Rancangan Mengajar Harian Model Assure

download Rancangan Mengajar Harian Model Assure

of 4

description

EDU

Transcript of Rancangan Mengajar Harian Model Assure

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN MODEL ASSURENama Guru: Azman B Mohamed @ Md IsaMata pelajaran: MatematikKelas: 1 ArifTarikh: 4 Januari 2013Masa: 9.15- 10.15 pagiBilangan Murid: 30 orangBidang: Nombor dan OperasiTajuk: Nombor bulat hingga 100Hasil Pembelajaran: Menyatakan kuantiti secara intuitifA-Analyze Students (Analisa Pelajar)

Ciri umum pelajari. 12 orang murid perempuanii. 18 orang murid lelakiiii. Murid pelbagai kebolehan

Pengetahuan sedia adaMurid tahu membilang nombor 1 hingga 10

Gaya PembelajaranGaya pembelajaran yang digunakan ialah gaya pembelajaran visual dan berkumpulan.

S-State objectives (Menyatakan objektif P&P)

Pada akhir pembelajaran murid dapat : i. Menyatakan kuantiti melalui perbandingan banyak atau sedikit,sama banyak atau tidak sama banyak dan lebih atau kurang secara: (a) Kumpulan yang mempunyai banyak dan sedikit objek, (b) Membanding dua kumpulan secara padanan (c) Pola yang berlainan dengan menggunakan dua kumpulan

S-Select method, media & materials (Memilih kaedah, media dan bahan sumber)

KaedahPerbincangan, bersoal jawab

MediaFoto, persembahan power point

Bahan sumberLembaran kerja

U-Utilize media and materials (Mengguna media dan bahan)

Semak / pratonton / kaji sumber bahan sebelum digunakan : Guru menonton slaid dan menyemak bahan sumber yang lain sebelum di gunakan di dalam kelas. Guru memastikan bahan yang digunakan berada dalam keadaan yang baik.

Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas :Foto Guru memastikan foto yang diambil berada dalam keadaan yang baik dan disimpan di tempat selamat.Power point Penghasilan Power point ini melibatkan perisian Microsoft Power Point Guru menggunakan persembahan elektronik ini sebagai bahan tambahan ketika menjalankan P & P.Lembaran kerja Lembaran kerja dihasilkan dengan menggunakan perisian Microsoft Office Word. Lembaran ini digunakan sebagai pengukuhan di mana murid perlu menjawab soalan yang disediakan.

Sediakan persekitaran yang sesuai: Guru memastikan computer riba dan LCD berfungsi dengan baik. Sekiranya tidak, guru menggunakan makmal computer atau bilik tayang. Guru menyusun atur kedudukan meja murid dalam bentuk berkumpulan bersesuaian dengan aktiviti yang dirancang.

R-Require Leaner Participation (Memerlukan Penyertaan Pelajar)

Set induksi (5 minit) Guru menunjukkan beberapa keping foto kepada semua murid Murid diminta menyatakan bilangan pada setiap foto yang ditunjukkan. Murid diminta menyatakan bilangan yang paling banyak dan sedikit pada setiap foto.Langkah 1 (15 minit) Guru menayangkan beberapa slaid. Guru bersoal jawab dengan murid tentang slaid yang ditayangkan. Murid diminta menyatakan jawapan mengikut kumpulan masing-masing.Langkah 2 (20 minit) Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan diberi sebungkus kacang yang terdiri daripada tiga jenis kacang iaitu kacang parpu, kacang hijau dan kacang tanah. Setiap kumpulan diminta mengira jumlah ketiga-tiga jenis kacang tersebut. Murid diminta menyatakan jumlah kacang yang telah dikira. Murid diminta menyatakan jenis kacang yang paling banyak dan jumlah kacang yang paling sedikit.Langkah 3 (15 minit) Murid diberi dua lembaran kerja. Murid diminta menanda pada objek yang banyak. Lembaran yang kedua, murid diminta melukis bilangan objek mengikut arahan yang telah diberi.Penutup (5 minit) Guru membuat rumusan isi pelajaran dengan menayangkan slaid kepada murid.

E-Evaluation (Penilaian)

Penilaian pelajar Lembaran kerja, pemerhatian terhadap aktiviti perbincangan.Penilaian media Guru bertanya murid tentang persembahan power point yang ditunjukkan adakah menyeronokkan.Penambahbaikan Semasa guru menunjukkan foto, guru harus bergerak menghampiri murid atau ke belakang kelas supaya murid dapat melihat dengan lebih jelas.

1