Rancangan Pengajaran Harian (KH)

5
ISL 15 & 16 Mata Pelajaran: Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Kelas: Lima Bunga Raya Tarikh: 10 Mac 2014 Bilangan murid: 16 orang Kehadiran: 16/16 Masa: 10.45 pagi 11.45 pagi Tajuk: Mempromosi Jualan (Promosi melalui poster) Pengetahuan Sedia Ada: 1. Murid-murid telah mengetahui konsep promosi barang jualan. 2. Murid-murid sudah mempunyai pengenalan awal mengenai definisi poster. Hasil Pembelajaran: Aras 1 Mengenal pasti maklumat yang perlu ada dalam poster. Mengenal pasti ciri poster yang baik. Aras 2 Menghasilkan poster untuk mempromosi barang. Objektif Pengajaran: Pada akhir pembelajaran dan pengajaran ini, murid dapat i. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga daripada lima maklumat yang perlu ada dalam poster. ii. Membanding beza ciri-ciri poster yang baik. iii. Menghasilkan poster dengan langkah-langkah yang betul dan tepat. KBKK: Membanding beza, membuat keputusan, menjana idea kreatif dan inovatif, menghubung kait Penerapan Nilai: Peka, teliti, mematuhi peraturan, bekerjasama, keyakinan diri

description

Mempromosikan barang jualan Tahun Lima

Transcript of Rancangan Pengajaran Harian (KH)

Page 1: Rancangan Pengajaran Harian (KH)

ISL 15 & 16

Mata Pelajaran: Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Kelas: Lima Bunga Raya Tarikh: 10 Mac 2014

Bilangan murid: 16 orang Kehadiran: 16/16

Masa: 10.45 pagi – 11.45 pagi

Tajuk: Mempromosi Jualan (Promosi melalui poster)

Pengetahuan Sedia Ada:

1. Murid-murid telah mengetahui konsep promosi barang jualan.

2. Murid-murid sudah mempunyai pengenalan awal mengenai definisi

poster.

Hasil Pembelajaran:

Aras 1

Mengenal pasti maklumat yang perlu ada dalam poster.

Mengenal pasti ciri poster yang baik.

Aras 2

Menghasilkan poster untuk mempromosi barang.

Objektif Pengajaran:

Pada akhir pembelajaran dan pengajaran ini, murid dapat

i. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga daripada lima maklumat yang perlu

ada dalam poster.

ii. Membanding beza ciri-ciri poster yang baik.

iii. Menghasilkan poster dengan langkah-langkah yang betul dan tepat.

KBKK: Membanding beza, membuat keputusan, menjana idea kreatif dan

inovatif, menghubung kait

Penerapan Nilai: Peka, teliti, mematuhi peraturan, bekerjasama, keyakinan

diri

BBM: Paparan klip video bertajuk “Promosi Barang Jualan”, Paparan Power

point, poster, gunting, kertas lukisan, surat khabar, pensel warna, gam, kertas

warna, pen marker, sampul surat misteri, lembaran kerja.

Page 2: Rancangan Pengajaran Harian (KH)

ISL 15 & 16

Langkah/Masa

Isi Pelajaran Aktiviti PdP Catatan

Set Induksi(5 minit)

Klip video “Promosi Barang Jualan”

Soalan:1. Apakah barang jualan yang dapat dilihat dalam klip video?(beg kertas, buku nota kecil, botol air, kerepek dan pemegang kunci)2. Pernahkah anda lihat cara promosi ini dalam kehidupan?(jualan terus, van bergerak, pameran, bungkusan, televisyen, radio, surat khabar, majalah dan poster.)

1.Guru menjalankan pergerakan tangan “Lihat Sini, Lihat Sana, Lihat Video” supaya boleh menumpukan perhatian murid kepada video.2. Guru menayangkan klip video yang bertajuk “Promosi Barang Jualan”.3. Selepas itu, guru bersoal jawab dengan murid-murid dan mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.

Kaedah:Soal Jawab

Nilai:Peka, teliti

BBM:Paparan klip video bertajuk “Promosi Barang Jualan”

PerkembanganLangkah 1(5 minit)

Maklumat yang perlu ada dalam poster1.Barangan2.Tempat3.Tarikh4.Masa5.Harga

1. Guru mempamerkan poster.2. Guru meminta murid memilih dan membuka cebisan kertas pada poster. 3. Kemudian, guru meminta murid menyatakan maklumat yang dipilih.4. Guru bersama murid merumuskan maklumat yang perlu ada dalam poster dengan paparan power point.

Kaedah:Penerangan

Nilai:Peka, teliti

BBM: Paparan

power point Poster

Langkah 2 Soalan: 1. Guru menyoal Kaedah:

Page 3: Rancangan Pengajaran Harian (KH)

ISL 15 & 16

(10 minit) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri poster yang baik?

Ciri-ciri poster yang baik1. Perkataan atau cogan kata yang sesuai dan mudah difahami.2. Kombinasi warna yang menarik.3. Saiz huruf yang jelas dan mudah dibaca.4. Susun atur maklumat yang kemas dan menarik.

murid tentang ciri-ciri poster yang baik.2. Murid memberi pendapat mengenai soalan yang dikemukakan.3. Kemudian, guru menerangkan isi pelajaran sambil menunjukkan ciri-ciri poster dengan poster.4. Selepas itu, guru membimbing murid membanding beza ciri-ciri poster melalui paparan power point.

Soal jawab Penerangan

Nilai:Peka, teliti

KBKK:Membanding beza

BBM: Paparan

power point Poster

Langkah 3(10 minit)

Langkah-langkah menghasilkan poster1. Kenal pasti maklumat yang perlu ada dalam poster.2. Merancang satu poster untuk mempromosikan barang jualan.3. Sediakan bahan dan alatan yang akan digunakan.4. Tentukan cogan kata dan gambar yang sesuai untuk dimuatkan dalam poster.5. Buat poster yang dirancang.

1. Guru meminta perhatian penuh daripada murid-murid melalui slogan “Lihat Sini, Lihat Sana, Lihat Poster”.

2. Guru menjelaskan langkah-langkah menghasilkan poster dengan paparan power point.

3. Kemudian, guru membuat tunjuk ajar cara menggunakan bahan dan alatan yang sesuai dan selamat semasa menghasilkan poster.

Kaedah:Tunjuk ajar

Nilai:Mematuhi peraturan

BBM: Paparan

power point Bahan dan

alatan (gunting, kertas lukisan, surat khabar, pensel warna, gam, kertas warna, pen marker)

Langkah 4(25 minit)

Aktiviti Kumpulan:

1. Guru menjalankan aktiviti

Kaedah:Bercerita

Page 4: Rancangan Pengajaran Harian (KH)

ISL 15 & 16

“Saya Pereka Poster yang Handal”

Cerita:Seorang penjual, Encik Karim ingin mempromosikan barang jualan, iaitu botol air. Dia ingin mencari seorang pereka poster yang handal melalui satu pertandingan yang bertajuk “Saya Pereka Poster yang Handal”. Maklumat mengenai promosi botol air diberikan oleh Encik Karim dalam sampul surat misteri.

Peraturan pertandingan:1.Masa yang diberi hanya 15 minit.2. Semua bahan yang dibekalkan mesti digunakan.3. Murid dilarang membuat bising dan mengacau ahli kumpulan lain.

kumpulan ini dengan kaedah bercerita.

2. Guru meminta murid-murid memberi perhatian terhadap barang jualan yang ingin dipromosikan.

3. Kemudian, guru mempamerkan barang jualan iaitu botol air kepada murid-murid.4. Murid-murid dibahagikan kepada empat kumpulan dengan empat orang dalam satu kumpulan.4. Guru juga menyatakan peraturan bagi pertandingan tersebut.5. Seterusnya, guru mengedarkan bahan dan alatan kepada setiap kumpulan.

6. Pertandingan menghasilkan poster dijalankan.

7. Semasa aktiviti dijalankan, guru membimbing sambil menyuruh murid-murid menjaga keselamatan diri.

8.Murid-murid membentang hasil kerja dan guru memberi penilaian.

Nilai:Bekerjasama, mematuhi peraturan, peka, teliti, keyakinan diri

KBKK: Membuat

keputusan (Memilih bahan dan alatan yang sesuai)

Menjana idea kreatif dan inovatif

BBM: Paparan

power point Bahan dan

alatan (sampul surat misteri, gunting, kertas lukisan, surat khabar, pensel warna, gam, kertas warna, pen marker)

Page 5: Rancangan Pengajaran Harian (KH)

ISL 15 & 16

Penutup(5 minit)

Lagu “Saya Pereka Poster Yang Handal”

Saya pereka posteryang handal, yang handal;barang yang diniagakanperlu ada.

Saya pereka poster yang handal, yang handal;tarikh dan masa niagaperlu ada.

Saya pereka posteryang handal, yang handal;tempat barang berniagaperlu ada.

Saya pereka posteryang handal, yang handal;harga barang yang dijualperlu ada.

Saya pereka posteryang handal, yang handal;ciri poster yang baikcantik tarik.

1. Guru menggunakan kaedah nyanyian untuk merumuskan pengajaran.2. Guru mengajar murid-murid menyanyi sambil membuat pergerakan tangan.3. Guru menyiarkan melodi lagu “London Bridge is Falling Down” dan murid-murid bersama-sama menyanyi.4. Selepas itu, guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid sebagai kerja rumah.

Kaedah:Permainan (nyanyian)

Nilai:Keyakinan diri

KBKK: Menghubung

kait (maklumat poster dan ciri-ciri poster diserapkan ke dalam lirik lagu)

BBM: Paparan

Power Point Lembaran

Kerja