Ramalan Wang Ringgit Malaysia

6
RAMALAN WANG RINGGIT MALAYSIA Ramalan wang ringgit malaysia selepas kejatuhan nilai wang ringgit paras terendah dalam tempoh 18 tahun dan terburuk di Asia. Nilai matawang ringgit Malaysia kini mencecah 4.2 berbanding 1 dolar amerika sudah mencecah paras terendah sejak 1998 yang menunjukkan kejatuhan nilai matawang ringgit malaysia terburuk dalam tempoh 18 tahun dan prestasi matawang paling buruk di Asia disebabkan oleh pelbagai isu domestik serta kemerosotan harga komoditi. Pada 8 Jun 2015, ringgit turun kepada 3.8, terendah sejak Januari 2006. Pada 9 Jun 2015, wang ringgit malaysia jatuh kepada nilai yang paling rendah berbanding dolar Singapura dalam tempoh 30 tahun, diniagakan pada RM2.77 berbanding dolar Singapura. Pada 12 Ogos, ringgit turun kepada RM4.0 berbanding dolar, yang paling rendah dalam tempoh 17 tahun. Sebenarnya bukan Malaysia sahaja yang mengalami kejatuhan nilai matawang tetapi sebahagian negara didunia mengalami kejatuhan matawang terutama negara pengeksport komoditi dunia.

description

Ramalan wang ringgit malaysia selepas kejatuhan nilai wang ringgit paras terendah dalam tempoh 18 tahun dan terburuk di Asia.KENAPA NILAI RINGGIT MALAYSIA JATUH?RAMALAN NILAI WANG RINGGIT MALAYSIAPERSIAPAN DIRI HADAPI KRISIS EKONOMI ATAU KEJATUHAN WANG RINGGIT

Transcript of Ramalan Wang Ringgit Malaysia

Page 1: Ramalan Wang Ringgit Malaysia

RAMALAN WANG RINGGIT MALAYSIA

Ramalan wang ringgit malaysia selepas kejatuhan nilai wang ringgit

paras terendah dalam tempoh 18 tahun dan terburuk di Asia.

Nilai matawang ringgit Malaysia kini mencecah 4.2 berbanding 1 dolar amerika

sudah mencecah paras terendah sejak 1998 yang menunjukkan kejatuhan nilai

matawang ringgit malaysia terburuk dalam tempoh 18 tahun dan prestasi matawang

paling buruk di Asia disebabkan oleh pelbagai isu domestik serta kemerosotan harga

komoditi. Pada 8 Jun 2015, ringgit turun kepada 3.8, terendah sejak Januari 2006.

Pada 9 Jun 2015, wang ringgit malaysia jatuh kepada nilai yang paling rendah

berbanding dolar Singapura dalam tempoh 30 tahun, diniagakan pada RM2.77

berbanding dolar Singapura. Pada 12 Ogos, ringgit turun kepada RM4.0 berbanding

dolar, yang paling rendah dalam tempoh 17 tahun. Sebenarnya bukan Malaysia

sahaja yang mengalami kejatuhan nilai matawang tetapi sebahagian negara didunia

mengalami kejatuhan matawang terutama negara pengeksport komoditi dunia.

Page 2: Ramalan Wang Ringgit Malaysia

KENAPA NILAI RINGGIT MALAYSIA JATUH?

Kejatuhan nilai ringgit Malaysia adalah disebabkan banyak faktor diantaranya :

1. Kejatuhan harga minyak. Minyak adalah salah satu daripada eksport utama

Malaysia dimana harga minyak mentah Brent menurun sebanyak 38% dari Jun 2014

yang menjejaskan mata wang ringgit malaysia.

2. Isu domestik seperti persoalan hutang 1MDB Malaysia telah mendapat perhatian

dunia telah menjejaskan keyakinan terhadap ringgit.

3. Pada Jun 2015 peningkatan kadar faedah oleh Amerika juga telah dikaitkan

dengan prospek kejatuhan nilai ringgit.

4. Pada bulan Julai 2015, laporan media bahawa akaun-akaun peribadi Perdana

Menteri Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam pemindahan USD700 juta wang

1MDB telah melemahkan lagi keyakinan terhadap mata wang RM.

5. Pada 11 Ogos 2015, China menurunkan nilai mata wangnya yang menyebabkan

mata wang Asia dan ringgit Malaysia jatuh lagi, kerana penurunan nilai yuan

mengukuhkan wang dolar amerika.

RAMALAN NILAI WANG RINGGIT MALAYSIA

Pada bulan Disember 2014, Credit Suisse Group AG menurunkan unjuran ringgit

selama tiga bulan dari 3.38 setiap dolar kepada 3.49 setiap dolar. Reuters

melaporkan bahawa ringgit akan terus jatuh sehingga harga minyak stabil. Pada

tahun 2015, nilai ringgit telah mengalami kejatuhan dari bulan ke bulan hingga akhir

april matawang ringgit diperkukuhkan. Walau bagaimanapun, sejak akhir bulan Mei,

ringgit sekali lagi menyaksikan penurunan mendadak dalam nilai. Pada bulan Julai

2015, Financial Times melaporkan bahawa beberapa bank telah meramalkan ringgit

akan turun serendah 3.88 berbanding dolar menjelang akhir tahun 2015. Ramalan

ini kini telah menjadi kenyataan, apabila ringgit telah jatuh melebihi 4.00

berbanding 1 dolar us.

Berdasarkan ramalan nilai ringgit malaysia daripada analisa graf matawang ringgit

Malaysia seperti graf di atas menunjukkan ringgit Malaysia akan semakin merosot

hingga 4.3 di akhir tahun 2015, seterusnya akan berada di tahap 4.2 berbanding 1

dolar Amerika pada tahun 2016 dan pada tahun 2020 nilai wang ringgit malaysia di

paras 3.52.

Page 3: Ramalan Wang Ringgit Malaysia

Ramalan atau jangkaan wang ringgit malaysia jangka sederhana antara sebulan dan

tiga bulan berdasarkan 95% prediction interval pula menjangkakan nilai matawang

ringgit Malaysia dalam tempoh sebulan akan berada diparas terendah 4.16 hingga

4.64 diparas tertinggi. Ramalan dalam tempoh 3 bulan pula menunjukkan kejatuhan

wang ringgit malaysia diantara 4.30 paras terendah hingga 5.21 kemerosotan nilai

RM tertinggi. Ramalan wang ringgit Malaysia ini hanyalah analisa yang tidak boleh

dipercayai kerana ianya hanya jangkaan semata-mata. Data ramalan wang ringgit

malaysia ini klik http://www.ratesfx.com/predictions/pred-myr.html

PERSIAPAN DIRI HADAPI KRISIS EKONOMI ATAU KEJATUHAN

WANG RINGGIT

Persiapan utama menghadapi krisis ekonomi ataupun kejatuhan nilai

matawang adalah dengan berjimat cermat. Kejatuhan nilai wang ringgit

malaysia serta cukai gst akan menyebabkan harga barangan naik dan kuasa beli

semakin berkurang. Perbelanjaan yang berhemah dan berjimat cermat akan dapat

mengurangkan masalah perbelanjaan yang tidak cukup.

Langkah berjaga-jaga sebagai bekalan semasa krisis ekonomi atau

kejatuhan nilai wang ialah dengan menyimpan matawang yang kukuh

seperti dolar singapura atau dolar brunai. Penyimpanan matawang asing dari

negara yang kukuh dan stabil adalah merupakan satu pelaburan yang

menguntungkan apabila nilai matawang ringgit jatuh. Ramai rakan yang berada di

Johor telah menyimpan dolar singapura sebagai pelaburan matawang fizikal. Namun

begitu pelaburan matawang fizikal ini berisiko jika nilai matawang ringgit mengukuh

yang boleh menyebabkan kerugian.

Persiapan terbaik dan selamat mengatasi nilai wang ringgit yang

semakin berkurang adalah dengan menyimpan emas fizikal. Kini masa

Page 4: Ramalan Wang Ringgit Malaysia

terbaik menyimpan emas kerana harga emas kini terendah dalam tempoh 5 tahun.

Lihat HARGA EMAS TERMURAH DAN RAMALAN HARGA EMAS 2015.

Emas adalah simpanan terbaik kerana emas dijadikan pelindung kekayaan (wealth

protection), perlindungan masa kecemasan seperti insurans, pelindung semasa

inflasi atau kalis inflasi, pembina harta kekayaan dan mengelak kebocoran wang dari

sikap boros.

Emas adalah pelindung kekayaan (wealth protection) kerana nilainya yang sentiasa

tinggi berbanding nilai wang yang semakin rendah. Buktinya adalah kejatuhan nilai

wang Ringgit seperi sekarang. Ringgit Malaysia pernah jatuh hingga 50% setahun,

namun tak pernah berlaku kejatuhan harga emas dalam sejarah 30 tahun harga

emas. Jika wang ringgit jatuh teruk, wang ringgit hanya keping-kepingan kertas yang

ditulis nombor yang tiada nilai sebenar padanya. Nilai duit kertas bukan terletak

pada kertasnya, tapi ia bergantung sejauh mana kekukuhan ekonomi dan politik

negara dan sentiasa berubah-ubah. Contohnya, wang ringgit Malaysia yang disimpan

di bank 5 tahun lepas yang bernilai RM100, tetap bernilai RM100 namun kuasa

belinya atau barang yang diperolehi untuk membeli barang kini adalah sedikit dari

nilainya kerana nilai wang RM100 sudah berkurang. Namun jika menyimpan emas 1

dinar, harganya akan bertambah walaupun semasa krisis ekonomi atau kejatuhan

nilai matawang. Ini adalah kerana emas adalah pelindung harta yang kalis inflasi.

Contoh pengiraan perbandingan ekonomi stabil (nilai RM 2.8 berbanding dolar)

dengan krisis kejatuhan ringgit malaysia kini ( nilai RM 4.1 berbanding dolar ),

dengan andaian harga emas yang sama kini dan 5 tahun lepas iaitu 1000 us/oz. (1 oz

= 31.10 gram). Maka :

Harga emas ekonomi stabil dimana nilai RM 2.8 sedolar :

Harga emas 5 tahun lepas dimana Harga emas semasa $1000 us/oz ialah $1000

bahagi 31.1 = $40.8 us/g, maka harga emas ialah $32.1 X 2.8 ialah RM89.88

pergram emas mentah.

Harga emas krisis ekonomi nilai RM jatuh dimana nilai RM 4.1 sedolar :

Harga emas kini dimana harga emas juga $1000 us/oz ialah $1000 bahagi 31.1 =

$40.8 us/g, maka harga emas ialah $32.1 X 4.1 ialah RM131.61 pergram emas

mentah.

Walaupun pada harga emas dunia yang sama, harga emas tetap tinggi

walaupun kejatuhan nilai ringgit Malaysia atau krisis ekonomi. Ini

menunjukkan emas adalah kalis inflasi. Belajar mengira harga emas dunia

kepada harga ringgit malaysia klik CARA MENGIRA SPREAD DAN MENUKAR

HARGA EMAS.

Penyimpanan emas fizikal adalah sebagai insuran atau perlindungan di waktu

kecemasan, bencana alam, peperangan, krisis ekonomi dan sebagainya kerana sifat

emas yang kecil, ringan, berharga yang mudah dibawa dan laku seluruh dunia.

Contohnya gold bar 250g 24K lbma tanpa cukai gst public gold boleh disimpan

sebanyak 10 keping didalam poket seluar sahaja. Kini harga jongkong emas 250g 24k

adalah lebih kurang RM40,000. Adakah anda boleh membawa wang RM400,000

didalam poket seluar?. Emas juga adalah pelindung dimasa kecemasan atau

Page 5: Ramalan Wang Ringgit Malaysia

kesempitan wang kerana emas mudah dicairkan samada di gadaikan atau dijual

dimana sahaja.

Emas adalah pembina harta dan pengelak kebocoran wang kerana penyimpan emas

akan seronok mengumpul emas secara tidak langsung dapat membina harta sedikit

demi sedikit dan secara tidak langsung mengelak kebocoran wang serta sikap boros.

Bandingkan jika menyimpan duit, biasanya duit mudah dan cepat habis untuk

dibelanjakan. Tiada orang jatuh miskin dengan menyimpan emas, tapi ramai orang

jatuh miskin sebab wang kertas yang menyebabkan sikap boros berbelanja, terjebak

skim cepat kaya, kahwin lain dan sebagainya.

Menbeli dan menyimpan emas lebih mudah kerana hanya memerlukan modal yang

sedikit, serendah RM100, berbanding harta atau aset lain seperti tanah atau rumah.

Kini melalui Program GAP ( Gold Accumulation Program ) Public Gold anda dapat

membeli emas serta menyimpan emas fizikal seperti gold bar 24K lbma atau emas

dinar 24k lbma dengan modal rendah seperti membeli emas minima RM100 atau

membeli 1g emas 24 Karat yang berharga lebih kurang RM160. Klik CARA

MEMBELI EMAS 1 GRAM PROGRAM GAP PUBLIC GOLD untuk

menyimpan emas fizikal dengan cara mengumpul sedikit demi sedikit.

Duit simpanan jangka pendek yang hendak digunakan lebih baik disimpan dalam

bentuk tunai di bank sementara wang simpanan jangka panjang, lebih baik

ditukarkan kepada aset-aset fizikal seperti emas, tanah dan hartanah. Untuk

membeli jongkong emas atau emas dinar termurah murah tanpa cukai gst, klik

Page 6: Ramalan Wang Ringgit Malaysia

CARA MEMBELI EMAS FIZIKAL PUBLIC GOLD untuk membeli gold bar

atau emas dinar dan terus dapat gold bar atau emas dinar public gold yang dibeli

sebagai perlindungan, pembina harta dan insuran masa depan terbaik. Hubungi

Whatsapp 019-9185593, Mohd Zaidi Junus, Agen Public Gold

berpengalaman untuk maklumat dan bimbingan pelaburan emas fizikal Public

Gold.

Walaupun kejatuhan wang ringgit Malaysia, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya

bersyukur dan berbangga berada didalam negara yang aman makmur dan bebas

merdeka. Kita sebagai rakyat malaysia mestilah bersatu sehati sejiwa kerajaan

Malaysia mengatasi masalah kejatuhan matawang negara dengan mengurangkan

barang import untuk menstabilkan ekonomi negara dan menambah pendapatan

negara. Kita mestilah bersama-sama menjaga keindahan negara serta

mempamerkan tingkah laku yang baik serta menjauhi tingkah laku yang kurang

sopan seperti tunjuk perasaan, rusuhan kaum dan sebagainya untuk menjaga nama

baik negara dan menarik minat pelancong asing melawat negara Malaysia dan

menjana pendapatan negara Malaysia. Pendapatan negara bertambah, ekonomi

negara Malaysia akan stabil, aman dan makmur.

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke 58, Sehati Sejiwa

Ramalan, wang ringgit, malaysia, wang ringgit malaysia, ramalan ringgit malaysia,

ramalan wang ringgit malaysia, kejatuhan ringgit malaysia, kejatuhan nilai ringgit

malaysia, jangkaan ringgit malaysia, kenapa ringgit malaysia jatuh, persiapan hadapi

krisis ekonomi, persediaan hadapi kejatuhan wang ringgit, langkah berjaga hadapi

kejatuhan wang, penyimpanan emas fizikal, jongkong emas termurah, emas dinar

termurah, emas tanpa cukai gst, public gold, emas fizikal termurah

HARGA EMAS TERMURAH SERTA RAMALAN EMAS 2015 http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/harga-emas-termurah-serta-ramalan-emas-2015/ CARA MENGIRA SPREAD DAN MENUKAR HARGA EMAS http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-mengira-spread-dan-menukar-harga-emas/ HARGA EMAS TERMURAH SERTA RAMALAN EMAS 2015 http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/harga-emas-termurah-serta-ramalan-emas-2015/ CARA MEMBELI GOLD BAR 1 GRAM PROGRAM GAP PUBLIC GOLD

http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/cara-membeli-gold-bar-1-gram-program-gap-public-gold/ CARA MEMBELI EMAS PELABURAN PUBLIC GOLD http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/