Rahsia Marketing Plan Guru Coklatgurucoklat.com/download/planpemasaranGC.pdf · usahawan yang masih...

14
2011 Khairul Akmal Ibrahin Guru Coklat Enterprise 1/1/2011 Rahsia Marketing Plan Guru Coklat

Transcript of Rahsia Marketing Plan Guru Coklatgurucoklat.com/download/planpemasaranGC.pdf · usahawan yang masih...

Page 1: Rahsia Marketing Plan Guru Coklatgurucoklat.com/download/planpemasaranGC.pdf · usahawan yang masih baru pasti akan mengalami kegagalan buat pertama kali ... 11 malam Untuk pembungkusan

2011

Khairul Akmal Ibrahin

Guru Coklat Enterprise

1/1/2011

Rahsia Marketing Plan Guru

Coklat

Page 2: Rahsia Marketing Plan Guru Coklatgurucoklat.com/download/planpemasaranGC.pdf · usahawan yang masih baru pasti akan mengalami kegagalan buat pertama kali ... 11 malam Untuk pembungkusan

Disclaimer

Beberapa perkara penting yang perlu anda tahu

sebelum membaca e-book ini.

1. Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar ulang mana – mana bahagian

didalam e-book ini.

2. Anda dilarang menjual e-book ini kepada mana – mana pihak tanpa melalui

laman web http://www.GuruCoklat.com

3. Anda dilarang mengedarkan e-book ini secara percuma.

4. Anda dilarang menjadikan e-book ini sebagai bonus kepada produk anda.

Yang benar,

Khairul Akmal Ibrahim,

Guru Coklat Enterprise

http://www.GuruCoklat.com

Jika ada apa-apa pertanyaan, boleh hubungi saya di [email protected].

Page 3: Rahsia Marketing Plan Guru Coklatgurucoklat.com/download/planpemasaranGC.pdf · usahawan yang masih baru pasti akan mengalami kegagalan buat pertama kali ... 11 malam Untuk pembungkusan

Rahsia Marketing Plan Guru Coklat

Pengenalan

Marketing Plan atau Plan Pemasaran yang baik dapat menentukan sama

ada sesuatu perniagaan itu boleh berjaya atau pun tidak. Kebiasaan usahawan –

usahawan yang masih baru pasti akan mengalami kegagalan buat pertama kali

dalam melakukan pemasaran. Hal ini berlaku kerana kurangnya ilmu tentang

pemasaran dan kurang pengalaman. Saya juga ialah antara berjuta usahawan

yang tidak boleh lari dari menghadapi kegagalan tersebut.

Saya bermula sebagai usahawan coklat dari bulan Januari 2010. Semenjak dari

tarikh tersebut sehingga Mac 2010, saya tidak berjaya menghasilkan apa-apa

jualan coklat. Banyak kerugian telah saya hadapi terutama dari segi bahan-bahan

coklat dan kos pemasaran coklat tersebut.

Medium pemasaran yang saya gunakan ialah 100% di internet. Dahulu saya

kurang berkeyakinan untuk berniaga di khalayak ramai kerana dikhuatiri

mendapat jelekkan daripada rakan-rakan yang cuba menjatuhkan saya.

Pada awal April 2010, saya telah mendapat tempahan coklat yang pertama.

Tempahan coklat yang telah saya terima tidaklah banyak semasa itu. Cukup

sekadar untuk menampung kos modal perniagaan. Perkara tersebut berlarutan

sehingga penghujung Jun 2010. Selepas itu, saya mengambil keputusan untuk

menghentikan jualan tersebut kerana ingin mempelajari pemasaran internet

dengan lebih lanjut lagi disamping mengkaji pasaran coklat di Malaysia.

Pada pertengahan bulan Mei 2011, saya mula merangka strategi pemasaran

coklat yang baru selepas puas mengkaji pasaran coklat selama beberapa bulan.

Page 4: Rahsia Marketing Plan Guru Coklatgurucoklat.com/download/planpemasaranGC.pdf · usahawan yang masih baru pasti akan mengalami kegagalan buat pertama kali ... 11 malam Untuk pembungkusan

Pada awal Jun 2011, saya mula melancarkan coklat jenama Guru Coklat yang

mana saya telah menggunakan laman web Store Guru Coklat untuk senaraikan

coklat tersebut.

Sempena pelancaran tersebut juga saya telah mengadakan peraduan untuk

pembeli bertuah coklat tersebut. Peraduan tersebut telah berlarutan sehingga

penghujung Julai 2011. Tanpa saya sangka, hasil dari usaha dan pengalaman saya

berbulan-bulan memasarkan coklat akhirnya membuahkan hasil. Saya berjaya

menunaikan janji saya dengan memberi hadiah yang telah saya nyatakan dalam

peraduan yang telah saya adakan kepada peserta bertuah peraduan tersebut dan

saya juga telah berjaya menjana keuntungan yang lumayan dari teknik pemasaran

coklat tersebut. ☺

Moga anda yang sedang membaca ebook ini juga akan menjadi usahawan berjaya

suatu hari kelak. ☺

Teruskan membaca ebook ini untuk pendedahan mengenai strategi pemasaran

yang telah saya sendiri gunakan untuk memasarkan coklat… ☺

Page 5: Rahsia Marketing Plan Guru Coklatgurucoklat.com/download/planpemasaranGC.pdf · usahawan yang masih baru pasti akan mengalami kegagalan buat pertama kali ... 11 malam Untuk pembungkusan

Plan Pemasaran

1 Bulan sebelum pelancaran

1. Hasilkan coklat buatan tangan yang baik.

Sebelum membuat pelancaran coklat jenama anda, anda perlulah menghasilkan

coklat yang baik.

Kadang kala kita sebagai pembuat coklat, kita tidak tahu sama ada coklat yang kita

buat tersebut mempunyai rasa yang sedap dan akan mendapat sambutan ramai.

Cara untuk menguji setiap coklat yang telah kita hasilkan ialah dengan

menjadikan orang ramai sebagai pencuba coklat kita.

Beri coklat yang anda hasilkan kepada anak-anak, rakan-rakan dan saudara-mara

untuk merasa coklat yang anda hasilkan dan tanya pendapat mereka tentang

coklat tersebut. Jika ada dikalangan mereka pakar dalam bidang merasa masakan,

lebih digalakkan untuk meminta bantuan dan pandangan mereka untuk merasa

coklat anda. ☺

Lagi 1 perkara penting untuk meningkatkan jenama coklat anda ialah hasilkan

coklat yang ada keunikkan tersendiri. Seperti coklat jenama Cadbury, mereka

lebih dikenali dengan coklat yang berbentuk bar dan rasa yang unik. Coklat

jenama Ferrero pula lebih dikenali dengan bentuk coklat Truffle. Coklat jenama

Guru Coklat pula dikenali dengan coklat yang berintikan sapuan roti Nutella. Jadi,

cari idea untuk menghasilkan coklat yang unik. ☺

Page 6: Rahsia Marketing Plan Guru Coklatgurucoklat.com/download/planpemasaranGC.pdf · usahawan yang masih baru pasti akan mengalami kegagalan buat pertama kali ... 11 malam Untuk pembungkusan

2. Reka bentuk kotak coklat jenama anda.

Reka bentuk kotak coklat yang menarik juga menjadi faktor kejayaan coklat

jenama anda. Ingat! Anda sedang bersaing dengan coklat jenama terkenal diluar

sana dan juga usahawan coklat yang lain. Reka bentuk kotak coklat ialah antara

perkara yang perlu anda ambil berat untuk berjaya dalam pemasaran coklat.

Memang banyak kotak coklat yang ada dijual diluar sana tetapi anda perlu fikir,

berapa ramai usahawan coklat diluar sana yang telah menggunakan kotak coklat

yang berada dipasaran tersebut.

Tips untuk menghasilkan reka bentuk kotak coklat yang baik:

• Pastikan kotak coklat tersebut menarik dan memudahkan pembeli.

Contoh, hasilkan kotak coklat yang memang sesuai untuk pembeli

menjadikan hadiah terus tanpa mereka perlu melakukan pengubahsuaian.

Reka bentuk coklat jenama Guru Coklat juga unik yang mana kotak tersebut ialah

100% buatan tangan dan mempunyai corak yang unik dan menarik yang tidak

ada pada coklat jenama lain.

Idea reka bentuk kotak coklat:

• Anda boleh menggunakan kotak coklat yang ada dipasaran tetapi lakukan

sedikit pengubahsuaian supaya menjadi unik. Contoh, anda balutkan kotak

yang asal dengan kertas/kain yang mempunyai corak yang unik seperti

batik dan sebagainya. ☺

Page 7: Rahsia Marketing Plan Guru Coklatgurucoklat.com/download/planpemasaranGC.pdf · usahawan yang masih baru pasti akan mengalami kegagalan buat pertama kali ... 11 malam Untuk pembungkusan

3. Pastikan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat coklat/kotak

coklat mudah untuk didapati.

Bahan-bahan yang tidak lengkap juga merupakan satu faktor yang mengganggu

proses pelancaran coklat jenama anda. Jadi, pastikan bahan yang diperlukan

mudah didapati di kedai-kedai berhampiran. Lakukan survey ke 2 atau 3 buah

kedai yang menjual peralatan yang sama supaya jika salah 1 kedai kehabisan stok

bahan yang anda perlukan, anda boleh dapatkan di kedai yang lain. ☺

4. Bina hubungan baik sesama rakan dan bakal pembeli coklat anda.

Sekarang ini, antara laman web sosial yang terkenal ialah Facebook. Hampir

seluruh penduduk didunia ini mempunyai akaun Facebook. Jadi, gunakan medium

Facebook ini untuk membina hubungan baik sesama rakan-rakan dan bakal

pelanggan coklat anda supaya anda mendapat kepercayaan daripada mereka.

Tambah rakan Facebook anda setiap hari dan bina hubungan baik dengan

mereka. Jangan mulakan dengan mempromosikan coklat anda kepada mereka

kerana anda akan dianggap SPAMMER oleh mereka. Pada ketika ini mungkin anda

boleh bercerita tentang perancangan anda untuk memulakan perniagaan coklat

tetapi pesan saya… JANGAN SEKALI-KALI PROMOSIKAN COKLAT ANDA KEPADA

MEREKA SEBELUM MENDAPAT KEPERCAYAAN MEREKA.

Baca plan pemasaran 2 minggu sebelum pelancaran untuk mengetahui lebih jelas

mengenai perancangan pemasaran yang diterangkan saya dalam ebook ini.

Page 8: Rahsia Marketing Plan Guru Coklatgurucoklat.com/download/planpemasaranGC.pdf · usahawan yang masih baru pasti akan mengalami kegagalan buat pertama kali ... 11 malam Untuk pembungkusan

2 Minggu Sebelum Pelancaran

1. Tawarkan untuk memberi coklat secara percuma kepada rakan dan bakal

pelanggan.

Pada sebulan sebelum pelancaran, anda telah membina hubungan baik sesama

rakan dan bakal pelanggan anda di Facebook. Pada kali ini, anda tawarkan pula

coklat percuma kepada mereka. Mungkin anda boleh pos status update tentang

coklat anda dan ajak mereka untuk mencuba coklat anda. Contoh ayat yang boleh

digunakan untuk status tersebut ialah, “Akhirnya siap juga 8 jenis coklat. Jom

kawan-kawan, rasa coklat saya. Emel saya alamat rumah jika berminat. ☺☺☺☺”.

Jadi, rakan-rakan anda yang berminat akan hubungi anda untuk mencuba coklat

anda.

Jika anda ada kemahiran menggunakan photoshop, paint dan GIMP, anda boleh

cipta satu gambar yang mengandungi semua jenis coklat anda dan tulis juga

mesej untuk mengajak rakan-rakan anda untuk mencuba coklat anda. Selepas itu,

upload gambar tersebut di Facebook.

Untuk waktu pos update status, saya cadangkan anda pos pada:

• 8 – 10 pagi

• 1.50 – 2.30 pagi

• 9 – 11 malam

Untuk pembungkusan pula, mungkin anda boleh letakkan setiap satu kotak coklat

mengandungi setiap jenis coklat. Contohnya, jika anda telah hasilkan 8 jenis

coklat untuk dijual, anda letakkan 8 biji coklat dalam 1 kotak coklat jadi setiap

jenis coklat ada dalam kotak coklat tersebut.

Page 9: Rahsia Marketing Plan Guru Coklatgurucoklat.com/download/planpemasaranGC.pdf · usahawan yang masih baru pasti akan mengalami kegagalan buat pertama kali ... 11 malam Untuk pembungkusan

2. Mula untuk membuat laman web/blog khas untuk coklat jenama anda.

Pada ketika ini, anda sudah mula untuk membuat laman web/blog khas untuk

coklat jenama anda. Untuk membuat blog yang percuma, anda boleh

menggunakan perkhidmatan laman web Blogger.com. Daftar di laman web

tersebut untuk mula membuat blog coklat jenama anda.

Tips untuk membuat laman web/blog yang baik:

• Pastikan susun atur laman web/blog anda kemas dan mudah untuk dilihati.

Seelok-eloknya buat satu halaman khas untuk catalog coklat anda.

• Untuk borang tempahan pula, buat satu halaman khas untuk borang

tempahan.

• Buat satu halaman khas untuk hubungi anda.

• Buat satu halaman khas untuk menulis maklumat tentang perniagaan anda

selengkap-lengkapnya supaya pelanggan lebih mempercayai anda.

• Banyakkan merujuk kepada blog/laman web coklat yang berada di internet

untuk membuat blog/laman web coklat anda.

• Banyakkan juga membuat carian di laman web Google untuk cara

membuat laman web/blog yang baik.

3. Tanya pendapat rakan-rakan dan bakal pelanggan anda tentang coklat

anda.

Pada ketika ini, saya galakkan anda bertanyakan pendapat mengenai coklat anda

dari rakan-rakan dan bakal pelanggan anda terutama yang telah mencuba coklat

anda. Jika ada kekurangan, mungkin anda boleh cuba perbaiki supaya coklat anda

dapat menepati kehendak pelanggan semasa pelancaran nanti.

Page 10: Rahsia Marketing Plan Guru Coklatgurucoklat.com/download/planpemasaranGC.pdf · usahawan yang masih baru pasti akan mengalami kegagalan buat pertama kali ... 11 malam Untuk pembungkusan

4. Selalu update tentang pelancaran coklat jenama anda.

Pada masa ini, anda perlu kerap update tentang tarikh pelancaran coklat anda

supaya bakal pelanggan anda dapat alert dari anda. Contoh, anda update status

seperti, “Tinggal lagi 10 hari lagi sebelum pelancaran coklat [Jenama Anda].

Nantikan tawaran istimewa dari saya nanti. ☺☺☺☺”. Jangan risau tentang update

anda. Jika sebelum ini anda memang menjalinkan hubungan yang baik dengan

bakal pelanggan anda, mereka pasti rasa teruja menunggu pelancaran coklat

anda. ☺

5. Banyakkan mengadakan aktiviti berkaitan coklat sebelum pelancaran.

Tujuan aktiviti tersebut diadakan supaya anda dapat lebih kerap berkomunikasi

dengan bakal pelanggan anda sebelum pelancaran coklat jenama anda. Bila

banyak komunikasi berlaku antara anda dan bakal pelanggan, anda pasti dapat

meraih kepercayaan dari bakal pelanggan anda.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah:

• Perkongsian ilmu tentang coklat. Contohnya, anda kongsikan resepi coklat

anda kepada mereka. Jangan risau jika mereka mengambil resepi anda.

Saya pasti anda tidak akan rugi malah akan bertambah-tambah lagi rezeki

anda kerana anda mendapat kepercayaan bakal pelanggan anda. ☺

• Buat peraduan. Contohnya, anda boleh buat peraduan bergambar

bersama coklat kegemaran. Jadi, peserta peraduan tersebut hanya perlu

menangkap gambar mereka bersama coklat kegemaran mereka dan

upload di Facebook. Jika mereka berjaya meraih LIKE paling banyak,

mereka akan diisytiharkan sebagai pemenang. Peluang besar untuk anda

menambahkan fans/bakal pelanggan anda jika anda telah mencipta

fanpage coklat jenama anda.

• Dan banyak lagi…

Page 11: Rahsia Marketing Plan Guru Coklatgurucoklat.com/download/planpemasaranGC.pdf · usahawan yang masih baru pasti akan mengalami kegagalan buat pertama kali ... 11 malam Untuk pembungkusan

Semasa Hari Pelancaran

1. Umumkan pelancaran coklat anda di Facebook.

Umumkanlah pelancaran coklat anda kepada rakan-rakan dan bakal pelanggan

anda di Facebook. Jika anda telah melakukan langkah sebelum pelancaran ini

dengan cemerlang, saya yakin anda akan menerima tempahan coklat beberapa

minit selepas anda umumkan pelancaran coklat.

P/S: Jangan lupa nyatakan maklumat lengkap tentang cara menempah coklat dari

anda. ☺

2. Beri tawaran istimewa kepada bakal pelanggan.

Beri tawaran istimewa kepada bakal pelanggan semasa pelancaran. Mungkin

anda boleh kurangkan harga coklat anda selama 2 minggu dan maklumkan

kepada mereka. ☺

3. Buka tawaran untuk menjadi agen coklat anda.

Kepada yang telah mencuba dan membeli coklat jenama anda, buka tawaran

untuk menjadi agen coklat anda kepada mereka. Anda boleh terangkan kepada

mereka kelebihan menjadi agen coklat jenama anda seperti mendapat harga

lebih rendah, keuntungan yang tinggi, penghantaran percuma dan sebagainya.

Lebih baik jika anda sertakan sekali sample coklat kepada mereka yang berminat

menjadi agen coklat anda supaya sample tersebut dapat digunakan untuk

membantu mereka menghasilkan jualan.

Page 12: Rahsia Marketing Plan Guru Coklatgurucoklat.com/download/planpemasaranGC.pdf · usahawan yang masih baru pasti akan mengalami kegagalan buat pertama kali ... 11 malam Untuk pembungkusan

4. Buat peraduan untuk pembeli coklat anda.

Buat peraduan untuk pembeli coklat anda. Contoh peraduan ialah bergambar

bersama coklat jenama anda. Jadi, peserta perlu menangkap gambar mereka

bersama coklat jenama anda dan upload ke Facebook. Gambar yang dapat

banyak LIKE, akan disytiharkan pemenang peraduan tersebut. ☺

5. Banyakkan melakukan aktiviti berkaitan dengan coklat anda.

Aktiviti ini penting supaya anda dapat terus berkomunikasi dengan bakal

pelanggan. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan semasa pelancaran ini ialah

jemputan minum petang bersama anda. Semasa majlis minum petang tersebut,

anda boleh menggunakan kesempatan tersebut untuk memperkenalkan coklat

anda kepada mereka.

Lagi mudah untuk mendapat kepercayaan mereka kerana anda berkomunikasi

secara terus dengan mereka. Anda juga boleh memberi mereka merasa sample

coklat anda. Jika mereka berminat, mereka boleh terus mendapatkan coklat anda.

Dan semasa waktu tersebut juga anda boleh memberi peluang kepada mereka

untuk menjadi agen jualan coklat anda.

Page 13: Rahsia Marketing Plan Guru Coklatgurucoklat.com/download/planpemasaranGC.pdf · usahawan yang masih baru pasti akan mengalami kegagalan buat pertama kali ... 11 malam Untuk pembungkusan

Selepas Pelancaran

1. Teruskan berkomunikasi dengan bakal pelanggan/pelanggan anda.

Selepas tamat pelancaran coklat, jangan lupa untuk terus berkomunikasi dengan

bakal pelanggan/pelanggan anda supaya mereka menyenangi anda dan terus

mempercayai anda.

2. Tambah koleksi coklat yang baru dari masa ke semasa.

Jangan lupa untuk tambah koleksi coklat yang baru dari masa ke semasa supaya

bakal pelanggan akan merasakan bahawa perniagaan anda masih lagi hidup

selepas pelancaran dan mereka tidak merasa jemu dengan koleksi coklat yang

terdahulu. ☺

3. Sentiasa mempelajari teknik-teknik membuat coklat yang baru dan

menambahbaik coklat yang sedia ada.

Ilmu di dunia ini tidak akan pernah habis. Teruskan mencari dan menambah

pengetahuan baru tentang cara membuat coklat supaya dapat menghasilkan

coklat yang baru dan menambahbaik coklat yang sedia ada. ☺

::TAMAT::

Page 14: Rahsia Marketing Plan Guru Coklatgurucoklat.com/download/planpemasaranGC.pdf · usahawan yang masih baru pasti akan mengalami kegagalan buat pertama kali ... 11 malam Untuk pembungkusan

Akhir Kata

Terima kasih kerana telah membaca ebook Rahsia Marketing Plan Guru Coklat.

Mudah-mudahan perkongsian ilmu tersebut memberi manfaat kepada anda dan

dapat sedikit-sebanyak membantu anda membina perniagaan coklat buatan

tangan jenama anda sendiri. Pesanan terakhir saya, jangan takut untuk

mengambil risiko kegagalan. Setiap kegagalan pasti ada terselindung kebaikkan

disebaliknya. Selamat mencuba dan semoga berjaya. ☺

Ikhlas,

Khairul Akmal Ibrahim

Guru Coklat Enterprise

http://www.GuruCoklat.com