Rancangan pengajaran harian

4
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 2 Matapelajaran : Bahasa Melayu Kelas : 2 Wira Masa :10.15 -10.45 pagi Tema : Keluarga Ceria Tajuk : Aktiviti Keluarga Badrul Fokus utama : Fokus sampingan: Objektif : Diakhir sesi pengajaran murid dapat: 1.) Menyatakan aktiviti yang dilakukan bersama keluarga pada waktu lapang. 2.) Menulis ayat tunggal dengan ejaan yang betul dan tulisan yang kemas. Bahan bantu mengajar : Gambar besar aktiviti keluarga, kad frasa, kad-kad gambar (set induksi), lembaran kerja. Pengisian kurikulum: Ilmu- Pendidikan Moral Nilai- Kerjasama, tolong -menolong dan rajin. Sistem bahasa : Kata kerja Kosa kata : mencuci kereta, menolong bapa, membubuh baja, menyapu sampah dan menyiram pokok. Pengetahuan sedia ada: Murid sudah biasa membantu ibu bapa dan telah mempelajari kata kerja (frasa) yang digunakan.

Transcript of Rancangan pengajaran harian

Page 1: Rancangan pengajaran harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

BAHASA MELAYU TAHUN 2

Matapelajaran : Bahasa Melayu

Kelas : 2 Wira

Masa :10.15 -10.45 pagi

Tema : Keluarga Ceria

Tajuk : Aktiviti Keluarga Badrul

Fokus utama :

Fokus sampingan:

Objektif : Diakhir sesi pengajaran murid dapat:

1.) Menyatakan aktiviti yang dilakukan bersama keluarga pada waktu lapang.

2.) Menulis ayat tunggal dengan ejaan yang betul dan tulisan yang kemas.

Bahan bantu mengajar : Gambar besar aktiviti keluarga, kad frasa, kad-kad gambar (set induksi), lembaran kerja.

Pengisian kurikulum: Ilmu- Pendidikan Moral

Nilai- Kerjasama, tolong -menolong dan rajin.

Sistem bahasa : Kata kerja

Kosa kata : mencuci kereta, menolong bapa, membubuh baja, menyapu sampah dan menyiram pokok.

Pengetahuan sedia ada: Murid sudah biasa membantu ibu bapa dan telah mempelajari kata kerja (frasa) yang digunakan.

Page 2: Rancangan pengajaran harian

Masa/langkah Aktiviti guru Aktiviti murid catatan

Set induksi 5 minit

1) Guru menunjukkan dua buah sampul yang mengandungi kad bergambar A(gambar penyapu) dan B (gambar bekas penyiram pokok bunga).

2) Guru meminta seorang murid datang ke hadapan dan memilih salah satu kad.

3) Guru menunjukkan gambar yang dipilih oleh murid tersebut dan minta murid itu melakonkan kegunaan gambar tersebut.

4) Guru meminta murid lain meneka apakah yang sedang murid tersebut lakonkan.

5) Guru menyoal murid: Apakah yang sedang rakan kamu lakukan? Adakah kamu membantu ibu bapa kamu pada waktu lapang? Bilakah kamu melakukan aktiviti tersebut?

6) Aktiviti di atas di ulang untuk kad gambar seterusnya.

7) Guru mengaitkan aktiviti yang dilakukan dengan pelajaran hari ini.

1.) Murid melihat dan mendengar penerangan guru.

2.) Murid memilih sampul kad bergambar.

3.) Murid melakonkan aksi berdasarkan kad gambar yang dipilih.

4.) Murid lain meneka lakonan rakan mereka dan menjawab soalan guru. Menyapu sampah dan menyiram pokok bunga. Ya, kami ada membantu ibu bapa semasa waktu lapang. Kami melakukan aktiviti pada waktu pagi atau petang.

5.) Murid mendengar penerangan guru dan

mengaitkan pengalaman sedia ada dengan isi pelajaran berikutnya.

Langkah 1 1.) Guru melekatkan gambar besar berkaitan aktiviti keluarga di papan tulis.

2.) Guru menyoal murid tentang gambar.

1.) Murid melihat gambar yang ditampal oleh guru dengan teliti.

2.) Murid menjawab soalan guru.

Page 3: Rancangan pengajaran harian

Gambar siapakah yang dapat kamu lihat? Apakah yang sedang mereka lakukan?

3.) Guru membimbing murid membaca frasa dengan bahasa isyarat yang betul.

4.) Guru meminta murid mengisaratkan frasa dan membetulkan bahasa isyarat murid yang kurang tepat.

5.) Guru minta murid melekatkan semula frasa pada

gambar yang betul.

Gambar keluarga. (Bapa, ibu,kakak, abang dan adik). Mencuci kereta. Menyapu sampah, menyiram pokok bunga, membubuh baja, menolong ayah.

3.) Murid membaca frasa dengan bimbingan guru.

4.) Murid mengisyaratkan semula frasa secara individu.

5.) Murid melekatkan semula frasa dengan gambar yang betul.

Langkah 2 1.) Guru menerangkan tentang aktiviti membina ayat

tunggal berdasarkan frasa yang telah dipelajari.

2.) Guru melekatkan jadual bina ayat sebagai panduan murid membina ayat. Guru minta murid isikan jadual tersebut .

3.) Guru betulkan kesalahan ejaan atau tanda baca murid.

4.) Guru minta murid baca ayat tunggal yang telah dibina secara individu dan kelas.

1.) Murid mendengar penerangan guru.

2.) Murid bina ayat tunggal berdasarkan frasa dan gambar dengan melengkapkan jadual pembinaan ayat yang guru sediakan.

3.) Murid betulkan ejaan atau tanda baca.

4.) Murid baca yata secara individu atau kelas.

Page 4: Rancangan pengajaran harian

Langkah 3

1.) Guru minta murid kembali ke tempat duduk masing

masing.

2.) Guru berikan penerangan dan arahan yang jelas bagi aktiviti seterusnya ( tulis semula ayat yang telah dibina serta di baca dalam lembaran kerja yang diberi.)

3.) Guru betulkan serta merta kesalahan ejaan dan tanda baca semasa murid menulis ayat dalam lembaran kerja yang disediakan.

4.) Guru menyemak kerja murid dan minta mereka

membaca semula ayat dengan bahasa isyarat yang tepat.

1.) Murid kembali ke tempat duduk masing-

masing.

2.) Murid mendengar penerangan dan arahan guru dan murid menulis semula ayat yang telah dibina.

3.) Murid membetulkan kesalahan ejaan atau tanda baca semasa menulis ayat.

4.) Murid membaca ayat dengan bahasa isyarat yang tepat.

Penutup 1.) Guru minta murid baca semula frasa yang telah

dipelajari dan padankan dengan gambar yang betul.

2.) Guru kaitkan isi pelajaran dengan nilai murni “rajin” dan “tolong-menolong”.

3.) Guru menasihati murid supaya menjadi anak yang

rajin dan sentiasa bersedia meolong ibu bapa.

1.) Murid baca semula frasa dan padankan

kad frasa dengan gambar yang betul.

2.) Murid mengaitkan nilai murni denga isi pelajaran yang telah dipelajari.

3.) Murid mendengar nasihat guru.