Rancangan Pengajaran Harian Sdp

6
BAHAGIAN A: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tarikh : 24.2.2015 Masa : 8.00 pagi – 9.00 pagi Tahun : 1 Cemerlang Bilangan murid : 30 orang Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tema : Kesihatan dan Kebersihan Tajuk : Anggota badan Standard kandungan : 4.1Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu nyanyian secara didik hibur. Standard pembelajaran : 4.1.2 Menyebut dengan jelas dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur. Objektif pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Murid membaca lirik lagu dengan sebutan, intonasi yang betul. 2..Menyebut dan mengenali tiga anggota badan yang dipelajari. 3. Menulis tiga jawapan yang betul daripada lima soalan yang diberikan. 1

description

rancagan pengajaran harian bahasa melayu tahun 1 bertemakan kebersihan dan kesihatan. Menggunakan kemahiran seni dalam pendidikan

Transcript of Rancangan Pengajaran Harian Sdp

BAHAGIAN A: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh: 24.2.2015Masa: 8.00 pagi 9.00 pagi Tahun: 1 CemerlangBilangan murid: 30 orangMata pelajaran: Bahasa MelayuTema: Kesihatan dan Kebersihan Tajuk: Anggota badanStandard kandungan: 4.1Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu nyanyian secara didik hibur.Standard pembelajaran: 4.1.2Menyebut dengan jelas dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur. Objektif pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Murid membaca lirik lagu dengan sebutan, intonasi yang betul. 2..Menyebut dan mengenali tiga anggota badan yang dipelajari. 3. Menulis tiga jawapan yang betul daripada lima soalan yang diberikan. Elemen merentasi kurikulum : Ilmu kesihatan, Sains, Pendidikan Jasmani, Matematik , nilai murniNilai murni : Kebersihan diri, kasih sayangElemen nilai tambah : Kemahiran berfikir, kecerdasan pelbagai, kreativiti dan inovasiBahan bantu mengajar : Kad perkataan, video lagu kalau rasa gembira, lembaran kerja, : gambar anggota badan, perisian power pointStrategi PDP : Pemerhatian direktif, kolaboratifPengetahuan sedia ada murid: Murid biasa menyanyi di dalam Pelajaran Muzik

LangkahIsi PelajaranAktivitiCatatan

Set induksi( 5 Minit )Lagu: Kalau rasa gembira

Soalan: 1. Apakah anggota yang disebutkan dalam lagu.

2. Apakah anggota badan yang lain?

1. Murid mendengar lagu kalau rasa gembira

2. Murid menyanyi dengan iringan muzik.

3. Murid menyanyi sambil membuat pergerakan yang ada dalam lagu

4. Murid menjawab soalan daripada guru tentang lagu. kreativiti dan inovasi

KBT:Kemahiran berfikir

Langkah 1( 10 minit ) Lirik lagu: Kalau Rasa Gembira

Soalan:1. Apakah makna perkataan Gembira Hentak Pusing-pusing tepuk

2. Apakah perkara yang boleh membuatkan rasa gembira?

3. Bolehkah kita gembira apabila kita sakit?

4. Apakah langkah untuk elakkan diri jatuh sakit?

Nilai murni:

Kita mesti menjaga kebersihan anggota badan kita supaya kita sentiasa sihat. Contohnya: kita mesti membasuh tangan sebelum makan supaya kotoran tidak memasuki makanan semasa kita makan.

5. Murid menyanyikan semula lagu kalau rasa gembira dengan membuat pergerakan.

1. Murid membaca lirik lagu mengikut guru.

2. Seorang murid membaca diikuti rakan yang lain.

3. Murid membuat aksi gembira seperti diarahkan guru.

4. Murid menjawab soalan guru.

5. Guru membuat menerapkan nilai murni. KBT: Kemahiran berfikir

Nilai murni

KBT: Kecergasan pelbagai

Kecergasan interpersonal

Langkah 2( 10 minit )Kata Kerja1. Sebutkan perbuatan yang boleh dilakukan oleh tangan.

2. Sebutkan perbuatan yang boleh dilakukan oleh kaki.

3. Sebutkan perbuatan yang boleh dilakukan oleh mata.

4. Sebutkan perbuatan yang boleh dilakukan oleh

5. telinga.

6. Sebutkan perbuatan yangboleh dilakukan oleh mulut.

1. Murid mendengar arahan guru.

2. Murid mengangkat tangan untuk menjawab soalan guru.

3. Murid menyebut perbuatan yang boleh dilakukan oleh 4. anggota badan seperti tangan, kaki, mata,telinga dan mulut.

5. Murid melihat perkataan yang ditunjukkan guru dalam power point.

6. Murid mengeja dan menyebut perkataan bersama guru.

7. Murid membuat aksi yang menunjukkan perbuatan anggota badan yang ditunjukkan guru.

KBT:Kemahiran berfikir

Pergerakan kinestatik

Langkah 3

( 15 minit )Anggota badan yang disediakan1. Tangan2. Mata3. Mulut4. Telinga5. Hidung

Alatan lain1. Gam2. Gunting3. Pensel dan pemadam4. Pensel warna5. Kertas lukisan

Cara kerja1. Murid perlu melukis bentuk muka2. Murid menyusun anggota bahagian muka mengikut tempat yang sesuai.3. Murid melukis rambut4. Murid melukis kening5. Murid mewarna wajah mengikut kesesuaian warna kulit manusia1. Murid dikumpulan di dalam kumpulan kecil.

2. Murid mendengar arahan guru.3. Murid diminta untuk mereka cipta wajah manusia dengan anggota badan yang disediakan guru.

4. Murid menampalkan gambar yang telah siap di sudut yang ditentukan guru.

5. Murid memberikan pendapat tentang hasil kerja yang dibuat oleh kumpulan mereka.

Kerja berkumpulan secara kolaboratif

KBAT:Strategi berfikir secara metakognitif

KepimpinanSeorang ketua dilantik untuk memberikan tugasan kepada ahli kumpulan.

Nilai murni bekerjasma

Langkah 4

( 15 Minit )Latihan penulisan

1. Kumpulan menguasai kemahiran

Mencantumkan ayat dalam kumpulan A dan kumpulan A.

Kemudian murid perlu menulis semula ayat tersebut.

2. Kumpulan lemah

Menulis ejaan perkataan anggota badan berdasarkan gambar yang diberikan. ( ejaan di sediakan )

1. Murid mengambil lembaran kerja yang diedarkan guru.

2. Murid membuat latihan yang diberikan guru.

Kemahiran berfikir

Nilai murnibantu-membantu( murid yang pandai membantu murid yang lemah ).

Penutup( 5 Minit )Nilai murni1. Murid semuanya

2. Murid mengikuti pelajaran dengan baik pada hari ini. Berikan tepukan untuk diri sendiri.3. Kita mestilah mengembirakan hati ibu bapa kita dengan cara: Mendengar nasihat mereka Melakukan pekerjaan yang diminta pertolongan oleh ibu bapa. Menjadi anak yang baik. Rajin pergi sekolah dan membaca buku. Menjaga kebersihan diri.

1. Murid menyanyikan lagu Kalau rasa gembira dengan membuat pergerakan.

2. Murid mendengar kesimpulan yang guru berikan tentang pelajaran yang dipelajari hari ini.

kreativiti dan inovasi

Pergerakan kenestatik

Penerapan nilai murni.

2