Rancangan Pengajaran Harian 1

6
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KELAS PEMULIHAN KHAS Nama Guru : Indrani a/p Raman Sekolah : SJK (T) Jalan Cheras Kelas : 3 Nesam Tarikh : 21 April 2015 (Selasa) Matapelajaran : Matematik Masa : 8.30-9.30 pagi Bil. Murid : 3 orang ( 2 lelaki 1 perempuan) PERKARA KUMPULAN DEDIKASI KUMPULAN AMANAH NAMA MURID Anand Yuvaneswary Jemes TAJUK Mengenal nombor 11 hingga 50 Mengenal nombor 11 hingga 25 KEMAHIRAN Mengenal nombor 11 hingga 50 Menyatakan nilai nombor 11 hingga 50 Menulis nombor 11 hingga 50 Mengenal nombor 11 hingga 25 Menyatakan nilai nombor 11 hingga 25 Menulis nombor 11 hingga 25 OBJEKTIF P & P Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,murid-murid sekurang- kurangnya dapat: 1. Mengenal nombor 11 hingga 35 dengan betul. 2. Menyatakan nilai nombor 11 hingga Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid- murid sekurang-kurangnya dapat : 1. Mengenal nombor 11 hingga 20 dengan betul. 2. Meyatakan nilai nombor 11 hingga 20 dalam bentuk memadankan pembilang dengan Kumpulan Maju (KM) : Dedikasi Kumpulan kurang maju (KKM) : Amanah

description

rph

Transcript of Rancangan Pengajaran Harian 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANKELAS PEMULIHAN KHAS

Nama Guru:Indrani a/p Raman Sekolah: SJK (T) Jalan Cheras Kelas: 3 Nesam Tarikh:21 April 2015 (Selasa) Matapelajaran : Matematik Masa:8.30-9.30 pagi Bil. Murid : 3 orang ( 2 lelaki 1 perempuan) Kumpulan Maju (KM) : Dedikasi Kumpulan kurang maju (KKM) : Amanah

PERKARAKUMPULAN DEDIKASIKUMPULAN AMANAH

NAMA MURIDAnandYuvaneswaryJemes

TAJUKMengenal nombor 11 hingga 50Mengenal nombor 11 hingga 25

KEMAHIRAN

Mengenal nombor 11 hingga 50Menyatakan nilai nombor 11 hingga 50Menulis nombor 11 hingga 50Mengenal nombor 11 hingga 25Menyatakan nilai nombor 11 hingga 25Menulis nombor 11 hingga 25

OBJEKTIF P & PPada akhir pengajaran dan pembelajaran,murid-murid sekurang-kurangnya dapat:1. Mengenal nombor 11 hingga 35 dengan betul.2. Menyatakan nilai nombor 11 hingga 35 dalam bentuk memadankan pembilang dengan betul.3. Dapat menulis dengan betul nombor 11 hingga 35. Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid sekurang-kurangnya dapat :1. Mengenal nombor 11 hingga 20 dengan betul.2. Meyatakan nilai nombor 11 hingga 20 dalam bentuk memadankan pembilang dengan betul.3. Dapat menulis dengan betul nombor 11 hingga 20.

PENGALAMAN SEDIA ADAMengenal angka 1 hingga 10, operasi tambah dalam lingkungan 10.

ALAT BANTU MENGAJAR

-Komputer riba- Kad Nombor- Guli-Papan Pembilang-Papan Kad Lidi-Komputer riba- Kad Nombor- Guli-Papan Bingo-Papan Kad Lidi

PENERAPAN NILAI

Bekerjasama Kesungguhan Kreativiti

KEMAHIRAN BERFIKIR Penyesuaian Penggabungan

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Kreativiti dan Invovasi (fasa persediaan dan imaginasi)

angkah/MasaKumpulan Bunga RayaKumpulan Bunga Mawar

Set Induksi (5 minit)1. Murid diminta mencari sampul surat yang disembunyikan di bawah meja masing- masing.2. Setelah dicari, murid diminta mengenal pasti nombor nombor yang terdapat dalam sampul surat.3.Murid diminta melekatkan kad nombor - nombor yang diperoleh di papan putih.4. Seterusnya, murid diminta menyebut nombor nombor yang dilekatkan pada papan putih. Contohnya, dua puluh lima.5. Murid ditanya beberapa soalan. Contoh Soalan : Diamanakah kamu boleh nampak nombor- nombor yang mempunyai dua angka? Kemungkinan Jawapan : Tarikh, Umur ,Nombor Alamat Rumah dan lain - lain.6. Guru mengaitkan aktiviti cari benda tersembunyi tersebut dengan sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini, iaitu, menganal nombor 11 hingga 50.

Langkah 1 (16 minit)Lembaran kerja

1. Murid diedarkan lembaran kerja yang terdiri daripada beberapa bahagian.2. Murid harus jumlahkan nombor benda yang ditunjukkan dalam petak tertentu dan tulis jawapannya dalam ruang jawapan yang diberikan. (Lampiran 1)3. Murid dikehendaki membaca nombor berikut dengan betul selama dua kali dan menyemak jawapan bersama guru.4. Murid perlu bilang dan tulis jawapan. (Lampiran 2)5. Murid dikehendaki membaca nombor nombor berikut dengan betul selama dua kali dan menyemak jawapan bersama guru.6. Murid diedarkan lembaran kerja satu demi satu dan dibimbing oleh guru. Interaksi PdP

1. Murid akan ditunjukkan beberapa kad lidi yang mempunyai nombor 11 hingga 20. 2. Murid perlu mengenal nombor tersebut sambil mengeluarkan suara.3. Murid akan dibimbing sehingga dapat membunyikan nombor dengan betul.4. Kemudian, murid ditunjukkan slaid powerpoint yang terdiri daripada beberapa pembilang objek untuk menyatakan nilai nombor.5. Murid diminta untuk menyatakan nilai nombor yang sesuai bagi pembilang tertentu dalam slaid power point dengan bimbingan guru.

Langkah 2 (18 minit)Interaksi PdP1. Murid diminta menutup mata dan memilih kad lidi yang diletakkan secara menutup di atas meja. 2. Kad lidi tersebut meliputi nombor 11 50.3. Murid diajar untuk menyebut nilai nombor dengan betul. 4. Kemudian, murid diedarkan papan kad lidi dan mereka perlu menyebutkan nombor nombor yang terdapat dalam kad tersebut dengan bimbingan guru. 5. Kemudian , murid ditunjukkan slaid powerpoint yang terdiri daripada beberapa pembilang objek untuk menyatakan nilai nombor.6. Murid diminta untuk menyatakan nilai nombor yang sesuai bagi pembilang tertentu dalam slaid power point dengan bimbingan guru.

Aktiviti Pengukuhan1. Murid diedarkan papan bingo dengan maniknya.2. Murid diminta menutup mata dan memilih kad nombor yang diletakkan secara menutup di atas meja. 3. Murid diminta mengenal pasti nombor nombor yang terdapat dalam kad nombor.4. Murid dikehendaki letak manik satu demi satu dalam papan bingo mengikut pembilang nombor yang terdapat dalam kad nombor.5. Seterusnya, murid perlu menyebut bilangan nombor tersebut dengan betul dan aktiviti yang sama akan diulang oleh pemain seterusnya.6. Pemenang akan ditentukan berdasarkan penilaian guru terhadap murid yang paling banyak dapat bilang nilai nombor yang betul.

Langkah 3 (16 minit)Aktiviti Pengukuhan

1. Murid diedarkan dengan papan pembilang dengan guli serta kad gambar.2. Murid dikehendaki meletakan guli gulinya di dalam papan pembilang mengikut nilai nombor dari kad lidi yang ditunjukkan oleh guru .3. Murid dan guru menyemak jawapan bersama dan membetulkan serta - merta.4. Seterusnya, murid akan meletakkan kad gambar di dalam papan pembilang mengikut nilai nombor dari kad nombor yang ditunjuukan oleh guru.5. Murid dengan guru bersama menyemak jawapan yang betul dan membetulkan serta-merta.6. Guru memberi peneguhan.

Lembaran kerja

1. Murid diedarkan lembaran kerja yang terdiri daripada beberapa bahagian.2. Murid harus jumlahkan nombor benda yang ditunjukkan dalam petak tertentu dan tulis jawapannya dalam ruang jawapan yang diberikan. (Lampiran 1)3. Murid dikehendaki membaca nombor berikut dengan betul selama dua kali dan menyemak jawapan bersama guru.4. Murid perlu bilang dan tulis jawapan. (Lampiran 2)5. Murid dikehendaki membaca nombor nombor berikut dengan betul selama dua kali dan menyemak jawapan bersama guru.6. Murid diedarkan lembaran kerja satu demi satu dan dibimbing oleh guru.

Penutup (5 minit)Penutup Kognitif 1. Murid dipilih secara rawak dan diminta menyebut nombor - nombor yang telah dipelajari hari ini.2. Murid diberi peneguhan dan ganjaran oleh guru.3. Guru mengakhiri sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menunjukkan sebuah video nombor.