Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tingkatan 1

7
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tingkatan 1 Tingkatan : 1 Bestari. Tarikh : 25 Oktober 2013. Masa : 80 minit. Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia (Kemahiran Tatabahasa) Tajuk : Simpulan Bahasa Bilangan murid : 25 Orang Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran: 1. Setiap murid dapat menghuraikan maksud sekurang- kurannya tiga daripada lima simpulan bahasa dengan betul secara lisan. 2. Setiap murid dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya lima simpulan bahasa dengan betul secara lisan dan bertulis. 3. Setiap murid dapat membina satu perenggan karangan berdasarkan simpulan bahasa dengan betul secara lisan dan bertulis. Hasil Pembelajaran Utama : 1.0 Berinteraksi untuk menjalin dan mempererat hubungan mesra. : 2.0 Memberi pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam perbincangan.

description

Rancangan mengajar harian Bahasa Melayu

Transcript of Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tingkatan 1

  • Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tingkatan 1

    Tingkatan : 1 Bestari.

    Tarikh : 25 Oktober 2013.

    Masa : 80 minit.

    Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia (Kemahiran Tatabahasa)

    Tajuk : Simpulan Bahasa

    Bilangan murid : 25 Orang

    Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran:

    1. Setiap murid dapat menghuraikan maksud sekurang-

    kurannya tiga daripada lima simpulan bahasa dengan betul

    secara lisan.

    2. Setiap murid dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya

    lima simpulan bahasa dengan betul secara lisan dan bertulis.

    3. Setiap murid dapat membina satu perenggan karangan

    berdasarkan simpulan bahasa dengan betul secara lisan dan

    bertulis.

    Hasil Pembelajaran Utama : 1.0 Berinteraksi untuk menjalin dan mempererat hubungan

    mesra.

    : 2.0 Memberi pendapat yang bernas sebagai sumbangan

    dalam perbincangan.

  • : 3.0 Berunding secara santun untuk mendapat persetujuan dan

    kata sepakat.

    Hasil Pembelajaran Khusus: 1.2 Mendengar dan memberikan respons secara lisan dan

    bertulis tentang sesuatu yang diperihalkan oleh orang lain.

    : 1.3 menyatakan maksud yang tersurat berdasarkan bahan yang

    dikemukakan deangan menggunakan kata dan ungkapan

    yang sesuai.

    : 2.2 Menghuraikan idea yang bernas secara kritis dan kreatif.

    : 3.2 Berbincang untuk menerima dan menolak pandangan orang

    lain secara terbuka untuk mencapai kata sepakat.

    Kemahiran bahasa : Kemahiran bertutur dan kemahiran menulis

    Pengisian Kurikulum : i. Ilmu: Bahasa dan kemanusiaan.

    ii. Nilai kemanusiaan: Bekerjasama, tanggunggjawab dan rasional.

    Kemahiran Bernilai Tambah : Kecerdasan pelbagai dan Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan

    Kreatif (KBKK).

    Bahan Bantu Mengajar : Komputer riba, skrin projektor, gambar, kertas dan lembaran

    kerja.

  • Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Dan

    Pembelajaran

    Catatan

    Induksi

    Set

    (10 minit)

    Tayangan beberapa gambar

    mengenai simpulan bahasa

    - Guru menayangkan beberapa

    gambar berkaitan dengan

    simpulan bahasa.

    - Guru meminta murid memberikan

    sepenuh perhatian terhadap

    gambar yang ditayangkan.

    - Guru bertanyakan kepada murid

    tentang kefahaman mereka

    terhadap gambar tersebut.

    Murid memberikan respon.

    - Guru mengaitkan respon murid

    dengan isi pelajaran pada hari ini.

    BBM

    Komputer

    Langkah

    1

    (10 minit)

    Definisi dan ciri-ciri

    simpulan bahasa

    - Guru menerangkan definisi dan

    ciri-ciri simpulan bahasa.

    - Guru bertanyakan kepada murid

    tentang simpulan bahasa yang

    mereka tahu.

    - Guru membuat pengukuhan

    BBM

    Komputer

  • berdasarkan respon murid.

    Langkah

    2

    (10 minit)

    Meneka simpulan bahasa

    melalui gaya atau

    pergerakan tubuh.

    - Guru meminta dua orang murid

    untuk membuat gaya atau

    pergerakan tubuh tanpa

    mengeluarkan suara, kemudian

    murid-murid lain diminta meneka

    simpulan bahasa yang sesuai

    berdasarkan perbuatan atau

    pergerakan yang dilakukan.

    - Guru membuat peneguhan

    terhadap aktiviti tersebut.

    Langkah

    3

    (15 minit)

    Menyenaraikan simpulan

    bahasa serta membina satu

    perenggan karangan

    berdasarkan simpulan

    bahasa tersebut.

    (aktiviti dalam kumpulan)

    - Guru mengarahkan murid

    membentuk empat kumpulan

    yang terdiri daripada enam orang

    ahli kumpulan.

    - Guru mengedarkan sehelai kertas

    kepada setiap kumpulan.

    - Guru meminta wakil kumpulan

    untuk mencabut kata kunci yang

    BBM

    Kertas

  • disediakan.

    - Guru meminta murid membuat

    perbincangan dalam kumpulan

    seterusnya menyenaraikan

    simpulan bahasa berdasarkan kata

    kunci yang dipilih.

    - Guru meminta setiap kumpulan

    untuk membina satu perenggan

    karangan daripada simpulan

    bahasa tersebut.

    - Guru meminta setiap kumpulan

    membentangkan isi perbincangan

    berserta huraiannya di hadapan

    kelas.

    - Guru memberi peneguhan

    terhadap aktiviti tersebut.

    Langkah

    4

    (15 minit)

    Permainan teka silang kata.

    (Melengkapkan teka silang

    kata simpulan bahasa).

    - Guru mengedarkan lembaran

    kerja teka silang kata bagi

    simpulan bahasa kepada setiap

    murid.

    - Guru meminta setiap orang murid

    melengkapkan teka silang kata

    BBM

    Lembaran

    kerja teka

    silang kata

  • tersebut dengan betul.

    - Perbincangan jawapan dilakukan

    bersama-sama bagi mengenal

    pasti jawapan silang kata yang

    dilengkapkan itu betul atau salah.

    Penutup

    (10 minit)

    Rumusan isi pelajaran

    - Guru memanggil seorang murid

    secara rawak untuk merumuskan

    semula isi pelajaran yang telah

    dipelajari.

    - Guru menyoal murid tentang ciri-

    ciri simpulan bahasa dan meminta

    murid menjawabnya secara

    spontan.

    - Guru memberikan peneguhan

    terhadap respon murid.

    - Guru meminta murid membina

    satu karangan lengkap yang

    bertajuk Kelebihan amalan

    bergotong-royong dengan

    memasukkan beberapa simpulan

    bahasa yang sesuai dalam

    karangan tersebut.

  • Refleksi

    ______________________________________________________________________________

    ______________________________________________________________________________

    ______________________________________________________________________________

    ______________________________________________________________________________

    ______________________________________________________________________________

    ______________________________________________________________________________