Rancangan Pengajaran Harian

download Rancangan Pengajaran Harian

of 3

description

Rancangan Pengajaran Harian

Transcript of Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Matapelajaran: Pendidikan JasmaniTarikh: 10/03/2014 (Khamis)Masa: 7.45-8.15 pagi (30 minit)Tahun: 3 Bestari Bilangan murid: 25 orang Pengetahuan sedia ada: Murid-murid telah diajar kemahiran melontar bola dan pundi kacang.Modul: KemahiranAspek: Aspek 1Standard kandungan: 1.11Berkebolehan melakukan kemahiran asas balingan dengan lakuan yang betul.

Standard pembelajaran: 1.11.2 Merejam objek panjang pada pelbagai jarak.2.11.2 Mengenal pasti postur badan yang betul semasa melakukan rejaman.5.1.2 Mematuhi peraturan keselamatan di tempat melakukan aktiviti.

Objektif pembelajaran: Pada akhir pembelajaran ini murid-murid dapatPsikomotor Melakukan satu rangkaian pergerakan dengan merejam objek panjang pada pelbagai jarak dalam jarak 5 meter dengan selamat dan betul.Kognitif Menyatakan postur badan yang betul semasa melakukan rejaman.Afektif Memupuk sikap bekerjasama dan tolong-menolong

EMK: Kreativiti dan inovasiKBKK: Membanding bezaBBB: Skital, gelung, wisel dan tinNILAI: Kerjasama, kepantasan dan tolong-menolong hormat menghormati Bahagian / masaAktivitiButiran mengajarFokus pengajaranOrganisasiAlatan / Strategi Catatan

Permulaan(5 minit)Memanaskan badan

Murid dikehendaki untuk berlari mengelilingi skital. Murid bermain polis perompak. Murid menarik nafas dan hembus.

Wisel

Perkembangan(10 minit)Aktiviti

Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan Murid diminta mengambil pundi kacang setiap seorang satu. Murid dikehendaki merejam pundi kacang ke arah gelung yang letakkan dihadapan mereka secara bergilir. Setiap murid perlu membuat rejaman sambil menggayakan postur badan yang betul .

Wisel, gelung dan pundi kacang

Kemuncak(10 minit)Permainan kecil

Murid kekal dalam kumpulan masing-masing. Guru mengadakan per-tandingan antara kumpulan. Apabila guru meniup wisel setiap kumpulan perlu membuat rejaman meng-gunakan pundi kacang dan menjatuhkan kesemua tin. Setiap kumpulan perlu merejam dan menjatuhkan tin yang disusun sambil menggayakan postur badan yang betul ketika merejam. Setiap peserta diberi peluang merejam hanya sekali. Mata dikutip berdasarkan tin yang berjaya dijatuhkan ketika rejaman dilakukan. Kumpulan yang dapat merejam dan menjatuhkan tin paling banyak dikira atau terpantas dikira sebagai pemenang.

Skital, wisel, tin dan pundi kacang

Penutup(5 minit)Menyejukkan badan Membuat regangan mengikut aktiviti guru Murid merumuskan isi pelajaran