Rancangan Pengajaran Harian

20
Rancangan Pengajaran Harian Mata pelajaran : Matematik Tahun : 2 Gemilang Tarikh : 8hb Mac 2015 Masa : 8.00 pagi hingga 9.00 pagi (1jam) Bidang : Sukatan dan Geometri Tajuk : Masa dan Waktu (Hari Pertama Persekolahan Vivek) Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk: Menyatakan waktu dalam jam dan minit Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk: Merekodkan aktiviti harian mengikut waktu dalam jam dan minit. Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Memahami cerita ‘Hari Pertama Persekolahan Vivek’. 2. Menyatakan waktu dalam jam dan minit dalam cerita mengikut urutan. 3. Membaca jam dalam sistem 12 jam dan menulis masa dalam sistem 12 jam.

description

RPH Masa dan Waktu

Transcript of Rancangan Pengajaran Harian

Rancangan Pengajaran HarianMata pelajaran: MatematikTahun : 2 GemilangTarikh: 8hb Mac 2015Masa: 8.00 pagi hingga 9.00 pagi (1jam)Bidang: Sukatan dan GeometriTajuk: Masa dan Waktu (Hari Pertama Persekolahan Vivek)Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk: Menyatakan waktu dalam jam dan minitStandard Pembelajaran: Murid berupaya untuk: Merekodkan aktiviti harian mengikut waktu dalam jam dan minit.Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:1. Memahami cerita Hari Pertama Persekolahan Vivek.2. Menyatakan waktu dalam jam dan minitdalam cerita mengikut urutan. 3. Membaca jam dalam sistem 12 jam dan menulis masa dalam sistem 12 jam.4. Menulis aktiviti harian dan melukis pada muka jam mengikut jam dan minit.Bahan bantu mengajar: Buku cerita aktiviti Hari Pertama Persekolahan VivekNilai-nilai murni: Menghargai masa, kreatif dan inovasiPengetahuan sedia ada: Murid-murid sudah mengetahui tentang waktu dalam sehari danpernah melihat jam dalam kehidupan seharian.

FasaIsi KandunganAktiviti Pengajaran dan PembelajaranNota

Aktiviti Pengajaran GuruAktiviti Pembelajaran Murid

Permulaan/Mencungkil idea(8 min)Waktu dalam sehari1.Guru mengucapkan selamat pagi dan bertanya khabar kepada murid.

2.Guru menayangkan video lagu bangun pagi dan meminta murid-murid mendengar, menonton dan menyanyi bersama-sama.

3.Guru menyoal murid-murid tentang aktiviti yang mereka melakukan hari sebelum dan masa dalam jam dan minit mereka melakukannya.

4.Guru meminta murid-murid untuk menjangka apa yang akan dipelajari. 1.Murid mengucapkan selamat pagi dan menjawab pertanyaan guru.

2.Murid menonton video lagu dan menyanyikan lagu dengan bersungguh- sungguh.

3.Murid menyatakan aktiviti-aktiviti yang mereka melakukan hari sebelumnya mengikut waktu dalam jam dan minit.

4.Muridmenjangka apa yang akan diajar oleh guru.

Strategi : Pemusatan guru dan pelajar.Kaedah : Penerangan dan penyoalan.ABM :Lagu videoBahan pengajaran dan pembelajaran: LCDNilai : Kesungguhan, Ketelitian, bekerjasamaKBKK : Menjana idea

Menstruktur/ Menstruktur semula(25 min)Memahami cerita Hari Pertama Persekolah Vivek.

Mengenal waktu mengikut jam dan minit.

1. Guru menunjukkan buku cerita Hari Pertama Persekolahan Vivek kepada murid-murid. 2.Guru membacakan cerita kepada para murid.3.Guru meminta beberapa murid ke hadapan dan menyuruh mereka membaca cerita tersebut.4.Guru membincangkan mengenai cerita tersebut bersama-sama dengan para pelajar.5.Seterusnya, guru menerangkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh Vivek pada hari pertama persekolahannya mengikut waktu dalam jam dan minit.6.Guru mengajar murid-murid untuk membaca dan menyebut masa yang dinyatakan dalam cerita dalam sistem 12 jam. 7.Kemudian guru meminta para murid untuk membandingkan aktiviti-aktiviti yang mereka melakukan dengan watak Vivek. 8.Guru juga menyuruh murid-murid untuk memperbandingkan masa mereka melakukan aktiviti hari persekolahan mereka dengan Vivek. 9.Guru mengagihkan murid-murid kepada beberapa kumpulan.10.Guru mengedarkan sampul yang mengandungi jam yang menunjukkan masa watak cerita, Vivek melakukan aktiviti pada hari pertama persekolahannya.11.Guru meminta murid-murid untuk menyatakan aktiviti yang dilakukan oleh Vivek berdasarkan kepada jam yang ada pada para murid. 12.Guru memilih beberapa murid untuk menyatakan waktu mengikut jam dan minit yang terdapat dalam cerita tersebut.

1.Murid memberi sepenuh tumpuan. 2.Murid mendengar cerita. 3. Beberapa murid tampil ke hadapan dan membaca buku cerita Hari Pertama Persekolahan Vivek.

4.Murid memberi perhatian.

5.Murid belajar menyebut waktu mengikut jam dan minit dalam sistem 12 jam.

6.Murid-murid dapat membandingkan aktiviti seharian mereka dengan aktiviti hari pertama Vivek.

7.Murid-murid memberitahu aktiviti yang dilakukan oleh Vivek berdasarkan pada waktu yang dinyatakan dalam sampul.

Strategi: Berpusatkan guru, pelajar dan bahan

Kaedah: Penerangan, perbincangan dan penyoalanABM: Buku Cerita

Nilai:Penglibatan aktifMenghargai masaKBKK : Mengenal pasti.

Aplikasi Idea(20 min)Merekodkan aktiviti harian dalam waktu mengikut jam dan minit.

Melukis jam dan menyebut waktu mengikut jam dan minit.1.Guru memberikan sebanyak 5 kertas dan 5 muka jam bagi setiap kumpulan. 2. Guru menyuruh para murid untuk menuliskan lima aktiviti asas yang dilakukan pada hari hujung minggu yang lalu dari pagi sehingga malam kemudian melukiskan waktu dalam jam dan minit pada muka jam.4.Guru menyuruh setiap kumpulan ke hadapan dan melekatkan hasil kerja mereka pada papan putih.5.Guru meminta ketua kumpulan untuk menyatakan aktiviti seharian mereka pada hujing minggu dan waktu yang dilakukan mengikut jam dan minit.

1. Murid-murid membincangkan dalam kumpulan dan menulis aktiviti yang mereka melakukan pada hujung minggu lalu dan melukis waktunya pada muka jam yang diedarkan oleh guru.

2.Murid-murid melekatkan hasil kerja kumpulan mereka pada papan putih dan membentangkan. Strategi:Berpusatkan bahan Kaedah: Kooperatif

ABM: Kertas dan muka jam

KBKK: Kefahaman dan penjanaan idea

Refleksi/Penutup(7 min)Mengimbas semula pelajaran dan membuat rumusan1.Guru menceritakan semula cerita Hari Pertama Persekolahn Vivek.

2.Guru menguji kembali dengan menyoal beberapa orang murid waktu yang ditunjukkan dalam cerita tersebut.

3.Guru membuat rumusan pelajaran dan bertanyakan pendapat murid tentang pelajaran.4.Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid sebagai latihan tambahan..1.Murid mendengar apa yang disampaikan oleh guru.

2.Murid menjawab soalan yang dikemukakan dan menulis waktu.

3.Murid mendengar rumusan yang dibuat oleh guru dan memberi maklum balas.Strategi:Penyoalan keseluruhan kelasKaedah: Penerangan dan penyoalanABM: Buku Cerita, Lembaran kerja.

Nilai:Membuat kesimpulanKBKK : Mengenal pasti.

MODEL ASSURE1.0 PengenalanBidang teknologi adalah suatu bidang yang sangat berkait rapat dengan bidang pendidikan. Hasil daripada perkaitan ini maka telah wujudnya beberapa model yang boleh diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Justeru itu, pada masa terkini, ianya adalah sangat penting bagi guru-guru untuk mendalami mendalami pengetahuan mengenai teknologi pendidikan dan pengajaran.Teknologi pendidikan adalah suatu kaedah sistematik dengan menggabungkan pelbagai media komunikasi yang inovatif. Tujuan utama teknologi pengajaran digunakan adalah untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Terdapat beberapa elemen rasional kepentingan teknologi dalam pendidikan. Antaranya adalah:

Rajah 1: Kepentingan teknologi dalam pendidikan2.0 Definisi Teknologi PengajaranMenurut Silber (1970) teknologi pengajaran ialah pembangunan (penyelidikan, reka bentuk, penerbitan, penilaian, penggunaan) komponen sistem pengajaran (mesej, manusia, bahan, alatan, teknik, keadan) dan pengurusan pembangunan yang sistematik bagi menyelesaikan masalah pendidikan.Teknologi pengajaran ialah satu cara sistematik untuk mereka bentuk, menjalankan, dan menilai proses keseluruhan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif khusus, penyelidikan yang berdasarkan kepada pembelajaran manusia dan komunikasi. Ia juga melibatkan kombinasi sumber manusia dan sumber bukan manusia. Tujuannya ialah untuk membolehkan pengajaran menjadi efektif(Suruhanjaya Teknologi Pengajaran 1970).Menurut Seels dan Richey (1994), teknologi pengajaran ialah teori dan praktis reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses pelbagai sumber pembelajaran.

3.0 Model ASSUREModel assure ini menggunakan akronim dengan menggabungkan pengajaran seperti yang diterangkan oleh Gagne. Akronim ASSURE membawa makna seperti berikut:

Rajah 2: Model ASSURE

Menurut Rozinah Jamaluddin (2003), model ASSUREadalah panduan prosuderal untuk perancangan dan pengendalian pengajaran dengan integrasi media. Proses pembagunan pengajaran yang lengkap bermula dengan keperluan bagi menentukan sama ada pengajaran itu sesuai atau tidak dengan apa yang ingin dicapai. Model ASSURE digunakan kepada perancangan media di bilik darjah3.1 Analyse Learner (Analisis pelajar) a) Ciri-ciri umum pelajar Murid-murid dalam Tahun 2 Gemilang adalah murid-murid yang terdiri daripada murid-murid Tahap 1. Umur mereka adalah lapan tahun. 21 orang antara mereka adalah berjantina perempuan manakala bilangan murid lelaki adalah 11. Kesemua mereka adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Latar belakang kehidupan murid-murid kelas ini adalah kebanyakan mereka daripada keluarga berpendapan rendah dan ada di kalangan mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan sederhana. Disebabkan mereka ini tinggal di kawasan taman, kebanyakan ibu bapa pelajar-pelajar ini bekerja di kilang-kilang dan kerja sendiri. Kebanyakan mereka tinggal di taman dan segolongan tinggal di kampung-kampung bersebelahan. Disebabkan sekolah berlokasi hampir dengan kawasan perumahan mereka, kehadiran ke sekolah tidak menjadi satu masalah kepada mereka. b) Pengetahuan Sedia Ada Murid Tahun 2 Gemilang telahpun mempunyai pengetahuan sedia ada. Hal ini kerana mereka pernah belajar mengenai waktu dalam sehari semasa di Tahun 1. Mereka juga melihat jam dalam kehidupan seharian mereka. Maka, pengetahuan sedia ada mereka yang tahu tentang waktu dalam sehari dan pendedalah kepada jam dalam kehidupan seharian membantu mereka untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran ini. c) Gaya Pembelajaran Gaya pembelajaran murid semasa guru menyampaikan pengajaran adalah aktif. Pada set induksi atau fasa permulaan murid-murid telah menyanyikan lagu dengan bersungguh-sungguh dan berebut untuk menyatakan aktivit-aktiviti yang yang mereka melakukan hari sebelum mengikut waktu dalam jam dan minit. Begitu juga pada langkah yang pertama dan langkah kedua iaitu pada fasa menstruktur dan fasa aplikasi idea. Mereka memberi tumpuan dan perhatian yang sepenuhnya, memberitahu aktiviti yang dilakukan oleh Vivek. Murid-murid melibatkan diri secara aktif iaitu ramai murid yang mengangkat tangan untuk menjawab. Mereka juga bersedia untuk melakukan aktiviti secara berkumpulan.Walaupun terdapat beberapa murid yang mendiamkan diri yang hanya menjawab apabila guru menanya soalan, namun terdapat juga murid-murid yang menunjukkan minat yang sepenuhnya. 3.2 State Objective ( Nyatakan objektif )Objektif pengajaran adalah pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan memahami cerita Hari Pertama Persekolahan Vivek. Objektif yang kedua adalah murid-murid akan berupaya untuk menyatakan waktu dalam jam dan minitdalam cerita mengikut urutan. Objektif yang seterusnya, murid akan membaca jam dalam sistem 12 jam dan menulis masa dalam sistem 12 jam. Objektif pengajaran harian yang seterusnya adalah melalui pengajaran standard kandungan harian ini murid akan menulis aktiviti harian dan melukis pada muka jam mengikut jam dan minit. Kesemua objektif ini dipastikan tercapai dalam setiap langkah atau fasa pengajaran dan pembelajaran.

3.3 Select method, media and material (Pilih kaedah, media dan bahan) a. Kaedah Berpusatkan GuruKaedah berpusatkan guru dapat dilihat dengan jelas dalam fasa kedua iaitu kasa menstruktur idea di mana guru telah menceritakan hari persekolah pertama Vivek manakala semua murid dengan senyapnya memberi tumpuan kepada guru. Di sini telah berlaku komunikasi sehala di mana, hanya guru yang bercakap dan murid-murid mendengar. b. Kaedah Berpusatkan Murid Kaedah ini telah dijalankan semasa set induksi iaitu fasa permulaan atau mencungkil idea, fasa menstruktur, fasa aplikasi idea dan juga pada fasa terakhir iaitu fasa refleksi. Pada fasa pertama iaitu dalam permulaan guru telah meminta semua murid untuk cuba meneka apa yang hendak diajar oleh guru dan semua murid telah menjawab.Dalam fasa menstruktur pula, guru telah menceritakan Hari Pertama Persekolahan Vivek kepad semua murid. Murid-murid telah memberi perhatian yang sepenuhnya. Murid-murid telah diberi peluang untuk membaca buku cerita tersebut. Guru memberi peluang kepada semua murid untuk berbincang tentang aktiviti harian yang dilakukan oleh Vivek dalam cerita itu. Beberapa murid juga diberi peluang untuk ke hadapan untuk mengulas cerita tersebut. Guru telah menanyakan soalan kepada semua murid-murid tentang apa yang Kaedah ini dimulakan dengan cara guru menunjukkan benda maujud. Murid-murid diminta menyebut benda-benda yang ditunjukkan serta menamakan kumpulan benda itu. Dalam fasa mengaplikasi idea, kaedah berpusatkan murid turut diaplikasikan di mana murid-murid diberi kertas dan muka jam. Murid-murid telah bekerja dalam kumpulan dalam fasa ini. Mereka berbincang dalam kumpulan dan menulis aktiviti yang mereka melakukan pada hujung minggu lalu dan melukis waktunya pada muka jam yang diedarkan oleh guru. Seterusnya, Murid-murid melekatkan hasil kerja kumpulan mereka pada papan putih dan membentangkan. c. Kaedah Berpusatkan BahanBahan pelajaran memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini, guru boleh menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, menarik serta berkesan manakala murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau secara kumpulan tanpa kehadiran guru. Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam pengajaran ini dibahagikan kepada dua iaitu bahan pengajaran dan juga bahan pembelajaran.Bahan pengajaran yang guru menggunakan dalm rancangan pengajaran harian ini ialah LCD, komputer dan buku cerita. Komputer dan LCD telah digunakan sewaktu menayangkan lagi video dalam fasa mencungkil idea. Buku cerita pula digunakan sewaktu fasa menstruktur. Buku cerita yang digunakan adalah bertajuk Hari Pertama Persekolahan Vivek.Bahan pembelajaran yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran adalah seperti kertas, muka jam, lembaran kerja. Kertas telah diberi kepada para murid dalam fasa kedua pengajaran untuk tujuan menyenaraikan lima aktiviti asas yang mereka melakukan pada hujung minggu lalu. Manakala, muka jam digunakan oleh murid-murid untuk melukis waktu dalam jam dan minit. Lembaran kerja telah diberi kepada mereka sebagai latihan tambahan atau latihan pengukuhan.

d. Kaedah BerceritaKaedah bercerita telah dipilih kerana ia dapat menarik perhatian para murid. Jadi dengan menggunakan buku cerita Hari Pertama Persekolah Vivek guru telah menceritakan cerita Vivek kepada para murid.e. Media dan bahan Menurut Smaldino et.al., (2005) media dianggap sebagai media pengajaran untuk membantu proses komunikasi dan pembelajaran. Pengunaan media bertujuan membantu pemahaman murid terhadap pelajaran yang diajar. Contohnya penggunaan gambar dapat membantu murid lebih mengingati dan memahami perkataan yang dieja berdasarkan kad perkataan. Selain dari itu, media juga dapat mendorong pembelajaran menjadi lebih dekat kerana alat bantu mengajar dapat ditunjukkan kepada pelajar. Contohnya jenis-jenis makanan yang diajar tidak terdapat di dalam kelas. Namun begitu, dengan penggunaan gambar murid-murid mendapat gambaran yang lebih jelas. Dengan penggunaan alat bantu mengajar dan media, objektif pengajaran akan lebih mudah tercapai. Media yang digunakan dalam rancangan pengajaran ini adalah video lagu bertajuk Bangun Pagi. Lagu ini telah digunakan dalam fasa permulaan sebagai set induksi untuk mencungkil idea para murid. Seterusnya, buku cerita telah digunakan. Bahan seterusnya adalah muka jam yang digunakan sebagai media pengajaran untuk aktiviti hands-on. Muka jam telah digunakan dalam fasa menstruktur bagi murid untuk melukis jam dan minit pada muka jam itu. Murid akan lebih memahami konsep waktu sekiranya dapat menerokainya dengan bahan konkrit. Bahan seterus yang digunakan ialah lembaran kerja yang merupakan media cetak. Lembaran kerja ini telah dibina dengan menggunakan perisian Microsoft Office Word.Lembaran kerja ini adalah untk mengesan kefahaman murid. Guru dapat melihat samada murid dapat menguasai atau tidak mata pelajaran yang diajar melalui lembaran kerja yang diberikan kepada murid3.4 Utilize media and materials ( Gunakan media dan bahan) Pada permulaan pengajaran iaitu set induksi, video lagu Bangun Pagi. Murid-murid begitu tertarik apabila video lagi itu telah ditayangkan dalam LCD. Murid-murid juga menyanyi lagu yang ditayangkan sambil menontonnya. Pada fasa menstruktur media visual iaitu buku cerita digunakan dengan sepenuhnya. Guru telah membuka setiap muka surat buku cerita sambil menceritakannya. Murid-murid juga diberi peluang untuk membuka buku cerita tersebut dan membacanya. Ini telah menarik minat murid untuk memberi tumpuan semasa guru bercerita. Pada fasa mengaplikasi idea pula, murid-murid menggunakan kertas dan muka jam. Bahan-bahan ini telah digunakan dengan sepenuhnya oleh para murid. Setiap muka jam telah dilukis dengan jam dan minit. Murid-murid menunjukkan semangat untuk menggunakan muka jam yang merupakan bahan konkrit ini. Begitu juga dengan kertas yang diedarkan untuk menulis aktiviti hari minggu. Mereka telah menggunakan kertas yang diberi sepenuhnya. Dalam fasa refleksi murid-murid diedarkan lembaran kerja. Lembaran kerja ini adalah sebagai latihan pengukuhan kepada murid-murid. Tiada murid yang dikecualikan daripada membuat latihan dalam lembaran kerja ini. Maka lembaran kerja telah digunakan sepenuhnya.3.5 Require learner participation (Dorong penglibatan pelajar) Pada fasa permulaan pengajaran atau set induksi, guru telah meminta murid-murid untuk menonton dan mendengar u yang ditayangkan. Murid-murid telah mengikuti arahan guru dengan menonton dan mendengar lagu tersebut. Mereka juga nyanyi bersama lagu itu atas permintaan guru. Penglibatan mereka sunguj menakjubkan. Mereka turut memberi jawapan kepada soalan yang dikemukakan oleh guru tentang aktiviti-aktiviti harian mereka. Murid-murid telah menyatakan aktiviti-aktiviti yang mereka melakukan pada hari sebelumnya dalam jam dan minit. Murid-murid juga dengan penuh semangatnya menjangkakan apa yang hendak diajar oleh guru. Penglibatan murid dalam fasa kedua iaitu fasa menstruktur juga sangat tinggi. Mereka telah mendengar cerita yang diceritakan oleh guru dengan penuh perhatian dan semangat. Ada antara mereka yang telah tampil ke hadapan dan membaca buku cerita Hari Pertama Persekolahan Vivek. Penglibatan mereka juga kelihatan jelas apabila mereka dapat membandingkan aktiviti seharian mereka dengan aktiviti hari pertama Vivek. Ini bermakna mereka telah memberi perhatian dan melibatkan diri seratus peratus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Dalam fasa ketiga iaitu fasa aplikasi idea pula, para murid telah melibatkan diri mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan penuh semangat. Mereka telah bergerak secara kumpulan dalam fasa ini. Murid-murid berbincang dalam kumpulan dan menulis aktiviti yang mereka melakukan pada hujung minggu lalu dan melukis waktunya pada muka jam yang diedarkan oleh guru. Kemudian mereka melekatkan hasil kerja kumpulan mereka pada papan putih dan membentangkan.Pada fasa terakhir iaitu fasa refleksi murid-murid menunjukkan penglibatan mereka dengan mendengar apa yang disampaikan oleh guru. Mereka menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru den memberi maklum balas kepada rumusan yang dibuat oleh guru. Murid-murid juga menyiapkan latihan dalam lembaran kerja yang diedarkan oleh guru. 3.6 Evaluate and revise (Nilai dan semak)Langkah terakhir dalam penyediaan rancangan pengajaran mengikut model ASSURE ialah dengan membuat penilaian dan menyemak semula pengajaran. Pada fasa menstruktur guru menilai ketika murid menceritakan semula cerita Vivek yang mereka mendengar daripada guru. Penilaian juga dibuat pada kebolehan murid-murid untuk membandingkan aktiviti seharian Vivek dengan aktiviti seharian mereka. Guru telah menilai para murid dari masa ke semasa dalam semua fasa. Dalam fasa ketiga iaitu fasa mengaplikasi idea, guru telah menilai murid dengan waktu yang murid lukis dalam muka jam sama ada betul atau tidak. Pada fasa akhir iaitu fasa refleksi, guru menguji pemahaman murid-murid dengan menyoal beberapa orang murid waktu yang ditunjukkan dalam cerita tersebut. Guru juga akan mendapatkan pendapat murid tentang pembelajaran pada pengajaran tersebut. Untuk menilai para murid guru mengedarkan lembaran kerja dan menyemak latihan tersebut. 4.0 KesimpulanSebagai kesimpulannya ianya jelas bahawa model ASSURE memainkan peranan utama dalam membangunkan pengajaran pembelajaran yang berkualiti. Dengan menggunakan model ASSURE sebagai panduan reka bentuk pengajaran guru, ia akan dapat membantu guru merancang rancangan pengajaran yang rapi dan sistematik. Dalam masa yang sama juga penggunaan model ASSURE ini akan menimbulkan minat pelajar untuk beralih kepada bahan lain, dan memberi kefahaman kepada pelajar dan mengubah persepsi pelajar bahawa pengajaran pembelajaran yang selalu dianggap sebagai membosankan.BibliografiBuku Rozinah Jamaluddin. (2003). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: UtusanPublications & Distributors Sdn. Bhd.

Yusup Hashim. (1998). Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti.

Norasiah Abdullah. (2009). Teknologi dalam pengajaran pembelajaran. Puchong,Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Noriati Abdul Rashid dan Boon Pong Ying. (2009). Teknologi dalam pengjarandan pembelajaran. Kuala Lumpur: Oxford Sdn. Bhd.

Yusup Hashim. (2006). Penggunaan Teknologi Intruksional dalam Kurikulum danInstruksi sumber dari http://yusuphashim.blogspot.com/2006/12/penggunaan-teknologi-instruksional.html

Laman WebAbdul Jasheer Abdullah. (2005). Prinsip Teknologi PengajaranSumber dariwww.freewebs.com/oum1/Bab%202%20PTP.ppt

http://pdfscout.org/pdf/penggunaan-assure-dalam-pendidikan.html

http://pgsrpsv.webs.com/panduan_edu3105.pdf