Rancangan Pengajaran Harian

download Rancangan Pengajaran Harian

of 6

description

rph kvkv

Transcript of Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Matapelajaran : Bahasa MelayuKelas :3 KristalTarikh : 1 April 2014Hari : SelasaMasa :9.00 10.00 pagiBilangan murid : 6 orangTajuk : 4.1.3 Suku Kata KVKVKemahiran : 4. MembacaPengetahuan sedia ada : Murid mengenal huruf vokal dan konsonanHasil PembelajaranDiakhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:1. Menulis huruf konsonan kvkv di atas pasir 3 daripada 5 perkataan2. Membentuk huruf konsonan kvkv menggunakan pasir 3 daripada 5 perkataanPenyerapan Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik, Terapi dalam Pendidikan KhasPenggabungjalinan Kemahiran : MenyanyiPenyerapan Nilai:Unsur-unsur terapi : Terapi pertuturan, Terapi pasir, Terapi motor halus, Terapi MuzikBahan Bantu Mengajar : Video lagu Siapa Rasa Gembira Tepuk Tangan, kad perkataan dan bergambar, kad huruf, bekas pasir, pasirKBKK:

LangkahIsi kandunganAktiviti PdPCatatan

Set Induksi(5 minit) Guru bertanya khabar murid Guru menayangkan video lagu Guru bersoal jawab tentang khabar murid Guru maang video lagu Siapa Rasa Gembira Tepuk Tangan Guru dan murid bersama-sama menyanyi lagu Murid dikehendaki membuat gaya berdasarkan lagu tersebut Guru mengaitkan pengajaran hari ini

Teknik: Soal jawabTerapi: Pertuturan Motor halusNilai: Mendengar arahanResos: Video lagu Laptop Lcd

Langkah 1(10 minit) Guru memperkenalkan konsonan kvkv Guru menayangkan kad perkataan dan gambar suku kata kvkv Guru mengeja perkataan tersebut Murid mengajuk ejaan guru Guru meminta murid mengeja dan membaca perkataan tersebut Guru membantu murid mengeja dan membacaTeknik: Soal jawabTerapi: PertuturanNilai: Mendengar arahan Tekun Bekerjasama Resos: Kad perkataan dan gambar

Langkah 2(10 minit) Aktiviti meramas dan membentuk pasir Murid dikehendaki ke hadapan kelas Guru menunjukkan cara meramas dan membentuk pasir Murid dikehendaki meramas dan membentuk pasir tersebut dengan menggunakan cara bebas

Teknik: Demonstrasi Aktiviti individuTerapi: Motor halus Terapi pasirNilai:- Mendengar arahan - Tekun - Bekerjasama- berhati-hatiResos: Pasir

Langkah 3(15 minit) Aktiviti menulis dan mengeja di atas pasir Guru menyediakan bahan untuk murid-murid menulis di atas pasir Bekas Pasir Setiap murid akan mendapat bekas yang mengandungi pasir Guru menampal kad perkataan dan bergambar di papan putih Guru menunjukkan tunjuk cara kepada murid Murid dikehendaki menulis sambil mengeja perkataan kvkv tersebut di atas pasir Murid akan menulis perkataan kvkv secara individu di atas pasir Guru memantau aktiviti muridTeknik: Demonstrasi Aktiviti individuTerapi: Pertuturan Motor halus Terapi PasirNilai: Mendengar arahan Bekerjasama Berusaha Berhati-hatiResos: Bekas Pasir Kad perkataan dan bergambar

Langkah 4(15 minit) Membentuk huruf di atas kad perkataan menggunakan pasir Guru mengagihkan setiap murid kad perkataan konsonan kvkv ba + ju ku ku sa + gu ma + ta ka + ki Murid dikehendaki membentuk huruf tersebut dengan menggunakan pasir di atas kad perkataan Guru menunjukkan cara melakukan aktiviti tersebut Murid dikehendaki menyentuh dan merasa huruf tersebut Murid dikehendaki mengeja dan membaca huruf tersebut Guru membimbing murid yang lemahTeknik: Demonstrasi Aktiviti individuTerapi: Pengamatan, Motor halus Cara kerjaNilai: Mendengar arahan Bekerjasam Berusaha Berhati-hati

Resos: Bekas Pasir Kad perkataan

Penutup(5 minit)Rumusan Guru meminta murid bersama-sama mengeja dan membaca perkataan konsonan kvkv Guru membimbing murid Guru merumuskan pengajaran hari iniTeknik:Terapi: PertuturanNilai: Bekerjasama

JUSTIFIKASI PEMILIHAN

Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang telah dirancang untuk murid-murid tahun 3 Kristal Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran yang mempunyai seramai 6 orang murid, saya memilih untuk mengajar Bahasa Melayu yang mana tajuknya adalah suku kata KVKV dengan menggunakan kemahiran membaca. Dalam Rancangan Pengajaran Harian ini saya turut menyelitkan unsur terapi pasir kepada murid-murid dalam aktiviti yang akan dilaksanakan.

Dalam set induksi, saya memulakan pengajaran saya dengan membuat aktiviti nyanyian iaitu dengan menggunakan lagu Siapa Rasa Gembira Tepuk Tangan. Dalam set induksi ini, murid-murid akan menyanyi lagu tersebut bersama-sama dengan guru sambil membuat gaya berdasarkan lagu tersebut. Pemilihan lagu ini bagi saya mata sesuai untuk murid-murid pendidikan khas untuk motor halus dan motor kasar. Hal ini kerana, dalam lagu tersebut memerlukan murid-murid tepuk tangan, petik jari, hentak kaki, dan juga pukul peha. Melalui set induksi yang menggunakan lagu ini, guru ingin meregangkan otot-otot murid iaitu otot tangan murid untuk membuat aktiviti yang akan dilaksanakan dalam langkah 2 hingga langkah 4 yang memerlukan murid menggunakan pasir untuk membuat aktiviti.

Melalui langkah 1 iaitu guru memperkenalkan konsonan KVKV terlebih dahulu kepada murid sebelum membuat aktiviti dengan menggunakan pasir. Dalam aktiviti ini, guru memperkenalkan terlebih dahulu tajuk pengajaran iaitu membaca suku kata KVKV. Dalam aktiviti ini jugam aktiviti terapi pasir belum lagi digunakan kerana guru hendaklah memperkenalkan suku kata KVKV kepada murid. Dalam langkah 1 ini, guru akan menayangkan kad perkataan bergambar di hadapan kelas. Kemudian guru akan menyebut perkataan konsonan KVKV tersebut dan diikuti oleh murid.

Seterusnya dalam langkah 2 pula, guru akan memulakan aktiviti dengan meramas dan membentuk huruf pasir. Hal ini adalah untuk meregangkan otot tangan murid supaya motor halus murid dapat bergerak dan berfungsi dengan baik untuk melakukan aktiviti dalam langkah 3. Dalam langkah 2 ini, murid akan membuat atau meramas pasir yang ada di hadapan mereka sebanyak mungkin dan murid juga dikehendaki membuat bentuk huruf konsonan yang diketahui berdasarkan langkah 1 tadi di atas pasir tersebut. Selain dapat menguatkan otot tangan dan motor halus murid-murid ia juga dapat membantu merangsang pemikiran murid kerana mereka diberi pilihan untuk meluahkan perasaan dan emosi mereka di atas pasir tersebut sebelum memulakan aktiviti seterusnya. Selain itu juga, ia adalah untuk meningkatkan imaginasi dan penggunaan visual murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran ini.

Dalam aktiviti langkah ke 3 ini, guru akan menyelitkan penggunaan pasir tadi dengan menulis dan mengeja huruf konsonan KVKV yang telah diperkenalkan di atas pasir. Dalam aktiviti 3 ini, murid-murid akan dibekalkan bekas yang mengandungi pasir setiap seorang untuk membuat aktiviti menulis huruf. Guru pula akan meletakkan kad perkataan di hadapan papan putih dan murid-murid dikehendaki menulis semula huruf tersebut di atas pasir. Dalam langkah ini, guru menekankan aspek pratulisan kepada murid sebagai asas untuk menulis iaitu dengan menggunakan jari untuk menulis di atas pasir. Di sini, murid-murid akan merasa sendiri dengan jari mereka bentuk dan cara untuk menulis huruf konsonan tersebut.

Seterusnya dalam langkah ke 4 pula, murid-murid dikehendaki membuat dan membentuk huruf konsonan KVKV menggunakan pasir di atas kad perkataan tersebut. Murid-murid juga diberikan setiap satu kad perkataan untuk membentuk huruf dan dikehendaki menggunakan pasir untuk diletakkan di atas kad perkataan tersebut. Melalui aktiviti ini, murid-murid dapat merasa bentuk huruf tersebut dengan jari-jemari mereka. Melalui aktiviti ini juga, murid-murid dapat menggunakan deria sentuhan mereka dengan sepenuhnya disamping dapat meningkatkan motor halus mereka. Melalui aktiviti membentuk huruf konkonan KVKV dia atas kad menggunakan pasir juga mampu memindahkan pengalaman peribadi dari bentuk konkrit ke dua dimensi, ini adalah bersesuaian dengan prinsip dari abstrak ke konkrit.