rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1

9
Mata pelajaran : Matematik Hari : Isnin Masa : 9.50 pagi – 11.00 pagi ( 70 minit) Tarikh : 23 September 2012 Tingkatan : 1 Maimunah Bilangan pelajar : 36 orang Topik : Bab 10 : Poligon Subtopik : 10.1 : Poligon 10.1.1 : Mengenal poligon 10.1.2 : Menamakan poligon 10.1.3 : Menentukan ciri poligon Objektif pembelajaran : i. Memahami konsep poligon Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, pelajar akan dapat : i. Mengenal dua bentuk sama ada poligon atau bukan poligon ii. Menamakan dua poligon iii. Menentukan bilangan sisi, bucu dan pepenjuru poligon yang diberi Kaedah pengajaran : Membuat refleksi dan pembelajaran koperatif Strategi pengajaran : Pembentangan Pengetahuan sedia ada : Pelajar mengetahui terdapat benda- benda yang berbentuk seperti poligon dalam kehidupan seharian mereka.

Transcript of rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1

Page 1: rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1

Mata pelajaran : Matematik

Hari : Isnin

Masa : 9.50 pagi – 11.00 pagi ( 70 minit)

Tarikh : 23 September 2012

Tingkatan : 1 Maimunah

Bilangan pelajar : 36 orang

Topik : Bab 10 : Poligon

Subtopik : 10.1 : Poligon

10.1.1 : Mengenal poligon

10.1.2 : Menamakan poligon

10.1.3 : Menentukan ciri poligon

Objektif pembelajaran :

i. Memahami konsep poligon

Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, pelajar akan dapat :

i. Mengenal dua bentuk sama ada poligon atau bukan poligonii. Menamakan dua poligon

iii. Menentukan bilangan sisi, bucu dan pepenjuru poligon yang diberi

Kaedah pengajaran : Membuat refleksi dan pembelajaran koperatif

Strategi pengajaran : Pembentangan

Pengetahuan sedia ada : Pelajar mengetahui terdapat benda-benda yang berbentuk seperti poligon dalam kehidupan seharian mereka.

Bahan bantu mengajar : Pen marker berlainan warna, papan putih, slide powerpoint, pepejal geometri, lembaran kerja dan kertas mahjung

KBKK : Mengenal pasti, membuat perbandingan, menjana idea, membuat analisis dan mensintesis serta membuat keputusan.

Nilai murni : Bersungguh-sungguh, berdikari, menghargai masa, berani, yakin, memberi tumpuan, bekerjasama dan tolong- menolong

Page 2: rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1

Langkah Isi pelajaran

Aktiviti Strategi/Kaedah/

Bahan Bantu Mengajar/KB

KK/Nilai murni

Peranan guru Peranan pelajar

Langkah 1 Set induksi (10 minit)

Menunjukkan gambar sarang lebah dan bentuk-bentuk geometri.

Mengaitkan bentuk benda-benda yang terdapat dalam kehidupan seharian dengan poligon

Guru menunjukkan gambar sarang lebah kepada pelajar dan menyoal pelajar bentuk benda-benda yang terdapat di sekeliling

Guru menyoal pelajar apa yang akan dipelajari pada hari ini.

Guru menunjukkan pula bentuk-bentuk geometri kepada pelajar.

Guru menerangkan kepada pelajar apa yang akan dipelajari pada hari ini iaitu poligon

Pelajar melihat gambar tersebut dan memberi bentuk benda-benda di sekeliling.

Pelajar memberi respons terhadap soalan guru

Pelajar melihat bentuk-bentuk geometri yang guru tayangkan di hadapan kelas.

Pelajar memberi tumpuan dan mendengar penerangan guru.

Kaedah: Menjana ideaBBM: papan putih, video, pepejal geometriKBKK: Menjana idea dan membuat analisis.Nilai murni: Memberi tumpuan dan tolong-menolong.

Langkah 2 Perkembangan pengajaran (50 minit)

10.1 Poligon

10.1.1 Mengenal poligon(10 minit)

- Poligon ialah bentuk dua dimensi tertutup yang terdiri daripada hanya garis lurus.

- Sisi adalah setiap garis lurus yang membentukkan poligon

Guru menyoal pelajar bagaimana bentuk sarang lebah.

Guru menayangkan bentuk- bentuk dua dimensi dan meminta pelajar untuk menyatakan samaada bentuk tersebut adalah poligon atau bukan poligon.

Guru menerangkan maksud poligon kepada

Pelajar menjawab pertanyaan guru

Pelajar memberi jawapan mereka kepada guru.

Pelajar mendengar penerangan guru

BBM : papan putih, slide powerpoint, kertas mahjung

KBKK:Mengenal pasti dan membuat perbandingan.

Nilai murni: Yakin, memberi tumpuan, tolong-menolong,

Page 3: rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1

- Bucu adalah titik di mana dua sisi bertemu.

- Pepenjuru adalah garis yang menyambungkan dua bucu yang bukan bersebelahan.

10.1.2 Menamakan poligon(10 minit)

- Poligon dinamakan mengikut bilangan sisinya.

10.1.3 Menentukan ciri poligon(30 minit)

pelajar.

Guru menerangkan maksud sisi, bucu dan pepenjuru dalam poligon kepada pelajar.

Guru menunjukkan contoh bucu, pepenjuru dan sisi untuk sebuah poligon.

Guru menerangkan cara menamakan poligon kepada pelajar.

Guru memberi dua bentuk kepada pelajar dan meminta mereka menyatakan nama bagi poligon tersebut

= Pentagon

= Segitiga

Guru memanggil pelajar secara rawak untuk menyatakan nama bagi poligon tersebut.

Guru mengedarkan sebuah balang kepada pelajar yang berisi kertas dengan warna yang

dan mencatat nota penting.

Pelajar mendengar penerangan guru dan mencatat nota-nota penting

Pelajar memberi perhatian terhadap guru.

Pelajar mendengar penerangan guru dan mencatat nota penting

Pelajar menjawab soalan yang diberi guru.

Pelajar memberi jawapan mereka kepada guru.

Pelajar mengambil kertas yang terdapat di dalam balang tersebut.

kerjasama,

bucu

Pepenjuru Sisi

Page 4: rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1

Bilangan sisi = Bilangan bucu

berbeza

Guru mengarahkan pelajar bergerak membentuk kumpulan yang mempunyai warna kertas yang sama.

Guru meminta setiap wakil kumpulan bergerak ke hadapan dan memecahkan sebiji belon.

Setiap kumpulan akan mendapat satu poligon yang terdapat di dalam belon yang wakil kumpulan mereka pecahkan.

Guru mengarahkan mereka mengkaji poligon itu dan menyatakan bilangan sisi, bilangan bucu dan bilangan pepenjuru bagi poligon tersebut.

Guru mengedarkan kertas mahjung dan pen marker untuk pelajar sediakan bahan pembentangan

Guru memberi masa 15 minit kepada pelajar untuk mereka menyediakan bahan pembentangan

Setelah masa tamat, guru memanggil setiap kumpulan untuk membentang di hadapan kelas.

Pelajar bergerak membentuk kumpulan mengikut warna kertas yang mereka ambil

Wakil kumpulan bergerak ke hadapan kelas dan memecahkan sebiji belon.

Wakil kumpulan masuk semula ke dalam kumpulan masing-masing dan melihat poligon yang mereka terima

Pelajar mendengar penerangan guru.

Pelajar mengambil kertas mahjung dan menyediakan bahan pembentangan.

Pelajar menyediakan bahan pembentangan

Pelajar membentang di hadapan kelas.

Pelajar menjawab

Page 5: rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1

Guru menyoal pelajar apakah kaitan antara bilangan sisi dengan bilangan bucu

Guru menerangkan kaitan antara bilangan sisi dengan bilangan bucu dalam poligon.

pertanyan guru.

Pelajar mendengar penerangan guru dan mencatat nota penting

Langkah 3 Penilaian (10 minit)

Mengaplikasikan pengetahuan tentang konsep

Guru memberi soalan latihan kepada pelajar(Rujuk lampiran 1)

Guru memberi masa 5 minit kepada pelajar untuk menjawab soalan.

Guru membincangkan jawapan dengan pelajar.

Pelajar menjawab soalan latihan yang diberi guru.

Pelajar membincangkan jawapan dengan guru.

KBKK: Membuat analisis dan mensintesis

Nilai murni: Berdikari dan menghargai masa

Langkah 4 Penutup (5 minit)

Ringkasan pengajaran

Guru meminta pelajar membuat refleksi tentang apa yang telah dipelajari pada hari ini. Guru memilih pelajar secara rawak untuk memberi pandangan dan refleksi.

Guru memberi penegasan terhadap apa yang telah dipelajari hari ini.

Guru memberi kerja rumah kepada pelajar, latihan 10.1 soalan 1 dan 2.(Rujuk buku teks Matematik Tingkatan satu mukasurat 201)

Pelajar memberi pendapat masing-masing tentang apa yang telah dipelajari.

Pelajar memberi perhatian terhadap penerangan guru.

Pelajar membuat kerja rumah yang diberi oleh guru di rumah

KBKK:Membuat analisis dan mensintesis

Nilai murni:Bersungguh-sungguh

Page 6: rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1

Lampiran 1

1. Namakan setiap poligon berikut :a) c)

b) d)

2. Kenalpasti yang mana adalah poligon

3. Namakan poligon dibawah

4. Namakan poligon berdasarkan bilangan bucu yang diberi

Bilangan bucu Nama Bilangan bucu Nama3 6

Page 7: rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1

4 75 8