Rancangan pelaksanaan pemainan Batik Layang untuk Karnival Permainan Kanak-Kanak 2013

27
RANCANGAN PELAKSANAAN PERMAINAN 1.0 PENGENALAN(NAMA PERMAINAN) Nama permainan Batik Layang diperoleh daripada nama peralatan yang digunakan semasa bermain permainan Batik Layang itu sendiri iaitu kain Batik. Manakala, perkataan layang diperoleh daripada cara permainan Batik Layang dimainkan iaitu dengan melayangkan kain Batik kepada rakan iaitu dengan cara membaling ataupun melambung kain Batik tersebut. Permainan Batik Layang ini sebenarnya diadaptasi daripada permainan masukkan air ke dalam botol dengan cara memerah span basah ke dalam botol air mineral. Gambar 1: Permainan Batik Layang

description

Rancangan permainan Batik Layang

Transcript of Rancangan pelaksanaan pemainan Batik Layang untuk Karnival Permainan Kanak-Kanak 2013

Page 1: Rancangan pelaksanaan pemainan Batik Layang untuk Karnival Permainan Kanak-Kanak 2013

RANCANGAN PELAKSANAAN PERMAINAN

1.0 PENGENALAN(NAMA PERMAINAN)

Nama permainan Batik Layang diperoleh daripada nama peralatan yang digunakan

semasa bermain permainan Batik Layang itu sendiri iaitu kain Batik. Manakala,

perkataan layang diperoleh daripada cara permainan Batik Layang dimainkan iaitu

dengan melayangkan kain Batik kepada rakan iaitu dengan cara membaling ataupun

melambung kain Batik tersebut. Permainan Batik Layang ini sebenarnya diadaptasi

daripada permainan masukkan air ke dalam botol dengan cara memerah span basah

ke dalam botol air mineral.

Gambar 1: Permainan Batik Layang

Page 2: Rancangan pelaksanaan pemainan Batik Layang untuk Karnival Permainan Kanak-Kanak 2013

2.0 PERALATAN YANG DIGUNAKAN

i) Kain batik

ii) Gelung rotan

iii) Kon

iv) Botol air

v) Baldi

vi) Wisel

vii) Jam randik

3.0 PERALATAN YANG DIGUNAKAN MENGIKUT KUANTITI

BIL.

PERALATAN YANG DIGUNAKAN

KUANTITI

1.

Kain batik

2

2.

Gelung rotan

8

3.

Kon

4

4.

Botol air

2

5.

Baldi

2

6.

Wisel

1

7.

Jam randik

1

Page 3: Rancangan pelaksanaan pemainan Batik Layang untuk Karnival Permainan Kanak-Kanak 2013

4.0 JUSTIFIKASI PEMILIHAN PERMAINAN

4.1 MASA

Permainan Batik Layang ini tidak mengambil masa yang lama.Permainan ini hanya

mengambil masa selama 3 minit untuk tiap-tiap pusingan. Oleh itu, permainan ini

sesuai dipertandingkan di dalam Karnival Permainan Kanak-Kanak 2013

memandangkan masa yang diperuntukkan bagi sesuatu permainan adalah sangat

singkat iaitu selama satu jam bagi setiap permainan mengikut fasa masing-masing.

4.2 ASPEK KESELAMATAN

Permainan Batik Layang ini juga dipilih atas faktor-faktor keselamatan.Faktor

keselamatan merupakan elemen yang diberi tumpuan oleh saya dan rakan-rakan

dalam memilih sesuatu permainan.Berdasarkan percubaan permainan, saya dan

rakan-rakan dapati bahawa permainan ini merupakan permainan yang selamat dan

sesuai dimainkan oleh semua lapisan masyarakat.Tambahan pula, permainan ini

tidak mengandungi unsur-unsur seperti tolak menolak dan elemen halangan yang

boleh mengakibatkan kecederaan kepada pemain.Peralatan yang digunakan

adalah selamat dan mesra pengguna serta tidak mengundang bahaya kepada

pemain.

4.3 PERALATAN

Permainan Batik Layang ini juga telah dipilih kerana peralatan yang digunakan di

dalam permainan ini mudah diperolehi.Ini kerana, peralatan yang digunakan di

dalam permainan ini boleh didapati di stor sukan IPG Kampus Ilmu Khas.Selain itu,

peralatan lain yang digunakan di dalam permainan ini seperti kain Batik dan botol

mineral juga mudah diperolehi.Selain itu, permainan ini juga dipilih kerana

peralatan yang digunakan adalah tidak berbahaya kepada pemain.

Page 4: Rancangan pelaksanaan pemainan Batik Layang untuk Karnival Permainan Kanak-Kanak 2013

4.4 SISTEM PERTANDINGAN

Sistem pertandingan yang saya dan rakan-rakan ingin aplikasikan semasa Karnival

Permainan Kanak-Kanak 2013 tersebut adalah sistem kalah mati.Oleh hal yang

demikian, permainan Batik Layang ini telah dipilih kerana permainan ini sesuai

dimainkan secara sistem kalah mati.Selain itu, sistem ini dipilih untuk diaplikasikan

di dalam permainan ini kerana untuk menjimatkan masa. Ini kerana, permainan

perlu dihabiskan dalam tempoh masa 1 jam yang diberikan.

4.5 JENIS PERMAINAN

Permainan Batik Layang ini juga dipilih kerana bersesuaian dengan jenis

permainan yang perlu disediakan bagi karnival pada tahun 2013 ini iaitu Permainan

Kanak-Kanak.Tambahan pula, permainan ini menepati sembilan keinginan asas

kanak-kanak menurut Dauer dan Pangrazi (1983).

4.6 CARA BERMAIN

Permainan yang perlu dianjurkan oleh setiap kelas di dalam karnival ini ialah

permainan secara berkumpulan.Oleh itu, permainan Batik Layang ini telah dipilih

kerana permainan ini menepati spesifikasi yang telah ditetapkan oleh ahli

jawatankuasa tertinggi Karnival Permainan Kanak-Kanak 2013 iaitu permainan

secara berkumpulan.

4.7 KAWASAN

Tapak permainan bagi karnival adalah di padang IPG Kampus Ilmu Khas. Lantaran

itu, permainan Batik Layang ini boleh dimainkan.Ini kerana, sekiranya tapak

permainan di gelanggang Tenis, secara tidak langsung permainan Batik Layang

tidak dapat dipertandingkan kerana aspek-aspek keselamatan. Ini berikutan

daripada permainan Batik Layang yang menggunakan air dikhuatiri

akanmengakibatkan peserta terjatuh berikutan daripada lantai yang licin dibasahi

air.

Page 5: Rancangan pelaksanaan pemainan Batik Layang untuk Karnival Permainan Kanak-Kanak 2013

4.8 PERATURAN

Peraturan permainan Batik Layang adalah mudah difahami. Maka, peserta akan

dapat bermain permainan Batik Layang dengan baik kerana semua peraturan yang

terkandung mudah difahami oleh peserta. Selain itu, Permainan Batik Layang ini

dapat diadili dengan telus dan adil berdasarkan jumlah air yang dikumpulkan oleh

peserta.Peserta juga tidak berpeluang untuk menipu di dalam permainan ini kerana

pengadil dapat mengesan elemen-elemen penipuan dengan cepat dengan

berpandukan peraturan yang telah disediakan.

Page 6: Rancangan pelaksanaan pemainan Batik Layang untuk Karnival Permainan Kanak-Kanak 2013

5.0UKURAN TAPAK PERMAINAN

10 meter

20

meter

Page 7: Rancangan pelaksanaan pemainan Batik Layang untuk Karnival Permainan Kanak-Kanak 2013

6.0 RAJAH PELAKSANAAN PERMAINAN BATIK LAYANG

20

meter

10 meter

2.5

mete

r

2.5

mete

r

3

mete

r

3

mete

r

3

mete

r

4 meter 3 meter 3 meter

Page 8: Rancangan pelaksanaan pemainan Batik Layang untuk Karnival Permainan Kanak-Kanak 2013

PETUNJUK

Botol air

Gelung rotan

Pemain kumpulan A

Pembahagi

Arah pergerakan kain batik

Kain batik

Baldi

Pemain kumpulan B

Page 9: Rancangan pelaksanaan pemainan Batik Layang untuk Karnival Permainan Kanak-Kanak 2013

7.0 PERATURAN PERMAINAN BATIK LAYANG

Permainan Batik Layang ini dimainkan secara berpasukan iaitu seramai empat

orang satu pasukan.

Permainan Batik Layang ini akan dimainkan selama 3 minit bagi setiap

perlawanan.

Pemain akan berdiri di dalam gelung rotan masing-masing untuk membuat

balingan kepada rakan sepasukan. Balingan yang dibuat di luar gelung rotan

dikira batal dan pemain perlu mengulang semula balingan di dalam gelung rotan.

Penyambut juga perlu menyambut kain batik yang dibaling oleh rakan di dalam

gelung rotan yang telah disediakan.

Apabila batik tidak dapat disambut, pembaling perlu mengutip semula dan

membaling semula dari kawasan gelungnya sendiri.

Balingan kain batik perlu dilakukan secara turutan pemain dan pemain tidak

boleh membuat balingan melangkaui seorang peserta.

Pemain pertama dan pemain yang terakhir dibenarkan berlari setelah menerima

batik layang.

Pemain terakhir perlu memasukkan air ke dalam botol dengan cara memerah

kain batik.

Teknik memerah kain batik mengikut strategi kumpulan masing-masing.

Selepas selesai memasukkan air ke dalam botol, peserta terakhir akan berlari ke

hadapan.

Maka, setiap ahli pasukan akan berganjak dari satu gelung ke gelung yang

seterusnya untuk memulakan permainan seperti biasa.

Page 10: Rancangan pelaksanaan pemainan Batik Layang untuk Karnival Permainan Kanak-Kanak 2013

8.0 PELAKSANAAN PERMAINAN BATIK LAYANG

1. Gelanggang / tapak permainan

i) Permainan Batik Layang ini dimainkan di atas padang.

ii) Ukuran padang untuk permainan ini ialah 20 meter (panjang) x 10 meter

(lebar).

2. Pemain

i) Permainan ini melibatkan 4 orang peserta bagi satu pasukan dan seorang

peserta simpanan.

ii) Setiap kelas/pasukan perlu menghantar 3 orang wakil lelaki dan 2 orang

wakil perempuan dalam kumpulan mereka. .

iii) Pemainuntuk permainan adalah tetap dan tidak boleh ditukar ganti

dengan pemainlain setelah selesai mendaftar.

3. Pakaian

i) Semua peserta hendaklah memakai pakaian sukan iaitu baju t-shirt,

seluar trek panjang dan berkasut.

4. Cara Bermain

i) Kawasan permainan akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu A dan

B.Permainan bermula dengan dua pasukan akan masuk ke kawasan

padang yang mana setiap bahagian terdiri daripada setiap satu pasukan.

ii) Setiap peserta perlu memasuki gelung yang telah disediakan.Balingan

dan sambutan perlu dilakukan di dalam gelung rotan yang telah

disediakan.Sekiranya gagal menyambut dan membaling dalam gelung

rotan peserta perlu mengulang membaling kain batik di dalam gelung

rotan.

Page 11: Rancangan pelaksanaan pemainan Batik Layang untuk Karnival Permainan Kanak-Kanak 2013

iii) Peserta yang berada di hadapan akan memulakan permainan dengan

mencelup kain batik ke dalam baldi yang berisi air.Seterusnya membaling

kain batik kepada peserta kedua. Peserta kedua akan membaling kain

batik kepada peserta ketiga dan peserta ketiga akan meneruskan

balingan sehingga sampai ke peserta terakhir.

iv) Peserta paling akhir akan memerah kain batik ke dalam botol.

v) Batik yang dibaling tidak boleh melangkaui seorang peserta.Pemain

pertama dan pemain terakhir sahaja dibenarkan berlari setelah menerima

batik layang.

vi) Apabila pemain terakhir memerah sahaja kain batik ke dalam botol maka

setiap ahli pasukan akan berganjak dari gelung yang dimasuki ke dalam

gelung yang seterusnya.

vii) Permainan akan dimainkan selama 3 minit. Batik yang diperah selepas

masa tamat tidak dikira dan akan didakwa sebagai cubaan menipu dalam

permainan.

viii) Apabila batik tidak dapat disambut, pembaling perlu mengutip semula dan

membaling semula dari kawasan gelungnya sendiri.

viiii) Jika pemain membaling kain batik di luar kawasan gelung, maka pemain

tersebut harus mengambil semula kain batik tersebut dan membaling

semula kain batik tersebut.

5. Perlawanan dan Pusingan

i) Perlawanan akan dijalankan secara sistem kalah mati.

ii) Setiap pasukan akan bermain dalam satu pusingan mengikut giliran yang

telah ditentukan berdasarkan jadual pertandingan sistem kalah mati.

Page 12: Rancangan pelaksanaan pemainan Batik Layang untuk Karnival Permainan Kanak-Kanak 2013

6. Masa

i) Masa yang ditetapkan bagi setiap pasukan untuk bermain bagi setiap

pusingan ialah selama 3 minit.

ii) Pengadil yang bertugas akan meniup wisel untuk menandakan permainan

dimulakan dan masa permainan tamat.

iii) Wisel permulaan pertandingan ditiup lebih sekejap berbanding wisel

penamat permainan yang ditiup lebih nyaring dan panjang.

7. Kiraan Pemenang

i) Pemenang permainan Batik Layang ini diukur berdasarkan jumlah air

yang terkumpul di dalam botol. Pasukan yang mengumpul jumlah air

paling banyak dikira sebagai pemenang.

ii) Pasukan yang menang akan layak memasuki pusingan yang

seterusnyamanakala pasukan yang kalah akan disingkirkan secara

automatik.

9. Pegawai pertandingan

i) Pegawai pertandingan Batik Layang ini terdiri daripada tiga orang iaitu

penjaga masa, pengadil dan pencatat markah.

ii) Penjaga masa berperanan untuk memulakan dan menamatkan permainan

berpandukan jam randik. Pertandingan dimulakan dan diakhiri dengan

tiupan wisel.

iii) Tugas pengadil pertandingan pula adalah memastikan pertandingan

berlangsung secara sihat dan adil tanpa unsur-unsur penipuan. Pengadil

berkuasa penuh untuk membatalkan pertandingan sekiranya terdapat

unsur-unsur penipuan dalam permainan.

iv) Pencatat markah berperanan untuk mecatat markah dan meyusun jadual

pertandingan yang seterusnya.

Page 13: Rancangan pelaksanaan pemainan Batik Layang untuk Karnival Permainan Kanak-Kanak 2013

v) Keputusan yang dibuat oleh pegawai permainan pertandingan adalah

muktamad dan tidak boleh dibantah.

10. Undian dan Kumpulan

i) Undian akan dilakukan sebelum permainan dimulakan untuk mengetahui

giliran dan kumpulan setiap pasukan masing-masing.

11. Tanggungjawab

i) Semua peserta harus mengetahui peraturan-peraturan permainan dengan

baik sebelum memulakan permainan.Sebarang alasan pemain yang

mengatakan tidak mengetahui peraturan permainan tidak dilayan.

ii) Semua peserta yang mengambil bahagian adalah dengan kehendak

sendiri.

iii) Penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan

atau kejadian yang tidak diingini yang berlaku di sepanjang kejohanan ini.

12. Tafsiran

i) Semua keputusan yang dibuat oleh pihak penganjur adalah muktamad.

Pihak penganjur berhak membuat pindaan terhadap mana-mana

kumpulan pasukan dan jadual pertandingan jika terdapat sebarang

kesulitan.

Page 14: Rancangan pelaksanaan pemainan Batik Layang untuk Karnival Permainan Kanak-Kanak 2013

9.0 SISTEM PERTANDINGAN BATIK LAYANG

Sistem yang digunakan untuk permainan Batik Layang ini adalah sistem kalah mati.

Pemain yang menang akan meneruskan permainan ke peringkat seterusnya.

Manakala, pemain yang kalah secara automatik disingkirkan daripada pertandingan.

Kemenangan di dalam pertandingan ini diukur berdasarkan paras ketinggian air di

dalam botol mineral. Pemain yang mendapat paras air paling tinggi dikira sebagai

pemenang dan layak memasuki pusingan yang seterusnya.

Gambar 2 : Sistem pertandingan yang digunakan dalam permainan Batik Layang

Page 15: Rancangan pelaksanaan pemainan Batik Layang untuk Karnival Permainan Kanak-Kanak 2013

10.0 JADUAL PERTANDINGAN SISTEM KALAH MATI

PERMAINAN BATIK LAYANG

1

2

3

4

5

BYE

BYE

Page 16: Rancangan pelaksanaan pemainan Batik Layang untuk Karnival Permainan Kanak-Kanak 2013

JADUAL PERTANDINGAN SISTEM KALAH MATI

PERMAINAN BATIK LAYANG

6. G5.3

5. G5.1

4. G5.2

3. G5.7

2. G5.8

1 .G5.4

1

2

3

4

5

Jadual pertandingan

sistem kalah mati

selepas undian giliran

permainan telah dibuat

Page 17: Rancangan pelaksanaan pemainan Batik Layang untuk Karnival Permainan Kanak-Kanak 2013

10.0 PROSEDUR PERTANDINGAN

Permainan Batik Layang ini dimainkan oleh 4 orang peserta bagi setiap pasukan.

Pasukan yang akan bertanding pada satu-satu masa adalah 2 pasukan. Setiap

pasukan akan mempunyai seorang pemain simpanan.

Permainan dimulakan dengan peserta pertama bergerak ke baldi dan mencelup

kain Batik ke dalam baldi yang berisi air. Setelah selesai mencelup kain Batik

peserta pertama akan memerah kain batik tersebut untuk menghantar kepada

pemain yang kedua.

Pemain

simpanan

Pemain

simpanan

1

2

3

4

1

2

4

3

4

3

2

1

4

3

2

1

Page 18: Rancangan pelaksanaan pemainan Batik Layang untuk Karnival Permainan Kanak-Kanak 2013

Peserta kedua akan menerima kain Batik daripada peserta pertama dengan cara

menyambut kain Batik di dalam gelungnya.

Selepas menerima kain Batik daripada peserta pertama, peserta kedua akan

membaling/melambung/melayangkan kain Batik kepada peserta yang

seterusnya iaitu peserta yang ketiga.

Peserta ketiga akan menyambut kain batik yang dihantar oleh rakan di dalam

gelung rotannya.

.

1

4

2

4

3 3

2

1

4

3

2

1

4

3

2

1

Page 19: Rancangan pelaksanaan pemainan Batik Layang untuk Karnival Permainan Kanak-Kanak 2013

Hantaran kain batik perlu dibuat oleh peserta secara turutan iaitu daripada

peserta satu kepada dua, dua kepada tiga dan tiga kepada empat.

Selepas berjaya menyambut kain Batik daripada rakan, peserta ketiga

akan menghantar kain Batik kepada peserta yang terakhir

Peserta terakhir akan membawa kain Batik mendekati botol mineral dan

seterusnya memerah kain batik menggunakan strategi kumpulan bagi

mengumpulkan sebanyak mana air yang boleh di dalam botol mineral.

Selepas selesai memasukkan air ke dalam botol, peserta keempat akan

berlari ke hadapan menuju ke tempat baldi yang mengandungi air bagi

mencelup kain Baik ke dalamnya.

Apabila selesai mencelup kain batik tersebut, peserta keempat akan

mengambil tempat peserta pertama tadi dengan berdiri di dalam gelungnya.

Maka peserta pertama, kedua dan ketiga tadi akan berganjak ke belakang

memasuki gelung yang seterusnya.

Permainan akan diulangi seperti langkah yang dinyatakan di atas.

4

3

2

1

4

3

2

1

Page 20: Rancangan pelaksanaan pemainan Batik Layang untuk Karnival Permainan Kanak-Kanak 2013

3

2

1

4

1

2

3

4

Page 21: Rancangan pelaksanaan pemainan Batik Layang untuk Karnival Permainan Kanak-Kanak 2013
Page 22: Rancangan pelaksanaan pemainan Batik Layang untuk Karnival Permainan Kanak-Kanak 2013

BORANG SKOR

G5.___

G5.___

BORANG SKOR

PERMAINAN BATIK LAYANG

NAMA PERMAINAN : ________________________________________

KUMPULAN BERTANDING : ________________________________________

PERLAWANAN 5 : ________________________________________

KEMENANGAN : _______________________________________________________

Page 23: Rancangan pelaksanaan pemainan Batik Layang untuk Karnival Permainan Kanak-Kanak 2013

BORANG SKOR

G5.___

G5.___

BORANG SKOR

PERMAINAN BATIK LAYANG

NAMA PERMAINAN : ________________________________________

KUMPULAN BERTANDING : ________________________________________

PERLAWANAN 1 : ________________________________________

KEMENANGAN : _______________________________________________________

Page 24: Rancangan pelaksanaan pemainan Batik Layang untuk Karnival Permainan Kanak-Kanak 2013

BORANG SKOR

G5.___

G5.___

BORANG SKOR

PERMAINAN BATIK LAYANG

NAMA PERMAINAN : ________________________________________

KUMPULAN BERTANDING : ________________________________________

PERLAWANAN 2 : ________________________________________

KEMENANGAN : _______________________________________________________

Page 25: Rancangan pelaksanaan pemainan Batik Layang untuk Karnival Permainan Kanak-Kanak 2013

BORANG SKOR

G5.___

G5.___

BORANG SKOR

PERMAINAN BATIK LAYANG

NAMA PERMAINAN : ________________________________________

KUMPULAN BERTANDING : ________________________________________

PERLAWANAN 3 : ________________________________________

KEMENANGAN : _______________________________________________________

Page 26: Rancangan pelaksanaan pemainan Batik Layang untuk Karnival Permainan Kanak-Kanak 2013

BORANG SKOR

G5.___

G5.___

BORANG SKOR

PERMAINAN BATIK LAYANG

NAMA PERMAINAN : ________________________________________

KUMPULAN BERTANDING : ________________________________________

PERLAWANAN 4 : ________________________________________

KEMENANGAN : _______________________________________________________

Page 27: Rancangan pelaksanaan pemainan Batik Layang untuk Karnival Permainan Kanak-Kanak 2013