Rancangan Pengajaran Harian

6
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) MATEMATIK TAHUN 3 – DUA DIMENSI (2D) Mata pelajaran : Matematik Tema : Bentuk dan ruang Tajuk : Bentuk 2 dimensi (2D) Tarikh : 21.1.2014 Hari : Selasa Masa : 8.10 pagi – 8.40 pagi (30 minit) Kelas : 3 Zamrud Bilangan murid : 25 orang Standard kandungan : 14.3 Mengenal bentuk 2 dimensi (2D) Objektif kandungan : Diakhir sesi pembelajaran ini, murid dapat: 1. Mengenal pasti bentuk 2 dimensi (2D)

description

belajar

Transcript of Rancangan Pengajaran Harian

Page 1: Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) MATEMATIK TAHUN 3 – DUA DIMENSI (2D)

Mata pelajaran : Matematik

Tema : Bentuk dan ruang

Tajuk : Bentuk 2 dimensi (2D)

Tarikh : 21.1.2014

Hari : Selasa

Masa : 8.10 pagi – 8.40 pagi (30 minit)

Kelas : 3 Zamrud

Bilangan murid : 25 orang

Standard kandungan : 14.3 Mengenal bentuk 2 dimensi (2D)

Objektif kandungan : Diakhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:

1. Mengenal pasti bentuk 2 dimensi (2D)

2. Mengetahui ciri-ciri bentuk 2 dimensi (2D)

Page 2: Rancangan Pengajaran Harian

Pengetahuan sedia ada : Murid sudah biasa melihat bentuk, murid telah belajar bentuk semasa di prasekolah.

Bahan bantu mengajar : komputer riba, audio dan lembaran kerja.

Penerapan nilai : Sifat ingin tahu, ketelitian dan nilai murni seperti bekerjasama.

Kemahiran : i. Kognitif : menyatakan ciri-ciri bentuk.

ii. Sosial : berbincang dan bekerjasama dalam kumpulan.

iii. Psikomotor : Mencatat hasil perbincangan, menyebut secara spontan.

Page 3: Rancangan Pengajaran Harian

Langkah/masa Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran catatan

Set induksi(5 minit)

Mengenal pasti bentuk 2 dimensi

1. Murid dikehendaki menyediakan sehelai kertas.

2. Guru memainkan audio berkaitan bentuk 2 dimensi (2D).

3. Murid mendengar audio dengan teliti.

4. Murid dikehendaki mencatat nama dan ciri-ciri bentuk

yang terdapat dalam audio yang dimainkan guru.

Kemahiran:

Mendengar dan

mencatat.

Langkah 1

(10 minit)

Menghubungkaitkan

pembelajaran baharu

dengan pengalaman

sedia ada murid.

1. Murid diarahkan untuk menyebut nama dan ciri-ciri

bentuk yang telah mereka catat.

2. murid diminta untuk menyebut bentuk yang terdapat

dipersekitaran mereka berdasarkan bentuk yang dipelajari.

Kemahiran:

Menutur dan mengenal

pasti.

Langkah 2

(8 minit)

Melakar bentuk 2

dimensi (2D)

1. Murid diagihkan dalam kumpulan (1 kumpulan 5 orang)

dan diminta untuk melakarkan hamparan bentuk 2 dimensi

(2D) beserta ciri-cirinya.

2. Murid diminta untuk membentangkan hasil kerja

kumpulan mereka.

Kemahiran:

Kerjasaman dan

komunikasi.

Page 4: Rancangan Pengajaran Harian

Langkah 3

(4 minit) PengukuhanMurid menyiapkan lembaran kerja secara individu.

Murid menyiapkan

lembaran kerja dengan

betul.

Penutup

(3 minit) RumusanMurid menjawab soalan guru secara rawak.

Menguji tahap

pemahaman murid.