Rancangan mengajar-Orienteering Untuk Kapa (KAPA 6.1/10)
description
Transcript of Rancangan mengajar-Orienteering Untuk Kapa (KAPA 6.1/10)
RANCANGAN MENGAJAR
Tajuk Pelajaran : Ketahanan Diri & Ikhtiar Hidup (Peringkat Lanjutan 1)Jumlah peserta : 30 – 60 pelajarBahan Rujukan : Buku Nota Orienteering.Alat Bantuan Mengajar : LCD, Komputer, Papan PutihTempat Latihan : Sekolah atau PerkhemahanMasa Latihan : 1 jam
PERMULAAN
Masa IsiCatatan
05 minit PENGENALAN
Sesi memperkenalkan diri Membuka sesi dengan perbincangan
ringkas dan mengetahui tahap pemahaman peserta mengenai topik.
2. Ulangkaji – Orienteering secara asas telah di gunakan oleh pelajar yang mengambil mata pelajaran Geografi.
3. Pendahuluan ► Tujuan – untuk memberi maklumat lebih
teperinci kepentingan orienteering (peta,hutan, permukaan bumi dan adventure)
►Sebab – supaya setiap pelajar mengetahui penggunaan orienteeing dari segi aktiviti, kebaikan dan keselamatan.
►Perangsang – dengan maklumat yang diperolehi akan merangsang pelajar menyertai aktiviti orienteering seperti pertandingan, merentas desa, perkhemahan dan sebagainya.
Slide gambar-gambar dan
keratan akhbar.
PERTENGAHAN
Masa CatatanKenyataan
dan Bantuan Mengajar
1 jam 45 minit
ISI
1) Pengenalan Orienteering Definisi – Maksud orienteering / imbangan
koordinasi fizikal / mengemudi arah berpandukan peta dan kompas.
Sejarah perkembangan – Peringkat Antarabangsa / Kejohanan Dunia / peringkat Malaysia / dan Kejohanan Kebangsaan.
Jenis-jenis Orienteering – terdapat 8 jenis orienteering.
Kebaikan dan kelebihan – kesukanan / kecergasan fizikal, mental dan daya tumpuan / keyakinan diri / kemahiran membaca peta dan kompas / sifat keberanian / dan 8 elemen.
Kawasan Orienteering – Jenis hutan / permukaan bumi / dan keluasan.
2) Peta Orienteering Definisi – Lukisan bentuk muka bumi. Jenis-jenis peta – terdapat 7 jenis peta. Kegunaan peta – Bank maklumat /
perhubungan / perancangan pembangunan / dan menentukan jarak.
Butiran dalam peta dan skala peta. Ciri-ciri – membantu / menghalang /
garisan / titik / bentuk muka bumi. Contoh Peta Orienteering – Hutan Lipur
Teluk Bahang. Garisan Kantor – paras ketinggian yang
sama / sela kontor – perbezaan yang tetap dan sama nilai diantara garisan-garisan kontor / dan bentuk muka bumi.
Praktikal pada peta orienteering.
perbincangan
3) Kompas Definisi – Alat pengemudian untuk
mencari arah tuju / jarum magnetik merah hitam / ukuran dalam darjah atau miles / alat bantu menunjukkan arah pergerakan / dan lebih mudah dan praktikal.
Kegunaan Kompas – melaras peta / dalam navigasi / menentukan kedudukan / membuat peta / dan mengukur jarak peta.
Jenis-jenis kompas – terdapat 5 jenis kompas.
Arah mata angin – 32 arah mata angin / dan 8 yang digunakan.
Penunjuk arah utara – Utara sebenar / utara magnetik / dan utara grid.
Bearing – sudut dalam ukuran darjah atau miles / dan dibuat mengikut arah jam.
Kompas Orienteering – sejarah kompas orienteering / ciri-ciri kompas / dan tiga bahagian utama kompas orienteering.
Praktikal membaca kompas orienteering.
AKHIR
Masa
10 minit
PENUTUP
Soalan Kepada Kelas
1. Adakah Orienteering ini amat berguna kepada pelajar?Jawapan : Amat berguna kerana dapat membantu pelajar menuju destinasi atau tempat dengan menggunakan kompas dan peta.
2. Pada masa bilakah peta dan kompas orienteering sesuai digunakan?Jawapan : Pertandingan, Merentas Desa, sesat di dalam hutan serta aktiviti yang berbentuk pencarian.
Soalan dari Kelas
1.
2.
Ringkasan
di akhir pelajaran, penceramah perlu membuat kesimpulan akan pengajarannya.
menerangkan kembali pelajaran yang diperolehi akan dapat membantu mereka di masa akan datang.