rancangan mengajar bm tahun 3 2015.docx

28
Soalan 1 Baca dan buat penghuraian konsep kemahiran bahasa dan kepentinganya terhadap perkembangan bahasa murid-murid di sekolah rendah 1.0 Pengenalan . Kemahiran bahasa adalah satu kemahiran yang penting dalam penguasaan bahasa melayu. Merujuk kepada dokumen standar sekolah rendah kemahiran bahasa merupakan teras kepada standard kurikulum bahasa melayu dan pendekatan modular. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia distrukturkan dengan menggunakan pendekatan modular untuk memastikan penguasaan kecekapan berbahasa yang baik. Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran menengar, bertutur, membaca danmenulis. Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Penguasaan kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses pengajarandan pembelajaran supaya berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemahiran bahasayang berhubung dengan kemahiran lisan melibatkan dua komponen asas, iaitu mendengar dan bertutur. Kedua-dua komponen ini berkait rapat dan saling melengkapi. Kemahiran membaca dan menulis pula merupakan kemahiran bukan lisan. Penguasaan terhadap ketiga-tiga kemahiran berbahasa ini penting terhadap murid-murid dalam memastikan yang diberikan adalah sejajar dengan apa yang dikehendaki dan termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Sukatan Pelajaran bahasa Melayu Sekolah Rendah.Kemahiran berbahasa ini merupakan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai dalam penguasaan bahasa yang mana meliputi empat kemahiran iaitu mendengar,bertutur, membaca dan menulis Kemahiran mendengar Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan telitidan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperticerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita dan perbincangan. Kemahiranmendengar ini adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku padaperingkat penerimaan. Penguasaan terhadap kemahiran ini amat penting dalamaspek kemahiran berbahasa kerana merupakan kemahiran paling asas dalam kemahiran berbahasa .Proses mendengar adalah satu proses fizikal yang melibatkan telinga sebagai alatpenerima bunyi bahasa. Proses memahami pendengaran pula melibatkan prosespsikologi dan mental seperti pengamatan, kecerdasan dan pemikiran yangdisepadukan untuk membolehkan seseorang memahami apa yang 1

Transcript of rancangan mengajar bm tahun 3 2015.docx

Page 1: rancangan mengajar bm tahun 3 2015.docx

Soalan 1

Baca dan buat penghuraian konsep kemahiran bahasa dan kepentinganya terhadap

perkembangan bahasa murid-murid di sekolah rendah

1.0 Pengenalan

.

Kemahiran bahasa adalah satu kemahiran yang penting dalam penguasaan bahasa

melayu. Merujuk kepada dokumen standar sekolah rendah kemahiran bahasa merupakan

teras kepada standard kurikulum bahasa melayu dan pendekatan modular. Standard

Kurikulum Bahasa Malaysia distrukturkan dengan menggunakan pendekatan modular untuk

memastikan penguasaan kecekapan berbahasa yang baik. Kemahiran berbahasa meliputi

kemahiran menengar, bertutur, membaca danmenulis. Kemahiran berbahasa ini merupakan

teras kepada penguasaan bahasa baku.

Penguasaan kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses pengajarandan

pembelajaran supaya berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemahiran bahasayang

berhubung dengan kemahiran lisan melibatkan dua komponen asas, iaitu mendengar dan

bertutur. Kedua-dua komponen ini berkait rapat dan saling melengkapi. Kemahiran

membaca dan menulis pula merupakan kemahiran bukan lisan. Penguasaan terhadap

ketiga-tiga kemahiran berbahasa ini penting terhadap murid-murid dalam memastikan yang

diberikan adalah sejajar dengan apa yang dikehendaki dan termaktub dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan Sukatan Pelajaran bahasa Melayu Sekolah Rendah.Kemahiran

berbahasa ini merupakan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai dalam penguasaan

bahasa yang mana meliputi empat kemahiran iaitu mendengar,bertutur, membaca dan

menulis

Kemahiran mendengar

Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan

telitidan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperticerita,

arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita dan perbincangan. Kemahiranmendengar ini

adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku padaperingkat penerimaan.

Penguasaan terhadap kemahiran ini amat penting dalamaspek kemahiran berbahasa kerana

merupakan kemahiran paling asas dalam kemahiran berbahasa

.Proses mendengar adalah satu proses fizikal yang melibatkan telinga sebagai

alatpenerima bunyi bahasa. Proses memahami pendengaran pula melibatkan

prosespsikologi dan mental seperti pengamatan, kecerdasan dan pemikiran

yangdisepadukan untuk membolehkan seseorang memahami apa yang didengar

1

Page 2: rancangan mengajar bm tahun 3 2015.docx

danmelakukan tindakbalas yang sesuai. Chuah (1987) menyatakan dengar adalah

satuproses fisiologi yang melibatkan saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalahsatu

proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikolog.

Kemahiran bertutur

Kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran kedua dalam aspek

kemahiranberbahasa. Kemahiran ini dikuasai dan dipelajari selepas seseorang kanak-

kanakberjaya menguasai kemahiran mendengar. Kemahiran ini dikatakan sebagai dikuasai.

selepas menguasai kemahiran mendengar kerana kedua-dua kemahiran lisna inimempunyai

kolerasi antara satu dengan lain. Hal ini kerana, jika seseorang kanak-kanak itu tidak berjaya

menguasai kemahiran mendengar bermakna dia tidak dapatmengetahui tentang bahasa

yang digunakan.Menurut Nor Aina Dani (2007) satu lagi kemahiran yang tergolong dalam

kemahiranlisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-

bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanasuara ) ,

jeda serta helaan yang betul.

Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan “suprapenggalan” ini merupakan aspek

yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi sesetengah bahasa, perubahan kepada unsure-

unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna. Mengenal pasti intonasi yang

berbeza-beza ini amat pentingbagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan

lancer. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran membaca

Kemahiran membaca adalah satu komponen dalam kemahiran berbahasa yangamat

penting dalm proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran membacaadalah lanjutan

daripada kemahiran-kemahiran asas mendengar dan bertutur.Melalui pembacaan,,

seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan. Selain itu,penguasaan kemahiran

membaca juga akan dapat membantu dalam menguasaikemahiran menulis.

Menurut Kamarudin Hj.Husin (1988) dalam ―Siri Pendidikan Longman Pedagogi

Bahasa, membaca ialah memindahkan tulisan kepada suara. Membaca juga

bermaksud menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang tertulis danmemahamkan

kandungannya. Konsep kemahiran membaca pula mengikut fahamandahulu, membaca ialah

semata-mata memindahkan tulisan kepada suara.

Seseorang murid akan dianggap pandai membaca jika mereka boleh

menyuarakantulisan walaupun tidak memahami lagi isi yang dibacanya.Mengikut pendapat

Pumfrey (1977) di dalam buku ―Pengajian Melayu, Ilmu Bahasa dan Kecekapan

Berbahasa, membaca bukanlah hanya setakat bersifat mekanikiaitu membunyikan huruf-

huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan tentangapa yang dibaca, tetapi ia adalah

2

Page 3: rancangan mengajar bm tahun 3 2015.docx

lebih daripada itu. Membaca ialah prosespemikiran yang membina. Ini bermaksud dengan

membaca seseorang itu mestidapat membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik

apa sahaja yangdibaca dengan tepat, memahami kehendak situasi dan aspirasi masyarakat

disekeliling, membina sikap dan cita-cita serta fikiran yang terbuka dan positif.Psikolinguitik

kognitif menolak kefahaman dahulu yang menyatakan bahawamembaca adalah satu aktiviti

mengenal kata-kata dengan cara menyembunyikan(dalam hati) dan kemudian menarik

maksud kata-kata itu.

Terdapat lima peringkat dalam kemahiran membaca iaitu Peringkat menyediakan

murid ,Peringkat mendirikan asas, Peringkat melatih membaca dan memahami , Peringkat

melatih membaca untuk menghiburkan hati dan juga untukmencari pengetahuan dan

Peringkat membina dan memperkukuh sikap gemar membaca. Kemahiran membaca ini pula

terbahagi kepada dua jenis bacaan iaitu bacaan bersuara(mekanis) dan bacaan senyap

(akaliah).

Bacaan bersuara bermaksud bacaan mekanis yang menyuarakan tulisan dengan

sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan iramamengikut gaya membaca yang

betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Selain itu, ia juga disebut sebagai

membaca oral, membaca kuat dan membaca nyaring.

Bacaan akaliah/ senyap iaitu bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukarkan

isibacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Ia juga disebut sebagai membaca

didalam hati. Membaca senyap ialah kegiatan membaca yang melibatkan ingatan visual

(visualmemory) dan pengaktifan mata dan ingatan.

Kemahiran menulis

Selain berkomunikasi secara lisan atau pun melalui bacaan, manusia

jugaberkomunikasi melalui tulisan. Malah bahasa tulisan adalah satu bentuk komunikasiyang

paling tinggi dan kompleks. Menulis adalah satu kemahiran dan juga sebagaisaluran untuk

seseorang melahirkan perasaan dan idea. Kemahiran menulismenggabungkan aspek-aspek

visual, motor, dan keupayaan membentuk konsep-konsep. Tulisan juga adalah saluran

utama bagi murid-murid untuk menunjukkanpengetahuan mereka dalam mata pelajaran

akademik yang lebih tinggi. Sebelumseseorang dapat menggunakan tulisan sebagai media

untuk berkomunikasi, ia perlumenguasai kemahiran menulis secara mekanis dahulu, dan

selepas itu barulah iadapat menulis untuk tujuan berkomunikasi dengan orang lain.Menurut

Chomsky (1957), tulisan ialah lambing-lambang bunyi bahasa yang telahdipindahkan dalam

bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulisadalah proses

memindahkan lambing-lambang bunyi yang tersusun dan teradunbagi melahirkan bunyi-

bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Hall (1968) pula menerangkan

3

Page 4: rancangan mengajar bm tahun 3 2015.docx

bahawa tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambing-lambang bunyi dan merupakan

alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan.

Bahasa yang tersusun yang berupa rangkai kata dan ayat. Menulis berkait rapat

dengan membaca.Peringkat-peringkat kemahiran menulis dapat dibahagikan kepada tiga

peringkatiaitu peringkat pra tulisan, tulisan mekanis dan tulisan kreatif. Pra tulisan

merupakansatu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri ke

arahmelahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat.

Peringkat ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot,tangan, jari serta kordinasi

mata tangan.Bagi peringkat tulisan mekanis pula, ianya berlaku setelah kanak-kanak

melauiproses pra tulisan, sepatutnya mereka telah faham dan boleh memegang penselserta

cara duduk yang betul dan selesa. Tulisan mekanis merupakan peringkatkedua yang patut

didedahkan kepada murid-murid.

Akhir sekali ialah peringkat penulisan kreatif iatu peringkat yang merupakanperingkat

tertinggi dalam proses menulis. Pada peringkat ini kanak-kanakdiharapkan dapat

menggunakan kemahiran yang diperoleh pada peringkat mekanisuntuk menggunakan daya

kreatif bagi membina ayat, mengarang cerita, mengarangpantun, sajak, teka-teki dan

menulis surat kirimanguru menyampaikan isi pengajarannya dengan kehendak dan cita rasa

pelajarnya, di samping mencapai objektif pengajaran.

2.0 kepentingan kemahiran bahasa terhadap perkembangan bahasa murid-murid di

sekolah rendah.

2.1 Kemahiran mendengar

Mendengar merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting yang dilakukan di

peringkat kanak-kanak dan dewasa. Barker (1971) telah menjalankan satu kajian terhadap

kemahiran pendengaran. Hasil daripada kajian itu, beliau merumuskan, dalam keadaan

manusia itu sedar, 45% digunakan untuk mendengar, 30% bercakap, 16% membaca dan

9% menulis. Ini menunjukkan proses pendengaran berperanan penting dalam komunikasi.

Burley-Alen (1982) dalam kajiannya mendapati peratus mendengar bertambah sehingga

60% bagi kehidupan pelajar sekolah menengah. Guru-guru menyatakan proses mendengar

merupakan proses paling utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Proses mendengar menjadi perkara utama bagi mahasiswa universiti. Ini kerana

proses pengajaran di universiti biasanya secara kuliah dan pensyarah tidak memberi banyak

peluang kepada mahasiswa untuk mengemukakan pertanyaan. Keadaan ini mengambarkan

betapa perlunya seseorang mahasiswa mendengar bersungguh-sungguh ketika kuliah

diberikan.

4

Page 5: rancangan mengajar bm tahun 3 2015.docx

Anderson et al. (1969) menjelaskan bahawa sebahagian besar daripada kaedah

pengajaran di universiti adalah dengan mendengar kuliah. Barker (1971:I) menyatakan

bahawa proses pendengaran dalam pengajaran di universiti adalah antara 50% - 100%.

Pendengaran yang aktif merangkumi proses mendengar dengan tujuan untuk

memahami, mengingati, menilai dan mengkritik. Mengikut Chuah (1987) dengar adalah satu

proses fisiologi yang melibatkan sistem saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah

satu proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi. Mendengar

secara aktif bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan telinga, tetapi kepada kesemua

pancaindera, terutama penglihatan, iaitu menerusi komunikasi tidak verbal. Dari segi

kaunseling, mendengar yang terbaik adalah dengan mendengar secara empati isitu

mendengar dengan menjiwai apa yang didengar oleh sebab dari sini timbul celik akal.

Apabila hal ini terhasil maka para pelajar akan mencapai tahap nirwana kendiri, yang

akhirnya dapat merealisasi dan menggunakan keupayaan dan intelektual secara maksimum

dalam proses pembelajaran.

Mendengar adalah perbuatan yang menggunakan organ telinga bersamping dengan saraf

pendengaran di otak. Tetapi perbuatan ini mesti dilatih dengan betul supaya proses

pendengaran dapat dilakukan dengan betul. Devine (1981) menyatakan bahawa dengan

mendengar bukan sahaja menumpukan sepenuhnya perhatian tetapi melibatkan motivasi

dan keadaan fizikal emosi yang mempengaruhi proses pendengaran itu sendiri. Proses

mendengar berkait secara terus dengan proses berfikir. Berfikir dalam konteks ini melibatkan

penggunaan proses mental dalam melakukan inference, mengagakkan hasil, generalisasi,

organisasi dan dalam membuat rumusan.

Dalam komunikasi lisan, kedua-dua kemahiran iaitu mendengar dan bertutur adalah

terlibat, walaupun berhubung rapat antara satu sama lain, merupakan kemahiran yang

berbeza. Kemahiran mendengar adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku di

peringkat penerimaan. Seseorang yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar harus

dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan dapat pula

memahami maksud serta boleh menginterpretasi apa yang didengar. Kemahiran mendengar

ini dimulakan pada peringkat awal pengajaran bahasa dan bertujuan untuk memungkinkan

pelajar fasih bertutur dalam bahasa yang dipelajari itu.

5

Page 6: rancangan mengajar bm tahun 3 2015.docx

PROSES MENDENGAR

Proses mendengar boleh dibahagikan kepada empat peringkat Mendengar deretan

bunyi bahasa iaitu individu mendengar bunyi dari unsur-unsur luar yang sengaja dihasilkan

dengan maksud tertentu. Bunyi itu dapat didengar setelah ia dapat dikesan dari mana arah

datangnya. Pada peringkat permulaan mendengar, hanya bunyi-bunyi yang jelas dan

lantang sahaja yang dapat dikesan. Setelah mendegnar beberapa kali, barulah deretan

bunyi itu didengar secara total. Proses ini hanya ditujukan kepada individu yang mempunyai

alat artikulasi dan pancaindera dengar yang normal.

Memahami bunyi tersebut merujuk kepada Sesuatu bunyi yang didengar itu dikaitkan

dengan maksud tertentu. Apabila deretan bunyi didengarkan dan diikuti dengan tingkah laku

tertentu dari penutur, pendengar akan berhubungkaitkan tingkah laku tersebut dengan

deretan bunyi tersebut. Dalam perkataan lain, pendengar akan menghubungkaitkan benda

yang dimaksudkan, atau tingkah laku yang dilakukann dengan bunyi yang dilafazkan. Proses

ini yang berukangkali dilakukan akan menjadi kebiasaan kepada pendengar.

Di peringkat ini pendengar menguasai makna beberapa deretan bunyi. Ia dapat

memahami persamaan erti dan kelainan makna antara satu deretan bunyi dengan deretan

bunyi yang lain, antara satu rangkai kata dengan satu rangkai kata yang lain dalam bahasa

yang sama. Misalnya, bunyi yang menggunakan intonasi yang tinggi lagi keras menandakan

perasaan marah. Bunyi yang menggunakan intonasi lemah melambangkan tanda manja,

sedih, simpati dan sebagainya. Pendek kata, pendengar yang baik akan faham dan mengerti

maksud setiap ujuran yang dilafazkan. Mereka bukan shaja boleh memaham malah boleh

juga membuat interpretasi daripadanya.

Bertindak terhadap bunyi Peringkat ini hanya akan terlaksana setelah pendengar

melalui ketiga-tiga peringkat tadi. Waktu pendengar akan membuat rumusan dan keputusan.

Ia akan melakukan sesuatu setelah arahan dalam bentuk deretan bunyi bahasa dilafazkan.

PENTINGNYA MENDENGAR DENGAN AKTIF

Weaver (1972) mengatakan terdapat beberapa faedah penting mendengar dengan

aktif dan antaranya adalah seperti mendengar secara aktif anda akan lebih banyak belajar.

Selain itu kanak-kanak akan lebih banyak mengetahui apa yang diberitahu dan menjadi

lebih berpengalaman lagi. Disamping itu ia juga mengajar kanak-kanak menjadi seorang

pendengar yang menyukai dan menghormati orang yang bercakap kepada anda.

Ia juga dapat memberi tindak balas yang baik kepada orang yang sedang bercaka. Kanak-

kanak akan menjadi orang yang lebih tidak bergantung pada pendapat orang lain. Kanak-

kanak akan mengikut arahan dengan lebih baik, rapi dan ianya akan membuat sedikit

kesilapan dan mengurangkan kesilapan-kesilapan kecuaian. Disamping itu ianya tidak

6

Page 7: rancangan mengajar bm tahun 3 2015.docx

menyentuh perasaan anda misalnya dalam masa perbincangan jika rakan mereka

berbincang tentang sesuatu tajuk dan ia tertinggal dan masih bertanyakan masalah yang

sama akan memalukan diri sendiri. Mengikut Barker (19710 terdapat tiga asas keuntungan

daripada proses mendengar dengan aktif, iaitu:

i) mendengar membantu anda mengembangkan pengetahuan dan kemahiran.

ii) Dapat memajukan perkembangan perbendaharaan kata dan kemudahan berbahasa.

Mendengar merupakan asas pertama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

iii) Mendengar membolahkan anda melihat mesej yang penting dan tidak penting.

2.2 Kepentingan Kemahiran Komunikasi / bertutur

Menguasai kemahiran komunikasi akan menjadikan seseorang itu lebih mudah mendapat

kawan dan diterima dalam sesuatu masyarakat. Tentu ada alasannya mengapa kita perlu

memahami dan menguasai tentang kepentingan hubungan insan. Aggaplah hubungan yang

baik dengan orang lain sebagai satu perkara penting dalam kehidupan kita.Walau

bagaimanapun, untuk menjalin hubungan baik dengan orang lain, kita perlu memiliki

kemahiran komunikasi yang cukup berkesan. Selain daripada itu, kita juga perlu memahami

beberapa prinsip asas psikologi yang dapat memberikan panduan bagi menjalin hubungan

yang baik dengan orang lain.

Disekolah rendah kemahiran bertutur membolehkan kanak-kanak menyebut

perkataan atau ayat dengan betul,jelas dan tepat. Melatih seseorang murid mendengar dan

memahami pertuturan dengan baik.

Selain itu membolehkan seseorang kanak-kanak itu dapat berinteraksi dengan orang lain

secara tepat bagi menyatakan kehendak, perasaan, pengalaman,dan berupaya

mengutarakan pendapat danpandangan yang jitu serta berkesan

Bagi membolehkan kanak- kanak bertutur menggunakan ayat yang tersusun,

perkataan yang sesuai, dan perbendaharaan kata yang lebih luas. Ia nya dapat

menyuburkan keyakinan dan kepercayaan diri serta menjadikan kanak- kanak berani

bercakap, menyatakan perasaan dan pendapat mereka. Selain itu membolehkan kanak-

kanak memperolehi kemahiran- kemahiran lain seperti berikut seperti bertutur dengan nada,

intonasi, dan tekananyang betul, bercakap dengan tenang dan menggunakangaya yang

betul, berbicara atau berbincang dengan lancar dan fasih serta dapat menggunakan bahasa

dengan baik dalam situasi- situasi tertentu mengikut keperluan situasi.

7

Page 8: rancangan mengajar bm tahun 3 2015.docx

2.3 Kemahiran membaca

Membaca adalah satu pengalaman yang amat menyeronokkan terutama bagi kanak-

kanak yang berumur tiga hingga lima tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak adalah individu

yang paling besar keinginannya untuk mempelajari, mengetahui, meneroka, mencuba dan

menyelidik. Keupayaan kanak-kanak ini untuk mempelajari dan mengetahui sesuatu perkara

akan bertambah-tambah jika mereka dapat mencuba dengan cepat dan berkesan. Justeru

itu, terdapat kata-kata mutiara yang sangat bererti, "Membaca adalah hak setiap kanak-

kanak." Ibu bapa yang gagal menunaikan tanggungjawab menyediakan kemahiran

membaca akan melihat anak-anak mereka kelak tertinggal dalam dunia persaingan hari ini.

Apatah lagi, pelbagai mata pelajaran dan bahan rujukan di sekolah, maktab hinggalah

institusi pengajian tinggi banyak diterbitkan dalam bahasa Inggeris.

Mengajar membaca kepada anak-anak bukan sekadar bahasa ibunda, malah

sebaiknnya dikembangkan kepada bahasa-bahasa yang lain juga. Sekiranya ibu bapa sering

membimbing, mengajar dan mendidik anak-anak belajar membaca sudah tentu anak-anak

kita akan dapat membina struktur ayat yang gramatis dan bertatasusila dalam konteks ayat

yang betul.

Kemahiran membaca pada peringkat awal kanak-kanak lagi amat penting kerana

keupayaaan membaca menjadikan diri kanak-kanak lebih yakin, aktif dan bertenaga.

Kemahiran membaca peringkat awal ini berkait dengan tiga agenda kehidupan manusia

sepanjang masa. Masa yang paling sesuai untuk mengajar kanak-kanak membaca ialah

ketika otak mereka sedang pesat membangun iaitu 25 peratus ketika lahir, 50 peratus ketika

berumur enam bulan, 85 peratus ketika berumur tiga tahun dan 95 peratus ketika mencapai

umur enam tahun. Maklumat yang diperolehi daripada kajian ini menunjukkan kadar

kepesatan otak membangun dan berkembang ialah semasa berumur 0 hingga 3 tahun. Jika

rangsangan dan kemahiran membaca diberikan pada masa ini, ia akan memberi kesan yang

paling optimum untuk meningkatkan tahap kecerdikannya.

Kanak-kanak adalah golongan yang paling cepat mempelajari bahasa. Keupayaan

mereka menambah perbendaharaan kata semakin bertambah setiap hari kerana mereka

sentiasa bertanya dan ingin belajar. Apabila mencapai umur 5 tahun, dianggarkan 10,000

perbendaharaan kata telah terbentuk dalam diri mereka.

Kecerdikan kanak-kanak mempelajari bahasa boleh diperhati daripada keupayaan dalam

memilih perkataan tertentu dan menyusunnya supaya menjadi struktur ayat yang difahami.

Kanak-kanak boleh diajak bercakap dan membaca dengan betul sebelum berumur lima

tahun dengan bimbingan darpada ibu bapa. Oleh yang demikian, kemahiran membaca pada

peringkat awal dapat mempercepatkan proses penguasaan sesuatu bahasa di kalangan

kanak-kanak.

8

Page 9: rancangan mengajar bm tahun 3 2015.docx

Kebolehan membaca merupakan kemahiran yang penting dan perlu dipelajari

walaupun kanak-kanak masih di peringkat tadika. Kanak-kanak yang sudah boleh membaca

ayat-ayat mudah dengan lancar dan menguasai sekumpulan perbendaharaan kata asas

serta boleh mengeja perkataan yang tidak dikenali sebelum memasuki Tahun Satu berada

dalam kedudukan yang lebih selesa dan menyakinkan jika dibandingkan dengan kanak-

kanak yang tidak menguasai kemahiran membaca. Memang tidak terlewat untuk kanak-

kanak belajar membaca ketika di Tahun Satu, tetapi dengan saiz kelas yang besar dan

pelbagai kekangan yang dihadapi oleh pihak guru dan sekolah, akan berlaku bimbingan

membaca yang tidak sempurna . Ini bererti, kanak-kanak yang lemah membaca mungkin

kekal lemah ketika berada di sekolah rendah.

Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran

membaca secara beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah

kesedaran umum mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi

seharian. Contohnya perkataan "ummi" dan "abah". Kedua-dua perkataan ini boleh ditulis

dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan penggunaannya dalam

kehidupan seharian. Apabila kanak-kanak meningkat usia 3 hingga 4 tahun, mereka

sebenarnya berada dalam peringkat pembinaan bahasa yang pesat. Menurut para pengkaji

perkembangan kanak-kanak, perkembangan menyeluruh kanak-kanak ialah galakan untuk

perkembangan fizikal, mental, emosi, sosial dan bahasa. Kanak-kanak yang berusia 2 tahun

juga dapat membentuk dan menyebut beberapa kumpulan perkataan dengan sebutan yang

jelas dan fasih. Walaupun masih di peringkat awal, kanak-kanak yang berusia 2 tahun ini

mampu bertutur denga baik sekiranya ibu bapa membantu anak-anak untuk belajar

menguasai kemahiran membaca.

2.4 Kemahiran menulis

Secara umumnya, menulis merupakan perlakuan menggunakan pen, pensel atau

sebarang alat tulis bagi menulis atau menaip sebarang idea mahupun pernyataan. Namun

begitu, definisi ini begitu umum dan bersifat mekanikal. Definisi menulis menurut Kamus

Dewan Edisi Keempat (muka surat 1729), ialah mencatat kata-kata dengan huruf dan

memakai pena seperti kalam,kapur , pensel dan lain-lain. Di samping itu, menulis juga

bermaksud melahirkan perasaan (fikiran dan lain-lain) dengan catatan yang memakai huruf,

membuat surat atau mengarang.

Menurut Paul Jennings pula dalam The Reading Bug, “Menulis adalah keperluan

peribadi bukan kerana tugas di dalamnya tetapi ada kesenangan dan ada manfaat untuk

kehidupan sehari-hari. Ada nilai yang tak ternilai dalam kegiatan ini.”

9

Page 10: rancangan mengajar bm tahun 3 2015.docx

Sebenarnya, menulis bermaksud kegiatan simbol-simbol grafik yang disusun atur

berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat.

Tulisan pula merupakan bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi di samping

sebagai alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan.

Konsep Menulis.

Konsep menulis secara khusus dikaitkan dengan proses penyaluran ilmu, idea atau

maklumat secara bersistem yang mengambil kira aspek tujuan menulis, penggunaan

bahasa, audiens dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan, alam dan

kehidupan secara lebih menyeluruh. Oleh yang demikian, kemahiran menulis bukan suatu

yang bersifat tetap tetapi mampu membantu ke arah pemahaman pemikiran terhadap proses

penulisan terutama dalam suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah

contohnya keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui

pelbagai jenis penulisan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan tulisan

sangat penting kerana tulisan bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran

dan mempamerkan buah fikiran seseorang. Tulisan berhubung rapat dengan membaca di

mana kedua-duanya mementingkan teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada kalau

tidak ada tulisan begitu juga sebaliknya.

Di sekolah-sekolah, pelajaran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah

sifatnya malah seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa selari. Walaupun pada

dasarnya membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi kadangkala kanak- kanak telah

pandai menulis ketika masuk sekolah. Ini tidaklah merisaukan kerana sewaktu mereka

menulis mereka juga membaca.

Fungsi-fungsi Kemahiran Menulis.

Ann Raimes (1983 : 3) telah mengemukakan tiga fungsi kemahiran menulis melalui

bukunya Techniques In Teaching Writing, iaitu Merangsang dan memahirkan tatabahasa,

idea, rbendaharaan kata dan perasaan, Memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai

bidang bahasa, Memperluaskan pengatahuan, melahirkan idea, dan mnggunakan seluruh

anggota mekanis (mata, tangan, akal dan lain-lain) untuk merangsang pembelajaran.

10

Page 11: rancangan mengajar bm tahun 3 2015.docx

Tujuan Menulis.

Walau bagaimanapun, fungsi kemahiran menulis akan lebih jelas peranannya,

apabila fungsi itu dilihat melalui dua tujuan iaitu tujuan serta merta dan tujuan lanjut. Tujuan

serta merta merujuk kepada proses membina asas menulis yang kukuh untuk membolehkan

kanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas.selain itu ia juga membolehkan kanak-

kanak mengeja perkataan-perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat dengan betul

dan boleh difahami oleh pembaca. proses ini juga membolehkan kanak-kanak mengulangi

pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisan yang tercatat atau membaca buku-buku

luar untuk menambahkan isi bacaannya.

Ia juga membantu mMembolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan

dengan sempurna dalam bentuk tulisan serta menyuburkan minat suka menulis atau

mengarang dalam kalangan kanak-kanak serta menambah dan meluaskan pengetahuan

kanak-kanak dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan. Disamping itu

ia juga menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan.

Tujuan Lanjut pulak membantu meluaskan pengetahuan , pengalaman,

perhubungan, dan matlamat menerusi penulisan. Ia memberikan kepuasan jiwa dalam

pemikiran, pengalaman, dan perasaan. Selain dapat menyediakan mereka dengan

pengetahuan supaya dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden, khususnya

bagi kepentingan sendiri dan orang ramai umumnya. Menurut Down Bryne (1979) pula,

kemahiran menulis amat penting untuk dipelajari kerana beberapa tujuan iaitu terdapat

perbezaan kecenderungan individu atau pelajar yang menguasai kemahiran belajar dan bagi

memenuhi keperluan psikologi pelajar. Disamping itu dapat menyediakan pelbagai aktiviti

dalam bilik darjah dan ia dapat mengelakkan rasa jemu dan bosan pelajar serta aktiviti

secara formal dan tidak formal dapat dijalankan secara serentak dalam bilik darjah.

Namun, terdapat beberapa tujuan menulis secara yang diterangkan secara umum

iaitu memberi Respons iaitu menulis bertujuan untuk memberikan reaksi terhadap suatu

perkara dengan menggunakan bahasa sebagai perantara. Apabila menulis, penulis sering

berasakan dirinya dalam situasi terasing seperti perlakuan penulis dengan helaian kertas

yang digunakan semasa menulis. Keadaan tersebut menggambarkan penulis melakukan

tingkah laku sosial bagi memberikan respons kepada orang lain atau memaparkan

persekitaran dan pengalaman yang dilaluinya.Hal ini disebabkan oleh aktiviti menulis sering

dilaksanakan dalam situasi dan konteks yang spesifik contohnya penulis menggambarkan

keindahan alam atau perwatakan manusia. Di samping itu, penulisan adalah proses

menyampaikan buah fikiran, idea, atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada

khalayak atau pembaca dengan menggunakan bentu grafik. Bentuk grafik tersebut disusun

sehingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya .

11

Page 12: rancangan mengajar bm tahun 3 2015.docx

Tujuan kedua ialah untuk Komunikasi. Proses komunikasi ini sememangnya

memerlukan hubungan dua hala antara penulis dengan pembaca. Dalam hal ini, penulis

akan menulis berita, memo, iklan atau kenyataan untuk dikongsikan bersama pembaca

dengan berharap agar pembaca dapat memahami mesej yang disampaikan. Mesej tersebut

dapat menimbulkan pelbagai reaksi. Komunikasi sehala yang wujud dapat membantu

melahirkan idea konstruktif dalam kalangan penulis. Keadaan ini akan menimbulkan

suasana perlunya saling memahami antara kedua belah pihak iaitu penulis dan pembaca,

selepas masing-masing mentafsirkan tulisan yang ditulis dan dibaca dengan rasional.

Tujuan yang ketiga ialah Ekspresi Kendiri. Tujuan ini merujuk kepada penulisan

berbentuk naratif mahupun bukan naratif sebenarnya memberi peluang kepada penulis

menyatakan idea, harapan, falsafah hidup atau gambaran imaginasi dalaman yang dapat

memberikannya kepuasan serta menimbulkan pelbagai bentuk reaksi daripada pembaca.

Dari segi pernyataan personaliti, penulisan yang dihasilkan oleh pelajar sering dapat

ditafsirkan oleh guru bagi menggambarkan personalti pelajarnya.

Tujuan yang empat ialah Sifat Sejagat. Dalam penulisan, sifat umum dapat dilihat

melalui prosedur penulisan tersebut manakala kesejagatan pula daripada segi bahan yang

ditulis. Sifat umum dalam penulisan juga digambarkan dari segi kepentingan menggunakan

bahasa yang baik untuk memudahkan pembaca memahami mesej yang disampaikan.

Dalam penulisan berita umpamanya, mempunyai mesej yang sama yang dapat ditulis dalam

gaya yang berlainan. Penulisan berbentuk fiksyen juga begitu, pengolahan cerita biasanya

mempunyai sifat yang sejagat sama ada penghuraian plot, perkembangan watak mahupun

peleraian konflik.

Tujuan yang kelima ialah Mengikut Peraturan. Tujuan ini merujuk kepada Peraturan

yang telah ditetapkan dalam proses menulis adalah bertujuan untuk mengawal penulis

supaya dapat menyampaikan mesej dengan lebih tepat dan memberi makna kepada

pembaca. Selain itu, peraturan juga dapat menjamin penulisan tidak bersifat bebas sehingga

boleh mengakibatkan salah faham terhadap maklumat yang disalurkan melalui tulisan.

Keberkesanan peraturan tersebut jelas terdapat dalam penulisan berformat serta penulisan

kreatif. Peraturan dan prosedur penulisan adalah penting supaya hasil tulisan itu dapat

dipertanggungjawabkan.

Tujuan yang ke enam ialah Proses Pembelajaran. Dalam konteks pendidikan,

kemahiran menulis juga amat penting bagi pelajar untuk dikuasai menerusi pembelajaran

secara formal. Kemahiran tersebut memerlukan penulisnya menguasai kaedah yang begitu

berkesan supaya penyampaian maklumat dapat disampaikan tanpa sebarang halangan

komunikasi. Oleh yang demikian, proses memberikan kefahaman kepada pembaca menjadi

lebih baik apabila penulis menunjukkan penguasaan yang mendalam dalam bidang

penulisan secara lebih sistematik.

12

Page 13: rancangan mengajar bm tahun 3 2015.docx

Jenis-jenis Kemahiran Menulis.

Terdapat dua jenis kemahiran yang perlu dikuasai dalam menyampaikan pengajaran

kemahiran menulis iaitu kemahiran menulis secara mekanis dan kemahiran menulis untuk

pelahiran (mental). Kemahiran Menulis Secara Mekanis merujuk kepada kemahiran menulis

secara mekanis merupakan kemahiran menulis secara peringkat awal yang perlu dikuasai

agar para pelajar dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca.

Aktiviti-aktiviti tulisan seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf adalah

penting untuk memberi latihan dan pengalaman asas agar pelajar-pelajar dapat menguasai

kemahiran selanjutnya seperti menulis suku kata, rangkai kata dan sebagainya. Kebolehan

menulis dalam kalangan kanak-kanak timbul daripada keinginan mereka untuk menyatakan

sesuatu melalui perantaraan tulisan. Sebelum mereka dapat berbuat demikian dengan cara

yang dapat difahami oleh orang lain, mereka perlu menguasai mekanik tulisan itu dahulu.

Keinginan tersebut haruslah digunakan sebagai pemangkin semangat untuk belajar menulis.

Kematangan urat saraf dan urat daging adalah diperlukan bagi mengawal jari dan

tangan, seterusnya kematangan tersebut perlu untuk penyelarasan antara mata dan tangan.

Contengan merupakan asas bagi kebolehan menulis kerana semasa kanak-kanak

mempelajari fungsi lambang huruf (tulisan) sebagai mewakili bunyi suara (bahasa), mereka

dapat membezakan bentuk-bentuk huruf yang digunakan dalam bacaan. Kemudian,

daripada latihan contengan tersebut mereka dapat meniru huruf yang dilihat dalam bacaan

mereka.

3.0 Penutup

Kemahiran bahasa merangkumi kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan

menulis yang menjadi teras dalam kemahiran berbahasa. Ia merujuk kepada kebolehan

kanak-kanak dapat bertutur dengan bahasa yang mudah, tepat dan jelas. Bahan rangsangan

penting untuk meningkatkan minat dalam menguasai kemahiran mendengar dan bertutur.

Selain itu ia memberi peluang kanak-kanak terlibat secara aktif dapat mempercepat

penguasaan kemahiran serta memberi tumpuan kepada aspek sebutan, intonasi, jeda dan

tatabahasa. Laras bahasa yang digunakan mesti bersesuaian dengan konsep. Manakala

kemahiran mendengar hendaklah dijalankan bersama-sama kemahiran lain. Latihan yang

dijalankan hendaklah berteraskan sesuatu sesuatu tugasan yang boleh membawa kepada

sesuatu aktiviti. Setiap aktiviti dan kemahiran , membolehkan murid menunjukkan

kefahaman mereka melalui bahasa, aksi atau cara-cara lain yang berkesan. Guru harus

memberi peluang kepada murid berlatih mendengar sebanyak yang mungkin dan berserta

dengan motivasi.

13

Page 14: rancangan mengajar bm tahun 3 2015.docx

Membaca pulak merupakan satu amalan yang seharusnya dipupuk sedari kecil

malah ia adalah satu kemahiran yang seharusnya ‘di asah ‘ dalam usaha memantapkan lagi

tahap pembacaan dan merupakan salah satu dari cabang kemahiran bahasa. Ini kerana

membaca adalah satu amalan mulia yang dapat memberi manfaat kepada diri sendiri dan

sepatutnya juga menjadi aktiviti harian. Keupayaan membaca dalam kalangan individu

adalah berbeza-beza dan guru hendaklah memberi perhatian terhadap hakikat ini. Oleh itu,

guru hendaklah memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan

secara berkesan.

Malah, pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bacaan semata-mata tidak

mencukupi, sebaliknya guru perlu mermpunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya.

Kaedah membaca yang digunakan akaqn lebih berkesan dengan penggunaan bahan bantu

mengajar yang sesuai dan menarik. Sekiranya guru memilih untuk menggunakan sesuatu

kaedah, maka guru hendaklah menetapkan langkah-langkah yang disarankan dalam kaedah

itu

.

14

Page 15: rancangan mengajar bm tahun 3 2015.docx

SOALAN 2

Membina rancangan mengajar harian Bahadsa Melayu bagi sekolah rendah.

Dalam menyediakan rancangan mengajar harian Bahasa Melayu sekolah rendah,

saya telah memilih untuk tahun 3 bertajuk kata hubung. Fokus yang ditekankan ialah

berkaitan dengan kefahaman murid untuk memahami dan menggunakan golongan kata

dengan betul mengikut kontek. Standard kandungan saya dapatkan dari dokument standard

bahasa melayu. Dalam rancangan mengajar ini juga ia merujuk kepada kemahiran merentas

kurikulum dan menerapkan nilai-nilai murin.

[TERKINI : 2 APRIL

Rancangan Pengajaran Harian [RPH]

(Pengajaran Aspek Tatabahasa Tahun 3: Kata Hubung )

Tarikh /Hari : 2 April 2015 ( Khamis )

Tahun : 3 Baiduri

Bil Murid :34 orang

Masa : 8.10 – 9.10 pagi

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia

Tema : Kebudayaan

Tajuk : Boria

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

5.1 Memahami dan menggunakan

golongan kata dengan betul

mengikut konteks.

5.1.6 Memahami dan menggunakan kata

hubung dengan betul mengikut konteks.

Objektif: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:

i. Memahami dan menggunakan kata hubung gabungan yang betul mengikut konteks.

ii. Mengisi tempat kosong dengan menggunakan kata hubung gabungan yang betul.

15

Page 16: rancangan mengajar bm tahun 3 2015.docx

Sistem Bahasa

Tatabahasa : Kata hubung.

Sebutan dan inovasi

Pengisian Kurikulum

Ilmu : Kesenian

Nilai Murni : Kerjasama

Teknologi Maklumat dan Komunikasi : Belajar melalui TMK

Kreativtii : Pergerakan kreatif - Imaginasi dan visualisasi , mencipta lirik lagu

Kepelbagain Kaedah dan teknik

KB : Penyoalan, menghubung kait dengan pengalaman,

KP : Verbal linguistik, Intrapersonal dan kinestatik

BCB : Mengumpul maklumat dan memproses maklumat tentang lirik lagu

Pembelajaran konstruktivisme

Bahan bantu mengajar

Jenis Bilangan

1 Komputer riba 1

2 LCD 1

3 Lirik lagu :Bangun pagi 18

4 Grafik peta pemikiran : Carta pelbagai alir 1

5 Beg kertas 1

6 Model anak patung, kerusi dan meja 1

7 Gambar keadaan gigi yang rosak, muka yang comot 1

8 Lembaran kerja pemulihan 5

9 Borang rekod penilaian

i. Pemerhatian mengecam kata nama am

konkrit

ii. Kuiz kata nama am konkrit lagu bangun

Pagi

1

1

16

Page 17: rancangan mengajar bm tahun 3 2015.docx

Langkah/

masa

Isi

Pengajaran

Aktiviti pengajaran dan

pembelajaran

Pengisian

kurikulum/elemen

merentas

kurikulum

catatan

Set

induksi

( 5 minit )

Mendengar

dan

mengecam

kata hubung

Mendengar dan mengecam kata

hubung

1. Murid menonton rakaman

boria

2. Murid bersoal jawab tentang

kata hubung yang terdapat

dalam lirik lagu yang

didengar

3. Guru mengaitkan jawapan

murid dengan petikan yang

akan dibaca.

Nilai murni ;

Hormat-

menghormati

Ilmu :

Pendidikan moral

http://

warisanboria.blo

gspot.com/

Langkah 1

( 10 minit )

Membaca

secara

makanis

Membaca secara makanis

1. Murid membaca petikan yang

diberikan oleh guru

2. Murid mendengar

penerangan guru tentang

kata hubung

3. Murud diminta menggaris

kata hubung gabungan yang

terdapat dalam petikan boria

4. Murid menyebut semula kata

hubung tersebut

Nilai murni : rajin Lampiran

Konstruktivisme

17

Page 18: rancangan mengajar bm tahun 3 2015.docx

Langkah 2

( 15 minit )

Berbincang

dan

melengkapka

n lirik

Berbincang dan melengkapkan lirik

1. Murid berbincang dalam

kumpulan untuk

melengkapkan serangkap

lirik lagu boria menggunakan

kata hubung gabungan

dengan betul

2. Murid dan guru berbincang

untuk mendapatkan jawapan

yang betul.

Nilai murni :

Kerjasama,

mematuhi arahan

Lembaran

kerja 1

Langkah 3

(15minit)

Membaca

dan menyayi

Membaca dan menyayi

1. Murid membaca kuat lirik

yang telah dilengkapkan

dengan kata hubng

gabungan

2. Murid menyanyikan lagu

boria berdasarkan lirik yang

telah dilengkapkan secara

berkumpulan.

Nilai kurni :

Kerjasama,

patriotisme

Lembaran

kerja 2

Penilaian

( 10 minit )

Murid diberi lembaran kerja dan

diminta mengisi tempat kosong

dengan kata hubung gabungan yang

betul

1. Murid mengisi tempat kosong

dengan menggunakan kata

hubung gabungan yang

sesuai yang diberikan.

Nilai murni : teliti Penilaian

KB

Menghubung

kait

18

Page 19: rancangan mengajar bm tahun 3 2015.docx

Penutup Pemulihan :

1. Murid melengkapkan ayat

dengan kata hubung

gabungan yang diberi

Pengayaan

1. Murid membina ayat

menggunakan kata hubung

gabungan yang diberi

Nilai murni :

bertanggungjawab

Pemulihan :

Kontekstual

Penggayaan :

BCB

19

Page 20: rancangan mengajar bm tahun 3 2015.docx

Lampiran

Lembaran Kerja 2

20

Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang diberi oleh guru secara lisan.Boria

Boria yang popular di Pulau Pinang boleh dikatakan sebagai salah satubentuk teater dan mulai bertapak sejak pertengahan abad ke-19 atauantara tahun 1845 dan 1874. Kesenian ini dikatakan berasal daripadacabang kesenian Parsi. Boria dibawa ke negeri tersebut oleh pedagangpedagang berketurunan India yang menganut agama Islam.

Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu sketsa dannyanyian. Nyanyian boria yang diketuai oleh seorang tukang karangbiasanya akan memegang sebatang tongkat penunjuk ketika menyanyisambil menari. Sailor yang terdiri lebih dari enam orang di belakangtukang karang akan menyanyi dengan mengulangi rangkap pertamanyanyian tukang karang untuk menegaskan lagi lirik boria berunsurnasihat dalam bentuk jenaka.

Menurut ahli kumpulan boria bahawa alat-alat muzik yangdigunakan semasa persembahan boria juga telah berubah mengikutperedaran masa. Namun begitu, penggunaan alat-alat muzik sepertiviolin, marwas, gendang panjang, akordian, harmonika secara umumnyamasih dikekalkan.

Boria sentiasa mempunyai tempat dalam masyarakat dahulu dansekarang. Persembahan boria bukan sahaja untuk masyarakat di PulauPinang malahan tersebar luas di negeri-negeri lain terutamanya di utaraSemenanjung Malaysia. Kini kita ketahui bahawa boria mula merentassempadan etnik kerana bukan sahaja diminati oleh orang Melayu tetapijuga etnik lain yang terdapat di Malaysia.

Page 21: rancangan mengajar bm tahun 3 2015.docx

LEMBARAN KERJA 1

21

Lengkapkan lirik lagu boria dibawah

dengan kata hubung yang sesuai.

BORIA 1 MALAYSIA

Salam sejahtera kami ucapkan

Kepada semua rakan ………………….. juga taulan

Boria 1 Malaysia kami persembahkan

Kita berhibur ………………………. dapat pengajaran

Ewah

1 Malaysia teras Negara

Melayu, Cina, ………………………India kaum utama

Hidup rukun damai ………………………..rajin bekerja

………………………………agama pegangan utama.

Page 22: rancangan mengajar bm tahun 3 2015.docx

Lembaran Kerja 2

1. Faiz ______________ Amin suka menonton persembahan boria.

2. Kumpulan boria itu menyanyi ________________ menari.

3. Faiz perlu memilih untuk menyertai kelab boria ____________ kelab seni.

4. Kumpulan boria itu memakai baju_____________ seluar yang berwarna– warni.

5. Cikgu Pian bermain gitar_________________menyanyi.

22

Isikan tempat kosong dengan kata hubung gabungan yang betul.

dan

sambil

atau

Page 23: rancangan mengajar bm tahun 3 2015.docx

Penilaian

1. Razi ___________keluarganya pulang ke Perak untuk menziarahi neneknya yang sakit.

A dan C atau

B sambil D tetapi

2. Hanif bijak dalam akademik _________ aktif dalam kelab boria.

A yang C serta

B sambil D atau

3. Suzana suka membaca majalah _____________ mendengar radio.

A atau C sambil

B bahawa D lalu

4. Boria bukan hanya untuk hiburan sahaja__________ memberi banyak pengajaran.

A untuk C tetapi

B bahawa D sambil

23

Isikan tempat kosong dengan kata hubung gabungan yang betul.

Page 24: rancangan mengajar bm tahun 3 2015.docx

5. Tetamu itu bangun ____________ turun ke serambi untuk berbual-bual.

A atau C dan

B tetapi D lalu

Pemulihan

1. Hobi Amin ________ Abu ialah membaca buku. (dan, tetapi)

2. Tukang karang menyanyi dengan lantang ______________memegang

sebatang tongkat. (atau, sambil)

3. Azman pendiam ______________ suka menyanyi. (serta, tetapi)

4. Kamu hendak mengulang kaji pelajaran di sekolah ___________

di rumah. (dan, atau)

5. Mereka bertemu___________bersalaman. (lalu, tetapi)

24

Lengkapkan ayat dengan kata hubung

gabungan yang diberi.

Page 25: rancangan mengajar bm tahun 3 2015.docx

Pengayaan

1. dan

___________________________________________________________

___________________________________________________________

2. tetapi

___________________________________________________________

___________________________________________________________

3. atau

___________________________________________________________

___________________________________________________________

4. sambil

___________________________________________________________

___________________________________________________________

5. lalu

___________________________________________________________

___________________________________________________________

25

Tulis ayat menggunakan kata hubung yang diberi.

Page 26: rancangan mengajar bm tahun 3 2015.docx

Rujukan

Adenan Ayod. (2009). HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Seri

Kembangan. OUM

Ali Mahmood, Mashudi Bahari, Lokman Abd Wahid. (2007). HBML 1103 Pengenalan

Pendidikan Bahasa Melayu. Seri Kembangan. OUM.

Juriah Long, Raminah Hj Sabran & Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan Mengajar Bahasa

Malaysia. Kuala Lumpur. Fajar Bakti.

Raminah Hj Sabran, Rahim Syam. ( 1985). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala

Lumpur. Fajar Bakti.

Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. (2001). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

26