RANCANGAN PAPAN CERITA

download RANCANGAN PAPAN CERITA

of 6

description

Video Story Board

Transcript of RANCANGAN PAPAN CERITA

PROJEK BERKUMPULAN KPD3026 PROJEK BERKUMPULAN KPD3026

VIDEO ATAS TALIAN VIDEO ATAS TALIAN

RANCANGAN PAPAN CERITA ( STORY BOARD ) PEMBUATAN VIDEO KPD3026TEMA TAJUK VIDEO : : KESELAMATAN JALAN RAYA , TANGGUNGJAWAB BERSAMA PENGGUNA CERMAT PASTI SELAMAT ( PENYELENGGARAAN BASIKAL ) SUBJEK : BAHASA MALAYSIA 30 MINIT BABAK 1 ( 5 minit ) Pengenalan rancangan oleh pengacara program - tujuan / matlamat rancangan yang dijalankan Paparan statistik kemalangan jalanraya yang melibatkan pengguna-pengguna jalanraya . - Paparan Power Point ( Statistik Kemalangan ) ditunjukkan dalam tayangan video Fokus Video Penyelenggaraan basikal dan cara penunggangan yang selamat

DURASI VIDEO :

BABAK 2 ( 5 minit ) Lakonan antara seorang anak dengan ibu - Intipati Lakonan Seorang anak bermain basikal di halaman rumah . Apabila berasa bosan bermain seorang diri , anak meminta kebenaran ibu untuk pergi ke rumah kawan dengan menunggang basikal . Ibu memberi nasihat kepada anak supaya berhati-hati semasa di jalanraya . Penerapan nilai - Meminta kebenaran atau keizinan daripada ibubapa sebelum pergi ke sesuatu destinasi - Mendengar nasihat dan pesanan yang diberikan oleh ibubapa .

PENGAJARAN , TEKNOLOGI & PENAKSIRAN ( 2 ) PPG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA , KAMPUS PULAU PINANG

PROJEK BERKUMPULAN KPD3026

VIDEO ATAS TALIAN

BABAK 3 ( 10 minit ) Lakonan perbualan antara seorang adik dan abang Intipati Lakonan Adik yang telah mendapat kebenaran daripada ibunya bersedia untuk ke rumah rakannya . Abang yang sedang sibuk mengelap kereta yang baharu sahaja dicuci telah memanggil adik dan bertanya arah tujuannya . Sebelum dibenarkan ke rumah rakan , abang memberi tunjuk ajar kepada adik cara-cara penyelenggaraan basikal yang betul . Pemeriksaan tayar Jangan botak / Cukup angin Pemeriksaan brek Berfungsi dengan baik ( Kiri / Kanan ) Rantai basikal Diletakkan minyak supaya tidak berkarat Lampu Pastikan menyala untuk perjalanan malam

Periksa tayar basikal di bahagian hadapan dan belakang . Pastikan basikal mempunyai bunga / jalinan tayar yang mencukupi .

Periksa tekanan angin pada kedua-dua tayar basikal anda . Tekan tayar tersebut . Sekiranya tayar mudah tenggelam apabila ditekan , ini bermakna tayar basikal anda kekurangan angin .

Gunakan pam basikal untuk menambahkan tekanan angin pada tayar basikal anda .

PENGAJARAN , TEKNOLOGI & PENAKSIRAN ( 2 ) PPG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA , KAMPUS PULAU PINANG

PROJEK BERKUMPULAN KPD3026

VIDEO ATAS TALIAN

Periksa semula tekanan angin untuk memastikan tayar basikal anda benar-benar telah mencukupi . Pemeriksaan angin tayar hendaklah diperiksa sekurang-kurangnya seminggu sekali .

Periksa rantai basikal anda . Rantai basikal yang kekurangan gris atau minyak boleh menyebabkan ia berkarat dan akhirnya terputus . Kita boleh menguji kuantiti gris pada rantai basikal melalui pemerhatian biasa sahaja .

Jika anda mendapati rantai basikal anda kekurangan gris , anda boleh meletakkan minyak gris pada rantai tersebut . Buat pusingan 360 darjah pada kayuhan rantai anda supaya keseluruhan rantai diselaputi minyak gris .

PENGAJARAN , TEKNOLOGI & PENAKSIRAN ( 2 ) PPG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA , KAMPUS PULAU PINANG

PROJEK BERKUMPULAN KPD3026

VIDEO ATAS TALIAN

Periksa pula brek basikal anda untuk tayar bahagian belakang basikal anda . Tekan dengan perlahan dan lepaskan . Ulang beberapa kali . Jika anda sukar menekan brek tersebut , sapukan sedikit minyak gris pada brek .

Periksa pula brek basikal anda untuk tayar bahagian hadapan basikal anda . Tekan dengan perlahan dan lepaskan . Ulang beberapa kali . Jika anda sukar menekan brek tersebut , sapukan sedikit minyak gris pada brek .

Periksa brek basikal untuk bahagian hadapan dahulu. Cara pengujian brek adalah pusing tayar dengan laju dan tekan brek . Sekiranya brek anda berfungsi dengan baik , ia akan mencekam tayar yang sedang berpusing itu .

PENGAJARAN , TEKNOLOGI & PENAKSIRAN ( 2 ) PPG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA , KAMPUS PULAU PINANG

PROJEK BERKUMPULAN KPD3026

VIDEO ATAS TALIAN

Kemudian ,periksa pula brek basikal untuk bahagian belakang . Cara pengujian brek adalah sama iaitu pusingkan tayar dengan laju dan tekan brek . Sekiranya brek anda berfungsi dengan baik , ia akan mencekam tayar yang sedang berpusing itu .

BABAK 4 ( 5 minit ) Situasi Lakonan Adik menunggang basikal di jalanraya untuk ke rumah rakannya . Keadaan jalanraya agak lengang tetapi sebagai pengguna jalanraya , adik masih perlu berhatihati . Akhirnya , adik berjaya sampai ke rumah rakan dengan selamat .

-

Fokus Penting Lakonan Cara tunggangan yang selamat Arah tunggangan yang betul Persediaan sebelum menyeberang jaln raya . Sentiasa bersedia menghadapi situasi yang tidak dujangka .

PENUNGGANG

Kedudukan arah tunggangan yang betul

KERETA 2 KERETA 1PENGAJARAN , TEKNOLOGI & PENAKSIRAN ( 2 ) PPG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA , KAMPUS PULAU PINANG

PROJEK BERKUMPULAN KPD3026

VIDEO ATAS TALIAN

Tanggungjawab Masyarakat * Memberi teguran atau nasihat yang sesuai dan tepat kepada mana-mana kanak-kanak yang menggunakan jalan raya dengan cara yang salah . Maklumat yang diberikan mestilah tepat dan ringkas agar kanakkanak lebih memahami maksud yang disampaikan .

BABAK 5 ( 5 minit ) Pesan Bistari - Paparan ini merupakan penutup bagi rancangan / lakonan yang telah dijalankan . Seorang penyampai akan memberikan nasihat-nasihat dan panduan berguna kepada murid-murid yang menggunakan jalan raya setiap hari. Jangan bergurau atau bermain di jalan raya Pandang kiri kanan kiri sebelum melintas jalan raya Sentiasa patuhi isyarat dan peraturan di jalan raya Selenggara basikal anda supaya perjalanan selamat dan lancar .

Penutup Ulasan keseluruhan berkaitan tajuk penyelenggaraan basikal dan cara penunggangan basikal yang betul di jalan raya .

PENGAJARAN , TEKNOLOGI & PENAKSIRAN ( 2 ) PPG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA , KAMPUS PULAU PINANG