Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 5

13
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tarikh : 31 Januari 2013 Masa : 8.30 pagi – 9.30 pagi Tahun : 5 Angsana Bilangan murid : 26/26 orang Tema : Patriotisme Tajuk : “Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia” Hasil Pembelajaran : Fokus Utama : 11.2 Mengulas karya karya bukan sastera dari segi penggunaan perkataan, idea, ayat, wacana,nilai dan pengajaran. Aras 3 i. Mengemukakan pendapat tentang mesej dan nilai yang terdapat dalam bahan. ii. Fokus Sampingan 7.3 Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan dan memperkukuhkan minat membaca. Aras 2

description

rph

Transcript of Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 5

Page 1: Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tarikh : 31 Januari 2013

Masa : 8.30 pagi – 9.30 pagi

Tahun : 5 Angsana

Bilangan murid : 26/26 orang

Tema : Patriotisme

Tajuk : “Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia”

Hasil Pembelajaran :

Fokus Utama :

11.2 Mengulas karya karya bukan sastera dari segi penggunaan perkataan,

idea, ayat, wacana,nilai dan pengajaran.

Aras 3

i. Mengemukakan pendapat tentang mesej dan nilai yang terdapat

dalam bahan.

ii. Fokus Sampingan

7.3 Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera yang berkualiti

untuk meningkatkan dan memperkukuhkan minat membaca.

Aras 2

i. Mengumpul maklumat tentang isi kandungan bahan yang

dibaca.

Objektif Pelajaran : Pada akhir pelajaran ini murid dapat

1. Mendengar, membaca lirik dan menyanyikan lagu Patriotik “ Tanggal 31”

dengan lancar, dan intonasi serta sebutan yang betul .

Page 2: Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 5

2. Membaca cerita ‘Lahirku di Bumi Malaysia’ dan mengumpulkan maklumat

tentang nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerita ini.

3. Menceritakan kembali isi sajak tanah pusaka tercinta dengan betul

Sistem Bahasa :

Kosa kata : merentap , memekakkan, menusuk, memercik , berpinar ,

mengimbau, derapan, menekup

Pengisian Kurikulum

1. Ilmu : Sastera

2. Nilai Murni : Kesyukuran, kebaranian, kasih sayang

3. Kemahiran Bernilai Tambah

a. Kemahiran Berfikir : menganalisis, mencirikan, membuat

kesimpulan

b. Kemahiran Belajar Cara Belajar : membaca secara luncuran, mencatat

nota

c. Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, Verbal linguistik, Visual

ruang

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah menonton cerita tentang

keganasan tentera Israel di televisyen.

Bahan Bantu Mengajar :

1. Petikan cerita bertajuk Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia

2. Alat Pembesar Suara

3. Bahan Audio Lagu dan Lirik Lagu “Tanggal 31”

4. Sajak Tanah Pusaka Tercinta

Page 3: Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 5

Langkah

Masa

Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Set Induksi

5minit

1. Lagu “ Tanggal 31”

2.Contoh soalan:

Lagu ini mengenai

peristiwa apa?

Contoh jawapan:

Kemerdekaan Negara

1.murid diberi Lirik Lagu Tanggal 31

2. murid diperdengarkan lagu tanggal

31 dan diminta menyanyikan lagu

tanggal 31 bersama-sama guru

Kecergasan

pelbagai:

muzik

BBM :

Bahan Audio –

Lagu dan lirik

Tanggal 31

Langkah 1

15 minit

1.Teks cerita ‘Lahirku

Bertuah di Bumi

Malaysia’

(Lampiran 1)

2.Memahami teks yang

dibaca.

3.Kosa kata

- merentap

- memekakkan

- menusuk

- memercik

- berpinar

- mengimbau

- derapan

-menekup

1.Murid diedarkan petikan yang

bertajuk Lahirku Bertuah di Bumi

Malaysia.

2.Tiga orang murid dipilih secara

rawak untuk membacakan petikan

secara bergilir mengikut perenggan.

3. Murid dibahagikan kepada 3

kumpuan. Setiap kumpulan diminta

membaca cerita mengikut perenggan

secara bergilir.

4.Murid diminta menyenaraikan

perkataan yang tidak difahami dalam

petikan tersebut.

5.Guru menerangkan makna

perkataan tersebut .

BBM : Petikan

Kecerdasan

Pelbagai: Verbal

linguistik

Nilai :

bekerjasama

Kemahiran BCB:

membaca

Langkah 2

10 minit

Soalan kefahaman

tentang teks.

a.Apakah tajuk lain

yang sesuai bagi cerita

ini?

b.Apakah tema dan

persoalan cerita ini?

c.Pada pendapat

kamu,mengapakah

1.Guru bersoal jawab dengan murid.

2.Beberapa orang murid dipilih secara

rawak untuk menjawab soalan yang

dikemukakan oleh guru.

BBM: Petikan

Kemahiran BCB:

Menjawab soalan

Kemahiran berfikir:

Mencirikan

Menganalisis

Membuat

kesimpulan

Page 4: Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 5

penulis menyatakan dia

sangat bertuah

dilahirkan di bumi

Malaysia?

Contoh jawapan:

a.Aku Anak Malaysia

b.Tema

- Malaysia sebuah

negara aman dan

makmur

Persoalan

- Bersyukur kerana

dilahirkan di Malysia.

-Peperangan akan

memusnahkan segala-

galanya.

-Peperangan membawa

kesengsaraan

- Hubungan yang erat

antara adik-beradik

yang diikat dengan

kasih-sayang.

c.Pada pendapat saya,

penulis berasa bertuah

tinggal di Malaysia

kerana dia tidak perlu

melalui kesusahan

hidup sebagaimana

rakyat di negara lain

yang terpaksa

menghadapi

peperangan di negara

mereka.

Nilai murni:

keyakinan

Langkah 3

25 minit

1.Nilai dan pengajaran

yang terdapat dalam

cerita

1.Secara individu murid diminta untuk

menceritakan nilai dan pengajaran

yang terdapat dalam cerita Lahirku

BBM : Petikan

Kemahiran belajar

Page 5: Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 5

Lampiran 2

Pemulihan

Keberanian

Kesyukuran

Kasih sayang

Pengayaan

Sajak ‘Tanah Pusaka

Tercinta’

Lampiran 3

Bertuah di Bumi Malaysia

2. Murid pemulihan diminta menyalin

nilai murni yang terdapat dalam

petikan ke dalam buku latihan dengan

bimbingan guru.

1. Murid diminta menyenaraikan nilai

murni yang terdapat dalam sajak yang

bertajuk Tanah Pusaka Tercinta

cara belajar:

menulis nota

Kemahiran berfikir:

mencirikan dan

membuat

kesimpulan

Nilai murni:

tekun

Penutup

5 minit

Kognitif

1.Penerapan nilai murni

-kesyukuran

-keberanian

-kasih sayang

2.Sosial

Penghargaan

1.Guru menasihati murid supaya

bersyukur kerana dilahirkan di bumi

Malaysia dan menghargai keamanan

negara kita.

2.Guru meminta murid menyenaraikan

nilai murni yang terdapat dalam cerita

tersebut.

3.Guru mengucapkan terima kasih

atas kerjasama murid.

Kecerdasan

Pelbagai:

Verbal linguistik

Refleksi

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

Lampiran 1 - lirik lagu ‘Tanggal 31’

Page 6: Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 5

Tanggal 31

Bulan lapan lima puluh tujuh

Merdeka! Merdeka!

Tetaplah merdeka

Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31

Bulan lapan lima puluh tujuh

Hari yang mulia

Hari bahagia

Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara

Ramai-ramai menyambut hari merdeka

Merdeka!

Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh

Hari mulia negaraku merdeka

Ulang Daripada Mula

Mari kita seluruh warga negara

Ramai-ramai menyambut hari merdeka

Merdeka!

Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh

Hari mulia negaraku merdeka

Merdeka.. merdeka.. merdeka..

MERDEKA!

Lampiran 2 Petikan

Page 7: Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 5

Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia

Aku memegang tangan adik kecilku dengan erat.Aku bimbang kalau-kalau

terlepas tangan kecil itu, aku akan kehilangannya.Kadang-kadang dia cuba merentap

tangannya.Mungkin kesakitan dek genggaman kuat tanganku.Bunyi bedilan meriam

dan senapang bertalu-talu.Aku hanya memekakkan telinga.

Aku terus berlari mencari tempat yang kukira selamat untuk

bersembunyi.Tapak kecil adikku seolah-olah tidak menjejak bumi.Aku tidak

peduli.Keadaan kami bagai telur dihujung tanduk.Cukuplah aku leka, tamatlah

riwayat kami.Aku sangat mengasihinya.Cukuplah aku kehilangan ibu bapa dan adik-

adikku yang lain.Dia saudara yang aku ada kini.

Mayat bergelimpangan di sana sini.Bau hanyir menusuk hidung.tiba-tiba, aku

ternampak sepasukan tentera sedang menuju ke tempat persembunyian kami.Aku

membatukan diri.Kakiku menggeletar. Ku genggam tangan adikku sambil

memeluknya erat.Semoga kelibat kami tidak dilihat oleh mereka.Bunyi tembakan dan

jeritan silih berganti.Aku tahu beberapa orang bersembunyi berhampiran dengan

kami telah dibunuh.Giliranku bila?

Aku berdoa agar kami berdua selamat.Aku tidak mahu menjejak anggota

keluargaku yang lain.Kami berdua sahaja waris yang tinggal bagi keturunan

kami.Datuk,nenek dan kerabat yang lain telah lama tewas.Aku terus berdoa.

Derapak sepatu tentera mengejutkan kami.Pelukanku semakin kemas.Aku

menekup mulut adikku.peluh memercik di dahi.Adik kecilku yang tidak mengerti apa-

apa mula meronta-ronta.Rontaannya yang semakin kuat menyebabkan pelukannya

terlerai.Adik berlari keluar sambil menangis.”Turt! Trut! Trut!”

Bunyi itu menerjah ke telingaku.Tubuh kecil adikku rebah ke bumi.Aku

terpempan.Aku menerpa ke arahnya.Tubuhnya longlai dan dibasahi darah.Aku

memeluk tubuh kaku adikku.Aku menangis semahu-mahuku.Tuhan sahaja

mengetahui betapa luluhnya hatiku saat itu.Tubuh adikku ditembusi berpuluh-puluh

butir peluru.Aku memeluknya erat.

Tiba-tiba ,sebutir peluru singgah didadaku.Aku terpelanting.Sakitnya bukan

kepalang.Mataku berpinar-pinar.

Page 8: Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 5

Aku bingkas bangun.Aku mengucap panjang.Terasa lega.Bermimpi rupa-

rupanya aku.Aku termenung sambal mengimbau mimpiku.Aku bersyukur kerana aku

tidak perlu melalui segala kegetiran dan kesengsaraan yang dialami oleh

sesetengah pendudk di negara lain.Aku berdoa agar negaraku tetap

merdeka.Sesungguhnya, aku sangat bertuah kerana di lahirka di bumi ini.

Lampiran 3

Tanah Pusaka Tercinta

Page 9: Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 5

Malaysiaku tercinta

Disini tumpahnya darahku

Disini tanah air yang kucinta

Setiaku tidak akan berbelah bahagi

Bakti kuberi

Demi agama dan bangsa

Negara yang kukagumi

Bersatu padu bertoleransi

Cabaran dan rintangan

Kita patahkan bersama

Demi kemakmuranmu

Wahai teman

Curahkan kesetiaan

Curahkan kasih sayang

Suburkan patriotism

Bersama menggapai cemerlang

Menjadikan tanah pusaka kita terbilang

Inilah tanah pusaka kita

Kedaulatannya pertahankan sentiasa

Page 10: Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 5