Rancangan Pengajaran Harian

5
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BIMBINGAN KELAS Tarikh : 29/04/2015 Mata Pelajaran : Pendidikan Bimbingan Bidang : Pembangunan Diri Murid Tajuk : Murid Membina Matlamat - Mencari Matlamat Hidup Objektif : Di akhir sesi murid dapat:- 1. Menyedari kepentingan membina matlamat yang jelas 2. Dapat membina cita-cita dan wawasan diri 3. Mengetahui cara bagaimana mencapai cita-cita melalui komen membina oleh peserta lain 4. Mensyukuri Tuhan kerana memberikan peluang untuk membuka minda bagaimana menuju ke arah kejayaan 5. Dapat membina kejayaan diri sebaik mungkin. Masa : 30 minit Sasaran : Tahun 5 Thirumoolar Bahan : Pen berwarna dan kertas A4 Langkah- langkah : Set Induksi: 1. Guru Bimbingan meminta murid-murid duduk dalam bentuk ladam kuda 2. Guru Bimbingan mula mengedarkan sekeping kertas dan pen berwarna kepada setiap peserta 3. Guru Bimbingan meminta peserta menuliskan cita-cita atau apa yang mereka ingin capai pada masa akan datang tanpa menulis nama. Sebagai contoh menjadi seorang guru, menjadi ketua kampung, memiliki rumah besar dan sebagainya 4. Guru Bimbingan akan mengumpul kertas yang telah siap ditulis dan memasukkannya ke dalam

description

RPH

Transcript of Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANBIMBINGAN KELAS

Tarikh :29/04/2015

Mata Pelajaran :Pendidikan Bimbingan

Bidang:Pembangunan Diri Murid

Tajuk:Murid Membina Matlamat - Mencari Matlamat Hidup

Objektif:Di akhir sesi murid dapat:-1.Menyedari kepentingan membina matlamat yang jelas2.Dapat membina cita-cita dan wawasan diri3.Mengetahui cara bagaimana mencapai cita-cita melalui komen membina oleh peserta lain4.Mensyukuri Tuhan kerana memberikan peluang untuk membuka minda bagaimana menuju ke arah kejayaan5.Dapat membina kejayaan diri sebaik mungkin.

Masa:30 minit

Sasaran:Tahun 5 Thirumoolar

Bahan:Pen berwarna dan kertas A4

Langkah-langkah:Set Induksi:

1.Guru Bimbingan meminta murid-murid duduk dalam bentuk ladam kuda2.Guru Bimbingan mula mengedarkan sekeping kertas dan pen berwarna kepada setiap peserta3.Guru Bimbingan meminta peserta menuliskan cita-cita atau apa yang mereka ingin capai pada masa akan datang tanpa menulis nama. Sebagai contoh menjadi seorang guru, menjadi ketua kampung, memiliki rumah besar dan sebagainya4.Guru Bimbingan akan mengumpul kertas yang telah siap ditulis dan memasukkannya ke dalam kotak.5.Guru Bimbingan akan memilih peserta secara rawak dan meminta peserta tersebut mengambil kertas secara rawak di dalam kotak.-Perlu dipastikan kertas tersebut bukan milik sendiri.

6.Guru Bimbingan meminta peserta membacakan apa yang tercatat di dalam kertas yang diambil dan memberikan pandangan terhadap catatan tersebut. Peserta lain juga diminta untuk memberikan pendapat tentang catatan itu. ( perbincangan berkisar kepada bagaimana cara untuk mencapai cita-cita tersebut )7.Guru Bimbingan mengaitkan aktiviti dengan menekankan tentang kepentingan membina matlamat dalam hidup8.Setiap peserta diminta berada dalam bentuk ladam kuda dan memberikan refleksi tentang aktiviti yang dijalankan9.Guru Bimbingan memberikan objektif di akhir aktiviti

Penilaian:Melalui jawapan lisan ketika sesi refleksi yang diberikan oleh murid

Rumusan:1.Dapat membina matlamat dalam diri murid2.Dapat membentuk kerjasama antara murid.3.Melihat sejauh mana murid-murid dapat memberi perhatian dan melakukan aktiviti dengan baik.4.Selepas dapat membina matlamat dalam diri murid, mereka akan dapat menwujudkan keazaman untuk mencapai matlamat tersebut5.Murid dapat memahami dengan lebih mendalam bagi mencapai cita-cita6.Perlunya cita-cita itu dicapai dengan membina matlamat yang betul oleh murid-murid

Falsafah:1.Setiap orang mesti ada matlamat hidup, iaitu menjadi apa pada masa akan datang2.Orang yang tiada cita-cita/matlamat sama seperti sebuah kapal ditengah lautan yang tidak tahu ke mana hala tujunya3.Setiap cita-cita mesti disertakan dengan usaha yang gigih untuk mencapainya

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANBIMBINGAN KELAS

Tarikh :06/05/2015

Mata Pelajaran :Pendidikan Bimbingan

Bidang:Akademik

Tajuk:Pengurusan Masa

Objektif:Di akhir sesi murid dapat:-1.Untuk melihat murid adakah mereka dapat menghargai masa.2.Membantu peserta celik akal3.Menerangkan kepada peserta mengenai tanggungjawab utama sebagai seorang pelajar.

Masa:60 Minit

Sasaran:Tahun 5

Bahan:Tali

Langkah-langkah:1.Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan.2.Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta wakil daripada setiap kumpulan datang kehadapan.3.Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan arahan:Mengasingkan wakil-wakil dari setiap kumpulan tersebut.Setiap wakil memegang tali secara selari.Penghujung tali lagi satu, dipegang oleh wakil yang telah diasingkan oleh Guru Bimbingan.Apabila telah bersedia, Guru Bimbingan dan Kaunseling akan meniupkan wisel. Ini bermakna wakil yang diasingkan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu menarik tali perlahan-lahan.Apabila tali tersebut di tarik, pihak yang ditarik cuma boleh menahan tarikan dan tidak dibenarkan menyimpul tali di tangan atau menggerakkan tangan melawan arus.Pihak yang terlepas talinya dikira kalah.Permainan ini diteruskan sehingga kesemua tali berjaya ditarik oleh wakil kumpulan yang diasingkan.

Penilaian:Murid dapat menarik tali dengan kukuh dan pantas.

Rumusan:1.Menghargai masa yang ada.2.Untuk berjaya kita perlu berusaha.3.Kejayaan tidak akan bergolek tanpa usaha kuat.

Falsafah:1.Setiap apa yang ingin dihasilkan perlu ada usaha yang kukuh.2.Sikap bertangguh atau tidak ambil peduli amat merugikan kita kerana masa yang berlalu tidak dapat diundur kembali3.Masa tidak akan menunggu kita.4.Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.5.Untuk berjaya dalam hidup perlu bermula dari kegagalan sehingga mencapai kejayaan.