Rancangan Pengajaran Harian

download Rancangan Pengajaran Harian

of 6

description

RPH MT Tahun 3

Transcript of Rancangan Pengajaran Harian

Rancangan Pengajaran HarianMatematik KSSR Tahun 3Kelas: Tahun 3 IntelligentMasa: 8:45-9:45 pagi ( 2 waktu)Tarikh: 28 Ogos 2014Bilangan murid: 29 orang Bidang: Sukatan dan GeometriTajuk: Masa dan WaktuStandard kandungan: Murid dibimbing untuk : 10.1 menyatakan waktu dalam jam dan minitStandard pembelajaran: Murid berupaya untuk : (i) Menyatakan waktu dalam jam dan minit (ii) Membaca dan merekod waktu semasa, sebelum dan selepas bagi sesuatu aktivitiObjektif pembelajaran: Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :(i) menyatakan waktu dalam jam dan minit(ii) membaca senggatan pada jam analog(iii) membaca dan merekod masa yang ditunjukkan pada jam analog dan digital

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran.FASACADANGAN AKTIVITICADANGAN KOMUNIKASICATATAN

Persediaan1. Beberapa orang murid diminta ke hadapan untuk mencabut kad.2. Di dalam kad tersebut terdapat aktiviti harian yang selalu dilakukan oleh murid.3. Murid melakonkan situasi yang mereka dapat pada kad tersebut, seorang demi seorang.4. Murid-murid lain meneka situasi yang dilakonkan dan menyatakan waktu aktiviti tersebut selalu dilakukan.Contoh situasi : mandiContoh jawapan murid : waktu mandi : pagi, tengahari, petang.5. Murid diminta menyatakan pukul berapa mereka selalu melakukan aktiviti tersebut.Contoh :Mandi : pukul 6:30 pagi.1. cabut salah satu kad yang terdapat pada tangan cikgu.2. Lakonkan situasi yang tercatat pada kad yang kamu dapat.3. Teka situasi tersebut dan nyatakan waktu anda selalu melakukan situasi tersebut.Contoh situasi : mandiContoh jawapan : waktu mandi pagi, tengahari, malam.4. Pukul berapakah kamu biasanya mandi pada waktu pagi?Contoh jawapan :Mandi pada pukul 6:30 pagi. Menjana idea

ABM:Kad gambar

Nilai:Berani mencuba

Imaginasi 1. Murid dibahagi kepada 4 orang satu kumpulan.2. Setiap kumpulan diberikan sebuah jam analog.3. Murid dibimbing membaca jam. Jarum pendek jarum jamJarum panjang jarum minit4. Murid dibimbing mengira senggatan pada jam analog.5. Murid memerhatikan jam digital yang ditunjukkan oleh guru dan menyatakan waktu yang tertera pada jam digital.6. Guru mengaitkan jam digital yang ditunjukkan dengan jam analog.7. Murid dibimbing menggerakkan jarum jam mengikut masa yang ditunjukkan pada jam digital.Waktu jam digital :a) 09:05b) 09:20c) 09:58d) 10:038. Murid memerhatikan pergerakan jarum panjang dan pendek pada jam apabila digerakkan.9. Murid memerhatikan perubahan waktu pada jam digital (9:59 kepada 10:00) dan menggerakkan jarum jam pada jam analog. 10. Murid memerhatikan contoh jadual keretapi dan diminta menggerakkan jam berdasarkan waktu keretapi berlepas.

a) Waktu tren berlepas dari Tumpat = 09:00b) Waktu tren berlepas dari Wakaf Baru = 08:44

11. Aktiviti diulang dengan beberapa contoh waktu yang lain, termasuk waktu sebelum dan selepas.Contoh : a) Kamu rehat pada pukul 10.15 selama 20 minit. Pukul berapakah kamu habis rehat?b) Pukul berapakah 10 minit sebelum pukul 2:15? Tunjukkan pada jam analog.c) 14 minit selepas 3:05 ialah____.

1. Perhatikan jarum jam yang ada pada kumpulan kamu. Jarum pendek adalah jarum jam manakala jarum panjang ialah jarum minit.2. Lihat pada senggatan pada jam. Setiap senggatan yang kecil mewakili 1 minit.3. Pukul berapakah yang ditunjukkan pada jam digital ini? Jam digital : 09:054. Gerakkan jarum jam anda mengikut waktu yang ditunjukkan.a) 09:20b) 09:58c) 10:035. Perhatikan pergerakan jarum jam (yang pendek) apabila jarum minit bergerak. Jarum jam menghampiri 10 apabila kita gerakkan jam dari 9:20 kepada 9:58.6. Perhatikan jarum jam apabila kamu gerakkan jarum minit dari 9:59 kepada 10:00.7. Lihat pada jadual keretapi ini. Pukul berapakah keretapi berlepas dari Tumpat?09:00Pukul berapakah keretapi berlepas dari Wakaf Baharu?08:44Tunjukkan pada jam analog.8. Tunjukkan pada jam kamu :Contoha) Kamu rehat pada pukul 10.15 selama 20 minit. Pukul berapakah kamu habis rehat?J : 10:35b) Pukul berapakah 10 minit sebelum pukul 2:15? Tunjukkan pada jam analog.J : 2:05c) 14 minit selepas 3:05 ialah____.J : 3:19Kemahiran berfikir : menghubungkait idea antara jam digital dan analogABM : Slide, Geogebra, jam analogEMK : Teknologi MaklumatNilai : berusaha, teliti, bekerjasama

PerkembanganAktiviti : KUIZ1. Dalam kumpulan 4 orang, murid diberikan kuiz berkaitan masa.2. Soalan dipaparkan pada slaid powerpoint.Contoh soalan :5 minit selepas pukul 8:56 ialah _______.3. Setiap kumpulan perlu menjawab satu soalan dalam masa 60 saat. 4. Murid perlu menjawab soalan pada kertas yang diberikan dan menunjukkan jawapan pada jam analog.5. Selepas masa menjawab habis, murid perlu menunjukkan jawapan masing-masing. 6. Murid menyemak jawapan berdasarkan slaid jawapan yang dipaparkan. Setiap jawapan yang betul akan mendapat 5 mata.7. Sebanyak 7 soalan kuiz diberikan kepada murid. 1. Dalam kumpulan, cikgu mahu kamu baca soalan yang cikgu tunjukkan di hadapan.2. Seorang akan menggerakkan jam analog manakala yang lain akan menulis jawapan pada kertas jawapan. 3. Lukiskan jarum jam pada kertas jawapan berdasarkan jawapan pada jam analog kamu.4. Kamu hanya ada 60 saat untuk menjawab 1 soalan.5. Untuk soalan seterusnya, cikgu mahu ahli kumpulan lain yang menggerakkan jam, ahli yang lain menulis jawapan.- Sintesis ideaABM : Lembaran kerja kumpulan, jam analog, slaid powerpointEMK : Teknologi MaklumatNilai : Berusaha, teliti, bekerjasama

Tindakan 1. Murid menyiapkan lembaran yang diberikan oleh guru.1. Jawab semua soalan pada lembaran kerja anda.ABM : Lembaran kerjaNilai : berdikari

Penutup 1. Guru menunjukkan contoh tiket penerbangan kepada murid.2. Murid diminta mengenalpasti waktu berlepas yang tercatat pada tiket tersebut.3. Murid diminta berfikir tentang waktu yang ditunjukkan pada tiket kapal terbang tersebut.Waktu berlepas: 16:401. Cuba kamu beritahu cikgu, pada pukul berapakah kapal terbang berlepas (depart) berdasarkan tiket kapal terbang ini?Waktu berlepas: 16:402. Pada pendapat kamu, 16:40 itu adalah pukul berapa?Kemahiran berfikir :Membuat ramalan dan andaian