Rancangan Pengajaran Harian

6
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (BAHASA MELAYU TAHUN 6) Tarikh : 4 April 2015 Hari : Khamis Masa : 9.00-10.00 pagi Kelas : Tahun 6 Bakri Bil Murid : 30 Orang Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tema : Sentiasa Berhemat, Semua Selamat Topik/ Tajuk : Kemalangan Jalan Raya Yang Pernah saya Saksikan (Penulisan) Hasil Pembelajaran : 2.1 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, dibaca atau dialami. Aras 2 (i) Menceritakan sesuatu peristiwa dengan penuh penghayatan menggunakan bahasa, gaya dan intonasi yang baik. 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Aras 3 (i) Menggunakan pelbagai jenis dan ragam ayat untuk membina teks berkaitan sesuatu tajuk. Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini pelajar dapat: i. Menceritakan dua daripada tiga peristiwa tentang “Kemalangan Jalan Raya Yang Pernah Disaksikan”. ii. Menulis sebuah karangan tentang “Kemalangan Jalan Raya Yang Pernah Disaksikan” dengan format yang betul.

description

rph-berpusatkan murid

Transcript of Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (BAHASA MELAYU TAHUN 6)

Tarikh: 4 April 2015

Hari: Khamis

Masa: 9.00-10.00 pagi

Kelas: Tahun 6 Bakri

Bil Murid: 30 Orang

Mata Pelajaran: Bahasa Melayu

Tema: Sentiasa Berhemat, Semua Selamat

Topik/ Tajuk: Kemalangan Jalan Raya Yang Pernah saya Saksikan(Penulisan)

Hasil Pembelajaran: 2.1 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar,dibaca atau dialami.Aras 2(i) Menceritakan sesuatu peristiwa dengan penuh penghayatan menggunakan bahasa, gaya dan intonasi yang baik.

8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmukdalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.Aras 3 (i) Menggunakan pelbagai jenis dan ragam ayat untuk membina teks berkaitan sesuatu tajuk.

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini pelajar dapat:i. Menceritakan dua daripada tiga peristiwa tentang Kemalangan Jalan Raya Yang Pernah Disaksikan.ii. Menulis sebuah karangan tentang Kemalangan Jalan Raya Yang Pernah Disaksikan dengan format yang betul.

Pengetahuan sedia ada: Pelajar biasa mendengaratau melihat tragedi kemalangan sama adamelalui media cetak, elektronik ataupengalaman sendiri.

Sistem bahasai. Tatabahasa : kata nama, ayat majmuk, ii. Kosa kata- dahsyat, mengerikan, menyayat hati, tragedi, lampu isyarat, kecuaian, kesabaran,

Pengisian Kurikulumi. Ilmu PKJR/ Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan/ Kajian Tempatan/ ii. Nilai Berhati-hati, menurut peraturan, iii. KBT- Kontekstual mengaplikasi, merumusiv. Pendekatan pengajaran berpusatkan murid

Media Pengajaran: Media (kad situasi), Kad Manila, Marker Pen, Video, Laptop dan LCD.

Langkah/MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran Dan PembelajaranCatatan

Set Induksi(5 Minit)

Melibatkan pelajar secara aktif

Mencungkil pengetahuan sedia ada melalui soal jawab

Pelajar ditayangkan keratan akhbar berita kemalangan jalan raya melalui perisian power point. Pelajar disoal berkaitan dengan akhbar tersebut. Guru bertanya kepada pelajar tentang pengalaman melihat kejadian ngeri (kemalangan jalan raya) Pelajar bercerita tentang kejadian kemalangan yang pernah mereka lihat.(individu) Guru mengaitkan berita dengan tajuk pembelajaran pada hari ini.KB-membuat gambaran mental

KB- Menjana Idea

KP- Kemahiran Interpersonal

Pembelajaran berpusatkan pelajar

Langkah 1(10 Minit)-Pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial dan komunikasi dua hala- Meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi

Tayangan klip video(kemalangan)

2. Pelajar menonton klip video kemalangan jalan raya. Guru mengajukan soalan:i. Apa sebenarnya yang berlaku dalam tayangan klip video yang dipertontonkan sebentar tadi?ii. Di mana kejadian itu berlaku?iii. Bila kejadian itu berlaku?iv. Siapa yang terlibat dalam kemalangan tersebut?v. Apa yang terjadi akibat kemalangan tersebut?vi. Bagaimanakah keadaan mangsa kemalangantersebut?vii. Pernahkah anda melihat kejadian ini ketika anda sedang berjalan kaki atau berada dalam kenderaan? Pelajar akan memberi reaksi ke atas soalan-soalan yang diajukan. Beberapa orang pelajar dipilih secara individu untuk menjawab soalan berkaitan dengan video.

KBT-menjana idea-menganalisis- merumus

TeknikPenyoalan

Langkah 2(15 Minit)

menggalakkan murid membina ilmu dan mewujudkan suasana kerjasama di kalangan murid secara koperatif

Gambar rangsangan(Punca Punca Kemalangan Jalan Raya)

Merangka karangan bertajuk: Kemalangan Jalan Raya Yang Pernah Saya Saksikan.Pengelolaan kaedah kumpulan mengikut kebolehan dan minat pelajar

Guru menayangkan beberapa keping gambar kemalangan ngeri melalui perisian power point. Pelajar memberi pendapat terhadap gambar yang dilihat. Pelajar membentuk 5 kumpulan mengikut kecerdasan pelbagai. Pelajar diminta menyenaraikan isi/rangka karangan pada peta pelbagai alir (peta i-think) yang diberikan dalam kumpulan masing-masing. Setiap wakil kumpulan diedarkan kad taiso bagi membuat undian untuk menentukan bahagian kerangka karangan yang perlu dibincangkan dalam kumpulan Pendahuluan masa, tarikh, hari, tempat

Isi karangan 1 Keadaan Jalan raya

Isi karangan 2 Kecuaian pemandu

Isi karangan 3 Kerosakan jalan raya Isi karangn 4 Kelemahan penguatkuasa Penutup kesan/pengajaran

Setiap kumpulan perlu menyatakan ayat isi, ayat huraian, ayat contoh dan kesimpulan bagi setiap perenggan yang ingin dirangka. Setiap kumpulan bersedia memulakan perbincangan dan menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang dinyatakan.

KBT:Menjana idea

Kemahiran belajar cara belajar

Pembelajaran berpusatkan pelajar

Pembelajaran koperatifThink- pair share

Langkah 3(10 Minit)-Melibatkan pelajar secara aktif dan tidak pasif- Guru merupakan pemimpin yang memandu murid-

Melaporkan hasil kerja kumpulan Seorang ketua dilantik dalam kumpulan untuk membentangkan hasil kerja mereka. Rakan-rakan sekelas akan memberi pendapat terhadap pembentangan yang dijalankan dan tepukan atas usaha kerja sama dari kumpulan kerana berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dengan baik.

KBT;-mengenal pasti idea utama

-mengumpul maklumat

Langkah 4(15 Minit)Strategi P&P lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran pelajar

Menulis karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Pelajar diminta menulis karangan berdasarkan kerangka karangan yang telah dihasilkan oleh kumpulan masing-masing. Pelajar menulis karangan secara individu

Catatan:Pelajaryang lambat diberi peluang untuk menyiapkan karangan di rumah.(Kerja rumah)

Kemahiran Berfikir

-membuat gambaran mental

Penutup(5 Minit)Pelajar dapat memberikan pendapat dan membuat rumusan sendiri

Menyanyi lagu Kesalamatan di Jalan Raya

Merumus isi pelajaran Pelajar di mintaberdiri dan menyanyi lagu Keselamatan di Jalan Raya. Pelajar menyanyi dengan penuh bersemangat. Guru meminta pelajar untuk menyatakan dan merumus isi pelajaran yang dipelajari.

.

Peneguhan