Rancangan Pengajaran Harian

download Rancangan Pengajaran Harian

of 4

description

Isipadu Cecair Tahun 5

Transcript of Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANKelas: 5 BestariTarikh: 12 Oktober 2015Masa: 8.30 -9.30 pagiTajuk: Isipadu CecairBidang: Menyelesaikan masalah melibatkan isipadu cecair.Objektif Pembelajaran:Menyelesaikan masalah harian melibatkan penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian isipadu cecair melibatkan perpuluhan dan pecahan.Hasil Pembelajaran:Murid berupaya untuk Menyelesaikan masalah harian melibatkan penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian isipadu cecaur melibatkan perpuluhan dan pecahan.Kaedah : Simulasi, penerangan, perbincangan, aktiviti kumpulan, pembentangan kumpulan.BBM / Alatan: Botol air, baldi, botol air 1liter, botol air 2 liter.

LANGKAHAKTIVITICATATAN

Set Induksi(7 minit)

Orientasi idea berasaskan pengetahuan sedia ada. Tayangan video yang bertajuk Si Gagak Yang Bijak

Guru mengaitkan cerita yang ditonton dengan topik yang akan diajar.

Guru meminta murid menyatakan pengajaran yang dapat diambil daripada cerita tersebut.

Apakah pengajaran yang terdapat dalam cerita Si Gagak yang Bijak?

Langkah 1(10 minit)

Penstrukturan idea

Meneroka

Menjelaskan

Konstruk idea baru Guru menyediakan satu jug air 2 liter dan beberapa cawan di atas meja.

Minta 3 orang murid kehadapan kelas.

Seorang murid diminta menuangkan air di dalam 2 cawan A dan B, kemudian menyerahkan cawan tersebut kepada 2 orang rakannya. Cawan A diisikan penuh (350ml) manakala cawan B diisikan 100ml.

Minta murid nyatakan berapakah isi padu air yang terdapat di dalam cawan A dan B.

Murid yang memegang cawan A diminta untuk meminum 250ml.

Minta murid yang memegang cawan A menuangkan baki air ke dalam cawan B.

Guru membimbing murid menyatakan operasi yang digunakan untuk mengetahui isipadu cecair.

Berapakah isipadu air dalam cawan A dan B?

Berapakah isipadu air yang tinggal dalam cawan A?

Berapakah isipadu air dalam cawan B sekarang?

Apakah operasi yang terlibat? Apakah unit yang digunakan untuk menunjukkan isipadu cecair?

Langkah 2( 20 minit )

Penjelasan lanjut

Aplikasi Idea Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan.

Guru mengedarkan botol air kosong bersenggat, air mineral, cawan kecil, lembaran.

Murid akan membuat aktiviti menambah dan menolak isipadu cecair.

Meminta murid menyelesaikan masalah yang diberi dalam lembaran.

Anda dikehendaki membentuk 6 kumpulan.

Berapakah isipadu yang anda peroleh berdasarkan lembaran yang diberi.

Langkah 3( 15minit )

Penilaian

Penyiasatan lanjutan

Kaji semua perubahan idea Meminta murid menjawab soalan penyelesaian masalah.

Soalan 1:

Rajah menunjukkan isipadu 2 bekas P dan Q yang kosong.

100m0.2Sarah memasak 3 air dan menuangkan air masak hingga penuh ke dalam 2 bekas itu. Berapakah isipadu, dalam ml baki air masaknya?

Soalan 2:Rajah menunjukkan isi padu air di dalam tiga buah bikar P, Q, dan R.

0.15350m0.22

Hitung jumlah isipadu dalam m air di dalam ketiga-tiga buah bikar itu.

Soalan 3Rajah menunjukkan sebuah bikar berisi jus mangga.

Jus mangga itu dituang ke dalam 5 buah gelas.Berapakah isi padu, dalam m, jus mangga dalam setiap gelas?

Soalan 4

1.7

Sebotol air mineral mengandungi 500 m. Ali membeli 8 botol air mineral yang sama. Berapakah jumlah isipadu dalam m, air mineral yang dibelinya?

Membimbing murid memperoleh jawapan yang betul. Mengedarkan lembaran kerja.

Membuat penerangan semula dalam kumpulan kecil kepada murid yang kurang memahami.

Bincangkan hasil kerja murid.

Apakah baki jumlah isipadu air masak yang tinggal?

Berapakah jumlah isipadu air dalam ketiga-tiga bekas itu?

Berapakah isipadu dalam m, jus mangga dalam setiap gelas?

Berapakah jumlah isipadu dalam m, air mineral yang dibelinya?

Penutup( 8minit ) Membimbing murid menyatakan unit yang digunakan untuk menyukat isipadu.

Membimbing murid membaca nilai yang terdapat pada senggatan.

Membimbing murid mengingat kembali cara menulis symbol isipadu dengan betul Apakah unit unit yang digunakan untuk menyukat isipadu. Berapakah isipadu air yang anda dapat perhatikan dalam cawan A dan B? Apakah simbol yang diwakili oleh unit liter dan milliliter?

PentaksiranBerdasarkan keupayaan murid menjawab soalan di lembaran.

Nilai dan sikapTerapkan nilai dan sikap bekerjasama terutama sewaktu melakukan aktiviti.