Tonton la cerita kartun ke, cerita lawak

ke...cerita seram jangan.....:)

 

Page 45: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

45

TINDAKAN KEEMPAT

Interview Test

Tahukah anda dengan membuat ujian temuduga (berlakon) ianya akan membantu anda dalam temuduga kelak? Tahukah anda bagaimana hendak melakukan ujian temuduga ini? Senang saja… Mengapakah teknik ini perlu dilakukan oleh anda? Ini adalah untuk menjadikan diri anda:

1. Menjadi lebih berani semasa temuduga nanti

2. Menghilangkan gugup bila bercakap

3. Dapat memperbaiki kekurangan diri dari segi tingkah laku mahupun penampilan

4. Menjadikan anda sebagai “pelakon yang hebat”. Tapi bukan artis ye...

5. Panel temuduga akan kagum dengan anda.

Untuk melakukan ujian simulasi ini, beberpa teknik kami syorkan. Terpulang pada anda untuk mencuba mana satu. Mahu cuba semuapun lagi bagus!

Teknik 1 – Berlakon seorang diri (imaginasi)

Bagaimana melakukannya? Begini….Anda pakai pakaian seperti hendak pergi temuduga. Pastikan anda keseorangan dalam bilik.(Teknik ini perlu dilakukan dalam bilik anda yang sunyi – tiada gangguan). Bayangkan anda melangkah ke dalam bilik anda sepertimelangkah ke dalam bilik temuduga. Kemudian, di dalam bilik anda bayangkan anda berhadapan dengan 2 atau 3 orang panel penemuduga. Dalam teknik ini anda memegang watak sebagai calon temuduga dan juga panel penemuduga. Mulakan watak anda sebagai panel penemuduga dengan menanyakan soalan-soalan yang anda jangkakan (Sebaiknya soalan ini disediakan terlebih dahulu oleh anda). Dan selepas soalan ditanya, anda bertukar pula menjadi calon temuduga untuk menjawab soalan tadi. Lakukannya berulang kali sehingga tamat sesi temuduga. Ianya perlu dilakukan dengan serius bagi membiasakan diri anda dengan situasi temuduga. Ia mungkintak perfect tapi anda berjaya meletakkan diri anda dalam situasi temuduga yang sebenar.

1.

Page 46: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

46

Teknik 2 – Berlakon bersama rakan-rakan

Bagi teknik ini, anda perlu mendapatkan bantuan rakan-rakan anda lebih kurang 2 – 3 orang untuk menyertai lakonan ini. Bincang dan maklumkan dengan mereka terlebih dulu bahawa anda memerlukanbantuan mereka untuk menjadi para panel penemuduga dalam lakonan tersebut. Sediakan senarai soalan di atas kertas dan berikan kepada mereka. Minta mereka menambah beberapa soalan mereka sendiri selain dari soalan yang anda telah sediakan. Dan mulakan sesi temuduga seperti sesi yang sebenarnya, dan dalam keadaan serius. Jangan main-main tau! Tak menjadi pula nanti.

Teknik 3 - Ujian Simulasi = Sebenar

Kali ini, sesi temuduga dijalankan seperti keadaan yang sebenarnya. Sediakan meja, kerusi dan apa-apa keperluan yang sepatutnya. Cara ini lebih kurang dengan teknik 2 tadi. Cuma ianya dilakukan lebih teratur dan persis keadaan sebenar semasa temuduga nanti. Sediakan list soalan kepada rakan-rakan anda yang menjadi panel penemuduga. Mereka sendiri akan memilih atau menggubah soalan yang akan ditanya kepada anda. Kali ini markah akan diberikan.

Cara permarkahan adalah berdasarkan 70% daripada hal umum/akhlak/sikap/pengetahuan am dan 30% adalah soalan berkaitan teknikal/bidang anda. Para penemuduga juga akan dipecahkan kepada 2 pihak iaitu seorang dari SPA dan seorang lagi menjadi panel penemuduga dari Jabatan/agensi jawatan yang dipohon. Mulakan sesi temuduga. Apabila tamat dalam masa 30 – 45 minit, markah akan dinilai secara keseluruhannya oleh rakan anda yang berlakon menjadi panel penemuduga tadi. Kemudian, anda lihat berapakah markah yang dinilai dari sesi temuduga tadi. Sebaiknya rakan anda yang menjadi penemuduga tersebut perlu bersikap jujur dalam menilai anda.

2.

3.

Jeng, jeng, jeng… Tamat sudah lakonan anda! Tak kira apa jua teknik yang anda gunakan, yang penting anda telah melakukannya. Kajilah diri anda! Adakah anda sudah cukup bagus dari segi lakonan anda, atau anda perlu memperbaiki diri anda lagi...

Page 47: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

47

Menjaga Keselamatan dan Kesihatan Diri

Menjaga kesihatan dan keselamatan diri amat penting menjelang hari temuduga anda. Kesihatan yang terbaik amatlah diperlukan semasa hari temuduga tersebut. Sekiranya anda bermasalah dalam soal kesihatan semasa sesi temuduga tersebut, dikhuatiri ianya akan mempengaruhi penilaian atau markah yang diberikan. Anda perlu cergas, sihat dan kuat semasa temuduga nanti. Ini akan menambahkan semangat anda. Di sini kami berikan beberapa tip yang anda boleh praktikkan:

Bersenam paling kurang 15 minit sehari – anda boleh berjoging ke, naik turun tangga ke, main bola ke..ikut suka anda nak guna apa cara untuk bersukan. Macam kami, kami akan ‘workout’ di gym (dulu la) pada setiap hari untuk tempoh 1 jam hingga 2 jam. Bila kita bersenam, aliran darah menjadi lancar dan badan akan sentiada rasa cergas.

Menjaga makan dan minum – jangan terlalu banyak makan dan jangan pula makan terlalu sedikit . Makan makanan berkhasiat dan seimbang. Sayuran dan buah-buahan perlu diambil banyak pada setiap hari. Makan kismis 7 biji setiap hari pun bagus, bagus untuk meningkatkan daya ingatan anda.

Jauhkan diri daripada aktiviti lasak dan merbahaya – Aktiviti seperti jungle trekking, olahraga, climbing dan aktiviti lain yang berisiko perlu dielakkan sepanjang tempoh ini (tempoh pantang). Ini adalah kerana aktiviti tersebut sangat mudah mendatangkan risiko kecederaan pada tubuh anda. Selepas temuduga, apapun yang ingin anda nak buat tidak menjadi masalah.

Jangan merokok dan minum arak – merokok dan arak boleh menyebabkan kesan yang buruk pada diri anda. Bagi anda yang kaki merokok tu, berhentilah! Tak boleh? Kurangkanlah tabiat tu. Bukannyaapa, nanti dikhuatiri anda akan terbatuk-batuk pula di depan penemuduga nanti. Lagipun nafas anda akan berbau busuk. Manatahu “haruman mulut” anda boleh sampai ke hidung penemuduga. Termuntah pula diorang nanti. Hehehe...

1.

2.

3.

4.

Page 48: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

48

Pandu cermat dan jangan merempit – Pandu kereta tu berhati-hati. Malang sentiasa tidak berbau! Ingatlah insan yang tersayang..Opps, yang 1st Tuhan Yang Maha Esa! Dan yang terakhir ingatlah temuduga anda. Bukan apa, kami takut jika berlaku kemalangan je. Tak boleh pula anda menghadiri temuduga..Satu lagi buat mereka yang suka merempit tu, buanglah tabiat buruk tu. Tak kemana perginya bakat merempit tu. Menyusahkan orang je. Kalau setakat menyusahkan diri sendiri tidak mengapalah kan…Ini menyusahkan bangsa dan Negara.Lagipun, memang tak layak bagi mereka yang suka merempit menyertai sektor awam.

5.

Ketahui Lokasi Temuduga

Adalah penting bagi anda untuk mengetahui lebih awal sebelum hari temuduga lagi lokasi di mana anda akan ditemuduga. Sila lihat alamat yang diberikan dalam surat panggilan temuduga dengan teliti. Kemudian, beberapa hari sebelum hari temuduga, anda perlu pergi ke alamat tersebut. Ini adalah supaya anda dapat menaksir atau “survey” terlebih dahulu samada senang atau susah bagi anda untuk ke sana.

Jika anda bercadang menaiki kereta, anda perlu mengkaji tahap kesibukan jalan, parking, dan laluan yang akan dilalui. Jika anda menaiki motosikal pula, anda juga perlu mengkaji seperti anda menaiki kereta dan juga keadaan cuaca. Jika hujan, bermasalah lah anda nanti.

Cuba perhatikan cuaca dalam masa seminggu dua sebelum temuduga, adakah hujan? Jika hujan takkan anda menunggang motor pula pada hari temuduga nanti. Kelak buruk padahnya...

Jika anda bercadang menaiki pengangkutan awam contohnya teksi, kami nasihatkan anda tempah (booking) dulu dengan pemandu teksi tersebut. Dapatkan pemandu teksi yang benar-benar tahu lokasi yang ingin anda tujui. Dapatkan no phone pemandu tersebut dan buat “appointment” dengannya. Cara ini lagi mudah, jika boleh, pagi-pagi sebaik saja anda keluar dari rumah, pakcik drebar teksi sudah menunggu anda! Terpulanglah pada anda untuk menggunakan pengangkutan yang mana satu, bas ke, LRT ke. Pastikan semuanya memudahkan anda! Nak naik kapal terbang pun boleh!

Page 49: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

49

Persediaan Sehari Dua Sebelum Temuduga

Malam sebelum hari temuduga, apa anda buat? Adakah anda pergi melepak dengan kawan-kawan di kedai kopi? Sebenarnya pada malam ini anda perluberkurung di rumah..Satu malam je. Selepas temuduga nanti ikut suka anda nak pergi kemana pun. Apakah yang patut anda lakukan bagi menjamin kejayaan temuduga anda keesokkan harinya? Ikuti langkah-langkah di bawah:

Ambil Cuti – Jika anda bekerja, anda perlu mengambil cuti rehat! Mohon cuti awal-awal lagi, bukan tunggu sehari dua sebelum temuduga baru memohon cuti. Kenapa anda perlu ambil cuti? Ini adalah untuk membebaskan fikiran anda daripada bebanan tugasdi pejabat ataupun di tempat kerja anda. Anda hanya perlu fikirkan soal persiapan terakhir temuduga anda sahaja. Jika anda masih memikirkan soal kerja atau tugas anda lagi, serabut otak anda pula. Jadi, tenang-tenangkan diri anda, relakskan minda anda, rehatkan badan anda...

Sediakan Pakaian Untuk Temuduga – lebih kurang pepatah yang berbunyi “sediakan payung sebelum hujan” Apa yang anda perlu pakai masa temuduga nanti? Ikuti panduan seterusnya.

1.

2.

Bagi Calon lelaki

Tali leher (tie) – wajib ada ni! Jangan tidak memakai tie pula semasatemuduga nanti. Kepada sesiapa tidak pakai tie, adalah % kebarangkalian anda untuk gagal dalam temuduga tersebut terutamanya bagi anda yang memohon jawatan yang memerlukankelayakan diploma ataupun ijazah. Inilah yang diberitahu oleh seorang rakan kami yang menjadi panel penemuduga di sebuah jabatan kerajaan.

Baju kemeja lengan panjang – jangan pakai baju lengan pendek! Bukannya apa, tidak manis dipandang orang. Kalau tangan anda berbulu lebat ke, ada parut besar ke, ada penyakit kulit ke, tak sudi pula panel penemuduga memandang anda. Hahahaha. Gurau je! Sebenarnya dengan memakai baju berlengan panjang, anda lebih kelihatan lebih kemas, segak, kacak dan bergaya.

Page 50: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

50

Dan satu lagi, pastikan warna baju yang anda pakai tu berwarnacerah dan tidak berjalur/ berbelang - seeloknya putih kosong. Kenapa? Cuba anda lihat orang-orang hebat seperti PM kita, Dato Sri Najib yang biasanya memakai kemeja berwarna putih.

Memakai Seluar “Slack” – Seluar slack ataupun seluar yang kasual anda perlu memakainya! Jangan sesekali memakai JEANS! Kami rasa tak pernah orang membuat sebegini. Tapi kami pernahdiberitahu ada calon yang memakainya (calon bagi jawatan rendah – sokongan). Walaupun anda memohon jawatan sebagai kerani am, pekerja am , jangan sesekali memakai seluar jeans. KELAK BURUK PADAHNYA…

Pakai Kot/blazer – Ini adalah khusus bagi mereka yang memohon dengan sijil diploma ataupun Ijazah. Tahukah anda dengan memakai kot anda telah mendapat markah free sebanyak5 %. (ini yang diberitahu oleh seorang penemuduga kepada kami). Dengan memakai kot, anda kelihatan lebih professional,lebih kacak, bergaya, dan yang paling penting anda nampak lebih berkeyakinan. 1st impression dari penemuduga adalah “WOW! Hebatnya calon ni”. Awal-awal lagi sewaktu anda mula melangkah masuk ke dalam bilik temuduga, anda telah berjaya memikat hati dan perhatian para penemuduga. Tidakkah dengan hanya memakai kot ianya secara tidak langsung telah membantuanda semasa temuduga nanti? Daripada tinjauan ataupun “survey” yang kami lakukan berdasarkan daripada 50 orang yang memakai kot semasa temuduga, lebih 90% telah berjaya lulus temuduga tersebut! Jadi, anda pun perlu pakai kot. Jika tiada, pinjam dengan rakan-rakan ataupun anda boleh menyewanya.

Kasut – Pastikan kasut anda kasut hitam dan berkilat. Jangan pakai kasut sport pula. Kasut anda bertali atau tidak terpulang pada anda sendiri. Mengikut fesyen terkini, kami perhatikan sukar untukmenjumpai orang pakai kasut kulit hitam bertali lagi. Mungkin lagi mudah mengenakan kasut yang tidak bertali ini berbanding dengan kasut yang bertali.

Page 51: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

51

Rambut – rambut perlulah digunting kemas, pendek dan rapi. Jika pendek pun elakkan stail “cacak-cacak” . Nanti panel menganggapanda seperti kurang “matang” je. Selain itu, elakkan daripada mewarnakan rambut anda. Anda perlu ingat yang anda bakal menghadiri temuduga, bukannya seperti mahu pergi berpesta ataupun berdisko.

Keperluan lain – pakai tali pinggang yang gelap, stoking dan apa-apa lagi yang patut.

Bagi Calon Wanita.

Baju lengan panjang – Tidak kisah anda berbaju kurung ke kemeja ke, yang penting MESTI berlengan panjang. Yang beragama Islam tu memang wajib bagi anda untuk menutup aurat. Bagi mereka yang bukan Islam, kami syorkan anda memakai baju kurung. Cantik dan menawan! Kami tambah lagi - anggun! Kami perhatikan semasa beberapa kali menghadiri temuduga kerja kerajaan, dimana yang bukan Islam majoritinya memakai baju kurung. Memang menawan! Baju kebaya jangan pakai! Risaukami. Bukannya apa, dirisaukan panel penemuduga asyik memerhati susuk badan anda pula..gurau je.

Seluar slack @ skirt, kain sarung – Yang memakai baju kurung tu memang sesuai. Sekali pakej dengan bajunya. Akan tetapi bagi mereka yang memakai baju kemeja, takkan la anda memakai kain baju kurung pulak. Anda perlu memakai skirt ataupun seluar. Kalau pakai skirt tu, jangan singkat ataupun terlalu labuh atau kembang sehingga boleh menyapu kekotoran di lantai. Jika anda memakai skirt, pastikan ianya tidak melebihi paras tumit anda. Jika anda memakai seluar pula, pastikan ianya kasual.

Pakai Kot/blazer – SAMA SAHAJA DENGAN CALON TEMUDUGA LELAKI! Ini adalah khusus bagi mereka yang memohon dengan sijil diploma ataupun Ijazah. Sila baca di bahagian lelaki ye di muka surat sebelum ini, sama saja. Malas nak ulang ayat yang sama :).

Page 52: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

52

Kasut – Kami nasihatkan anda supaya jangan memakai kasut bertumit tinggi. Bukannya apa, nanti menyukarkan anda hendakberjalan dan ianya juga mampu mengeluarkan bunyi bising. Pakai saja kasut yang “flat” tapaknya dan pastikan kasut anda MENUTUP kaki anda. Berkenaan dengan warna pula, kasut yang bewarna gelap adalah paling disyorkan.

Keperluan lain – pakai tali pinggang sekiranya berbaju kemeja, stoking dan apa-apa lagi yang patut. Jam tangan juga perlu anda memakainya, nampak bergaya dan menarik. Penemuduga menganggap anda sebagai seorang yang mementingkan masa.

Anda juga boleh rujuk panduan pemakaian untuk menghadiri temuduga kerja kerajaan yang disediakan oleh pihak SPA seperti gambar di bawah ini.

Rujuk laman web SPA.

 

Page 53: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

53

Kuku jari anda hendaklah bersih. Rambut hendaklah pendek bagi lelaki dan kemas disikat bagi perempuan. Pastikan pakaian anda digosok, dilipat dan disimpan di dalam almari. Dan satu lagi, sembur minyak wangi yang sedang - sedang baunya (tidak terlalu kuat dan tidak juga terlalu nipis baunya) pada pakaian anda. Kalau semua dah wangi, barulah segar ketika pergi temuduga nanti. Kalau anda tak percaya, cuba anda tanya pada Dato’ Dr Fazilah Kamsah...

Sediakan Dokumen Untuk Temuduga – Sediakan dokumen yang diperlukan seperti yang dibincangkan pada bab awal ebook ini. Kali ini anda hanya perlu semak semula dokumen anda. Manatahu kalau-kalau dokumen anda rosak digigit tikus atau lipas. Semak semula dokumen-dokumen tersebut. Jika perlu, susun semula dokumen tersebut dalam file holder anda. Dan seterusnya masukkan ke dalam beg yang akan anda bawa ke tempat temuduga nanti.

Susun nota – Sebelum ini kami ada menerangkan bagaimana membuat nota ringkas anda, bukan? Kini, anda perlu menyemak dan meyusun semula nota yang anda tersebut. Susunnya mengikut bab dan bahagian.

Baca nota – Anda perlu membuat review dan baca semula nota yang telah disusun tadi. Bacanya mengikut turutan dari mula hinggalah ke tulisan yang terakhir. Dengan membuat sebegini, fikiran anda akan melayang kembali ke masa anda menulis nota tersebut (flashback). Ianya akan memudahkan lagi anda mengingati semula apa yang anda tulis sebelum ini. Bacanya berulang kali jika anda mahu. Biasanya tempoh masa yang diambil untuk membaca semula nota ringkas ini adalah jauh lebih menjimatkan berbanding semasa anda mula-mula membaca nota yang lengkap (informasi /nota yang anda mula-mulabaca sebelum menulis nota ringkas ini). Sambil baring pun boleh baca..

Jaga Makan-minum – Makan minum anda juga perlu dijaga. Jangan sesekali anda membeli makanan dari kedai/restoran yang diragui tahap kebersihannya. Ini adalah bagi mengelakkan anda dari keracunan makanan. Kebanyakan daripada kita ni suka membeli makanan dari warung tepi jalan. Akan tetapi adakah selamat makanan tersebut dari pencemaran? Jika anda sakit perut, siapa yang akan susah? Anda sendiri juga akan susah. Ketika makan pula, perlu juga anda beringat. Jangan makan terlalu banyak dan jangan pula terlalu

3.

4.

5.

6.

Page 54: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

54

sedikit. Jangan minum kopi, teh ke ataupun minuman yang mengandungi kafien yang tinggi. Kami risau anda tidak boleh tidur je malam nanti. Dan sebagai tambahan lagi, makanan berlemak juga perlu dikurangkan.

Minta Restu Ibubapa – tahukah anda, bahawa restu daripada ibubapaanda akan membawa seribu keberkatan pada anda. Ibubapa mana yang tidak ingin anaknya berjaya. Jadi, minta restu daripada mereka. Jika anda tinggal berasingan dan berjauhan, gunalah handphone anda untuk bercakap dengan mereka. Jangan kedekut sangat nak “call” mereka. Kita ni biasanya kalau “call” awek/pakwe tak kisah pun berapa banyak habis duit, akan tetapi kalau nak call orang tua kita sendiri, berat je nak keluar duit..

Rehatkan diri anda – setelah semua hal sebelum ini sudah diselesaikan, nilah masa untuk anda tenangkan dan rehatkan diri anda. Anda boleh menonton TV, baring-baring, main video game, yang penting santai...

Berdoa memohon kejayaan – sebelum tidur tu, berdoalah kepada tuhan memohon untuk kejayaan anda. Yang penting anda sudah berusaha, selebihnya serahkan pada Tuhan. Jika boleh, bagi yang beragama Islam anda boleh melakukan Solat Hajat.

Tidur Awal – setelah berdoa kepada Tuhan, tidurlah awal. Jangan fikir apa-apa dah. Yang penting - TIDUR. Kami syorkan anda boleh mula berbaring di kamar anda untuk tidur selewat-lewatnya pada jam 10.00 malam. Kenapa awal sangat? Kita ni apabila baring-baringnak tidur tak semestinya kita boleh tidur dengan cepat bukan? Mungkin anda perlu ambil masa untuk melelapkan mata, lagi-lagi bagi mereka yang jenis susah nak tidur awal. Tidur yang cukup amat diperlukan supaya anda lebih bertenaga dan cergas lagi cerdas pada hari esoknya. Pada jam 6.00 pagi atau lebih awal anda perlu bangundah daripada tidur. Ok la, pergilah tidur. oooppppssss terlupapulak kami nak ingatkan. Setkan “alarm” atau jam loceng untuk menggerakkan anda keesokkan paginya. Pesan juga kepada rakan-rakan anda, ataupun keluarga anda supaya mengejutkan anda. Selamat malam...

7.

8.

9.

10.

Page 55: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

SEMASAHARI TEMUDUGA

Page 56: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

56

Kini, sampai juga saat yang ditunggu-tunggu oleh anda. Saat yang begitumendebarkan, menakutkan dan macam-macam lagi. Rasa seperti mahu meletup-letup dada anda bukan? Rileks..Bukankah anda sudah membaca ebook ini. Keyakinan anda akan naik lebih 100% semasa melangkah ke dalam bilik temuduga nanti. Apapun, kami akan berikan panduan berguna untuk anda mengenai apakah yang patut anda buat dan apakah yang patutanda elakkan semasa hari temuduga nanti. Jadi, tanpa berlengah lagi, kita mulakan dengan bangun dari tidur dulu. Yela kan, setiap hari kita semua bermula dengan bangun tidur.

SEWAKTU BERSIAP

Bangun Tidur

Pukul berapa anda bangun dari tidur? Adakah anda biasanya bangun pada pukul 6.30 pagi? Kami sudah ingatkan anda untuk setkan alarm sebelum tidur. Seeloknya bangunlah sebelum azan Subuh lagi. Ketika ini suasana sangat nyaman, anda boleh menghilangkan “kemamaian/blur” anda denganudara yang bersih dan nyaman ini. Tak percaya? Cubalah anda lakukan! Anda boleh melakukan sedikit senaman ringan sebelum mandi. Gerakkan leher secara perlahan-lahan, goyang pinggang, lari setempat ke… paling malas pun anda boleh menggeliat. Menggeliat pun satu senaman juga.

Sesudah mandi, solat subuh (bagi yang muslim) dan berdoa minta ditunjukkan jalan oleh Allah dan diberikan kejayaan dalam temuduga nanti. Kemudian sesudah memakai pakaian yang disediakan awal sehari sebelum ini, bersarapanlah. Sarapan adalah WAJIB bagi mereka yang bakal menghadiri temuduga supaya anda rasa bertenaga dan lebih cergas bila berhadapan dengan panel penemuduga nanti. MAKAN JANGAN BANYAK, dan minumlah air suam segelas dua. Ini akan lebih menyegarkan anda.

Wangian.

Anda perlu mengelakkan memakai bau-bauan atau wangi-wangian yang kuat baunya. Cukup sekadar untuk menghindarkan bau peluh anda, keranabau-bauan yang kuat ini boleh mengakibatkan markah anda mungkin ditolak seandainya penemuduga tak tahan menghidu bau perfume anda sewaktu proses temuduga dijalankan.

Page 57: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

57

Lihat Beg Anda

Mengapa kami suruh anda melihat beg anda? Ya anda perlu melihatnya.Beg itulah yang akan anda bawa ke tempat temuduga nanti. Segala dokumen penting terkandung di dalam beg itu. Bukankah anda telah isikan file holder anda dalam sehari sebelum hari temuduga… Buatkan satu ‘check-list‘ ringkas supaya tiada dokumen yang tertinggal melainkan yang tertinggal adalah tapak kaki anda saja. Hehehehehe...

Sebelum ini, pernah terjadi kes di mana calon temuduga tertinggal beg miliknya yang mengandungi dokumen-dokumen yang diperlukan oleh pegawai pendaftar yang bertugas. Kesudahannya, calon tersebut terus pulang hampa kerana dia adalah orang pertama yang akan ditemuduga! Tanpa dokumen-dokumen yang diperlukan, macamana pula beliau akan ditemuduga kan? Jadi, isikan apa-apa yang penting dalam beg anda. Isikan gula-gula pun “ok” juga. Untuk menghilangkan rasa mengantuk sementara menunggu giliran anda untuk ditemuduga.

Bertolak Awal

Adalah penting untuk anda tiba di tempat temuduga awal sejam dari masa yang dinyatakan di surat panggilan temuduga. Pandai-pandailah bagaimana untuk hadir awal di tempat temuduga tersebut. Jika anda menaiki kereta sendiri, bertolaklah awal mengikut perancangan awal yang dinyatakan sebelum ini (rujuk bab awal ye). Jika anda tiba awal, ada kemungkinan anda untuk menjadi orang pertama yang akan ditemuduga.

Lagi cepat anda dipanggil ditemuduga, lagi bagus. Biasanya penemudugabersemangat ataupun berada dalam keadaan mood yang baik kepada orang yang pertama ditemuduga pada hari tersebut. Ini akan meningkatkan keberangkalian untuk anda lulus dalam temuduga tersebut. Dengan datang awal, anda juga dapat membiasakan diri anda dengan suasana dan persekitaran di tempat temuduga. Ini akan mengurangkan rasa debar anda.

p.s: dulu kami dan beberapa rakan yang lain pun merupakan orang pertama yang ditemuduga, dan juga orang pertama keluar dari tempat temuduga. Syok….Tengok orang lain belum mula lagi kami dah boleh pulang awal...

Page 58: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

58

APABILA TIBA DI TEMPAT TEMUDUGA

Tenangkan Diri

Proses menenangkan diri anda apabila tiba di tempat temuduga adalah perlu dilakukan. Bagaimana caranya? Senang saja, ikuti tips-tips di bawah:

Pergi ke tandas – buang air kecil jika perlu.

Basuh muka – ini akan menyegarkan wajah anda. Jika memakai make-up ataupun bedak, sekadar basuhkan mata anda saja dengan air sudah cukup. Ini dilakukan jika anda rasa masih kurang segar/mengantuk. Ini boleh dilakukan jika anda mengantuk, letih.

Berbual – bertegur-sapalah dengan calon-calon temuduga yang lain. Anda boleh bekenalan dengan mereka. Manatahu anda bakal sepejabat dengan mereka kelak. Ini juga akan mengurangkan rasa nervous anda semasa ditemuduga nanti.

Bernafas dengan dalam – sedut nafas panjang-panjang, kemudian lepaskan dengan perlahan-lahan. Baru lapang rasanya dada anda.

Baca doa ataupun ayat Qur’an – bacalah ayat penenang hati atau ayat-ayat lain yang anda tahu. Baca dengan perlahan. Elakkan daripada membaca doa dengan suara yang kuat. Ketika temuduga dahulu, kami baca ayat Seribu Dinar. Semoga Allah akan membantu anda. (bagi yang muslim)

Matikan handphone anda – Ini penting dilakukan sejak awal-awal lagi apabila anda tiba di pusat temuduga. Jangan sampai handphone anda berbunyi sewaktu sesi temuduga. Sebaiknya, simpan handphone anda dalam beg yang dibawa bersama.

1.

2.

3.

4.

5.

6.

Page 59: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

59

Daftar Awal

Apabila dipanggil oleh pendaftar, datang kepadanya dengan segera. Berikan dokumen yang lengkap (original dan fotokopi) dan susun dokumen tersebutmengikut apa yang diminta. Pegawai yang bertugas akan menandakan samada dokumen anda mencukupi atau tidak di atas satu senarai penandaan dokumen. Jika dokumen yang dikehendaki tiada, alasan perlu dinyatakan di dalam senarai tersebut. Biasanya, anda akan dipanggil oleh pegawai tersebut, seorang demi seorang. Selepas itu, anda akan diberikan semula dokumen yang telah disemak dan dicop/disahkan itu untuk dibawa ke bilik temuduga. Nombor bilik temuduga akan dimaklumkan kepada anda selepas proses pendaftaran ini selesai. Dan anda juga akan diberi nombor giliran untuk ditemuduga samada anda mungkin orang pertama, kedua ataupun yang seterusnya.

Menunggu di luar Bilik Temuduga

Anda perlu menunggu di luar bilik temuduga terlebih dahulu sebelum dipanggil masuk. Jadi tunggulah dengan sabar ye..Anda akan dipanggilmengikut giliran. Apabila tiba giliran anda, loceng akan berbunyi dan anda boleh masuk ke dalam bilik temuduga. Semasa menunggu tu, anda perlu menenangkan diri anda sekali lagi. Tarik nafas panjang-panjang dan lepaskan dengan perlahan-lahan. Baca doa-doa penenang hati. Dan fikirkan anda BOLEH melakukannya! Dan satu lagi fikirkan diri anda adalah YANG TERBAIK!

Dan tidak lupa, pastikan keadaan pakaian anda berkeadaan baik di mana tali leher diikat dengan kemas, butang kot anda dipastikan betul. Bahaya jika tersilap pasang butang, butang yang atas anda pasang di bahagian bawahnya.

Jika anda orang yang kedua ataupun seterusnya yang akan ditemuduga, cubalah curi-curi tanya pada mereka yang telah ditemuduga sebelum anda. Tanyalah siapa nama panel penemuduga tersebut, soalan-soalan yang ditanya.

Page 60: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

60

SEMASA SESI TEMUDUGA

Masuk Ke Dalam Bilik Temuduga

Apabila loceng dibunyikan, baru anda boleh melangkah masuk ke dalam bilik temuduga tersebut. Akan tetapi sebelum itu, pastikan anda mengetuk pintuterlebih dahulu. Ketuk lebih kurang 2 – 3 kali. Apabila melangkah masuk, berjalan dengan tegak dan kemas. Jangan terlalu cepat ataupun terlalu lambat. Steady jer…Dan ingat! Apa yang dilihat oleh panel pada pertama kali anda memasuki bilik temuduga adalah, pakaian anda dan perlakuan anda. Jadi berhati-hatilah. Tanggapan Pertama Akan Menjadi Tanggapan Yang Berkekalan.

Apabila dekat dengan panel penemuduga, berikan salam ataupun ucapkan selamat sejahtera kemudian barulah bersalaman dengan mereka. Jika boleh, ucaplah “Assalamualaikum/salam sejahtera Tuan/Puan...”

Ini akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga. Semasa berhadapan dengan mereka, anda perlu pandang mata mereka dan senyum. Senyum tu kan satu sedekah. Dengan berbuat begini, penemuduga anda akan menjadi “cair” semasa sesi temuduga nanti. Tambahan lagi jika anda memang memiliki senyuman menawan seperti Lisa Surihani ataupun Pretty Zinta (heroin cerita Hindustan). Dan seterusnya, berikan fail anda kepada panel penemuduga, satu file holder anda dan satu lagi dokumen fotokopi yang telah disahkan pada awal pendaftaran tadi. Biasanya, panel penemuduga yang akan meminta terlebih dahulu dokumen – dokumen ini daripada anda.

Apabila Duduk

Selepas itu, jangan sesekali duduk di atas kerusi yang sediakan jika tidak diminta duduk oleh panel penemuduga. Berdiri tegak di hadapan kerusi tersebut sehinggalah disuruh duduk oleh mereka. Nak duduk pun ada caranya. Jika di depan anda tiada meja, pergerakan anggota badan lebih perlu kita awasi kerana selalunya, panel akan melihat keseluruhan tingkah laku anda. Ikuti tips-tips di bawah:

Ucapkan terima kasih apabila disuruh duduk. 1.

Page 61: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

61

Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.

Duduk dengan sopan! Rapatkan kaki anda, belakang badan disandarkan tegak pada kerusi dan tangan dirapatkan disisi (jangan keraskan tangan pula).

Anda dilarang sama sekali untuk menyilangkan kaki anda. Ini adalahbertujuan untuk menunjukkan rasa hormat anda kepada panel penemuduga.

Pastikan butang kot di bahagian bawah (butang ketiga tak silap kami) dibuka semasa anda duduk. Semasa berjalan butang ini perlu dikacipkan.

Jika di depan anda ada meja, elakkan daripada meletakkan beg atau tangan di atas meja itu. Beg seeloknya letak di bawah. Hanya fail atau dokumen tertentu sahaja yang diletakkan di atas meja.

Duduk dengan badan tegak apabila berhadapan dengan panel penemuduga.

Pandang “direct” kepada panel anda. (eye contact amatlah diperlukan)

Senyum… Senyum itu menawan. Kan comel tu...........

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

Apabila Berkata-kata

Formalkan bahasa. Contohnya, jika ditanya siapakah perdana menteri kita? Jangan jawab “Datuk Najib!”. Jawablah dengan sopan dan penuh formal (skema la ni). Jangan cakap loghat negeri. Tak kira loghat Kedah ke, Klate Nogori ke. Dan jangan campur adukkan bahasa Melayu dan Inggeris. Jika ditanya dalam bahasa Melayu, jawablah dalam bahasa Melayu dan jika ditanya dalam bahasa Inggeris, jawablah dalam bahasa Inggeris.

Page 62: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

62

Perkenalkan Diri

Biasanya setelah anda duduk, panel penemuduga akan mula menyoal anda. Soalan / arahan pertama adalah “sila perkenalkan diri anda” ataupun “please introduce yourself”. Bagaimana anda ingin menjawabnya? Soalannya memang mudah, akan tetapi adakah jawapan anda berikan memang ingin didengari oleh panel penemuduga sepenuhnya. Ada calon apabila ditanya soalan ”kacang” ini, berbuih-buih mulut bercakap tanpa henti menceritakan perihal kehidupannya seolah-olah panel penemuduga itu hendak berkenalan sangat dengannya.

Sebenarnya yang paling penting adalah, anda hanya perlu menceritakan perihal keluarga anda sedikit saja. Yang paling ingin didengari oleh penemuduga di sini adalah mengenai bidang yang anda pelajari semasa di universiti ataupun kolej dan juga pengalaman bekerja anda, TIDAK KIRA APAPUN PEKERJAAN YANG PERNAH ANDA BUAT SEBELUM INI. Tunjukkan kita komited dalam urusan kerja. Ini mampu merubah markah yang diberi oleh panel penemuduga tadi. (contoh soalan dan jawapan boleh dirujuk di Modul Seterusnya bagi Pakej RLTKK ini)

Apakah tugas / kerja anda sebelum ini?

Ini merupakan soalan yang wajib akan ditanya oleh panel. Mereka ingin tahu apa kerja anda dan bagaimana anda bekerja. Mereka akan bertanya secaradetail mengenai kerja anda tersebut. Mungkin mereka akan bertanya lebih mendalam ataupun cuba mengaitkan kerja anda dengan isu semasa. Ataupun mereka mencadangkan satu masalah melibatkan kerja anda, dan anda diminta memberi pandangan ataupun penyelesaiannya. Jadi, anda perlu bijak menjawab soalan tersebut dengan pengalaman dan pengetahuan yang anda miliki.

Kami beri satu contoh: katakanlah anda seorang jurutera awam yang bekerja di Syarikat A di tapak projek di di Ipoh. Dalam berita baru-baru ini melaporkan satu kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan berhampiran kawasan projek anda dan telah meranapkan beberapa buah rumah. Panel akan menanya bagaimanakah anda akan memastikan yang projek anda tidak berisiko berdasarkan kejadian tersebut. Gunakanlah kerbijaksanaan dengan kreatif untuk menjawab soalan tersebut.

Page 63: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

63

Satu tips dari kami, jika boleh, anda perlu ceritakan bidang tugas anda lebihdari 10 minit sehinggalah diminta berhenti oleh panel. Senaraikan tugas anda terlebih dahulu, dari yang sebesar-besarnya sehinggalah yang sekecil-kecilnya. Ini akan membuatkan panel kagum dengan anda kerana anda mampu melakukan berbagai tugas yang diamanahkan. Selain itu juga, dengan penerangan panjang lebar sebegini, ianya akan mengurangkan soalan yang akan ditanya oleh panel dan sekaligus mempercepatkan sesi temuduga selesai.

Dan tips tambahan lagi, semasa anda menerangkan tugas/tanggungjawab anda, ceritakan:

• Tempoh masa berapa lama anda telah berkhidmat

• Tugas yang paling mencabar yang anda pernah buat

• Kesusahan semasa anda melaksanakan kerja anda

Tak tahu Jawapan?

Ada masa-masanya anda tidak dapat menjawab soalan yang diberikan oleh panel penemuduga. Usah gelabah, tenangkan diri anda, seolah-olah anda memang mengetahui jawapannya walaupun sebenarnya anda tidak mengetahuinya. Mari ikuti tips-tips di bawah ini:

Jika soalan yang ditanya berbentuk fakta, jangan sesekali anda menipu! Cuba anda kaitkan soalan yang diberikan dengan apa-apa yang berkaitan dengannya jika ada. Jika anda langsung tidak tahu, katakan saja anda anda kurang pasti ataupun anda pernah mendengarnya tetapi sudah lupa. Sebagai contoh, anda ditanya “Boleh anda beritahu berapakah jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2010?. Anda ingat-ingat lupa akan jawapan yang tepat. Jadi katakan begini “kalau tidak silap saya pada beberapa tahun yang lepas penduduk Malaysia adalah seramai 23 juta orang”. Jawapan tersebut adalah lebih baik daripada mendiamkan diri langsung. Sekurang-kurangnya anda berani mencuba.

1.

Page 64: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

64

Selalunya panel lebih gemar bertanyakan soalan yang mencapah, maksudnya yang memerlukan anda memberi pandangan, bukan soalan yang mempunyai jawapan ‘betul’ atau ‘salah’. Jadi, anda tidak perlu risau kerana yang dinilai bukan betul atau tidak jawapan anda, tetapi bagaimana anda menyusun dan memberi jawapan itu. Dan dari sini jugalah anda akan dinilai akan kejujuran anda. Tahukah anda, ramai juga calon yang tak berjaya menjawab semua soalan yang ditanya tapi berjaya mendapat jawatan yang dipohon? Inilah kuasa KEJUJURAN...

Pertanyaan Mengenai Politik

Kami ada menerangkan dalam bab sebelum ini supaya anda peka dengan isu semasa tidak terkecuali isu politik. Sekiranya anda ditanya mengenai politik di Malaysia, maka jawapan anda perlulah memihak kepada pihak kerajaan yang memerintah. Senang jawab begini “kami menyokong kerajaan yang memerintah sekarang”.

“Mengapa kami perlu memilih anda?”

Ini merupakan soalan yang popular yang sering ditanya oleh panel penemuduga . Masa inilah anda perlu “market”kan diri anda sendiri. Ambil peluang terbaik ini. Ceritakan:

• Kelayakan anda • Kebolehan bekerjasama anda • Senang berurusan dengan anda

Jika soalan berbentuk pendapat, berikanlah pendapat yang baik. Walaupun ianya tidak tepat, panel penemuduga sebenarnya ingin menguji kebolehan anda memberikan pandangan dan mengolahnya.

Jika soalan dalam bentuk teknikal, memang sukar bagi anda untuk menjawabnya sekiranya anda masih kurang pengalaman/fresh graduate. Akan tetapi tidak mengapa, katakan saja anda memang tidak mengetahuinya kerana belum menempuhinya. Akan tetapi jika anda mempunyai cadangan, anda boleh mencuba menjawabnya dengan mengatakan “Walaupun saya kurang pasti, saya cuba menjawabnya…” dan teruskan dengan jawapan anda.

2.

3.

Page 65: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

65

Dan lain-lain lagi yang bagus tentang anda yang boleh me”market”kan diri anda berbanding dengan orang lain.

Kelihatan macam mudah saja untuk kita nak menjawab soalan sebegini bukan? Tapi, cuba anda menjawabnya sekarang. Jawab, jawab,…Pasti anda teragak-agak untuk menjawabnya bukan? Anda pasti terfikir seperti ini:-

“Apalah aku nak jawab ni ye? Takkan nak puji diri sendiri, nanti orang kata masuk bakul angkat sendiri”.

Kebanyakan calon temuduga gagal ketika menjawab soalan seperti ini. Ada yang menjawab begini:

”Saya memang minat kerja ni, saya memang patut dapat”

”Saya memiliki CGPA tinggi, atas 3.5, memang saya rasa saya layak. Bukannya senang nak dapat CGPA tinggi ni di universiti”

” Mak ayah saya bekerja di jawatan yang sama juga seperti saya minta ni, jadi saya memang dah tahu macamana kerjanya”

” Saya dari dulu memang minat sangat jawatan ini, dari zaman saya sekolah lagi”

dan bermacam-macam lagi jawapan yang kurang tepat yang diberikan oleh calon.

Sebenarnya, anda perlu melihat soalan ini dalam dimensi yang lain seperti ini:

“Mengapakah anda merupakan calon yang sesuai untuk jawatan ini?”

Ya, benar! anda memang perlu berfikir seperti ini. Berfikir mengenai apa yang tersirat di sebalik soalan yang ditanya oleh panel. Kesesuaian anda untuk jawatan tersebut sebenarnya amat diambil berat oleh penemuduga.

Page 66: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

66

Jadi, bagaimana anda untuk menjawabnya? Jadi jawapan anda seharusnya begini;

“Saya rasakan diri saya sesuai untuk menerima jawatan ini kerana...”:

• Saya mempunyai kebijaksanaan dan kemahiran menilai yang tinggi untuk mengenali serta mencari penyelesaian yang sesuai kepada sesuatu masalah yang sukar.

• Saya juga seorang yang mempunyai tahap keyakinan dan jati diri yang jitu, serta berkebolehan untuk berkomunikasi dan mampu menerima sebarang maklumat dan tugasan dengan baik.

• Saya mampu bekerja secara berpasukan dan boleh menyokong ahli-ahli pasukan yang untuk mencapai sesuatu visi dan misi yang seterusnya mampu meningkatkan produktiviti organisasi/jabatan saya.

• Saya juga bijak menguruskan masa dan seorang yang menjalankan tugas secara teratur. Di mana setiap kali melakukan tugasan besar, saya akan merancang beserta perancangan masa yang baik. Saya berpegang pada kata hikmat ”GAGAL MERANCANG ADALAH MERANCANG UNTUK GAGAL”.

• Akhir sekali, saya seorang pekerja yang berdedikasi dan mempunyai keinginan yang membara untuk mencapai visi saya dan jabatan/kementerian ini. Jesteru itu, saya pasti merupakan calon terbaik untuk mengisi jawatan yang ditawarkan ini.

Contoh – contoh jawapan di atas menunjukkan betapa hebatnya dan sesuainya anda untuk jawatan yang ditawarkan. Mungkin anda mampu menjawab soalan sebegini dengan lebih baik dari apa yang kami berikan.

Page 67: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

67

Sanggupkah anda ditugaskan ke mana-mana yang diperlukan?

Soalan ini memang biasa ditanya kerana sebagai seorang penjawat awam anda boleh ditempatkan di mana-mana daerah, negeri sekalipun yang mana diperlukan. Apa yang perlu anda buat adalah, jawab saja anda sanggup! Tidak semestinya anda dihantar jauh-jauh. Manatahu jika ada rezeki anda boleh ditempatkan di tempat anda sendiri. Sesiapa yang mengatakan tidak sanggup atau berkata ”boleh kot”, maka bolehlah dia mengucapkan selamat tinggal kepada kerjaya dalam sektor awam.

Mengapa memohon kerja ini sedangkan anda sudah bekerja

Ini soalan yang amat sering ditanya dalam mana-mana temuduga. Setiap alasan yang anda berikan adalah amat penting untuk panel menilai cara pemikiran anda dan perancangan kerjaya anda. Kematangan dalam jawapanpastinya banyak membantu. Seorang bekas panel penemuduga pernah memaklumkan bahawa banyak calon bumiputra gagal memberikan jawapan yang baik dalam soalan ini. Malah ada calon pernah memberikan jawapan ini:

“Tak pelah, jika tak dapat jawatan ni pun saya tak la kisah sangat pun sebenarnya”

Kata-kata sebegini adalah satu kesilapan besar dalam temuduga. Seolah-olah anda kurang berminat dengan jawatan yang dipohon. Jangan cakap begitu ye...

Sessi Seterusnya

Tahap seterusnya, panel biasanya akan mula menguji sekaligus:

1) Tahap kemahiran ilmu dalam bidang kerja yang dipohon.

2) Cara penyampaian jawapan termasuk cara pandangan mata, cara tangan semasa bercakap

3) Tahap keyakinan semasa menjawab soalan.

4) Tahap kedinamikan calon semasa menjawab.

5) Minat calon dalam kerjaya yang dipohon.

Ini adalah antara fokus utama panel penemuduga. Jadi, renung-renungkanlah.

Page 68: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

68

Mengapa Nak Kerja Kerajaan?

Soalan seperti ini memang dianggap mudah oleh sesetengah calon yang menghadiri temuduga bagi sektor awam.

Adakah jawapan anda seperti ini?

” Saya minat kerja kerajaan ini sebab ianya terjamin berbanding kerja swasta.”

” Saya minat kerja kerajaan ini sebab ayah saya juga kerja di sektor awam”

” Saya datang je temuduga ini, manatahu ada rezeki”

”Banyak kelebihan jika saya dapat kerjakerajaan ini. Cuti banyak!”

” Tak tahulah, sebab dah puas saya minta kerja swasta tak dapat, ni saya cuba la pula di sektor awam”

Bermacam-macam jawapan yang diberikan oleh calon apabila ditanya soalan cepuemas ini. Adakah salah jawapan-jawapan ini? TIDAK, ianya adalah OK, tapi kurang tepat atau kurang sesuai.

Mahukah anda tahu jawapan yang sesuai bagi soalan yang ditanyakan ini? Sebenarnya, untuk soalan ini, bermacam-macam jawapan boleh diberikan oleh anda. Contoh – contoh jawapan yang disyorkan adalah seperti berikut:

”Saya berminat untuk bekerja di sektor awam adalah kerana:

Berjaya menempatkan diri sebagai penjawat awam adalah merupakan satu kebanggaan buat diri saya kerana saya dapat berbakti kepada negara, bangsa dan agama dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.

Bidang kerja di sektor awam adalah merupakan minat dan cita-cita saya sejak zaman persekolahan lagi dibantu dengan sokongan dan dorongan dari keluarga saya terutamanya dari ibu dan ayah yang amat berharap saya berjaya memasuki kerjaya di sektor awam. Jadi, saya amat berharap saya dapat

1.

2.

Page 69: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

69

Bagaimana dengan jawapan – jawapan yang kami syorkan tersebut? Anda bersetuju? Jika anda mahu tahu, itulah jawapan yang lebih sesuai berbanding jawapan ringkas yang diberikan sebelum ini.

diterima sebagai seorang penjawat awam dan seterusnya dapat berbakti untuk negara.

Selain berkhidmat di sektor awam, saya juga akan berterusan mendapat peluang untuk menambahkan ilmu terutamanya ilmu-ilmu terkini dalam bidang kerja yang diceburidengan adanya seminar, bengkel, kursus, peperiksaan penilaian dan banyak lagi yang sememangnya amat bernilaibagi saya yang tidak dapat saya perolehi di luar sana. Ini bakal menjadikan saya seorang penjawat awam yang bukan saja cemerlang, tetapi cekap dan juga berilmu pengetahuan yang tinggi.

Saya juga berpeluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dari kelayakan yang saya miliki sekarang dengan bantuan dan sokongan pihak kerajaan yang seterusnya dapat menyumbang kepada perkhidmatan awam itu sendiri.

Tidak dapat dinafikan bahawa berkerja di sektor awam ini memberikan jaminan masa depan buat saya dan juga keluargasaya. Biarlah orang berkata”kerja kerajaan ini gaji sikit je”tetapi bagi saya, terjamin masa depan. Tidak ada risiko dibuang kerja jika berlaku kegawatan ekonomi seperti yang berlaku di sektor swasta sebelum ini.

Ya, kenaikan pangkat! Semua orang menginginkan kenaikan pangkat dan juga gaji. Dalam sektor awam semuanya akan diberikan termasuklah kelebihan – kelebihan lain seperti kenaikan gaji, kenaikan pangkat, cuti bersalin, cuti tahunan, KWSP, mudah buat pinjaman bank, dan lain-lain. Jadi ini memberikan galakan kepada kami untuk memasuki sektor awam.

3.

4.

5.

6.

Page 70: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

70

Kelemahan Calon Semasa Menjawab Soalan

Banyak kekurangan dikenalpasti di kalangan calon bumiputera kita dalam hal ini. Antaranya :-

Tidak yakin dengan jawapan. Sebenarnya terdapat 3 jenis soalan dalam temuduga, yang pertama soalan bentuk fakta, soalan berbentuk pendapat dan soalan teknikal. (ada dibincangkan sebelum ini). Bagi soalan yang memerlukan pandangan bebas, bukan fakta; keyakinan adalah amat penting. Keyakinan itu perlu ditunjukkan melalui cara dan intonasi percakapan, impressi wajah dan sedikit pergerakan tangan. Seringkali calon kurang yakin ketikamemberikan jawapan apabila ditanya soalan – soalan sebegini. Apatah lagi jika diprovokasi oleh panel seperti katanya,

“Awak sebenarnya tidak layak dan belum bersedia untuk jawatan ini”

Tidak menunjukkan bakat dan kemampuan untuk menyumbang. Semasa sesi temuduga, calon perlu menunjukkan minat untuk menyumbang dan minat untuk belajar jika diterima ke dalam sektorawam. Jadi, tunjukkannya, dan bukannya sekadar berkata “Ya, mungkin” dengan lemah longlai serta ayat-ayat yang tidak bermotivasi. Contoh: Sekiranya saya dapat diterima masuk ke jawatan ini, saya akan berusaha untuk memajukan, mengurus dengan lebihbaik, dan..bla, bla, bla..... Kebanyakkan panel temuduga ingin melihat bagaimana bakat calon untuk diperkembangkan kelak. Mereka tidaklah mengharapkan anda sehebat orang yang punyai pengalaman kerja 10 tahun. Apa yang diharapkan adalah kesediaan dan pembuktian bahawa anda adalah seorang calon yang berbakat yang mampu membawa kemajuan.

Merendah diri. Benar, merendah diri/pemalu adalah satu sifatyang terpuji dalam Islam tetapi semasa temuduga calon perlu menunjukkan dan menaikkan kebolehan diri. Bukan meninggi diri dalam bentuk melampau dan ‘over’ tetapi cukup sekadar menunjukkan kedinamikan diri dan kelayakan anda untuk jawatan yang dipohon.

Page 71: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

71

AKHIR TEMUDUGA

Biasanya apabila masa dirasakan cukup, panel penemuduga akan menamatkan temuduga tersebut. Akan tetapi sebelum itu panel biasanya akan bertanya “anda ada apa-apa soalan?”. Kebanyakan daripada calon tidak mengambil peluang ini untuk bertanya soalan. Cubalah anda tanya mengenai peluang anda dalam sesi temuduga yang sudah selesai tadi. Gunakan juga peluang itu untuk bertanya tentang pekerjaan/kementerian tersebut. Tunjukkan kita komited dalam mengejar kerjaya di sektor awam.

Ini juga mampu merubah markah yang diberi oleh panel penemuduga tadi. Sesudah itu bersalaman dan ucapkan terima kasih pada panel penemuduga. Katakanlah “kalau ada rezeki kita berjumpa lagi.”

• Tidak Relaks & Kelihatan Tertekan. Calon perlu relaks dan kelihatan selesa semasa temuduga. Tenangkan diri dan jangan rasakan anda dalam sebuah temuduga. Anggap anda sedang berbual dengan rakan-rakan atau keluarga anda saja. Dengan beranggapan seperti itu, anda akan lebih tenang semasa temuduga tersebut.

Page 72: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

SELEPAS TEMUDUGA

Page 73: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

73

Temuduga dah selesai. Sudah pasti ianya satu kelegaan buat anda. Tak perlufikir – fikir untuk membuat persiapan temuduga lagi. Apa yang penting, selepas tamat saja temuduga, cubalah ambil rehat. Tenangkan mindaanda semula selepas membuat bermacam – macam persiapan untuk menghadapinya sebelum ni. Akan tetapi, adakah selepas tamat temuduga anda tidak perlu berbuat apa-apa lagi? Salah sebenarnya, apa yang perlu anda buat adalah:

Bedoa kepada Tuhan

Anda telah mencuba yang terbaik, hasilnya serahkan sahaja kepada Tuhan yang menentukannya. Berdoalah semoga anda memperoleh kejayaan dan seterusnya memperolehi kerja yang diidam-idamkan. Dengan ini juga, ianya akan memberikan lebih ketenangan dalam jiwa anda.

Bila Keputusan Temuduga Keluar?

Biasanya keputusan temuduga akan dikeluar dan dimaklumkan dalam tempoh sebulan atau lebih selepas tarikh temuduga. Jadi, apabila genap sebulan atau lebih, anda boleh mula menyemak keputusan temuduga anda. Ianya boleh dilakukan dengan:

Menyemak keputusan online di internet

Ini merupakan langkah yang mudah untuk menyemak keputusan temuduga anda. Adakah anda berjaya atau gagal? Akan tetapi, kadang kala, keputusan secara online ini dikemaskini agak lewat sedikit. Mungkin ianya lewat 1 hari, 2 hari atau seminggu. Akan tetapi, usah risau! Keputusan temuduga tetap akan dikeluarkan.

Menghubungi jabatan/kementerian

Ya, dengan menghubungi pihak berkenaan, anda akan mendapat keputusan temuduga anda lebih awal. Mungkin anda tahu lebih awal walaupun keputusan online masih belum dipaparkan. Jika anda mahu keputusan temuduga dengan cepat, inilah caranya. Akan tetapi, ada juga masa pihak yang dihubungi tidak memberikan jawapan keputusan temuduga anda di atas sebab – sebab tertentu.

1.

2.

Page 74: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

74

Keputusan Temuduga – Lulus? Gagal? Simpanan?

Inilah masa yang memang paling ditunggu – tunggu oleh calon yang telah hadir temuduga kerja kerajaan. Di sinilah penentuannya. Biasanya, keputusan temuduga dari kerajaan persekutuan akan terbahagi kepada 3 keputusan iaitu:

Menunggu surat makluman keputusan temuduga.

Sukar menggunakan internet? Atau tiada talian telefon? Anda boleh saja menunggu keputusan temuduga anda diposkan ke alamat anda. Tapi sebenarnya anda tidak boleh menunggu suratsampai ke pintu rumah anda. Bukan apa, dikhuatiri surat anda sangkut di pejabat pos ke, hilang ke, lewat sampai ke. Jadi, cuba semak online atau hubungi pihak yang berkenaan untuk mengetahui keputusan temuduga anda dengan lebih awal.

3.

Berjaya – Tahniah! Anda telah berjaya mendapatkan kerja yang anda idam – idamkan selama ini. Biasanya keputusan berjaya ini samada tetap atau kontrak. Jika status kontrak sekalipun, anda tetap juga akan diserapkan ke lantikan tetap. Bersiap sedialah untuk melaporkan diri ke tempat kerja baru anda. Biasanya, anda akan diberikan surat panggilan melapor diri dalam masa 1 bulan atau lebih dari keputusan temuduga dikeluarkan. Apapun ianya bergantung kepada jabatan/kementerian yang akan anda masuk nanti. Tunggu surat panggilan lapor diri. Jika tidak terima surat lapor diri, sila call pihak berkenaan dengan segera. Usah diam saja! Dirisaukan orang lain dah start kerja, anda masih duduk di rumah tertunggu – tunggu panggilan lapor diri.

Semasa ini jugalah anda perlu merancang bagaimana untuk:

• Berhenti kerja semasa – maklumkan pada bos, buat surat siap – siap untuk resign. Ini penting supaya tugas semasa anda dapat diselesaikan dengan baik dan tidak menyusahkan bos anda.

• Bagaimana dengan keluarga anda? Adakah ianya mempengaruhi keluarga anda? Adakah anda perlu berpindah nanti? Saya nasihatkan anda lapor diri dan lihat di manakah anda akan ditempatkan nanti.

1.

Page 75: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

75

• Sediakan wang belanja untuk tempoh 3 bulan. Apabila anda mula masuk ke dalam sektor awam, paling lama anda akan menerima gaji pertama selepas 3 bulan. Jadi, be prepare....Sekarang paling cepat bulan ke-2 anda bekerja baru anda akan terima gaji pertama anda.

• Mula mencari tempat tinggal baru – sekiranya sudah diberi penempatan kerja. Bergantung di mana anda akan ditempatkan.

• Bagaimana untuk sesuaikan diri dengan tempat dan persekitaran kerja yang baru – ini tak penting sangat pun...Pandai bawa diri sudah la.

Calon Simpanan - ini adalah mereka yang telah menghadiri temuduga di SPA dan mendapat result sebagai calon simpanan. Ini bermakna mereka tidak gagal 100% dalam temuduga yang dijalankan, tetapi masih juga belum berjaya. Mereka ini boleh dianggap telah melangkah sebelah kaki untuk mendapatkan pekerjaan di sektor awam.

INGAT! Sebelah kaki saja. Belum kesemuanya. Calon simpanan ini akan diserap ke dalam sektor awam sekiranya terdapat calon yang telah berjaya di dalam temuduga sebelumnya menolak jawatan yang ditawarkan. Maknanya dia taknak bekerja dengan kerajaan la walaupun dah berjaya temuduga..

Jadi, jawatankuasa pemilihan akan memilih calon – calon simpanan yang ada ini untuk menggantikan mereka yang telah menolak jawatan tersebut. Sekiranya calon simpanan tadi juga menolak, calon simpanan kedua pula akan dipilih. Begitulah alkisahnya….

Atau ada kes – kes tertentu…calon simpanan ini akan diserap masuk ke dalam perkhidmatan awam. Contohnya: PM arahkan mereka yang berstatus ‘calon simpanan’ diberikan kerja serta - merta ataupun terdapat keperluan kakitangan yang segera di jabatan/kementerian tertentu.

2.

Page 76: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

76

Biasanya, calon simpanan ini diberi tempoh menunggu setahun dan ada juga diberi masa 6 bulan. Maknanya, mereka perlu menunggu dalam tempoh tersebut samada dipanggil untuk melaporkan diri untuk jawatan tetap di sektor awam atau tidak. Jika mereka dipanggil melaporkan diri dalam tempoh tersebut, tahniah diucapkan. Mereka telah berjaya menjawat jawatan di sektor awam dengan status TETAP atau Kontrak SPA. Kedua-dua status ini adalah baik untuk mereka di mana kedua-duanya berjaya memasuki sektor awam. Yang kontrak SPA ini biasanya akan ditukarkan kepada status TETAP dalam masa setahun perkhidmatan.

Ada juga calon yang menunggu hanya dalam 2 bulan sudah dipanggil melaporkan diri untuk jawatan tetap tersebut. Rezeki…. Walaupun tempoh menunggu dijanjikan setahun, tapi masih ada peluang selepas tempoh tersebut tamat.

Dan ada juga yang memang tak dapat – dapat juga walaupun dah lebih setahun menjadi calon simpanan. Memang tiada rezeki untuk mereka. Pada pandangan kami, peluang calon simpanan ini untuk diserap ke dalam sektor awam adalah kurang dari 50%.

Bagi calon simpanan ini, sementara menunggu keputusan samada diserap atau tidak, mereka digalakkan untuk mencari peluang kerja yang lain. Mereka boleh menghadiri mana – mana temuduga lain yang dianjurkan oleh sektor kerajaan mahupun swasta. Usah berharap 100% untuk diterima memasuki sektor awam dalam masa menunggu tersebut. Kadang kala, jika mereka bernasib baik, mereka berjaya mendapatkan jawatan di sektor awam yang lain. Jika perlu mengemaskini borang permohonan SPA semula, sila kemaskinikan. Tiada masalah..

Itulah serba sedikit mengenai calon simpanan. Jika anda mendapat keputusan sebagai Calon Simpanan, usahlah kecewa. Itu adalah satu kejayaan juga buat anda. Jika ada rezeki, anda akan dipanggilmelaporkan diri. Jika tidak, usaha lagi di lain masa. Dan simpan result ‘calon simpanan’ itu baik – baik. Ini kerana ianya boleh digunakan sekiranya anda dipanggil temuduga lagi di lain – lain masa. Anda boleh menunjukkan/masukkan dalam fail keputusantersebut untuk rujukan/tatapan panel penemuduga pada masa akan datang. Ini mampu mempengaruhi emosi panel yang

Page 77: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

77

Salah Anggapan Calon-Calon Penemuduga..

Biasanya, kita beranggapan kita sudah membuat yang terbaik semasa temuduga dan berasa yakin akan lulus temuduga tersebut sekiranya kita:

3.

menemuduga anda di lain masa nanti. Manatahu dia berkata “Wah! Calon ini dah berjaya menjadi calon simpanan rupa – rupanya…Bolehla tolong sikit…”.

Gagal – Ini bermakna anda memang gagal dalam temuduga tersebut. Terimalah kenyataannya. Usah kecewa, lain masa cuba lagi. Sekali gagal bukan bermakna anda akan gagal lagi buat selama – lamanya. Cuba perbaiki diri anda lebih lagi. Dan cuba baca ebook ini berulang kali dan praktikkan apa yang dipelajari.

”Jadikan kegagalan itu sebagai satu batu loncatanke arah kejayaan yang sebenarnya”

Memiliki Kelulusan Yang Cemerlang Samada Ijazah, Diploma mahupun Sijil

Bukan begitu sebenarnya. Bukan bekas graduan yang mempunyai CGPA 4.0 yang dicari oleh panel penemuduga akan tetapi adalahmereka yang mampu dan berkelayakan untuk menanggung kerja yang bakal disandang. Kelulusan yang cemerlang ini cuma membantu dari segi meningkatkan peratus kebarangkalian kita untuk dipanggil menghadiri temuduga. Jika kita memiliki keputusanyang cemerlang sekalipun, akan tetapi jika tidak “perform” semasa sesi temuduga, kita juga boleh gagal. Ramai calon yang beranggapan seperti ini telah gagal dalam temuduga kerja kerajaan, termasuklah kami sebelum ini...heheheheh

Seseorang Calon Itu Mesti Banyak Bercakap Semasa Temuduga

Memang tidak dinafikan banyak bercakap akan membantu kita semasa temuduga. Akan tetapi apakah butiran percakapan kita? Adakah kita bercakap sesuatu yang tidak kena mengena atau tidak membawa erti berkenaan soalan yang ditanya? Jika ya, buruk

1.

2.

Page 78: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

78

padahnya yang diterima jika anda berbuat sedemikian. Apa yang penting adalah, setiap apa yang kita ucapkan haruslah berkaitandengan soalan yang ditanya oleh panel penemuduga bukannyajawapan yang meleret-leret atau syok sendiri.

Lebih Lama Ditemuduga, Lebih Tinggi “chances” Untuk Lulus Temuduga

Cuba kita lihat, adakah seorang penyanyi yang menyanyi lama di atas pentas dalam satu program realiti seperti AF akan berjaya menjadi johan? Sudah pasti tidak. Begitu juga dengan temuduga, tidak semestinya kita akan lulus temuduga tersebut walaupun kita ditemuduga dalam 30 - 45 minit. Semuanya bergantung kepadakualiti persembahan temuduga tersebut samada dari segi kebolehan kita menjawab soalan, penampilan diri kita, kelayakan kita, bakat, kekreatifan kita dan lain-lain lagi.

Ada Surat Sokongan/Kabel

Sekiranya kita memiliki kabel ataupun orang dalam, tidak dinafikan kadang-kadang ianya membantu kita berjaya dalam temuduga. Akan tetapi adakah kesemuanya yang menggunakan kabel ini berjaya? Tidak sama sekali. Berapa kerat saja yang menggunakan kabel ataupun orang dalam yang berjaya dalam temuduga kerja kerajaan. Ada kabel sahaja tidak berguna jika semasa temuduga kita menggelabah dan gagal menawan hati panel penemuduga.

Daripada pemerhatian kami, kebanyakan calon yang berjaya dalam temuduga tersebut adalah mereka yang berusaha sendiri tanpa menggunakan sebarang bantuan dalaman. Apa yang kami tahu, melalui temuduga persekutuan, boleh dikatakan tiada calon yang menggunakan kabel yang berjaya dalam temuduga tersebut sekiranya calon tersebut memang benar-benar tidak layak. Lagipun, cuba kita fikirkan, kita mahukan pekerjaan yang tetap secara halal dan bersih serta juga adil. Adakah kita sanggup untuk mendapat pekerjaan tetap secara tidak bersih dan tidak jujur?

3.

4.

Page 79: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

79

Tidak salah kita beranggapan bahawa kita akan berjaya berdasarkan dengan anggapan-anggapan yang telah dinyatakan di atas. Ini akan membuatkan kita lebih bersemangat dan berfikiran positif selalu.

Akan tetapi, kita tidak boleh pula terlalu yakin..Kelak jika keputusan yang keluar adalah mengecewakan!! Frust menonggeng pula kita kan..Jadi walau apapun, kita hendaklah membuat yang terbaik untuk sesi temudugatersebut dan jangan lupa berdoa kepada tuhan semoga kita akan memperoleh kejayaan dalam temuduga tersebut.

5.

6.

Senang Je Soalan Yang Ditanya.

Tak semestinya kita dapat menjawab soalan yang ditanya kita akan lulus temuduga tersebut. Ada juga calon yang tidak dapat menjawab soalan tetapi berjaya dalam temuduga tersebut. Mengapa? Sebenarnya panel ingin melihat kejujuran ataupun kelainan pada diri kita. Dan juga cara kita menjawabnya..Jika soalanditanya contohnya “Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke 5? Adakah anda jawab - Najib? Fikir-fikirkan lah cara anda menjawab yang sesuai...

Panel Penemuduga Sukakan Saya

Suasana temuduga meriah, ceria dan ada gelak ketawa. Sudah pasti kita menyangka kita akan berjaya. Belum tentu...Ini semua taktik je..Tetapi tidak dinafikan juga jika panel penemuduga memang benar sukakan kita, mereka akan kelihatan mesra dan ceria. Ada 2 kemungkinan di sini, samada kita memang benar-benar disukai atau mereka sekadar menjaga hati kita saja. Jadi jangan la gembira sangat yer...

Page 80: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

80

Tips – tips motivasi

Tidak dapat dinafikan bahawa motivasi amat penting di kala menghadapitemuduga ini. Dari tinjauan yang dibuat, ramai calon temuduga bagi kerja kerajaan lemah motivasinya semasa menghadiri temuduga, terutamanya bagi mereka yang baru saja menamatkan pengajian samada di sekolah mahupun di universiti. Temuduga tersebut merupakan temuduga yang pertama dihadapi mereka. Sudah tentu mereka merasa takut, bimbang, gugup, dan bermacam-macam lagi perasaan negatif yang melanda fikiran. Mereka risau:

• Jika tidak dapat menjawab soalan yang ditanya

• Jika soalan yang ditanya terlalu teknikal

• Panel menanyakan soalan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya

• Panel bertanya mengenai pengalaman mereka dalam bidang pekerjaan padahal mereka langsung tiada pengalaman bekerja

• Tidak dapat bercakap seperti seorang pemidato yang hebat yang menggunakan ”body language”

• Takut dimarahi oleh panel penemuduga jika menjawab salah

• dan bermacam-macam lagi perasaan negatif yang lain

Menghilangkan rasa nervous /gugup/gemuruh

Bagaimana ingin menghilangkan rasa nervous atau gugup/gemuruh semasa menghadiri temuduga kelak. Apa yang anda perlu buat sekiranya nervous adalah:

Apabila mendengar atau menjawab soalan penel penemuduga, pandang terus pada matanya. Akan tetapi jangan pandang dengan pandangan yang tajam pula. Pandang dengan biasa - fokus. Ia akan meningkatkan keberanian dan keyakinan anda!

Apabila menjawab soalan, jawablah dengan jelas dan terang supaya panel penemuduga dapat mendengarnya dan memahami apa yang anda perkatakan dengan jelas. Apabila anda bercakap dengan jelas dan terang, ini akan meningkatkan lagi keberanian anda untuk sesi yang seterusnya.

1.

2.

Page 81: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

81

Apabila anda nervous, ambil masa seketika dan tarik nafas perlahan-lahan. Kemudian, lepaskannya perlahan-lahan juga. Ini akan membuatkan dada anda berasa lapang dan anda akan menjadi lebih bersemangat.

Bagi yang beragama Islam, kami syorkan anda untuk membaca ayat Seribu Dinar di dalam hati semoga Allah menenangkan hati anda setelah anda bertaqwa kepadanya.

Lagi satu tips kami, semasa temuduga, bayangkan panel penemuduga itu adalah orang yang biasa anda kenali atau rakan anda. Dengan anggapan seperti ini, anda akan menjadi lebih relaks dan tenang saja sepanjang sesi temuduga.

Dan tips akhir dari kami, apabila menjawab soalan tegakkan badan anda dan berkeadaan menghadap lurus berhadapan panel penemuduga. Dengan badan yang tegak anda akan lebih bersemangat dan lebih yakin.

3.

4.

5.

6.

Page 82: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

82

Itu sajalah yang dapat kami kongsikan untuk anda manfaatkan apabila anda menghadiri temuduga bagi permohonan kerja kerajaan kelak. Apa kami sampaikan ini hanya merupakan panduan kepada anda. Ebook ini disediakan khas bagi mereka yang benar-benar berminat untuk berkhidmat dengan kerajaan dan akan membantu mereka yang akan ditemuduga .

Apapun, kami hanya menyampaikan, Tuhan yang menentukannya. Bacalah ebook ini berulang kali semoga anda mendapat manfaat darinya. Apa yang dibaca hendaklah dipraktikkan supaya ianya memberikan kesan kepada anda.

Bagi anda yang membaca ebook ini, fikirkanlah hala tuju dan masa depan anda. Ke manakah akan anda pergi? Jangan memikirkan kerjaya di sektor swasta sebagai pilihan utama. Yang penting anda berminat bekerja dengan kerajaan, dan keuntungan yang bakal anda perolehi daripadanya.

Sekian saja daripada kami, salam sukses kepada anda.

- Tim Infokerjaya

PENUTUP

Page 83: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada

RAHSIA RESUME KERJA• Membantu anda membina resume kerja langkah demi langkah.• Menerangkan proses sesebuah resume dipilih untuk ke temuduga.• Dimuatkan dengan 20 soalan temuduga daripada resume kerja anda.• Terus ke www.ResumeKerja.com

RAHSIA BIJAK TEMUDUGA• Membantu persediaan temuduga anda.• Bagaimana menyediakan mental yang kuat sebelum hadir ke temuduga?• Mempunyai 1 ebook utama dan 5 komponen penting persiapan untuk temuduga.• Dan Banyak lagi yang menarik di halaman rasmi www.RahsiaBijakTemuduga.com

PANDUAN KERJAYA JURURAWAT• Anda berminat menjadi Jururawat? • Menerangkan langkah demi langkah memohon jururawat kerajaan dan swasta.• Diterangkan terperinci dalam 7 modul utama.• Kerjaya jururawat adalah satu kerjaya yang murni dan lumayan.• Layari ke www.KerjayaJururawat.com

Forum Blog Facebook

www.SembangKerjaya.com www.RujukanKerjaya.com Tim Infokerjaya

RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN• Anda berminat dengan kerjaya di sektor kerajaan? Pakej ini khas untuk anda.• Panduan terperinci untuk persediaan menghadapi temuduga kerajaan. Anda tidak gugup lagi!• Rahsia dan teknik lulus temuduga dibongkarkan di dalam ebook ini. Tiada rahsia lagi yang tersembunyi.• Terus ke www.Kerja-Kerajaan.com

Instagram

Tim Infokerjaya

 

Page 84: Rahsia Lulus Temuduga - ajakrakan.com · Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, ... dimulakan dengan calon mendaftar dalam Sistem Mengambil ... apa-apa informasi yang ada