Rancangan Pengajaran Harian

8
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Subjek : Matematik Kelas : 1 Masa : Bil murid : Tajuk : Nombor Bulat hingga 100 Standard Pembelajaran: 1.2 (ii) Menamakan dan menentukan nilai nombor bulat 11-20 Objektik pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i) Membilang objek dalam kumpulan sepuluh dan satu hingga sembilan ii) Menamakan nombor bagi kumpulan objek sebagai mewakili kuantiti yang betul iii) Membandingkan dua kumpulan objek untuk menentukan kumpulan lebih atau kurang satu hingga sembilan. iv) Menamakan angka 11-20 dengan betul. EMK : Kerjasama, Berani, Patuh pada arahan, Kreativiti BBB : Kad Imbasan angka dan bergambar ,pensil warna, kad ‘puzzle’,

description

math tahun 1

Transcript of Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Subjek: MatematikKelas: 1Masa: Bil murid:Tajuk: Nombor Bulat hingga 100Standard Pembelajaran:1.2 (ii) Menamakan dan menentukan nilai nombor bulat 11-20Objektik pembelajaran:Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:i) Membilang objek dalam kumpulan sepuluh dan satu hingga sembilanii) Menamakan nombor bagi kumpulan objek sebagai mewakili kuantiti yang betuliii) Membandingkan dua kumpulan objek untuk menentukan kumpulan lebih atau kurang satu hingga sembilan.iv) Menamakan angka 11-20 dengan betul.EMK: Kerjasama, Berani, Patuh pada arahan, KreativitiBBB: Kad Imbasan angka dan bergambar ,pensil warna, kad puzzle, kad manila, sampul surat, gam, lembaran aktiviti dan lembaran kerja.

Langkah-langkah Pengajaran:FASACADANGAN AKTIVITI GURUCADANGAN AKTIVITI MURIDCADANGAN KOMUNIKASI/ CATATAN

Set Induksi(3-5 minit)a. Guru menunjukkan 2 set puzzle untuk menarik perhatian murid. Kemudian meminta 4 orang murid untuk menyusun semula puzzle.b. Guru menyoal murid tentang isi kandungan dalam puzzle.c. Guru mengemukakan tajuk yang ingin diajar pada hari ini iaitu menamakan angka 11 sehingga 20.

-Murid membuat pemerhatian pada set puzzle yang ditunjukkan.-Murid menjadi sukalera untuk menyusun semula set-set puzzle tersebut.-Murid mengimbas kembali pembelajaran lalu dan mengaitkan dengan pembelajaran yang baru.a. Siapakah ingin menyusun puzzle?b. Bolehkah kamu sebutkan angka tersebut?

Nilai:Berani

BBB:Set puzzle

Perkembangan(20 minit)

Objektif/Standard pembelajaran:Membilang dan menamakan nombor 11-20

Kemahiran matematik:Mengira

a. Guru menunjukkan beberapa batang penyedut minuman dan mengumpulkan sebanyak sepuluh sepuluh sehingga 20.b. Guru membimbing murid untuk membilang stu persatu penyedut minuman sehingga 1-10.c. Guru menunjukkan sekumpulan penyedut minuman sebanyak 10 batang dan ditambah dengan 1 batang penyedut minuman akan menjadikan 11 dan tambah 2 menjadi 12 dan seterusnya sehingga 19.d. Guru menunjukkan kad imbasan bergambar bagi menerangkan kuantiti angka 11-20.e. Guru membanding bilangan yang mempunyai kuantiti yang lebih banyak dan sedikit mengunakan gambar kas imbasan.

Murid membuat pemerhatian dengan penyedut minuman yang ditunjukkan. Murid membilang nombor 1-10 Murid mendengar arahan guru untuk menyebut nombor 11-20. Murid akan menyebut sepuluh dan satu menjadi 11, dan seterusnya. Murid membuat pemerhatian tentang kad bergambar dan membilang kesemuanyaContoh arahan:-Mari membilang bilangan peneydut minuman ini.

-Cuba sebutkan angka ini sebelas , dua belas dan seterusnya.

-Berapakan bilangan buah dalam gambar ini

-Manakah yang lebih banyak / sedikit.

Nilai:Patuh arahan

BBB:Penyedut minuman,Kad imbasan bergambar.

Pendekatan:Berpusatkan guru

AktivitiPaste & Count(berkumpulan)(25 minit)

Objektif/Standard pembelajaran:Membilang dan menamakan nombor

Kemahiran:Menganalisis, Menaakul, berkomunikasi

a. Guru membahagikan kelas menjadi 7 kumpulan dan terdapat 6 orang setiap kumpulan.b. Guru menerangkan aktiviti Paste & Count yang akan dijalankan kepad murid.1.Guru akan mengedarkan 2 keping lembaran aktiviti yang mengandungi jadual seperti berikut:NomborGambar

12

dan guru mengedarkan 2 keping sampul surat yang mengandungi beberapa keeping gambar buah.2.Setiap kumpulan akan membuat 2 lembaran aktivti dan menggunakan kepingan bergambar dalam sampul untuk dilekatkan dan memadankan di dalam jadual mewakili kuantiti yang betul.3.Guru akan membimbing murid dalam setiap kumpulan.c. Guru mengedarkan bahan-bahan seperti lembaran kerja, sampul dan gam.d. Guru menilai dan membuat pembetulan.(jika perlu)e. -Murid mendengar dengan teliti.

-Murid mengikut kumpulan yang sudah ditetapkan guru.

-Murid berbincang dan berkerjasama dengan ahli kumpulan untuk menyiapkan lembaran yang diberikan.

-Murid membilang nombor mewakili kuantiti yang betul.

-Murid membentangkan hasil kerja mereka.

Nilai:Patuh arahan. Kerjasama, kreatif

BBB: Lembaran aktiviti, gam, sampul surat

Pendekatan:-Berpusatkan murid-Guru sebagai fasilitator.

Penilaian(7 minit)

Kemahiran:Memadankan nombor yang betul,Menaakul dan menyelesaikan masalaha. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap muridb. Guru menerangkan latihan dalam lembaran kerja.c. Guru membimbing murid yang lemah.d. Guru memeriksa kerja dan berbincang hasil kerja dengan murid.-Murid mendapatkan lembaran kerja

-Murid mendegar arahan

-Murid menjawab soalan

-Murid membuat pembetulan.Contoh arahan:-jawab soalan yang diberikan

-Bincang hasil jawapan dengan rakan dalam kumpulan

Pentaksiran:IndividuKumpulan

BBB:Lembaran kerja

Penutup(3 minit)

Kemahiran:Menaakula. Guru menunjukkan kad imbasan bergambar yang ditunjukkan di awal pengajaran kepada murid.b. Guru menunjukkan beberapa keping kad dan menyuruh murid membilang dan menamakan nombor yang ditunjukkan.c. Refleksi / Perasaan.-Murid memerhatikan pad kad imbasan yang ditunjukkan.Murid mengingat kembali pembelajaran dan dapat menamakan dan membilang nombor 11- 20 dengan betul.

-Murid membertitahu perasaaan mereka sepanjang p&p.Contoh arahan:-Cuba sebutkan nombor ini-Cuba membilang buah dalam gambar ini.-Apakah kamu belajar hari ini.

Nilai:Kerjasama, jujur, berani.

BBB: Kad nombor, kad imbasan bergambar.

PentaksiranBerdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di lembaran kerja, murid perlu menjawab dengan betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak ke kemahiran berikutnya.

Nilai dan sikapNilai-nilai murid seperti berkerjasama, tolong-menolong, sabar dan yakin pada diri diterapkan semasa pengajaran dan pembelajaran.