Rancangan Pengajaran Harian-Sains

4
Rancangan Pengajaran Harian (SLOT PENGAJARAN) Kelas : Prasekolah Al-Farabi Tarikh : 4 April 2011 Masa : 9.30  10.10 pagi Bilangan murid : 20 / 25 orang ( 5+ ) Modul : Bertema Tema / Tajuk : Diri Saya  Makanan Tunjang Utama : Sains Teknologi  Awal Sains dan Matematik Standard Kandungan : ST 2.3 Membanding dan mengelaskan objek Standard Pembelajaran : ST 2.3.5 Mengasingkan makanan mengikut rasa (manis, masam, masin, pahit dan tawar) Tunjang Kesepaduan : PM 12.1.1 Menjayakan aktiviti secara berkumpulan Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat : 1. Menyebut empat jenis rasa makanan iaitu manis, masam, pahit, dan masin. 2. Mengasingkan makanan mengikut rasa. Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah merasa makanan yang berunsurkan manis, masam,pahit dan masam. Kemahiran Berfikir : Menjana idea, membanding beza Penerapan Nilai : Mengikut arahan guru, bekerjasama Bahan Bantu Mengajar : kopi, garam, limau, tembikai, gula-gula,, asam jawa, telur masin. Fokus Multiple Inteligence : Linguistik, Intrapersonal, Interpersonal, Spatial Kosa Kata : Asing, masam, manis, pahit dan masin.

description

contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah di bawah tunjamg Sains dan Teknologi. RPH ini mengenai deria rasa iaitu masam, manis, pahit dan sebagainya

Transcript of Rancangan Pengajaran Harian-Sains

Rancangan Pengajaran Harian(SLOT PENGAJARAN)

Kelas: Prasekolah Al-FarabiTarikh: 4 April 2011Masa: 9.30 10.10 pagiBilangan murid : 20 / 25 orang ( 5+ )Modul: BertemaTema / Tajuk: Diri Saya MakananTunjang Utama : Sains Teknologi Awal Sains dan MatematikStandard Kandungan : ST 2.3 Membanding dan mengelaskan objekStandard Pembelajaran : ST 2.3.5 Mengasingkan makanan mengikut rasa (manis, masam, masin, pahit dan tawar)Tunjang Kesepaduan : PM 12.1.1 Menjayakan aktiviti secara berkumpulanObjektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :1. Menyebut empat jenis rasa makanan iaitu manis, masam, pahit, dan masin.2. Mengasingkan makanan mengikut rasa.Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah merasa makanan yang berunsurkan manis, masam,pahit dan masam.Kemahiran Berfikir : Menjana idea, membanding bezaPenerapan Nilai : Mengikut arahan guru, bekerjasamaBahan Bantu Mengajar : kopi, garam, limau, tembikai, gula-gula,, asam jawa, telur masin.Fokus Multiple Inteligence : Linguistik, Intrapersonal, Interpersonal, SpatialKosa Kata : Asing, masam, manis, pahit dan masin.

LANGKAH / MASAISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARANCATATAN

Set Induksi ( 3 minit )Tayangan Video Suasana dari tepi pantai Guru meminta murid supaya memberi tumpuan terhadap video yang akan ditayangkan. Murid menonton video suasana di tepi pantai.

Contoh Soalan :

1. Pernahkah kamu pergi ke pantai?

2. Apakah perasaan kamu ketika berada di pantai?

3. Pernahkah kamu merasa air laut?

4. Apakah rasa air laut?

5. Kamu merasa air laut dengan anggota badan yang mana?BBM : Komputer, Video Suasana di tepi pantai.

KB: menjana idea

Perkembangan P&P Langkah 1( 5 minit )Menerangkan fungsi lidah yang boleh merasa makanan

Guru menerangkan topik yang dipelajari (rasa makanan) Murid melihat gambar yang guru lekatkan pada papan putih ( gambar lidah ) Guru menerangkan fungsi lidah dan empat jenis rasa Murid diminta menyebut empat rasa pada lidah

BBM : Kad bergambar

KB : Menjana idea

Langkah 2 ( 5 minit )Nyanyian lagu rasa makanan

Lirik Lagu :Saya ada satu lidah,untuk rasa makanan,rasa manis,rasa masin, rasa masam dan rasa pahit.

Murid diminta mendengar guru menyanyikan lagu tersebut terlebih dahulu. Guru menyanyikan lagu tersebut secara perlahan. Murid mengikut guru menyanyikan lagu tersebut. Murid menyanyikan lagu tersebut secara beramai-ramai

BBM : Lirik lagu ditulis di papan putih

Langkah 3 (15 minit )Mengenal rasa makanan dengan lidah

Murid akan dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil. Guru akan memberi lembaran kerja kepada setiap murid. Murid diminta bergerak ke meja setiap kumpulan. Guru telah meletakkan 4 jenis makanan yang mempunyai rasa manis, masam,masin dan pahit. Murid diminta menjalankan aktviti merasa makanan melalui arahan yang bakal guru berikan. Guru meminta murid merasa makanan dan mewarnakan gambar pada lembaran kerja berdasarkan gambar makanan. Murid menyebut rasa makanan yang mereka rasa.BBM :Lembaran kerja, kopi,garam, limau, tembikai

Nilai : Mengikut arahan,Berkerjasama.

Langkah 4 (10 minit )

Mengasingkan makanan mengikut rasa Murid masih berdiri di dalam kumpulan Guru meminta murid mengasingkan makanan mengikut rasa. Murid meletakkan setiap rasa mengikut tempat yang guru telah sediakan.BBM :Kopi,garam,limau,tembikai

Penutup / Refleksi ( 2 minit )Bersoal jawab mengenai topik yang telah dipelajari dan menyanyikan lagu bersama-sama Guru merancang dengan murid mengenai aktiviti yang telah dijalankan. Murid diminta memberikan contoh contoh makanan berdasarkan rasa yang telah dipelajari. Murid menyanyikan lagu rasa makanan sekali lagi bersama sama guru.

Refleksi guru pelatih : Bagi bahan bantu mengajar yang melibatkan buah tembikai,saya telah menggantikannya dengan buah pear.Murid berminat melakukan aktiviti merasa ini yang menggunakan bahan maujud.Selain merasa,mereka juga dapat menyentuh tekstur makanan tersebut.Ulasan pensyarah / guru :