Rancangan Pengajaran Harian-sains Tmk

5
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tajuk : Mengenal Komputer Standard Kandungan : 1.0 Murid menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika Standard Pembelajaran : 1.1 Mengenalpasti bahagian komputer (monitor, tetikus, papan kekunci,unit sistem) 1.2 Menghidupkan dan mematikan komputer (turn on, turn off) mengikut tatacara yang betul 1.3 Mengenalpasti kedudukan kekunci abjad dan nombor. 1.4 Menyatakan fungsi kekunci Enter, Spacebar, Backspace dan Delete. 1.6 Menunjukkan sikap yang positif semasa menggunakan TMK. 1.7 Bekerjasama dengan rakan sekelas dalam kelas semasa menggunakan komputer. Masa : 60 minit EMK : Kreativiti Langkah/ Masa Isi Pelajaran / Aktiviti Guru Aktiviti Murid Catatan Set Induksi (5 minit) 1. Guru memberikan teka- teki kepada murid berkaitan dengan komputer. Saya berbentuk empat segi, Saya boleh menyimpan maklumat, Saya juga diguna untuk menaip dan melayari internet, Siapakah saya? 2. Guru bersoal jawab dengan murid 1. Murid mendengar dengan teka- teki yang diberi oleh guru. 2. Murid menjawab pertanyaan guru. -televisyen -telefon bimbit -komputer. Ilmu: - Sains Nilai: - Kerjasama BBM : - Bahan maujud (komputer)

description

DDD

Transcript of Rancangan Pengajaran Harian-sains Tmk

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANTajuk

: Mengenal Komputer

Standard Kandungan

: 1.0 Murid menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika

Standard Pembelajaran: 1.1 Mengenalpasti bahagian komputer (monitor, tetikus, papan kekunci,unit sistem)

1.2 Menghidupkan dan mematikan komputer (turn on, turn off) mengikut tatacara yang betul

1.3 Mengenalpasti kedudukan kekunci abjad dan nombor.

1.4 Menyatakan fungsi kekunci Enter, Spacebar, Backspace dan Delete.

1.6 Menunjukkan sikap yang positif semasa menggunakan TMK.

1.7 Bekerjasama dengan rakan sekelas dalam kelas semasa menggunakan komputer.

Masa

: 60 minit

EMK

: KreativitiLangkah/ MasaIsi Pelajaran / Aktiviti GuruAktiviti MuridCatatan

Set Induksi

(5 minit)1. Guru memberikan teka- teki kepada murid berkaitan dengan komputer.

Saya berbentuk empat segi,

Saya boleh menyimpan maklumat,

Saya juga diguna untuk menaip dan melayari internet,

Siapakah saya?

2. Guru bersoal jawab dengan murid berkenaan teka-teki tersebut. Apakah benda yang cikgu maksudkan berdasarkan teka-teki tersebut?3. Guru akan mengaitkan teka -teki tersebut dengan pelajaran pada hari itu.

i) Komputer- komputer banyak kegunaannya

1. Murid mendengar dengan teka-teki yang diberi oleh guru.

2. Murid menjawab pertanyaan guru.

-televisyen

-telefon bimbit

-komputer.

3. Murid mendengar dengan teliti penerangan guru.

Ilmu:

Sains

Nilai:

- Kerjasama

BBM :

Bahan maujud

(komputer)

Langkah 1

(15 minit)1. Guru menunjukkan bahan maujud iaitu Komputer kepada murid.i) Apakah alat yang berada di depan kamu?2. Guru menerangkan kepada murid bahagian-bahagian komputer seperti monitor, tetikus, papan kekunci, pembesar suara, mikrofon, pemacu CD-Rom, pemacu cakera liut, unit sistem satu persatu. Kemudian murid dikehendaki mengulang semula apa yang ditunjuk dan diterang oleh guru. 1. Murid menjawab pertanyaan guru.

2. Murid mendengar dengan teliti.

Ilmu :

- Sains

Nilai:

Kerjasama

Kerajinan.

BBM:

Komponen-komponen komputer

Langkah 2

(10 minit)1. Guru membuat demonstrasi cara menghidupkan dan mematikan komputer (turn on dan turn off) mengikut tatacara yang betul.

2. Dengan bimbingan guru, murid diminta melaksanakan langkah-langkah yang telah ditunjukkan sebentar tadi.

1. Murid melihat demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru.2. Murid melaksanakan arahan guru

.

Ilmu :

- Sains

Nilai:

Kerjasama

Kesediaan untuk menerima

BBM :

- Komputer

Langkah 3

( 20 minit)1. Guru menunjukkan bahan maujud iaitu papan kekunci.

2. Guru menerangkan dan menunjukkan kedudukan kekunci abjad dan nombor.3. Guru juga menyatakan fungsi kekunci Enter, Spacebar, Backspace dan Delete yang terdapat di papan kekunci.

4. Supaya murid nampak dengan lebih jelas, guru memaparkan slaid untuk menyatakan fungsi setiap satu yang terdapat di papan kekunci.

1. Murid melihat bahan maujud yang ditayang oleh guru.

2. Murid mendengar penerangan guru

Nilai :

Kerjasama

BBM :

Komputer

Penutup

(10 minit)

1. Guru membahagikan murid secara berpasangan.

2. Guru memberikan lembaran kerja kepada setiap pasangan murid.

3. Guru memberikan masa kepada murid untuk menyiapkan lembaran kerja

4. Lembaran kerja adalah berkaitan dengan komputer iaitu murid dikehendaki melabelkan bahagian-bahagian komputer.

5. Guru merumuskan pelajaran pada hari ini.

1. Murid duduk secara berpasangan

2. Murid menerima lembaran yang diberi oleh guru.

3. Murid menyiapkan lembaran kerja4. Murid mendengar rumusan guru.

Nilai:

Kerjasama

BBM :

Lembaran kerja