Rancangan Mengajar Tahun 4 Pendidikan Moral.doc

5
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4 Kelas : 4 CEMPAKA Bilangan Murid : 20 murid Tarikh : 02 Mac 2015 Masa : 8.45pagi – 9.45pagi Nilai Utama : Kerjasama Nilai sampingan : Bertanggungjawab, kerajinan dan bertoleransi Tajuk : Semangat Bergotong-royong Standard Kandungan : 12. Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama. Standard Pembelajaran : 12.1.1, 12.1.3 dan 12.1.4 Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat; Penaakulan : Menyenaraikan tiga jenis aktiviti dilakukan bersama- sama jiran. Perasaan : Menceritakan perasaan apabila melakukan aktiviti brsama-sama jiran.

Transcript of Rancangan Mengajar Tahun 4 Pendidikan Moral.doc

Page 1: Rancangan Mengajar Tahun 4 Pendidikan Moral.doc

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4

Kelas : 4 CEMPAKA

Bilangan Murid : 20 murid

Tarikh : 02 Mac 2015

Masa : 8.45pagi – 9.45pagi

Nilai Utama : Kerjasama

Nilai sampingan : Bertanggungjawab, kerajinan dan bertoleransi

Tajuk : Semangat Bergotong-royong

Standard Kandungan : 12. Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama.

Standard Pembelajaran : 12.1.1, 12.1.3 dan 12.1.4

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat;

Penaakulan : Menyenaraikan tiga jenis aktiviti dilakukan bersama-sama jiran.

Perasaan : Menceritakan perasaan apabila melakukan aktiviti brsama-sama

jiran.

Perlakuan : Mendemontrasikan cara melakukan aktiviti dengan menggunakan

kaedah lakonan.

EMK : kreatif

BBM : video, kad gambar, kad manila, pen marker, pen warna, lembaran kerja

Page 2: Rancangan Mengajar Tahun 4 Pendidikan Moral.doc

LANGKAH PdP:

LANGKAH/

MASAAKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN CATATAN

Set Induksi

(5 minit)

Murid-murid menonton tayangan video yang bersituasi

bergotong-royong, yang ditunjukkan oleh guru.

Murid mengenalpasti nilai yang terkandung dalam video

tersebut.

Guru menyoal dan mengaitkan isi pelajaran / nilai yang

akan dipelajari.

Contoh soalan:

1. Apakah yang kamu dapat lihat/tonton dalam

gambar/video ini?

2. Apakah sifat-sifat yang ada dalam gambar/video aktiviti

bergotong-royong itu tadi?

3. Adakah kamu mengamalkan nilai tersebut dalam aktiviti

harian anda ?

BBM: video

situasi

bergotong-

royong

Langkah 1

( 15 minit )

Murid mendengar penerangan berkaitan nilai kerjasama

dan mengaitkan dengan jiran yang disampaikan oleh

guru.

Murid memerhatikan gambar yang diberi oleh guru dan

menceritakan apa yang terkandung dalam gambar

tersebut.

Murid berkongsi pengalaman mereka yang berkaitan

dengan nilai kerjasama.

BBM:

Kad gambar

Langkah 2

(10 minit)

Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan oleh guru.

Setiap kumpulan akan diberikan kad arahan oleh guru.

Setiap kumpulan perlu melakonkan aktiviti yang

diarahkan berdasarkan kad arahan.

BBM:

- kad manila,

pen marker

Page 3: Rancangan Mengajar Tahun 4 Pendidikan Moral.doc

Murid melakonkan situasi berkenaan dan menunjukkan

cara-cara menyuarakan pandangan yang membina

terhadap jiran berdasarkan situasi diberikan.

Contoh Situasi:

1. Bergotong-royong

Nilai Murni:

- bekerjasama

- keberanian

Langkah 3

(15 minit)

Murid akan menerima penerangan dan arahan yang

berkaitan dengan aktiviti mengikut kumpulan.

Guru memberikan satu gambar situasi ‘bergotong-

royong’ kepada murid.

Murid membuat satu Peta minda mengenai aktiviti yang

boleh dilakukan dalam bergotong-royong dan

mengaitkan dengan perasaan yang dirasa.

Contoh Aktiviti:

Murid mengaplikasi peta minda dengan

menyenaraikan cara-cara menyuarakan

pandangan berdasarkan gambar.

Guru membuat pentaksiran/penilaian

BBM:

- Kad gambar

- Kad manila

- Pen Marker

- Pen warna

Nilai:

Bertanggungja

wab

EMK:

- Kreatif

Page 4: Rancangan Mengajar Tahun 4 Pendidikan Moral.doc

Langkah 4

(10 minit)

Murid menerima lembaran kerja daripada guru.

Murid menjawab lembaran yang diedarkan.

Murid dinilai daripada hasil kerja mereka oleh guru.

Contoh Lembaran:

BBM:

- Lembaran

kerja

Penutup

(5 minit)

Murid menerima arahan yang jelas berkaitan dengan

aktiviti yang disampaikan oleh guru.

Murid-murid diberi satu peristiwa yang berkaitan dengan

jiran oleh guru.

Sekiranya peristiwa tersebut menunjukkan sikap

keberanian, maka murid akan bersorak “horrey” dan

sekiranya tidak, murid akan buat aksi menangis.

Contoh :

1. Anda menegur jiran yang membakar sampah dihalaman

rumah. (horrey / menangis)

2. Adik anda bergaduh dengan anak jiran. Anda tidak

mempedulikan mereka. (horrey / menangis)

3. Anda meminta jiran anda untuk memperlahankan bunyi

radio pada waktu malam. (horrey / menangis)