Rancangan pengajaran harian mz en ramiz

3
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik Kelas : Prasekolah Nur 2 Masa : 08.45 pagi – 09.15 pagi Bilangan murid : 25 orang Aspek : Pengalaman muzikal Item : 2.1.2 Menyanyi secara muzikal - melodi Tajuk Lagu : Senaman Si Tommy Kemahiran : Menyanyi dengan sebutan yang jelas dan tepat. Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid boleh: 1. Menyanyi lagu mengikut melodi dengan betul sambil melakukan gerakan. Pengetahuan Sedia ada : 1. Murid pernah menyanyi melodi lagu dengan iringan kibod. Strategi : Kecerdasan pelbagai ~ 1. Muzik Nilai Murni : Kerjasama, berkeyakinan Alat Bantu Mengajar : Laptop, LCD Projector, LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN Set Induksi ( 3 minit ) Tayangan video 1. Murid-murid di paparkan dengan tayangan video lagu yang telah dipelajari sebelum ini iaitu ‘ Head, shoulders, knees and toes ‘ melalui slaid powerpoint. 2. Guru bersoaljawab dengan murid serta mengaitkan video yang ditonton dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Murid-murid menonton tayangan video. Murid-murid memberi respon pada soalan guru.

Transcript of Rancangan pengajaran harian mz en ramiz

Page 1: Rancangan pengajaran harian mz en ramiz

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik

Kelas : Prasekolah Nur 2

Masa : 08.45 pagi – 09.15 pagi

Bilangan murid : 25 orang

Aspek : Pengalaman muzikal

Item : 2.1.2 Menyanyi secara muzikal - melodi

Tajuk Lagu : Senaman Si Tommy

Kemahiran : Menyanyi dengan sebutan yang jelas dan tepat.

Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid

boleh:

1. Menyanyi lagu mengikut melodi dengan betul sambil

melakukan gerakan.

Pengetahuan Sedia ada : 1. Murid pernah menyanyi melodi lagu dengan iringan

kibod.

Strategi : Kecerdasan pelbagai ~ 1. Muzik

Nilai Murni : Kerjasama, berkeyakinan

Alat Bantu Mengajar : Laptop, LCD Projector,

LANGKAH ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN

Set

Induksi

( 3 minit )

Tayangan

video

1. Murid-murid di paparkan dengan tayangan

video lagu yang telah dipelajari sebelum

ini iaitu ‘ Head, shoulders, knees and toes ‘

melalui slaid powerpoint.

2. Guru bersoaljawab dengan murid serta

mengaitkan video yang ditonton dengan

pengajaran dan pembelajaran pada hari

ini.

Murid-murid

menonton

tayangan

video.

Murid-murid

memberi respon

pada soalan guru.

Page 2: Rancangan pengajaran harian mz en ramiz

LANGKAH ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

Langkah

1

( 7 minit )

Memperkenal

kan lagu

Menghafal

lirik lagu baris

demi baris

1. Murid-murid di paparkan dengan tayangan

video lagu yang akan dipelajari iaitu

‘ Senaman Si Tommy ‘ melalui slaid

powerpoint

2. Murid-murid cuba mengikut nyanyian dan

gerakan yang dilakukan oleh watak-watak

dalam video tersebut dengan bimbingan

guru dan Pembantu Pengurusan Murid

3. Murid-murid mengingati lirik melalui teknik

latih tubi dengan bantuan tayangan slaid

powerpoint

Murid menonton

dan mendengar

lagu yang

dimainkan.

ABM

Komputer

Pemancar LCD

Langkah

2

( 5 minit )

Menyanyikan

lagu secara

‘humming’

dengan :

iringan audio

dan tanpa

iringan

audio

1. Guru membimbing murid menyanyikan

lagu dengan hummingkan ‘la’ mengikut

irama lagu yang dimainkan secara :

kelas

berpasangan

2. Murid-murid meng’humming’kan irama

lagu secara berkumpulan :

Kumpulan 1 : meng’humming’ sa

Kumpulan 2 : meng’humming’ mi

Kumpulan 3 : meng’humming’ bo

Murid-murid

’humming’kan lagu

dengan bimbingan

guru.

Murid-murid

’humming’kan lagu

dengan bimbingan

rakan sebaya

Nilai

Berdikari

Teliti

Sabar

Page 3: Rancangan pengajaran harian mz en ramiz

LANGKAH ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

Langkah

3

( 10 minit )

Suai padan

Menyanyi

sambil

melakukan

gerakan

1. Murid-murid memadankan kepingan tapak

tangan yang telah dibuat sebelum ini

dengan posisi tangan kiri dan kanan

2. Murid-murid diminta melakukan gerakan

bebas berpandukan lirik lagu.

3. Guru menunjukkan gerakan sebenar

berpandukan lirik lagu dan video

4. Murid meniru dan melakukan gerakan

yang dilakukan oleh guru.

5. Murid menyanyikan lagu sambil

melakukan gerakan dengan bimbingan

guru dalam pelbagai arah dan formasi

Murid-murid

menjawab dengan

yakin.

Murid melakukan

gerakan bebas

Murid memerhati

gerakan yang

dilakukan oleh

guru

Murid menyanyi

sambil melakukan

gerakan

Penutup

( 5 minit )

Menyanyi

sambil

melakukan

gerakan

1. Guru menayangkan klip video lagu ‘

Senaman Si Tommy ‘ dan meminta

murid menyanyikan lagu ini sambil

melakukan gerakan bersama-sama

guru dan PPM

Murid menyanyi sambil

melakukan gerakan.

ABM

Komputer

Pemancar LCD