Rancangan Megajar- TERCEKIK.asas (KAPA 2.2.1/10)
description
Transcript of Rancangan Megajar- TERCEKIK.asas (KAPA 2.2.1/10)
RANCANGAN MENGAJAR
Tajuk Pelajaran : RAWATAN TERCEKIK (ASAS)KANAK-KANAK & DEWASA
Jumlah Anggota Dalam Kelas : 20 -30 orang
Bahan-bahan Rujukan : Nota First Responder
Alat Bantuan mengajar : Lap Top / LCD / Dummy
Masa Isi Catatan
5 Minit 1. PENGENALAN
Sesi memperkenalkan diri Membuka sesi dengan perbincangan ringkas
dan mengetahui tahap pemahaman peserta mengenai topik.
2. Ulangkaji – Kaedah pemulihan jantung dan paru-paru (CPR).
3. Pendahuluan ► Tujuan:
Memberi penerangan dan teknik yang betul dalam mengendalikan mangsa tercekik
►Sebab:Dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran terhadap ilmu pertolongan cemas.
►Perangsang:Penguasaan kemahiran yang tinggi terhadap bantuan kecemasan dapat membantu kita menjadi masyarakat yang berilmu dan berguna kepada masyarakat.
Tempat Latihan : Dewan Sekolah
Masa Latihan : 1 ½ jam
PERMULAAN
PERTENGAHAN
Masa Peringkat CatatanAlat
Bantuan Mengajar
10 minit
60 minit
1
2
3
4
2
1. Rawatan Tercekik- Definasi:-
Tercekik terjadi apabila sesuatu benda asing menyekat saluran pernafasan. Di mana pernafasan mannusia akan terganggu. Saluran pernafasan boleh tertutup secara penuh atau separuh sahaja.
2. Penyebab Saluran Pernafasan Tersekat:Lidah terjatuhKerosakan tisuHalangan benda asingPembengkakan tisu
3. Tanda-tanda tercekik 4. Rawatan Tercekik:
a) Menghampiri dan menilai mangsa:Menyoal mangsa “Anda tercekik?”Mangsa memegang leherMenggalakkan mangsa batuk sekiranya boleh.
b) Memberi rawatan pertolongan cemasBerdiri dibelakang mangsa dengan kedudukan yang selesa.Memberi tekanan abdomen (abdominal thrust)Ulangi sehingga benda asing keluar atau mangsa tidak sedarkan diri.
c) Mangsa mennjadi tidak sedar:i) Baringkan mangsa dalam
kedudukan posisi yang betul.ii) Gerakkkan sistem rawatan
kecemasaniii) Lakukan teknik Tongue-jaw lift dan
buang/cungkil keluar benda asing dengan jari (finger sweeps).
iv) Buka saluran pernafasan dan beri bantuan pernafasan. Jika masih tersekat, betulkann posisi kepala dan cuba beri bantuan pernafasan sekali lagi
Lap Top / LCD
Teori dan Praktikal
v) Lakukan abdominal thrust sebanyak 5-8 tekanan.
vi) Periksa mulut mangsa sama ada benda asing terkeluar atau tidak.
vii) Sekiranya tidak, ulangi langkah iii – v sehingga berjaya.
viii) Meletakkan mangsa dalam posisi pemulihan sekiranya mangsa boleh atau mula bernafas.
Nota: Bagi mangsa kanak-kanak tercekik yang menjadi tidak sedar, rawatan hendaklah diberikan terlebih dahulu. EMS perlu diaktifkan selepas 1 minit memberi rawatan kecemasan melainkan adanya penyelamat kedua yang dapat mengaktifkan EMS dalam masa yang serentak.
AKHIR
MASA CATATAN
15 minit Penutup dan Kesimpulan
Dalam memberi perawatan kecemasan kepada mangsa tercekik, kita perlu memastikan keadaan pesakit terlebih dahulu sebelum membuat rawatan kecemasan. Tindak balas segera penyelamat dalam mengendalikan mangsa tercekik dapat menyelamatkan mangsa untuk terus hidup.
SOALAN DARI KELAS:
1. .....................................2. .....................................3. .....................................
SOALAN KEPADA KELAS:
1. Apakah nama kaedah membuang benda asing yang terdapat pada mulut mangsa.
2. Berikan contoh penyebab saluran pernafasan tersekat.
3. Apakah langkah awal yang perlu dilakukan sekiranya mangsa disyaki mengalami saluran pernafasan tersekat.