Rancangan Pengajaran Harian Bm Tahun 5

6
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 5 DINAMIK Kelas: Tahun 5 Dinamik Masa: 8.10-9.40 pagi (90 Minit) Tarikh: 23 Mac 2011 Bilangan Murid: 29 Orang Unit: 4 Tajuk: Alam Sekitar Pengisian Kurikulum: Ilmu Matapelajaran Lain: Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik Nilai Murni: Keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kerjasama, semangat bermasyarakat. KBKK: Mencirikan, mengumpul maklumat, membuat analogi. ABM (Alat Bantu Mengajar): Gambar Buku teks Teks Poster Kempen Alam Bersih Hidup Sihat Carta Bintang Hasil Pembelajaran: Fokus Utama: 8.4 Aras 1 i) Membina ayat topik yang jelas tentang sesuatu isi. Fokus Sampingan .4 Aras 1 i) Memilih dan menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk menyatakan sesuatu permintaan. ii) Menyatakan sebab untuk menyokong sesuatu permintaan. 5.1 Aras 3 i) Membaca dalam teks dengan sebutan dan intonasi yang betul Objektif: Pada akhir pembelajaran, murid dapat: i) Membaca teks di dalam poster berdasarkan sebutan dan intonasi yang betul. ii) Menggunakan 5 ayat yang sesuai untuk menyatakan sesuatu permintaan berdasarkan teks.

Transcript of Rancangan Pengajaran Harian Bm Tahun 5

Page 1: Rancangan Pengajaran Harian Bm Tahun 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TAHUN 5 DINAMIK

Kelas:            Tahun 5 Dinamik

Masa:             8.10-9.40 pagi (90 Minit)

Tarikh:           23 Mac 2011

Bilangan Murid:      29 Orang

Unit:               4

Tajuk:                        Alam Sekitar

Pengisian Kurikulum:

Ilmu Matapelajaran Lain:  Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik

Nilai Murni: Keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kerjasama, semangat    bermasyarakat.

KBKK:           Mencirikan, mengumpul maklumat, membuat analogi.

ABM (Alat Bantu Mengajar):

         Gambar

         Buku teks

         Teks Poster Kempen Alam Bersih Hidup Sihat

         Carta Bintang

Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama:

            8.4 Aras 1 i) Membina ayat topik yang jelas tentang sesuatu isi.

Fokus Sampingan

1.4 Aras 1 i) Memilih dan menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk  menyatakan sesuatu

permintaan.

         ii) Menyatakan sebab untuk menyokong sesuatu permintaan.

            5.1 Aras 3    i) Membaca dalam teks dengan sebutan dan intonasi yang betul

Objektif:

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:       

i)             Membaca teks di dalam poster berdasarkan sebutan dan intonasi yang betul.

ii)            Menggunakan 5 ayat yang sesuai untuk menyatakan sesuatu permintaan berdasarkan

teks.

iii)           Menyatakan sebab dan alasan yang menyokong sesuatu permintaan berdasarkan teks.

iv)           Menyenaraikan 5 ayat topik berdasarkan perkara penting yang telah disenaraikan.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran:

Kontekstual:

Page 2: Rancangan Pengajaran Harian Bm Tahun 5

         Murid bercerita tentang keadaan kawasan tempat tinggal mereka.

         Murid menyatakan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di kawasan tempat tinggal

mereka.

         Murid membaca poster tentang Kempen Alam Bersih Hidup Sihat.

KBKK (Mengumpul Maklumat)

         Murid menyenaraikan perkara penting yang terdapat dalam teks.

Pengalaman Sedia Ada Murid:

i)             Murid pernah melihat kempen cintai alam sekitar di televisyen

ii)            Murid sudah mempunyai pengetahuan berkaitan ayat silaan.

Aktiviti Pengajaran dan PembelajaranLangkah/

MasaIsi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan

PembelajaranCatatan

Set Induksi(5 Minit)

Alam Sekitar Guru:Melukis jadual banding beza di papan putih dan meminta beberapa orang murid untuk melekatkan gambar-gambar alam sekitar yang disediakan guru mengikut kesesuaian berdasarkan jenis gambar.

Contoh:

Alam Sekitar Bersih

Alam SekitarTercemar

*Gambar *Gambar

Guru:

ABM:Gambar

KBKK:Banding beza

Page 3: Rancangan Pengajaran Harian Bm Tahun 5

Memilih beberapa orang murid bagi bercerita tentang pengalaman melihat pencemaran dan kesannya.

Langkah 1(10 Minit)

Membaca teks poster Kempen Alam Bersih Hidup Sihat(Rujuk Lampiran)

Guru:Mengagihkan murid kepada lima (5) kumpulan dan meminta murid membaca bersama-sama dalam setiap kumpulan.

Murid:Berada dalam kumpulan mengikut kumpulan yang telah diagihkan pada sesi pengajaran dan pembelajaran lepas.

ABM:Buku Teks

Nilai:Kerjasama

Strategi P&P:Konstekstual

Langkah 2(20 Minit)

Menyatakan Permintaan

Guru:Berdasarkan teks, guru meminta murid menjawab soalan yang terdapat di dalam buku teks mengikut kumpulan masing-masing

Guru membimbing murid menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Murid:Berbincang dalam kumpulan bagi mencari jawapan.

Contoh Soalan:Berdasarkan teks:

a)    Nyatakan kegiatan dalam kempen tersebut.

b)    Nyatakan 5 cara meminta penduduk menyertai kempen ini.

c)    Sebab atau alasan yang menyokong permintaan.

ABM:Buku Teks

KBKK:Mengumpul maklumat

Nilai:KerjasamaKebersihanKemasyarakatan

Page 4: Rancangan Pengajaran Harian Bm Tahun 5

Langkah 3(20 Minit)

Senaraikan perkara penting

Guru:Berdasarkan teks, meminta murid menyenaraikan 5 perkara penting.

Murid:Membaca semula teks dan mencari perkara penting didalam teks yang dibaca.

Menyenaraikan perkara penting yang dikenalpasti.

ABM:Buku teks

KBKK:Menjana idea

Strategi P&P:Konstruktivisme

Langkah 4(30 Minit)

Bina ayat:(isi topik)

Guru:Meminta murid membina 5 ayat topik berdasarkan perkara penting yang sudah disenaraikan murid.

Murid:Secara individu membina ayat topik.

KBKK:Menjana idea

Strategi P&P:Konstruktivisme

Penutup(5 Minit)

Pengukuhan dan Penilaian.

Guru:Meminta murid menghantar kerja yang sudah disiapkan.

Bersama-sama dengan murid merumuskan isi pelajaran pada sesi tersebut.

Memberikan latihan sebagai kerja rumah kepada murid berkaitan tajuk alam sekitar didalam buku Rampaian Standard Bahasa Malaysia.

Memberikan markah kepada murid yang memberikan kerja sama dengan baik pada carta bintang.

ABM:Carta Bintang

Page 5: Rancangan Pengajaran Harian Bm Tahun 5