RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TAHUN 3
-
Upload
myss-shiema -
Category
Documents
-
view
366 -
download
21
description
Transcript of RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TAHUN 3
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TAHUN 3
Tahun : 3A2
Masa : 08.15 - 09.15 pagi (60 minit)
Bilangan pelajar : orang
Tema/ Tajuk : Sains Hayat / Manusia- Kegigian
Standard Kandungan : 2.1 Memahami pengetahuan tentang kegigian manusia
Standard Pembelajaran : 2.1.3 Membanding dan membezakan set gigi susu dan set gigi kekal dari aspek bilangan, kekuatan dan jangka hayat
Objektif Pembelajaran
Di akhir pengajaran dan pembelajaran tajuk ini murid dapat :-
i. Menyatakan jenis set gigi susu dan set gigi kekal dengan betul.ii. Menyatakan bilangan set gigi susu dan set gigi kekal dengan betul.iii. Menyatakan saiz set gigi susu dan set gigi kekal dengan betul.iv. Menyatakan tahap kekuatan set gigi susu dan set gigi kekal dengan betul.v. Menyatakan jangka hayat set gigi susu dan set gigi kekal dengan betul.vi. Membuat banding beza antara set gigi susu dan set gigi kekal dengan
betul.
Elemen merentas kurikulum (EMK) : Kreativiti dan Inovasi
Kemahiran Berfikir : Memerhati, meramal, mengelasmembuat banding beza.
Bahan bantu belajar : Video Gigi Susu Upin Ipin, Gambar gigi susu dan gigi kekal, Jadual banding beza antara set gigi susu dan set gigi kekal.
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran : Murid menjawab lembaran kerja.
Fasa Pelajaran Isi Kandungan Aktiviti PdP Catatan
Orientasi( 7 minit)
Pengenalan kepada tajuk pelajaran hari ini. Set gigi susu dan set gigi kekal.
Jenis aktiviti :
Tayangan video Upin Ipin bertajuk “Gigi Susu”
Selepas tayangan video, guru bersoal jawab dengan murid.
Soalan :G : Video yang ditayangkan tadi mengenai apa?M : Gigi susu / Cabut gigi/ Jawapan lain yang berkenaan.
G : Adakah kamu pernah mengalami situasi seperti Ipin di dalam video tadi?
M : Pernah/ Tidak
G : Apa kita akan belajar pada hari ini?
M : Gigi
KPS Memerhati Komunikasi
KBKK Menjana idea Memerhati
Pencetusan Idea(10 minit)
Set Gigi Susu dan Set Gigi Kekal :
Jenis gigi Bilangan
gigi Saiz gigi
Jenis aktiviti :
Guru menunjukkan gambar set gigi susu dan set gigi kekal.
Guru dan murid bersama- sama berbincang
KPS Memerhati Komunikasi Mentafsir maklumat
KBKK Menjana idea
Kekuatan gigi
Jangka hayat gigi
mengenai perkara yang berkaitan dengan kedua- dua set gigi tersebut berdasarkan aspek jenis, bilangan, saiz, kekuatan dan jangka hayat.
Soalan :G : Nyatakan pemerhatian anda terhadap gambar tersebut.M : Gambar set gigi susu dan set gigi kekal.G : Cuba teka berapakah bilangan set gigi susu? Set gigi kekal pula?M : 20 batang (set gigi susu) / 32 batang (set gigi kekal)G : Gigi yang manakah lebih kuat? Mengapa?M : Set gigi kekal. Kerana saiz yang lebih besar dan jangka hayat yang lebih panjang.
Meneliti Hubung kait
SET GIGI SUSU
SET GIGI KEKAL
Penstrukturan semula idea(20 minit)
Banding beza set gigi susu dan set gigi kekal :
Jenis gigi Bilangan
gigi Saiz gigi Kekuatan
gigi Jangka
hayat gigi
Jenis aktiviti :
Aktiviti berkumpulan Banding beza
Arahan :Setiap kumpulan di minta untuk membuat jadual banding beza set gigi susu dan set gigi kekal.
Setiap kumpulan di minta untuk membentangkan hasil kumpulan masing-masing di hadapan kelas.
Murid berbincang dengan guru tentang jawapan yang diberikan oleh setiap kumpulan.
KPS Memerhati Meramal Mentafsir data Mengelas
KBKK Menjana idea Meneliti
Aplikasi idea(13 minit)
Lembaran kerja.
Banding set gigi
Murid diminta menyiapkan set soalan aktiviti 3 yang terdapat pada buku aktiviti DST Tahun 3 muka surat 15.
Murid diberikan masa selama 10 minit untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
Guru dan murid berbincang mengenai jawapan bagi setiap soalan.
KPS Komunikasi
KBKK Meneliti
Refleksi(5 minit)
Rumusan tentang isi
Guru membimbing murid dalam
KPS Komunikasi
penting pelajaran dan pemberitahuan mengenai tajuk yang akan dipelajari pada minggu hadapan.
membuat rumusan pelajaran hari ini.
Murid diminta membuat ulangkaji mengenai tajuk yang akan dipelajari pada minggu hadapan.