Rambutan

download Rambutan

of 2

description

BM Tahun 2

Transcript of Rambutan

RambutanRambutan sejenis pokok buah-buahan. Banyak pokok rambutan ditanam di Malaysia. Pak Long juga ada menanam pokok rambutan di dusunnya. Pokok rambutan pokok bermusim kerana biasanya pokok ini berbuah sekali dalam setahun.

Buah rambutan mempunyai kulit yang berbulu. Buah rambutan muda berwarna hijau. Buah rambutan yang telah masak pula berwarna kuning atau merah. Buah rambutan disukai ramai kerana isinya lembut dan rasanya manis.Soalan:

1. Di manakah banyak pokok rambutan ditanam?

2. Mengapakah pokok rambutan dikatakan pokok bermusim?

3. Bilakah pokok rambutan berbuah?

4. Bagaimanakah rupa buah rambutan?

5. Mengapakah buah rambutan disukai ramai?