Rahsia Solat

5
Rahsia Solat 1) Niat Sembahyang -: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 2) Berdiri Betul -: Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 3) Takbiratul Ihram -: Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 4) Fatihah -: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 5) Rukuk -: Sebagai tikar kita di dalam kubur 6) Iktidal -: Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur 7) Sujud -: Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotulmustaqim 8) Duduk Antara Dua Sujud (awal) -: Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur 9) Duduk Antara Dua Sujud (akhir)-: Menjadi kenderaan ketika kita dipadang masyar 10) Tahiyat Akhir -: Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh mungkar&nangkir didalam kubur. 11) Selawat Nabi -: Sebagai pendinding api neraka di dalamkubur. 12) Salam -: Memelihara kita di dalam kubur. 13) Tertib -: Akan pertemuan kita dengan Allah. Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?

description

solat

Transcript of Rahsia Solat

Rahsia Solat

1) Niat Sembahyang -: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.2) Berdiri Betul -: Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.3) Takbiratul Ihram -: Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.4) Fatihah -: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.5) Rukuk -: Sebagai tikar kita di dalam kubur6) Iktidal -: Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur7) Sujud -: Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotulmustaqim 8) Duduk Antara Dua Sujud (awal) -: Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur9) Duduk Antara Dua Sujud (akhir)-: Menjadi kenderaan ketika kita dipadang masyar10) Tahiyat Akhir -: Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh mungkar&nangkir didalam kubur.11) Selawat Nabi -: Sebagai pendinding api neraka di dalamkubur. 12) Salam -: Memelihara kita di dalam kubur.13) Tertib -: Akan pertemuan kita dengan Allah.Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?Asal usul pokok Tamar

Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal. Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2 Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya.

Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu).

Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s.

Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam.

Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain. Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t . telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina.

Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).

Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke bawah.

Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina . Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk,disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya.

Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin. Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55 darjah Celcuis.

Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai.

Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.

"Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tama untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.

Pokok Tamar ayah saudara kita....

Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam. "Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s."

"Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risa lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.Tujuh Kalimah

Sabda Rasulullah S.A.W

"Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut.4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!inar Cahaya Ayat Kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk

rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.

bersabda,"Sampaikanlah pesanku biarpun

satu ayat..."