Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Islam Tahun...
-
Upload
phamnguyet -
Category
Documents
-
view
248 -
download
12
Transcript of Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Islam Tahun...
-
Rancangan Pengajaran Harian
Pendidikan Islam Tahun :3
1. Mata Pelajaran Pendidikan Islam (Ibadah)
2. Kelas 3 Maju
3. Tarikh/Hari 17 Jamadilawal 1436 / 8 Januari 2015 / Khamis
4. Masa (10.00-11.00 pagi) 60 minit
5. Bilangan Murid 30 orang (Lelaki : 14, Perempuan : 16)
6. Tajuk Adab Berpakaian (Pakaian Pilihanku)
7. Pengetahuan Sedia ada Murid-murid mengetahui perbezaan pakaian lelaki dan perempuan
8. Standard Kandungan 6.2 Memahami dan mengamalkan adab berpakaian
9. Standard Pembelajaran 6.2.1 Menyatakan hukum menutup aurat
6.2.2 Menyatakan adab berpakaian
6.2.3 Menerangkan had aurat lelaki dan perempuan
6.2.4 Menjelaskan ciri-ciri berpakaian menurut Islam
10. Objektif Pembelajaran Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
1. Menyatakan hukum menutup aurat dan adab berpakaian
dengan jelas selepas mendapat penerangan daripada guru di
dalam kelas.
2. Membanding beza antara aurat lelaki dan perempuan
dengan betul selepas membuat aktiviti berkumpulan.
3. Mengklasifikasikan empat daripada lima ciri berpakaian
menurut Islam dengan baik selepas aktiviti perbincangan
11. Kemahiran Berfikir Menjana idea
12. Gabung jalin Akhlak : Menghormati aurat lelaki dan aurat perempuan
13. Penyerapan Matematik : Bilangan ciri-ciri pakaian menurut Islam
14. Penerapan Nilai Bekerjasama, yakin, hormat-menghormati
15. E.M.K 1. Keusahawanan : Murid bekerjasama dan mempunyai daya
saing untuk menghasilkan kerja berkumpulan
2. Kreativiti : Mencari maklumat tambahan mengenai adab-adab
berpakaian
3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi : LO
16. Penilaian P&P 1. Lisan : Soal jawab, perbincangan
2. Bertulisan : Lembaran Kerja
17. Bahan Bantu Belajar 1. Kad Imbasan 3. Video
2. Learning Object (LO)
-
Langkah Isi Kandungan Aktiviti Catatan
Mukadimah
(3 minit)
Bacaan Doa dan Bacaan Syahadah:
1. Seorang murid diminta oleh guru mengetuai bacaan
doa.
2. Murid-murid lain diminta mengikut bacaan doa
bersama-sama/mengaminkan bacaan doa.
3. Semua murid melafazkan kalimah syahadah
bersama-sama
Penerapan Nilai:
Khusyuk
Tawakal
Adab berdoa
Set Induksi
(5 Minit)
Gambar gula-gula ditunjukkan melalui tayangan LO
Soalan : Siapa yang suka makan gula? Apakah perbezaan antara gula-gula ini? Bagaimanakah gula-gula ini di hinggap oleh lalat? Mengapakan lalat ada pada gula-gula yang
pembalutnya telah dibuka
1. Murid ditunjukkan gambar yang berkaitan dengan
gula-gula yang dihinggapi lalat.
2. Murid memerhati dan menganalisis perbandingan di
antara kedua-dua gambar A dan B.
3. Murid bersoal jawab tentang gambar yang
ditunjukkan.
4. Murid merumuskan dan mengaitkan dengan gula-gula
yang dibungkus dan tidak dibungkus dengan adab
berpakaian.
Kaedah :
Soal Jawab
Bahan Bantu Belajar :
Gambar
Penerapan Nilai :
Abad berpakaian
Penyerapan :
Akhlak : Cara
berpakaian
-
Langkah 1
(8 Minit)
Hukum menutup aurat adalah:
1. Murid menyenaraikan jenis-jenis pakaian harian
yang difikirkan dan menulis di dalam peta i-Think di
papan putih.
2. Murid dan guru berbincang mengenai idea-idea
yang disenaraikan.
3. Murid mendengar penerangan guru tentang hukum
menutup aurat dan adab-adab berpakaian melalui
LO.
4. Beberapa orang murid diundi secara rawak mewakili
kumpulan untuk menyatakan hukum dan adab-adab
berpakaian.
5. Murid akan diberi peneguhan terhadap jawapan
yang diberikan.
E.M.K :
Teknologi Maklumat
dan Komunikasi
Kaedah :
Penerangan / Soal
Jawab
Bahan Bantu Belajar :
LO
Penerapan Nilai :
Akhlak
Langkah 2
(12 Minit)
Membezakan antara aurat lelaki dan perempuan :
1. Murid diberi gambar lelaki dan perempuan berkaitan
dengan had aurat lelaki dan perempuan melalui LO.
2. Murid mendengar penerangan guru mengenai had
aurat lelaki dan perempuan melalui LO.
3. Murid bersoal jawab dengan guru selepas mendapat
penerangan daripada guru mengenai had aurat lelaki
dan perempuan.
4. Murid membahagikan beberapa kumpulan untuk
melakukan aktiviti yang telah disediakan oleh guru.
5. Murid mengisi ruang kosong pada gambar yang
Kaedah :
Penerangan,
Bersoal Jawab dan
Perbincangan
Bahan Bantu Belajar :
LO dan Soalan
Penerapan Nilai :
-
disediakan oleh guru berkaitan dengan had aurat
lelaki dan perempuan bersama ahli kumpulan selepas
mendapat tunjuk ajar daripada guru.
6. Murid membentangkan hasil kumpulan di hadapan
kelas bersama ahli kumpulan.
7. Murid menyemak jawapan yang diberi dengan
bantuan guru.
8. Murid mendengar peneguhan berkaitan setiap
jawapan yang diberikan oleh setiap kumpulan.
Adab
Langkah 3
(8 Minit)
Ciri-ciri pakaian menurut Islam:
1. Murid melihat paparan berkaitan dengan ciri-ciri
pakaian menurut Islam melalui LO.
2. Murid membaca dan memberikan contoh kepada
setiap ciri-ciri pakaian menurut Islam yang dipaparkan
melalui perbincangan kumpulan.
3. Murid menulis contoh yang telah di bincang dengan
ahli kumpulan untuk ditulis di papan putih.
4. Jawapan murid dikembangkan atau diperbetulkan
dengan penerangan murid.
E.M.K :
Teknologi Maklumat
dan Komunikasi
Kaedah :
Penerangan / Soal
Jawab
Bahan Bantu Belajar :
LO
Langkah 4
(15 Minit)
Menyanyi lagu Pakaian Sunah dan menonton video akibat
tidak menutup aurat.
1. Murid ditunjukkan lirik lagu melalui LO dan membaca
lirik mengikut guru.
2. Murid mencari perkataan-perkataan yang berkaitan
dengan aurat bersama ahli kumpulan.
E.M.K :
Keusahawanan:
Murid bekerjasama
dan mempunyai
-
3. Murid menyenaraikan jawapan yang telah di bincang
di dalam kumpulan.
4. Murid mendengar pakaian Sunnah selepas murid
membaca lirik lagu.
5. Murid menyanyi mengikut guru dalam ahli kumpulan
sambil melakukan beberapa pergerakan ringkas.
6. Murid menerima arahan daripada guru untuk
membuat latihan untuk dipersembahkan di hadapan
kalas.
7. Murid melakukan persembahan selama 3 minit di
hadapan kelas mengikut kumpulan yang telah diundi.
8. Murid mendapat ucapan penghargaan daripada guru
kerana usaha yang bersungguh-sungguh walaupun
masa yang diberi adalah terhad.
9. Murid melihat video tentang akibat tidak menutup
aurat selepas melakukan aktiviti persembahan.
10. Murid mendengar beberapa nasihat guru berkaitan
dengan tidak memakai pakaian yang mempunyai
tulisan, logo, gambar-gambar, lambang yang
bercanggah dengan Islam.
11. Murid warna gambar yang telah diedarkan oleh guru
selepas melakukan persembahan dan melihat video.
daya saing untuk
menghasilkan kerja
berkumpulan.
Kaedah :
Perbincangan
Bahan Bantu Belajar :
LO, audio dan video
Penerapan Nilai :
Berani
Bekerjasama
Penutup Penutup Kognitif : 1. Soal jawab antara guru dengan murid Penerapan Nilai :
-
(7 Minit)
2. Murid diminta mengingati kembali isi pelajaran melalui
kuiz ringkas yang disediakan oleh guru melalui LO.
3. Murid diminta merumuskan isi pelajaran yang telah
dipelajari.
Bertanggungjawab
Gabung jalin :
Akhlak : Adab
Berpakaian Penutup Sosial :
1. Murid diingatkan sentiasa supaya sentiasa beradab
ketika berpakaian dan menuruti ciri-ciri pakaian Islam
dapat dilakukan sepanjang hari.
2. Murid diedarkan lembaran kerja sebagai kerja
lanjutan.
18. Refleksi:
______________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________________
Ulasan guru pembimbing:
______________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________________