Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Moral Tahun 4 Kssr

download Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Moral Tahun 4 Kssr

of 3

description

rph moral tahun 4

Transcript of Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Moral Tahun 4 Kssr

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4 KSSRTAHUN:Tahun 4 Bestari

SUBJEK:Pendidikan Moral

MASA:7.30 pagi 8.30 pagi

TEMA:Saya dan Jiran

TAJUK:Membantu Jiran Amalan Mulia

NILAI:Baik Hati

STANDARD KANDUNGAN:2. Baik hati Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas 2.1 Memberi bantuan kepada jiran

STANDARD PEMBELAJARAN:2.1.1 Menceritakan cara memberi bantuan kepada jiran

2.1.2 Menghuraikan kepentingan memberi bantuan kepada jiran 2.1.3 Meramalkan perasaan apabila memberi bantuan kepada jiran

2.1.4 Mengamalkan sikap membantu jiran

OBJEKTIF:Pada akhir pembelajaran murid dapat:Penaakulan Moral :Menyatakan cara membantu jiran dengan baik.Perasaan Moral :Berasa senang membantu jiran.Perlakuan Moral :Mempraktikkan sikap bantu-membantu sesama jiran tetangga di kawasan perumahan sendiri.

PENGETAHUAN SEDIA ADA:Murid sudah ada pengalaman berada dalam komuniti hidup berjiran.

EMK:Kreativiti menjana idea, sumbang saran.

BAHAN BANTU MENGAJAR:Buku teks Pendidikan Moral Tahun 4, Projektor LCD, Persembahan Powerpoint, Video, Lembaran Kerja.

MUHAMMAD ADAM BIN ROSLANIPG KAMPUS BATU LINTANGKUCHING SARAWAK

PISMP BI(SK) 2 JAN 2013ELM

LANGKAH-LANGKAHPERKARACATATAN

Set Induksi(5 minit)1. Guru meminta murid untuk membaca cerita tentang membantu jiran di halaman 9 buku teks.2. Guru bersoal jawab bersama murid mengenai cara, kepentingan, dan perasaan Janus semasa membantu jirannya.3. Guru bertanya kepada murid tentang pengalaman mereka membantu jiran

Buku Teks(m/s: 9)

Langkah 1(15 minit)4. Guru memaparkan video tentang semangat kejiranan bantu membantu keapda para murid.5. Guru membincangkan cara kita perlu membantu jiran berdasarkan video tersebut.6. Guru meminta murid-murid untuk memberi cara-cara lain yang boleh digunakan untuk membantu jiran yang mengalami kebakaran rumah.7. Guru meminta para murid menulis semua cara-cara yang dibincangkan ke dalam buku rampaian Pendidikan Moral.

Pembentangan Slaid Powerpoint

Video Upin Ipin (Ikhlas Dari Hati Musim 5 Bahagian 1)

Buku Rampaian Pendidikan Moral

Langkah 2(20 minit)8. Guru memaparkan slaid yang mengandungi beberapa situasi untuk dibincangkan bersama murid.9. Guru meminta para murid untuk memberikan respon tentang tindakan yang patut dilakukan berdasarkan situasi-situasi tersebut.10. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.11. Guru meminta murid-murid untuk mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul berdasarkan situasi yang diberi pada lembaran kerja.

Pembentangan Slaid Powerpoint

Lembaran Kerja

Langkah 3(15 minit)

12. Guru meminta untuk para murid berkongsi jawapan dengan cara melakonkan semula situasi tersebut dan tindakan yang perlu dilakukan.13. Para murid berkongsi mengenai kesan yang diperolehi berdasarkan tindakan yang dilakukan.

Penutup(5 minit)14. Guru membuat sesi refleksi terhadap pembelajaran pada hari tersebut.15. Guru membuat konklusi.

REFLEKSI: _____________________________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________